Khamis, 15 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Perubahan pilihan raya ikut undang-undang, bukan demonstrasi

Posted:

Perubahan pilihan raya ikut undang-undang, bukan demonstrasi

Perubahan pilihan raya ikut undang-undang, bukan demonstrasi

PAGOH 15 Sept. - Sebarang perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini perlu mengikut saluran undang-undang yang ditetapkan dan bukan dengan membawa huru-hara melalui demonstrasi jalan.

Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah pun menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) yang boleh dianggotai parti pembangkang bagi menyelesaikan isu-isu pilihan raya dan ia merupakan saluran di peringkat tertinggi.

"Namakan wakil dan bagi usul, kita boleh bincang. Kalau mahu buat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dengan timbulkan huru-hara dan demonstrasi jalanan, itu bukan matlamat.

"Matlamatnya adalah membawa perubahan dari segi sistem pilihan raya, gunakan saluran yang ada, jangan ugut kerajaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Hab Pendidikan Bandar Universiti Pagoh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Kampung Permatang Pasir, Melaka semalam yang mengugut untuk mengadakan demonstrasi Bersih sekali lagi sekiranya tuntutan sebelum ini tidak dipenuhi.

Menurut Muhyiddin, kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu adalah tindakan politik yang tidak berniat baik dan hanya dibuat untuk menutup kelemahannya selepas menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia akibat mempersenda peristiwa Balai Polis Bukit Kepong.

"Kita tidak makan ugut, kita ada cara menilai sesuatu, saya tahu tujuan dia itu adalah untuk menutup kelemahannya selepas dia mengalami serangan hebat yang sampai sekarang tidak terjawab.

"Banyak perkara sudah mula terkeluar, untuk mengelak, dia bawa cerita lain tetapi perkara ini sampai bila-bila tidak akan terjawab kecuali dia minta maaf," katanya lagi.

JAIS henti beri tauliah orang politik

Posted:

JAIS henti beri tauliah orang politik

JAIS henti beri tauliah orang politik

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 15 Sept. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mengeluarkan lagi sebarang tauliah mengajar kepada mana-mana ahli politik.

Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, langkah itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak memperkenankan golongan tersebut memberikan ceramah atau mengajar tentang agama Islam di mana-mana masjid dan surau di negeri ini.

Serentak itu, kata beliau tauliah yang telah dikeluarkan kepada ahli-ahli politik sebelum ini tidak akan diperbaharui setelah tamat tempohnya.

Bagaimanapun katanya, bagi majlis-majlis rasmi membabitkan sesi ucapan ahli-ahli politik di masjid atau surau, penganjur perlu mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan oleh JAIS iaitu program berkenaan hanya boleh dijalankan di kawasan pekarangan rumah ibadat tersebut.

''Ucapan juga tidak boleh bercakap tentang soal politik (kepartian) dan memastikan tiada sebarang lambang mana-mana parti, kain pemidang atau risalah berbaur politik diedarkan pada majlis berkenaan.

''Bagi menyampaikan ajaran Islam termasuk tazkirah, sesiapa sahaja yang mahu berbuat demikian perlu mempunyai tauliah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Laporan akhbar pada Jumaat lalu menyebut, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) secara rasmi mengeluarkan arahan kepada nazir-nazir masjid serta pengerusi surau supaya tidak membenarkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengadakan ceramah, mengajar, memberikan tazkirah serta berkhutbah di masjid dan surau di seluruh negeri ini.

Arahan dikeluarkan oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa yang menyatakan bahawa Khalid tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor.

Arahan itu dibuat berlandaskan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, menyatakan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan.

Berdasarkan seksyen tersebut, apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada masa ini, JAIS telah mengeluarkan sebanyak 2,601 tauliah mengajar agama Islam kepada para pendakwah dan guru agama melibatkan kira-kira 2,081 surau dan lebih 300 buah masjid di seluruh negeri ini.

Menurut Marzuki, JAIS tidak mempunyai halangan sekiranya terdapat golongan yang bukan menjadi pendakwah sepenuh masa atau profesional untuk menyampaikan ceramah tetapi mereka mesti dipastikan memiliki tauliah untuk mengajar.

''Mereka perlu membuat permohonan mendapatkan tauliah dan akan dipanggil untuk proses temuduga sebelum dibawa kepada jawatankuasa tauliah untuk dipertimbangkan.

''Jawatankuasa masjid atau surau yang ingin menjemput seseorang menyampaikan ceramah atau mengajar dan menjadi khatib perlu memaklumkan perkara tersebut kepada JAIS bagi membolehkan latar belakang individu terbabit diselidiki terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyedari masih ramai penceramah yang tidak memiliki tauliah namun tiada tindakan dilakukan memandangkan faktor kekangan jumlah pegawai penguat kuasa iaitu seramai kira-kira 100 orang berbanding terdapat ribuan masjid dan surau di negeri ini.

''Namun apabila terdapat aduan terhadap seseorang penceramah, pegawai penguat kuasa akan pergi membuat siasatan dan nazir akan dipanggil untuk memberikan penjelasan.

''Sekiranya terdapat aduan daripada mana-mana pihak berkaitan penceramah terbabit, JAIS akan bertindak memanggil nazir dan jawatankuasa masjid bagi memberikan penjelasan dan kalau kita tidak berpuas hati, nazir boleh digantung atau ditamatkan tugasnya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Komando ATM sekat serangan

Posted:

Komando ATM sekat serangan

Komando ATM sekat serangan

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my


KAPAL MT Eagle Stealth yang cuba dirampas lanun ketika melalui perairan Bab Al-Mandeb, 30 batu nautika dari Al-Mukha, Yaman.


IPOH 15 Sept. - Sebuah Pasukan Perlindungan Khas (PPK) Bunga Mas 5 terdiri daripada enam anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan lanun merampas kapal dagang MT Eagle Stealth milik syarikat perkapalan negara, MISC.

Dalam kejadian pukul 6 petang, 11 September lalu itu, lima bot laju dinaiki antara 10 hingga 15 lanun dipercayai dari Somalia cuba merapati kapal tersebut ketika belayar merentasi Bab Al-Mandeb, 30 batu nautika dari Al-Mukha, Yaman.

Menurut kenyataan akhbar Bahagian Perhubungan Awam, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semua bot tersebut berpatah balik selepas menyedari kehadiran anggota pasukan keselamatan negara di atas kapal berkenaan.

"Pasukan PKK yang diketuai Leftenan Aswad Zakareya melepaskan satu das tembakan amaran dan memperagakan kehadiran mereka bagi menakutkan kumpulan bot-bot tersebut.

"Tembakan tersebut dan kelibat anggota PPK di geladak atas telah berjaya mengusir bot-bot itu daripada terus mengekori dan merapati kapal," kata kenyataan itu.

Pada 22 Januari lalu, pasukan PKK Bunga Mas 5 telah berjaya menyelamatkan kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika di timur Oman.

Selain kapal Bunga Mas 5, keselamatan kapal-kapal negara ketika melalui perairan Somalia turut dilindungi kapal auxiliary TLDM, Bunga Mas 6.

Menurut kenyataan itu lagi, ketika kejadian, MT Eagle Stealth yang merupakan kapal tangki pengangkut minyak jenis Low Sulphur Fuel Oil, sedang membawa 56,000 metrik tan minyak bernilai kira-kira RM200 juta.

Sebanyak 26 krew berada di atas kapal ketika kejadian termasuk seorang kapten warganegara Filipina. Krew kapal terdiri daripada warganegara Singapura, India, China, Bangladesh, Ukraine, Ghana dan dua dari Malaysia.

"Nyata kehadiran pasukan PPK di atas Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas 5 dan Bunga Mas 6 serta penempatan pasukan itu di atas kapal dagang bagi melakukan perlindungan secara terus telah mencapai objektifnya dan secara langsung menyelamatkan hasil dagangan negara yang amat tinggi nilainya," kata kenyataan itu.

Pemuda gemar curi motosikal selama 14 tahun ditangkap

Posted:

Pemuda gemar curi motosikal selama 14 tahun ditangkap

Pemuda gemar curi motosikal selama 14 tahun ditangkap

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Walaupun sedar perbuatan mencuri salah di sisi undang-undang, seorang pemuda gagal menahan diri daripada melakukan jenayah itu gara- gara mempunyai hobi pelik iaitu gemar mencuri motosikal.

Disebabkan hobi pelik itu, dia akhirnya menerima padah apabila dicekup polis semasa sedang menunggang motosikal curi di Taman Serdang Perdana, Serdang dekat sini, Isnin lalu.

Suspek berusia 27 tahun semasa disiasat mengaku terlibat dalam kegiatan curi motosikal sejak berusia 13 tahun dan dalam tempoh 14 tahun sudah mencuri beratus motosikal di sekitar kawasan Seri Kembangan, Serdang, Puchong, Cheras dan Dang Wangi dekat sini.

Malah, suspek yang tinggal di Cheras sanggup pergi ke Kuantan, Pahang untuk melarikan motosikal di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, penjenayah pelik itu diberkas oleh sepasukan anggota polis diketuai Ketua Balai Polis Seri Kembangan, Cif Inspektor Chai Chee Boon semasa menjalankan rondaan cegah jenayah di hadapan Pusat Beli-belah Plaza South City, Seksyen 1, Taman Serdang Perdana pada pukul 5 petang, Isnin lalu.

"Dia yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan enggan berhenti apabila diarahkan oleh polis untuk diperiksa, malah bertindak memecut laju untuk melarikan diri.

"Namun, suspek berjaya ditangkap selepas terlanggar belakang sebuah teksi yang berhenti di bahu jalan dan terjatuh," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, siasatan mendapati suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu curi motosikal pada 2005 dan 2008, menunggang motosikal yang dicuri dari Kuantan.

Beliau berkata, suspek yang tidak bekerja dan berhenti sekolah sejak berusia 13 tahun mengaku mencuri motosikal adalah hobinya dan tabiat buruk itu sukar dibuang.

Menurutnya, demi memenuhi hobinya itu, suspek sanggup menaiki bas atau komuter ke beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan negeri-negeri lain semata-mata mahu mencari motosikal untuk dicuri.

"Motosikal yang dicuri akan digunakan sendiri atau diberikan kepada rakan-rakan secara percuma jika mereka berminat.

"Jika sudah bosan menggunakan motosikal itu, ia akan ditinggalkan di mana-mana bangunan pangsapuri atau tepi jalan," katanya sambil memberitahu ada juga motosikal dijual dengan harga RM250 hingga RM450 jika suspek terdesak memerlukan wang.

Abd. Razak berkata, hasil siasatan lanjut terhadap suspek, polis berjaya menemui enam motosikal bernilai RM30,000 yang dicuri lelaki terbabit sebelum ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Rumah mungkin tertimbus

Posted:

Rumah mungkin tertimbus

Rumah mungkin tertimbus

Oleh ABDUL RAZAK DIN
pengarang@utusan.com.my


Tan Koi Seng menunjukkan hakisan tanah serta penarahan bukit yang tidak dijalankan secara teratur di Kampung Gerak Sepadu, Kampung Raja, Cameron Highlands, semalam.


CAMERON HIGHLANDS 15 Sept. - "Kalau projek mengalihkan anak sungai ini diteruskan, rumah kami akan sentiasa mengalami banjir lumpur akibat limpahan air sungai.

"Satu lagi yang perlu dielakkan kemungkinan rumah kami akan tertimbus oleh tanah akibat limpahan kerja-kerja penarahan bukit yang tidak teratur, kejadian tanah runtuh boleh berlaku ketika musim hujan," itulah luahan penduduk Kampung Gerak Sepadu, Kampung Raja di sini.

Pengerusi Projek Gerak Sepadu, Kampung Raja, Abdul Rahman Encik berkata, lebih 70 penduduk yang mendiami 11 rumah di kawasan itu sejak tahun 1983 yang kebanyakannya bumiputera membantah projek pembangunan di kawasan tersebut.

Ini kerana mereka bimbang ancaman banjir kilat daripada projek pengalihan sungai yang dilaksanakan nanti.

Kata Abdul Rahman, jika projek pengalihan sungai itu diteruskan, anak sungai baru akan dialirkan di belakang rumah mereka.

"Kami sudah mengalami peristiwa pahit akibat banjir lumpur tahun lalu disebabkan Sungai Telom sudah tidak mampu lagi mengalirkan air walaupun hujan turun kira-kira tiga jam sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, apa yang berlaku sekarang, rumah-rumah di kawasan kampung berkenaan berisiko untuk tertimbus setelah berada di bawah timbunan tanah walaupun benteng konkrit dibina untuk menahan hakisan tanah tersebut.

Beliau berkata, ekoran sikap pihak berkuasa yang tidak mengendahkan rayuan penduduk akibat daripada masalah yang dihadapi pihaknya terpaksa membuat laporan polis supaya projek pengalihan sungai itu tidak diteruskan.

Sebelum ini, surat bantahan dan rayuan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran Cameron Highlands, namun pelbagai alasan diberikan supaya projek itu diteruskan.

"Jika projek ini diteruskan juga kami akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat pihak yang bertanggungjawab projek pengalihan sungai ini dijalankan kerana kami sudah tidak tahu lagi di mana rayuan ini dapat dikemukakan," katanya.

Seorang pekebun sayur, Tan Koi Seng, 47 yang mengusahakan kebun sayur bersama tiga adik-beradiknya di kawasan berhampiran, kesal dengan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands yang bertindak merobohkan bangsal menyimpan sayur awal minggu ini menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan.

Beliau berkata, Pejabat Tanah Cameron Highlands tidak sepatutnya merobohkan projek ladang sayur tersebut kerana pihaknya mempunyai lesen menduduki sementara (TOL) untuk mengusahakan tanah di kawasan itu.

"Akibat daripada tindakan pihak pejabat tanah merobohkan dan merosakkan peralatan menanam sayur menyebabkan mengalami kerugian lebih RM70,000 setelah kawasan itu diusahakan sejak tahun 1983 lagi," katanya dengan nada kesal.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rashid Senih berkata, beliau juga kesal dengan kelulusan pejabat Tanah Cameron Highlands yang membenarkan penarahan bukit untuk meluaskan lagi projek pembangunan di kawasan berkenaan.

Katanya, penarahan bukit itu yang dilakukan secara tidak teratur itu menyebabkan hakisan tanah berlaku sehingga menyebabkan sungai-sungai yang terdapat di kawasan berkenaan terdapat mendapan lumpur dan cetek.

"Kami lebih bimbang jika berlaku musim hujan yang mungkin menyebabkan runtuhan tanah berlaku sekali gus menimbuskan laluan berhampiran, kesannya peladang sayur sukar membawa sayur untuk dipasarkan," katanya.

Peneroka mahu masalah kerosakan kilang di Jengka 21 diatasi

Posted:

Peneroka mahu masalah kerosakan kilang di Jengka 21 diatasi

Peneroka mahu masalah kerosakan kilang di Jengka 21 diatasi

TEMERLOH 15 Sept. - Para peneroka Felda Wilayah Jengka mahu masalah kerosakan kilang memproses sawit di Jengka 21 dekat sini perlu diatasi segera bagi mengelakkan kualiti buah tandan segar (BTS) terjejas.

Bekas Ahli Lembaga Pengarah Palm Industries, Abdul Hamid Shafie berkata, kilang itu dikatakan antara tercanggih di negara ini gagal berfungsi dengan baik dan sering mengalami kerosakan.

Menurutnya, sejak beroperasi lebih dua tahun lalu, hampir setiap bulan mesin kilang tersebut rosak menyebabkan BTS milik peneroka terpaksa diangkut ke kilang lain yang berhampiran.

"Ia bukan sahaja membuang masa peneroka dan kos tetapi juga mempengaruhi kadar perahan minyak kerana kualiti buah akan merosot sekali gus menjejaskan pendapatan peneroka.

"Untuk pulih seperti sedia kala memakan masa beberapa hari dan kami bosan dengan keadaan itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, jika BTS diangkut ke kilang lain segala kos pengangkutan ditanggung oleh peneroka sedangkan kesalahan didakwanya terletak pada pihak pengurusan kilang.

Tambahnya, jika kerosakan berlaku sekali dua dalam tempoh sebulan, ia dapat dimaafkan, tetapi ia berlaku sehingga empat kali dalam tempoh itu dan sudah tentu langkah segera perlu diambil untuk mengatasinya.

Katanya, kerosakan tersebut akan memberi kesan terhadap produktiviti menyebabkan BTS tidak dapat dikeluarkan kerana ketiadaan kilang untuk memproses sawit.

1,551 murid miskin terima bantuan KWAPM RM310,200

Posted:

1,551 murid miskin terima bantuan KWAPM RM310,200

1,551 murid miskin terima bantuan KWAPM RM310,200


AHMAD Munawar Abdul Jalil (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Kelompok Zon Luit, Kamarulzaman Abdul Rahman di Maran, baru-baru ini.


MARAN 15 Sept. - Seramai 1,551 murid di daerah ini menerima bantuan tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM310,200 baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil berkata, bantuan itu disalurkan kepada ibu-bapa murid yang berpendapatan rendah dan tidak mampu membayar yuran serta membeli peralatan sekolah.

Menurutnya, tabung itu yang diwujudkan sejak 2003 adalah salah satu usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

"Kerajaan memberi fokus membasmi keciciran murid akibat kemiskinan sekali gus menyediakan hak pendidikan sama rata dalam menjana kecemerlangan negara," katanya selepas majlis penyampaian wang tersebut di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini.

Menurutnya, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit, seramai 357 murid dari 12 sekolah di sini menerima sumbangan sebanyak RM71,400.

Jelasnya, penubuhan tabung itu adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuat kuasa mulai Januari 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Katanya, akta itu mewajibkan ibu-bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai usia tujuh tahun supaya semua rakyat mendapat hak pendidikan terbaik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ejen FBI diajar Islam serong

Posted:

Ejen FBI diajar Islam serong

Ejen FBI diajar Islam serong

WASHINGTON 15 Sept. - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengajar ejen antikeganasannya pelbagai perkara tidak benar tentang Islam, antaranya majoriti penduduk Islam Amerika berkemungkinan besar menyokong pengganas dan Nabi Muhammad SAW pula adalah seorang 'pemimpin kumpulan ajaran sesat'.

Turut diajar ialah amalan bersedekah yang dituntut oleh agama Islam hanyalah 'mekanisme pembiayaan untuk berperang'.

Perkara itu terkandung dalam berpuluh-puluh muka surat dokumen latihan FBI mengenai Islam yang diperoleh oleh akhbar Huffington Post.

Di pusat latihan FBI di Quantico, Virginia, ejen-ejen diperlihatkan carta yang menggambarkan 'lagi warak seseorang Muslim, lagi besar kemungkinannya dia akan bertindak 'ganas'.

Kecenderungan tersebut tidak dapat dibetulkan, menurut bahan latihan FBI itu.

"Perang ke atas orang kafir adalah wajar mengikut undang-undang Islam, dan proses penyederhanaan tidak boleh berlaku jika al-Quran terus dianggap sebagai kalam Allah yang muktamad dan tidak boleh dipinda," menurutnya.

Dalam manual latihan itu, agama Islam yang mendapat perlindungan di sisi Perlembagaan AS dan menjadi anutan berjuta-juta rakyat Amerika dipaparkan sebagai petunjuk aktiviti keganasan.

Namun bekas ejen antikeganasan yang mendedahkan modul pengajaran itu berkata, FBI bukan sahaja mempunyai asas undang-undang yang goyah untuk memaparkan rakyat AS beragama Islam yang mematuhi undang-undang sebagai bakal pengganas, tetapi pendekatan biro itu juga boleh dieksploitasi oleh al-Qaeda.

Dengan memberi fokus terhadap amalan agama penduduk Islam Amerika, dan bukan terhadap petanda aktiviti keganasan seperti menyimpan senjata api atau menggunakan pembiayaan tidak telus, kemungkinan besar FBI akan gagal mengesan amaran sebenar tentang keganasan, kata bekas ejen.

Menggambarkan Islam sebagai tidak boleh dipisahkan daripada keganasan adalah propaganda yang disebarkan oleh al-Qaeda yang juga mahu menunjukkan AS memerangi Islam, kata mereka.

Atas sebab itulah, pendedah maklumat dalam FBI menyalurkan bahan-bahan tersebut kepada Huffington Post.

Orang ramai boleh meneliti kertas taklimat FBI yang dimuat turun di laman web akhbar itu dengan melayari: http://www.wired.com/ images_blogs/dangerroom/2011/09/ fbi_islamic_law.pdf

Sejak beberapa tahun lalu, pertubuhan hak sivil Islam Amerika menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan pemantauan FBI dan polis di masjid dan pusat-pusat komuniti Islam.

Mereka khuatir segala tindak-tanduk mereka yang tidak menyalahi undang-undang kini menjadi sasaran di bawah kempen memerangi keganasan.

Dokumen tersebut boleh membantu menjelaskan mengapa FBI dan polis meningkatkan pemantauan terhadap penduduk Islam. - Agensi

Pusat angkasa lepas hampir siap

Posted:

Pusat angkasa lepas hampir siap

Pusat angkasa lepas hampir siap


ILUSTRASI pelukis terhadap bangunan terminal Spaceport America yang kini hampir 90 peratus siap dibina di Las Cruces, New Mexico, Amerika Syarikat. - AGENSI


LOS ANGELES 15 Sept. – Fasa pertama pangkalan angkasa lepas komersial pertama di dunia, yang bakal menjadi hab bagi penerbangan Virgin Galactic untuk membawa pelancong ke angkasa lepas, kini sudah 90 peratus siap.

Tapak Spaceport America seluas 720 hektar di Las Cruces, New Mexico adalah pangkalan bagi Virgin Galactic yang merupakan usaha niaga paling besar pernah diceburi oleh usahawan Britain, Richard Branson.

Pangkalan itu sudah siap dilengkapi landasan sepanjang hampir 3.3 kilometer, hangar terminal dengan seni bina futuristik dan sebuah Pusat Operasi Angkasa Lepas berbentuk kubah.

Kerja pembinaan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini, memberi tempoh yang cukup selesa untuk penerbangan sulung Virgin Galactic yang dijangka berlepas pada 2013.

Pengarah Eksekutif New Mexico Spaceport Authority, Christine Anderson berkata, beliau begitu gembira dengan kemajuan yang dicapai setakat ini.

"Satu kejayaan besar untuk membina sebuah bandar kecil di tengah-tengah padang pasir di New Mexico.

"Atas kerana itu pujian harus diberikan kepada semua kontraktor dan arkitek serta orang lain yang menyumbangkan banyak masa dan tenaga dalam pembinaannya," kata Anderson kepada SPACE.com baru-baru ini.

Belum ada tarikh muktamad untuk Spaceport America memulakan operasi.

Sistem pelancaran Virgin Galactic, WhiteKnightTwo/SpaceShipTwo masih di peringkat ujian dan terpulang kepada mereka untuk memutuskan masa yang selamat untuk menerbangkan pelancong ke pinggir angkasa lepas, ujar Anderson.

Pembinaan fasa dua sudah bermula dan dijangka siap sebelum penerbangan sulung Virgin Galactic.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Terdapat komunikasi tertuduh di Banting

Posted:

Terdapat komunikasi tertuduh di Banting

Terdapat komunikasi tertuduh di Banting

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 15 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat beberapa transaksi pada telefon bimbit yang didaftarkan atas nama dua tertuduh, R. Matan dan R. Kathavarayan di sekitar kawasan Banting pada 30 Ogos tahun lalu.

Pengurus Besar Bahagian Bil, Celcom Axiata Bhd., Abdul Latif Mohamad berkata, kedua-duanya berkomunikasi antara satu sama lain selepas pukul 8.30 malam pada hari jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dibunuh di Ladang Gadong pada tarikh tersebut.

"Transaksi telefon bimbit itu menunjukkan terdapat komunikasi antara kedua-duanya menggunakan stesen pemancar Batu Laut di Banting," katanya semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu

Semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, Abdul Latif mengakui keterangannya itu semata-mata berdasarkan rekod transaksi yang tidak dicetak oleh beliau sendiri.

Saksi itu juga mengaku baru pertama kali melihat rekod transaksi bagi nombor yang didaftarkan atas nama Matan dan Kathavarayan dan diserahkan kepada pihak polis oleh Eksekutif Kanan Unit Perantara, Jabatan Siasatan dan Pencegahan Penipuan, Nor Azlina Ahmad.

Sementara itu, pakar bahagian teknikal dalam telekomunikasi dan teknologi Celcom, Haizal Hambali pula memberitahu transaksi telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Sosilawati, Ahmad Kamil dan Noorhisham berlaku di sekitar Banting selepas pukul 5 petang, 30 Ogos 2010.

Katanya, ia berdasarkan lokasi stesen pemancar yang tertulis di dalam rekod terperinci transaksi tersebut seperti Kanchung Laut, TM Banting, Telok Panglima Garang dan lain-lain lagi.

"Berdasarkan rekod transaksi yang menggunakan stesen pemancar Johan Setia, diikuti Jenjarom dan Banting, pengguna telefon bimbit 019-2266222 (Ahmad Kamil) bergerak dari Lebuhraya Kesas ke Banting.

"Sementara rekod transaksi nombor 019-2295153 (Sosilawati) menunjukkan pergerakan berlaku dari Telok Panglima Garang ke Banting antara pukul 4 sehingga 6 petang, 30 Ogos 2010," jelas beliau.

Seorang lagi saksi, Haslin Mohamad Baharudin yang merupakan Pengurus Teknikal Celcom pula mengesahkan nombor telefon bimbit 019-2266222 didaftarkan atas nama beliau.

Bagaimanapun jelas beliau, nombor tersebut diberikan kepada Ahmad Kamil dan ia digunakan oleh peguam itu pada Ogos 2010.

"Saya serahkan nombor itu atas dasar kepercayaan kepada rakan saya. Masa itu dia masih belajar. Nombor tersebut tidak dikenakan bayaran perkhidmatan," jelasnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-31 bersambung pada Khamis dan Jumaat ini.

KDSB enggan runding semula beli tanah

Posted:

KDSB enggan runding semula beli tanah

KDSB enggan runding semula beli tanah

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) enggan berunding semula dengan kerajaan berhubung pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bekas Setiausaha Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Zakaria Bahari, 59, berkata, terdapat cadangan untuk rundingan semula urusan pembelian tanah itu pada mesyuarat yang dipengerusikan Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor pada 17 April 2002.

"Bagaimanapun, dalam mesyuarat itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Datuk Seri Tiong King Sing tidak mahu mengadakan rundingan semula dengan kerajaan, dan masih berkeras supaya terma dan syarat yang dipersetujui mengenai urusan itu sebelum ini diterima," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah.

Selain itu, saksi ketujuh pendakwaan pada perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik berkata, beliau menyedari perjanjian mengenai pembelian tanah itu telah dibuat bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) O.C. Phang bersama KDSB sebelum surat yang ditulisnya mengenai perjanjian pembelian bertarikh 20 November 2002 diberikan kepada Phang.

"Saya sedar perjanjian dibuat sebelum surat saya dikeluarkan kepada O.C Phang... semasa keputusan Kabinet pada 6 November 2002, O.C Phang ada bertanya kepada Dr. Ling boleh diteruskan ke tidak pembelian tanah tersebut, dan Dr. Ling menjawab teruskan sebab Kabinet, pada tarikh berkenaan (6 November 2002) telah membuat keputusan (untuk beli tanah itu)," katanya.

Terdahulu, saksi keenam pendakwaan, Datuk Zaharah Shaari, 62, yang menyambung keterangan hari ini berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim ada memberi pandangan kepada Kementerian Pengangkutan mengenai cara perolehan tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan itu berkata, Rais, yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berpendapat cara memperoleh tanah melalui pengambilan balik tidak wajar diteruskan kerana kementerian berkenaan terikat dengan surat tawaran kepada penjual tanah iaitu KDSB.

"Setahu saya, pada mesyuarat yang turut saya hadiri sebelum April 2002, Dr. Rais memberikan pandangan terhadap surat tawaran yang dikeluarkan oleh kementerian ini kepada KDSB, bahawa telah wujud satu ikatan perjanjian, maka tidak wajar diteruskan melalui cara pengambilan balik tanah," katanya.

Selain itu, Zaharah berkata, idea menjadikan Pulau Indah sebagai Pusat Distripark Serantau merupakan idea sebuah konsultan berdasarkan kajian yang dilakukan.

Bagaimanapun, beliau tidak ingat sama ada konsultan itu dilantik oleh Kementerian Kewangan atau LPK.

Dr. Ling, 68, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr. Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Inisiatif awal transformasi politik

Posted:

Inisiatif awal transformasi politik

Inisiatif awal transformasi politik


Najib Tun Razak ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena sambutan Hari Malaysia 2011 di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam.


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulang tahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.

Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah kita melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri.

Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran.

Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya.

Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955.

Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.

Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apa pun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstremisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetik pun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi.

Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihan raya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.

Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat.

Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan hala tuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun jua.

Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar.

Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuat kuasa sehingga hari ini.

Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuat kuasanya.

Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luar biasa yang mengancam keselamatan tanah air dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadang kala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan.

Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda.

Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, di antara keselamatan nasional dan kebebasan individu.

Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian.

Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupa bentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang.

Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latar belakang yang majmuk, status sosio-ekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri.

Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara dengan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan.

Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Hari Malaysia milik semua

Posted:

Hari Malaysia milik semua

Hari Malaysia milik semua

Oleh FAUZIAH AROF
rencana@utusan.com.my

PADA hari ini, seluruh pelosok rakyat negara ini tidak mengira kaum, peringkat umur, pekerjaan, kaya atau miskin dan juga fahaman politiknya, kesemuanya tidak terkecuali menyambut Hari Malaysia.

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun adalah hari yang menjadi milik semua.

Tidak seorang pun di antara kita, perlu berasa diketepikan, sangsi atau terpinggir dalam menyambut hari yang amat bermakna dan bersejarah kepada negara ini.

Dan ia juga bukan hanya untuk dikenang dan diraikan oleh generasi terdahulu. Generasi muda, tidak kira apa jua kecenderungan serta minatnya, perlu dibawa bersama dalam arus menghayati erti Hari Malaysia kerana kesannya yang bukan sedikit terhadap pembangunan negara dari dulu sehingga kini.

Justeru, pengetahuan terhadap sejarah adalah kata kuncinya. Orang cerdik pandai sering berkata, sejarah merupakan guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa depan.

Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, pengetahuan dan pemahaman dalam sejarah negara adalah amat penting kerana ia adalah akar tunjang sesuatu bangsa.

Kerana itu, katanya, pengetahuan tentang sejarah negara ini adalah kunci kepada perpaduan dan persefahaman antara kaum.

Sebab itu, sejarah perlu dijadikan bahan rujukan dalam apa jua isu berbangkit mengenai ' negara bangsa' ini.

Pun begitu, katanya, apa yang berlaku kini adalah cabaran dalam menegak dan memperkasa sejarah negara, bukan sahaja terhadap golongan muda tetapi golongan terdahulu.

Jelas Kay Kim, terdapat generasi terdahulu yang buta sejarah, tetapi pada masa sama berkecenderungan untuk campur tangan dalam mempertikaikan sejarah sekali gus mengelirukan ramai pihak.

"Mereka ini yang tidak memahami sejarah, cuma mendengar dan mengutip sejarah negara dari sana sini tanpa melihat kepada tafsiran dalam undang-undang dan Perlembagaan negara.

"Dan mereka juga menyalah tafsir kenyataan-kenyataan mengenai sejarah negara yang kebanyakannya menggunakan bahasa yang teknikal,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, katanya, terdapatnya fakta-fakta yang salah mengenai sejarah negara di dalam Internet yang dirujuk oleh generasi muda atau pihak yang mempunyai kepentingan untuk memanipulasikan ia. Dan perkara ini memburukkan lagi keadaan.

Justeru, dalam menangani isu kecetekan ilmu sejarah ini, jelas Kay Kim, pelajaran sejarah perlu diperkasakan dari peringkat sekolah rendah dengan melatih guru-guru sejarah yang benar-benar mahir mengajar mata pelajaran itu.

Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.

Bagaimanapun, penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.

Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei pada penghujung 1962.

Bagaimanapun, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 kepada 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Namun tarikh itu pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.

Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Sebelum ini, Hari Malaysia merupakan cuti am di Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun mulai 2010, Hari Malaysia juga diisytiharkan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Dan yang menjadikan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini lebih menarik dan bermakna adalah kerana acara sambutannya diadakan serentak dengan Hari Kemerdekaan Ke-54 negara.

Dalam usia 48 tahun Malaysia dibentuk, proses pembinaan negara Malaysia secara keseluruhannya mengambil masa yang panjang dan sudah tentunya tempoh itu dilalui dengan pelbagai dugaan, cabaran dan kesulitan oleh pemimpin dan generasi terdahulu.

Justeru, adalah merugikan jika segala kesukaran dan kepayahan itu disia-siakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dan bertelagah dalam segala isu yang akhirnya meruntuhkan penyatuan Malaysia ini.

Dan perlu diakui, kekuatan Malaysia bukan sahaja terletak pada pembangunan di negeri-negeri Semenanjung sahaja, tetapi juga di Sabah dan Sarawak yang menjana ekonomi Malaysia keseluruhannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Stacy mengaku rapat dengan Akim

Posted:

Stacy mengaku rapat dengan Akim

Stacy mengaku rapat dengan Akim

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR


Ibu Stacy, Agnes Kalloos membawakan kek untuk anaknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21.


UMURNYA baru menginjak 21 tahun pada tanggal 18 Ogos lalu. Justeru, bagi anak kelahiran Penampang, Sabah, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan nama Stacy, dia masih belum puas untuk menikmati usia mudanya.

Merangkul gelaran juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada 2008, nama Stacy dilihat masih kukuh di persada seni tanah air biarpun nama rakan-rakan seangkatannya tenggelam di bawa arus dek gagal menempatkan diri dalam dunia seni tempatan.

Tiga tahun berdiri kukuh antara penyanyi wanita popular tempatan, Stacy akui, pelbagai pahit maung dihadapinya dan dia juga tidak terlepas daripada kontroversi terutamanya percintaannya dengan bintang AF7, Akim.

Mendekati gadis lincah dan periang itu ketika majlis pelancaran album keduanya yang diberi judul Stay-C di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, Stacy memberi penjelasan sebaik mungkin kepada rakan media yang hadir.

Masih berkawan

MULAI rapat dengan Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 20 ketika sama-sama mengadakan persembahan bersama bintang-bintang AF yang lain dua tahun lalu, Stacy akui, jejaka kelahiran Johor Bahru, Johor itu begitu serasi dengannya.

Apatah lagi dengan perwatakan Akim yang sentiasa ceria dan pandai berjenaka, Stacy mengatakan, ia cukup membuatkan hatinya tertarik untuk mengenali pemuda itu dengan lebih rapat.

Lantaran dari momen itu, dia suka berhubungan melalui telefon bimbit, sama ada membuat panggilan atau pun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Sekarang, sudah dua tahun kami mengenali antara satu sama lain. Jujurnya, tiada hubungan cinta yang wujud antara kami berdua.

"Ia sekadar hubungan rakan sesama artis, cuma kami lebih akrab.

"Sebab itulah, timbul gosip yang mengatakan kami sebagai pasangan kekasih," kata Stacy menjelaskan perkara sebenar.

Namun, kebelakangan ini timbul pula khabar angin yang mengatakan mereka berdua sudah tidak lagi berkawan gara-gara Stacy dikatakan telah mempunyai teman istimewa yang lain.

Tidak terperanjat dengan dakwaan itu, Stacy menafikan spekulasi berkenaan lalu menerangkan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka berdua.

Tegasnya, dia bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup membuang kawan apabila menemui cinta hati.

Tambahnya, dia dan Akim masih lagi berkawan seperti biasa dan dia juga menepis dakwaan bahawa dia telah mempunyai kekasih baru.

"Saya berkawan baik dengan Akim dan masih berhubungan melalui SMS atau telefon.

"Buktinya, salah sebuah lagu saya, Cemburu adalah hasil karya Akim selaku penulis lirik.

"Cuma kebelakangan ini jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti seni.

"Saya sibuk dengan proses rakaman lagu baru untuk dimuatkan dalam album kedua saya, manakala Akim pula sibuk dengan persembahannya.

"Tambahan pula, Akim aktif sebagai penulis lirik dan komposer. Saya tidak mahu mengganggu Akim di kala rezekinya dalam bidang ini semakin berkembang.

"Ketika proses rakaman lagu Cemburu, dia ada datang memberi sokongan," jelasnya panjang lebar menceritakan kebenaran.

Tidak kisah peluk Islam

DALAM pada itu, Stacy diutarakan soalan adakah dia bersedia untuk memeluk agama Islam sekiranya bertemu pujaan hati yang beragama Islam?

Tanpa perlu mengambil masa yang lama, Stacy menyatakan persediaannya untuk bergelar mualaf jika jodoh menyatukannya dengan pemuda beragama Islam.

Tambah Stacy, agama Islam bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya mahu pun keluarganya kerana ada saudara maranya yang berkahwin dengan orang Melayu yang beragama Islam.

"Jadi, tidak timbul sebarang masalah kepada saya atau famili apabila saya memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan jejaka Melayu.

"Tetapi itu tidak bermakna saya sudah bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat. Buat masa ini, saya mahu fokus terhadap kerjaya seni.

"Saya masih belum mendapat kepuasan optimum dalam bidang ini. Saya meletakkan had masa sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk memikirkan bab kahwin," jawab Stacy terlebih dahulu sebelum sempat Hits bertanyakan mengenai rancangan perkahwinannya.

Tiara sudah boleh tarik nafas lega

Posted:

Tiara sudah boleh tarik nafas lega

Tiara sudah boleh tarik nafas lega

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM


TIARA melahirkan rasa bangga kerana dapat berlakon di samping pelakon hebat seperti Adibah Noor dan Stephanie Van Driesen (kanan) untuk The Secret Life of Nora.


WANITA berhati waja ini mengakui hatinya sedikit terusik apabila mengetahui tiada pihak yang sudi menaja pementasan mega ketiga terbitan syarikatnya, Enfiniti Vision Media (EVM), The Secret Life of Nora (NORA).

Tidak seperti dua pementasan sebelum ini, Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) dan P. Ramlee the Musical (PRM) yang mendapat perhatian meluas daripada syarikat korporat dan swasta yang tidak lokek untuk menjadi penaja.

Namun, bagi Datin Seri Tiara Jacquelina, kegagalan NORA untuk mendapat penajaan langsung tidak mematahkan semangatnya meneruskan pementasan.

"Sedih memanglah sedih kerana perjuangan saya dalam memartabatkan industri seni persembahan negara bukanlah untuk saya seorang.

"Sebaliknya, apa yang saya lakukan ini adalah untuk membawa nama Malaysia ke persada dunia agar satu hari nanti negara ini juga mampu menjadi hab seni persembahan setanding dengan negara Barat.

"Apa pun yang terjadi, pasukan saya kini sudah bersedia untuk mementaskan NORA dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan ia mendapat tempat di kalangan penonton kelak. Kami berikrar akan memberikan yang terbaik untuk mereka," ujar Tiara dalam nada yang cukup optimis sewaktu ditemui pada sesi latihan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tetapi, kesedihan yang ditanggung aktres dan penerbit gigih itu tidak lama apabila syarikat telekomunikasi gergasi negara, Maxis tampil menjadi satu-satunya penaja untuk NORA yang akan mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula 29 September ini.

Ternyata, Tiara bersyukur dengan berita gembira itu dan sudah mampu menarik nafas lega dan berharap akan ada pihak lain yang sudi mengikut jejak langkah Maxis untuk pementasan ini.

Dalam masa yang sama juga, bintang utama filem Puteri Gunung Ledang dan Ringgit Kasorrga itu amat berterima kasih kepada IB kerana mereka telah banyak membantu dari mula dia menyuarakan hasrat serta membentangkan idea untuk mementaskan NORA.

Begitu juga dengan beberapa pihak seperti Pusat Membeli-Belah Pavilion, Kuala Lumpur; rangkaian kosmetik M.A.C dan TGV Cinemas yang sudi bekerjasama dalam membantu mempromosikan dan menghebahkan tentang NORA kepada khalayak.

Kata Tiara lagi, soal penajaan bukanlah perkara baru yang perlu dihadapi oleh karyawan seni tempatan baik dalam apa jua cabang seni sekali pun.

"Apabila memperkatakan tentang konteks seni persembahan terutama teater muzikal khususnya, kalau diperhatikan ia telah menunjukkan peningkatan yang sangat positif.

"Bukan mahu mendabik dada atau membangga diri, tetapi selepas pementasan PGLM dan PRM, barulah ramai pihak membuka mata tentang teater muzikal.

"Malah, ramai penerbit baru seperti Hans Isaac juga sudah berani mengeluarkan bajet yang begitu tinggi untuk menerbitkan teater muzikal. Ternyata, apa yang dilakukannya berjaya dan mendapat sambutan.

"Sebagai teman seperjuangan, saya sendiri tumpang bangga dengan pencapaian mereka yang berani mementaskan teater muzikal. Setidak-tidaknya industri kita terus meriah dengan pelbagai naskhah yang menarik untuk dipentaskan," kata Tiara panjang lebar.

Mengulas tentang watak Nora yang akan dilakonkannya dalam pementasan teater muzikal arahan Steven Dexter itu, Tiara menjelaskan dia kini begitu gigih menjalani latihan intensif.

Biarpun penat kerana perlu berlatih dari 12 hingga 14 jam sehari, isteri kepada Datuk Seri Effendi Norwawi itu gembira kerana dia sudah mendapat rentak dalam membawakan watak Nora itu.

Satu yang pasti kata ibu kepada sepasang cahaya mata itu lagi, dia cukup teruja untuk menantikan respons daripada audiens kelak.

Apatah lagi, inilah kali pertama dia membawakan watak komedi yang pastinya memberikan dimensi baru untuk Tiara sebagai seorang aktres.

"Untuk itu, saya telah menonton beberapa filem komedi dan cuba untuk mendapatkan jiwa humor itu. Saya cukup berbangga dan puas hati apabila mendapat pelakon hebat seperti Aznil Nawawi, Adibah Noor, Ryan Silverman, Tony Eusoff, Stephanie Van Driesen dan Aaron Khaled dalam muzikal ini.

"Saya cukup sedar harapan tinggi yang diletakkan ke bahu kami oleh penonton dan peminat yang ternanti-nantikan pementasan ini. Insya-Allah, kami akan memberikan yang terbaik untuk mereka yang tidak pernah jemu menyokong kami," kata Tiara dalam nada penuh teruja.

Tiket-tiket untuk menyaksikan NORA kini sudah mula dijual dengan harga dari RM30 hingga RM350. Bagi mereka yang belum mendapatkannya, bolehlah melayari laman web www.airasiaredtix.com atau berkunjung sendiri ke kaunter Box-Office, Istana Budaya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved