Khamis, 15 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Yayasan khas dakwah di Perak

Posted:

Yayasan khas dakwah di Perak

Yayasan khas dakwah di Perak

SUNGAI SIPUT 14 Sept. - Pertubuhan Dakwah Islamiah Perak Darul Ridzuan (Kadir) dengan kerjasama kerajaan negeri Perak akan mewujudkan sebuah yayasan bagi memudah dan meningkatkan usaha dakwah yang dijalankan badan itu.

Pengerusinya, Datuk Azhar Ahmad berkata, Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan itu akan turut membantu pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Orang Asli serta golongan lain yang memerlukan bantuan.

"Dengan adanya yayasan ini kelak akan memudahkan Kadir menjalankan usaha-usaha dakwah dan kebajikan di kawasan-kawasan luar bandar termasuk di pedalaman.

"Kita merancang untuk mewujudkan program-program perpaduan dan kasih sayang di kalangan masyarakat luar bandar termasuk Orang Asli supaya sentiasa hidup dalam harmoni," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Pos Pelantok di sini hari ini.

Beliau berkata, Kadir kini dianggotai 40 pendakwah adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan memantapkan ilmu agama kepada penduduk luar bandar.

Katanya, peranan yang dimainkan Kadir itu adalah bagi membantu mengatasi kekurangan guru agama di luar bandar.

Menurutnya, sejak ditubuhkan tahun lalu, Kadir telah mengadakan banyak program di perkampungan Orang Asli seluruh Perak bagi mewujudkan perpaduan dan kasih sayang di kalangan masyarakat Orang Asli supaya sentiasa hidup dalam harmoni.

"Kita dapat lihat, bukan hanya Orang Asli yang beragama Islam hadir pada majlis hari ini, malah ramai yang bukan Islam pun hadir. Secara tidak langsung ia dapat menarik minat mereka untuk memeluk Islam," katanya.

Azhar berkata, selain acara tahunan seperti itu, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) turut menggerakkan usaha dakwah dengan meletakkan para pendakwah di beberapa buah kampung Orang Asli untuk mengajar fardu ain kepada masyarakat berkenaan.

"Para pendakwah ini tinggal 24 jam sehari di kampung Orang Asli dan mereka mengajar agama pada setiap malam Jumaat dan Sabtu. Mereka sentiasa bersedia membantu jika Orang Asli memerlukan pertolongan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam dan Setiausaha Kadir yang juga Pengurus Besar Yayasan Perak, Datuk Mohd. Jamil Mat Kasa. - BERNAMA

JKM kesan waris sepasang bayi

Posted:

JKM kesan waris sepasang bayi

JKM kesan waris sepasang bayi


Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar, Santi Bahadur (kiri) mendukung Amelya, anak warga Laos berusia tiga bulan dan Norsuzie Erma Mohd. Said memangku Muhammad Aliff Zaidi Abdullah berusia sebulan yang ditinggalkan ibu mereka di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 14 Sept. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan ibu mereka selepas dilahirkan.

Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Aliff Zaidi Abdullah itu berusia sebulan, manakala bayi perempuan tersebut yang berusia tiga bulan pula dikenali sebagai Amelya.

Pelindung Kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kota Setar, Mohd. Basharudin Samsudin berkata, Muhammad Aliff Zaidi ditinggalkan kepada sepasang suami isteri oleh seorang wanita dipercayai ibunya di hadapan stesen bas Shahab Perdana di sini pada 28 Julai lalu.

Katanya, pasangan suami isteri berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan sebelum bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan dan rawatan kesihatan.

"Kes itu kemudian dirujuk kepada pihak kami dan kini Muhammad Aliff Zaidi dijaga sementara oleh pasangan tersebut di bawah Seksyen 19 (2) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kisah bayi itu yang ditinggalkan kepada pasangan suami isteri berkenaan pernah disiarkan Utusan Malaysia pada 30 Julai lalu.

Mohd. Basharudin memberitahu, Amelya pula ditinggalkan ibunya yang merupakan warga Laos bernama Keovongvichith di HSB pada 4 Jun lalu.

Menurutnya, ibu kandung Amelya menghilangkan diri daripada HSB selepas dua hari bayi itu dilahirkan dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

"Bayi ini kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Pulau Pinang dan keadaannya adalah stabil walaupun mengalami masalah buah pinggang," katanya.

Menurut Mohd. Basharudin, kedua-dua kes berkenaan sebelum ini telah dirujuk di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001 dan seterusnya dirujuk kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak Alor Setar bagi mendapatkan perintah jagaan sementara.

Katanya, ibu bapa atau waris mereka diberi tempoh sebulan untuk menuntut semula kedua-dua bayi itu sebelum JKM mengambil tindakan lanjut seperti menyerahkan mereka kepada keluarga pelihara yang difikirkan layak dan sesuai mengikut peruntukan di bawah Seksyen 30(1) (b) atau (e) akta yang sama.

Sehubungan itu, JKM memohon bantuan ibu kandung atau waris bayi terbabit atau mana-mana individu yang mengenali atau mengetahui mengenai kes tersebut supaya tampil menghubungi Mohd. Basharudin atau Rosmini Meh di 04-7202370/7202351.

FAMA sasar 19,000 pelajar IPTA

Posted:

FAMA sasar 19,000 pelajar IPTA

FAMA sasar 19,000 pelajar IPTA

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 14 Sept. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan seramai 19,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai Kelab MyAgrosis menjelang penghujung tahun depan.

Pengerusi FAMA, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, buat permulaan seramai 200 penuntut daripada pelbagai jurusan di kesemua 19 IPTA di seluruh negara disasarkan akan menjadi kumpulan pertama ahli kelab berkenaan.

Menurut beliau, kelab itu dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan Disember ini.

"Saya penuh berkeyakinan kalau kumpulan pertama ini berjaya, lebih ramai penuntut akan menyertai Kelab MyAgrosis. Sebab itu kami sasarkan setiap IPTA akan mempunyai 1,000 ahli menjelang penghujung tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri di pejabat FAMA negeri di sini, semalam.

Khamis lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan bahawa Kelab MyAgrosis akan ditubuhkan di semua IPTA bagi menggalakkan lebih ramai pelajar institusi tersebut mengusahakan aktiviti pertanian moden di negara ini.

Menurut beliau, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan semua IPTA berhubung perkara tersebut dan telah mengenal pasti beberapa tapak yang sesuai bagi aktiviti berkenaan.

Badruddin berkata, menerusi kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Kementerian Pengajian Tinggi, projek perintis bagi program tersebut akan dimulakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Sungai Petani pada 15 Oktober ini.

Beliau berkata, projek itu akan digerakkan dengan menggunakan model sistem pertanian dan penternakan moden dengan mengusahakan sayur-sayuran dan buah-buahan manakala satu kawasan lagi penternakan ikan hibrid.

"FAMA turut menyediakan kios bagi membolehkan hasil daripada projek ini dipasarkan menerusi jenama MyAgrosis," ujarnya.

Tambah beliau, penubuhan kelab berkenaan bukan sahaja akan mendedahkan pelajar IPTA kepada aktiviti pertanian moden bahkan mendekatkan mereka dengan jenama MyAgrosis yang sekali gus menjadi strategi pemasaran terbaik bagi jenama tersebut dalam jangka masa panjang.

"Inilah hasrat murni kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa generasi muda menceburi bidang pertanian yang berpotensi memberi keuntungan besar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved