Khamis, 11 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Raja mengaku tidak bersalah

Posted: 11 Apr 2013 12:26 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Rajagobal

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengaku tidak bersalah dalam surat pertuduhan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), satu hari sebelum tarikh tutup pada hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud yang berkata, Sekretariat FAM telah menerima surat jawapan daripada Rajagobal dan tarikh pendengaran kes tersebut akan diputuskan tidak lama lagi.

Namun, beliau menambah keputusan penetapan tarikh perbicaraan itu bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM tetapi dijangka hampir pasti berlangsung pada minggu depan.

Rajagobal telah membalas surat pertuduhan yang telah dihantar oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada hari ini (semalam) dan di dalam suratnya (Borang B), dia menyatakan pendirian bahawa dia tidak bersalah.

Selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh FAM, Rajagobal berpeluang membela diri ketika perbicaraan yang tarikhnya masih belum ditentukan lagi.

Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dan menetapkan tarikh perbicaraan namun saya jangka dalam minggu hadapan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufik Abdul Razak yang ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ketujuh, Rabu lalu ada membayangkan akan mengadakan perbicaraan sebelum 20 April, iaitu sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Rajagobal yang mendapat surat pertuduhan pada 5 April lalu terselamat daripada dikenakan tindakan di bawah Artikel 88 apabila hanya akan disiasat mengikut kesalahan 18.3 Kod Tatatertib FAM.

Punca utama Rajagobal tidak disiasat di bawah Artikel 88 adalah kerana dia mempunyai kebenaran untuk bercakap dengan pihak media tetapi melanggar arahan FAM.

Walaupun begitu, dia tidak boleh lari daripada risiko kehilangan jawatan apabila boleh dikenakan penggantungan enam bulan serta denda RM8,000 jika bersalah.

Semuanya gara-gara kerana mengatakan skuad negara sudah ketiadaan penyerang berkualiti dalam saingan Liga Malaysia dalam tempoh dua tahun pada sidang media selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Arab Saudi, 17 Mac lepas.

Hamidin calon pilihan?

Posted: 11 Apr 2013 12:26 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Hamidin

KUALA LUMPUR - Desas-desus bahawa Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini akan meninggalkan badan induk bola sepak itu bagi menerima jawatan selaku Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah terjawab pada Rabu lalu.

Tidak dinafikan antara jawatan cukup penting selepas Presiden yang kini masih dipikul Sultan Ahmad Shah, Setiausaha Agung sahaja yang mempunyai kebenaran khusus untuk bercakap dengan media apabila membicarakan perihal bola sepak negara selain melaksanakan dan mengetuai Sekretariat FAM.

Namun, persoalan paling besar selepas Azzuddin akan mengucapkan salam perpisahan kepada FAM pada penghujung Mei ini, siapakah yang akan mengambil tempat yang akan ditinggalkan oleh beliau?

Buat masa ini, belum ada sebarang petanda jelas siapakah individu akan menggantikan tempat yang akan ditinggalkan oleh Azzuddin, namun jika dilihat situasi di FAM, ada satu nama yang boleh dikaitkan di kerusi paling panas badan bola sepak induk berkenaan iaitu Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Jangan dilupakan bahawa beliau sebenarnya pernah diletakkan sebagai calon utama sebagai Setiausaha Agung FAM pada tahun 2007 sebelum Datuk Azzuddin Ahmad yang akhirnya mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah.

Kini, mungkinkah rezeki akan menjadi milik Hamidin pada kali ini jika pengalaman dan pengaruhnya menjadi sandaran?

Dianggap di antara individu paling kana di FAM buat masa ini, Hamidin juga mendapat kepercayaan Sultan Ahmad Shah untuk mengendalikan salah satu portfolio paling penting iaitu Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT).

Komitmen beliau untuk menswastakan sepenuhnya Liga Malaysia selewat-lewatnya tahun 2015 mungkin akan menjadi nilai tambah Hamidin untuk menjadi individu paling popular mengambil alih posisi Azzuddin.

Hamidin yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semenjak tahun 1998 mempunyai pengalaman yang cukup luas selama lebih 20 tahun menguruskan pentadbiran bola sepak negeri.

Di peringkat FAM, beliau pernah menjawat beberapa tugasan penting seperti Setiausaha penganjur Kejohanan Piala Belia Dunia 1997 di Kuala Lumpur dan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai pada penggal sebelumnya.

Malahan, beliau berkhidmat di bawah empat Presiden FAS iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Datuk Abu Hassan Omar, Tengku Ahmad Shah dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Walaupun begitu, semuanya bergantung kepada percaturan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kerana jawatan itu adalah di bawah lantikan baginda sepenuhnya.

Namun, jika ia menjadi kenyataan, beliau akan menjadi Setiausaha Agung FAM ketujuh selepas Datuk Kwok Kin Keng (1951-1980), Datuk Paul Murugasu (1980-1985), Datuk Paul Mony Samuel (1985-2000), Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (2000-2005), Datuk Seri Ibrahim Saad (2005-2007) dan Azzuddin (2007-2013).

Di samping itu, dia akan menjadi Naib Presiden kedua selepas Ibrahim Saad yang dilantik menjadi Setiausaha Agung FAM.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Geng Ah Soon tumpas, polis temui 7 kereta mewah dilapor hilang

Posted: 11 Apr 2013 11:33 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 12 April - Polis berjaya menemui semula tujuh kenderaan mewah bernilai lebih RM1.5 juta setelah menumpaskan sekumpulan penjenayah yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan melarikan kenderaan dikenali sebagai 'Geng Ah Soon' dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, tiga anggota kumpulan penjenayah itu termasuk ketuanya turut berjaya ditahan. - UTUSAN ONLINE

5 lelaki Afrika, seorang wanita tempatan ditahan kes tipu Internet

Posted: 11 Apr 2013 11:32 PM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 12 April - Polis menahan lima lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan internet dalam serbuan di Taman Putra Perdana dan Bandar Bukit Puchong dekat sini Selasa lalu.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, kesemua suspek kini direman sehingga 14 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Sweden benar masjid laung azan solat Jumaat

Posted: 11 Apr 2013 11:42 AM PDT

STOCKHOLM 12 April - Sebuah masjid di sini dibenarkan untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.

Ketua Persatuan Islam di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut.

Ismail berkata, pihaknya telah meminta kebenaran untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.

Masjid tersebut dibenarkan melaungkan azan dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang pada setiap hari Jumaat. - AFP

Bekas perunding nuklear Iran rebut jawatan Presiden

Posted: 11 Apr 2013 10:41 AM PDT

TEHERAN 12 April - Bekas perunding nuklear Iran, Hassan Rouhani bakal bertanding dalam pilihan raya Presiden pada 14 Jun ini.

Hassan yang pernah memegang jawatan sebagai pengarah Majlis Keselamatan Iran dari 2003 hingga 2005, meraih populariti apabila mendedahkan isu program nuklear Iran dan berjanji untuk memulihkan ekonomi negara ini.

Hassan turut mengkritik cara Presiden Mahmoud Ahmadinejad menangani isu program nuklear negara ini yang menyebabkan Teheran dikenakan beberapa sekatan antarabangsa. - dpa

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Noniswara kecewa suami elak hadir ke mahkamah

Posted: 11 Apr 2013 12:26 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 April - Pelakon Noniswara melahirkan rasa kecewa apabila suaminya, tokoh korporat, Datuk Rosman Ridzwan mengelak daripada menerima saman supaya hadir ke mahkamah bagi kes permohonan cerai mereka.

Noniswara atau nama sebenarnya Monis Wara Baharudin, 44, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, pelbagai cara telah dilakukan untuk menghubungi dan menyerahkan saman kepada suaminya namun gagal.

"Saya menuntut cerai atas persetujuan dia, ketika saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada dia sebelum ini dia menjawab, bersetuju untuk teruskan perceraian tetapi tidak mahu hadir ke mahkamah.

"Dia pun ada bertanya perkembangan kes tetapi apabila saman cuba dihantar dia enggan beri kerjasama dan tidak lagi menjawab panggilan telefon mahupun SMS saya," ujar Noniswara.

Dramatis yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu berkata demikian ketika disoal oleh Hakim Syarie, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin.

Terdahulu, peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Amli Embong turut memberitahu, pihaknya telah pergi ke pejabat Rosman, meninggalkan pesanan kepada pekerja di pejabat dan juga kepada pemandu peribadi Rosman, namun tiada sebarang maklum balas diterima.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan pada 18 April ini untuk pihak plaintif mencuba menyampaikan saman kepada defendan.

Noniswara memfailkan tuntutan cerai mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Februari lalu.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Amli menjelaskan, selagi Rosman, 56, tidak hadir ke mahkamah, tuntutan cerai itu tidak boleh diteruskan.

Sementara itu, Noniswara yang mendakwa sudah tujuh bulan tinggal berasingan dengan Rosman tidak menafikan dakwaan wujudnya 'orang ketiga' dalam perkahwinan mereka.

Namun katanya, dia enggan mengaibkan sesiapa dalam hal itu dan berharap kes perceraian itu berjalan lancar.

"Jika dia tidak mahu bersama saya lagi tak apalah, saya akui tiga bulan pertama saya menangis, saya tidak mahu bercerai tapi selepas tiada sebarang perubahan padanya, saya perlu teruskan hidup sendiri," katanya.

Bagaimanapun pelakon itu tetap berharap suaminya akan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Pasangan itu bernikah pada 31 Julai 2009 dan majlis resepsi perkahwinan diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square di sini.

Noniswara mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

Pada 28 September 2009, Rosman didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim pada 2005.

Warga Sweden didapati bersalah edar 4,323 gram dadah dihukum mati

Posted: 11 Apr 2013 12:26 PM PDT

SHAH ALAM 11 April - Seorang ahli perniagaan warga Sweden dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 4,323 gram, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari memutuskan demikian terhadap pemilik bar di Pattaya, Thailand, Ferry Linbark, 44, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut mendapati keterangan lelaki yang berasal dari Iran itu bahawa dia tidak tahu dadah berkenaan ada dalam beg miliknya, adalah tidak logik.

Malah dakwaannya yang datang ke negara ini dari Istanbul, Turki hanya untuk membeli paip air shisha di negara ini adalah tidak logik kerana menghisap shisha bukan budaya masyarakat Malaysia.

Lelaki itu melakukan kesalahan tersebut di cawangan pemeriksaan penumpang balai ketibaan antarabangsa terminal utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini kira-kira pukul 10 pagi, 6 Disember 2011.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Berdasarkan fakta kes, dadah berkenaan ditemui di bahagian bawah beg yang dibawa lelaki itu setelah mesin pengimbas mengesan imej mencurigakan dalam beg milik lelaki itu.

Sebanyak lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Naziah Mokhtar manakala lelaki itu diwakili peguam, Manjit Singh dan L. Ramesh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM175j projek naik taraf jalan

Posted: 11 Apr 2013 12:26 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
pengarang@utusan.com.my

Abdul Rahman Mohamad (tengah) bersama-sama kontraktor meninjau kerja menaik taraf jalan menghubungkan Kechau Tui dan Kampung Relong di Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 11 April - Kerajaan memperuntukkan RM175 juta untuk projek menaik taraf jalan Kechau Tui hingga ke Kampung Relong di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku tahun ini sejajar dengan transformasi luar bandar bagi daerah Lipis.

Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, jalan berkenaan antara sebahagian daripada pakej projek Central Spine Road (CSR) antara Kuala Lipis ke Merapoh sejauh 60 kilometer yang kini sedang dinaik taraf.

Beliau berkata, projek menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan itu bakal memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kemalangan di laluan berkenaan.

"Kerja menaik taraf kini sedang giat dilaksanakan bermula dari Merapoh sekali gus menzahirkan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) melestarikan pembangunan mengikut jadual selari dengan manifestasi kerajaan menjaga kebajikan rakyat.

"Projek berkenaan sekali gus 'menutup mulut' pembangkang yang kerap kali memfokus isu pembangunan untuk tujuan mempengaruhi rakyat," katanya ketika meninjau projek jalan di Kechau Tui di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri mempunyai mekanisme yang tersusun untuk pembangunan luar bandar khususnya projek jalan utama di daerah ini yang menjadi perhubungan kenderaan dari Lembah Kelang berulang alik ke negeri Kelantan.

"Projek CSR yang telah bermula pada awal Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10) beberapa tahun lalu di daerah Bentong dan menghubungkan ke daerah ini hingga ke Merapoh untuk keselesaan pemandu kenderaan serta mengurangkan kemalangan," ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan lebih RM35 juta untuk menaik taraf jalan raya fasa kedua dari Kampung Aur Gading ke Kampung Chegar Perah dan Sungai Temau tiga tahun lalu yang kini telah digunakan oleh penduduk kawasan berkenaan.

Abdul Rahman yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku berkata, laluan itu merupakan perhubungan alternatif dari pekan Sungai Koyan melalui Bukit Kota, Aur Gading melalui Chegar Perah seterusnya ke Merapoh untuk mengurangkan kesesakan jalan Lipis-Merapoh.

UTC Pahang tingkat kualiti, kecekapan perkhidmatan

Posted: 11 Apr 2013 12:26 PM PDT

KUANTAN 11 April - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang merupakan pendekatan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan kerajaan supaya rakyat lebih mudah berurusan dan menjimatkan masa.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, UTC Pahang merupakan idea Perdana Menteri di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta di dalam satu pusat sehenti atau bangunan.

"Pada hari ini, kita dapat lihat bangunan UTC Pahang ini menempatkan pelbagai jabatan kerajaan dan swasta. Langkah ini pasti akan memudahkan orang ramai untuk menyelesaikan banyak masalah.

"Saya juga telah menjadi pelanggan pertama UTC ini untuk memperbaharui kad pengenalan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian UTC Pahang yang disempurnakan Perdana Menteri di sini hari ini.

Adnan berkata, rakyat terutama di Kuantan perlu bersama-sama menghebahkan kepada umum bahawa Pahang sudah memiliki UTC.

"Untuk UTC ini, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengedarkan risalah-risalah kepada seluruh rakyat di negeri ini bagi memberikan penerangan tentang UTC dan perkhidmatan yang disediakan di sini," katanya.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan UTC akan turut dibina di daerah-daerah lain di negeri ini.

"Selain UTC ini, kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang dilaksanakan di RTC Kuala Pahang.

"Kerajaan pastinya akan memperluaskan perkhidmatan yang dapat memberikan kemudahan kepada rakyat bukan sahaja di bandar, malah di kawasan luar bandar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jangan lupa 'yang di atas'

Posted: 11 Apr 2013 12:26 PM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

''...Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang". (Surah Ali Imran ayat 54) dan ''Katakanlah (Muhammad), Wahai Tuhan Pemilik Kekuasaan, engkau beri kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan daripada sesiapa yang engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas segala sesuatu." (Surah Ali Imran ayat 26).

Sesungguhnya dalam kita menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, dua firman Allah ini seharusnya menjadi pegangan seluruh umat Islam tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka.

Pilihan raya hanyalah satu proses demokrasi bagi memilih mereka yang paling layak untuk memerintah negara. Keputusan yang dibuat di atas sekeping undi bakal menentukan hala tuju negara selepas ini dan lebih penting ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada umat dan agama Islam.

Dalam soal ini adalah penting puak-puak yang terlalu ghairah berpolitik semata-mata ingin meraih kuasa memahami bahawa kempen pilihan raya yang bakal dijalankan bukan bermaksud ia memberi lesen besar kepada mereka untuk melakukan apa sahaja termasuk melemparkan tuduhan dan fitnah khususnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaliknya kesempatan itu untuk digunakan bagi menerangkan visi dan misi mereka bagi membangunkan rakyat dan negara.

Sememangnya, kita memahami maki hamun, fitnah dan tohmahan apatah lagi dengan pilihan raya yang bakal menyaksikan secara meluas 'penglibatan' media sosial tidak dapat dielakkan tetapi dalam apa keadaan sekali pun kita tidak harus lupa 'yang di atas' iaitu Allah SWT.

Mungkin ada sesetengah pihak boleh bersandiwara, berlakon dan menampilkan kononnya merekalah pilihan terbaik bagi menggantikan kepimpinan sedia ada.

Segala apa yang berlaku ke atas mereka biar pun terdapat bukti akan dinafikan dengan menuduh ia sebagai konspirasi, fitnah dan mainan politik jahat parti memerintah, mungkin bagi puak-puak yang taksub kepada mereka maka ia akan diterima bulat-bulat, tetapi jangan lupa bahawa Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Sesungguhnya Allah SWT bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah SWT dapat melihat segala gerak geri hamba-hamba-Nya. Meskipun hamba-hamba-Nya beramal dalam keadaan sembunyi-sembunyi, namun Allah SWT dapat melihatnya dengan jelas dan terang.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujuraat ayat 18 bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

Oleh itu, tidak payahlah terlalu ghairah untuk bersilat lidah atau melakukan daya politik bagi meraih sokongan kerana kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Malahan kita juga ingat mengingatkan puak-puak tertentu yang janganlah mudah memperalatkan agama demi mencapai cita- cita politik mereka.

Biar pun mereka mungkin mempunyai alim ulama tetapi ia tidak semestinya ia bermaksud mereka ada hak untuk menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada umat Islam lain yang menjadi musuh politik mereka.

Dalam apa keadaan sekali pun umat Islam itu tetap bersaudara. Janganlah kerana politik kita bersedia mengeluarkan pelbagai 'fatwa' atau hujah yang memperlekehkan kelompok Islam lain.

Perkara ini sudah berlaku sekarang apabila ada puak yang sentiasa sahaja merendah-rendahkan usaha mengembangkan Islam oleh kelompok yang bertentangan fahaman politik dengan mereka.

Puak ini sentiasa sahaja merasakan mereka lebih hebat baik dan lebih layak memperjuangkan Islam sedangkan hakikatnya tindak tanduk merekalah yang kebelakangan ini mengakibatkan Islam tercemar.

Adalah sesuatu yang malang ada antara mereka dengan mudah menuduh amal ibadat orang lain tidak mendapat pahala, mempertikaikan niat seseorang yang melakukan kebajikan dan pelbagai lagi tuduhan liar.

Segala-galanya dilakukan bukan demi kemaslahatan umat tetapi hanya akan menyebabkan perpecahan antara umat semakin bertambah ketara.

Berbeza fahaman politik dan menyokong pemimpin atau parti berbeza tidak salah tetapi jangan sampai kita berpecah belah kerana perkara itu.

Keadaan itu berlaku kerana ada antara pemimpin yang kononnya bertaraf ulama atau mursyidul am begitu mudah menghukum orang lain demi kepentingan politik.

Sepatutnya, sebagai ulama biar pun terlibat dalam politik biarlah berhati-hati dalam berkata-kata, kebenaran tetap kebenaran, kebatilan tetap kebatilan, jangan dicampur adukkan kedua-duanya hanya semata-mata hanya politik.

Namun malangnya ada pemimpin bertaraf ulama ini merasakan kelompok dan sekutunya sahaja yang hebat, soal Islam hanya mereka sahaja berhak memperjuangkannya, kalau orang lain berjuang demi Islam, mereka akan menjatuhkan hukum kononnya tidak mendapat pahala.

Sedangkan soal dosa dan pahala bukan kita yang menentukannya tetapi Allah SWT. Sebab itulah, puak-puak ini perlu diperingatkan terhadap firman Allah dalam Surah Al-Qashash ayat 76 yang bermaksud;

''Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri."

Seperkara lagi, yang turut harus diperingatkan kepada mereka yang tidak dipilih atau digugurkan daripada senarai calon.

Tidak usahlah terlalu bermuram durja dan merasakan dunia akan kiamat apabila tidak lagi menjadi Yang Berhormat (YB) atau tidak dipilih bertanding.

Apa yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya dan segala-galanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Belajarlah untuk reda dengan ketentuan-Nya.

Janganlah ingat hanya kerana kita mempunyai jawatan di peringkat bahagian atau sudah bekerja siang serta malam untuk dipilih sebagai calon atau muncul menjelang pilihan raya maka kita berasakan diri kita sudah layak untuk menjadi calon pilihan raya.

Manusia hanya mampu merancang tetapi segala penentuan adalah di tangan Allah dan Allah jua yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia dikehendaki.

Justeru apabila Allah sudah menentukan bahawa kita tidak lagi akan dipilih sebagai calon, maka redalah, terimalah dengan hati terbuka, jangan kecewa atau berasa sedih.

Apa pun pilihan raya kali ini amat penting kepada penentuan nasib bangsa, agama dan negara. Oleh itu gunakanlah akal fikiran yang waras dalam membuat keputusan.

Sebagai orang Islam minta petunjuk Allah SWT agar kita membuat keputusan yang tepat. Sesungguhnya kita sudah lihat siapa yang berjuang mengembangkan Islam secara nyata dan siapa pula yang bercakap soal Islam berdegar-degar tetapi ia sekadar retorik.

Malahan kita juga memahami siapa juga yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi membuka jalan yang boleh mengakibatkan kalimah suci Allah dicemari.

Ingatlah sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu mengubahnya sendiri. Begitulah pilihan yang bakal kita lakukan apakah ia terus membawa kebahagiaan atau mengundang kesengsaraan.

'Penyakit' pembangkang semakin kronik

Posted: 11 Apr 2013 12:26 PM PDT

Khabar Dari Seremban

NAMPAKNYA penyakit pembangkang di Negeri Sembilan bertambah kronik. Mereka sedang dijangkiti kecelaruan paranoid, iaitu satu tingkah laku yang ganjil dengan mengesyaki orang lain, tidak mempercayai orang, sensitif dan selalu menyalahkan orang lain.

Penyakit ini kalau tidak diubati segera, pemimpin dan pengikutnya akan terus bersangka buruk kepada orang lain, cemburu buta dan sentiasa beranggapan ada orang yang akan mengkhianati mereka. Contohnya, jika ada jiran hendak belanja makan, mereka akan beranggapan jiran itu akan menabur racun, ada muslihat dan berniat jahat.

Sebab itulah, pembangkang sama ada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sentiasa sahaja ada penyakit kecelaruan paranoid dan tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat tidak lagi mempercayai kata-kata mereka dan menyalahkan apa sahaja perkara ke atas bahu Barisan Nasional (BN).

Amat malang sekali jika ada rakyat di negeri ini masih bertuankan pembangkang yang berpenyakit ini. Di Negeri Sembilan, mereka sudah tidak boleh mengawal minda lagi.

Apa sahaja yang keluar dari mulut mereka, nampak jelas mencaci BN. Daripada isu lapuk kepada isu yang direka, semuanya kerana sifat terlalu cemburu dengan kejayaan BN, lebih-lebih lagi manifesto BN lebih diyakini berbanding pembangkang.

Akibatnya, muncullah gangguan baru di kalangan pembangkang yang disifatkan sebagai gangguan keperibadian narsistik, yang mana individunya bersifat ego yang tinggi dan mahu dipuja sebagai pemimpin yang hebat, sehingga keperibadian buruk pun dianggap suci.

Sebab itulah, kecelaruan identiti dalam pembangkang ini amat ketara sehingga tidak ada sesiapa pun dalam kalangan penceramah mereka mengatakan ada pemimpin mereka berhadapan isu moral, sebaliknya menyalahkan pemimpin BN yang kononnya bermasalah dan mereka-reka cerita. Akhbar Utusan Malaysia adalah sebahagian mangsanya!

Maka rakyat perlu mengambil iktibar daripada manusia paranoid dan narsistik dalam pembangkang ini dan untuk mengenali mereka amat mudah kerana sifat itu boleh dilihat dalam ceramah politik di Negeri Sembilan.

Pertama golongan ini sombong dan mempunyai egoisme yang tinggi, selalu mahu dipuji dan dikagumi rakyat, memperlihatkan dirinya hebat dan berbakat besar serta merasa berhak untuk mendapatkan sesuatu kuasa atau orang lain harus mengikut telunjuk mereka.

Satu yang mengejutkan juga, rakyat harus sedar jangan ada pihak yang mengeksploitasi diri kita untuk kepentingan mereka sehingga akhirnya, negara yang kita sayangi ini akan tergadai disebabkan sifat pembangkang yang amat tertekan dengan apa yang dimiliki BN ketika ini.

Jadi, kecelaruan itu bukan sekadar pada sikap yang ditonjolkan, tetapi juga dalam soal integriti dan keikhlasan meletakkan calon yang akan bertanding, contohnya di Jempol apabila dua calon Pas dinamakan bertanding pada kerusi Parlimen.

Mereka ialah penyanyi terkenal, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin dan Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa.

Begitu juga dalam kerusi Parlimen Rasah dan Seremban yang kini dikuasai DAP. Loke Siew Fook yang telah mengesahkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada PRU-13 berkata, dia fleksibel dan boleh bertanding di mana-mana kerusi, seolah-olah tiada muka baru yang mahu ditampilkan atau beliau sendiri mahu juga bertanding di parlimen sekali lagi.

PKR pula, masih mahu Datuk Kamarul Baharin Abbas untuk bertanding kerusi Parlimen Telok Kemang, walaupun sudah ada tanda-tanda rakyat dan pengundi menolaknya. Dan seorang lagi nama yang tidak diumumkan, Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Nazree Yunos yang akan berentap di Parlimen Kuala Pilah.

Apa pun kata akar umbi, tidak ada muka baru yang hendak ditampilkan oleh DAP, PKR dan Pas dan kalau ada sekali pun, mereka yang dicalonkan itu rapat dengan pemimpin sedia ada.

Seperti kata Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham, dalam DAP mereka amalkan nepotisme, mereka yang bertanding adalah yang rapat dengan pemimpin. Maka dalam hal ini, tidak mustahil dalam PKR dan Pas juga begitu.

Jadi orang Melayu dan pengundi sekalian harus sedar jenis penyakit yang sedang menular pembangkang dalam negeri ini, di mana kesemuanya ada hubung kait dengan minda - takut berhadapan kekalahan pada PRU-13 ini.

Amat malang sekali apabila melihat Pas yang bercita-cita mahu mewujudkan sebuah kerajaan Islam di negeri ini, terpaksa tunduk dengan PKR dan DAP apabila membenarkan mereka bertanding 24 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Kalau pun Pas menang kesemua kerusi itu, belum tentu cita-cita untuk menubuhkan kerajaan Islam disepakati DAP dan PKR, apatah lagi dalam isu kalimah Allah pun, Pas tidak dapat pertahankannya.

Maka jelaslah, pembangkang ada macam- macam penyakit yang berjangkit dan paling cepat menular ialah penyakit fitnah, kelentong dan janji tidak ditepati.

Jadi bagaimana mahu mengubati penyakit ini, jawapannya ialah kita tolak mereka. Bila tolak mereka, penyakit itu pun kita tolak sama.

PENULIS ialah Ketua Biro Negeri Sembilan Utusan Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Legasi pemikir hebat

Posted: 11 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

Balu Datuk Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Mariam Hussain, menyiram air mawar di pusara Dr. Muhammad Uthman di Tanah Perkuburan Islam UIA Gombak, baru-baru ini.

Membawa perwatakan tenang dengan sikap bersahaja serta merendah diri, namanya sudah tidak asing lagi bagi pencinta ilmu dan gerakan dakwah Islamiah tanah air.

Dilihat sering berjubah dan berserban pada kebanyakan masa, sesiapa yang tidak mengenali beliau pasti tidak menyangka individu berjanggut keperangan itu bergelar Datuk dan merupakan antara pakar rujuk ilmu Islam negara.

Beliau yang lebih selesa dengan gelaran ustaz, memilih tidak terlalu mengejar kemewahan dan populariti dunia. Itulah bekas tokoh besar cendekiawan Islam, .

Sumbangan anak kelahiran negeri Kelantan itu bukan sahaja pakar dalam dunia intelektual Islam dengan menghasilkan ratusan penulisan, malah tidak keterlaluan untuk disifatkan beliau sebagai seorang sufi.

Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Profesor Emeritus Ismawi Zen ketika ditemui berkata, mempraktikkan amalan kesederhanaan dan bersikap tidak mengejar kemewahan dunia, Muhammad Uthman menunjukkan contoh sikap ulama yang sukar ditemui kini.

"Inilah contoh kehidupan seorang sufi yang ada. Seorang yang mempraktikkan amalan sufi secara jelas dengan menunjukkan sikap sederhana kepada orang yang melihat dan tidak mengejar dunia dalam hidupnya.

"Secara peribadi, walaupun membawa perwatakan zuhud, Allahyarham seorang yang sangat tenang dan mudah didekati. Beliau mudah diterima oleh sesiapa sahaja yang ingin mendekatinya.

"Ketinggian akhlaknya, maka beliau telah diambil bertugas di Istac pada 2003 sebagai felo akademik. Ini kerana kita yakin dia boleh mendidik pelajar untuk mengamalkan Islam yang sebenar secara mendalam bukan sahaja secara teori di dalam kelas, malah dengan praktikal.

"Tugas yang diamanahkan dilakukan dengan baik. Beliau berjaya membentuk pelajar yang berakhlak baik, sekali gus untuk menjadi seorang ilmuwan sebenar," jelasnya.

Ensiklopedia

Ismawi turut menyifatkan Allahyarham seperti ensiklopedia bergerak.

Ini berikutan penguasaan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bekas tokoh ilmuwan negara itu sangat mendalam meliputi semua bidang.

"Pertama kali melihat Allahyarham, saya menganggap dia seorang yang konservatif. Dengan pakaiannya yang berjubah dan berserban, ditambah pula dengan janggutnya yang keperangan.

"Namun, apabila beliau bercakap, terkejut saya dan sangat kagum dengan setiap hujahnya yang diselitkan dengan hukum hakam dan prinsip Islam. Ia menunjukkan ilmu dia sangat mendalam," katanya.

Ismawi mengimbau pertama kali mengenali dan berjumpa Muhammad Uthman ketika seminar perancangan bandar dari perspektif Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1994.

Muhammad Uthman yang ketika itu sebagai pendakwah bebas dijemput sebagai salah seorang pembentang kertas kerja mengenai pembentukan masyarakat dan juga perbandaran menurut perspektif Islam.

"Kita ingat ahli perancangan bandar saja yang tahu mengenai perkara-perkara ini. Lagipun, kita baru sahaja ingin mula membincangkan mengenai perancangan perbandaran ini sedangkan dia dah tahu banyak.

"Dengan mudah dia boleh kupas isu itu. Saya sendiri ahli perancang bandar pada masa itu pun tidak terfikir sebagaimana yang diketengahkan," jelasnya.

Terkenal dengan ilmu mendalam mengenai Syiah dan Wahabi, beliau boleh berbincang dan berhujah mengenai isu ini secara ilmiah dan berhikmah.

"Arwah seorang yang sangat banyak membaca. Boleh dikatakan, ilmu yang diperoleh daripada bacaan dan kajiannya sendiri mampu menyaingi orang yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD).

"Beliau turut dijadikan rujukan mengenai dua isu yang sedang hangat diperkatakan di negara ini. Diselitkan dengan bukti dan fakta bersandarkan al-Quran, hadis serta sepakat ulama, pasti dapat mematahkan hujah pegangan dua golongan ini dengan mudah," ujarnya.

Diceritakan, beliau pernah berbasikal dari rumahnya di Kota Bharu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari buku yang diminati beliau bagi membuat kajian tersendiri.

Lebih mengkagumkan, Allahyarham yang pada ketika itu masih di sekolah menengah, tidak mempunyai kelengkapan mencukupi untuk mengembara.

Sehingga saat menghembuskan nafas yang terakhir, Muhammad Uthman ditemani dengan teman baiknya iaitu buku.

Tambahnya, pemergian Allahyarham sukar untuk dicari ganti dan merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

"Di UIAM, kami terasa kelopongan atas pemergiannya, mungkin juga ia satu kehilangan buat negara. Kerana, untuk mencari pengajar tidak menjadi masalah, tetapi mencari seorang murabbi (pendidik) adalah sesuatu yang amat susah," katanya.

Keunikan

Walaupun berpengetahuan luas dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat namun Allahyarham dilihat mengekalkan keunikan yang bersifat lain daripada yang lain.

Perkara ini diakui oleh anaknya, Ahmad El-Muhammady ketika ditemui di Istac, UIAM, Jalan Duta baru-baru ini.

Tidak seperti kebanyakan orang masa kini, anak ke sembilan daripada 12 adik beradik itu berkata, arwah ayahnya seorang yang jarang sekali menggunakan telefon bimbit, menonton televisyen dan bergerak ke sesuatu destinasi menaiki kenderaan sendiri.

"Antara sifat ayah ialah, arwah seorang yang tidak suka menonton televisyen. Kerana menurutnya sepatutnya kita menerangi rumah dengan lampu untuk membaca kitab bukan cerah menonton televisyen.

"Arwah juga tidak mempunyai telefon bimbit sehingga kami berikan. Itupun tidak digunakan sepenuhnya. Jika digunakan pun hanya untuk menghubungi kami anak-anak dan selain itu diletakkan begitu sahaja.

"Selain itu, ayah lebih suka bergerak ke sesuatu tempat dengan hanya menaiki teksi. Bukan itu sahaja, beliau pernah pulang ke rumah dengan menumpang orang yang baru dikenali dengan menaiki motosikal.

"Walaupun pernah kami nasihat kerana bimbangkan keselamatannya, namun tidak diendahkan. Kadang-kadang kami suarakan, ayah itu berstatus datuk, mengapa masih naik teksi," katanya yang mempunyai sedikit perselisihan pendapat terhadap sikap zuhud ayahnya.

Tambah Ahmad, biarpun sibuk dengan tugasan kerja dan menyampaikan dakwah, Allahyarham tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

"Tidak dinafikan Allahyarham sangat sibuk dengan tugasan-tugasan. Namun kami faham kerana ayah bukan sahaja milik keluarga, tetapi milik masyarakat dan negara," kata Ahmad yang kini meniru jejak langkah bapanya sebagai pensyarah Sains Politik dan Pengajian Islam di Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di UIAM.

Allahyarham meninggalkan isteri Mariam Hussain, 65, dan 11 orang anak serta lebih 40 orang cucu.

Dr. Ramadan jadi korban politik?

Posted: 11 Apr 2013 02:00 AM PDT

Susunan JUANI MUNIR ABU BAKAR

Pemergian Dr. Mohammed Saeed Ramadan al-Bouti diratapi bukan sahaja rakyat Syria tetapi juga umat Islam seluruh dunia.

NAMA Dr. Mohammed Saeed Ramadan al-Bouti sudah tidak asing dalam dunia ilmuwan pada abad baru apabila tokoh ulama itu merupakan tempat rujukan sarjana Islam.

Dr. Ramadan al-Bouti merupakan pakar rujukan bidang Usul Fiqh dan Fikah yang berdiri sama taraf dengan ulama tersohor masih hidup pada hari ini seperti Dr. Yusof al-Qardawi, Dr. Wahbah al-Zuhaily, Prof. Dr. Muhammad Az-Zuhayli dan lain-lain.

Pengiktirafan terhadap Dr. Ramadan al-Bouti boleh dilihat apabila hampir 60 karya penulisannya digunakan sebagai panduan kepada undang-undang syariah dan fikah selain kitab-kitabnya dijadikan rujukan penulisan tesis doktor falsafah dalam kalangan tokoh agama negara ini.

Malah sebuah buku karangannya iaitu Fiqh Sirah merupakan kitab rujukan di pusat pengajian Islam masa kini.

Bagaimaapun baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pembunuhan Dr. Ramadan dalam kejadian serangan bom di Masjid Iman, Damsyik, Syria pada petang 21 Mac lalu.

Serangan bom itu telah mengorbankan 49 orang termasuk cucu lelaki Dr. Ramadan dan mencederakan beberapa orang ramai.

Motif di sebalik kejadian itu masih menjadi tanda tanya sama ada dikaitkan secara langsung dengan tokoh agama tersebut yang dilihat berpendirian prokerajaan Syria.

Dr. Ramadan, 83, sebelum ini pernah menyampaikan khutbah Jumaat yang disiarkan secara siaran langsung di seluruh negara menggambarkan golongan pembangkang sebagai 'pengacau' dan mendatangkan kemurkaan Allah.

Oleh demikian, beliau mengajak seluruh warga Syria berganding bahu bersama pasukan askar untuk membantu Presiden, Bashar al-Assad mempertahankan negara daripada pengkhianat yang berpanjangan selama dua tahun.

Namun ucapan khutbah itu bukan isu yang baru memandangkan ulama itu menzahirkan sokongannya terhadap kepimpinan keluarga al-Assad yang telah memegang tampuk pemerintahan Syria selama dua dekad.

Berikutan sokongan demikian selain menjadi jurucakap agama kepada Bashar, beliau telah dicerca oleh pihak pembangkang walaupun tahap pemikiran ulama itu lebih tinggi daripada golongan penentang kerajaan dan disanjung tinggi oleh pelbagai lapisan masyarakat sebelum krisis politik berlaku.

Krisis politik di Syria telah berlarutan hampir dua tahun hingga mengorbankan ribuan rakyat negara itu.

Terdapat dalam kalangan mereka terpaksa melarikan diri ke negara berhampiran apabila menjadi mangsa pertempuran antara pihak menyokong kerajaan dan pembangkang.

Akhirnya, tindakan itu sebenarnya telah membuka ruang kepada campur tangan asing setelah rakyat Syria sendiri tidak bersatu dan gagal untuk menangani krisis berkenaan.

Kecaman

Sehubungan itu, bagi menghormati dan menyanjung tinggi jasa Dr. Ramadan, kerajaan telah mengarahkan beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Sejarah Negara, Masjid Ummayyad.

Ulama itu dikebumikan bersebelahan pahlawan Islam, Salahudin al-Ayubi dan Masjid Ummayyad merupakan mercu utama Syria. Namun, keputusan itu mencetuskan kemarahan pembangkang yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Assad.

Majlis pengkebumian dijalankan secara penghormatan negara dengan kawalan ketat oleh pihak keselamatan sehingga menyebabkan kesesakan teruk di Damsyik kerana beberapa jalan ditutup.

Walaupun ramai yang mengesyaki pihak penentang kerajaan sebagai dalang kejadian itu, namun mereka menafikannya dan mengatakan bahawa masjid tidak sepatutnya dijadikan tempat keganasan.

Ketua Pakatan Pembangkang Kebangsaan Syria, Moaz Alkhatib mendakwa pihak kerajaan bertanggungjawab dan menegaskan bahawa masjid tidak wajar sesekali menjadi tempat sasaran walaupun timbul perbezaan politik.

Tambahnya, pembunuhan Dr. Ramadan adalah satu jenayah selain berkata walaupun berlaku perbezaan pendapat, keadaan itu tidak membenarkan sesama umat Islam berbunuh sesama sendiri, lebih-lebih lagi dalam kawasan masjid.

Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam menerusi satu kenyataan pula berkata, walaupun wujud ulama yang menyokong kerajaan Syria dan terdapat juga penentang, tetapi tindakan itu merupakan satu ijtihad dan pendapat masing-masing.

"Oleh demikian, perbezaan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membunuh termasuk tragedi yang menimpa Dr. Ramadan.

"Bashar bertanggungjawab ke atas keselamatan beliau. Kami mendesak supaya dunia menyiasat pembunuhan tersebut," kata pertubuhan itu yang berpusat di Dublin, Ireland.

Tokoh ulama, Dr. Yusof al-Qardawi dalam nada sama menentang pembunuhan itu selain meluahkan rasa kesal kerana masjid dijadikan tempat sasaran kerana berlaku perbezaan politik.

"Saya tidak bersetuju dengan kejadian itu kerana tragedi demikian telah menyebabkan ramai orang meninggal dunia ketika menunaikan ibadat," jelas al-Qardawi.

Dalam pada itu, kematian Dr. Ramadan akan membangkitkan semangat perjuangan bangsa Arab dan umat Islam di seluruh dunia untuk menentang musuh-musuh mereka.

Mufti Besar Syria, Ahmad Badr-Eddine Hassoun yang menyelar pembunuhan imam itu menegaskan, Islam tidak akan mati dan Syria tidak akan tunduk terhadap campur tangan asing.

"Saya mahu mengingatkan kepada pihak yang terlibat menghantar senjata ke Syria tidak sepatutnya memandang rendah kekuatan Islam di Syria.

"Syiar Islam akan terus bertahan dan rakyat Syria juga akan berdiri teguh," kata beliau kepada stesen televisyen rasmi Syria selepas beberapa jam ulama itu dibunuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Komitmen BN bawa pembaharuan

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
kota@utusan.com.my

Mohd. Fathil Daud (dua dari kiri) sentiasa bersikap terbuka dan cuba menyelesaikan masalah yang dikemukakan penduduk Bangi demi kesejahteraan bersama. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR 10 April - Kesesakan teruk di sekitar kawasan Serdang sejak enam tahun lalu telah menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan buntu mencari penyelesaian apatah lagi aduan kepada wakil rakyat mereka boleh diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi.

Namun demikian, dengan semangat komited dan tulus untuk membantu rakyat, kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membantu kawasan Serdang yang merupakan kerusi Parlimen hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994 untuk mengecapi pembangunan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Di bawah Parlimen Serdang kini terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bangi, Balakong dan Seri Kembangan.

Mengikut daftar pemilih yang berakhir pada suku tahun keempat 2012, Parlimen Serdang mempunyai 133,265 pengundi berdaftar dan kaum Cina merupakan majoriti dengan bilangan 64,809 diikuti Melayu (52,734) India (14,709) dan kaum lain (1,013).

Penyelaras BN Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, walaupun kerajaan BN tidak diberi mandat menerajui Parlimen tersebut setelah BN yang diwakili Datuk Hoh Hee Lee (MCA) kalah kepada wakil DAP, Teo Nie Ching dengan majoriti 21,025 pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kerusi itu tidak pernah dianak tirikan.

Beliau yang pernah menyandang kerusi Parlimen tersebut berkata, tidak hairan sekiranya masalah kesesakan menjadi isu utama dan serius dalam kalangan penduduk sekitar Serdang kerana jelas peralihan kuasa menunjukkan wakil DAP hanya pandai membuat kenyataan tanpa melakukan sebarang tindakan.

"Mereka hanya bijak membuat spekulasi dan menuding jari bahawa masalah kesesakan itu perlu diselesaikan oleh Kerajaan Pusat.

"Namun mereka perlu sedar bahawa Kerajaan Pusat telah memperuntukkan geran bagi menyelenggara jalan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Pian Hon, kesesakan yang serius terutama di Seri Kembangan akan diselesaikan segera apabila Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM90 juta pada 27 Julai 2011 untuk membina persimpangan bertingkat Seri Kembangan yang menghubungkan Lebuhraya Maju (Mex).

Katanya, kira-kira 130,000 penduduk bukan sahaja dari Parlimen Serdang (DUN Seri Kembangan) malah kawasan Parlimen Puchong (DUN Sri Serdang) bakal menikmati manfaat laluan selesa dan menjimatkan masa perjalanan sepanjang Jalan Persekutuan yang terlibat di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

"Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh 18 bulan selepas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjalankan proses pengambilalihan tanah dan lawatan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor ke tapak cadangan projek pada 2 Julai tahun lalu. Kini, kerja pembersihan pula sedang dilakukan yang bermula Januari lalu," katanya.

Selain itu, katanya, Kerajaan Persekutuan juga telah membantu kerajaan negeri dengan memperuntukkan RM14.2 juta untuk membina persimpangan bertingkat bagi menggantikan lampu isyarat di Jalan Serdang Raya-Lebuhraya Bukit Jalil.

"Walaupun jalan tersebut adalah jalan negeri, kerajaan BN yang sentiasa prihatin terhadap infrastruktur dan kemudahan rakyat tampil untuk membantu menangani masalah kesesakan.

"Kini jejambat sepanjang 250 meter itu sudah dibuka kepada pengguna sejak 2011 bagi melancarkan aliran trafik, seterusnya mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang dikatakan berpunca daripada lampu isyarat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dakwaan bahawa terowong RM30 juta hanya tinggal janji adalah tidak benar kerana kerajaan BN sentiasa berpegang teguh pada 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dengan menepati janji dan meluluskan pembinaan terowong (underpass) serta jalan sambungan melintasi Taman Kajang Utama di Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) dengan peruntukan RM30 juta.

Katanya, pembinaan terowong sepanjang 33 meter dan jalan sambungan sepanjang 675 meter dijangka siap dalam masa 27 bulan termasuk tempoh pengambilan tanah mulai suku pertama tahun ini sehingga suku kedua tahun 2015.

"Kira-kira 20,000 pengguna akan mendapat faedah daripada pembinaan terowong dan jalan sambungan itu yang akan menyediakan akses terus iaitu keluar masuk ke Taman Kajang Utama tanpa melakukan sebarang pusingan U yang terletak sejauh dua kilometer," katanya.

Dalam pada itu, Pian Hon yang juga Ketua Penerangan BN Selangor berkata, sepanjang lima tahun DAP memegang Parlimen Serdang, tiada pelan induk sosioekonomi diwujudkan oleh mereka yang dilihat penting untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, demi memastikan kelangsungan dan kestabilan dalam sosioekonomi, BN telah memastikan tahap pendidikan dan kesihatan sentiasa dipertingkatkan.

"Hospital Serdang yang dibina dengan menelan kos kira-kira RM770 juta dan siap serta dibuka pada 2005 antara bukti kekuatan pimpinan BN di sini. Selain itu, dua buah klinik 1Malaysia turut dibina di Balakong iaitu Balakong Jaya dan Taman Impian Ehsan.

"Pembinaan sekolah turut rancak dengan membina dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina di Equine Park dan menaik taraf dua sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) iaitu SJK(T) Bangi dan SJK(T) West Country. Turut dibina tiga sekolah kebangsaan masing-masing di Bangi (SK Taman Bukit Mahkota dan SMK Sg. Ramal) dan SK Taman Sutera di Balakong," katanya.

Katanya, di bawah BN, tidak mustahil Serdang akan membangun seperti bandar-bandar besar lain di negara ini.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Serdang yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi, Datuk Mohd. Fathil Daud berkata, kerajaan BN terus komited dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk untuk menjadikan Bangi sebuah kawasan yang lebih maju.

Mengenai agendanya untuk penduduk Bangi, beliau berkata, antara yang akan cuba disegerakan ialah pembinaan sebuah terowong di Kajang Utama bagi merentasi Lebuh raya Lingkaran Kajang (SILK).

Selain itu, katanya, beliau akan memperjuangkan pembinaan sekurang-kurangnya tiga buah sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama.

"Bangi ialah sebuah kawasan yang pesat membangun kerana di sini terdapat kawasan industri, hampir dengan Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta beberapa buah universiti dan kolej.

"Jadi saya melihat sekolah-sekolah yang ada sekarang mungkin tidak akan dapat menampung pertambahan pelajar dalam masa beberapa tahun lagi," katanya.

Beliau juga merancang untuk mewujudkan beberapa buah pusat perkhidmatan masyarakat bagi memudahkannya melayani aduan penduduk.

Mengenai persediaan DUN Bangi menghadapi pilihan raya, Mohd. Fathil berkata, mereka tidak berasa tertekan walaupun hari pengundian semakin hampir.

Malah pihaknya berasa semakin bersemangat setelah menyaksikan sokongan pengundi dan jentera pilihan raya yang bekerja keras.

K1M bawa seribu rahmat

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my

PEMBUKAAN Klinik 1Malaysia di Taman Melati, Kuala Lumpur memberi seribu rahmat kepada penduduk setempat yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan kesihatan. - UTUSAN/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 10 April - Jika sebelum ini penduduk di Taman Melati, dekat sini terpaksa mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang terletak lebih 10 kilometer dengan menaiki pengangkutan awam atau menaiki kenderaan sendiri, berbeza pula suasana hari ini.

Umpama seribu rahmat, sejak pembukaan Klinik 1Malaysia (K1M) di kawasan perumahan itu sejak dua tahun lalu, penduduk sekitar hanya perlu berjalan kaki atau sekurang-kurang menaiki motosikal.

Penduduk mengganggap K1M yang hanya mengenakan bayaran RM1 untuk mendapat rawatan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam memastikan rakyat berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Tinjauan Utusan Malaysia ke K1M ke lokasi hari ini mendapati, rata-rata mereka yang mendapatkan rawatan ke klinik berkenaan berpuas hati dengan rawatan yang diterima.

Seorang pekerja swasta, Haliza Abdul Satar, 46 berkata, dia dan keluarga kerap mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

"Walaupun tidak seperti klinik-klinik swasta yang lain, namun sedikit sebanyak penyakit seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain dapat dirawat.

"Selain itu, rawatan susulan untuk pesakit diabetes, darah tinggi dan asma turut disediakan," katanya.

Sementara itu, penduduk di Flat Sri Kedah, Hamidah Ismail, 59 berkata, dia bersyukur dengan pembukaan klinik berkenaan kerana tidak perlu bersusah payah menaiki bas untuk ke HKL.

"Setiap bulan saya akan mendapatkan rawatan susulan di klinik ini. Malah, anak-anak dan cucu turut mendapatkan rawatan di sini.

"Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana sering mencari inisiatif terbaik demi kesejahteraan rakyatnya," ujarnya.

Manakala, jirannya, Sharifah Ariffin, 57, pula berkata, klinik seumpama itu tidak mungkin berada di tempat lain.

"Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan berusaha membina kemudahan seperti K1M dan ia tidak mungkin didapati di negara lain," katanya.

Dalam nada sama, seorang pemandu teksi, S. Robert, 43 berkata, klinik tersebut telah banyak membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.

"Sejak ia ditubuhkan, kami sekeluarga tidak pernah mendapatkan rawatan di tempat lain, hanya di K1M," katanya.

Mangsa kebakaran Kampung Sungai Penchala ditawar PPR Bukit Jalil

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua kiri) mengambil kesempatan beramah mesra dengan mangsa kebakaran selepas majlis penyampaian bantuan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 April - Sebanyak enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Penchala di sini ditawarkan unit pangsa puri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil selepas kediaman mereka musnah dijilat api.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, mangsa juga tidak perlu membayar sewa bagi tiga bulan pertama menduduki PPR tersebut.

"Mereka hanya perlu menjelaskan deposit sewa, bil elektrik dan air yang berjumlah kira-kira RM390 bagi setiap keluarga," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Segambut, D.B. Jayanthi dan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Kamaruddin Ambok.

Dalam majlis itu, setiap keluarga menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500 daripada YWP dan RM300 lagi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambah Raja Nong Chik, enam keluarga itu juga masing-masing sudah menerima sumbangan berjumlah RM2,000 daripada Baitulmal.

"Sumbangan itu bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka selain menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Shamsul Anuar Othman, 41, berkata, bantuan tersebut amat berguna memandangkan semua harta benda termasuk tiga buah kereta milik ahli keluarganya musnah dijilat api dalam kejadian pada 26 Mac lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, Shamsul berkata, kebakaran itu berpunca daripada lintar pintas rumahnya sebelum menyambar lima buah kediaman milik jirannya.

"Saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku biarpun tiga ahli keluarga berada di dalam rumah ketika kejadian itu," ujar peniaga pakaian terpakai itu.

Seorang lagi mangsa, Mansor Dunda, 40, berkata, dia sedang tidur ketika kebakaran itu berlaku sebelum terjaga selepas mendengar jeritan daripada jiran tetangga.

"Saya hanya tinggal bersama isteri dan kini menyewa sementara sebuah bilik berdekatan sini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Setiausaha jaga penampilan

Posted: 11 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

Aziah Jasmin Azizul

TUGAS seorang setiausaha bukan sahaja perlu 'berdampingan' serta menguruskan segala keperluan ketuanya (bos) ketika di pejabat, malah mereka ini juga sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar terhadap syarikat atau organisasi tersebut.

Ini kerana selain menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji, dan sebagainya, mereka merupakan orang kanan yang cukup dipercayai bos.

Hal ini terjadi kerana semua urusan syarikat yang sulit mahupun rahsia syarikat turut diketahui mereka.

Kerjaya sebagai seorang setiausaha sememangnya kerja yang cukup diminati satu ketika dahulu.

Ini kerana selain tampak glamor mereka merupakan golongan profesional yang perlu tampil bergaya dan kemas sepanjang masa.

Dalam hal ini, menurut Presiden Persatuan Perunding Imej Antarabangsa Malaysia, Aziah Jasmin Azizul, setiausaha perlulah sentiasa memastikan penampilan mereka kemas dan bergaya kerana mereka merupakan golongan yang sentiasa 'kehadapan'.

Katanya lagi, dalam usaha memastikan penampilan mereka sentiasa cantik dan pada masa yang sama kelihatan formal, mereka perlu mengetahui teknik-teknik pemakaian selain teknik-teknik dandanan diri.

"Apabila kita berbicara mengenai penampilan, sama ada bertudung atau tidak, seorang setiausaha mesti berketerampilan kemas dan bergaya.

"Seorang setiausaha juga sebenarnya perlu tampil kemas dan bergaya dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana mereka sentiasa berurusan dengan orang ramai.

"Penampilan yang bergaya adalah perlu kerana penampilan yang baik serta berhemah tinggi akan mencerminkan sesuatu yang positif mengenai syarikat atau korporat yang diwakili," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya lagi, setiausaha hari ini bukanlah tidak tampil bergaya dan kemas tetapi mereka dilihat terlalu mengikut gaya Eropah.

Ini kerana katanya, Malaysia cukup terpengaruh dengan budaya yang dipamerkan oleh masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat.

Ulasnya lagi, tidak dinafikan tiada undang-undang yang mengatakan salah atau betul dalam soal pemakaian tetapi faktor imej memainkan peranan penting dalam penampilan setiap individu.

Merupakan salah seorang ahli panel untuk Seminar Apresiasi Setiausaha anjuran Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Aziah memberitahu pada seminar tersebut para peserta akan diberikan pengetahuan mengenai teknik-teknik yang betul dalam pemilihan fabrik untuk digayakan.

Bakal mengetengahkan tajuk 'Tampil Berimej & Bergaya', Aziah akan membahagikan kepada cara berpakaian yang bersesuaian dengan pekerjaan masing-masing dan juga gaya mengikut personaliti diri serta berpakaian yang bersesuaian dengan kehidupan seharian.

Seminar sehari tersebut yang bakal berlangsung pada 29 April ini di Hotel Marriot, Putrajaya, turut menampilkan Datuk Fazley Yaakob sebagai ahli panel dan juga Mawi yang akan membuat persembahan.

Berbicara lanjut mengenai gaya dan penampilan, Aziah memberitahu pada seminar itu nanti dia juga akan membuat demo bagi memberi lebih kefahaman kepada para peserta.

Aziah turut berkongsi sedikit tip di mana tulang belakang turut memainkan peranan penting ketika bergaya.

Dan untuk itu, di seminar kelak Aziah tidak ketinggalan akan menerangkan segala-galanya terutama yang asas.

Tidak hanya terhad menyebarkan ilmu tersebut kepada setiausaha-setiausaha perempuan, Aziah juga akan memberikan tip serta ilmu penggayaan kepada setiausaha lelaki.

Bagaimanapun, ujar Aziah, segala ilmu yang bakal diberikannya pada 29 April ini tidak hanya terhad kepada setiausaha tetapi boleh diaplikasikan kepada setiap golongan masyarakat.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved