Khamis, 11 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bayaran haji kekal walaupun kos meningkat

Posted: 10 Apr 2013 10:56 PM PDT

JEDDAH 11 April - Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Ismee Ismail menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu, sekali gus meningkatkan kos sebenar haji.

Katanya, selaras dengan pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah di musim haji lepas, sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan dan lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu.

Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini, Rabu.

Ismee berkata, soal penginapan para jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.

Beliau berkata, biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Air.

Difahamkan ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua jemaah yang berkenaan, dan mereka sudah mula menghadiri kursus-kursus asas haji. - BERNAMA

PRU-13: Guan Eng minta Anwar, Hadi selesai kes rebut kerusi PKR, Pas

Posted: 10 Apr 2013 08:36 PM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 11 April - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelesaikan masalah perebutan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh antara PKR dan Pas.

Guan Eng berkata, DAP tidak terlibat dalam perbincangan antara kedua-dua parti berkenaan tentang perkara itu sebelum ini yang menemui jalan buntu. - UTUSAN ONLINE

PM rasmi UTC Pahang

Posted: 10 Apr 2013 08:24 PM PDT

Oleh HERMAN HAMID

KUANTAN 11 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pahang yang asalnya bangunan Terminal Makmur di sini.

UTC Pahang yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM37 juta itu menyediakan perkhidmatan lebih 60 jenis agensi kerajaan dan swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan beroperasi setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pelancaran UTC Pahang ini mencerminkan dasar transformasi kerajaan kerana dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam sekaligus membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. mohd. Ali Hamsa. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved