Khamis, 15 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


32 ditahan dalam pesta mabuk

Posted:

32 ditahan dalam pesta mabuk

32 ditahan dalam pesta mabuk

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFARutusanN9@utusan.com.my

TELUK KEMANG 14 Sept. - Seramai 32 individu termasuk sembilan wanita ditahan polis, sebahagian daripadanya di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika menyertai parti yang diadakan di sebuah banglo sewa di Batu 10, dekat sini baru-baru ini.

Serbuan dibuat kira-kira pukul 3 pagi itu selepas polis menerima aduan daripada orang awam mengenai tindakan kumpulan penghuni banglo itu yang membuat bising dan berhibur sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, dalam serbuan tersebut, seramai 23 lelaki termasuk sembilan wanita ditahan untuk diperiksa.

"Kesemua mereka berusia antara 18 hingga 37 tahun dan berasal dari negeri ini dan Melaka.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua mereka, seorang lelaki dan lima wanita didapati positif mengambil dadah," katanya di sini hari ini.

Katanya, enam individu yang di bawah pengaruh dadah itu ditahan mengikut Seksyen 15(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh, manakala selebihnya dibebaskan.

Kafe siber pusat judi haram

Posted:

Kafe siber pusat judi haram

Kafe siber pusat judi haram

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


PENGUAT KUASA MBMB memunggah mesin judi yang dirampas di sebuah kafe siber di Melaka, kelmarin.


MELAKA 14 Sept. - Sebuah kafe siber yang beroperasi tanpa lesen dan menyediakan kemudahan komputer judi haram diserbu oleh Unit Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tun Ali di sini semalam.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, berdasarkan intipan pihaknya mendapati kafe siber tersebut menyediakan kemudahan komputer perjudian haram kepada pelanggan mereka.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 35 buah komputer dan 38 unit pemproses pusat (CPU) dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian haram di premis tersebut.

''Kita turut menahan pengusaha kafe siber berkenaan yang berusia lingkungan 20-an berhubung kesalahan beroperasi tanpa lesen dan menjalankan kegiatan judi haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, dua buah lagi pusat siber turut dikenal pasti melakukan kesalahan yang sama dalam pusat membeli-belah terbabit namun ketika operasi dijalankan kira-kira pukul 3 petang, dua premis tersebut tidak beroperasi.

''Bagaimanapun, kita akan pantau operasi ke atas dua premis terlibat bagi memastikan pengusahanya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan MBMB," katanya.

Kata beliau, pengusaha kafe kafe terlibat akan didakwa mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan kerana menjalankan kegiatan kafe siber tanpa lesen dan menyediakan kemudahan komputer judi.

''Kita kesal kerana pengusaha kafe siber ini telah beroperasi tanpa lesen malah menyediakan pula kemudahan komputer judi haram untuk pelanggannya," katanya.

Kes denggi di Melaka menurun

Posted:

Kes denggi di Melaka menurun

Kes denggi di Melaka menurun

MELAKA 14 Sept. _ Trend denggi di negeri ini menunjukkan penurunan dengan hanya satu atau dua kes sahaja dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan negeri sejak awal bulan ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim berkata, ia berikutan keberkesanan daripada perlaksanaan program pencegahan denggi yang digerakkan oleh pelbagai pihak bagi menangani penularan wabak denggi.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Kesihatan negeri termasuk agensi penguatkuasaan di bawahnya akan terus mengaktifkan Program Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) bagi memerangi demam denggi.

''Biarpun kadar kes denggi telah menurun dan dikatakan agak stabil namun program pencegahan wabak itu tetap akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya pada majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Hospital Melaka (HM) yang turut dihadiri Pengarah HM, Dr. Narimah Nor Yahaya di sini, hari ini.

Menurut Dr. Azmi, pihak berkuasa tempatan yang berkaitan termasuk Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu meneruskan program Combi yang telah dijadualkan perlaksanaannya di kawasan masing-masing.

''Cuma, kita merasakan aktiviti semburan (fogging) tidak perlu dijalankan sekarang kerana keadaan denggi terkawal," ujar beliau.

Pada masa yang sama, beliau meminta kerjasama orang ramai turut memainkan peranan dengan mengambil langkah pencegahan dalam usaha mencegah penyakit denggi.

Ini kerana, tumpuan pembersihan harus diberikan kepada tempat pembiakan nyamuk aedes dan perlu dibersihkan setiap minggu bagi mengelak penularan wabak denggi dalam kawasan kediaman penduduk.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved