Rabu, 23 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Indonesia akur kekalahan bola

Posted:

Indonesia akur kekalahan bola

Indonesia akur kekalahan bola

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 22 Nov. - Apalah makna menjuarai keseluruhan Sukan SEA andainya gagal menebus kekalahan pada acara bola sepak, acara yang disifatkan sebagai 'ibu segala acara sukan'.

Sebagai tuan rumah kejohanan sukan terbesar Asia Tenggara edisi ke-26, Indonesia tidak ada pilihan lain selain daripada akur menerima keputusan kekalahan mereka pada Malaysia dalam acara bola sepak.

Sudah dua dekad, Indonesia menanti peluang untuk menewaskan Malaysia dalam acara yang sangat popular dan amat signifikan dalam gelanggang Sukan SEA.

Kali terakhir Indonesia membawa pulang pingat emas ialah pada tahun 1991 ketika beraksi di Manila, Filipina.

Kekecewaan itu dapat dilihat menerusi laporan akhbar tempatan hari ini yang sebilangan besarnya menyiarkan laporan mengenai kegagalan Garuda Muda di muka depannya.

Kalau sebelum perlawanan bermula, Malaysia menjadi mangsa provokasi dengan pelbagai label dan kritikan kurang manis dilaporkan di media tempatan.

Hari ini, kekalahan di padang sendiri biarpun pahit untuk ditelan namun ia terpaksa diterima dengan hati yang terbuka.

Akhbar Jakarta Globe pada muka depannya jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan menyiarkan betapa Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan pada Malaysia.

Dengan tajuk laporan Heartbreak Again for Merah Putih (Merah Putih sekali lagi patah hati), akhbar itu berkata, stadium Gelora Bung Karno sepi sebaik penjaga gawang Garuda Muda, Kurnia Meiga gagal menahan jaringan ketua pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar pada sepakan penalti terakhir.

"Saya fikir ia akan menjadi lebih mudah kepada Indonesia apabila kami menjaringkan gol pertama, tetapi hal yang berbeza berlaku sebaliknya," komen jurulatih pasukan Indonesia, Rahmad Darmawan dalam nada kecewa seperti dipetik akhbar itu.

Pada pada masa, Rahmad, mengakui, pasukan bola sepak Malaysia berhak membawa pulang pingat emas untuk acara bola sepak kerana Harimau Muda beraksi cemerlang.

"Malaysia merupakan pasukan yang cemerlang secara keseluruhannya dan mereka layak membawa pulang pingat emas.Saya ingin memohon maaf kepada seluruh peminat bola sepak Indonesia," katanya lagi.

Rahmad turut memberi pujian pada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang ternyata cukup tangkas dan bijak menjaga gawang.

"Kita (Indonesia) sudah bersedia dari aspek teknikal dan mental tetapi penjaga gol Malaysia sangat bersedia menerima sepakan penalti.

"Sedangkan saya terpaksa memaksa beberapa pemain saya untuk mengambil sepakan penalti. Saya juga jelaskan kepada mereka, walau apa sekalipun keputusan, saya akan bertanggungjawab," jelas Rahmad sambil memberitahu hanya tiga pemainnya yang bersedia mengambil tendangan penalti.

Rumusan akhbar The Jakarta Post edisi hari ini pada muka depannya pula berkata, perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Sukan SEA itu berlangsung dalam suasana penuh emosi.

Ini kerana, perlawanan itu diadakan ketika hubungan kedua-dua negara sering diuji dengan pelbagai isu termasuk isu perbatasan, pembantu rumah dan dakwaan pemilikan kesenian dan kebudayaan.

Berdasarkan rekod, Malaysia dan Indonesia sudah berhadapan sebanyak 13 kali di Sukan SEA.

Biarpun Indonesia tewas kepada Malaysia, namun pasukan negara itu turut mendapat pujian daripada beberapa media lain dengan menyifatkan Garuda Muda sudah berjuang habis-habisan.

Akhbar Kompas pada muka depannya melaporkan, pasukan tempatan telah menunjukkan semangat juang yang membanggakan Indonesia.

Pertemuan Indonesia dengan Malaysia dalam acara bola sepak merupakan satu hal yang amat penting bagi pencinta sukan negara ini.

Kepada sebilangan besar rakyat Indonesia, bertemu Malaysia merupakan 'perlawanan sebenar' dan dijadikan sebagai garis ukur kehebatan pasukan bola sepak kebangsaan. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

TSMCG anjur kejohanan golf, cungkil bakat

Posted:

TSMCG anjur kejohanan golf, cungkil bakat

TSMCG anjur kejohanan golf, cungkil bakat


Muhyiddin Yassin menyaksikan Sulaiman Ibrahim (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Chuah Choo Chang (kanan) pada majlis menandatangai perjanjian di antara Tan Sri Muhyiddin Charity Golf, Asian Tour dan Mines Golf Akademi untuk penganjuran golf amal di Shah Alam, semalam. - utusan/Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 22 Nov. - Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG) sekali lagi menganjurkan kejohanan sukan itu yang akan berlangsung di Glenmarie Golf and Country Club di sini pada 2 hingga 4 Disember ini.

Kejohanan yang dikenali sebagai 'In Search Malaysia Tiger' itu adalah edisi keenam sejak diadakan pada 2006 dan merupakan salah satu usaha TSMCG mencari serta mencungkil bakat-bakat baru tempatan dari kalangan generasi muda dalam sukan golf.

Presiden TSMCG, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, golf merupakan antara sukan yang semakin berkembang di negara ini dan usaha melahirkan bakat-bakat terkemuka tempatan harus diberi tumpuan yang sewajarnya.

"Justeru, kejohanan yang akan diadakan ini membolehkan cita-cita dan usaha itu dicapai sepenuhnya.

"Mana-mana peserta yang berjaya menamatkan permainan di antara tempat tertinggi dalam kejohanan ini akan diberi peluang untuk mengikuti latihan daripada pemain profesional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara TSMCG, Asian Tour dan The Mines Golf Academy (TMGA) di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, TSMCG diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suleiman Ibrahim manakala Asian Tour diwakili Pengarah Medianya, Chuah Choo Chang dan TMGA pula diwakili oleh jurulatih, Andrew Argus.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Penaung TSMCG hadir menyaksikan majlis memeterai MoU tersebut.

Kejohanan golf amal itu terbuka kepada lelaki dan wanita mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu di bawah 21 tahun (lelaki dan wanita) serta mempunyai handicap 12 ke bawah manakala kategori umur di bawah 15 tahun dibuka kepada lelaki sahaja dengan handicap 18 ke bawah.

Selain berpeluang mengikuti latihan di bawah pemain profesional, juara kejohanan golf itu turut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM40,000 bagi kategori lelaki 21 tahun ke bawah dan RM30,000 (wanita 21 ke bawah).

Bagi kategori bawah 15 tahun pula, juara akan membawa pulang RM3,000 beserta set peralatan golf.

Full content generated by Get Full RSS.

Raja Azmi hantar surat mohon maaf kepada TPM

Posted:

Raja Azmi hantar surat mohon maaf kepada TPM

Raja Azmi hantar surat mohon maaf kepada TPM

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Penerbit filem ...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman telah menghantar surat memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dia dikritik kerana dikatakan mencemarkan anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri di Panggung Anniversary di sini 16 November lalu.

Menurut isteri kepada bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek itu, dia berasa terpanggil untuk menjelaskan perkara itu bagi membersihkan namanya yang menjadi kontroversi pada malam pembukaan Anugerah Gemilang Cipta FFM24 itu dengan filem terbitannya ...Dalam Botol turut dipertandingkan.

"Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan tetamu khas pada malam anugerah itu. Saya memohon maaf jika saya telah mencemarkan majlis itu dengan tindakan saya yang di luar kawalan emosi dan meninggalkan majlis itu.

"Saya juga berharap supaya isu itu tidak diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak. Saya telah menghantar sendiri surat permohonan maaf saya itu di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang semalam," katanya yang menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada insiden 16 November lalu, Raja Azmi mengejutkan para hadirin apabila dia mengeluarkan perkataan "Kelakarlah.." dengan kuat selepas Jurey Latiff Rosli dianugerahkan pemenang kategori Pengarah Harapan menerusi filem Libas pada festival tersebut.

Penerbit filem yang selalu mencetuskan kontroversi itu bukan sahaja bercakap dalam nada yang kuat, malah beliau terus berlalu meninggalkan anugerah yang sedang disaksikan oleh Muhyiddin iaitu sejurus selepas Jurey menerima anugerah tersebut.

Raja Azmi bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan kemenangan Jurey yang juga Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia yang menganjurkan festival filem yang diiktiraf oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved