Khamis, 15 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


DUN Panti pesat membangun

Posted:

DUN Panti pesat membangun

DUN Panti pesat membangun

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my


Baderi Dasuki tidak ketinggalan memberi motivasi kepada calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 14 Sept. - Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti yang terletak di dalam Parlimen Tenggara merupakan salah satu kawasan yang sedang pesat membangun seperti juga kawasan DUN lain.

Kawasan seluas 132,000 hektar dengan jumlah penduduk kira-kira 63,000 orang, dipimpin oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Baderi Dasuki.

Menurutnya, seperti kawasan lain, DUN Panti turut menerima kesan pembangunan selari dengan perkembangan semasa baik dari pertumbuhan ekonomi, infrastruktur, pendidikan, sosial dan juga institusi keagamaan.

Katanya, dari segi infrastruktur sehingga kini, kira-kira 92 peratus jalan-jalan kampung di kawasan itu telah diturap dan tinggal kira-kira lapan peratus lagi jalan yang masih menunggu kelulusan.

"Ia melibatkan Kampung Sendayan, Kampung Temenin, Desa Makmur dan Lipat Kajang yang masih belum berturap tar dan kerja-kerja penurapan jalan akan dilakukan sebelum pilihan raya umum diadakan yang mana ia membabitkan kos kira-kira RM3.5 juta.

"Kita turut memberikan perhatian terhadap golongan miskin yang ada di DUN Panti, yang mana sehingga kini sebanyak 116 rumah PPRT dengan kos RM940,000 telah disiap dibina serta berjaya membaik pulih sembilan rumah milik warga miskin," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Baderi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara berkata, berdasarkan perangkaan terdapat 56 lagi rumah warga miskin diletakkan dalam senarai menunggu untuk dibaik pulih.

Tambahnya, usaha untuk membantu golongan kurang bernasib baik akan dilakukan secara berterusan dengan harapan pada satu masa kelak, tiada lagi golongan miskin di kawasan tersebut.

Menurutnya, di samping memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal, soal pendidikan turut diberi tumpuan terutama melibatkan pelajar miskin yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, bagi ketiga-tiga peperiksaan yang melibatkan 750 pelajar dan murid di DUN Panti, sebanyak RM37,000 diperuntukkan bagi membiayai karnival pembelajaran setiap tahun.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM20,000 diagihkan untuk pelajar SPM, RM10,000 (PMR) dan RM7,000 (UPSR), yang mana tujuan kita semata-mata untuk melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

"Bagi mengelakkan anak-anak muda terlibat sebarang kegiatan tidak berfaedah, kita turut menyediakan 18 buah gelanggang futsal dengan peruntukan sebanyak RM2.1 juta," katanya lagi.

Tambah Baderi, satu lagi hadiah yang cukup bermakna bagi seluruh warga Panti apabila Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman telah meluluskan peruntukan sebanyak RM52.6 juta bagi membina kampus induk Kolej Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ).

Jelasnya, kerja-kerja meratakan tanah kini sedang giat dilaksanakan dan kewujudan sebuah institusi pengajian tinggi di Panti membolehkan generasi muda di sini meningkatkan pengetahuan selari dengan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti.

Johor sambut baik usaha jaga alam sekitar

Posted:

Johor sambut baik usaha jaga alam sekitar

Johor sambut baik usaha jaga alam sekitar

NUSAJAYA 14 Sept. - Kerajaan negeri menyambut baik penglibatan pelbagai pihak dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar sekali gus dapat memberikan kualiti hidup yang sihat kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pembabitan pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemaju hartanah, institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan lain-lain sangat dialu-alukan kerana mereka juga berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang lebih mapan.

Beliau berkata, pelbagai program yang berteraskan pendidikan alam sekitar khususnya di peringkat lebih awal juga dilihat banyak memberi manfaat terutamanya dalam meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

''Sudah tiba masanya rakyat diberi pendedahan tentang kepentingan menjaga alam sekitar berikutan perubahan iklim yang tidak menentu yang berlaku di seluruh dunia sehingga menyebabkan bencana alam berlaku.

''Saya yakin melalui pendidikan, tahap kesedaran orang ramai khususnya generasi muda dapat ditingkatkan sekali gus dapat melahirkan masyarakat yang cintakan alam sekitar dan berusaha untuk memeliharanya," katanya dalam ucapan perasmian Program Sekolah Hijau di Bangunan Sultan Ismail, di sini semalam.

Program anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pemaju induk Nusajaya, UEM Land Holdings Berhad itu turut dihadiri Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land, Datuk Wan Abdullah Wan Ibrahim dan Naib Canselor UKM, Tan Sri Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Menurut Abdul Ghani, di pihak kerajaan negeri sendiri, pelbagai program penghijauan alam sekitar seperti penanaman lebih 1.1 juta batang pokok sejak 2001 telah dijalankan sehinggalah sekarang.

Katanya, kerajaan negeri juga mensyaratkan supaya setiap projek pembangunan perumahan menyediakan sekurang-kurangnya 10 peratus kawasan rizab lapang bagi tujuan penanaman pokok.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved