Rabu, 23 November 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Kaji beri RM100 pelajar Tingkatan 6

Posted:

Kaji beri RM100 pelajar Tingkatan 6

Kaji beri RM100 pelajar Tingkatan 6

MACHANG 23 Nov. - Kerajaan akan mengkaji untuk turut menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar di tingkatan enam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan perancangan awal, pelajar tingkatan enam tidak tersenarai dalam kumpulan yang layak menerima bantuan tersebut yang diumumkan dalam Bajet 2012.

"Walaupun peringkat awal kita tidak senaraikan tingkatan enam, kita akan tengok keadaannya, yang kita bayar sekarang ini hanya tingkatan lima, jadi kalau tingkatan enam itu sudah luar sikit kerana mereka ini pra universiti. Kita akan kaji sama ada wajar atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan Machang (2) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Datuk Makhtar Mustapha.

Ditanya mengenai kemungkinan Mustapa dicalonkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan penerimaan dan sokongan rakyat kepada beliau, Muhyiddin berkata, perkara tersebut akan diambil kira oleh pucuk pimpinan parti dan ia akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden parti.

Apa yang pasti, katanya, Mustapa dan jentera parti perlu bekerja keras supaya momentum sokongan rakyat dan gelombang merah dijadikan suatu gelombang besar yang membawa perubahan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Full content generated by Get Full RSS.

100 murid SK Tebrau terima bantuan persekolahan MRCB

Posted:

100 murid SK Tebrau terima bantuan persekolahan MRCB

100 murid SK Tebrau terima bantuan persekolahan MRCB


SHAHARUDDIN Mohamed (berdiri belakang, kiri) dan Mok Chek Hou (baju biru) bersama murid SK Tebrau Bakar Batu di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 23 Nov. - Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) menyumbang beberapa peralatan sekolah berupa beg dan kasut kepada 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tebrau, Bakar Batu, di sini hari ini.

Sumbangan itu diserahkan pada Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Tokoh Murid dan Projek Pemimpin Muda MRCB 2011 bagi meringankan beban keluarga murid-murid tersebut.

Ia disampaikan Pengarah Projek MRCB, Shaharuddin Mohamed. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou dan guru besar sekolah berkenaan, Kamilan Elias.

Selepas majlis itu, Chek Hou turut merasmikan gelanggang futsal sekolah tersebut yang dibina dengan kos RM150,000 sumbangan MRCB untuk kegunaan dan kemudahan murid-murid.

Shaharuddin berkata, gelanggang itu diharap dapat dimanfaatkan untuk aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah tersebut yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan berkenaan.

"Kita berharap murid-murid SK Tebrau bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga pencapaian sukan," katanya yang juga Pengarah Program Tanggungjawab Sosial Korporat MRCB.

Sementara itu, Chek Hou meminta MRCB yang menjadikan sekolah tersebut sebagai anak angkat agar menaik taraf kemudahan dan peralatan di situ yang berada dalam keadaan daif.

Beliau berharap bantuan dan sumbangan itu akan berterusan walaupun projek MRCB akan siap tidak lama lagi kerana sekolah tersebut masih memerlukan banyak perhatian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Semua miliki kad pelajar kolej

Posted:

Semua miliki kad pelajar kolej

Semua miliki kad pelajar kolej

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Polis mengesahkan kesemua 75 warga Afrika termasuk wanita yang ditahan semalam, kerana terlibat dengan penipuan dalam talian adalah pelajar kolej swasta.

Pengesahan tersebut berdasarkan pengakuan serta kad pelajar dimiliki warga Afrika terbabit yang diserahkan kepada polis.

Sumber memberitahu, bagaimanapun terdapat nama dan lokasi kolej swasta itu mencurigakan seperti berada di kawasan rumah kedai, selain pengesahan pengiktirafan daripada kerajaan yang disyaki palsu.

Menurutnya, selain itu siasatan turut mendedahkan suspek menggunakan warga tempatan sebagai 'keldai' dalam urusan perbankan.

"Suspek dikesan mengupah warga tempatan dalam urusan penipuan termasuk menggunakan nama mereka untuk membuka akaun di bank tempatan.

"Dengan cara itu, mangsa akan lebih yakin ketika membuat pembayaran kerana pemegang akaun ialah warga tempatan, kononnya pegawai Jabatan Imigresen, kakitangan bank atau anggota polis," katanya kepada Utusan Malaysia di dini hari ini.

Menurut sumber itu, daripada kesemua mereka, 50 warga tersebut telah dirujuk kepada Jabatan Imigresen kerana kesalahan melibatkan dokumen perjalanan dan pengenalan.

"Jika sebelum ini, suspek yang ditahan Jabatan Imigresen, dapat memasuki semula negara ini selepas diusir dengan mengguna pengenalan diri palsu.

"Tetapi dengan adanya sistem biometrik di pintu masuk negara, pihak berkuasa dapat mengesan pengenalan diri asli warga asing itu jika mereka pernah melakukan kesalahan sebelum ini dan diusir," jelas beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli militan sembelih manusia

Posted:

Ahli militan sembelih manusia

Ahli militan sembelih manusia

Oleh SHARILFUDDIN SAARI dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kumpulan 13 anggota militan Darul Islam (DI) yang ditahan di Sabah baru-baru ini, mampu mengancam keselamatan negara kerana ada ahli mereka yang menyembelih penganut agama lain atas nama jihad.

Perkara itu terbongkar melalui satu rakaman video berdurasi selama 20 minit yang bertajuk Pesta Philippines Bahagian A serta B dan boleh dilihat di laman sosial Youtube.

Rakaman tersebut menunjukkan anggota militan itu, Amin Bacho, 28, berasal dari Tawau, menyembelih lima penduduk selatan Filipina, sambil Amin bersama seorang anggota Abu Sayyaf memegang kepala mangsa.

Aksi kejam yang dipertontonkan itu menunjukkan mayat-mayat yang disembelih, ditendang-tendang dan ditinggalkan manakala, kepala-kepala mangsa dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang.

Selain Amin, seorang lagi anggota kumpulan itu, Jeknal Adil, 27, turut dihantar menggunakan laluan haram ke Filipina, Disember lalu untuk menjalani latihan ketenteraan serta pendedahan jihad bersama-sama kumpulan Abu Sayyaf.

Kedua-duanya yang diburu, kini mendapat perlindungan kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, malah turut terlibat dalam beberapa pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina.

Latihan ketenteraan itu sebagai persiapan untuk kumpulan tersebut melancarkan serangan di Malaysia bagi menggulingkan kerajaan yang didakwa tidak 'Islamik' atau 'taghut'.

Menurut sumber, kumpulan militan DI menggunakan klip video tersebut untuk merekrut anggota-anggota baru sebelum dihantar berjihad di selatan Filipina.

"Hasil maklumat, lima anggota DI dari Tawau yang ditahan itu telah direkrut dan dalam proses akhir untuk diseludup masuk secara haram bagi berjihad di Selatan Filipina.

"Semua program rekrut dan penghantaran ke kem latihan di Filipina dikendalikan oleh anggota kanan DI yang juga 'tokoh' agama di Tawau.

"Daripada 13 yang ditahan, dua merupakan guru sekolah di Tawau manakala seorang lagi guru swasta," kata sumber itu.

Tambah sumber itu, usaha menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dikesan sejak 2009 dan terbongkar dengan penahanan 13 individu tersebut.

Polis baru-baru ini mengesahkan wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dengan penahanan 13 anggota kumpulan itu sejak minggu lalu.

Kesemua yang ditahan itu ditempatkan di ibu negara untuk siasatan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas, UMNO bersatu isu royalti lebih mudah – TPM

Posted:

Pas, UMNO bersatu isu royalti lebih mudah – TPM

Pas, UMNO bersatu isu royalti lebih mudah – TPM

KOTA BHARU 23 Nov. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Pas Kelantan akan dapat diselesaikan dengan lebih mudah sekiranya Pas dan UMNO berada dalam 'pasukan' yang sama biarpun ia melibatkan proses perundangan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan Pusat memang serius untuk menyelesaikan isu tersebut dan ia telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

"Dalam isu royalti, jawapan yang paling mudah daripada saya ialah, kalau dua-dua (Pas dan UMNO) duduk sekali ia akan dapat diselesaikan dengan mudah tetapi jika duduk di sana, satu duduk di sini payah untuk kita selesaikan.

"Kami di peringkat Pusat bertimbang rasa walaupun soal royalti masih belum ada keputusan muktamad yang dikemukakan oleh kerajaan negeri dan ia dibincangkan dalam Kabinet.

"Tetapi tidak bermakna tanpa royalti program-program pembangunan untuk rakyat Kelantan terbatal atau kita lupakan pembangunan, cuma soalnya, isu ini berkaitan dengan perundangan dan perlembagaan tetapi proses ini mudah jika Pas dan UMNO duduk dalam pasukan yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi dialog Majlis Perjumpaan Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tolak kerajaan Pas Kelantan - Zahid

Posted:

Tolak kerajaan Pas Kelantan - Zahid

Tolak kerajaan Pas Kelantan - Zahid

Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Rakyat Kelantan diseru supaya menghukum dan menolak kerajaan negeri pimpinan Pas pada pilihan raya umum akan datang kerana gagal menyediakan air bersih secara meluas kepada penguna sungguhpun telah menguasai negeri itu selama lebih 20 tahun.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masalah kekurangan air bersih di negeri tersebut perlu dijadikan penanda aras utama mengenai keupayaan kerajaan Pas yang memerintah Kelantan kini.

"Hadis ada menyebut bahawa akal yang sihat terletak pada badan yang sihat dan badan yang sihat terletak pada apa yang dinikmati oleh badan, termasuklah air sebagai salah satu bahan utama pemakanan kita.

"Oleh sebab itu, tolaklah makanan yang tidak elok dengan cara menolak orang (kerajaan) yang tidak dapat memberi makanan yang tidak elok (kepada kita)," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sejak Ahad lalu menyiarkan laporan khas empat siri mengenai kualiti rendah bekalan air bersih di Kelantan akibat kegagalan pengurusan kerajaan Pas dan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Dalam laporan-laporan berkenaan, pelbagai penemuan diperoleh menerusi ujian klinikal serta tinjauan orang ramai antaranya mengenai ancaman leptospirosis serta lebihan kandungan logam dalam air seperti arsenik, plumbum, mangan dan besi.

Siri akhir laporan khas akhbar ini hari ini pula menyiarkan mengenai masalah kerosakan gigi yang mengancam 95 peratus kanak-kanak Kelantan akibat kekurangan fluorida apabila hanya lima daripada 29 loji rawatan air di negeri itu mempunyai sistem pemfluoridaan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid mencabar kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor supaya mengotakan kata untuk mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan atau lebih sesuai selepas Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.

Katanya, pilihan raya negeri yang berasingan daripada PRU memberikan kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk kembali menguasai Selangor apabila segala tumpuan dapat diberikan kepada kempen pilihan raya negeri itu nanti.

"Saya tidak fikir mereka (PKR dan pembangkang) akan menang kerana sebahagian besar manifesto yang mereka janjikan pada 2008 tidak dapat dipenuhi dan tentu sekali rakyat tidak boleh dibutakan dengan janji-janji berbentuk retorik.

"Saya minta Tan Sri Abdul Khalid (Menteri Besar Selangor) buat berasingan kerana saya kenal beliau sejak 1977 sewaktu kami bersama-sama di Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Beliau cukup baik sebagai tokoh korporat tetapi belum tentu baik sebagai tokoh politik," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Hari Berjalan Kaki Sedunia

Posted:

Hari Berjalan Kaki Sedunia

Hari Berjalan Kaki Sedunia

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
utusanktn@gmail.com


Para peserta melakukan senaman ringan beberapa minit sebelum memulakan berjalan kaki sejauh tiga kilometer.


KUANTAN 23 Nov. - Masalah kesihatan dan berat badan berlebihan sudah menjadi lumrah dalam masyarakat hari ini.

Di Malaysia, perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir separuh daripada penduduk negara ini mempunyai berat badan berlebihan atau obesi.

Memandangkan 26.5 peratus kanak-kanak di negara ini mempunyai berat badan berlebihan, masyarakat perlu sentiasa dinasihatkan supaya bersenam untuk menjaga kesihatan.

Namun, berapa ramaikah yang mengikut nasihat itu?

Menyedari hakikat tersebut, Nestle (M) Bhd., dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menganjurkan program Hari Berjalan Kaki Sedunia di Taman Gelora di sini baru-baru ini.

Program itu turut berlangsung serentak di lima lokasi lain di seluruh negara iaitu di Taman Perbandaran Pulau Pinang; Kompleks Sukan Air, Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan (P) Putatan, Sabah; Waterfront, Sarawak serta Taman Tasik Merdeka, Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru.

Mereka yang menyertai acara itu berjalan sejauh tiga kilometer bersamaan 4,000 langkah.

Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Peter Vogt berkata, program itu memberi peluang kepada orang ramai datang bersama keluarga dan rakan untuk kesihatan diri, menyegarkan minda dan menikmati kebaikan berjalan.

"Kami menggalakkan masyarakat setempat memulakan Hari Berjalan Kaki bersama jiran mereka sepanjang tahun.

"Nestle akan menyokong aktiviti itu menerusi pelbagai aktiviti seperti membekalkan baju T, memberi ceramah tentang pemakanan dan senaman serta sampel produk," katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada majlis perasmian program itu di Taman Gelora oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, baru-baru ini

Mengulas lanjut Vogt berkata, misi Nestle adalah menyampaikan kepada orang ramai bahawa pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan mereka bukan dengan hanya mengambil makanan serta minuman yang bersesuaian.

Sebaliknya beliau berkata, mereka juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman walaupun dengan hanya berjalan.

Tambahnya, orang ramai yang menyertai program itu tahun ini turut menjayakan satu usaha murni apabila Nestle berjanji menyumbang RM1 bagi setiap kilometer yang dilalui oleh peserta berdaftar.

"Sumbangan itu bagi pembelian 100 kerusi roda untuk golongan kurang bernasib baik," katanya.

Sementara itu Vogt berkata, Nestle telah menganjurkan lebih daripada 90 Hari Berjalan Kaki di seluruh negara sebagai acara sampingan sebelum program Hari Berjalan Kaki Sedunia dilaksanakan.

Full content generated by Get Full RSS.

Program galak budaya sihat - Adnan

Posted:

Program galak budaya sihat - Adnan

Program galak budaya sihat - Adnan

KUANTAN 23 Nov. - Kira-kira 4,000 orang menyertai program Hari Berjalan Kaki Sedunia 2011 anjuran Nestle (M) Bhd., dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Taman Gelora di sini baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, program itu tiada kaitan dengan apa-apa kempen atau tujuan tertentu sebaliknya bagi menggalakkan budaya hidup sihat di kalangan rakyat.

"Berjalan merupakan cara terbaik untuk kita beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia akan menggerakkan segala otot luaran serta dalaman.

"Ia juga bagi membantu mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis dan masalah berat badan berlebihan atau obes," katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut Adnan berkata, orang ramai perlu menjadikan senaman berjalan kaki sebahagian daripada gaya hidup sihat yang bukan saja dapat memantapkan kesihatan, tetapi mampu mencegah penyakit.

Peserta program itu, Sarah Zainal, 44, berkata, berjalan patut dijadikan sebagai aktiviti harian bagi membendung masalah penyakit kronik.

"Semakin ramai rakyat diserang pelbagai penyakit kronik antaranya obesiti, penyakit jantung dan darah tinggi. Oleh itu, aktiviti fizikal seperti berjalan sangat penting kepada masyarakat untuk kekal sihat," katanya.

Seorang lagi peserta, Hanafiah Johar, 46, berkata, dia menyertai program itu bersama ahli keluarga.

"Ramai orang enggan bersenam kerana mereka menganggap senaman sebagai aktiviti berat yang memerlukan masa dan komitmen sedangkan ia sebenarnya mudah dilakukan," katanya.

Bagi Andy Ng, 25, pula, ini merupakan kali pertama dia menyertai program seperti itu dan mengetahui tentangnya melalui akhbar.

Menurutnya, dia mengamalkan berjalan setiap hari untuk menjaga kesihatan terutama bagi mengelak daripada menghidap penyakit yang boleh membawa maut seperti jantung.

Full content generated by Get Full RSS.

Usaha bendung gejala rasuah

Posted:

Usaha bendung gejala rasuah

Usaha bendung gejala rasuah

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOFutusanpahang@utusan.com.my


Adnan Yaakob, Abu Kassim Mohamed (duduk tengah) bersama penerima anugerah pada majlis penutupan seminar rasuah di Kuantan, kelamrin.


KUANTAN 23 Nov. - Pahang menjadi negeri pertama membincangkan secara sistematik usaha membendung gejala rasuah melalui usaha yang dilakukan sektor perkhidmatan awam dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perbincangan melalui Seminar Merempuh Cabaran dan Tingkatkan Hasil Negeri yang diadakan selama tiga hari di sini bertujuan mencari kaedah terbaik membendung gejala tersebut selain mengelakkan ketirisan pendapatan kerajaan negeri.

Beliau menambah, melalui seminar itu, ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan kesedaran dalam meningkatkan hasil kerajaan negeri dengan cara menolak rasuah bagi setiap urusan pentadbiran.

"Saya melihat SPRM sudah mempunyai peningkatan dari segi integriti membanteras rasuah dan penganjuran seminar ini akan memberi pemahaman kepada kakitangan awam dalam membendung gejala itu sekali gus meningkatkan hasil pendapatan negeri," katanya selepas menutup seminar tersebut di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah SPRM Pahang, Moh Samsudin Yusof.

Pada majlis itu, seramai 12 pegawai dan kakitangan awam menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM3,000 sumbangan kerajaan negeri kerana melaporkan pemberian rasuah di bawah Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Malah Abu Kassim memuji kerajaan Pahang menganjurkan seminar tersebut kerana memberi pemahaman jelas mengenai kaedah dan cara untuk membendung rasuah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Janji tentera Mesir ditolak

Posted:

Janji tentera Mesir ditolak

Janji tentera Mesir ditolak


Penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis anti rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata semasa pertempuran dekat Dataran Tahrir di Kaherah, semalam. - REUTERS


KAHERAH 23 Nov. - Pengerusi Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir, Mohamed Hussein Tantawi yang berusaha menamatkan tunjuk perasaan jalanan yang mengorbankan 37 orang setakat ini, berjanji untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada rakyat secepat mungkin.

Namun kenyataan itu tetap tidak dapat menyakinkan beribu-ribu penunjuk perasaan tegar yang masih bertempur dengan polis sepanjang malam tadi dan seorang lagi lelaki dilaporkan terbunuh awal hari ini di bandar kedua terbesar, Iskandariah iaitu satu daripada beberapa bandar yang bergolak.

Polis rusuhan yang mengawal laluan ke Kementerian Dalam Negeri berhampiran Dataran Tahrir pula melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan peluruh getah untuk menyuraikan perusuh yang membalas dengan membaling batu ke arah polis, sepanjang malam tadi.

Tantawi yang mengetuai majlis tentera yang memerintah Mesir sejak tunjuk perasaan besar-besaran menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu, berjanji untuk melantik presiden pilihan rakyat pada Jun tahun depan, kira-kira enam bulan lebih awal daripada tarikh sebelum ini.

Beliau turut mengesahkan pilihan raya Parlimen bebas pertama dalam tempoh beberapa dekad akan bermula Isnin ini, selain mengumumkan majlis tentera telah menerima peletakan jawatan perdana menteri rakyat dan anggota Kabinetnya.

Tantawi bagaimanapun mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan yang kebanyakannya golongan muda di Dataran Tahrir dan beberapa bandar lain dengan mengusulkan satu pungutan suara sama ada pemerintah tentera perlu ditamatkan lebih awal.

Tindakan itu disifatkan ramai pihak sebagai helah untuk merayu sokongan rakyat Mesir yang bimbang pergolakan akan berterusan dan menjauhkan mereka dengan aktivis muda.

Pilihan raya Parlimen yang akan bermula Isnin ini adalah rancangan yang diputuskan pada mesyuarat antara tentera dan ahli politik, tetapi ia akan mengambil masa sehingga Januari depan untuk selesai.

Namun tidak jelas bagaimana pungutan suara mengenai pemerintah tentera akan dilaksanakan dan alternatif lain yang mungkin diusulkan sehinggalah pilihan raya presiden Jun depan. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Blogger Singapura disiasat siar gambar hina Islam

Posted:

Blogger Singapura disiasat siar gambar hina Islam

Blogger Singapura disiasat siar gambar hina Islam

SINGAPURA - Polis Singapura sedang menyiasat seorang blogger selepas dia dilapor menyiarkan gambar menghina Islam di akaun Facebooknya, kes ketiga seumpamanya di Singapura dalam tempoh seminggu.

Donaldson Tan yang juga editor laman web komentar New Asia Republic dilapor menyiarkan gambar Kaabah bersama khinzir disertai kenyataan 'ini adalah mesej hasutan. Anda diberi amaran'.

Tan dalam reaksinya kepada Channel NewsAsia berkata, dia menyiarkan gambar tersebut bagi menyedarkan orang ramai tentang perbuatan hasutan yang kini berleluasa di Facebook.

Dia juga enggan menarik balik penyiaran gambar itu walaupun didesak rakan-rakan Facebooknya kerana percaya kepada kebebasan suara dan menurutnya Islam adalah agama yang boleh dipersoalkan.

Tan turut mengakui, sebagai seorang bukan Islam tindakannya itu bersifat anti Islam dan boleh menimbulkan kemarahan di Internet.

Ini merupakan kes ketiga bersifat perkauman dan menghina agama di Singapura dalam tempoh seminggu.

Kes pertama melibatkan bekas anggota sayap Pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jason Neo yang disiasat kerana kenyataannya di dalam Facebook yang menghina kanak-kanak Melayu yang menaiki bas sekolah.

Beberapa hari kemudian, anggota tentera kebangsaan (NSF), Christian Eliab Ratnam disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar teks berbunyi 'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian yang dikuat kuasakan secara paksa'.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata, polis sedang menyiasat beberapa aduan melibatkan kenyataan menghina agama di Internet dan meminta orang ramai bersabar sementara siasatan dijalankan.

MHA turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyiarkan ulasan tentang agama yang boleh menyakitkan hati di Internet kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan permohonan Utusan batal saman Mohamad Sabu, 6 Disember

Posted:

Keputusan permohonan Utusan batal saman Mohamad Sabu, 6 Disember

Keputusan permohonan Utusan batal saman Mohamad Sabu, 6 Disember

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Permohonan Utusan Melayu (M) Bhd. untuk membatalkan saman Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Disember depan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Datuk John Louis O'hara selepas selesai mendengar hujahan peguam kedua-dua pihak pada pukul 3.30 petang ini.

Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin pada 27 Oktober lalu telah memfailkan permohonan membatalkan saman Mohamad terhadap mereka yang dinamakan sebagai pihak defendan.

Dalam hujahannya, Firoz Hussein berkata, Mohamad selaku plaintif telah gagal memberikan butir-butir yang mencukupi berhubung penerbitan yang didakwa berunsur fitnah bagi menyokong tuntutan samannya itu.

Menurut beliau, kenyataan sokongan itu merupakan satu keperluan serta membentuk prasyarat yang dikehendaki di bawah Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dalam writ saman fitnah.

Peguam tersebut menyifatkan tuntutan Mohamad tersebut sebagai penyalahgunaan proses mahkamah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta berdasarkan alasan-alasan itu, mahkamah wajar membatalkan tindakan saman tersebut.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad pula berhujah bahawa kes tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dibatalkan oleh mahkamah tanpa melalui perbicaraan penuh.

Beliau turut berkata, isu yang dibangkitkan oleh pihak defendan adalah dari segi teknikal dan prosedur.

Ujarnya, ia merupakan percubaan defendan untuk membangkitkan bantahan misalnya sama ada kegagalan mematuhi prosedur boleh menimbulkan prejudis kepada defendan atau ia boleh menyebabkan keadilan gagal dilaksanakan.

Katanya, sungguhpun butir-butir sokongan tidak dikemukakan, ia bukannya satu alasan untuk membatalkan saman plaintif.

Sebagai alternatif, seandainya berlaku sebarang ketidakpatuhan di pihak plaintif, Mohamed Hanipa memohon mahkamah membenarkannya membuat pindaan dan tidak membatalkan tuntutan tersebut.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu memfailkan saman tersebut pada 14 September lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah.

Penerbitan ketiga-tiga artikel terbabit adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Mohamad mendakwa, penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menggambarkan bahawa beliau penyokong pengganas komunis, telah terkeluar daripada ajaran Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Belum sampai tahap Playboy

Posted:

Belum sampai tahap Playboy

Belum sampai tahap Playboy

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN dan NOOR AZLINA JAAFAR


MENGAKUI teruja untuk membintangi filem Khon Malay, Zarina Anjoulie sudah pun mengikuti latihan intensif sejak tiga minggu lalu.


TIDAK habis-habis aktres muda ini dihambat kontroversi sehingga ada yang sudah jelik dengan cerita-cerita panas yang dicetuskan dirinya sejak awal menceburkan diri dalam dunia seni.

Sehinggakan ada yang beranggapan Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul atau lebih mesra disapa Anju ini tidak layak untuk berada di dalam industri lantaran tiada apa pencapaiannya yang boleh dibanggakan.

Beberapa minggu lalu, sekali lagi nama Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar luas di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia.

Mana tidaknya. Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan ramai pihak apabila ia memperlihatkan sebahagian besar payu daranya.

Dengan tindakan beraninya itu yang menambahkan lagi koleksi cerita kontroversi, secara automatik Anju telah dilabelkan sebagai ratu kontroversi.

Namun, bagi anak jati Kuala Lumpur itu, dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya kerana sudah menjadi resmi masyarakat yang pasti akan terus memandang serong kepadanya waima apa keadaan sekali pun.

Malah, dengan penuh tegas juga Anju memberitahu, dia sama sekali tidak menyesal dan tidak akan meminta maaf kepada mana-mana pihak.

"Kalau saya tak buat, orang tetap akan kata, saya buat juga. Jadi, lebih baik saya buat walaupun bukan saya yang mencipta kontroversi itu. Pernah saya meminta maaf sebelum ini tetapi orang tetap menuding jari kepada saya.

"Sebelum ini pun, ada juga kontroversi yang berlaku yang tiada kena-mengena dengan saya tetapi saya tetap dipersalahkan dan dikaitkan.

"Bukan itu sahaja, kalau saya duduk diam-diam di rumah, tetap ada juga cerita yang kurang enak dan tidak betul tentang diri saya yang keluar.

"Jadi, dalam konteks cerita terbaru yang dijaja ramai pihak ini, saya tidak kisah dengan apa yang orang mahu katakan terhadap saya. Malah, saya juga menafikan sengaja mencari publisiti murahan kerana itu bukan strategi saya," jelas Anju ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran filem terbarunya, Khon Malay di ibu negara, baru-baru ini.

Tidak kisah

Mengenai jolokan ratu kontroversi yang diberikan kepadanya, Anju sedikit pun tidak kisah tentangnya kerana sebelum ini pun katanya, dia sudah dilabelkan dengan pelbagai hinaan dan cacian.

Sehinggakan dia sendiri sudah lali dengannya dan tidak mengambil peduli tentang apa yang mahu diperkatakan oleh masyarakat tentang dirinya.

Namun, satu yang pasti tegas Anju, dia tidak kisah dihina mahupun dicaci tetapi dia cukup pantang apabila nama ibu dan bapanya turut dikaitkan sekali.

"Cakaplah apa sahaja tentang diri saya. Memang saya tidak kisah tetapi jangan sampai melibatkan ibu dan ayah saya. Ini sebenarnya penyakit masyarakat kita yang suka mencaci orang sewenang-wenangnya walhal diri mereka juga tidak sempurna.

"Saya sendiri pelik mengapa orang luar mahu bising-bising dan membuat kecoh apabila membabitkan diri saya.

"Sedangkan kalau diperhatikan, ada juga artis wanita yang seksinya tidak kurang daripada saya tetapi tidak pula menjadi mangsa cemuhan dan kritikan. Bukankah itu sesuatu yang tidak adil?

"Saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan sama sekali tidak akan menjadi orang lain hanya kerana mahu memuaskan hati semua pihak.

"Saya tahu ada artis yang boleh buat begitu tetapi tidak saya. Maaf, saya bukan orang hipokrit," jelas anak kelima daripada lapan beradik ini memberikan hujahnya.

Dibayar

Begitu juga dengan sesi fotografi dengan FHM apabila Anju mendedahkan dia telah menolak tawaran majalah tersebut sebanyak dua kali.

Alasannya, Anju tidak mahu bergaya seksi seperti mana yang dimahukan oleh pihak majalah tersebut.

Lalu, apabila gambar-gambar seksinya dalam majalah tersebut sudah tersebar, apakah sebenarnya yang ingin cuba dibuktikan oleh Anju?

"Saya dibayar untuk bergambar di majalah itu dengan bayaran yang boleh saya katakan sangat memuaskan. Jadi, saya menerima tawaran itu.

"Namun, sewaktu menjalani fotografi dengan mereka di Jakarta, Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik mendadak.

"Secara tidak langsung, ia menjadikan tubuh dan payu dara saya berubah bentuk. Ditambah pula dengan pakaian yang mereka sediakan, semuanya ketat.

"Hasilnya, gambar-gambar itu nampak sangat seksi dan itu pun saya sudah berusaha untuk menutup bahagian-bahagian tertentu. Dalam beratus-ratus gambar yang diambil, gambar-gambar itu yang menjadi pilihan mereka.

"Bagi saya, tiada apa yang hendak dikecohkan tentang gambar-gambar itu. Bagi saya, ia hanyalah seksi sahaja bukannya sampai saya bogel pun.

"Orang lain yang mencetuskan kontroversi itu, bukannya saya yang memuat naik gambar itu di internet," jelas Anju panjang lebar sambil enggan mendedahkan bayaran yang diterimanya untuk sesi fotografi itu.

Alasan

Apabila Anju memberitahu dia dibayar untuk beraksi berani dan panas sedemikian di hadapan kamera, tidak hairanlah seandainya dia sanggup bergambar bogel selepas ini jika ada tawaran yang mahukan dirinya berbuat begitu seperti majalah Playboy misalnya?

Sambil menghela nafas, kata Anju, dia tidak pernah memikirkan sampai ke tahap mahu menelanjangkan dirinya di hadapan kamera.

Malah, dia tidak mahu ada pihak yang salah faham dan menganggap dirinya sengaja mahu menjual tubuh apabila mengatakan sesi fotografi tersebut dibayar.

Seperti mana yang dikatakannya, alasan dia menerima tawaran FHM adalah kerana mereka memberitahu, hasilnya tidak keterlaluan.

"Saya sendiri pelik dengan masyarakat kita ini yang suka mencari salah orang lain. Apa yang dilakukan oleh artis, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

"Apabila ada yang cuba seksi sikit, mulalah mereka hendak melenting dan mengecam tidak tentu pasal. Bukan itu sahaja, apabila ada artis bertudung dan memakai hijab seperti penyanyi Waheeda, dituduh pula sengaja mahu mencari publisiti murah.

"Lantaklah apa yang orang nak kata. Kehidupan saya biarlah saya kemudinya sendiri. Saya tidak mampu menutup mulut orang. Saya selesa dengan cara saya begini," kata Anju yang mula dikenali menerusi drama rantaian Anak Pontianak pada tahun 2007 ini lagi.

Tidak hanya dengan kontroversi itu, Anju juga dikatakan melancarkan perang dingin di Twitter bersama aktor dan pengacara kacak, Awal Ashaari.

Ketika diminta mengulas tentang insiden itu, Anju hanya menjawab: "Maaf, saya tidak mahu lagi komen tentang isu itu. Anggap sahaja semuanya sudah selesai. Saya dan Awal juga sudah berbincang. Kami tidak mahu memanjangkan cerita tersebut."

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada jodoh bersama Fazura

Posted:

Tiada jodoh bersama Fazura

Tiada jodoh bersama Fazura

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar HAFIZH KHOSMAT dan ihsan PRIMEWORKS STUDIOS


TIGA serangkai (dari kiri) Rafidah Abdullah, Bernard Chauly dan Lina Tan meneruskan kesinambungan kejayaan dua filem terdahulu dengan kelahiran filem ketiga mereka, Istanbul, Aku Datang!.


SETIAP kali pengarah ini muncul dengan filem terbaru, ia pasti akan meraih perhatian yang cukup meluas.

Tidak keterlaluan dikatakan, Bernard Chauly antara pembikin filem tempatan yang sering tampil idea baharu dan segar.

Selain itu, salah satu faktor utama yang sering menjadi perhatian apabila memperkatakan tentang Bernard adalah barisan pelakon yang dipilih membintangi filem-filemnya.

Antara nama yang cukup sinonim dengan Bernard ialah Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura yang mula diperkenalkan dalam filem cereka pertama arahan Bernard, Gol & Gincu pada tahun 2005.

Kemudian, Fazura sekali lagi menjadi pilihan pengarah itu untuk membintangi Pisau Cukur pada tahun 2009 sehingga melayakkan pelakon jelita itu menjulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik Anugerah Skrin 2010.

Namun, apabila Bernard mengarahkan filem ketiganya, Istanbul, Aku Datang! (IAD) tanpa Fazura sebagai bintang utamanya, ada segelintir pihak yang mula membuat andaian yang bukan-bukan.

Walhal di awal perancangan untuk projek itu, sememangnya nama Fazura menjadi pilihan pertama dan dikhabarkan juga pelakon itu bersedia untuk membintangi IAD.

Malangnya, di saat-saat akhir, Fazura dikatakan menarik diri atas sebab-sebab peribadi. Lalu watak Dian dalam filem itu berpindah milik kepada Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23, Lisa Surihani.

"Saya harus akui watak Dian memang saya ciptakan khas untuk Fazura. Apatah lagi, dia sudah membintangi dua buah filem bersama saya dan kami mempunyai hubungan yang sangat akrab.

"Kerjasama kami akan menjadi lebih manis seandainya Fazura membintangi IAD kerana saya berjaya mencipta trilogi untuk Fazura dan diri saya sendiri.

"Tetapi, saya akur dan percaya dengan kehendak takdir bahawa kali ini bukan rezeki saya untuk bekerjasama dengan Fazura. Apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh Fazura saya amat menghormatinya.

"Mungkin siapa tahu di masa hadapan, saya dan Fazura akan kembali bersatu dalam mana-mana filem," jelas Bernard dalam nada yang cukup optimis tanpa sekelumit rasa kecewa dalam butir bicaranya.

Kejayaan

Pengarah berdarah kacukan Sikh dan Cina itu berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis tamat penggambaran filem IAD di Kota Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir penerbit eksekutif dan penulis skrip IAD, Lina Tan dan Rafidah Abdullah serta barisan pelakon filem yang diterbitkan oleh Red Films dengan kerjasama Primeworks Studios itu.

Meskipun tidak mendapat sentuhan bintang kesayangannya untuk IAD, namun bagi pengarah kelahiran Taiping, Perak itu dia cukup berpuas hati dan berbangga dengan lakonan Lisa dalam filem tersebut.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Lisa juga merupakan antara bintang yang dicungkil bakatnya oleh Bernard sewaktu membintangi siri 3R dan sebuah lagi filem arahan Bernard, Goodbye Boys.

Namun, ketika itu kata Bernard, watak Lisa hanyalah kecil. Apabila berpeluang bekerja dengan Lisa kembali, dia dapat melihat perubahan serta kematangan aktres popular itu.

"Lisa berjaya membawakan watak Dian dengan gaya dan caranya tersendiri. Walaupun dia tahu watak itu untuk Fazura tetapi, dia sedikit pun tidak terpengaruh sebaliknya berusaha untuk mencipta Dian dalam acuannya sendiri.

"Setiap kali saya mencipta sesuatu watak itu saya mengharapkan pelakon yang membawakannya mendapat sesuatu yang positif daripadanya.

"Fazura misalnya pernah memberitahu saya watak Putri dan Intan yang dibawakannya dalam filem Gol & Gincu dan Pisau Cukur telah banyak mematangkan dirinya sebagai seorang individu.

"Begitu juga dengan Lisa yang menyatakan kepada saya bahawa watak Dian itu telah banyak membuka matanya tentang dunia sekelilingnya. Jika itu yang dirasakan oleh setiap pelakon, ia adalah satu kejayaan buat saya," jelas Bernard yang merupakan graduan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam jurusan komunikasi ini lagi.

Cabaran

Selain Lisa, IAD turut dibintangi oleh aktor muda yang semakin meningkat naik, Beto Kusyairy selain juara One In A Million musim ketiga, Shah Indrawan Ismail atau Tomok dan penyanyi serta komposer muda popular, Aizat Amdan.

Mengulas lanjut tentang IAD yang menelan kos sebanyak RM1.7 juta itu lagi, Bernard tidak menafikan ia adalah filem yang paling mencabar untuknya sepanjang bergelar pengarah.

Mana tidaknya. Hampir 90 peratus penggambaran filem bercorak komedi romantik ini dijalankan di Istanbul, Turki pada Oktober lalu.

Malah, Bernard juga menjelaskan rintangan dan cabaran yang perlu ditempuhinya bukan kecil-kecil anak.

"Masalah utama kami sudah tentu dari aspek komunikasi kerana sebahagian besar mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, cuaca dan juga keadaan lalu lintas di sana yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada penggambaran.

"Di sebalik masalah itu semua, kami semua berbangga kerana dapat menghabiskan penggambaran ini hampir sebulan dan dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan (ketawa).

"Memang seronok apabila berpeluang menjalani penggambaran di luar negara kerana ia memberi pengalaman baru bukan hanya untuk saya tetapi juga kepada semua pihak yang terlibat," jelas pemilik nama penuh Bernard Surinder Chauly Junior itu yang telah melawat Istanbul sebanyak empat kali dalam tahun ini untuk mencari lokasi terbaik sebelum memulakan penggambaran.

Fokus kepada lakonan

Meskipun sedar bahawa dia adalah pelakon pilihan kedua, namun Lisa tidak mahu memandangkan perkara itu sebagai ssuatu yang serius.

Malah, dengan penuh jujur dan terbuka dia menjelaskan seandainya watak Dian di tangan Fazura, ia akan menjadi lebih menjadi dan memberikan impak seperti mana dalam filem Gol & Gincu dan Pisau Cukur.

"Saya anggap semuanya ini sebagai satu rezeki untuk saya bekerja dengan Bernard yang sudah lama saya idamkan selepas siri 3R dan Goodbye Boys.

"Bukan itu sahaja, saya menyifatkan diri saya begitu bertuah kerana dapat berlakon di samping barisan pelakon hebat seperti Beto, Tomok dan Aizat meskipun mereka masih baru.

"Pengalaman membintangi IAD hakikatnya telah memberi peluang saya bertemu dengan orang dan mempelajari benda-benda baru," jelas Lisa yang mula dikenali menerusi filem I'm Not Single arahan Pierre Andre pada tahun 2008.

IAD yang kini di peringkat pasca produksi bakal ditayangkan di pawagam tempatan sekitar pertengahan tahun hadapan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tidak pernah puas dengan satu wanita

Posted:

Tidak pernah puas dengan satu wanita

Tidak pernah puas dengan satu wanita

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


Lelaki kasanova sememangnya bijak memikat wanita. - Gambar hiasan


AWAL bulan ini masyarakat gempar dengan kemunculan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Shah Bunga.

Hebatnya lelaki ialah dia memiliki 21 isteri yang dikahwininya dalam tempoh sembilan tahun biarpun realitinya dia adalah bekas banduan dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Setiap kali berkahwin, lelaki yang digambarkan sebagai bertubuh sasa itu tidak menceraikan isteri terdahulu sebaliknya ditinggalkan begitu saja tanpa ingin mengambil tahu nasib wanita-wanita tersebut.

Lelaki berimej perkasa yang gemar memakai seluar jean dan singlet itu mengahwini wanita terbabit dengan ada niat terselindung.

Wanita yang dikahwini Shah Bunga merupakan sumber pendapatannya. Caranya ialah dengan melacurkan para isterinya dan hasilnya digunakan untuk dia berjoli dan hidup mewah.

Shah Bunga merupakan cerita klise yang telah wujud sejak zaman silam dalam semua masyarakat di dunia ini dengan membawa pelbagai gelaran berbeza.

Tidak kira apa juga panggilannya sama ada lelaki mata kerajang, kasanova, romeo, don juan, playboy dan sebagainya, golongan ini memiliki kelebihan yang sama - sebagai penggoda wanita.

Golongan ini bijak mengumpan dengan kata-kata manis. Mereka cekap menonjolkan sikap mengambil berat yang merupakan salah satu kelakuan lelaki mata keranjang atau kasanova.

Ini diakui sendiri salah seorang lelaki mata keranjang, Joe (bukan nama sebenar).

Katanya, dia suka mencari wanita-wanita cantik untuk dijadikan teman ketika inginkan keseronokan.

Walaupun begitu, menurut Joe, kelakuannya itu tidak bermakna dia seorang lelaki terdesak.

Pada hakikatnya dia merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab kepada tiga orang cahaya mata.

Katanya lagi, rumah tangga yang dibina kira-kira 16 tahun lalu juga tidak goyang. Sebaliknya dia merupakan seorang lelaki yang perlukan belaian manja selain daripada isteri sendiri.

"Berbicara mengenai lelaki mata keranjang ini susah hendak dihuraikan. Ia merupakan satu topik yang terlalu umum.

"Saya sendiri tidak tahu saya dalam kategori mana. Tetapi terus terang saya katakan, saya sukakan belaian manja seorang perempuan lain selain daripada isteri sendiri.

"Dalam erti kata lain, saya juga sebenarnya memerlukan teman untuk berbicara, dibawa berjalan-jalan dan juga tempat untuk bermanja," ujarnya dalam satu pertemuan yang dirancang di sebuah kafe di ibu negara baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya, jelas Joe, dia bukanlah seorang lelaki yang pandai berkata-kata apatah lagi memujuk rayu mana-mana wanita.

Tetapi bidang kerjanya menuntut dia bergaul dengan pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada pelbagai jenis manusia.

Bermula sebagai pelanggan ataupun rakan sekerja, pertemuan yang kerap untuk membincangkan hal-hal kerja secara tidak langsung menjadikan mereka bertambah rapat.

Lama-kelamaan, hubungan menjadi serius dan Joe tanpa selindung mengakui pernah menjalinkan hubungan serius dengan tiga orang wanita serentak.

Malah dua daripadanya pernah dibawa berjumpa dengan isterinya untuk dijadikan isteri kedua.

Bagaimanapun ujar Joe, mungkin tiada jodoh antara mereka maka perhubungan tersebut terputus begitu sahaja.

Tidak terhenti setakat itu, menurut Joe lagi, dia juga ada kalanya akan melanggan wanita pelayan pelanggan (GRO) sekiranya mengunjungi kelab-kelab malam mahupun pusat karaoke.

Begitupun, mereka hanyalah sekadar teman untuk bersuka ria untuk tempoh waktu tertentu dan tidak lebih daripada itu.

Sementara itu, berlainan pula bagi Lan (bukan nama sebenar). Ini kerana walaupun tiada rupa, dia kini mempunyai tiga orang isteri.

Mengakui rupa bukan ukuran, Lan sememangnya pandai bermain dengan kata-kata.

Ini dibuktikan apabila menemubualnya menerusi telefon, dapat ditangkap setiap bait kata-kata yang diungkapkan oleh Lan mampu meruntun jiwa wanita yang mendengarnya.

Bagi Lan, rupa bukanlah tiket untuk memiliki wanita idaman. Malah dia mengakui hanya dengan mengungkapkan kata-kata manis, dia dapat memegang jiwa seseorang wanita.

Ia diperkuatkan lagi dengan faktor selalu berdekatan dengan wanita tersebut menyebabkan mereka senang ditundukkan.

"Jiwa seseorang wanita itu lembut sebenarnya. Tidak payah disogokkan dengan wang ringgit. Cukup dengan belaian serta sentuhan yang mampu menggugat jiwa mereka.

"Tambahan pula apabila kita sudi menjadi pendengar setia dan memberi lebih sedikit perhatian, dijamin mereka jatuh ke dalam genggaman," katanya.

Tanpa segan silu, Lan turut mengakui kini dia rapat dengan seorang gadis yang baru dikenalinya dua bulan lalu.

Ternyata seorang lelaki mata keranjang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

Mereka tidak akan melepaskan peluang yang ada untuk memikat mana-mana gadis ataupun wanita untuk dijadikan pendamping ketika diperlukan.

Dalam masa yang sama, lelaki mata keranjang akan terasa diri mereka hebat kerana mampu mengumpul dan menjadikan wanita-wanita tersebut sebagai koleksi peribadi mereka.

Bagaimanapun, Lan sempat menasihatkan wanita-wanita dan gadis-gadis agar tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki yang akhirnya akan menjerat diri mereka sendiri.

"Bagi golongan wanita, mereka dinasihatkan agar berhati-hati ketika berkawan dengan mana-mana lelaki kerana tidak semuanya jujur dan berhati mulia.

"Jika terperangkap dengan lelaki mata keranjang, saya percaya kehidupan mereka akan merana," katanya mengakhiri perbualan.

Full content generated by Get Full RSS.

Siapa lelaki mata keranjang?

Posted:

Siapa lelaki mata keranjang?

Siapa lelaki mata keranjang?

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my

LELAKI mata keranjang merupakan takrifan kepada mereka yang pantang melihat wanita-wanita cantik. Ia membuatkan hati mereka bergejolak untuk menegur dan berbual-bual dengan lebih dekat atau paling kurang memandang dengan sorotan mata ingin menggoda.

Lelaki mata kerajang lazimnya sinonim dengan gelaran kaki perempuan. Tetapi tidak semua lelaki mata keranjang begitu.

Menurut Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Hazli Zakaria, mata keranjang merupakan sifat dan perbuatan seseorang itu dan lazimnya ia kerap digunakan kepada lelaki.

Katanya, ia sudah menjadi sebahagian daripada personaliti sesetengah lelaki kerana kelakuan itu sudah lama terbentuk dan menjadi sebahagian daripada diri mereka.

Oleh itu sebahagian daripada mereka yang bermata keranjang tidak sedar akan kelakuan mereka.

Ini kerana, menurut Dr. Hazli, sekiranya mereka sedar mereka tidak dapat mendalami kesan-kesan yang berlaku berpunca daripada kelakuan mereka sendiri.

"Kebanyakan lelaki mata keranjang percaya perbuatan mereka tidak membawa keburukan. Ia hanya sekadar untuk suka-suka dan tidak memberi apa-apa makna.

"Di sebabkan itu mereka tidak dapat memahami kenapa perbuatan ini (mata keranjang) menjadi isu utama kepada pasangan mereka.

"Selalunya lelaki bermata keranjang ini mempunyai sifat-sifat lain seperti peramah, pandai mengambil hati, periang, pandai membuat orang ketawa, pandai memikat hati dan tahu bagaimana memujuk dengan kata-kata manis," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, lelaki mata keranjang juga selalunya sering menjadi perhatian dalam apa jua majlis.

Tetapi menurut Dr. Hazli, ada juga orang jenis pendiam yang bermata keranjang. Tetapi mereka ini mempunyai sifat-sifat lain yang menyenangkan di samping sifat-sifat mata keranjang yang dinyatakan.

Mengulas lanjut, Dr. Hazli yang juga pensyarah di Jabatan Psikitari, Pusat Perubatan UKM, memberitahu, mata keranjang bukanlah sejenis penyakit psikiatri. Tetapi ia lebih kepada sifat watak individu tersebut.

Tidak susah untuk mengenali lelaki bermata keranjang kerana pasangan mereka pasti mengetahuinya.

Yang menjadi persoalannya kini apa tindakan seterusnya sekiranya didapati pasangan bermata keranjang. Patutkah bertanya secara bersemuka ataupun buat tidak kisah?

Adakah akan memutuskan hubungan atau terus bersama?

Yang pasti menurut Dr. Hazli, jawapannya ada pada pasangan tersebut.

Cuma terserah, sejauh mana seseorang itu sanggup menerima kekurangan diri pasangan masing-masing.

Ia juga sebenarnya bergantung kepada tahap self esteem pasangan masing-masing.

Ini kerana sekiranya pasangan berasa selamat dengan keadaan diri sendiri dan juga pada hubungan mereka, pasangan itu tidak akan mengambil kisah tentang sifat mata keranjang pasangannya.

Pada mereka asalkan hati dan cinta tetap pada mereka, sama ada suami memandang orang lain, mereka tak kisah.

"Setakat mana pasangan itu dapat menerima kesan daripada perbuatan pasangan yang bermata keranjang akan menentukan tindakan seterusnya.

"Lazimnya pelaku akan menafikan yang mereka memandang wanita lain kerana sekiranya mengaku, mereka akan mengatakan perbuatan mereka itu adalah 'tidak berdosa' dan tidak membawa apa-apa makna," ulas Dr. Hazli lagi.

Apabila ditanya apakah cara serta bagaimana sekiranya ingin melepaskan diri daripada lelaki mata keranjang itu, Dr. Hazli berkata, memutuskan hubungan adalah jalan terbaik sekiranya masih di peringkat awal hubungan.

Itupun setelah perbincangan dibuat untuk masing-masing cuba memahami pandangan masing-masing.

Sekiranya pasangan lelaki tidak mengaku dan tidak sanggup untuk berubah, keputusan terletak pada pasangan perempuan.

Menurut Dr. Hazli lagi, mata keranjang bukanlah sifat yang diingini, sama ada normal atau tidak.

Kebanyakannya ia ditentukan oleh pandangan masyarakat dan budaya setempat dan selalunya ia merupakan kombinasi pelbagai faktor.

Contohnya ada ahli keluarga yang mempunyai sifat yang sama, kelakuan amat mudah untuk ditiru dan selalunya kanak-kanak akan meniru apa yang orang dewasa lakukan melalui proses pemerhatian.

Selain itu, faktor self esteem juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan seorang lelaki itu mata keranjang.

Ini kerana mereka merasakan diri mereka hebat apabila berada di khalayak dan perasaan menjadi teruja apabila mendapat maklum balas sama ada baik atau tidak dan ini menyebabkan mereka terus melakukan aktiviti tersebut.

Menurut Dr. Hazli, apa sebenarnya yang mereka inginkan adalah sukar untuk ditentukan kerana tiada sebab-sebab yang khusus mendorong mereka untuk meneruskan aktiviti tersebut.

Jawapan akan diperoleh sehingga individu terbabit di temu bual untuk mencari punca sebenar yang menyebabkan sifat mata keranjang ini menjadi sebahagian daripada personaliti mereka.

"Sekiranya ini adalah cara mereka untuk merasakan baik untuk diri sendiri, kita perlu mencari cara lain yang lebih produktif untuk mereka berasa bagus tentang diri mereka.

"Sekiranya aktiviti tersebut merupakan cara untuk mereka berasa seronok dan teruja, perbincangan akan di buat untuk mencari aktiviti-aktiviti lain," katanya lagi.

Secara ringkasnya kalau ada perasaan hormat dan selamat di antara pasangan, masalah pasangan mata keranjang ini boleh diatasi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lapan tahun tunggu rumah siap

Posted:

Lapan tahun tunggu rumah siap

Lapan tahun tunggu rumah siap

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli RKR Peter Brickworks E PJS 1, M.Sugumaran (kiri) bersama beberapa penduduk menunjukkan tanah yang sepatutnya dibangunkan rumah mereka di Petaling Jaya, baru-baru ini.


PETALING JAYA 23 Nov. – Penantian selama lapan tahun bukan satu tempoh yang singkat, namun itulah jangka masa yang sudah dilalui oleh pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1 dekat sini yang masih terbengkalai sehingga kini.

Bukan itu sahaja, penduduk juga terpaksa hidup dalam keadaan tertekan kerana menanggung pelbagai kos termasuk bayaran rumah sewa dan faedah bank setiap bulan.

Malahan, nasib pembeli yang tinggal di rumah panjang Peter Brickworks juga amat menyedihkan kerana terpaksa tinggal di rumah yang serba kekurangan dan tidak disenggara oleh pihak yang bertanggungjawab.

Seorang pembeli, M. Subramaniam, berkata, dia sudah tinggal di rumah panjang itu selama 14 tahun kerana menunggu rumahnya yang masih tidak menunjukkan tandatanda bila ia akan dibina.

Katanya, keadaan rumah itu juga sudah daif kerana terdapat banyak keretakan, bumbung yang bocor serta dilanda banjir kilat setiap kali hujan.

"Kira-kira 30 buah keluarga terpaksa tinggal di rumah panjang ini kerana rumah kami yang dijanjikan dahulu masih lagi terbengkalai.

"Keadaan rumah panjang ini juga tidak dijaga walaupun sudah beberapa kali kami mengadu kepada pemaju. Ini membuatkan penduduk tinggal dalam keadaan yang tidak selesa," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi pembeli, P. Bala Subramaniam, 48, berkata, dia terpaksa menanggung pelbagai kos sampingan terutama sewa rumah kerana masih belum dapat tinggal di rumah sendiri.

"Saya juga terpaksa membayar faedah pinjaman setiap bulan pada bank sejak rumah itu dibeli.

"Apa yang saya tidak faham ialah bagaimana kerajaan negeri (Selangor) masih membenarkan pemaju ini membuat projek pembangunan di tempat lain sedangkan rumah kami yang terbengkalai selama lapan tahun masih tidak dibina," ujarnya.

Dalam pada itu, pembeli, Hoo Pong San, 63, berkata, pada mula-mula projek RKR itu akan dijalankan, pemaju berjanji bahawa ia hanya mengambil masa tiga tahun sahaja.

"Rumah itu sepatutnya sudah siap tapi sampai sekarang tak siap-siap lagi dan disebabkan itu saya terpaksa menyewa rumah lain dengan kadar RM450 sebulan," jelasnya.

Katanya, jumlah itu agak tinggi sedangkan dia boleh berjimat jika rumah yang dibelinya itu siap mengikut jadual.

Full content generated by Get Full RSS.

Pembeli mahu faedah bank dilupus

Posted:

Pembeli mahu faedah bank dilupus

Pembeli mahu faedah bank dilupus


M. Sugumaran (kiri) dan seorang rakannya menunjukkan longkang yang sentiasa tersumbat dengan sampah-sarap dan semak-samun di rumah panjang yang mereka huni di PSJ 1, Petaling Jaya, baru-baru ini.


PETALING JAYA 23 Nov. - Pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1 dekat sini merayu agar faedah pinjaman perumahan yang mereka perlu bayar kepada pihak bank setiap bulan dimansuhkan.

Mereka juga menuntut pemulangan semula semua faedah yang sudah dibayar selama lapan tahun lalu atas alasan pembeli tidak wajar dipertanggungjawabkan atas kesilapan pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli E PJS 1, Petaling Jaya, M. Sugumaran, 42, berkata, pembeli kini berdepan pelbagai masalah terutama masalah kewangan yang meruncing sehingga ada di antara mereka yang tidak mampu membayar faedah itu dan sudah disenarai hitam oleh bank.

Menurut beliau, hakikatnya ialah semua masalah yang berlaku bukan disebabkan oleh pembeli tetapi akibat kecuaian pihak pemaju dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Kedua-dua pihak berkenaan adalah punca rumah itu tidak dapat dibina sehingga kini dan pihak terbabit juga tidak berjaya menyelesaikan masalah itu dengan segera," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, katanya, pembeli juga mendesak supaya projek rumah itu dipulihkan segera kerana tempoh lapan tahun terbengkalai adalah satu jangka masa yang terlalu panjang.

Beliau turut menuntut supaya pihak yang sebelum ini telah diberi tawaran untuk membeli rumah tersebut, diberi peluang sekali lagi untuk membeli rumah itu pada harga antara RM35,000 dan RM42,000.

Menurutnya, pembeli kini sudah tidak tahu di manakah tapak sebenar rumah mereka kerana tapak asal projek itu sudah tidak dibenarkan dibina rumah tersebut berikutan tiada pelan merancang.

Beliau berkata, pihaknya telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 November lalu berhubung perkara itu.

"MB telah memberi jaminan akan mengadakan pertemuan dengan pembeli selepas pulang daripada lawatan kerja ke Jepun. Kami harap pertemuan itu akan membuahkan hasil positif," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Cara ambil flat satu penganiayaan

Posted:

Cara ambil flat satu penganiayaan

Cara ambil flat satu penganiayaan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
pengarang@utusan.com.my


ISMAIL Kijo (depan, lima dari kiri) bersama Mohd. Ali Baharom (enam dari kiri), Muhammad Ghani (tujuh dari kiri) dan veteran tentera melaungkan slogan 1Malaysia pada majlis perasmian program Gelombang Celoreng anjuran Persatuan Veteran Askar Melayu (PVTM) di Ampang, baru-baru ini.


AMPANG 23 Nov. - Cara pengambilan rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pusat Bandar Taman Keramat di Jalan Jelatek merupakan satu penganiayaan dan tidak adil kepada penduduk merupakan pemilik rumah dan kedai di kawasan berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, sepatutnya, pihak PKNS menggunakan kaedah menggantikan semula premis di tempat yang sama apabila melaksanakan pembangunan di kawasan yang sudah ada penghuni.

Katanya, tindakan mengambil rumah mereka secara paksa melalui Akta Pengambilan Tanah oleh kerajaan Selangor merupakan satu penganiayaan kepada pemilik.

"Saya minta agar pemilik ini membawa perkara itu ke mahkamah dan menuntut hak mereka. Pihak UMNO Bahagian juga akan membantu pemilik dengan khidmat guaman di samping peguam yang sudah dilantik oleh pemilik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis "Gelombang Celoreng" anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) di Bangunan UMNO Bahagian Ampang, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Ghani.

Pada majlis tersebut, beliau turut menerima kira-kira 100 borang daftar pemilih daripada bekas-bekas tentera tersebut.

Sementara itu, Ismail menyeru bekas-bekas tentera supaya mendaftar sebagai pengundi dan membantu Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Saya yakin dengan bantuan daripada bekas-bekas tentera, kita dapat bersama-sama berjuang untuk merampas semula Selangor," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved