Jumaat, 23 Ogos 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Jenayah kanak-kanak meningkat

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

KUCHING 23 Ogos - Penglibatan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dalam kegiatan jenayah dilihat semakin membimbangkan apabila kes-kes jenayah membabitkan golongan berkenaan kini semakin meningkat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,570 kes kanak-kanak terlibat dengan jenayah dan Johor mencacatkan kes tertinggi iaitu 420 diikuti Kedah (414) dan Selangor (356).

Katanya, daripada jumlah tersebut lelaki Melayu mencatatkan penyumbang paling banyak dalam kes jenayah di negara ini iaitu seramai 1,805 orang diikuti lelaki India (212) dan lelaki Cina (195).

"Keadaan ini dilihat semakin parah apabila kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah pada usia tersebut meningkat sebanyak 6,018 kes sepanjang tahun lalu berbanding 5,547 kes yang dicatatkan pada 2011.

"Lebih membimbangkan, kebanyakan mereka terlibat dengan jenayah bersabit harta benda iaitu sebanyak 2,742 kes diikuti penyalahgunaan dadah (1,096) dan bersabit dengan manusia seperti membunuh (762) dilaporkan bagi tempoh dua tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Padungan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Rohani berkata, kesibukan ibu bapa dengan tugas dan tanggungjawab kerja menjadi faktor utama peningkatan kadar jenayah melibatkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan penjaga masing-masing.

"Keadaan ini merupakan satu kebimbangan pada negara apabila golongan muda menjadi penyumbang kepada indeks jenayah, jadi semua pihak harus bersama-sama dengan kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

"Di peringkat kementerian, kami telah melaksanakan pengurusan pemulihan melibatkan pelbagai institusi dan pencegahan di peringkat komuniti yang bertujuan memelihara serta melindungi kanak-kanak daripada terus terjerumus dalam kegiatan jenayah," katanya.

Tiga anggota Geng 08 diberkas

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

Mohan Singh Tara Singh menunjukkan barang yang berkaitan dengan kes samun dan rompak dalam sidang akhbar di IPD Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan samseng Geng 08 merupakan antara 18 penjenayah ditahan dalam Op Cantas Khas di daerah Cheras dalam tempoh seminggu ini.

Dalam operasi bermula Sabtu lalu sehingga hari ini, polis telah melakukan 250 pemeriksaan melibatkan 30 kawasan bebas dan selebihnya di premis-premis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, seramai 70 lelaki dan lapan wanita terdiri daripada pelbagai bangsa turut menjalani proses pemeriksaan dokumentasi.

Beliau berkata, polis turut merampas barang-barang dipercayai dicuri, dadah dan senjata daripada suspek iaitu tiga motosikal, kereta (dua), lori (satu) selain parang (lima), pisau (dua), buku lima (satu) dan ganja (1.44 gram).

"Hasil Op Cantas Khas tersebut, kami berjaya menyelesaikan kira-kira 20 kes jenayah dan narkotik melibatkan pelbagai kesalahan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IDP) Cheras, di sini hari ini.

Mengulas mengenai Geng 08 yang ditangkap, Mohan Singh berkata, ketiga-tiga suspek ditahan oleh anggota dari Cawangan Kereta Peronda dan Cawangan Pencegahan Jenayah IPD Cheras pada pukul 5.30 petang semalam dalam sebuah kereta BMW di Jalan Lee Tam Loy, Taman Taynton View, Cheras.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek membawa ganja seberat 1.44 gram dalam kereta dinaiki, manakala ujian air kencing mengesahkan mereka positif dadah jenis methamphetamine dan THC.

Katanya, siasatan mendapati suspek adalah anggota Geng 08 yang aktif menjalankan kegiatan memeras ugut dan meminta wang perlindungan daripada pekerja di tapak pembinaan di sekitar Cheras.

Selain anggota Geng 08, Mohan Singh berkata, penjenayah lain yang turut ditahan ialah seorang lelaki yang terlibat menyamun sepasang suami isteri di Jalan 2/125, Desa Petaling pada Selasa lalu.

"Polis merampas sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Unser yang dilaporkan hilang, satu komputer riba, sebilah parang, kunci kenderaan dan pelbagai kad mesin pengeluaran automatik (ATM) daripada lelaki tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Selangor tidak boleh kalah

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Mohd. Amri Yahyah

KUALA LUMPUR - Jurulatih Selangor, Irfan Bakti menegaskan, pasukannya tidak boleh kalah apabila menerima kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini, sambil memberi amaran kepada pemain Red Giants agar tidak terlalu bergantung Francis Forkey Doe dan Mohd. Amri Yahyah untuk mencari gol.

Irfan menjangkakan pertarungan menentang ATM pasti sukar kerana lawannya juga berada dalam keadaan terdesak untuk mengutip mata selepas kalah mengejut 3-4 kepada Sime Darby pada perlawanan pertama, Selasa lalu.

Dalam memastikan tiga mata penuh menjadi miliki Selangor, Irfan menggesa semua pemainnya, termasuk di bahagian pertahanan untuk memainkan peranan mencipta jaringan dan menjadikan perlawanan dengan Johor (seri 0-0), Selasa lalu sebagai satu pengajaran.

Beliau mahu anak-anak buahnya lebih fokus dan bersedia menghadapi ancaman ATM yang diibaratkan seperti harimau luka.

Kita tidak boleh kalah dalam perlawanan ini, tambahan ATM juga berada dalam keadaan terdesak untuk bangkit selepas kalah kepada Sime Darby tempoh hari. Kita juga memerlukan kemenangan.

Semua pemain mesti berusaha mendapatkan gol buat pasukan dan jangan terlalu berharap kepada Forkey Doe dan Amri semata-mata untuk menjaringkan gol.

Pemain lain seperti K. Gurusamy dan Shukor Jusoh juga kena bertindak sama serta lebih berani membantu pasukan dalam mendapatkan jaringan, jangan hanya mengharapkan kepada penyerang sahaja, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Selangor sekadar mengutip satu mata pada perlawanan sulung Kumpulan A apabila seri tanpa jaringan dengan skuad Liga Perdana, Johor di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Mereka bakal berdepan tugas berat apabila melayani kunjungan ATM hari ini, kerana lawan kembali mendapat sentuhan penyerang import berbisanya, Grenadines, Marlon Alex James.

Perkara itu disedari oleh Irfan namun beliau tidak gentar, sebaliknya yakin Selangor akan menambah sengsara ATM buat kali kedua berturut-turut dengan kejayaan meraih tiga mata pertama di tempat sendiri.

Saya tahu ATM pasti akan tampil dengan karakter berbeza apabila bertemu kami nanti tetapi saya tidak terlalu bimbang kerana kami juga mempunyai azam yang sama untuk bangkit apatah lagi kami beraksi di tempat sendiri.

Kami akan tampil dengan persembahan yang lebih agresif dan tidak lagi mengulangi kesilapan seperti mana kita berdepan Johor tempoh hari.

Dalam perlawanan itu, pemain-pemain kami terlalu mengikut rentak lawan terutama pada separuh masa pertama," ujarnya lagi.

Berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam saingan di Shah Alam musim ini, Selangor unggul dengan kemenangan pada pusingan pertama Piala FA melalui sepakan penalti 3-2 selepas terikat 2-2 sehingga masa tambahan.

Mereka juga menang 2-1 dalam saingan Liga Super, 21 Jun lalu.

Malaysia mulakan misi buru kejuaraan Asia

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Azlan Misron percaya, Malaysia perlu memulakan kempen Hoki Piala Asia hari ini dengan melakar kemenangan besar ke atas Taiwan untuk membantu pasukan negara muncul juara di peringkat kumpulan.

IPOH - Walaupun sudah sebelah kaki layak ke Piala Dunia di Belanda tahun depan, namun Malaysia tetap memulakan kempen Hoki Piala Asia hari ini dengan penuh bersemangat kerana membawa misi besar untuk bergelar juara buat kali pertama.

Sejak Piala Asia diperkenalkan di Karachi pada 1982, pasukan negara bukan saja tidak pernah merangkul kejuaraan, malah tidak pernah menjejakkan kaki ke perlawanan akhir. Pencapaian terbaik kita adalah menduduki tangga ketiga di Chennai, India pada 2007.

Sedar bahawa sejarah bakal terpahat seandainya kita berjaya menamatkan penantian 31 tahun, jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Paul Revington tidak memandang mudah cabaran di Ipoh, malah menegaskan, Malaysia akan turun dengan permainan menyerang apabila menentang Taiwan hari ini.

Bagi saya kami telah 100 peratus layak ke Piala Dunia dan hanya perlu menunggu keputusan rasmi daripada FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) selepas tamat kejohanan semua benua hujung tahun ini.

Namun, kami memandangkan serius Piala Asia kerana turun bersama misi mahu muncul juara buat kali pertama, tambahan pula kita adalah tuan rumah," kata Revington pada sidang akhbar di sini, semalam.

Pada kempen kali ini, Malaysia diundi bersama Taiwan, Pakistan dan Jepun dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B menampilkan Korea Selatan, India, Bangladesh dan Oman.

Pada penganjuran empat tahun lepas di Kuantan, skuad kebangsaan sekadar menamatkan cabaran di tangga keempat selepas tewas kepada China menerusi penentuan pukulan penalti stroke.

Penyertaan Malaysia kali ini menjanjikan aksi lebih baik berikutan prestasi pasukan yang berada pada tahap meyakinkan selepas mendapat sentuhan Revington.

Corak gerakan pantas mirip pasukan Eropah yang diterapkan skuad kebangsaan bakal menggerunkan lawan, terutama jaguh-jaguh Asia seperti Korea Selatan, Pakistan dan India.

Keinginan pasukan untuk menjuarai Piala Asia kali ini juga nampak luar biasa, terutama selepas kehilangan mendiang Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan jalan raya pada awal bulan ini.

Menentang Taiwan hari ini boleh dianggap bukan masalah besar buat Malaysia kerana lawan berada pada ranking ke-50 dunia berbanding pasukan negara yang menghuni kedudukan ke-13.

Sementara itu, bintang tengah negara, Azlan Misron percaya, Malaysia bukan saja perlu menang hari ini tetapi menang dengan jaringan besar kerana ia penting untuk membantu pasukan negara menamatkan peringkat kumpulan selaku juara.

Ini kali pertama saya bertemu Taiwan dan bagi saya mereka mungkin mempunyai kelebihan yang tidak dapat kita jangkakan.

Walaupun kita telah layak ke Piala Dunia secara tidak rasmi, namun saya percaya menjuarai Piala Asia pasti lebih manis buat pasukan yang belum pernah meraih gelaran tersebut," kata Azlan, yang membuat penampilan kelima Piala Asia sejak 2003.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


4 maut kilang penapisan minyak terbakar di India

Posted: 23 Aug 2013 12:01 PM PDT

HYDERABAD 23 Ogos - Sekurang-kurangnya empat orang maut, manakala 30 yang lain cedera apabila sebuah kilang penapisan minyak terbakar dalam satu kejadian, di selatan India semalam.

Menurut jurucakap polis, B. Sivadhar Reddy, kebakaran yang berlaku di kilang penapisan minyak Hindustan Petroleum Corp yang terletak di Visakhapatnam, 503 kilometer dari negeri Andhra Pradesh itu turut menyebabkan seramai 11 pekerjanya terperangkap.

"Kebakaran itu berlaku di satu daripada blok di dalam kawasan kilang tersebut," katanya.

Pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran, selain penduduk yang tinggal berhampiran kilang itu dipindahkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. - AFP

Singapura tahan 11 orang, rampas dadah

Posted: 23 Aug 2013 12:00 PM PDT

SINGAPURA 24 Ogos - Biro Narkotik Pusat (CNB) di sini menahan 11 orang dan merampas lebih 2.7 kilogram dadah dalam satu operasi.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, pihak berkuasa berkata pegawai CNB yang menyiasat aktiviti dadah terhadap seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berusia 38 tahun telah dibawa ke tempat persembunyian di blok HDB Toa Payoh Lorong 5, di sini.

Lelaki berkenaan bersama pengguna dadah, seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di tempat persembunyian itu.

Sebanyak 1.2 kilogram heroin, 1 kilogram ganja dan 90g Ice ditemui di rumah berkenaan. Kelengkapan menghasilkan dadah turut ditemui.

Susulan penemuan itu, lapan lagi penagih dadah berumur antara 21 hingga 45 tahun ditahan di sebuah hotel bajet, di kawasan Bugis.

Dalam serbuan itu, sebanyak 450 gram ganja, 80 gram heroin dan pelbagai ubat-ubatan lain dan kelengkapan dadah turut ditemui.

Secara keseluruhannya, ubat-ubatan bernilai lebih S$207,000 (RM517, 500) telah dirampas.

- BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Azilah, Sirul Azhar bebas

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

Sebahagian ahli keluarga Koperal Sirul Azhar Umar yang turut berada di pekarangan mahkamah ketika menunggu keputusan rayuan oleh Azilah Hadri dan Sirul Azhar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, semalam. - utusan/MOHD. NOOR MAT AMIN

PUTRAJAYA 23 Ogos - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh model sambilan dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kedua-dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu.

Kuorum berkenaan melepas dan membebaskan kedua-duanya selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 April 2009.

Dalam reaksi segera, Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu pemberita, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sejurus selepas keputusan diumumkan, Sirul Azhar sempat mengucapkan Terima Kasih Yang Arif kepada panel bersidang manakala Azilah kelihatan terpaku sebelum kedua-duanya dibawa beredar oleh polis bertugas menuju ke lokap selepas mahkamah selesai bersidang.

Keputusan itu turut disambut dengan ucapan Alhamdulillah dalam kalangan ahli keluarga terdekat yang hadir pada prosiding tersebut manakala ada di antara mereka saling berpelukan.

Azilah, 37, selaku perayu pertama dan Sirul Azhar, 42, perayu kedua dituduh membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang dekat sini.

Hakim Tengku Maimun ketika membacakan penghakiman ringkas menyatakan, mahkamah membenarkan rayuan mereka selepas berpuas hati bahawa hakim bicara tersilap arah dalam mencapai keputusannya berdasarkan kepada keterangan kes secara keseluruhan.

Beliau menyatakan, hakim bicara tersilap arah kerana gagal memberi pertimbangan terhadap pembelaan alibi berhubung catatan dalam diari polis yang menyatakan Azilah tidak berada di tempat kejadian.

Ujarnya, pada hemat panel tersebut, beliau gagal menimbang atau membuat dapatan bahawa diari polis itu boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan kerana catatan di situ menunjukkan Azilah berada di Bukit Aman ketika pembunuhan berlaku.

Hakim Tengku Maimun selanjutnya menyatakan, hakim bicara tersalah arah kerana tidak memastikan dahulu maklumat yang membawa kepada pendedahan Sirul Azhar dan Azilah mengenai tempat berlakunya kejadian pembunuhan dan letupan.

Menurut beliau, hakim berkenaan gagal menilai sama ada wujud percanggahan nyata berhubung keterangan saksi-saksi pendakwaan mengenai maklumat tersebut sebelum beliau menerima masuk keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Hakim Tengku Maimun turut berpendirian hakim bicara gagal membuat dapatan menyeluruh berhubung isu bahan letupan C4 dan kawalan terhadapnya bagi mengaitkan bahan itu dengan kedua-dua perayu.

Beliau menyatakan, kegagalan mengaitkan perayu-perayu dengan pemilikan bahan letupan tersebut yang dikatakan digunakan untuk membunuh mangsa menjadikan rantaian keterangan tercicir.

Panel itu turut berpuas hati bahawa kegagalan memanggil seorang pegawai polis, Deputi Supritendan (DSP) Musa Safri sebagai saksi sedangkan ia penting bagi menjelaskan kaitannya dengan bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, mewujudkan inferens yang bertentangan terhadap kes pendakwaan.

Pihak pembelaan membangkitkan isu Musa kerana pegawai berkenaan pernah berbalas mesej dengan Abdul Razak bagi mendapatkan bantuan polis untuk menghalang model berkenaan daripada mengganggu beliau dan keluarga.

Altantuya: Jabatan Peguam Negara bakal fail rayuan

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang melepas dan membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung atas dakwaan membunuh model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, walaupun menghormati keputusan mahkamah, pihaknya tidak puas hati memandangkan alasan tersilap arah oleh hakim bicara tidak boleh disifatkan sebagai kesalahan pihak pendakwa.

Berkenaan dengan (pegawai polis) Deputi Supritendan (DSP) Musa Safri, kami menegaskan bahawa keterangan beliau sama sekali tidak relevan kerana keseluruhan kes pihak pendakwaan telah dibentangkan dalam perbicaraan yang telah dijalankan," ujarnya.

Dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara berpuas hati bahawa hakim bicara telah tersilap arah dalam membuat keputusan.

Panel hakim itu menyatakan hakim Mahkamah Tinggi berkenaan antara lainnya gagal mengambil kira alibi Azilah berhubung catatan diari polis yang menunjukkan lelaki itu tiada di tempat kejadian.

Mereka juga menyatakan hakim bicara gagal membuat dapatan menyeluruh berhubung isu bahan letupan C4 dan pemilikan bahan letupan itu sekali gus menyebabkan rantaian keterangan tercicir.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Sumber air bawah tanah terputus

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Oleh Ali Mahmood
utusanktn@gmail.com

Penduduk Kampung Pasal terpaksa mendapatkan air dari telaga yang dibina oleh Kementerian Kesihatan di Bera, Pahang. - utusan/Ali Mahmood

BERA 23 Ogos - Projek bekalan air bersih dari sumber bawah tanah yang dibangunkan di enam perkampungan Orang Asli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan di sini sejak dua tahun lalu kini menjadi projek 'gajah putih'.

Kegagalan projek bernilai RM10 juta itu telah menyebabkan lebih 2,000 Orang Asli dari kampung terbabit terdedah dengan masalah kesihatan apabila mereka terpaksa bergantung kepada sumber air sungai yang dikhuatiri dicemari kesan buangan sisa racun pertanian.

Penempatan Orang Asli terlibat ialah Kampung Pasal, Kampung Lubuk Tembangau, Kampung Saba Serting, Kampung Pathir, Kampung Lubuk Perah dan penempatan Orang Asli Pos Iskandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman berkata, projek bekalan air yang diperoleh daripada sumber air bawah tanah dengan menggunakan pam galas sepatutnya mula berfungsi sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, projek tersebut tidak berfungsi dengan lancar kerana kontraktor dilantik memasang dan menyelenggara pam berkenaan menghadapi masalah dalaman.

"Melihat kepada permasalahan itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melantik kontraktor lain bagi memulihkan semula pam berkenaan supaya dapat beroperasi semula setelah terbiar sejak enam bulan lalu.

"Saya merasa kesal dengan kontraktor sebelum ini berikutan gagal menyiapkan kerja-kerja pemasangan pam galas mengikut jadual sedangkan kementerian telah menjelaskan semua pembayaran bagi melaksanakan kerja tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DUN Kemayan di Dewan Komuniti Bandar 32 di sini baru-baru ini.

Mohd. Fadil turut kesal dengan kegagalan projek tersebut kerana penduduk enam kampung terbabit terpaksa menunggu lagi untuk mendapatkan bekalan air bersih.

"Saya melahirkan rasa simpati terhadap nasib 350 penduduk Kampung Pasal yang tidak pernah menikmati bekalan air bersih sejak negara mencapai kemerdekaan dan terpaksa menggunakan perigi atau mengepam air dari bawah tanah serta menggunakan air sungai untuk kegunaan harian," ujarnya.

9 GRO warga asing ditahan

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Sebahagian daripada warga asing yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan ditahan dalam Ops Cantas dan Noda di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 23 Ogos - Polis menahan sembilan warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam Ops Cantas Khas dan Noda di dua pusat hiburan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, operasi bermula pukul 10 malam dan berakhir pukul 2 pagi itu melibatkan 57 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

"Mereka ditahan terdiri daripada tujuh warga Thailand dan bakinya rakyat Vietnam berusia 21 dan 41 tahun," katanya dalam sidang akhbar di IPD Kuantan di sini.

Tambah beliau, pihak polis turut menahan dua penjaga premis terbabit berumur 22 dan 33 tahun kerana disyaki menggaji pekerja asing tanpa permit.

"Selain daripada dua pusat hiburan ini, kita turut memeriksa sebanyak lapan premis hiburan lain yang disyaki menggaji pekerja asing di sekitar bandar ini.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua daripada premis terbabit beroperasi tanpa lesen dan kita menahan dua penjaga premis terlibat berumur 26 dan 33 tahun untuk siasatan lanjut," katanya.

Kata beliau, warga asing yang ditahan itu disiasat di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan sosial dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa pas dan permit yang sah.

Paip uzur sepanjang 5,000km punca pembaziran air di Pahang

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

KUANTAN 23 Ogos - Sepanjang 5,000 kilometer saluran paip berusia lebih 30 tahun masih lagi digunakan bagi membekalkan air terawat kepada masyarakat di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Datuk Mohd. Zahari Md. Isa (gambar) berkata, paip uzur tersebut merupakan antara faktor penyumbang kadar kehilangan bekalan air yang tidak berhasil (NRW) di Pahang sehingga mencecah 52 peratus.

"Di Pahang, jumlah panjang paip adalah 12,000 kilometer dan keadaannya sudah uzur dan banyak mengalami kebocoran.

"Namun Paip telah menukar 7,000 kilometer saluran itu manakala selebihnya akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada peruntukkan kewangan," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, antara penyumbang lain kadar kehilangan air terawat tidak berhasil di negeri ini adalah masalah kecurian air dan bacaan meter lama.

Katanya, masalah kecurian agak sukar dikesan kerana melibatkan penyambungan haram bawah tanah manakala penggunaan meter bacaan melebihi lapan tahun turut menyumbang kadar kehilangan air dengan bacaan perlahan daripada penggunaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Aaron, Luna bergandingan dalam filem

Posted: 23 Aug 2013 12:45 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Aktor popular, Aaron Aziz akan bergandingan dengan Nur Fazura dan Luna Maya dalam filem Tembus, arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Filem ke-14 terbitan Excellent Pictures dan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim itu akan memulakan penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur mulai esok.

Menurut Ahmad Idham, pemilihan Luna Maya dalam filem bergenre psiko-thriller itu bertujuan untuk menggandingkan tiga pelakon dari tiga

negara, Malaysia (Fazura), Singapura (Aaron) dan Indonesia.

"Sebelum ini kita ada terbaca yang Luna berminat untuk bekerjasama dengan

Aaron, jadi kami temukan mereka dalam Tembus. Watak utama adalah Aaron yang berlakon sebagai Harri dan Fazura selaku Izza. Manakala Luna memegang watak Marylia.

"Penggambaran akan dilakukan sekitar ibu kota dan dijangka mengambil masa selama 20 hari di lokasi. Filem ini dijangka menemui penonton pada

pertengahan 2014 nanti," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Ahmad Idham berkata, Tembus berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang.

Sepanjang mencari jawapan mengenai kehilangan anak mereka, kebenaran semakin terbongkar. - UTUSAN ONLINE

-Habis.

Posted: 22 Aug 2013 11:46 PM PDT

KEMAMAN 23 Ogos - Pengarah filem Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba mengakui agak gementar menunggu reaksi dan sambutan rakyat di negara ini sempena tayangan filem itu di seluruh pawagam pada 29 Ogos ini.

Beliau yang juga penulis skrip dan penerbit filem kontroversi itu berharap, naskhah kenegaraan tersebut dapat diterima seluruh rakyat negara ini dan ia harus dinilai daripada sudut positif dan bukannya seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak sebelum ini.

Katanya, filem yang melibatkan kos kira-kira RM4.7 juta itu tidak dibuat atas desakan mana-mana pihak apatah lagi bertujuan memecah-belahkan perpaduan di antara mana-mana kaum tetapi ia satu tanggungjawabnya sebagai 'orang filem' kepada negara.

"Ya, saya bukan sahaja gementar kerana banyak filem-filem yang kita jangka box office juga tidak mendapat sambutan apatah lagi filem kenegaraan seperti ini namun saya berharap masyarakat dapat ubah persepsi tentang filem ini dengan keluar menonton Tanda Putera kerana ia tidak seperti apa yang digambarkan sebelum ini.

"Tanda Putera satu filem sejarah yang rakyat Malaysia perlu tahu dan lihat kerana ia menceritakan sejarah negara kita ketika itu, bagaimana pemimpin kita bangkit untuk menjaga negara dalam apa situasi sekali pun dan disebabkan itu lah kita dapat nikmati perpaduan pada hari ini, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Tayangan Pratonton dan Dialog Filem Tanda Putera bersama seramai 242 orang peserta kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Wilayah Timur dekat sini semalam.

Shuhaimi turut meminta masyarakat melihat filem ini sebagai filem yang membangkitkan rasa sayang kepada negara dengan mengekalkan keamanan yang ada dan bukannya menjadikan ia sebagai satu filem yang mendorong kepada perkara yang tidak harmoni. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menghormati dan melindungi wanita

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Oleh FAUZIAH AROF
rencana.utusan.com.my

Perkhidmatan komuter yang menyediakan Koc Wanita untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang yang disediakan untuk keselesaan wanita dan mengelakkan berlakunya kes-kes yang membabitkan gangguan seksual.

TENTU ada sebabnya apabila 'Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera' dijadikan tema pada sambutan Hari Wanita 2013 peringkat kebangsaan dan negeri yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bersempena sambutan berkenaan esok, kita ketepikan dulu menyingkap mengenai pencapaian demi pencapaian golongan wanita yang sering diperkatakan apabila setiap kali tibanya Hari Wanita setiap tahun.

Sememangnya, tidak dapat disangkal tahun demi tahun, ada saja pencapaian dan kemajuan yang diperoleh oleh wanita di negara ini dalam pelbagai bidang sama ada ia memberi kesan yang membanggakan kepada keluarga masing-masing, syarikat di tempat kerja yang diwakili atau mengharumkan nama negara.

Dan kita turut mengakui peranan yang dimainkan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lain-lain agensi berkaitan dalam memberi laluan dan memudahkan kaum wanita membangunkan potensi diri sekali gus membantu meringankan beban keluarga dan pada masa yang sama juga menyumbang dalam menjana ekonomi negara.

Bagaimanapun, dalam memperkasa dan mengangkat wanita dalam bidang-bidang tertentu, mengikut kemampuan dan tahap pendidikan mereka, soal kebajikan, emosi dan keselamatan wanita perlu dititik beratkan.

Sebabnya, jika itu dikesampingkan, sudah tentu akan mempengaruhi dan menjejaskan perjalanan wanita dalam mencapai kejayaan berkenaan dan melalui kehidupan yang selesa.

Perlu diingat bahawa tugas wanita kini bukan sekadar menjaga hal ehwal rumahtangga dan mendidik anak-anak, mereka turut bekerja untuk membantu keluarga tidak kira apa jua tahap pendidikan mereka.

Dalam keletihan selepas bekerja, bila pulang ke rumah wanita masih boleh menguruskan hal-hal rumahtangga dan keluarga dan apabila hal-hal seperti ini diperlekehkan dan kemampuan mereka dipandang rendah oleh sesetengah lelaki, tentu ini sesuatu yang 'menyakitkan'.

Sedangkan kaum lelaki sepatutnya menunjukkan rasa 'respek' atau hormat terhadap kemampuan wanita menangani kerja-kerja ini yang sekali gus berkorban untuk meringankan beban mereka juga. Itulah hakikat yang sepatutnya diterima lelaki.

Tidak kiralah sama ada wanita itu memegang jawatan penting di tempat kerja, bekerja di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta, bekerja di kilang-kilang atau pasar raya, semua itu secara tidak langsung dilakukan untuk membantu meringankan beban keluarga dan bagi yang telah berumahtangga meringankan beban suami pula dengan konsep susah payah digalas bersama.

Pun begitu, dalam kita mengakui kemajuan dan kejayaan wanita, pada masa yang sama kes keganasan terhadap golongan ini semakin meningkat.

Mungkin terdapat ramai wanita di luar sana, yang terpaksa hidup merana dan ketakutan kerana terlibat dalam keganasan rumahtangga, gangguan seksual dan sebagainya.

Paling menyedihkan, hal-hal sebegini didiamkan kerana bimbang sekiranya bersuara atau dilaporkan kepada pihak berkuasa akan teruk dipukul, akan ada tindakan membalas dendam, rasa sayang yang tidak bertempat kepada si pelaku dan macam-macam lagi.

Wanita yang mengalami trauma seperti ini harus diberi pembelaan sewajarnya dan dilindungi manakala pihak yang melakukannya perlu mendapat hukuman yang setimpal.

Dilaporkan sebanyak 2,576 kes keganasan terhadap wanita dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding hanya 2,295 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim memberitahu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia itu peningkatan berkenaan membimbangkan.

Sememangnya, kes-kes keganasan ini bukan dilakukan secara bermusim.

Seringkali pun, kita mendengar isteri didera suami dengan bermacam-macam bentuk keganasan seperti dipukul dengan pelbagai objek, disimbah asid dan ada yang sanggup membakar isteri sendiri apabila si suami hilang pertimbangan, panas baran atau menghadapi tekanan di tempat kerja lalu menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsanya.

Dan bukan setakat itu, wanita juga terdedah dengan kes-kes gangguan seksual di mana-mana saja mereka berada tidak kira di tempat kerja, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau dalam pengangkutan awam. Ia dilakukan oleh orang yang dikenali atau tidak dikenali.

Sebab itu, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan seperti teksi, gerabak kereta api, bas dan tempat letak kenderaan khas untuk wanita.

Ini bukan kerana kaum wanita di negara ini terlalu dimanjakan, tetapi ia satu keperluan dan kemudahan kerana jenayah gangguan seksual ini berlaku di mana-mana dan ini merupakan satu ancaman kepada kaum wanita.

Maka untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terutama wanita, Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengadakan Kempen 'Respek Wanita' di seluruh negara. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada wanita mengenai trend-trend jenayah terbaru, hak-hak mereka dan memberi maklumat-maklumat mengenai saluran aduan kes kecemasan.

Untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada wanita semata-mata, sudah pastinya ia tidak lengkap sekiranya kaum lelaki tidak dibawa bersama dalam memahami perspektif ini. Justeru, kementerian yang sama turut merancang untuk memperbanyakkan seminar yang dikhususkan untuk lelaki pula dalam meningkatkan kesedaran mereka tentang hak-hak wanita.

Ini sebagai langkah untuk mempertingkatkan lagi sifat melindungi dan muhasabah diri dalam diri seorang lelaki terhadap wanita.

"Kadang-kadang ada lelaki yang tidak sedar tindakan mereka itu jatuh pada kategori mendera walaupun isteri sendiri.

''Malah dalam satu seminar baru-baru ini, mereka mengaku kurang prihatin tentang hak wanita. Hilang pertimbangan, panas baran, tekanan kerja antara punca kenapa mereka mengabaikan hak wanita," kata Rohani dalam satu program temubual radio baru-baru ini.

Justeru, kesedaran dan pengetahuan mengenai hak-hak wanita seharusnya turut difahami oleh golongan lelaki.

Dan seharusnya, kempen 'Respek Wanita' ini dijalankan secara menyeluruh agar kesannya benar-benar memberi manfaat kepada wanita dan seluruh masyarakat.

Yang penting ia dapat mengekang berlakunya kes-kes keganasan rumahtangga dan gangguan seksual kepada wanita.

Jika tidak ia hanyalah sekadar kempen-kempen yang dianggap remeh sebelum ini, apabila tiada perubahan daripada sasarannya. Yang mahu dielak dan dibanteras semakin banyak pula berlaku.

Dan melihat kepada tema sambutan Hari Wanita tahun ini, sudah tentulah tidak cukup sekadar memberi peluang dan ruang kepada wanita untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang, tetapi pada masa sama wanita juga menuntut agar mereka dihormati. Walaupun ia satu tuntutan yang nampak mudah tetapi amat sukar dilakukan oleh sesetengah pihak.

Pedulikan Dong Zong, teruskan pelaksanaan PPPM

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar

TIMBALAN Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan isyarat yang jelas bahawa kerajaan sama sekali tidak akan tunduk dengan tekanan yang dibuat oleh Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Sememangnya ketegasan itu wajar kerana rakyat semakin muak dengan mainan Dong Zong yang tidak sudah-sudah dengan pemikiran sempit mereka.

Biar pun sudah berkali-kali diperjelaskan bahawa tiada agenda dalam PPPM untuk menghapuskan bahasa Cina dan sekolah jenis kebangsaan Cina tetapi persatuan itu terus juga buat-buat tidak faham.

Sebab itulah, bukan kata Muhyiddin malahan kita juga mempersoalkan apakah sebenarnya yang Dong Zong mahukan.

PPPM turut digubal dengan penyertaan persatuan itu dan mereka sudah pasti faham apa yang akan dilaksanakan melalui pelan berkenaan tetapi malangnya mereka terus melakukan penentangan berterusan.

Sepatutnya, Dong Zong perlu berjiwa besar dan berterima kasih dengan sikap kerajaan yang turut menjemput mereka dalam merangka pelan tersebut.

Kerajaan ikhlas berbuat demikian bagi memastikan semua pihak berpuas hati dan tidak timbul sebarang isu apabila ia dilancarkan bulan depan.

Tetapi malangnya, Dong Zong seolah-olah mahu terus memainkan sentimen dalam soal memperjuangkan bahasa Cina dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Ada sahaja bantahan mereka sehingga kita berasa mual untuk mendengarnya.

Jika Dong Zong ikhlas mereka sepatutnya memberi cadangan seperti mana sikap kelompok masyarakat Cina yang waras dan tidak melihat PPPM sebagai satu ancaman.

Bagaimanapun Dong Zong memilih pendekatan yang menyebabkan timbul tanggapan bahawa persatuan itu ingin terus berkonfrantasi dengan kerajaan serta meracuni pemikiran masyarakat Cina.

Oleh itu, rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina tidak terus terpengaruh dengan wayang yang dimainkan oleh Dong Zong. Seperti mana kata Muhyiddin, kita juga tertanya-tanya apakah tujuan persatuan itu.

PPPM harus dilancar dan dilaksanakan kerana ia melibatkan usaha bagi meningkatkan sistem pendidikan negara.

Kalaulah kerenah puak seperti Dong Zong ini dilayan sampai ke bila pun kita tidak dapat menyaksikan peningkatan dalam sistem berkenaan.

Biarlah Dong Zong dengan protes mereka kerana mereka bukanlah kelompok yang mewakili keseluruhan masyarakat Cina kerana bak kata Muhyiddin, ...kita tidak akan layan lagipun mereka (mewakili) kelompok kecil sahaja.

Apa yang penting ialah segala kebimbangan Dong Zong berhubung sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Cina adalah tidak betul.

Dari semasa ke semasa, kita yakin rakyat akan mengetahui juga siapa yang betul dan siapa yang terus mahu berpolitik.

Kalau Dong Zong berhasrat untuk berpolitik maka masuklah ke gelanggang politik, jangan mendabik dada menyatakan mereka pejuang pendidikan Cina tetapi tindak tanduk seperti parti politik.

Kerajaan mengamalkan sikap terbuka, sentiasa bersedia menerima kritikan dan teguran. Malahan dalam apa juga perkara melibatkan rakyat, kerajaan sentiasa membuka pintu kepada rakyat untuk memberi pandangan tetapi janganlah melampau.

Apa yang penting, sesuatu cadangan itu mesti berteraskan kepada kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan bukannya menjuruskan kepada sesuatu kaum sahaja.

Begitulah juga PPPM, sementara sekolah jenis kebangsaan terus dipertahankan dan bahasa ibunda masing-masing dikekalkan, keupayaan sekolah-sekolah lain pula dipertingkatkan.

Justeru tidak perlulah lagi kita berasa khuatir atau bimbang dengan mainan yang ditonjolkan oleh Dong Zong.

Jika Dong Zong mahu bercakap soal sesuatu kaum sahaja, maka pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum lain juga boleh berbuat demikian.

Tetapi malangnya kalaulah NGO seumpama itu khususnya daripada orang Melayu bersuara, mereka akan dituduh rasis atau bersikap perkauman, bagaimanapun setakat ini tidak ada pula mana-mana pihak khususnya parti politik tertentu mahu mengatakan Dong Zong bersikap perkauman.

Berikutan keadaan itu adalah diharapkan Dong Zong akan lebih bersikap terbuka dalam memperkatakan soal PPPM ini. Ikhlaslah kalau betul-betul ingin memperjuangkan soal pendidikan.

Sebenarnya tidak salah untuk Dong Zong memperjuangkan perkara berkenaan tetapi janganlah melihat ia dari sudut sempit dan kepentingan kaum tertentu sahaja.

Hakikatnya, sudah lama Dong Zong bersikap demikian sehinggakan ada pihak melihat persatuan itu seolah-olah sudah melampau.

Dong Zong tidak boleh menganggap mereka begitu istimewa sehingga apa juga desakan dan tuntutan mereka perlu dilayan.

Mereka hanya sebuah persatuan, oleh itu mereka perlu memahami hanya layak untuk dilayan sebagai sebuah persatuan, tidak lebih daripada itu. Kalau Dong Zong mahu semua tuntutan mereka dilayan, susahlah kerajaan.

Namun begitu dengan kenyataan Muhyiddin, kita percaya bahawa kerajaan tidak akan tunduk dengan tekanan Dong Zong lagi.

Sememangnya inilah tindakan paling tepat kerana di negara ini tidak boleh ada mana-mana pun persatuan yang dilihat semakin besar kepala.

Ini bukanlah bermaksud, kita hendak menyekat kebebasan bersuara dan memberi pendapat atau kerajaan perlu melaksanakan sesuatu dasar mengikut kehendak kerajaan sahaja tetapi salurkanlah sebarang pandangan secara ikhlas dan jujur.

Kerajaan sudah bersikap terbuka dalam soal PPPM ini, kalau betul kerajaan mahu menghapuskan sekolah jenis kebangsaan tidak kira Cina atau Tamil serta menghapuskan bahasa ibunda masing-masing sudah pastilah kerajaan tidak akan menjemput persatuan seperti Dong Zong untuk turut serta.

Tetapi itu tidak berlaku sebaliknya semua pihak diberi peluang memberi pandangan termasuklah Dong Zong.

Apabila perbincangan dijalankan dan keputusan sudah dibuat, maka hormati kesepakatan bersama. Janganlah amalkan sikap rumah siap pahat berbunyi.

Semoga dalam isu PPPM ini, kerajaan akan terus tegas dan tidak membiarkan tindakan Dong Zong menjadi penghalang kepada agenda perkembangan sistem pendidikan negara.

Tidak kisahlah apa pun Dong Zong hendak buat atau lakukan selepas ini tetapi apa yang pasti PPPM perlu dilancarkan seperti mana dijadualkan kerana itulah hasrat seluruh rakyat Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


DBKL akan teruskan projek Jalan Alor

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Phesal Talib (berdiri tiga dari kiri), melayan tetamu dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DBKL di Stadium Titiwangsa, semalam. - Utusan/JEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan tetap meneruskan projek menaik taraf Jalan Alor di Bukit Bintang walaupun ada pihak yang meminta supaya projek tersebut dihentikan.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak malah akan tetap meneruskan projek tersebut yang disifatkan sebagai sangat telus dan memberikan faedah kepada pelbagai pihak.

Kita jangan jadikan projek Jalan Alor itu sebagai satu isu yang sengaja diperbesar-besarkan dan dibayangi oleh pemikiran politik yang sempit.

Jika benar pun Jalan Alor itu adalah dalam kawasan pembangkang adakah kita hendak membiarkan lokasi tersebut bakal memburukkan nama negara apabila pelancong akan mendapati keadaannya indah khabar dari rupa sekiranya Jalan Alor sebenarnya kotor dan tidak selesa sebagai medan selera terkemuka di ibu negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Jamuan Rumah Terbuka DBKL 2013 di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 500 orang termasuk kakitangan DBKL.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang terus menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan untuk menjadikan Jalan Alor sebagai hab makanan Cina bertaraf antarabangsa.

Tidak timbul isu semata-mata kononnya kita hendak mempromosikan makanan Cina kerana di Jalan Alor itu terdapat pelbagai juadah kaum lain, malah bersifat agak antarabangsa bagi memudahkan para pelancong mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati hidangan," katanya.

Pemandu tamak terperangkap

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pelbagai alasan digunakan oleh pemandu teksi 'cekik darah' untuk mewajarkan tindakan mereka mengenakan tambang mahal tanpa menggunakan meter.

Semuanya gara-gara mahukan pulangan lumayan dengan jalan mudah sehinggakan sudah tertangkap oleh agensi penguat kuasa sekali pun tidak membuatkan mereka serik, walaupun untuk seketika.

Satu kes agak unik itu disaksikan penulis yang turut terlibat menyamar bersama anggota penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memerangkap seorang pemandu teksi yang melakukan dua kesalahan dalam masa selang beberapa jam semalam.

Dalam fasa pertama operasi pada pukul 3 petang hingga 8 malam, pemandu berkenaan diberikan notis kesalahan kerana membawa penumpang tanpa menggunakan meter.

Dalam fasa kedua operasi dari pukul 8 malam hingga 11 malam yang disertai penulis, lelaki berkenaan sekali lagi melakukan kesalahan yang sama.

Ketika penyamaran itu penulis berpura-pura bertanyakan harga tambang dari Jalan Sultan ke KL Sentral dan dengan selamba pemandu berkenaan menjawab RM20.

Anggota SPAD yang bersama penulis mempersoalkan harga tambang yang begitu tinggi untuk perjalanan kira-kira 10 minit namun ada sahaja alasan yang diberikannya.

Menurut pemandu teksi berkenaan, yang jelas merah matanya, kini tidak ramai yang mahu menggunakan teksi dan lebih suka menaiki bas, oleh itu dia terpaksa mengenakan harga yang tinggi kepada penumpang.

Tambahnya, dia terpaksa menjaga ayahnya yang sakit di rumah yang memerlukan dia membiayai segala kos perubatan.

"Sekarang orang lagi suka naik bas, naik tren, kalau saya guna meter harga tambang terlalu rendah. Mana boleh cari makan.

"Nak ambil penumpang pun bukan boleh sesuka hati, ada tempat-tempat tertentu macam KLCC saya tak boleh pergi sebab nak masuk sana kena masuk persatuan mereka dahulu. Leceh," katanya.

Mendengar pelbagai alasan yang diberi pemandu teksi berkenaan, pegawai SPAD segera memperkenalkan diri dan mengarahkan pemandu berkenaan supaya bergerak ke pusat operasi di tempat letak kereta Muzium Negara.

Pemandu itu kemudiannya ditahan manakala teksinya disita kerana melakukan dua kesalahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana tidak menggunakan meter yang boleh dikenakan kompaun atau denda sehingga RM500,000.

Pemandu itu seterusnya diserahkan kepada AADK yang kemudiannya mendapati ujian air kencing pemandu tersebut positif dadah syabu.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad itu turut mengeluarkan notis kesalahan ke atas 29 pemandu teksi.

Ops Aidilfitri: SPAD keluar 458 notis

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Che Hasni Che Ahmad

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Sebanyak 458 kesalahan dikenal pasti dalam Operasi Aidilfitri yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Ogos lalu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, jumlah itu diperoleh hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 9,998 kenderaan di ibu negara.

"Sebanyak 120 kesalahan melibatkan bas termasuk kesalahan jadual tambang perjalanan (7), operasi luar kawasan (21), menurunkan penumpang (62) dan tiada kawalan tiket bas (30).

"Bagi kenderaan pelancongan pula sebanyak 27 kesalahan dikesan iaitu tiada lesen pengendali dan senarai penumpang.

"Sebanyak sembilan kesalahan pula melibatkan ulat tiket dan teksi 75," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, katanya, jumlah kesalahan bagi semua jenis kenderaan bagi tahun ini sehingga 11 Ogos lalu adalah sebanyak 3,816.

"Sebanyak 1,105 kesalahan melibatkan teksi yang mana 1,701 daripadanya kesalahan langgar syarat lesen," ujar beliau.

Katanya lagi, SPAD juga mengeluarkan notis sebanyak 1,377 melibatkan lori, 1,187 daripadanya kerana membawa muatan berlebihan.

Bagi bas ekspres pula, katanya, sebanyak 637 notis dikeluarkan termasuk 597 daripadanya atas kesalahan melanggar syarat lesen.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Johor rangka pelan strategik - MB

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

NUSAJAYA 22 Ogos - Kerajaan negeri akan memperkenalkan pelan pertumbuhan strategik ekonomi berdasarkan kekuatan dan sumber yang terdapat di setiap daerah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, pelan tersebut dapat memperlihatkan usaha mewujudkan keseimbangan pembangunan di seluruh negeri, selain membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana daerah.

"Tujuh daerah dikenal pasti hala tujunya untuk dibangunkan iaitu Johor Bahru sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa serta Muar akan dijadikan sebagai destinasi pelancongan warisan serta pertanian, selain perindustrian berasaskan kayu.

"Batu Pahat pula bakal dijadikan pusat perindustrian kluster tekstil dan pertanian; Kluang (industri pembuatan, perkayuan dan pertanian moden); Segamat (destinasi agro dan eko-pelancongan, tanaman dusun dan pertanian) manakala Kota Tinggi dan Mersing (lokasi pelancongan berasaskan pantai dan pulau)," katanya semasa menggulung perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled memberitahu, kerajaan negeri juga sentiasa memantau prestasi dan perkembangan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri bagi memastikan semuanya berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, beberapa anak syarikat termasuk Johor Corporation (JCorp) mengambil langkah proaktif memulihkan sektor perhotelannya termasuk membuat perubahan struktur pengurusan serta menubuhkan jawatankuasa pentadbiran khas bagi memperbaiki keadaan kewangan semasa.

"Pemantauan daripada jawatankuasa itu dibuat sejak awal tahun ini dan langkah-langkah yang diambil menampakkan pertumbuhan aliran tunai yang baik.

"Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan kadar penginapan pada bulan Jun lalu yang meningkat kepada 71 peratus berbanding 49 peratus pada Disember 2012," katanya.

Sidang DUN Johor kemudian ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Nafi laut Mersing dicemari sisa industri

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

NUSAJAYA 22 Ogos - Kerajaan negeri menafikan dakwaan sesetengah pihak pencemaran laut di sekitar kepulauan Mersing berpunca daripada pembuangan sisa industri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa menjalankan pengawasan kualiti air marin di enam stesen di sepanjang pantai Mersing.

Beliau berkata, pemantauan itu melibatkan kawasan Teluk Mahkota, Tanjung Leman, Pantai Sri Pantai, Teluk Gorek, Pantai Air Papan, Kuala Sungai Mersing dan Pulau Setindan.

"Jarak pulau di perairan Mersing dari tanah besar melebihi lima kilometer dan berdasarkan rekod JAS, terdapat 13 punca industri di daerah itu dengan tujuh daripadanya melepaskan sisa dan enam premis lagi tidak menghasilkan sisa.

"Premis berkenaan melepaskan sisa terawat ke dalam sungai dan tidak mengalir terus ke laut. Sehubungan itu, pelepasan sisa industri bukan punca yang menyebabkan pencemaran paras logam berat yang tinggi seperti didakwa sesetengah pihak," katanya semasa menggulung perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Ayub berkata, piawaian bagi kualiti air marin adalah dua mikrogram per liter sedangkan paras kualiti ar marin di stesen pantai Mersing itu hanya di bawah satu mikrogram.

"Jelas sekali kajian pihak berkenaan berkaitan pencemaran air laut sebagai dakwaan yang tidak berasas," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak menggalakkan pembinaan pusat pengumpulan hasil tani berbentuk kekal kerana dikhuatiri penggunaannya hanya bersifat sementara.

Beliau berkata, kebanyakan pusat pengumpulan sedia ada berbentuk sementara dan mudah alih seperti menggunakan kanopi supaya boleh dipindahkan ke kawasan lain sekiranya diperlukan.

"Penubuhan kemudahan itu bertujuan membangunkan rangkaian infrastruktur pasaran ke arah meningkatkan keberkesanan pengedaran bekalan makanan negara dalam pengurusan rantai bekalan makanan.

"Kita amat mengalu-alukan cadangan untuk mewujudkan pusat pengumpulan tanaman di Sagil, Ledang yang akan dilaksanakan sekiranya terdapat permohonan dan keperluan daripada para petani di kawasan itu serta lokasi yang sesuai untuk dibangunkan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Wanita menuju puncak

Posted: 22 Aug 2013 11:24 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar AZLIZA HAILANI

Tiga pemenang Anugerah Life At Work Award (dari kiri) Pengarah Eksekutif Kumpulan Sumber Manusia dan Urusan Syarikat Nestle, Zainun Nur Abd Rauf; Ketua Kumpulan Sumber Korporat CIMB, Hamidah Naziadin dan Pengarah Sumber Manusia Malaysia Brunei IBM, Kenneth Ho.

Ungkapan, 'di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya', mungkin sudah terlalu lama dan kerap didengari. Namun, jarang sekali kita dengar kata-kata, 'di sebalik kejayaan seorang wanita itu terdapat seorang lelaki (suami) yang menyokongnya'.

Itulah hakikatnya, lelaki atau suami adalah pendorong utama seorang wanita atau isteri berjaya dalam menentukan hala tuju karier masing-masing terutama selepas berumahtangga.

Tanpa pengorbanan suami, sikap tolak ansur, sokongan moral dan motivasi, sukar seorang wanita berjaya menuju puncak dalam kehidupan sekali gus karier masing-masing.

Wanita bekerjaya seringkali berhadapan dilema dalam menyeimbangkan tuntutan keluarga, diri dan kerjaya (work and life balance). Seringkali juga itu menjadi alasan begitu ramai tenaga kerja wanita mengambil keputusan meninggalkan kerjaya demi menguruskan rumah tangga.

Menerusi tinjauan, wanita Malaysia menjadikan punca utama berhenti kerja kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga

Walau pelbagai alasan lain menyumbang kepada perkara tersebut hakikatnya, dua perkara ini iaitu kerjaya dan kehidupan sebenarnya boleh dikecapi wanita asalkan ada sokongan penuh dari pasangan hidup masing-masing.

Persoalannya, adakah matlamat seorang wanita berjaya itu boleh ditentukan dengan kurangnya rasa bersalah mereka? Bagaimanakah seorang wanita atau lelaki boleh menjadi penentu pasangannya serta menjadi aspirasi untuk mereka berjaya?

Ini menjadi salah satu topik yang dibincangkan dalam sesi dialog di Sidang Kemuncak Wanita 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani Abdul Karim; Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

Memasuki tahun ke-11, Sidang Kemuncak Wanita adalah satu medan khusus untuk mengetengahkan isu-isu dan membincangkan isu berkaitan wanita di tempat kerja.

Membawa tema Forging Your Own Path, sidang kemuncak kali ini mengkhususkan pada 'seruan' kepada wanita bagi menentukan hala tuju karier masing-masing mengikut cara kepimpinan yang telah ditetapkan.

Tumpuan acara sudah tentunya pada sesi perbincangan yang telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Johan Mahmood Merican.

Antara ahli panel yang terlibat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ECM Libra, Azlin Arshad; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Airin Zainul; Presiden Kechara Soup Kitchen, Datuk Ruby Khong; pemilik pusat membeli belah Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin; Penyunting Eksekutif di Astro Awani, Kamarul Bahrin Haron, dan Presiden IPG Mediabrands Asia World Markets, Prashant Kumar.

Ahli panel turut berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing dalam sesi perbincangan bertajuk; The Perfect Partner To Complement Your Career (Pasangan paling baik untuk melengkapkan karier anda).

Bagi Ruby, yang aktif menerusi kerja amalnya di Kechara Soup Kitchen, sokongan suami amat penting dalam menentukan kejayaan seorang isteri.

Tambahnya, itu menjadikan kehidupan seorang wanita itu lebih bermakna, lebih gembira apatah lagi apabila seorang isteri itu juga mendapat keyakinan diri hasil motivasi dan dorongan yang diberikan oleh si suami.

"Suami bukan sahaja memberikan perlindungan dari segi fizikal malah turut berkongsi cerita peribadi, menyebabkan isteri rasa selesa dan tidak berasa beban dipikul seorang diri," jelas beliau yang mengakui sokongan dan motivasi daripada suami adalah penentu kejayaan seorang wanita.

Ruby turut berkongsi pengalaman dirinya sendiri di mana ketika anak-anaknya masih kecil, suaminya kerap melakukan pengorbanan dengan memberikan masa yang lebih untuk menjaga anak-anak dan langsung tidak mengganggu kerjaya Ruby di pejabat.

"Pernah satu hari saya ke tempat tuisyen anak dan terkejut kerana anak saya tidak berada di situ. Rupanya semua anak saya berada di pejabat suami dan menurut suami, kelas tuisyen anak dibatalkan lalu dia membawa semua anak saya ke pejabat dan menjaganya di sana. Itu salah satu pengorbanannya yang saya tidak boleh lupakan," cerita Ruby.

Bagi Azlin pula, bukan mudah bagi seorang wanita mencapai kejayaan tertinggi dalam karier tanpa pengorbanan.

Ibu kepada tiga cahaya mata berusia 15, 13 dan 11 tahun ini mengakui pernah berhadapan dengan tekanan yang hebat apabila terpaksa pulang ke rumah sekitar jam 12 malam semata-mata memenuhi tuntutan kerja yang banyak.

"Istilah work life balance, bukanlah sesuatu yang seorang isteri boleh penuhinya setiap hari. Walau apa pun cabaran, setiap wanita berusaha melakukan yang terbaik untuk keluarga mereka dengan sokongan suami," jelasnya yang pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat kewangan terkemuka.

Sementara itu, Ameer Ali berkata, kebersamaan suami isteri itu adalah punca utama kejayaan.

Beliau turut berkongsi kisah ayahnya yang satu ketika dulu hanya menjual bedak air yang disediakan oleh ibunya.

"Kaum lelaki memang banyak berkorban kerana di penghujungnya kami mahukan kejayaan yang sama di pihak suami dan juga isteri.

"Sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan sikap lelaki yang bersemangat dan bercita-cita membantu kejayaan pasangan sekali gus pembangunan komuniti," ujar beliau.

Sesi tersebut juga disertai peserta sidang apabila mereka boleh mengundi siapakah antara lelaki dan wanita yang layak dijadikan pasangan menentukan kejayaan dan keputusan undian berpihak kepada wanita sebanyak 60 peratus.

Mengakui segelintir lelaki memang tidak bertanggung jawab, Kamarul Bahrin, sempat mengambil kesempatan memohon maaf atas sikap dengkel suami yang gagal menjalankan tugas sebagai pelindung isteri.

"Ya, memang baru-baru ini ada kes suami yang memukul isteri dan macam-macam lagi kes keganasan suami terhadap isteri, tapi saya sebagai suami di sini dengan sepenuh hati mahu memohon maaf bagi pihak mereka," katanya.

Walaupun begitu, Kamarul Bahrin berkata ada juga lelaki yang sanggup berkorban berhenti kerja duduk di rumah dan menjadi suri rumah semata-mata memberi laluan kepada si isteri untuk berjaya.

"Dunia sudah berubah, apa pun penentu kemakmuran dan keamanan bermula dengan kegembiraan di rumah dan pasangan yang paling tepat untuk melengkap kejayaan seorang lelaki pastilah seorang wanita," katanya.

Rahsia avokado

Posted: 22 Aug 2013 11:24 PM PDT

UNTUK sesetengah orang buah avokado mungkin asing bagi mereka. Walaupun saya biasa dengan buah ini tetapi bagi saya buah ini bukan menjadi kegemaran saya untuk menikmatinya atau pilihan untuk saya ceritakan dalam artikel, sehinggalah apabila saya melihat seorang rakan kerja mengunyah buah avokado dengan susu pekat manis.

Saya begitu teruja melihat dia hanya makan begitu sahaja. Tidak perlu dicampurkan dengan bahan lain untuk menikmatinya. Sedap katanya: "Kena enjoy makan buah ni sebab harganya RM4.80 sebiji."

Terlopong saya sekejap. Begitu asyik dan berselera dia makan buah avokado itu sampai ulang makan dua kali. Terus timbul minat saya untuk merasanya dengan cara begitu dan ternyata sungguh enak.

Keenakan dan khasiat buah ini telah lama saya tahu dan banyak sekali makanan yang dibuat dengan buah ini.

Bukan setakat dibuat salad atau pencicah tetapi avokado juga turut dijadikan minuman.

Minuman jus avokado yang dikenali sebagai 'alpukat' menjadi kegilaan pada peminat jus. Jus ini sungguh mudah dibuat iaitu cuma dikisarkan buah ini bersama air sejuk dan air gula.

Anda juga boleh mencampurkan dengan susu cair atau yogurt dan ais. Akhir sekali siramkan dengan coklat masakan yang telah dicairkan.

Minuman ini memang berkhasiat dan yang penting ia mengenyangkan. Minuman ini sungguh popular di Indonesia dan setiap kali ada teman yang melancong ke sana pasti mereka akan cerita kesedapan jus ini pada saya.

Berpunca daripada kejadian melihat teman makan avokado saya terus mengkaji keistimewaan buah ini dan ternyata banyak sekali khasiat buah avokado.

Berdasarkan bacaan saya di Internet saya baru mendapat tahu bahawa buah ini juga dipanggil buah pear buaya kerana kulitnya menyerupai kulit buaya. Kelakar pula rasanya sehingga buah ini digelar begitu.

Tak mengapalah. Buah avokado ini sebenarnya berasal dari Mexico. Jika dahulu buah ini susah sangat untuk dijumpai di negara kita tetapi sekarang ia memang sungguh mudah dibeli di pasar raya.

Namun jika membeli buah avokado pastikan memilih buah yang telah masak. Buah masak lembik apabila dipicit. Barulah enak jika anda menggunakan buah yang telah masak untuk membuat juadah makanan ataupun jus.

Antara khasiat buah ini ia boleh mengekalkan jantung yang sihat kerana ia mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang dapat membantu mengekalkan tahap homosistein.

Tahap homosistein yang tinggi boleh mengakibatkan risiko penyakit jantung. Mengandungi tinggi lemak mono tidak tepu yang baik juga untuk jantung. Avokado juga kaya dengan sebatian beta-sitosterol yang berkesan untuk menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.

Kandungan potasium yang tinggi dalam avokado dapat mengawal tekanan darah tinggi. Avokado boleh mencegah kanser contohnya asid oleik dalam buah ini dapat mencegah kanser payu dara.

Selain itu buah ini mengandungi tinggi antioksida yang dapat melambatkan penuaan. Kepada mereka yang obses menjaga kecantikan, buah ini sangat sesuai untuk menjadikan kulit anda halus mulus dan rambut lebat.

Amalkan makan selalu dan sapukan saja avokado yang dilenyek pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Buah ini mudah menjadi lebam, sebaiknya ia terus dimakan selepas dipotong atau perahkan dengan jus lemon untuk mengelakkannya menjadi lebam.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved