Ahad, 25 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perdana Menteri naik bas dekati rakyat

Posted:

Perdana Menteri naik bas dekati rakyat

Perdana Menteri naik bas dekati rakyat


NAJIB Tun Razak melaungkan slogan 1Malaysia semasa berucap pada majlis perasmian Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang, Perak, semalam. - MINGGUAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 24 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperkenalkan pendekatan baru dalam siri lawatan turun padang mendekati rakyat dengan menaiki bas bersama ahli-ahli rombongan.

Mengakui sangat teruja dengan pengalaman baru itu, Najib berkata, pendekatan tersebut akan digunakan pada siri lawatan akan datang.

''Saya rasa seronok sebab dalam bas ini dia punya suasana itu cukup mesra, riang dan serba santai. Tak rasa letih dan dalam perjalanan banyak yang kita boleh bincang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pendekatan baru itu juga dapat membawa pemimpin lebih dekat di hati rakyat.

''Apa mesejnya apabila kita naik bas? Mesejnya ialah kita hendak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dengan rakyat, bahawa kita mempunyai kedudukan yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain," katanya.

Dalam siri program turun padang ke Perak hari ini, Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) ke Taman Soon Choon bagi menghadiri majlis Sepagi Bersama Perdana Menteri.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM800,000 bagi penubuhan Pusat Anak Permata Negara Gopeng; pembinaan Sekolah Agama Rakyat Sungai Rokam (RM2.1 juta) pembinaan Masjid Al-Hidayah (RM2.2 juta) dan pembangunan perkampungan Orang Asli di Gopeng sebanyak RM5 juta.

Beliau kemudiannya meneruskan siri jelajah ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mambang Diawan, Kampar bagi menyertai majlis bual bicara bersama masyarakat.

Dengan berpakaian kasual dalam suasana santai, Najib meluangkan masa kira-kira 45 minit di majlis itu dan sempat menjawab beberapa soalan termasuk berkaitan aktiviti harian, tanggungjawab sebagai pemimpin sehinggalah kepada jenis bahan bacaan kegemarannya yang diutarakan penduduk setempat.

Pada majlis sama, Najib menyampaikan sumbangan berjumlah RM103,000 kepada tiga sekolah di daerah Kampar selain menyampaikan bantuan berjumlah RM1.5 juta bagi memperbaiki sistem perparitan di daerah itu.

Meneruskan lawatannya, rombongan yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli itu singgah di pekan Tanjung Tualang bagi merasmikan Karnival 1Malaysia.

Perdana Menteri dan rombongan kemudiannya menghadiri majlis perkahwinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ahmad Fariz Hassani Hassan di Sekolah Kebangsaan Changkat Tin sebelum meneruskan lawatannya ke Sungai Siput pada sebelah petang.

Di Sungai Siput, Perdana Menteri melancarkan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli anjuran 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di Kampung Orang Asli Bawong sebelum melawat pameran Klinik Bergerak 1Malaysia dan program khidmat masyarakat Yayasan Felda.

Beliau kemudiannya bertolak ke perkampungan masyarakat Orang Asli di Kampung Lasah bagi menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri sebelum mengakhiri lawatan kerjanya di negeri ini dengan melawat tapak projek baik pulih Rumah Nadi Kasih 1Malaysia di perkampungan tersebut.

Najib jamin selesai permintaan

Posted:

Najib jamin selesai permintaan

Najib jamin selesai permintaan

KAMPAR 24 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan Pusat akan terus membantu menyelesaikan beberapa tuntutan membabitkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

''Insya-Allah, dalam lawatan saya akan datang beberapa perkara penting akan diumum untuk kebajikan rakyat dan kesejahteraan negeri Perak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini hari ini.

Beliau pada masa sama berharap Barisan Nasional (BN) Perak akan terus bekerja keras meyakinkan rakyat Perak bahawa hanya gabungan itu pilihan terbaik mentadbir negeri ini.

Apot terima penghargaan bunuh lima komunis

Posted:

Apot terima penghargaan bunuh lima komunis

Apot terima penghargaan bunuh lima komunis

IPOH 24 Sept. - Bekas anggota 69 Komando berketurunan Orang Asli, Apot Saad, 63, yang membunuh seramai lima dan mencederakan lebih 20 pengganas komunis sepanjang operasi dari 1976 hingga 1982, hari ini menerima penghargaan khas atas jasa beliau kepada negara.

Lebih bermakna, penghargaan khas yang berupa beret 69 Komando, sebatang tongkat dan wang tunai disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Gopeng di Taman Song Choon di sini hari ini.

Apot mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 4 Ogos 1968 sebagai anggota infantri Senoi Praaq dan mendapat latihan di Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta sebelum ditukarkan ke Batalion 19 berpangkalan di Pengkalan Hulu Perak.

Beliau kemudiannya diserapkan ke pasukan 69 Komando selepas berjaya menamatkan latihan dengan jayanya pada 1970.

Sepanjang dalam 69 Komando, Apot dikenali sebagai seorang yang memiliki kemahiran mengesan, mentafsir dan menjejak kesan tapak kaki atau kasut, patahan ranting kecil, perubahan butiran batu kecil dari kedudukan asal serta calaran pada akar dan batang yang ditinggalkan musuh.

Lelaki berketurunan Semai itu mempunyai gerak hati yang sebati dengan persekitaran belantara yang membolehkan beliau mentafsir kehadiran musuh.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved