Ahad, 25 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Penduduk Baling dapat ambulans KP1M

Posted:

Penduduk Baling dapat ambulans KP1M

Penduduk Baling dapat ambulans KP1M


ABDUL Azeez Abdul Rahim (kiri) dan Nasir Khan Abdul Rahman di depan ambulans milik Kelab Putera 1Malaysia di Baling, kelmarin.


BALING 24 Sept. - Aspek bantuan kecemasan kepada penduduk di daerah ini dipertingkatkan dengan penyediaan sebuah ambulans untuk kegunaan Biro Kecemasan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia merupakan satu lagi sumbangan pihaknya kepada masyarakat khususnya di daerah ini ketika kecemasan atau bencana alam dengan menyediakan khidmat 24 jam.

"Khidmat ambulans diberikan atas dasar kemanusiaan sekali gus melibatkan generasi muda untuk menyumbang tenaga secara sukarela," katanya ketika menyerahkan kenderaan berkenaan kepada Penyelaras Biro Kecemasan KP1M, Nasir Khan Abdul Rahman di pekarangan pejabat Penyelaras Parlimen Baling, semalam.

Perkhidmatan ambulans KP1M dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 26 Ogos lalu.

Sebelum ini, 11 unit ambulans Biro Kecemasan KP1M ditempatkan 24 jam di beberapa lokasi panas di sepanjang lebuh raya seluruh negara sempena musim cuti perayaan Aidilfitri.

Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, kenderaan itu disediakan untuk ditempatkan di daerah ini dan perkhidmatannya adalah percuma.

Katanya, ia bagi menampung perkhidmatan ambulans milik hospital dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam membantu mangsa kecemasan seperti kemalangan jalan raya dan bencana alam.

Mengenai tenaga sukarelawan, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan kursus khas pertolongan cemas, pemulihan pernafasan (CPR) dan sistem pengendalian dalam perkhidmatan ambulans kepada semua petugas sebelum dibenarkan berkhidmat secara sukarela.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved