Ahad, 29 September 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sorok 26 PATI dalam 4X4

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

SYED Basri Syed Ali (dua dari kiri) memeriksa pendatang asing tanpa izin yang ditahan di Kem Unit Pencegah Penyeludupan Chuping, Padang Besar, Perlis, semalam. - BERNAMA

PADANG BESAR 28 Sept. - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping menahan seorang tekong darat setelah cuba menyeludup masuk 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita di dalam sebuah pacuan empat roda (4X4) semalam.

Ketika kesemuanya ditahan di ladang tanaman anak getah, Felda Chuping dekat sini pada pukul 1.30 petang, mereka sedang bersesak-sesak di dalam kenderaan itu yang telah ditanggalkan tempat duduk belakangnya.

Komander UPP Chuping, Asisten Supritendan Syed Basri Syed Ali berkata, hasil pemeriksaan mendapati PATI itu yang terdiri daripada 25 orang warga Myanmar dan seorang lagi, Bangladesh, baru sahaja melepasi pagar sempadan Malaysia-Thailand dalam jarak dua kilometer.

"Pasukan UPP yang menjalankan intipan di situ telah melihat kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan keluar dari kawasan ladang getah lalu mengejar dan memintasnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Syed Basri berkata, tekong yang berusia 34 tahun dan PATI berusia 14 hingga 57 tahun itu telah dibawa ke kem UPP Chuping bagi siasatan lanjut.

Beliau berkata, tekong darat tersebut dipercayai mendapat upah daripada sindiket di negara jiran untuk mengambil dan membawa PATI berkenaan ke lokasi tertentu di negara ini.

"Tekong itu akan didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang dan Migran 2007 yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan denda jika didapati bersalah," ujarnya.

Syed Basri berkata, kesemua PATI itu pula akan dibawa ke sebuah rumah pelindungan bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Kes jenayah juvana meningkat 26 peratus

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

BUTTERWORTH 28 Sept. — Kes jenayah kekerasan yang melibatkan juvana di Pulau Pinang meningkat sebanyak 26 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) berkata, ia adalah sesuatu yang membimbangkan dan orang ramai terutama ibu bapa perlu bersama-sama membendung jenayah di kalangan juvana.

"Dari Januari sehingga September tahun ini, sebanyak 92 kes jenayah melibatkan juvana berbanding hanya 66 kes bagi tempoh sama tahun lepas, peningkatan sebanyak 26 peratus.

"Kes-kes jenayah terutama berkaitan kekerasan itu berlaku di dalam dan di luar sekolah dan polis perlukan kerjasama daripada semua pihak bagi membendungkan kegiatan berkenaan," katanya.

Abdul Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar untuk murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pulau Pinang di Dewan Sree Mariamman, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Syed Jaafar Syed Ali dan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin. — BERNAMA

Nelayan dikhuatiri mati lemas

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Ling See Young

MANJUNG 28 Sept. - Seorang nelayan dikhuatiri mati lemas selepas dipercayai terjatuh daripada botnya ketika menangkap udang di perairan kawasan Batu 8, Lekir, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi ketika Ling See Young, 68, bersama rakan-rakannya turun ke laut menaiki bot masing-masing dalam keadaan cuaca buruk dan laut bergelora.

Rakan mangsa yang dikenali sebagai Ling memberitahu, mereka yang bekerja sebagai nelayan sering berkunjung ke kawasan berkenaan untuk menangkap udang.

"Kami keluar menangkap udang seperti biasa dan ketika itu angin bertiup kencang dan ombak kuat.

"Bimbang sesuatu yang buruk, saya telah memanggil See Young dan rakan-rakan lain untuk pulang. Semasa panggilan pertama saya lihat dia masih di dalam botnya namun sebaik sahaja saya berpaling untuk kali kedua, dia telah hilang," katanya ketika ditemui di sini.

Ling berkata, dia tidak menyedari kehilangan See Young kerana tidak mendengar sebarang jeritan atau meminta pertolongan.

"Saya segera memaklumkan kepada rakan-rakan lain bahawa See Young telah hilang dan kami bersama-sama mencarinya. Bagaimanapun dia gagal ditemui," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Ismail Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.30 pagi dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan di lokasi mangsa dipercayai terjatuh dan sekitar jeti Pasir Panjang.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved