Rabu, 23 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pelajar bantu baiki rumah daif

Posted:

Pelajar bantu baiki rumah daif

Pelajar bantu baiki rumah daif

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Badrol Hisham Hashim (kanan) melihat kerja-kerja pendawaian yang dilakukan dengan kerjasama Kolej Komuniti Padang Terap di Kampung Tanjung Piring, Nami, Padang Terap, baru-baru ini.


PADANG TERAP 22 Nov. - Tiada yang lebih menggembirakan bagi enam penduduk miskin di daerah ini apabila rumah mereka yang selama ini bergelap, bakal diterangi cahaya lampu selepas berpeluang menikmati bekalan elektrik.

Semuanya atas keprihatinan Pemuda UMNO yang bekerjasama dengan Kolej Komuniti Padang Terap menganjurkan program khidmat masyarakat sejak dua minggu lalu dengan melaksanakan kerja-kerja pendawaian baru secara percuma di rumah-rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Kolej Komuniti Padang Terap, Azizan Abu Seman berkata, penyertaan kolej itu dalam program khidmat masyarakat ibarat serampang dua mata iaitu membantu penduduk selain mempromosikan Kolej Komuniti Padang Terap yang dijangka membuat pengambilan penuntut pertama pada Jun tahun depan.

Pihaknya berharap para peserta akan mendapat kemahiran menerusi program tersebut manakala mereka yang berminat mendalaminya boleh mendaftar di kolej berkenaan untuk mengikuti kursus ditawarkan.

"Kolej komuniti menawarkan sijil modular kebangsaan untuk memberi pendedahan kepada lepasan sekolah mengenai bidang kemahiran dan memilih pekerjaan mengikut skil yang dimiliki," katanya selepas mengikuti program itu di Kampung Tanjung Piring, Nami baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Badrol Hisham Hashim.

Menurut Azizan lagi, Kolej komuniti menawarkan pelbagai bidang kemahiran seperti masakan, jahitan dan bahasa kepada masyarakat setempat yang seharusnya dimanfaatkan penduduk bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

Katanya, pelbagai ilmu dan kemahiran jangka pendek yang ditawarkan oleh kolej berkenaan dapat membantu penduduk terutama golongan berpendapatan rendah menambah pendapatan isi rumah.

"Kita menawarkan pelbagai bentuk kursus kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan semasa bagi menambah kemahiran seseorang individu itu supaya mereka memperoleh pengetahuan dalam bidang diceburi.

"Semua kelompok masyarakat termasuk yang masih menganggur disaran menyertai latihan kemahiran dan bahasa yang disediakan ini bagi membina masa depan yang lebih baik," katanya.

Sementara itu Badrol Hisham memberitahu, menerusi kerjasama tersebut belia setempat akan menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik dengan diawasi oleh tenaga pengajar dari Kolej komuniti.

Katanya, belia yang terlibat turut menerima kursus ringkas daripada tenaga pengajar terbabit sebelum membuat pendawaian bagi memastikan ia berfungsi dengan baik apabila bekalan elektrik disalurkan kelak.

"Program ini bukan sahaja membantu penduduk tetapi sedikit sebanyak membantu belia mendapat kemahiran. Ia juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri peserta," katanya.

Badrol Hisham yang juga Ketua Pemuda UMNO Padang Terap berkata, program khidmat masyarakat itu akan diperluaskan bagi memastikan lebih ramai golongan miskin dibantu.

Katanya, Pemuda UMNO akan mengenal pasti rumah-rumah yang memerlukan bantuan berkenaan selain menyediakan peserta manakala kolej komuniti pula berperanan sebagai tenaga pengajar dan pemantau.

Full content generated by Get Full RSS.

Yayasan Tun Sardon bantu pelajar USM

Posted:

Yayasan Tun Sardon bantu pelajar USM

Yayasan Tun Sardon bantu pelajar USM

PULAU PINANG 22 Nov. - Masalah kewangan dihadapi mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dari keluarga kurang berkemampuan kini dapat diatasi menerusi penubuhan Tabung Pinjaman Yayasan Tun Sardon.

Yayasan Tun Sardon (YTS) baru-baru ini menyalurkan bantuan berjumlah RM50,000 bagi membiayai pinjaman kewangan jangka panjang kepada golongan tersebut.

Menerusi tabung itu, setiap penuntut yang layak akan menerima bantuan kewangan di antara RM2,000 hingga RM5,000 sepenggal.

Pengerusi YTS, Datuk Rizal Al-Amin berkata, objektif pinjaman adalah untuk meringankan beban penuntut dalam menampung kos pembelajaran termasuk yuran dan belanja harian.

"Jika perlu, jumlah dana ini boleh ditingkatkan sekali gus dapat membantu lebih ramai penuntut yang memerlukan," ujarnya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara YTS dan USM baru-baru ini.

Sementara itu Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman memberitahu, bantuan sedemikian merupakan alternatif kepada mana-mana penuntut yang tidak menerima sebarang bantuan pinjaman atau biasiswa.

"USM amat berbesar hati dengan wujudnya kerjasama ini dalam melahirkan graduan cemerlang yang mampu menyumbang semula kepada pembangunan negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar Kolej Komuniti ganti minyak enjin 200 motosikal

Posted:

Pelajar Kolej Komuniti ganti minyak enjin 200 motosikal

Pelajar Kolej Komuniti ganti minyak enjin 200 motosikal


Noor Saidi Nanyan menggantikan minyak enjin sebuah motosikal peserta yang mengambil bahagian dalam program Jom Tukar Minyak Enjin Motor di tempat letak kereta Pekan Rabu, Kuah, Langkawi, baru-baru ini.


LANGKAWI 22 Nov. _ Hampir 200 buah motosikal digantikan minyak enjin baru oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Langkawi menerusi program Jom Tukar Minyak Enjin Motor di Pekan Kuah di sini.

Penyelaras Kursus Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Langkawi, Fadhil Aziz berkata, program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Pemuda UMNO Langkawi yang bertujuan meningkatkan lagi kemahiran para pelajar kolej itu.

"Melalui program ini juga, kita harap remaja-remaja dan belia-belia di Langkawi mendapat sepenuh maklumat tentang kolej komuniti sebagai salah sebuah pusat pengajian yang boleh disertai mereka untuk meningkat kemahiran," katanya ketika ditemui di pekarangan tempat letak kereta Pekan Rabu, Kuah baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Noor Saidi Nanyan.

Fadhil berkata, kolej terbabit menyediakan pelbagai pilihan kursus dan program yang bersesuaian dengan golongan belia terutama lepasan sekolah untuk meningkatkan kemahiran.

Noor Saidi berkata, UMNO sentiasa berusaha mendekati golongan belia dan remaja di sini untuk mengenali mereka secara lebih dekat seterusnya menyelami permasalahan dan keperluan mereka.

Beliau berkata, tidak semua golongan remaja yang berminat dan menghabiskan masa dengan motosikal ini terlibat dalam gejala sosial sebaliknya ramai di antara mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan mempunyai pekerjaan yang baik.

"Remaja-remaja yang sentiasa berhadapan persepsi negatif oleh segelintir masyarakat ini sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekuatan diri masing-masing.

"Mereka hanya memerlukan sokongan dan panduan masyarakat sekeliling untuk membolehkan mereka berusaha lebih keras untuk berjaya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved