Ahad, 29 September 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Megane Renault yang menggegarkan!

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Kereta sports berprestasi tinggi Renault Sport 265 Cup.

INILAH kereta yang meresahkan. Bukan kerana apa-apa tetapi kerana kuasa enjin dan keupayaannya sebagai sebuah kereta sport sebenar, pasti mendorong sesiapa sahaja untuk mencari satu jalan raya berselekoh untuk menguji kereta ini.

Oleh kerana kereta ini berciri sport dengan transmisi manual, memandu di dalam bandar terutama semasa kesesakan lalu lintas, memerlukan bukan sahaja kesabaran tetapi juga kepekaan. Klac keras, sistem gantungan tegang dan kemudi roda berat adalah ciri kereta lumba.

Maka itu, tempat yang sangat sesuai memandu uji kereta ini tentunya lebuh raya atau laluan yang tidak banyak kenderaan. Misalnya laluan dari Selayang melalui Empangan Sungai Tua untuk ke Genting Highland. Memandu uji bukan berlumba, sebaliknya berubah-ubah kaedah iaitu laju, perlahan, mengambil selekoh, mendaki dan menurun bukit dan memotong dalam kelajuan tertentu.

Menerusi enjin turbocaj 2.0 liter empat dalam sebaris, kereta ini memberikan kuasa terjahan yang melahirkan keteguhan chasis, sementara enjinnya menampilkan prestasi hebat tersendiri.

Chasis kereta ini dilengkapi dengan chasis Cup (model kereta lumba sebenar pasukan Renault) iaitu chasis direndahkan sebanyak 10 milimeter digabungkan dengan sistem gantungan disusun teguh dengan spring dan peredam. Fleksibiliti sistem gantungan telah dikurangkan masing-masingnya sebanyak 35 peratus di depan dan 38 peratus di belakang sementara besi anti-golek di hadapan telah diperteguhkan sebanyak 13 peratus.

Apa makna semua di atas? Mudah. Memandu RS265 di selekoh tajam, adalah pengalaman yang sangat menyirapkan darah keseronokan!

Sama seperti kemudi roda, batang gear manual enam kelajuan dibalut dengan kulit bermutu tinggi.

Enjin kereta ini dilengkapi dengan Sports Mode. Tukar ESP kepada 'Sport', kereta ini menghamburkan kuasa sebanyak 265 hp (kuasa kuda) pada 5,500 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 360 Newton meter (Nm) pada 3,000 rpm.

Tekanan maksimum turbo pada enjin ini telah ditambah kepada 2.5 bar dengan pengambilan udara diubah suai bagi melancarkan tekanan dan suhu lebih tinggi terutama semasa memecut.

Pada kemudi roda tersimpan rahsia yang indah. Menggunakan bantuan elektrik, kemudi roda memberi respons yang bagus dan 'tepat'. Gandar hadapan bagaikan mendakap jalan raya dan anda akan perasan teknologi Limited Slip Differential mengedarkan kuasa kepada kedua-dua roda, menterjemahkannya pada kelajuan maksimum di atas jalan raya.

Selain Sports Mode, RS265 memiliki tiga kawalan stabiliti iaitu On, Sport dan tutup. Menerusi Sport, kereta ini boleh dipecut sebelum membrek di selekoh untuk menyambung gerakan tanpa tersangkut-sangkut.

Tanpa menggunakan ESP sekali pun, RS265 ini menawarkan kawalan badan yang jitu bukan sahaja semasa mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi tetapi juga mendaki dan menurun bukit.

Satu elemen yang saya dapati lemah pada Megane RS265 Cup ialah daripada aspek pertukaran gear. Menukar dari gear empat kepada gear lima, sentiasa menimbulkan tanda-tanya. Dan masuk atau belum. Beberapa kali mencuba baharu yakin. Penukaran kena dilakukan secara lebih perlahan!

Satu lagi aspek ialah sebagai sebuah kereta bersifat sport, RS265 Cup ini tidak mempunyai meter suhu minyak. Benar tidak semua pemilik kereta ini akan membawanya berlumba di litar tetapi inikan kereta sport!

Tetapi ini hanya masalah kecil. Secara keseluruhannya, RS265 Cup ini adalah sebuah kereta sport yang begitu menyeronokkan dan pasti menjadi pilihan kepada penggemar kereta berprestasi tinggi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Program SMP-Utusan perlu diteruskan

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh Wahid Hashim
pendidikan@utusan.com.my

Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi SMP-Utusan Malaysia berjaya merangsang murid luar bandar untuk memperkembang potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu.

SELEPAS dua tahun pihak Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) menaja dan menganjurkan program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi, didapati program itu bukan sahaja telah berjaya membina jenamanya yang utuh dalam pendidikan sokongan peringkat nasional, malah mengesahkan keberkesanan modul akademik-motivasi dalam mengatasi masalah ponteng.

Bagi SMP, program itu juga mencapai tahap peratusan tertentu memecahkan sindrom kepompong putaran keganasan kesederhanaan (3K), malu dan rendah diri yang menyelubungi anak kampung.

Sebelum bekerjasama dengan Unit Pendidikan Utusan Malaysia, SMP berhadapan dengan masalah kehadiran pada hari kedua apabila minat segelintir pelajar hilang selepas mengikutinya pada hari pertama.

Pengukuhan penjenamaan, keberkesanan modul dan memecah rendah diri itu berjaya dilaksanakan melalui komitmen SMP yang istiqamah dan bestari, publisiti yang mencukupi untuk memupuk kefahaman massa, serta teknik dan pendekatan penyampaian bahan akademik dan motivasi oleh pakar yang memahami kehendak dan naluri peserta.

Apakah rumus kepada kejayaan berkenaan?

Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin berkata, salah satu pendekatan yang dilakukan adalah memperkembang potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu.

Ujar beliau lagi , program itu bertujuan untuk merangsang pelajar luar bandar keluar daripada sindrom 3K - termasuk malu dan rendah diri.

"Kebanyakan pelajar luar bandar sering dilanda sindrom berpuas hati dengan pencapaian sederhana.

"Misalnya dalam kelas, murid-murid berebut-rebut duduk di belakang bukannya berebut-rebut duduk di depan, segan bertanya dan agak pasif dalam kelas,'' katanya baru-baru ini.

Apabila sudah terperangkap dalam sindrom 3K, murid-murid kerap hanyut dalam putaran ganas kesederhanaan dan kurang keyakinan untuk bersaing, ujar Noraini.

Oleh itu, katanya, melalui program ini sindrom 3K dapat dipecahkan agar murid-murid mendapat semangat baru dan muncul sebagai generasi gemilang dalam persada kerjaya masing.

"Contohnya apabila mereka menjadi guru, mereka akan menjadi guru yang cemerlang. Jika jadi peniaga pun mereka akan cemerlang dalam bidang tersebut,'' kata Noraini.

Dalam Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi SMP-Utusan Malaysia, peserta mendapat kemahiran 'tiga dalam satu' untuk membebaskan mereka daripada belenggu 3K.

Tiga kemahiran tersebut adalah kemahiran insaniah, kemahiran penaakulan dalam menjawab soalan dan kemahiran mengenali potensi diri.

Kemahiran ini diterapkan kepada peserta dalam usaha mencorakkan kemenjadian mereka sebagai modal insan yang cemerlang dan terbilang.

Selain itu, peserta turut diberi kata laluan untuk melayari portal e-pembelajaran www.adap.com.my secara percuma.

Dari segi pencapai akademik , siri jelajah Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi yang dilaksanakan sepanjang tahun lepas terbukti berjaya membantu meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan para pesertanya - dengan menambah bilangan calon yang mendapat semua A, menambah baik peratusan semua lulus dan mengurangkan Gred Purata Sekolah (GPS).

''Sangat membantu, kalau boleh tahun ini buat lagi," kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Muhammad Yusof di Linggi, Negeri Sembilan, Ramli Othman.

Sekolah itu menjadi hos bagi program berkenaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun lepas.

Pada 2011 tambah Ramli, GPS PMR ialah 3.1, dan menjadi bertambah baik pada 2012, iaitu 2.7.

Katanya, peratus lulus semua mata pelajaran turut meningkat iaitu daripada 47 peratus pada 2011 kepada 67 peratus pada 2012.

Program telah berlangsung di 11 lokasi di seluruh negara bermula awal tahun lepas, yang mencakupi sekolah rendah dan menengah.

Jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat bagi program ini seramai 2,200 orang. Peserta UPSR seramai 600 orang, PMR (800) dan SPM (800).

Secara keseluruhannya, iaitu sejak program itu bermula pada 2010 di Kepala Batas, Pulau Pinang, jumlah sekolah yang telah mengikuti program berkenaan ialah 224 buah di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 113 buah ialah sekolah rendah dan 111 buah ialah sekolah menengah.

Turut terlibat ialah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan tujuh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Keseluruhan pelajar yang terlibat adalah seramai 3,000 orang. Daripada jumlah tersebut, jumlah calon yang UPSR seramai 1,000 orang, PMR (1,000) dan SPM (1,000) orang.

Sambil beraktiviti, pihak Sekretariat Malaysia Prihatin turut melakukan tugas hakikinya menghulurkan sumbangan kepada pelajar miskin berbentuk barangan seperti beras, peralatan sekolah dan sebagainya.

Pihak penganjur mempunyai garis panduan dalam pemilihan peserta seperti calon yang sederhana pencapaian akademiknya tetapi berpotensi untuk maju.

Pemilihan juga berdasarkan tinjauan awal yang dibuat semasa program Kampung Prihatin.

Selain itu, sasaran penyertaan ialah pelajar kurang upaya atau kes-kes terpencil termasuk anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan kerajaan atau swasta.

Sementara itu, ketua program, Dr. Ismail Zain berkata, suntikan motivasi, panduan serta pengisian akademik melengkapkan keperluan program yang menyediakan peserta dengan persiapan menghadapi peperiksaan.

Peserta program bakal mendapat kemahiran tiga dalam satu, dalam usaha mencorakkan kemenjadian pesertanya sebagai modal insan 360 darjah.

"Tiga kemahiran itu ialah kemahiran insaniah, kemahiran penaakulan dalam menjawab soalan dan kemahiran potensi diri," jelasnya.

Rukun Negara pemangkin perpaduan rakyat

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Murid prasekolah menyanyikan lagu patriotik sambil mengibar Jalur Gemilang dalam majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sayembara Puisi Merdeka Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) SMK Sultan Abdul Aziz Shah di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Setiap murid perlu menjadikan prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan generasi Malaysia yang memiliki jati diri, berwawasan dan bermaruah sejajar dengan wawasan negara.

Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Muhamad Radzi Abdullah berkata, lima prinsip yang terkandung pada Rukun Negara perlu difahami dan amat penting sebagai pemangkin perpaduan dan keharmonian rakyat.

"Prinsip itu juga menjadi penggerak terhadap daya usaha menyubur, mempertingkat kesedaran kerohanian dan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan sejagat,'' katanya ketika berucap menutup majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sayembara Puisi Merdeka, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah di Kajang, Selangor baru-baru ini.

SMK Sultan Abdul Aziz Shah mempunyai murid berjumlah 2,385 orang yang terdiri daripada murid Melayu seramai 2,239, India 131 orang, dua murid Cina dan 13 orang murid bukan warganegara.

Selain itu, menurut Muhamad Radzi, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil berat terhadap usaha-usaha meningkatkan program perpaduan di kalangan murid.

"Murid perlu dibentuk agar generasi muda saling hormat-menghormati dan memahami budaya dan pegangan agama pelbagai kaum malah kita harus menghakis sikap mengagungkan bangsa sendiri.

"Hal ini demikian kerana, sikap berkenaan hanya akan membawa kepada pemisahan dan ketegangan etnik yang tidak menguntungkan sesiapa," tegasnya.

Sementara itu, Penyelia Kanan Kokurikulum Pendidikan Daerah Hulu Langat merangkap penyelaras program, Razak Said berkata, setiap murid wajar mempraktikkan prinsip Rukun Negara kerana usaha itu menjadi kunci keharmonian dan kestabilan negara.

"Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik.

"Hanya dengan pemeliharaan identiti ini, rakyat berupaya menghadapi perubahan pantas dan dapat bertahan daripada kesan negatif globalisasi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Suspek utama dibawa cari senjata api bunuh Hussain

Posted: 29 Sep 2013 11:11 PM PDT

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Suspek utama kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi dibawa masuk ke kawasan Tasik Mines, bersebelahan Lebuh Raya Besraya di sini, hari ini.

Suspek, Sei Ngan Chai, 44, yang memakai baju lokap berwarna oren diiringi anggota polis dibawa masuk ke lokasi berkenaan yang disyaki tempat senjata api yang digunakan untuk menembak Hussain dibuang pada 22 Julai lalu.

Operasi mencari senjata api bermula sejak pukul 10 pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Bumbung di Wad Bersalin Hospital Serdang runtuh

Posted: 29 Sep 2013 10:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Beberapa bahagian bumbung di Wad Bersalin Hospital Serdang dekat sini runtuh dalam kejadian 2.55 pagi ini.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam hospital itu ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Pihak media tidak dibenar masuk ke kawasan itu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terbuka ATP Malaysia: Benneteau kempunan lagi

Posted: 29 Sep 2013 06:27 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Sept.- Bintang muda Portugal yang semakin meningkat naik, Joao Sousa, melengkapkan catatan gemilang di Kejohanan Tenis Terbuka ATP Malaysia 2013 apabila menewaskan finalis tahun lalu, Julien Benneteau, 2-6, 7-5, 6-4 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Kemenangan Soasa itu juga membuatkan Benneteau sekali lagi kempunan bergelar juara selepas gagal pada tahun lalu di tangan pemain Argentina, Juan Monaco.

Bertambah mendukacitakan, ini adalah kekalahan kesembilan buat Benneteau dalam aksi akhir Terbuka ATP sepanjang kariernya dan masih belum memenangi sebarang gelaran manakala Soasa yang kali pertama melangkah ke final, berjaya meraih gelaran sulung.

Kemenangan itu menyaksikan Soasa membawa pulang RM509,945 (AS158,000) sementara Benneteau meraih RM268,657 (A$$83240), hadiah dan cek disampaikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam masa permainan dua jam 18 minit, Benneteau yang merupakan pilihan kelima kejohanan, terlebih dahulu garang memenangi set pertama selain memecahkan dua mata brek untuk menang 6-2.

Soasa yang digelar sebagai giant killer pada kejohanan ini selepas menyingkirkan dua pemain ternama, David Ferrer dan Juan Melzer akhirnya mempamerkan karakter sebenar pada set kedua.

Walaupun pada satu ketika dia bagaikan sudah hampir tertewas apabila ketinggalan 4-5 dan Benneteau hanya memerlukan satu lagi mata untuk meraih kemenangan selepas mendahului 40-30, Soasa bangkit dengan mempamerkan semangat juang yang menakjubkan.

Soasa akhirnya berjaya memenangi set kedua bagi mengheret permainan ke set penentuan dan kekuatan forehand pemain yang berada di ranking 77 dunia seperti sukar ditangani oleh Benneteau.

Momentum Soasa jelas sukar disekat dan Benneteau yang sedikit keletihan pada set penentuan sebelum menang 6-4.

"Rasa gembira kerana ini adalah gelaran pertama saya sepanjang Jelajah ATP dan satu pengalaman manis beraksi di sini kerana mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada penonton.

"Kepada Benneteau, minta maaf kerana mengecewakan anda sekali lagi namun saya juga mahukan kejuaraan ini, sudah pasti saya akan datang lagi ke sini pada tahun hadapan untuk mempertahankan kejuaraan, " katanya.

Bagi acara beregu, Eric Butorac dari Amerika Syarikat dan Raven Klasen dari Afrika Selatan muncul juara setelah menewaskan Pablo Cuevas (Uruguay) dan Horacio Zeballos (Argentina), 6-2, 6-4 dalam masa 56 minit.

Butorac yang merupakan pemenang pada tahun 2011 dan Klasen membawa pulang RM154,920 (A$$48,000) sementara Cuevas-Zeballos meraih RM81,295.20 (A$$25,200). - UTUSAN ONLINE

Khairy puji KFC-Utusan

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Apit kanan Negeri Sembilan, Nazirul Akmal Abd. Rahman (kiri) menahan libasan pemain Kuala Lumpur pada perlawanan akhir kategori kebangsaan Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2013 di Pusat Beli-Belah AEON Bukit Raja, Klang, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yaziad

KLANG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuji penganjuran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan yang disifatkan membantu melahirkan jaguh-jaguh baharu di samping menjadi platform mengilap bakat-bakat sedia ada.

Saya ucapkan tahniah di atas kerjasama Utusan Malaysia dan KFC (Kentucky Fried Chicken) menganjurkan kejohanan ini dan saya lihat mereka telah berjaya menarik begitu ramai peminat sepaktakraw negara daripada semua peringkat umur untuk hadir ke sini.

Sekiranya ada permintaan dan peluang untuk bekerjasama bagi menganjurkan kejohanan ini di masa hadapan, tiada masalah daripada pihak KBS serta mungkin ia boleh ditambah baik dengan kemungkinan mengadakan liga pula seandainya ada komitmen tinggi daripada semua pihak," katanya pada sidang akhbar selepas penyampaian hadiah kepada pemenang di sini, semalam.

Perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan berlangsung di Pusat Beli-Belah AEON Bukit Raja, di sini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, beliau masih memerlukan beberapa maklumat lagi sebelum mengadakan pertemuan dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Walaupun PSM telah menyiapkan laporan dan ingin berjumpa pada bila-bila masa untuk dibentangkan kepada saya, itu adalah dari pihak mereka.

Daripada pihak KBS pula, saya sebagai menterinya masih lagi mengumpulkan beberapa maklumat dan sedang membuat semakan terhadap badan induk itu terlebih dahulu sebelum ingin mengadakan perjumpaan bersama mereka," ujarnya.

Sebelum ini, Khairy meminta PSM bersikap telus dengan menjelaskan ke mana semua wang dibelanjakan selama ini untuk pembangunan sepaktakraw negara tetapi hasilnya tetap begitu serta tidak setimpal dengan sejumlah pelaburan yang telah dikeluarkan selama ini.

Khairy mengulas mengenai keinginannya sebelum ini untuk berjumpa PSM tetapi meminta sedikit masa terlebih dahulu kerana perlu mengumpul dan menunggu beberapa maklumat termasuk daripada bekas pemain.

Katanya, tiada guna untuk berjumpa sesebuah persatuan sukan tanpa membuat semakan tertentu dan beliau akan mengumumkan tarikh itu bila sampai masanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera Filipina tembak mati tujuh lagi pemberontak

Posted: 29 Sep 2013 11:51 AM PDT

MANILA 30 Sept. - Tentera kerajaan berjaya membunuh tujuh orang saki baki anggota kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Pasukan tentera dan polis khas semalam berjaya membunuh enam pemberontak yang menyembunyikan diri di sebuah rumah di bandar Zamboanga selepas mereka enggan menyerah diri.

Seorang lagi ditembak mati dalam satu pertempuran yang berlaku di Rio Hondo kelmarin. - AGENSI

Assad terima resolusi PBB berhubung senjata kimia

Posted: 29 Sep 2013 11:49 AM PDT

ROME 30 Sept. - Syria akan menghormati persetujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung senjata kimia, kata Presiden Bashar al-Assad kepada stesen televisyen Itali RaiNews24.

"Penyertaan kami dalam persetujuan antarabangsa menentang pengambilan dan penggunaan senjata kimia telah berlaku sebelum resolusi ini diluluskan, kata Assad ketika ditanya tentang adakah Syria akan mematuhi resolusi tersebut.

Majlis Keselamatan PBB mencapai satu resolusi Jumaat lalu untuk pemusnahan senjata kimia Syria, tetapi tidak akan mengambil tindakan automatik terhadap kerajaan Assad jika mereka enggan mematuhi resolusi tersebut. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Sasar 100,000 pengunjung

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my/ery

Shahaniza Shamsuddin merasmikan Ekspo Buku Islam Pahang 2013 di pusat membeli-belah Kuantan Parade, semalam. Turut hadir memeriahkan ekspo tersebut, Ustaz Don Daniyal (dua kiri).

KUANTAN 29 Sept. - Lebih 100,000 orang dijangka mengunjungi Ekspo Buku Islam (EBI) yang diadakan selama 10 hari bermula kelmarin di ruang legar pusat membeli-belah Kuantan Parade di sini.

Ekspo tahunan yang bermula pukul 10 pagi sehingga 9 malam itu melibatkan sebanyak 70 gerai dengan disertai 40 penerbit dari seluruh negara.

Selain pameran dan jualan buku dengan tawaran harga istimewa, pelbagai aktiviti turut disediakan seperti persembahan nasyid, pelancaran buku terbaharu dan sesi bertemu ikon terkenal antaranya Ustaz Don Daniyal Biyajid .

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, ekspo yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) serta Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang itu turut mendapat kerjasama Sinergi Ilmu Resource Sdn. Bhd. dan merupakan kali kedua diadakan di Pahang.

Menurut beliau, ekspo itu diadakan bertujuan mengajak serta memupuk minat membaca dalam kalangan belia di negeri ini.

"Minat membaca bahan-bahan ilmiah sebegini di kalangan remaja semakin pudar dan terhakis dengan aktiviti tidak sihat selain terdedah dengan bacaan lain," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian ekspo tersebut di sini.

Kata beliau, program itu juga dapat membantu menyebarkan ilmu bermanfaat kepada remaja dan masyarakat Islam.

"Saya harap program ini menyumbang kepada pembentukan masyarakat lebih baik kerana mereka kini semakin dihimpit dengan kemelut sosial yang semakin parah," katanya.

Tambah beliau, ekspo yang berorientasikan keislaman itu juga mampu membantu penyebaran ilmu Islam kerana mesej agama yang terkandung di dalam setiap judul buku akan dapat dihayati setiap umat di negeri ini.

"Saya berharap ekspo ini menjadi program tahunan pada masa akan datang dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat negeri ini," katanya.

MPK wakili Pahang ke KIK kebangsaan

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Johan bagi kategori pengurusan, Kumpulan Dimensi dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan MPK bersama hadiah yang dimenangi dalam majlis KIK Peringkat Negeri Pahang di Bukit Gambang Resort, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 29 Sept. - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengungguli beberapa anugerah dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat negeri Ke-29 2013 apabila dinobatkan sebagai juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Bahagian Pengurusan Kualiti dan Latihan MPK yang menggelarkan kumpulan mereka Dimensi berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil penyertaan, piala iringan dan piala pusingan apabila menjuarai persembahan bagi kategori pengurusan menewaskan 14 pasukan daripada agensi kerajaan lain.

Manakala Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPK menjadi johan bagi kategori teknikal apabila membentangkan projek bertajuk Mengurangkan Kacau Ganggu Tikus Di Premis Perniagaan dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil penyertaan, piala iringan dan piala pusingan.

Tempat kedua bagi kategori pengurusan dan teknikal masing-masing menjadi milik Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Wad Teratai 2C, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan mendapat wang tunai RM7,000, sijil dan piala.

Bagi tempat ketiga, Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian MPK memenangi kategori pengurusan manakala Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) memenangi kategori teknikal dan layak mendapat wang tunai RM5,000, sijil dan piala.

Hadir menyampaikan anugerah kepada para pemenang ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Mohamad Ridzwan Mohd. Tahar.

Menurut Mohamad Ridzwan, sebagai juara, MPK akan mewakili Pahang untuk ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 29 Oktober hingga 5 November ini.

"Saya dengan berbesar hati mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam konvensyen kali ini.

"Semoga penganjuran KIK akan terus meningkatkan iltizam dan pembakar semangat dalam usaha memartabatkan pembudayaan inovasi serta profesionalisme penjawat awam di negeri ini," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Festival kanak-kanak cungkil bakat seni generasi muda

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

PEKAN 29 Sept. - Festival Ceria @ Kanak-Kanak di Auditorium Bangunan UMNO Bahagian Pekan di sini semalam berjaya mencungkil bakat dalam kalangan generasi muda yang mempunyai kemahiran seni budaya tempatan.

Program yang berlangsung sehari itu melibatkan seramai 165 peserta yang menyertai Kelab Tunas Budaya (KTB), Kelab Giat Budaya (KGB) dan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN).

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Yusof yang hadir dalam program tersebut kagum dengan persembahan dilakukan para peserta terutama golongan murid dari sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Penolong Pengarah JKKN Pahang, Umi Abdullah berkata, acara itu merupakan kelangsungan daripada Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) negeri yang berlangsung sejak awal tahun ini.

Menurutnya, langkah itu menjadi platform menyerlahkan dan menilai prestasi hasil pengajaran serta pembelajaran selama enam bulan dalam bidang seni budaya sama ada seni tari, seni muzik, seni teater, seni mempertahankan diri dan seni berbahasa.

"Tahun ini, JKKN Pahang melibatkan sebanyak 24 sekolah rendah diikuti 25 sekolah menengah dan lapan komuniti sekitar negeri ini dalam pelaksanaan program berkonsepkan asuhan seni tersebut.

"Saya berharap penganjuran tersebut berhasil dalam memberi peluang kepada para JSBN mempamerkan hasil kreativiti mereka dan pelajar dapat didedahkan dengan pengalaman mengadakan persembahan di khalayak ramai," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, festival berkenaan yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan negeri itu secara tidak langsung memberi petunjuk dan tanda aras kepada pelaksanaan PBSB itu sendiri yang menjadi program utama pihaknya dengan Kementerian Pendidikan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sampai bila merisikokan si kecil

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Pandangan IKIM

BARU-BARU ini negara dikejutkan lagi dengan kematian bayi berusia 7 bulan di pusat asuhan di ibu negara. Bahkan lebih malang doktor mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia dua jam sebelum diambil bapanya dan hasil bedah siasat menunjukkan kematian itu akibat tersedak susu. Kejadian menyayat hati ini berlaku ketika bayi ini masih di bawah penjagaan pusat asuhan yang sepatutnya disedari oleh pengasuh yang bertanggungjawab menjaga bayi tersebut.

Kejadian ini bukanlah yang pertama terjadi bahkan kita sering dipaparkan dengan kematian tragis bayi, penderaan bayi dan kanak-kanak sama ada di pusat asuhan ataupun di rumah pengasuh mereka. Walaupun tiada data khas berhubung dengan kematian bayi dan kanak-kanak yang diletakkan di bawah penjagaan pengasuh ketika ibu bapa bekerja, namun hakikatnya kematian walau seorangpun anak-anak kecil ini amatlah mendukacitakan kita. Apatah lagi jika kejadian itu dapat dielakkan sekiranya ada pemantauan yang baik oleh penjaga yang diberi amanah menjaga anak-anak tersebut.

Hakikat peristiwa ini membawa kepada persoalan sama ada bayi dan anak-anak kecil tidak dipantau, kurang latihan penjagaan kanak-kanak dalam kalangan pengasuh atau bayi tersebut sememangnya mempunyai masalah kesihatan. Bagi ketiga-tiga sebab ini langkah pencegahan sebenarnya boleh mengurangkan risiko yang mengancam nyawa anak-anak kecil.

Pemantauan bayi dan mempunyai pengasuh yang terlatih sememangnya isu lama yang banyak kali diperdebatkan. Bahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menetapkan syarat kelulusan penubuhan pusat asuhan antara lain mendapatkan pengasuh yang mempunyai sijil asuhan awal kanak-kanak. Terdapat juga pusat asuhan yang mengambil pendekatan enggan menerima kanak-kanak sakit (seperti demam) bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Walau bagaimanapun terdapat kekangan kepada syarat dan peraturan begini sungguhpun ia dilakukan sebagai langkah keselamatan. Sebagai contoh, kekurangan pengasuh terlatih menyebabkan ada pemilik pusat asuhan mengambil pekerja secara sebarangan disebabkan oleh jumlah kanak-kanak semakin lama semakin ramai. Keengganan pusat asuhan menerima kanak-kanak yang sakit seperti demam dan selesema yang ringan menimbulkan masalah kepada ibu bapa lantaran gejala kesihatan seperti ini sering dialami bayi dan kanak-kanak dan ibu bapa tidak dapat bercuti setiap kali anak mengalaminya disebabkan oleh cuti tahunan yang terhad.

Kedua-dua situasi ini sebenarnya memberi perspektif bahawa permintaan kepada pusat asuhan berdaftar dan pengasuh terlatih adalah sangat kronik di dalam negara. Permintaan ini sebenarnya berkembang seiring dengan perkembangan kerjaya wanita di Malaysia. Suasana tradisional yang ideal sesebuah keluarga ialah apabila si ayah keluar bekerja manakala si ibu mengasuh anak-anak di rumah. Namun, perkembangan yang berlaku dalam persekitaran dunia hari ini menyebabkan wanita bekerja demi menambah pendapatan keluarga, membayar pinjaman pendidikan, memenuhi cita-cita dan kerana kepakaran dan kemahiran wanita tersebut diperlukan oleh masyarakat.

Kita telah lama mendengar cadangan agar majikan menyediakan pusat asuhan di tempat kerja bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka pada waktu kerja. Malah kerajaan juga menyediakan insentif dan memberikan pengecualian cukai kepada majikan sekiranya menubuhkan pusat asuhan di tempat kerja. Malangnya saranan ini hanya diambil sambil lewa disebabkan tiada penguatkuasaan, kurang pertimbangan kemanusiaan dan lebih mementingkan keuntungan.

Hakikatnya pertimbangan kemanusiaan adalah punca utama mengapa majikan enggan menubuhkan pusat asuhan di tempat kerja. Ini termasuklah kerana zaman mempunyai anak-anak kecil mereka telah berlalu atau mempunyai isteri, saudara terdekat atau pembantu rumah yang boleh menjaga anak- anak mereka dengan baik. Selain itu, melihat kepada ketenangan emosi pekerja sebagai liabiliti dan kerugian kepada organisasi berbanding melihatnya sebagai insentif kepada pekerja untuk meningkatkan produktiviti menjadikan saranan penubuhan pusat asuhan di tempat kerja ini dipandang sepi.

Sedarkah kita bahawa penubuhan pusat asuhan di tempat kerja sebenarnya membenarkan ibu bapa untuk sama-sama memantau kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka. Sebagai contoh, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, ibu bapa boleh dihubungi segera dan bertindak pantas memberi bantuan kecemasan ataupun menghantar anak ke hospital. Selain itu juga, keadaan ini boleh memupuk sifat bertanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak apabila mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tugas menjaga anak-anak kepada pengasuh apabila bekerja.

Tambahan pula, penubuhan pusat asuhan di tempat kerja boleh memupuk amalan penyusuan susu ibu di kalangan wanita bekerja. Amalan ini membolehkan bayi mendapat khasiat susu yang terbaik bahkan memberi pelindungan dan manfaat emosi kepada ibu dan bayi walaupun ibu bekerja. Penyusuan eksklusif selama enam bulan pertama dan diteruskan hingga dua tahun memberi kesan perkembangan fizikal dan mental yang baik kepada bayi.

Justeru, antara cadangan-cadangan yang boleh menambah baik permasalahan ini adalah dengan menguatkuasakan penubuhan pusat asuhan di organisasi yang berkemampuan setelah saranan sebelumnya tidak disahut. Selain itu, kerajaan diharap dapat mengeluarkan panduan ringkas penjagaan bayi dan anak-anak kecil beserta garis panduan apabila berlaku kemalangan dan langkah-langkah bantuan kecemasan agar dapat dimanfaatkan oleh pengasuh yang terdiri daripada suri rumah bagi meminimumkan kehilangan nyawa di kalangan bayi dan anak-anak kecil.

Selain itu juga, kerajaan disaran untuk mempertimbangkan cuti tanpa rekod kepada pekerja yang menjaga anak sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan bagi menyelesaikan masalah cuti tahunan mereka yang terhad.

Sesungguhnya, hubungan pekerja dan majikan adalah ibarat kuku dan isi yang tidak dapat dipisahkan. Bahkan majikan dan tempat kerja adalah rumah kedua bagi individu yang berkerjaya.

Walaupun kita mendambakan produktiviti dan keuntungan yang maksimum diberi oleh setiap individu dalam organisasi, namun hakikat pekerja sebagai manusia dan mempunyai keluarga hendaklah sentiasa diambil kira.

Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Muslim, Nabi Muhamad SAW bersabda dengan maksudnya, Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin kedukaan dunia dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan dari segala kedukaan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan atas orang yang susah nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam dunia dan di akhirat"

Nursyahidah Abdul Jalil ialah Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Ekonomi dan

Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam (IKIM).

Tiada kejutan dalam pemilihan ulangan CEC Parti Tindakan Demokratik

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh Hassan Mohd. Noor

SEMALAM, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi. Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuat pemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.

Begitulah bezanya corak pemilihan dua parti - DAP dan UMNO. Berbanding DAP, sudah tentulah, pemilihan dalam UMNO terpaksa menempuh perjalanan yang rumit. Walaupun ini kali pertama berlangsungnya pemilihan corak baru, UMNO perlu memastikan kaedah yang dilaksanakan tidak menjejaskan kredibiliti parti. Jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan corak pemilihan DAP, maka jangan dibiarkan orang lain mengambil kesempatan untuk memperkecilkan kaedah pemilihan UMNO. Sebarang masalah teknikal yang berlaku perlu diselesaikan segera. Jika diselak sejak hari penamaan calon baru-baru ini terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan kelayakan bertanding. Begitu juga dengan etika berkempen. Pihak yang menjadi pemantau pemilihan kali ini perlu lebih jelas dengan etika berkempen, bukan sekadar pertemuan di peringkat bahagian tetapi juga kenyataan, ucapan oleh calon-calon yang bertanding. Timbul persoalan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media.

Keadaan ini berbeza bagi mereka yang mempunyai jawatan sama ada dalam kerajaan pusat atau kerajaan negeri atau memegang jawatan lain yang boleh mencipta pelbagai aktiviti untuk tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin jika ini tidak ditangani akan timbul pelbagai isu yang boleh menjejaskan proses pemilihan. Bukan mudah untuk memantau corak kempen ini. Eloklah kempen untuk menyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah politik wang dan kempen memburukkan orang lain. Seperti dibangkitkan dalam Selak sebelum ini, apa yang penting elakkan ketirisan poket sepanjang berkempen. Berdasarkan simulasi semalam, dijangkakan tidak timbul masalah dalam kaedah pemilihan kali ini.

Berbalik kepada pemilihan DAP, jumlah calon yang bertanding semalam berkurangan berbanding pemilihan yang diadakan pada Disember lalu. Jumlah kali ini berkurangan sebanyak 19 orang, iaitu 17 menarik diri dan dua lagi keluar parti. Menyelak kembali di sebalik pemilihan semula ini, kongres khas terpaksa diadakan semula atas permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana banyak persoalan timbul pada pemilihan lalu.

DAP terpaksa akur dengan kecuaian manusia yang melibatkan keputusan terhadap tujuh orang calon. Dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini, beberapa fakta menarik perhatian banyak pihak. Pertamanya, lapan orang Melayu yang bertanding tersingkir menyebabkan parti yang mendakwa mewakili pelbagai kaum itu dikritik hebat. Keduanya berlaku pembetulan keputusan selepas 19 hari pemilihan apabila parti itu tampil memperbetulkan kesilapan undi yang diterima oleh tujuh calon. Hasil pembetulan itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menduduki tangga ke-39 melonjak ke tangga 20 (terakhir dalam senarai) sekaligus meletakkannya sebagai seorang anggota CEC yang dipilih. Undi asalnya 305 meningkat kepada 803 manakala Wu Him Ven yang menduduki tempat ke-6 menjunam ke kedudukan 26 menyebabkannya terkeluar daripada senarai anggota CEC yang dipilih. Undi baru yang diperolehnya adalah 669 undi berbanding 1,202 undi. Beliau kemudiannya menganggotai CEC sebagai anggota yang dilantik. Lima lagi turut mengalami perubahan jumlah undi iaitu Wong Sai Hoong 23 (asal 448), Wong Sze Phin 643 (761), Zulkifli Mohd Noor 249 (216), Roseli Abdul Gani 69 (39) dan Tan Boon Peng 40 (407).

Semalam, semua 20 anggota yang dipilih adalah anggota CEC yang terpilih selepas pembetulan dilakukan pada pemilihan lalu. Jelaslah, perwakilan tetap memilih orang yang sama, cuma corak undi yang diterima berubah. Pada masa yang sama, perwakilan tetap menolak calon-calon Melayu yang turut menawarkan diri bertanding termasuklah Senator Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai Naib Pengerusi selepas pemilihan lalu. Benarkah kenyataan seorang calon CEC Melayu, Zulkifli Mohd Noor bahawa nilai orang Melayu dalam DAP ibarat mata wang bernilai lima kupang atau 50 sen?

KARPAL TETAP GAGAH

Walaupun pemilihan semula diadakan, Karpal Singh, 73 tetap gagah sebagai Pengerusi DAP. Semalam, beliau menegaskan tidak akan berundur dari politik selagi pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat. Karpal pernah jatuh dalam pilihan raya umum (PRU) apabila beliau kalah di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada 1999. Bagaimanapun beliau berikrar untuk bangkit semula dan kata-kata itu terbukti apabila beliau menang semula pada PRU 2004 diikuti 2008 dan 2012.

Begitulah keazaman veteran DAP itu yang tidak menolak kemungkinan akan terus kekal sebagai calon PRU akan datang. Beliau sememangnya berhasrat untuk menyerahkan kepemimpinan kepada generasi muda. Katanya: Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti. Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda,.

Maknanya, peranan orang lama masih tetap diperlukan. Kenapa Karpal Singh yang sudah begitu lama berkecimpung dalam politik masih tetap gagah dan diterima ramai? Semalam, Karpal Singh mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga, sama seperti pada pemilihan Disember lalu. Jumlah undinya meningkat daripada 1,411 kepada 1,421 undi. Penasihat parti, Lim Kit Siang pula jatuh ke nombor dua dengan undi merosot iaitu daripada 1,607 kepada 1,436 undi, kehilangan 171 undi. Anaknya, Lim Guan Eng pula menduduki tempat ke lima dengan 1,304 undi, merosot 272 undi berbanding kedudukan No.2 pada 2012 dengan 1,576 undi. Apakah ada sesuatu di sebalik keputusan semalam? Yang pasti tiada kejutan!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bekas tentera perlu tampil

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

Noh Omar menyampaikan sumbangan yang diterima oleh Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid (tengah) sempena mesyuarat agung tahunan persatuan tersebut di Klang, semalam. - MINGGUAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

KLANG 28 Sept. - Bekas anggota keselamatan yang pernah berjuang mempertahankan negara daripada ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) perlu turun padang untuk menceritakan pengalaman mereka kepada masyarakat terutamanya generasi muda yang keliru dan 'buta sejarah'.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini bagi membolehkan fakta tentang ancaman PKM yang telah diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab dapat diperbetulkan.

Beliau berkata, ini sekali gus dapat menyedarkan mereka yang buta sejarah ini tentang jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan terutama yang gugur demi mempertahankan keamanan negara daripada anasir yang cuba menjadikan Malaysia sebagai negara komunis.

"Mereka yang keliru dan buta sejarah ini sanggup mengagung-agungkan seorang pengkhianat negara yang juga pemimpin PKM, Chin Peng dan menggunakan alasan hak asasi manusia.

"Tetapi mereka lupa yang hak asasi beribu keluarga pasukan keselamatan dan mereka yang terkorban kerana keganasan komunis yang juga perlu dijaga," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen Selangor di sini petang ini.

Dalam pada itu, Noh turut mengajak rakyat Selangor agar menyokong titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tentang Chin Peng.

"Saya percaya baginda banyak mengetahui tentang sejarah dan kalau baginda bertitah Chin Peng seorang pengkhianat, maka sebagai rakyat Selangor adalah menjadi kewajipan kita untuk menyokong dan menjunjung titah baginda," ujar beliau lagi.

Sementara itu, dalam sidang akhbar terdahulu di i-City, Shah Alam dekat sini, Noh memberitahu, UMNO Selangor akan mengadakan retreat yang melibatkan semua pemimpin bahagian dan sayap yang memenangi pemilihan bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan antara mereka.

Tambah beliau, majlis retreat selama tiga hari dua malam itu akan berlangsung di Awana, Genting Highlands.

"Kita juga akan turun ke setiap bahagian selepas pemilihan ini bagi menyatukan semula pergolakan antara pemimpin dan ahli jika ada.

"Kita akan kuatkan kembali perpaduan dan membuat blue print hala tuju pemimpin baharu yang akan kita bawa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak," katanya.

21,000 staf Maybank sertai CR 2013

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Abdul Farid Alias (tengah) turut sama meregangkan badan sebelum menyertai program jalan kaki amal sejauh tiga kilometer bersama 40 orang kanak-kanak cacat penglihatan dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak yang turut disertai 1,300 kakitangan Maybank di perkarangan Menara Maybank, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Sambutan Maybank Global Community Responsibilty (CR) 2013 yang diadakan hari ini secara serentak di semua cawangan bank itu di seluruh dunia disertai oleh 21,000 kakitangannya.

Sambutan Hari CR yang bertemakan Connecting Global Communities merupakan satu lagi kejayaan kumpulan Maybank kerana mencatatkan jumlah penyertaan yang lebih banyak daripada sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, peningkatan penyertaan dalam kalangan kakitangan Maybank itu sungguh membanggakan.

"Kita juga turut mengekalkan misi yang sama pada tahun sebelumnya iaitu memberi manfaat kepada masyarakat.

"Di samping ingin menunjukkan kesungguhan untuk kekal di dalam hati masyarakat, fokus utama program tersebut adalah bagi memastikan pembangunan kerohanian dapat dipertingkatkan dalam kalangan kakitangan dan organisasi," katanya selepas pelepasan Hand-in-Hand Charity Walk with Friends for the Blind di sini hari ini.

Program tersebut yang diadakan hari ini melibatkan murid cacat penglihatan yang berjalan berpasangan bersama salah seorang kakitangan Maybank sejauh tiga kilometer di sepanjang Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail dan Jalan P.Ramlee.

Program ini telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM52,000 yang akan disalurkan bagi membiayai projek sekolah di tiga sekolah bersepadu, tiga sekolah golongan istimewa dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Abdul Farid turut memberitahu bahawa nama Pengarah Presiden Bank Internasional Indonesia (BII) akan diumumkan minggu depan.

Pemandu teksi maut, kenderaan rempuh penghadang jalan

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Keadaan teksi mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 457.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Seorang pemandu teksi maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu melanggar penghadang jalan di Kilometer 457.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah Utara, berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini awal pagi ini.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu menyebabkan kenderaan tanpa penumpang yang dipercayai dipandu laju oleh mangsa, K. Irathianathan, 57, berpusing beberapa kali sejauh kira-kira 80 meter.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Mohon bina masjid, surau diteliti - JAIJ

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

Mohd. Anizam Jamian (empat dari kiri) menyerahkan tongkat mimbar kepada Ibrahim Md. Amin sebagai simbolik penyerahan Masjid Jamek Kampung Simpang Kiri, Pontian, Johor, baru-baru ini.

PONTIAN 28 Sept. - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan meneliti secara terperinci setiap permohonan membina masjid atau surau bagi memastikannya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan JAIJ, Mohd. Anizam Jamian berkata, permohonan itu harus diteliti sebaik mungkin kerana didapati sesetengah masjid atau surau tidak digunakan sepenuhnya.

''Beberapa aspek perlu diambil kira termasuk bilangan jemaah atau kariah di kawasan itu supaya permohonan tersebut benar-benar menepati keperluan penduduk.

"Jika ada permohonan bagi membina masjid baharu hanya untuk 40 jemaah, pasti tidak sesuai berbanding dengan kos pembinaan melebihi RM1 juta,'' katanya ketika ditemui dalam majlis penyerahan Masjid Jamek Kampung Simpang Kiri, Permas dekat sini kepada Pengerusinya, Ibrahim Md. Amin baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Jabatan Pengurusan Projek Johor Corporatian (JCorp), Mohd. Tahir Hamdan; Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Pontian, Muntaha Tuah dan Penghulu Mukim Sungai Karang, Zool Suhaifi Hassim.

Masjid yang dibina dengan kos RM1.2 juta dibina oleh JCorp bagi menggantikan masjid lama yang usang dan tidak selamat lagi digunakan oleh penduduk.

Mohd. Anizam berkata, masjid jamek itu merupakan yang ke-57 berjaya dilaksanakan di bawah projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di negeri ini bagi meningkatkan kemudahan kepada umat Islam.

"Daripada 89 masjid yang diluluskan oleh JAIJ, 57 siap dibina, manakala bakinya sedang dan akan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat," katanya.

Sementara itu, Ibrahim yang mewakili penduduk kampung berkenaan bersyukur dan gembira dengan siapnya masjid yang dinantikan pihaknya sejak 30 tahun lalu kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan para jemaah untuk mengerjakan solat dan mengadakan aktiviti keagamaan.

"Masjid sebelum ini berusia lebih 60 tahun yang dibina daripada kayu manakala ruang solat terhad dan tidak dapat menampung jemaah ramai terutama pada Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Beliau berharap, penduduk serta jemaah dapat terus mengimarahkan masjid baharu itu dengan aktiviti yang dirancang oleh pihaknya supaya memberikan faedah kepada semua pihak.

Senam elak penyakit jantung

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Ayub Rahmat (dua dari kiri) melepaskan peserta berbasikal sambil diperhatikan oleh Chin Wei Jia (kiri) sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2013 di Pasir Gudang, Johor, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 28 Sept. - Masyarakat dinasihat sentiasa melakukan senaman 'setimpal' dengan pengambilan makanan terutama mengandungi kolesterol tinggi yang menjadi punca penyakit kardiovaskular dan jantung.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pengambilan makanan berserat tinggi, rendah lemak, kurang garam dan berhenti merokok mampu membantu mengelakkan penyakit jantung yang menjadi pembunuh nombor satu di negara ini.

"Bersenam boleh membakar kolesterol dalam badan, namun kadangkala pemakanan yang diambil tidak setimpal dengan kadar senaman yang dibuat.

"Ada yang mengambil makanan berat dan tinggi kolesterol, tetapi kurang bersenam. Sepatutnya mereka perlu ambil tahu tahap kolesterol yang ada dalam makanan dan melakukan senaman yang boleh membakar kolesterol itu untuk mendapatkan gaya hidup sihat," katanya setelah melepaskan 250 penunggang basikal yang menyertai kayuhan sejauh 20 kilometer bermula di pekarangan Hospital Pakar Regency sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2013, di sini hari ini.

Beliau dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad kemudian sama-sama merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia 2013 itu.

Yang turut hadir Pesuruhjaya Persekutuan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Datuk Benjamin Hasbie; Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Ruslan Zainuddin, Ketua Lembaga Pelawat hospital berkenaan yang juga Pengurus Besar Seri Alam Properties, Frankie Tan Kiat How dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Regency, Chin Wei Jia.

Program tersebut mendapat sambutan baik dengan dihadiri lebih 1,000 orang khususnya penduduk di kawasan Seri Alam.

Selain berbasikal, turut diadakan acara berjalan kaki sejauh enam kilometer, pemeriksaan kesihatan percuma, sesi bertanya kepada doktor pakar, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan cabutan bertuah bagi para pengunjung.

Sementara itu, Benjamin yang turut menyertai acara berbasikal bersama Ruslan dan kumpulan berbasikal Happy Riders Connect menyambut baik usaha yang diambil hospital berkenaan seiring dengan matlamat Iskandar Malaysia ke arah masyarakat rendah karbon.

"Sasaran kita jelas, kita akan wujudkan lorong berbasikal bukan sahaja di Nusajaya tetapi di semua flagship dalam Iskandar Malaysia. Dalam usaha ini, kita akan berusaha untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya selain menerapkan berbasikal sebagai satu budaya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Cadangan agihan BR1M dua kali tahun depan - Ahmad Husni

Posted: 29 Sep 2013 01:13 AM PDT

IPOH 29 Sept. - Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.

Sungguhpun begitu, beliau berkata, nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini.

"Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M.

"Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini hari ini.

Katanya, kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.

Ahmad Husni berkata, apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.

"Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti," katanya.

Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.

Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250. - BERNAMA

PRK Sungai Limau: SPR mesyuarat Khamis

Posted: 29 Sep 2013 01:09 AM PDT

PUTRAJAYA 29 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis depan (3 Okt) di ibu pejabatnya di sini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, di Kedah.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N.20 Sungai Limau daripada Dewan Undangan Negeri Kedah awal hari ini.

"Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan membincangkan tarikh seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan.

"Selepas itu akan diikuti dengan satu sidang media oleh Pengerusi SPR," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak Khamis lepas.

Azizan, bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Allahyarham menjalani rawatan lebih empat bulan berikutan masalah kesihatan yang serius. - BERNAMA

Jemaah Malaysia keempat meninggal akibat serangan jantung

Posted: 29 Sep 2013 01:04 AM PDT

MAKKAH 29 Sept. - Seorang lagi jemaah haji Malaysia, Shafei Othman, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di sini malam tadi.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH), Anis Zuhani Ahmad berkata, Shafie adalah jemaah keempat yang meninggal dunia akibat serangan jantung di tanah suci.

Beliau dilaporkan meninggal dunia pukul 9.30 malam ketika berada dalam bilik penginapan di Maktab Disyarah Al Mawadah di sini.

Shafie berasal dari Felda Tenam, Jertih, Terengganu datang ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya Rafidah Mat Husin pada 26 Sept lepas.

Jenazah Shafie diurus oleh TH dan akan dikebumikan selepas solat subuh di tanah perkuburan Syara'ek.

Sebelum ini, tiga jemaah warga emas dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Madinah dan Makkah. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved