Ahad, 25 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga pegawai SPRM dipindah serta-merta

Posted:

Tiga pegawai SPRM dipindah serta-merta

Tiga pegawai SPRM dipindah serta-merta

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 25 Sept. - Tiga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki menyamun seorang pengurup wang membabitkan kerugian RM900,000 baru-baru ini, telah dipindahkan ke bahagian pengurusan jabatan sumber manusia suruhanjaya itu berkuatkuasa serta-merta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, ketiga-tiga anggota itu akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran sahaja sementara kes mereka masih disiasat oleh pihak polis.

Jelas beliau, SPRM memandang serius kes tersebut dan pada masa yang sama turut menjalankan siasatan sendiri berhubung perkara itu.

"Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan menaruh keyakinan kepada mereka untuk menyiasat perkara ini dengan berkesan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah SPRM Kelantan, Nor Rasmi Shaari.

Zakaria berkata, ketiga-tiga anggota terbabit bukanlah pegawai kanan SPRM seperti yang disiarkan oleh media sebelum ini, sebaliknya mereka adalah anggota junior yang berusia di bawah 35 tahun.

Ketiga-tiga anggota itu ditahan polis pada 15 September lalu kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang warga asing hingga berlaku kerugian sebanyak RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wanita disamun nekad terjun dari kereta yang bergerak

Posted:

Wanita disamun nekad terjun dari kereta yang bergerak

Wanita disamun nekad terjun dari kereta yang bergerak

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Seorang wanita yang disumbat dalam but kereta dengan mata ditutup dan tangan diikat, bertindak nekad terjun dari kenderaan yang bergerak laju di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban di sini kelmarin, untuk menyelamatkan diri daripada dua lelaki yang menculik dan menyamunnya.

Mangsa, Lim Lee Sun, 45, yang membantu kakaknya berniaga di gerai makan berhampiran Pasar Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, telah disamun dan diculik oleh suspek pukul 7 pagi.

Menurut Lee Sun, kejadian berlaku sebaik sahaja dia memberhenti dan mematikan enjin kereta di tempat letak kenderaan berhampiran kedai makan.

Katanya, secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke tempat duduk sebelah pemandu dan mengacukan parang ke arahnya.

"Lelaki terbabit mengarahkan saya bertukar tempat duduk dengannya dan selepas berada di tempat pemandu, dia menyerahkan parang yang dipegang kepada seorang rakannya yang masuk dan duduk di kerusi belakang selepas itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Puchong dekat sini, hari ini.

Lee Sun berkata, penjenayah terbabit membawa dia ke beberapa tempat, termasuk Jalan Kuchai Lama, Taman Sri Sentosa dan Taman OUG sebelum dia dipukul dan disamun semasa berhenti di satu kawasan perindustrian tiga jam kemudian.

"Mereka merampas wang RM2,500 dan barang kemas bernilai kira-kira RM6,000. Pada masa sama, mereka juga membuka tempat duduk belakang dipercayai untuk mencari tangki minyak dan saya mengesyaki mereka mahu membakar kereta dan membunuh saya," katanya.

Lee Sun berkata, dia kemudian disumbat dalam but kereta dan disebabkan takut dibunuh, dia berusaha sedaya upaya membuka ikatan mata serta tangannya sebelum dapat membuka but kereta dengan merosakkan wayar-wayar di situ.

Katanya, melalui but yang dibuka sedikit, dia dapat mengintai keluar dan mendapati masih berasa di kawasan perindustrian tetapi belum berani terjun dari kereta kerana bimbang tiada orang menemuinya.

Menurutnya, peluang sesuai untuk meminta bantuan tiba apabila kereta terbabit tiba di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur ke arah Pusat Beli-belah Mid Valley di sini.

"Tiba di situ, saya berdiri sambil menjerit meminta tolong dan beberapa pemandu kereta lain yang melihat saya terus membunyikan hon dan meminta penjenayah terbabit memberhentikan kenderaan, namun mereka memecut laju.

"Sampai di satu selekoh, saya nekad terjun dari kereta dan bernasib baik apabila pemandu lain berhenti menyelamatkan saya," katanya sambil memberitahu penjenayah terus melarikan diri sebelum meninggalkan keretanya di satu kawasan setelah terlibat dalam kemalangan.

Lee Sun berkata, dia yang mengalami kecederaan di muka, mata, tangan dan kaki akibat dipukul oleh penjenayah serta terjatuh dari kereta dihantar ke hospital oleh orang awam.

Dia yang benarkan keluar hospital semalam, amat bersyukur terselamat dalam kejadian itu dan gembira apabila masih dapat bertemu dengan suami dan anak perempuannya berusia 15 tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pendidik perlu kuasai media baru

Posted:

Pendidik perlu kuasai media baru

Pendidik perlu kuasai media baru

Oleh AZMI ABDUL MALEK
pendidikan@utusan.com.my


Rahimah Mohd Sura (kiri) menerima cenderamata daripada pelajar Seratas sebagai hadiah kenangan persaraannya di Taiping, Perak, baru-baru ini.


Pendidik masa kini perlu mempunyai pengetahuan tinggi termasuk menguasai media baru bagi memastikan mereka dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti untuk mendepani cabaran globalisasi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, guru dan ibu bapa mesti berusaha melahirkan generasi baru yang kualitatif untuk mengisi ruang pembangunan dunia tanpa sempadan yang semakin pesat dengan meningkatkan nilai-nilai murni dan disiplin tinggi masing-masing.

"Dalam proses globalisasi setiap individu mesti mempunyai komitmen dan daya tahan yang tinggi supaya mereka mampu bersaing dalam pasaran kerjaya masa depan," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie ketika merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan meraikan persaraan Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas), Taiping, Perak, baru-baru ini.

Justeru, ujar Zambry, ibu bapa dan pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri kehidupan gemar menghormati orang lain dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni bagi membentuk sahsiah dan disiplin di kalangan warga sekolah.

"Amalan ini akan membantu sekolah mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan usaha menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang," jelasnya.

Beliau menambah, warga pendidik perlu meningkatkan pelbagai program kecemerlangan dalam merealisasikan modal insan cemerlang sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa depan.

"Kejayaan pelajar adalah menjadi simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan pelajar," katanya.

Hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa juga, jelasnya, dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang, modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

Sementara itu, Pengetua yang diraikan, Rahimah Mohd Sura, 58, memberitahu, dunia pendidikan masa kini semakin mencabar dan guru perlu tabah menghadapi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan matlamat transformasi dalam pendidikan.

"Pelajar sekarang menguasai media baru yang akan memberi impak besar dalam proses pembangunan pendidikan yang semakin pesat di negara ini.

"Oleh sebab itu, pendidik mesti peka dengan perubahan pantas di sekeliling kita dan mampu berkhidmat dengan dedikasi untuk melahirkan pelajar cemerlang bertaraf dunia," kata guru lulusan Sarjana Pendidikan Universiti Malaya ini.

Rahimah bersara selepas berkhidmat selama 34 tahun dalam sektor pendidikan.

Pada majlis yang sama, Emerald Chao terpilih sebagai Pelajar Terbilang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) 2010 setelah memperoleh 9A+ dan 1A dalam peperiksaan itu. Dua guru Seratas iaitu Noh Lasa dan Zahari Mohd Aliah dipilih menerima anugerah Panitia

Kemahiran Hidup. Manakala Nur Akma Kamarudin, Nurul Shahidah Mohd Nor, Nora Annuar Kassim dan Wong Tuck Ee pula untuk Panitia Bahasa Inggeris.

Turut menerima anugerah ialah Radzhiyah Salleh dan Nabisan Beebi Musa Sahib (Panitia Sejarah), Salwana Ahmad Suhaimi (Panitia Pendidikan Moral) dan Zulkiflee Rasdi (Panitia Pendidikan Seni Visual).

Tokoh Alumni Seratas dianugerahkan kepada Dr Zulkarimah Zainudin.

Pertandingan video asah kemahiran, kreativiti

Posted:

Pertandingan video asah kemahiran, kreativiti

Pertandingan video asah kemahiran, kreativiti


Abd. Ghafar Mahmud (tengah) dan Chris Tomachi bergambar bersama pelajar-pelajar dan guru pembimbing dari SDAR yang menjuarai pertandingan Panasonic Kid Witness News (KWN) Peringkat Kebangsaan 2011 di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.


Aktiviti luar bilik darjah dapat membina tahap keyakinan yang tinggi, kreativiti dan semangat bersaing di kalangan pelajar, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

Menurut beliau, pengalaman hands-on mampu memberikan pelajar peluang untuk mengenal pasti minat, kebolehan, kreativiti dan kemahiran dalam diri yang akan membantu mereka pada masa hadapan.

"Para pelajar yang terlibat dalam program ini akan mendapat manfaat selain menambah pembelajaran baru serta pengalaman berguna melalui aktiviti yang dijalankan," katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Panasonic Kid Witness News (KWN) Peringkat Kebangsaan 2011 di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Abd. Ghafar berkata, KWN diwujudkan sebagai pemacu untuk menggalakkan para pelajar membina kemahiran berkomunikasi yang sangat bernilai melalui integrasi teknologi video dan elektronik dalam proses pembelajaran.

Dalam program ini, jelas beliau, tiada batas umur sama ada dari sekolah menengah mahupun sekolah rendah kerana semua pelajar bersaing sesama sendiri untuk menyampaikan maklumat bermanfaat melalui hasil video mereka.

Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) dari Seremban, Negeri Sembilan muncul juara menewaskan 11 sekolah lain di peringkat akhir melalui video bertajuk "The Factory Chicken".

Secara keseluruhan, 37 penyertaan diterima dari seluruh negara yang melibatkan rakaman video selama lima minit berdasarkan tema ekologi dan komunikasi.

Sekolah-sekolah lain yang berjaya ke peringkat akhir ialah SMK Bukit Mewah, Seremban; SMK King George V, Seremban; Penang Chinese Girl's High School, Pulau Pinang; SMK Sri Kukup, Pontian; SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat; Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu; SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu; SMK Seri Panching, Kuantan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua, Labuan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd., Chris Tomachi berkata, KWN adalah sebuah program pendidikan global yang ditunjuk ajar secara hands-on dan direka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dalam usaha untuk menyampaikan informasi pendidikan melalui video.

"Gaya pembelajaran baru luar bilik darjah ini mampu memberi peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih peka dalam memaparkan sesuatu isu melalui penyelidikan dan diterjemahkan melalui penghasilan video," jelasnya.

Secara tidak langsung, katanya, peserta dapat mendalami ilmu perfileman dan penyiaran dengan menyampaikan maklumat kepada orang ramai seperti apa yang dilihat oleh mereka sendiri.

Sehingga kini, lebih daripada 3,500 pelajar sekolah dari 500 buah sekolah di seluruh negara telah menyertai pertandingan ini sejak ia mula diperkenalkan pada 2005.

"Video-video ini dinilai oleh panel hakim yang merupakan pakar dalam bidang pembikinan filem, pendidikan dan kewartawanan dalam menentukan gelaran juara," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Belum mampu bangkit

Posted:

Belum mampu bangkit

Belum mampu bangkit

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Lee Chong Wei di atas podium ketika penyampaian pingat selepas final Terbuka Jepun di Tokyo, semalam. – AFP


KUALA LUMPUR – Sebulan selepas dikecewakan Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di London, Datuk Lee Chong Wei belum mampu bangkit sepenuhnya apabila gagal lagi mencari kejuaraan, kali ini tunduk kepada pemain muda China, Chen Long pada saingan akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam.

Selepas mengetepikan China Masters minggu lalu untuk memberi tumpuan kepada ulang tahun ke-30 Terbuka Jepun, Chong Wei gagal memenuhi misi mempertahankan kejuaraan selepas tewas 8-21, 21-10, 19-21 dalam aksi sengit selama satu jam, 13 minit.

Chong Wei menjadi pilihan untuk membawa pulang kejuaraan, namun dia nyata terperangkap dengan taktik kotor China apabila Chen Long yang diberi laluan percuma oleh rakan senegaranya, Lin Dan pada separuh akhir kelmarin nyata lebih bertenaga untuk menjuarai gelaran Siri Super kedua berturut-turut selepas China Masters minggu lalu.

Ini adalah kemenangan keduanya daripada lima pertemuan dengan Chong Wei, sekali gus mengecewakan hasrat pemain berusia 29 tahun itu untuk mengembalikan keyakinan selepas kekecewaan di London.

Jurulatih perseorangan kebangsaan, Tey Seu Bock bagaimanapun menegaskan, tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan kekalahan terbaru Chong Wei.

Menurutnya, ini kerana Chong Wei masih berada pada landasan terbaik, apatah lagi dia telah melayakkan diri ke final dalam semua kejohanan yang disertai.

"Chen Long bermain dengan bagus hari ini, dia dapat membaca corak dan pukulan Chong Wei terutama di set pertama, ini membuatkan Chong Wei rasa tertekan.

"Keseluruhannya saya tetap berpuas hati dengan prestasi Chong Wei kerana dia memasuki perlawanan akhir dalam semua kejohanan yang disertai, ini bukan satu pencapaian yang mudah.

"Malah, Chong Wei juga menerima kekalahannya dengan positif kerana dia sudah memberi yang terbaik untuk mencari kemenangan," kata Seu Bock.

Ken Nee raih tiket Olimpik

Posted:

Ken Nee raih tiket Olimpik

Ken Nee raih tiket Olimpik

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Yeoh Ken Nee (kiri) dan Ooi Tze Liang menunjukkan pingat acara 3 meter papan anjal yang dimenangi pada kejohanan Kejohanan Terjun Piala Asia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR - Hasrat penerjun veteran, Yeoh Ken Nee untuk beraksi pada Sukan Olimpik sebelum bersara menjadi kenyataan, apabila dia mengesahkan tiket ke London semalam selepas muncul juara acara 3m papan anjal pada Kejohanan Terjun Piala Asia.

Ini bermakna Malaysia mempunyai dua wakil dalam acara tersebut selepas Bryan Nickson Lomas juga layak ketika menyertai Kejohanan Dunia Shanghai, Julai lalu.

Pada aksi di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam Ken Nee mempamerkan terjunan mantap untuk mengutip 456.55 mata selepas lima cubaan untuk menewaskan rakan senegara Ooi Tze Liang (387.50 mata) dan Timothy Lee (310.10) dari Singapura.

Kejayaan itu dipermudahkan apabila dua penerjun China termasuk He Chao, juara remaja dunia tahun lalu, menarik diri pada saat akhir.

Ken Nee, 28, akan membuat penampilan kedua pada Sukan Olimpik selepas Sydney 2000.

Ken Nee merancang untuk bersara awal sekiranya tetap gagal layak ke Olimpik 2012 menerusi kejohanan Asia di sini dan pada Piala Dunia, London Februari depan.

"Adalah menjadi satu bonus apabila layak lebih awal daripada yang dijangka. Dengan ini saya boleh terus menumpukan persiapan menghadapi London 2012.

"Saya memang mengimpikan bertanding di Olimpik sebelum bersara, " kata pemenang pingat perak Sukan Asia Guangzhou 2010 itu.

Sementara itu, pasangan Pardika Indoma-Tze Liang turut menceriakan kem negara apabila mengejutkan gandingan pilihan China, Wang Anqi-Li Di dalam acara 10m platform seirama.

Turut meraih pingat pada hari pertama kejohanan semalam ialah pasangan penerjun pelapis kita, Kam Ling Kar-Jasmine Lai (perak acara 10m platform seirama) dan Cheong Jun Hoong (gangsa 1m papan anjal).

Kejohanan diteruskan dengan empat lagi acara di mana Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet akan mengintai tiket Olimpik 10m platform individu wanita.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kelantan tetap laksana hukum hudud

Posted:

Kelantan tetap laksana hukum hudud

Kelantan tetap laksana hukum hudud

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tapak pameran sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 25 Sept. - Walaupun pelaksanaan hukum hudud ditentang keras oleh DAP, namun ia ternyata tidak dipedulikan oleh Pas.

Ia terbukti apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, negeri itu kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, langkah itu bagi membolehkan hakim-hakim menggunakan akta tersebut dalam perbicaraan sesuatu kes sekiranya wujud prima facie.

"Usaha kami sekarang ini ialah nak memasukkan hudud dalam senarai hukum mahkamah syariah di Kelantan.

"Kami hanya nak memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum supaya mahkamah-mahkamah boleh menggunakan akta ini, bila kes berlaku di mahkamah, hakim akan menentukan ada prima facie ke tak ada, kalau ada prima facie ada peguam bela peguam cara tak ada apa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi.

Langkah kerajaan Kelantan itu dijangka menghangatkan lagi 'pertelingkahan' dengan DAP yang melalui Pengerusinya, Karpal Singah menentang pelaksanaan hukum hudud.

Walaupun Karpal semalam menganggap Nik Abdul Aziz sebagai 'orang tua yang mahukan perhatian', namun ketika meminta mengulas kenyataan berkenaan Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan beliau 'menghormati pandangan Karpal sebagai orang tua yang telah lama berkecimpung dalam perundangan dan tidak timbul sebarang perbalahan'.

Bagaimanapun jelas Nik Abdul Aziz, tidak sepatutnya timbul salah faham di kalangan parti pembangkang mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud.

Mengulas lanjut kenyataan Karpal itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak berasa apa-apa walaupun Pengerusi DAP tersebut turut menyentuh soal peribadinya.

Beliau sebaliknya menjelaskan, adalah lebih baik negara ini menerima hukum hudud berbanding melaksanakan hukuman mandatori gantung sampai mati bagi kesalahan seperti dadah dan senjata api.

Ini kerana kata beliau ia menyebabkan keluarga individu terbabit merana disebabkan tiada tempat hendak bergantung hidup.

"Hudud ini tak mati orang, bila kena hudud tak mati manusia, kenapa dia sibuk sangat, sibuk kerana macam saya kata tadilah, orang takut ke hudud macam takut ke hantu," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan hadir pada mesyuarat pakatan pembangkang dijadual Rabu ini, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau kini dalam keadaan tidak sihat dan tidak tahu sama ada akan hadir atau sebaliknya.

Biar Pas dan DAP selesaikan isu hudud

Posted:

Biar Pas dan DAP selesaikan isu hudud

Biar Pas dan DAP selesaikan isu hudud

BAGAN DATOH 25 Sept. - Polemik pelaksanaan hukum hudud di negara ini sepatutnya dibiarkan kepada Pas dan DAP sahaja kerana kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang tersebut yang menimbulkan isu berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian kerajaan dalam isu berkenaan sudah jelas dan ia bukan menjadi isu lagi.

"Pelaksanaan hukum hudud di negara ini belum dapat dilaksanakan kerana faktor kesesuaiannya dengan masyarakat majmuk di negara ini.

"Sebagai orang Islam, keraguan terhadap hukum hudud tidak timbul sama sekali, cuma negara kita rakyatnya pelbagai kaum,'' katanya selepas melancarkan Program 'Kami Anak 1Malaysia' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini hari ini.

Program itu melibatkan penyertaan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau mahu bekas pelatih PLKN menyertai program berjalan tanpa henti di seluruh negara yang akan bermula 14 Oktober ini.

Katanya, program itu sebagai sokongan kepada kerajaan kerana berjaya mewujudkan program PLKN yang terbukti baik untuk generasi muda negara di samping sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan inkues Ahmad Sarbaini hari ini

Posted:

Keputusan inkues Ahmad Sarbaini hari ini

Keputusan inkues Ahmad Sarbaini hari ini

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Keputusan inkues menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed yang mayatnya dijumpai di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu akan diketahui esok.

Koroner Aizatul Akmal Maharani yang mengendalikan inkues tersebut akan membuat keputusan tersebut di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10 pagi.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Aras 1 bangunan SRPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu.

Allahyarham pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Perbicaraan inkues mengambil masa 13 hari itu bermula pada 4 Julai lalu dan ditutup pada 4 Ogos lalu.

Sepanjang perbicaraan, mahkamah merekodkan keterangan daripada 34 saksi termasuk beberapa pegawai SPRM Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, beberapa pegawai forensik, pegawai kastam, dan juga isteri Allahyarham, Masiah @ Maziah Manap.

Pihak SPRM diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala peguam Awtar Singh mewakili keluarga Allahyarham.

Dalam hujahan oleh pihak SPRM, Muhammad Shafee menyimpulkan kematian Ahmad Sarbaini bukan kerana dibunuh atau wujud penglibatan pihak ketiga sebaliknya akibat terjatuh dari aras tiga bangunan agensi tersebut secara kemalangan.

Menurut peguam itu, keterangan pakar patologi, Profesor Dr. Shahrom Abd. Wahid menyatakan, Allahyarham melompat keluar dari tingkap di pantri Aras 3 dengan sendirinya untuk pergi ke bumbung di bangunan sebelah.

Menurutnya, pakar patologi forensik turut mendapati keadaan di pantri tidak menunjukkan tanda terjadinya sebarang pergaduhan malah kecederaan yang terdapat pada anggota tubuh Allahyarham konsisten dengan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Sementara Awtar berhujah pihaknya menolak teori Allahyarham melompat sendiri ke luar dan percaya ada pihak ketiga terlibat serta mendakwa teori ilusi optik tentang jarak pantri ke bumbung itu ditimbulkan SPRM untuk menyembunyikan fakta sebenar.

Menurut Awtar, tiada sebab untuk arwah berbuat demikian memandangkan sebagai pelawat dia boleh keluar menggunakan lif atau tangga pada bila-bila masa dan jika dia ingin melompat, ia tidak akan membawa lelaki itu ke mana-mana.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Menara TNB patah

Posted:

Menara TNB patah

Menara TNB patah

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


Sebahagian daripada menara talian elektrik TNB yang rosak teruk akibat di hempap pokok tumbang di kawasan hutan tebal Taman Negara, Kuala Tahan.


JERANTUT 25 Sept. – Penduduk di sekitar Taman Negara dan Kuala Tahan di sini yang terputus bekalan elektrik sejak Jumaat lalu dinasihatkan tidak menghampiri kawasan menara yang patah kerana berisiko mendapat renjatan elektrik.

Menurut Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang, Sharuddin Mohd. Simin, kawasan sekitar voltan berkenaan dipercayai bervoltan tinggi dan dikhuatiri boleh menyebabkan kematian.

"Menara berkenaan yang menyalurkan kira-kira 33,000 voltan tenaga elektrik kepada lebih 1,000 buah rumah di situ patah akibat dihempap pokok berhampiran hutan Taman Negara.

"Akibat kejadian itu, sistem kecemasan TNB terputus secara automatik ke semua kawasan yang berhampiran iaitu di pekan Kuala Tahan, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan segera yang dilakukan TNB ialah menempatkan beberapa unit janakuasa di beberapa kawasan penempatan penduduk kerana bimbang kerja baik pulih itu akan memakan masa agak lama.

"Kerja mencari lokasi serta membaiki kerosakan amat sukar kerana talian terlalu panjang iaitu sejauh 96 kilometer yang merentasi kawasan hutan tebal berbukit serta tiada akses jalan masuk," tambahnya.

Bagaimanapun katanya, TNB akan berusaha membaik pulih kerosakan itu secepat mungkin secara berperingkat dan dijangkakan kerosakan tersebut dapat dipulihkan pada hujung minggu ini.

"TNB juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi meminimumkan risiko pokok tumbang atau sebarang ancaman lain terhadap talian TNB di sepanjang hutan antara Jerantut-Kuala Tahan-Mat Daling," jelasnya.

Tingkatkan perpaduan menerusi sambutan perayaan pelbagai kaum

Posted:

Tingkatkan perpaduan menerusi sambutan perayaan pelbagai kaum

Tingkatkan perpaduan menerusi sambutan perayaan pelbagai kaum


Andrew Kam Tai Yeow (dua dari kanan), Ir. Azinudin Abdul Rahim (tiga dari kiri), Abdul Aziz Mat Kiram (empat dari kiri) dan Shahiruddin Moin (lima dari kanan) menyanyi bersama-sama sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1Malaysia-RAGM 2011 di Raub malam, semalam.


RAUB 25 Sept. - Masyarakat pelbagai kaum di daerah ini boleh meningkatkan lagi perpaduan mereka menerusi sambutan hari perayaan mengikut budaya masing-masing.

Pengarah Urusan Raub Australian Gold Mining (RAGM), Datuk Ir. Azinudin Abdul Rahim berkata, sebagai sebuah syarikat swasta yang bertanggungjawab pihaknya terpanggil untuk meraikan semua perayaan yang membabitkan semua kaum dan warga daerah ini.

Katanya, melalui sambutan perayaan seperti itu, penduduk berbilang kaum akan lebih memahami budaya rakan-rakan mereka dan memupuk semangat kekitaan walaupun berlainan agama dan budaya.

''Tahun lalu RAGM mengadakan sambutan Tahun Baru Cina dan tahun ini kita meraikan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri 1Malaysia.

''Kami berharap aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat mendokong cita-cita untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan progresif," katanya semasa berucap merasmikan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1Malaysia-RAGM 2011 di Dataran Raub di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif RAGM, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Moin; ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mohd. Ali.

Seramai 10,000 warga Raub membanjiri Dataran Raub dengan dihiburkan beberapa penyanyi, antaranya Uji Rashid, Hail Amir, Sheqal, Hazama AF9, Haiza dan Eja.

Majlis tersebut bertambah meriah dengan kehadiran pelakon yang juga pengacara, Sharifah Shahira yang bertindak sebagai pengacara.

Menurut Azinuddin, selain operasi carigali emas, RAGM juga turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti memberikan bantuan kepada golongan miskin, kurang upaya dan pendidikan.

''Selain mewujudkan 200 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, kehadiran kami di sini turut memberi impak dan merangsang pertumbuhan kitaran ekonomi yang berterusan kepada penduduk tempatan," kata beliau.

2,000 penduduk meriahkan pesta bakar lemang

Posted:

2,000 penduduk meriahkan pesta bakar lemang

2,000 penduduk meriahkan pesta bakar lemang


Abu Bakar Harun (tiga dari kiri ) turut bersama membakar lemang pada Pesta Lemang di Pekan, kelmarin.


PEKAN 25 Sept. - Pesta membakar lemang di Felda Chini 3 di sini semalam meriah dengan kehadiran kira-kira 2,000 penduduk dari sekitar Gugusan Felda Chini.

Acara yang kali keempat dianjurkan ini diilhamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun yang berusaha mengetengahkan kaedah berbeza bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri di kawasannya.

Menurut Abu Bakar, pesta itu diadakan sehari sebelum majlis jamuan raya bagi membolehkan setiap pasukan itu menyiapkan makanan untuk dihidangkan kepada tetamu pada keesokannya.

"Sebanyak 10 pasukan memasuki pesta terbabit yang akan membakar 200 batang lemang. Acara tahun ini berbeza dengan tahun lalu kerana tahun ini tiada pertandingan tetapi hanyalah pesta sahaja," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah beliau lagi, tujuan pesta ini diadakan adalah ke arah pembentukan perpaduan dan mengukuhkan hubungan sedia ada yang terjalin sesama masyarakat di situ.

"Di sini kita dapat lihat bagaimana setiap peserta berganding bahu dan bekerjasama menyiapkan lemang mereka walaupun berdepan dengan suhu panas yang tinggi.

"Namun semua itu mereka tolak ketepi kerana selain membakar lemang, peserta seronok dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat," jelasnya.

Abu Bakar berkata, bukan sahaja golongan muda yang turut serta dalam pesta itu tetapi juga warga emas dan wanita tidak ketinggalan turut menjayakannya.

Selain itu katanya, pada pesta ini juga terdapat cabutan bertuah bagi untuk peserta dan disajikan juga dengan persembahan nyanyian kugiran dari Chini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Serangan di gereja, satu maut

Posted:

Serangan di gereja, satu maut

Serangan di gereja, satu maut

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


Mayat yang disyaki pengebom berani mati terbujur selepas meletupkan bom di pintu masuk utama gereja Bethel Injil di bandar Solo, Jawa Tengah, semalam. - AFP


JAKARTA 25 Sept. - Seorang pengebom berani mati terbunuh, sementara 20 orang lagi cedera dalam kejadian serangan bom berani mati di sebuah gereja di kota Solo, Jawa Tengah, pagi ini.

Serangan itu berlaku di Gereja Bethel Injil Sepenuh, Kepunton, Kota Solo pada kira-kira pukul 10.55 pagi selepas penganut Kristian selesai menjalani upacara agama.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Anton Bachrul Alam berkata, kejadian berlaku sebaik-baik penganut berkenaan keluar dari gereja itu.

''Ketika kejadian, pengebom berani mati terbabit ikut sama keluar dari gereja dan apabila sampai di pintu utama, dia meletupkan bom sehingga mencederakan ramai orang," katanya pada sidang media, di sini.

Bunyi letupan itu yang merosakkan beberapa bahagian gereja kedengaran sejauh 500 meter.

Jelasnya, pengebom berani mati itu dipercayai menyamar sebagai penganut Kristian dan ikut sama melakukan ibadat sebelum bertindak meletupkan bom.

''Letupan itu mengakibatkan bahagian tengah badan pengebom berani mati itu berkecai dan ususnya terburai.

''Polis masih menyiasat identiti pengebom termasuk jenis bom yang digunakan,'' ujarnya.

Menurut beliau, polis telah menyiarkan gambar wajah mayat pengebom berani itu dan merayu orang ramai tampil memberikan maklumat bagi mengenal identiti penyerang.

Sementara itu, Kerajaan Indonesia mengutuk keras kejadian serangan bom berani mati itu dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dijadual mengeluarkan kenyataan petang ini berhubung kejadian itu. - Utusan

China perluas tentera laut

Posted:

China perluas tentera laut

China perluas tentera laut


Keupayaan tentera laut China ditingkatkan lagi dengan pembelian kapal pengangkut pesawat jenis Varvag dari Ukraine. - AGENSI


SHANGHAI 25 Sept. - Tentera laut China memainkan peranan semakin penting dalam kempen negara ini untuk menjadi sebuah kuasa tentera dunia, dan ujian kapal pengangkut pesawat udaranya yang pertama baru-baru ini membuktikan cita-cita besar tentera laut Beijing.

China semakin menonjolkan kekuatan tenteranya di laut lepas dan pelayaran sulung kapal pengangkut itu pada bulan lalu mencetuskan kebimbangan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, yang menyifatkan langkah itu bakal membawa 'kesan besar' di rantau ini.

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China yang merupakan angkatan bersenjata terbesar di dunia sebahagian besarnya adalah tentera darat.

Namun, tentera laut memainkan peranan semakin besar ketika Beijing mengambil pendirian lebih tegas dalam membuat tuntutan ke atas wilayahnya, terutama di Laut China Timur dan Laut China Selatan.

Sekumpulan wartawan dibawa melawat kapal frigat peluru berpandu Anqing di pangkalan Armada Timur di Ningbo, ke selatan Shanghai baru-baru ini.

"Selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China perlu memikul tanggungjawab lebih besar dalam hal-ehwal dunia," kata ketua staf pangkalan tentera laut di Ningbo, Kapten Wei Hua kepada wartawan.

"Kami mempunyai garisan tepi laut sepanjang kira-kira 18,000 kilometer dan kawasan maritim melebihi tiga juta kilometer persegi.

"Kerana itu sangat penting untuk membina sebuah tentera laut yang kuat bagi melindungi negara ini dan kepentingannya," ujar beliau.

Taiwan tetap menjadi faktor utama dalam strategi pertahanan Beijing tetapi pulau itu bukan satu-satunya tumpuannya.

Beijing menuntut sebahagian besar daripada Laut China Selatan yang turut dituntut oleh jiran-jirannya yang lebih kecil, selain perlu memastikan keselamatan saluran bekalan dan sumber baru bahan mentah bagi menggerakkan ekonominya yang berkembang pesat.

"Beijing mahu membawa Laut China Selatan yang dianggapnya sebagai sebahagian wilayahnya ke dalam lingkungan pengaruhnya," kata seorang pakar pertahanan antarabangsa. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Sensitif, lengkap

Posted:

Sensitif, lengkap

Sensitif, lengkap

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ASWAD YAHAYA


Beberapa pilihan model baru Blackberry yang menampilkan beberapa kelebihan.


RESEARCH In Motion (RIM), syarikat pengeluar peranti telekomunikasi popular, BlackBerry baru-baru ini memperkenalkan sistem operasi generasi terbaru mereka, BlackBerry 7.

Dilihat sebagai platform navigasi terbaik dan paling lancar, ia bakal menawarkan prestasi pelayaran termaju yang dipertingkatkan pada peranti telefon bimbit BlackBerry pengguna.

BlackBerry 7 diintegrasi bersama teknologi Liquid Graphics untuk sokongan paparan beresolusi tinggi serta pengendalian antara muka lebih responsif.

Tidak cukup dengan itu, implementasi platform itu turut memberi peningkatan kuasa operasi sebanyak 40 peratus lebih baik berbanding generasi sistem operasi BlackBerry 6 sebelum ini.

Penambahbaikan turut dilakukan pada fungsi pelayaran HTML5 di mana bertujuan menaiktaraf kecemerlangan pengalaman permainan video.

Menerusi integrasi BlackBerry 7 juga, pengguna akan dapat menikmati capaian komunikasi lengkap melalui panggilan suara, e-mel, mesej dan aplikasi sosial.

Ini kerana, sistem operasi berkenaan didatangkan bersama kelebihan beberapa aplikasi terbaru seperti BlackBerry Messenger (BBM) masa nyata, Sosial Feed 2.0 serta Facebook for BlackBerry 2.0.

Pengguna juga boleh menjalankan tugas mengedit dokumen seperti PDF secara mobiliti menggunakan aplikasi Documents To Go versi premium yang didatangkan secara bersama.

Bagi menyokong operasi BlackBerry 7 pula, kesemua telefon bimbit pintar terbaru BlackBerry akan disempurnakan bersama spesifikasi pemproses 1.2 GHz, rakaman video definisi tinggi (HD) dan resolusi grafik 24 bit.

Serentak pelancaran itu, RIM turut memperkenalkan empat model telefon pintar terbaru mereka yang mengaplikasi sistem operasi BlackBerry 7 iaitu Bold 9900, Torch 9860, Torch 9810 serta Curve 9360.

Untuk BlackBerry Bold 9900, ia memasuki pasaran negara ini pertengahan September lalu.

Peranti generasi keempat untuk portfolio Bold di Malaysia itu disempurnakan bersama rekaan premium berbingkai besi tahan karat, capaian kawalan papan kekunci QWERTY, skrin sentuh vivid dan prestasi multimedia terbaik.

Dengan ketebalan peranti 10.5 milimeter (mm), Bold 9900 merupakan model BlackBerry pertama dilengkapi sokongan teknologi Near Field Communications (NFC) untuk integrasi bersama aksesori dan telefon bimbit pintar lain hanya melalui sentuhan.

Dengan segala kelebihan itu, model utama BlackBerry Bold 9900 bakal dijual dengan harga pasaran RM2,188.

TDM bantu tubuh kelas maya

Posted:

TDM bantu tubuh kelas maya

TDM bantu tubuh kelas maya

DALAM usaha membantu mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan sistem pelajaran yang lebih canggih lagi bersepadu di sekolah, TDM Plantation Sdn. Bhd. baru-baru ini menyumbang RM87,000 kepada Sekolah Kebangsaan Padang Kubu di Kemaman, Terengganu untuk menubuh tiga kelas maya di sekolah tersebut.

Ia merupakan sumbangan yang keempat oleh syarikat terbabit yang merupakan anak syarikat milik TDM Berhad, kepada sekolah-sekolah rendah di Terengganu menerusi usaha tanggungjawab sosial korporatnya.

Awal tahun ini, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Telok Kalong dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir telah pun menerima sumbangan bagi tujuan yang sama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Halim Yusof, dengan membantu sekolah menubuhkan kelas maya, ia akan meningkatkan lagi minat belajar di kalangan murid dan mendidik mereka mengenai pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran.

''Penubuhan kelas maya sebegini di sekolah-sekolah dapat mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pelajaran di mana komputer akan digunakan sebagai sokongan kepada proses pembelajaran yang lebih bersepadu antara guru dan pelajar sekolah," kata beliau.

Inisiatif seperti ini juga dapat meningkatkan mutu pelajaran di kalangan anak-anak pekerja TDM Plantation.

''Seterusnya, ia mampu mewujudkan satu persekitaran yang kompetitif kepda kanak-kanak estet supaya turut cemerlang dalam proses pembelajaran mereka,'' katanya.

Ab. Halim menjelaskan bahawa adalah menjadi sebahagian dari tanggungjawab korporat TDM agar sentiasa membantu masyarakat sekeliling di mana mereka beroperasi; dengan menghulurkan sokongan dalam pelbagai cara terutama dalam menangani isu-isu pelajaran dan pembasmian kemiskinan.

Kelas maya adalah integrasi ICT melalui perisian, perkakasan dan prasarana dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Ia melibatkan penggunaan jaringan Wi-fi , interactive Smart Board dan e-book dalam bilik darjah, melibatkan guru dan murid berinteraksi antara satu sama lain.

''Kami akan terus membantu sekolah-sekolah lain untuk menubuhkan kelas-kelas maya di masa hadapan, ''ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bukan sekadar sebar dakwah

Posted:

Bukan sekadar sebar dakwah

Bukan sekadar sebar dakwah

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
pengarang@utusan.com.my

DALAM negara seperti Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, agensi agamanya mempunyai peranan yang amat penting.

Ia bukan sahaja menjadi tunggak utama rujukan umat Islam dalam bab hukum hakam tetapi juga seharusnya menjadi institusi yang disenangi dan sentiasa menerima 'tetamu' baik untuk mengadu masalah atau mendapatkan nasihat.

Kini, peranan institusi agama terutama Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) menjadi semakin penting. Ia bukan sahaja penting dalam menyebarkan dakwah dan amal makruf nahi mungkar tetapi juga sebagai fire wall. Sebabnya, kita menghadapi pelbagai serangan terutamanya dalam dunia tanpa sempadan ini.

Justeru, adalah menjadi kewajipan jabatan berkenaan mempersiapkan diri menangani dakyah yang cuba dilemparkan golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi musuh menurut kemampuan kamu dengan segala kekuatan dan barisan berkuda bagi menakutkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu...(al-Anfal: 60)

Di negara kita, isu-isu agama amat sensitif. Sebab itu, cubaan menggugat kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan hal-hal seperti murtad dan cubaan menyebar dakyah mereka kepada umat Islam perlu tegas dibendung.

Demikian juga dengan isu rosak akhlak dan moral melibatkan remaja Islam perlu ditangani secara hikmah agar mereka tidak terus jauh daripada Islam.

Hal-hal beginilah yang antara lain akan dibincangkan dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur bermula hari ini.

Apa yang pasti, tujuan kongres bertemakan 'Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah' ini diadakan adalah memperkasa institusi Raja-Raja yang memayungi Islam dan masyarakat Islam di negeri-negeri.

Ia juga bertepatan dengan maksud hadis iaitu manusia itu atas agama pemimpin-pemimpin mereka. Maksudnya, jika pemimpin mereka itu orangnya kuat berpegang pada agama, demikianlah juga rakyat jelatanya. Begitulah sebaliknya.

Oleh itu, keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan kongres membuktikan keprihatinan baginda terhadap hal ehwal Islam dalam negara.

Begitu juga dengan keberangkatan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyampaikan Titah Diraja bertajuk 'Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah'.

Baginda turut disokong oleh Sultan Kedah, Raja Perlis dan Sultan Kelantan yang turut berkenan berangkat ke kongres itu.

Pada masa sama, kongres juga bertujuan memperkasa imej Majlis Agama Islam Negeri yang memayungi pengurusan agama Islam sebagai agama negara serta memperhebat peranan Majlis sehingga berupaya mengatasi isu-isu masyarakat Islam yang kontemporari dan tidak hanya berkaitan dengan isu tradisional semata-mata.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, selain itu, kongres ini juga menjadi wadah interaksi dan perkongsian pintar antara Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Katanya, perkongsian pintar ini penting kerana MAIN adalah pembuat dasar berkaitan agama Islam yang kemudiannya akan diimplementasi oleh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.

"Dengan kata lain, sebenarnya kekuatan itu (merangka dasar Islam) ada pada MAIN kerana ia di bawah Sultan," katanya kepada Utusan Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.

Othman yang juga Setiausaha Kongres berkata, terdapat sembilan kertas kerja yang akan dibentangkan sepanjang majlis berlangsung.

Ia dibahagikan kepada tiga tajuk besar yang menyentuh soal ekonomi, pendidikan dan undang-undang.

Kertas kerja pertama bertajuk 'Peranan Majlis Agama Islam Negeri Dalam Membangun Sosio Ekonomi Ummah'.

Para pembentang terdiri daripada Datuk Nik Mustapha Nik Hassan (Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia) dan Datuk Mustafa Abd. Rahman (Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan).

Kertas kerja kedua yang akan dibentangkan esok bertajuk 'Majlis Agama Islam Negeri Pemacu Pendidikan Ummah'.

Para pembentang terdiri daripada Prof. Ulung Tan Sri Dr. Muhammad Kamal Hasan (Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof. Datuk Dr. Ismail Ibrahim (Penyandang Kerusi Abdullah Fahim Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman, (Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM).

Kertas kerja ketiga membicarakan 'Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah dan Kedaulatan Undang-Undang'. Pembentang kertas kerja ialah Tan Sri Syeikh Ghazali Abdul Rahman (Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara), Prof. Dr. Najibah Mohd. Zin (pensyarah Kulliyah Undang-Undang, UIAM) dan Mahamad Naser Disa (Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara).

Pendek kata, MAIN perlu mempunyai kepakaran bukan sahaja dalam core business iaitu hal ehwal agama yang khusus tetapi juga mempunyai pakar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), teknologi makanan dan sebagainya.

Dalam dunia maklumat yang bergerak pantas, MAIN perlu sekurang-kurangnya mampu menyaingi kepantasan hujah-hujah yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertimbun-timbun di Internet.

Semoga kongres ini memperkukuh dan memantapkan lagi MAIN agar Islam di Malaysia terus cemerlang, disegani dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Hudud: Pakatan di persimpangan

Posted:

Hudud: Pakatan di persimpangan

Hudud: Pakatan di persimpangan

OLEH TOK KI

AMAT menarik isu hudud dibangkitkan semula oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diberi pandangan balas oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, reaksi penentangan oleh Karpal Singh, provokasi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sokongan Anwar Ibrahim secara peribadi terhadap pendirian Mursyidul Am Pas ini menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud di Kelantan.

Ia meletakkan pakatan pembangkang di suatu persimpangan bahawa muktamar Pas lalu seperti menunjukkan peralihan yang radikal daripada perjuangan negara Islam ke arah negara berkebajikan.

Sehingga kini tiada huraian jelas bahawa Negara Berkebajikan adalah Negara Islam yang menuntut pelaksanaan hudud.

Apakah ia suatu taktik menjinakkan kelompok bukan Islam bahawa Pas sedang mengambil pendekatan sederhana untuk menyesuaikan diri dengan kelompok-kelompok lain?

Umum mengetahui bahawa telah sekian lama Pas memperjuangkan Negara Islam. Adakah ia sungguh-sungguh atau lebih merupakan retorik politik semata-mata, ia memerlukan pemeriksaan dan penelitian.

Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menjadi lebih liberal. Tidak nampak secara tegas memperjuangkan Melayu dan Islam. Pemimpinnya Anwar akhir-akhir ini semakin liberal kalau tidak pun sedang mengarah kepada faham pluralis.

DAP tetap dengan keazaman melaksanakan konsep Malaysian Malaysia ikut acuan Sosialis Demokratik. Sepatah kata Karpal Singh "langkah mayat saya dulu" sekiranya ingin melaksanakan Negara Islam. Secara jelas pakatan pembangkang berada di persimpangan ideologi dan fahaman yang amat tajam.

Walaupun Anwar menjadi penghubung utama pakatan pembangkang dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi ideologi dan fahaman komponen politik pakatan tidak sekata dan sehaluan

Bayangkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin dekat, percanggahan mula timbul, apakah corak dasar dan manifesto yang bakal dirumus bagi meyakinkan rakyat bahawa ideologi dan fahaman yang berbeza boleh menghasilkan corak kerajaan yang kukuh dan teguh.

Pas dengan penguasaan kelompok Anwarinasnya sedang mengukuh pengaruh supaya ia selari dengan kehendak Anwar.

Kelompok ulama semakin menjadi tidak berpengaruh dan sering terpapar nada sumbang dari Ketua Ulamanya, Datuk Harun Taib dan Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan terhadap isu pemurtadan dan menyebabkan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali semakin terpinggir.

Bila Anwar tidak bersetuju dengan usaha Hasan menubuhkan Unit Penyelarasan dalam portfolionya di Selangor, ia menunjukkan belang sebenar Anwar terhadap isu agama yang sangat sensitif.

Apakah kenyataan Anwar terhadap isu hudud Nik Aziz bakal memerangkap diri dan menyebabkan keretakan dan akhirnya perpecahan dalam pakatan?

Bagaimana komponen pakatan yang mempunyai ideologi dan fahaman yang berbeza ibarat langit dengan bumi ini boleh mencapai suatu rumusan dasar negara apa yang bakal dibangunkan nanti sekiranya mereka menang dalam pilihan raya.

Anwar pada hemat penulis tidak akan selesa dengan konsep Negara Islam Pas. Hairannya, bagaimana Pas boleh menerima faham liberal-pluralis yang dianut oleh Anwar sedangkan konsep Negara Islam Nik Aziz jauh lebih rigid.

Dalam masa sama, bagaimana Pas dapat bertolak ansur dengan DAP sedangkan DAP tidak pernah berkompromi dengan maksud Negara Islam yang dibawa oleh Pas.

Yang penulis amati adalah Pas memerlukan sokongan DAP supaya dapat memerintah Malaysia. Anwar dan PKR memerlukan Pas dan DAP supaya boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dan DAP memerlukan Pas dan Anwar supaya undi umat Melayu pecah.

Logik akal tidak mungkin tiga aliran fahaman ini boleh menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sering dihubungkan pakatan ini ibarat tidur sebantal mimpi lain-lain. Citarasa politik menjadi tidak sama. Lambat laun ia bakal bercanggah dan pastinya membawa perpecahan. Penyokong Pas tidak mahu Pas cair dengan perjuangan Negara Islamnya.

DAP sedang menjinakkan ramai professional Melayu untuk terlibat dalam kepimpinan partinya supaya apa-apa berlaku ia boleh menjawab keperluan perlembagaan Selangor atau Perak kalau berbangkit isu pucuk kepimpinan negeri nanti.

Anwar dengan isu mahkamahnya dan krisis dan kepimpinan Wan Azizah-Azminnya tidak mungkin melonjakkan PKR dalam keadaan lebih kuat seperti PRU Ke-12 dulu

Eksperimen kelainan ideologi dan fahaman ini adalah sesuatu yang berbahaya bagi Malaysia. Malaysia memerlukan asas kestabilan dan perpaduan yang tinggi kerana tidak mudah membangun Malaysia seperti yang kita lihat keadaannya hari ini.

Pendekatan sederhana dan tolak ansur amat perlu supaya maksud Islam dalam dasar membawa pendekatan ketamadunan bukannya retorik politik yang sifatnya memikat tetapi dari sudut program pembangunan Islami tidak berlaku.

Islam tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang rasis. Prinsip amanah, keadilan, keikhlasan, telus dan tulus sekiranya dapat dihayati oleh setiap tahap kepimpinan dan pengikutnya, ia mampu menjadi faktor penyatu masyarakat majmuk.

Ia boleh dibina sekiranya ada tekad politik yang tinggi untuk membawa Malaysia ke arah negara maju berasaskan acuan kita sendiri.

Oleh itu Malaysia memerlukan suatu pendekatan yang lebih serasi dengan sifat masyarakatnya yang berbilang.

Mengambil pendekatan rigid Nik Aziz tanpa berlakunya transformasi sosial, ekonomi, ilmu dan pendidikan dan budaya meletakkan suasana yang tidak kondusif dalam membangunkan syariah.

Kita tidak boleh berfikir simplistik bahawa laksanakan hudud akan selesai semua masalah yang berbangkit. Hudud adalah suatu kaedah hukuman Islamiah dari Allah. Kita wajib mengimaninya.

Bagaimana hudud dapat dilaksanakan dalam realiti yang serba bejat atau tidak seimbang memerlukan penelitian ulama dan ilmuwan supaya maqasid syariah berlaku dengan tekad dan persiapan yang terbaik.

Ini kerana keadilan tidak akan terjelma dan lahir sekiranya hudud hanya menjadi slogan politik untuk memikat dan mengekalkan pengaruh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fathia tidak gugat sesiapa

Posted:

Fathia tidak gugat sesiapa

Fathia tidak gugat sesiapa

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR dan ihsan EMPAT SEMUDRA PLANTATION


MEMBAWAKAN watak Qiss dalam filem Al-Hijab merupakan titik permulaan segala-galanya buat Nur Fathia.


HADIRNYA ke persada seni berbekalkan pakej yang boleh dikatakan lengkap - dikurniakan dengan wajah jelita dan bakat lakonan yang tersendiri.

Maka itu, tidak hairanlah apabila nama Nur Fathia Abd. Latiff atau mesra disapa dengan panggilan Fathia ini semakin mendaki puncak populariti dan menjadi sebutan di bibir peminat hiburan tempatan.

Sehingga ada yang berpendapat Fathia merupakan pelapis baru yang mampu pergi jauh dalam industri dan berdiri setanding dengan aktres sedia ada.

Walaupun pernah dihimpit kontroversi gara-gara kes membaling telefon bimbit tidak lama dulu sehingga mencalar sedikit nama baik Fathia, ternyata ia bukan satu halangan untuknya terus menjadi rebutan pengarah dan penerbit.

Apatah lagi dengan kehebatan drama bersiri Stanza Cinta yang sedang ditayangkan di TV3 telah membuatkan graf populariti anak kelahiran Pulau Mutiara ini melonjak naik.

Di sebalik Fathia berusaha keras untuk terus mengukuhkan namanya di persada seni, nampaknya seperti ada pihak yang kurang selesa dengan kemunculan gadis jelita ini.

Angin sepoi-sepoi bahasa mula berbisik mengatakan kehadiran Fathia seolah-olah kurang disenangi terutama pelakon senior sehingga dilayan dengan kurang mesra.

Apakah benar Fathia mula dicemburui oleh pelakon yang terlebih dahulu mencipta nama daripadanya? Dan apakah benar juga hadirnya Fathia dalam industri sudah dilihat sebagai satu ancaman kepada pelakon lain?

"Jujurnya, saya rasa tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pelakon senior. Malah, saya cukup menghormati dan kagum dengan kredibiliti mereka sebagai aktres.

"Saya sendiri tidak melihat diri saya sebagai ancaman kepada mana-mana pihak yang merasakan kehadiran saya seperti mahu menggugat mereka.

"Hadirnya saya ke sini bukan untuk bersaing dengan sesiapa terutama pelakon senior. Saya cukup sedar saya baru dan mentah dalam bidang ini. Perjalanan saya juga masih terlalu jauh," ulas Fathia yang ditemui usai majlis pratonton filem Al-Hijab arahan Pierre Andre di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seperti mana yang pernah diberitahunya sebelum ini, bidang lakonan yang diceburinya hampir dua tahun lalu adalah semata-mata mahu mencari pendapatan sampingan selain menimba pengalaman baru.

Jauh sekali mahu terus berasa selesa dalam limpahan cahaya glamor seperti mana yang diimpikan oleh bakat baru sepertinya, ternyata itu bukan yang dicari oleh Fathia.

Dalam apa jua hal sekalipun kata Fathia, dia masih mengutamakan akademik dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang peguam selain mahu memenuhi permintaan kedua ibu bapanya yang mahu melihatnya berjaya dalam pelajaran.

Bercuti

Atas alasan itu, Fathia amat menitik beratkan soal disiplin dan tidak sesekali mencampur aduk antara lakonan dan pelajaran.

Jika dalam tempoh empat bulan ini tiada sebarang perkhabaran terbaru tentang Fathia, jangan pula ada yang menyangka dia akan melupakan bidang lakonan.

Ini kerana kata Fathia, dia akan kembali menyambung pengajiannya untuk semester empat dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sudah pasti dalam tempoh itu, dia akan sibuk dengan kuliah dan pembelajaran. Maka itu, jelas Fathia, dia akan menolak tawaran berlakon sepanjang empat bulan berada di universiti.

Namun, Fathia hanya akan bersedia untuk menimbang tawaran iklan komersial yang tidak memakan masa yang panjang. Tetapi katanya, penggambaran perlulah dilakukan pada hujung minggu sahaja.

"Bukan mahu bersikap bongkak atau sombong dengan menetapkan syarat-syarat seperti itu, tetapi, saya perlu fokus dan mengutamakan pelajaran saya terlebih dahulu.

"Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, saya hanya akan berlakon sewaktu cuti semester sahaja. Saya juga perlu menjaga hati dan menghormati kedua ibu bapa saya yang mahu saya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mendapat keputusan cemerlang.

"Itu adalah syarat yang perlu saya patuhi sebaik sahaja mereka membenarkan saya menceburi bidang ini. Seperti mana yang semua sedia maklum, mereka memang menentang keras apabila saya mahu menjadi seorang pelakon," jelas Fathia yang mula dikenali menerusi drama bersiri popular, Nur Kasih.

Hanya kerana dia mengeluarkan syarat dan permintaan sebegitu, Fathia disangka sudah bersedia untuk mengibar bendera putih sebagai tanda bahawa akan bersara daripada dunia seni.

Apabila kenyataan disalah erti oleh sesetengah pihak sehingga tersebar luas di alam maya dan blog, ia membuatkan hati wanitanya sedikit terguris.

Walhal, dia sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk bersara dan bagi Fathia, sebagai bintang baru, dia masih lagi mahu mendalami ilmu lakonan dan memperbaiki mutu lakonannya.

Permulaan

Walaupun sudah membintangi beberapa buah drama antaranya Laila Asyikin, Musang Berjanggut, Hani dan Hotel Hasanah yang mendapat perhatian ramai, Fathia merasakan ia masih belum cukup untuk menyakinkan peminat dengan bakat lakonannya.

Begitu juga dengan filem pertamanya, Al-Hijab yang akan menemui penonton di pawagam tempatan bermula 6 Oktober ini.

Membawakan watak Qiss dalam filem tersebut, jelas Fathia, Al-Hijab merupakan permulaan bagi dirinya sebelum mana-mana drama yang sudah dibintanginya.

Tanpa sebarang pengalaman dan ilmu lakonan, Fathia memberanikan diri menerima tawaran Pierre selaku pengarah filem tersebut.

Memang diakui, lakonan Fathia dalam filem tersebut bukanlah dikategorikan sebagai terbaik terutama aspek ekspresi, lontaran vokal dan penghayatan.

Tetapi, sebagai bintang baru, percubaan pertamanya itu tidak mengecewakan dan masih boleh diterima.

"Saya sudah bersedia untuk menerima segala kritikan daripada peminat dan penonton apabila filem ini ditayangkan nanti.

"Al-Hijab adalah titik permulaan saya sebagai seorang pelakon dan saya sekadar mahu mencuba pada mulanya. Apatah lagi, ia adalah sebuah filem seram yang merupakan salah satu genre yang saya cukup minati.

"Saya percaya mana-mana pelakon pun mahu mencuba dan mencabar diri mereka dengan membintangi filem-filem daripada pelbagai genre. Begitu juga dengan saya.

"Saya akui lakonan saya dalam Al-Hijab ini masih banyak yang boleh diperbaiki. Saya berterima kasih kepada Pierre sebagai pengarah kerana memberi peluang dan tunjuk ajar kepada saya," jelas Fathia yang mengakui berkawan rapat dengan Neelofa dan Kilafairy.

"Beri saya 100 hari" - Naguib

Posted:

"Beri saya 100 hari" - Naguib

"Beri saya 100 hari" - Naguib

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AZRUL EDHAM
MOHD. AMINUDDIN

HARUS diakui pemilihan Mohd. Naguib Razak sebagai Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengundang sedikit kejutan di kalangan karyawan seni tempatan.

Barangkali tiada sedikit pun bayangan bahawa Mohd. Naguib (disebut Najib) akan menduduki kerusi panas itu memandangkan sebelum ini ada beberapa nama yang disebut-sebut akan memegang jawatan tertinggi itu termasuk pengarah prolifik, Ahmad Idham.

Pasti akan ada cakap-cakap sumbang yang cuba hendak mempersoalkan kredibiliti Mohd. Naguib sehingga dia berjaya menambat hati Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk memilihnya sebagai KP Finas yang baru.

Namun, Mohd. Naguib tidak mahu memikirkan tentang perkara itu kerana baginya, sebagai seorang KP Finas, dia lebih mementingkan tentang misi dan visinya dalam memartabatkan industri hiburan tempatan.

Sehinggakan, dia sendiri telah melepaskan semua jawatan dan kepentingan dalam syarikatnya, Blue In Green Productions bagi mengelakkan sebarang agenda politik yang timbul di kemudian hari.

"Untuk pengetahuan semua, saya sendiri yang menawarkan diri untuk menjawat posisi tersebut kerana saya mempunyai strategi dan misi tersendiri.

"Jadi, kalau ada yang hendak mempertikaikan tentang pemilihan saya ini, ia bukanlah satu masalah besar buat saya. Menjadi KP Finas bukan untuk kepentingan diri tetapi kepada semua pihak," ujarnya penuh optimis dalam satu pertemuan bersama pengarang hiburan dan pihak media di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd. Zulkifli Ab. Wahab dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Fatimah Ahmad selain beberapa warga kerja Finas.

Pelantikan Mohd. Naguib mula berkuat kuasa sejak 1 September lalu namun, dia memulakan tugasnya secara rasmi pada 5 September.

Pemilihannya itu juga adalah bagi menggantikan Datuk Mohd. Mahyidin Mustakim yang telah pun tamat kontrak perkhidmatan pada 30 Jun lalu.

Belum pun setengah bulan menjadi KP Finas, Mohd. Naguib sudah pun mengatur pelbagai perancangan demi mahu melihat perubahan dalam industri perfileman yang merangkumi filem cereka, animasi dan dokumentari.

Bukan mahu mendabik dada atau membangga diri dengan pengalaman yang dimilikinya sebelum ini, tetapi kata Mohd. Naguib, dengan kelebihan yang ada itu, dia mahu membawa industri seni tempatan berkelana jauh sehingga ke peringkat antarabangsa.

Mungkin kedengaran cita-citanya itu cukup tinggi dan mustahil untuk dilakukan, namun, Mohd. Naguib cukup optimis dengan misinya itu.

"Memang sudah lama saya mahu melakukan perubahan dalam industri kreatif ini dan saya mahu melihat dunia perfileman tempatan mampu mendapat perhatian di luar negara seperti mana Thailand dan Singapura.

"Sudah pasti, peluang itu akan dibuka kepada penggiat filem tempatan untuk menjalinkan kerjasama dan menimba ilmu dengan pihak luar dalam membangunkan industri.

"Semuanya ini tidak boleh dilakukan dalam masa terdekat tetapi secara berperingkat. Beri saya 100 hari sebagai tempoh percubaan untuk merealisasikan perubahan seperti mana yang telah saya rancang," kata Mohd. Naguib yang berusia 42 tahun itu dengan harapan menggunung.

Dalam pada mahu membawa nama Malaysia ke pentas dunia, Mohd. Naguib menjelaskan dia sama sekali tidak akan melupakan keperluan untuk warga seni tempatan.

Antara yang cukup menarik perhatian pembikin filem dokumentari Anak Duyung (Child Of Mermaid) dan Becoming A King ini adalah isu Skim Wajib Tayang (SWT) yang kembali menjadi sebutan di kalangan penggiat seni tanah air.

Dengan penayangan sebuah filem tempatan setiap minggu, kata Mohd. Naguib, dia sememangnya sudah pun memikirkan tentang perkara tersebut.

"Insya-Allah, saya akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah SWT ini. Dalam masa yang sama, saya sebenarnya cukup bangga dengan perkembangan pesat dunia perfileman tempatan hari ini.

"Bukan itu sahaja, saya juga mahu melihat perubahan dalam etika dan profesionalisme warga kerja filem kita demi kebaikan semua pihak.

"Benar, ia mungkin sesuatu yang mustahil untuk dilakukan kerana bukan mudah untuk kita mengubah sifat dan sikap seorang individu dalam semalaman.

"Tetapi saya percaya kalau dengan kesungguhan dan kena dengan cara serta masa yang sesuai, Insya-Allah, ia dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam hal ini, saya suka mengambil contoh daripada salah seorang idola saya, Pak Dollah yang merupakan seorang pembuat bot di Terengganu," jelas Mohd. Naguib yang memiliki kelulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Leeds di United Kingdom.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved