Isnin, 7 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua nahas ragut dua nyawa di ibu negara

Posted: 07 Apr 2014 10:35 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 8 Mac - Dua orang maut dalam dua kemalangan berbeza akibat terbabas di Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) dan Jalan Mahameru di sini, awal pagi ini.

Kemalangan pertama berlaku pada pukul 3.10 pagi dan kedua pada pukul 4.40 pagi. - UTUSAN ONLINE

Warga asing ditemui mati

Posted: 07 Apr 2014 12:28 PM PDT

BUKIT MERTAJAM 7 April - Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan mati dengan kesan kelaran di bahagian leher dan tikaman di perut berhampiran kawasan tanah perkuburan Islam, di Jalan Permatang Nibong, di sini malam tadi.

Mayat lelaki yang lengkap berpakaian dan tanpa dokumen pengenalan diri itu, ditemuikan orang awam yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira pukul 8 malam.

Jurucakap polis berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian untuk menyiasat percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampakkan di situ.

"Setakat ini, polis percaya mangsa yang turut mempunyai tatu di bahagian dada, adalah warga asing kerana tiada suntikan BCG di lengan," katanya di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tiada calon nyata pendirian

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah, Tunku Ismail

KUALA LUMPUR - Walaupun tiga nama sudah mendapat pencalonan untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun sehingga hari ini belum ada seorang pun daripada mereka menyatakan pendirian sama ada mencabar jawatan tersebut pada pemilihan 25 Mei ini.

Baik penyandang jawatan, Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, mahu pun Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Ibrahim belum mengesahkan apakah mereka akan terlibat dalam pertandingan Presiden, sekali pun kesemuanya mendapat sokongan.

Difahamkan, Tengku Abdullah menjadi pilihan utama untuk menerajui FAM bagi penggal 2014-2018 selepas menerima pencalonan tertinggi, biarpun terdapat banyak suara-suara yang kononnya mahukan perubahan dan atas sebab itu Tunku Ismail dicalonkan buat kali pertama.

Tengku Abdullah dilihat sebagai individu yang paling layak untuk menggantikan Sultan Ahmad Shah seandainya baginda mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan, memandangkan beliau sudah lama berada dalam FAM, malah mempunyai pengaruh dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selaku Naib Presiden.

Beliau juga amat menonjol sebagai Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dengan menaikkan kembali martabat sukan tersebut termasuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014, selain mempunyai rekod yang baik ketika mempimpin Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sekitar 1980-an.

Namun begitu, sekali pun berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan FAM, apakah ia akan membawa impak kepada bola sepak negara secara menyeluruh seandainya barisan sokongan, terutama Jawatankuasa Eksekutif (Exco) masih menampilkan muka-muka lama keseluruhannya.

Bukan bermakna perubahan besar-besaran perlu dilakukan, tetapi seandainya FAM perlu diubah ia bukan sekadar Presiden yang menjadi tumpuan, sebaliknya kedudukan Exco yang menggalas tugas mengepalai jawatankuasa tertentu juga perlu diberi perhatian, selain Timbalan dan Naib Presiden.

Jika Sultan Ahmad Shah berundur selepas menjadi Presiden sejak 1984 dan FAM bakal mendapat pemimpin baharu, dua Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan lapan Exco turut menggalas tugas penting dalam menentukan hala tuju bola sepak negara.

Semua 19 ahli gabungan harus bijak menentukan siapa yang layak untuk mengangkat bola sepak Malaysia ke peringkat lebih tinggi, mereka yang punya keupayaan memikirkan bagaimana hendak menjadikan bola sepak negara ini lebih memiliki nilai komersial, selain membawa skuad kebangsaan keluar dari takuk lama.

Kombinasi muka lama dan baharu harus mewarnai pemilihan FAM kali ini, agar yang berpengalaman mampu membimbing orang-orang baharu yang pasti dapat memberikan idea lebih segar.

Polis sahkan ada pergaduhan

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

IPOH - Polis semalam mengesahkan berlaku pergaduhan antara di penyokong Perak dan Selangor selepas tamat perlawanan Liga Super melibatkan dua pasukan itu di Stadium Perak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai pergaduhan tersebut yang berlaku di jalan masuk ke stadium berkenaan dari arah Jalan Ghazali Jawi kira-kira pukul 11.45 malam.

Katanya, pergaduhan itu bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan penyokong bersurai pada pukul 12.30 pagi.

"Selepas sejam tamat perlawanan, penyokong tuan rumah telah berbaris di kiri dan kanan jalan dimana ketika itu bas pasukan Selangor masuk ke kawasan perkarangan stadium.

"Bagaimanapun, dua lelaki secara tiba-tiba telah bertindak memecahkan lampu dan cermin sisi bas berkenaan sebelum mereka kemudiannya melarikan diri," katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Chang Keong berkata, semasa penyokong Selangor berjalan keluar dari kawasan stadium, penyokong Perak mula melakukan provokasi dengan mengejek pasukan itu sehingga berlakunya adengan tolak menolak antara penyokong dua pasukan berkenaan.

Katanya, dalam kejadian itu, dua penyokong Selangor mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Setelah FRU sampai, penyokong melarikan diri sehinggakan ada yg terjatuh dan disyaki mengalami kecederaan. Bagaimanapun, tiada pergaduhan ganas berlaku.

"Kita hanya menerima satu laporan iaitu daripada pihak polis mengenai kejadian itu manakala tiada tangkapan dilakukan setakat ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Susilo sokong Joko Widodo

Posted: 07 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh Saharuddin Musthafa

JOKO WIDODO

JAKARTA 7 April - Buat kali pertama, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang akan menamatkan tempoh pentadbirannya pada Oktober ini membuat kenyataan terbuka menggesa rakyat Indonesia memberi peluang kepada Joko Widodo atau Jokowi untuk menggantikannya dengan memilih beliau pada pilihan raya Presiden Indonesia (Pemilu) 2014.

Kepada Jokowi yang muncul sebagai calon paling popular untuk menggantikan beliau, Susilo menasihatkan Gabenor Jakarta itu agar meyakinkan rakyat terhadap kemampuannya untuk memerintah Indonesia.

Dalam kenyataan yang disiarkan di YouTube semalam, Susilo juga mencadangkan kepada Jokowi agar menyenaraikan rancangannya untuk menerajui negara ini, sekali gus dapat menyangkal prasangka banyak pihak terhadap kemampuan beliau.

"Saya fikir apa yang paling baik ialah rakyat tidak terlalu cepat menghakimi beliau (Jokowi) sebagai seorang yang tidak berkemampuan. Pada masa sama, Pak Jokowi harus membentangkan idea, cara mengatasi serta polisi yang akan beliau perkenalkan untuk menyelesaikan masalah dalam negara yang sedang dihadapi.

"Dengan memberikan penjelasan tentang program dan bersedia untuk membincangkannya, rakyat boleh menilai kualiti yang ada pada Pak Jokowi berbanding calon lain Presiden. Daripada situ, rakyat boleh membuat pilihan siapa calon paling tepat untuk menggantikan saya," kata Presiden Indonesia itu.

Mengenai dakwaan lawan politik yang menggelarkan Jokowi sebagai boneka kepada Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputeri, Susilo berkata, Jokowi harus membuktikan sebaliknya.

"Ia akan menjadi satu cabaran kepada Pak Jokowi atau sesiapa sahaja yang akan dilantik sebagai Presiden seterusnya untuk tidak membenarkan diri mereka mengikut telunjuk sesiapa, sama ada daripada pelabur atau entiti asing. Saya tidak pernah membenarkan sesiapa untuk campur tangan dengan apa yang saya lakukan sepanjang 10 tahun di pejabat (memerintah)," ujar Susilo.

Apa yang paling utama, katanya, Jokowi hanya perlu menurut kehendak rakyat.

"Tiada siapa yang boleh mengawal atau mengarahkan Presiden membuat keputusan mengenai hal ehwal dalam atau luar negara. Ini adalah cabaran dan saya harap pengganti saya kelak akan mendengar apa yang dikehendaki oleh rakyat," tegas beliau.

Susilo juga menggesa Megawati menjelaskan kepada rakyat mengenai dakwaan pemimpin Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto bahawa Ketua Umum PDI-P itu memungkiri janji yang dicapai dalam Perjanjian Batu Tulis.

Megawati didakwa berjanji untuk menyokong Prabowo sebagai calon Presiden pada Pemilu 2014.

Pilihan raya Parlimen Indonesia akan berlangsung pada 9 April ini sementara pemilihan Presiden akan diadakan pada 9 Julai ini. - UTUSAN

Wakil Palestin, Israel berunding

Posted: 07 Apr 2014 12:28 PM PDT

Presiden Mahmoud Abbas mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Palestin di Ramallah pada 1 April lalu. Wakil Palestin dan Israel menyambung semula perbincangan bagi menghidupkan rundingan damai antara kedua-dua pihak yang hampir gagal. - AGENSI

BAITULMAQDIS 7 April - Perunding Palestin dan Israel mengadakan pertemuan, di sini hari ini bagi menghidupkan semula rundingan damai yang dilihat hampir menemui kegagalan akibat perbezaan tuntutan antara kedua-dua pihak.

Seorang pegawai Palestin yang enggan dikenali mengesahkan tentang pertemuan itu yang diadakan pada lewat petang, namun kedua-dua pihak tidak memberikan butiran tentang masa atau lokasi rundingan.

Semalam, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan yang turut dihadiri utusan khas Amerika Syarikat (AS), Martin Indyk, tetapi sumber Palestin memaklumkan bahawa sesi pertemuan tersebut berakhir tanpa persetujuan dan seorang pegawai Israel menyifatkan rundingan tersebut di ambang kegagalan.

Kedua-dua pihak saling bertelagah apabila Presiden Palestin Mahmoud Abbas bertegas mahu meneruskan usaha mengemukakan 15 permohonan antarabangsa bagi meraih pengiktirafan untuk menubuhkan sebuah negara yang berdaulat, manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan tindakan tersebut boleh menggagalkan proses rundingan damai.

Bagaimanapun seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali berkata, rundingan Palestin-Israel yang berlangsung semalam membincangkan cara menyelesaikan krisis di rantau Asia Barat itu melalui rundingan damai.

"Pertemuan semalam sangat serius dan menunjukkan petanda positif, dan kedua-dua pihak meminta AS mengatur satu lagi perbincangan hari ini bagi meneruskan usaha mencapai rundingan damai," katanya.

Parlimen Israel, hari ini turut mengadakan sesi khas bagi membahaskan isu rundingan damai tersebut yang dikritik oleh kumpulan pembangkang terhadap cara kerajaan menangani perbincangan itu.

Dalam pada itu, seorang komentar akhbar Jerusalem Post, Tal Harris dalam tulisannya berkata, proses rundingan damai tersebut masih mempunyai peluang untuk direalisasikan.

Jelasnya, kumpulan pakar krisis perlu ditubuhkan bagi mengendalikan konflik berkenaan, terutamanya membabitkan isu pertikaian air dan tenaga, berbanding hanya memberi tumpuan kepada perbincangan bersifat politik yang menemukan jalan buntu,

"Setiausaha Negara AS, John Kerry perlu mendedahkan beberapa maklumat tentang proses rundingan itu, selain Netanyahu dan Abbas mesti bersemuka secara langsung dalam perbincangan tersebut.

"Proses diplomatik kadang-kala tidak sama seperti yang dirasai oleh golongan rakyat," katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Tan Sri' hadapi 75 tuduhan

Posted: 07 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri
pengarang@utusan.com.my

Anggota polis membawa Ibrahim Saidon yang berkerusi roda ke Mahkamah Sesyen, Seremban 2, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 7 April - Seorang warga emas yang mendakwa dirinya Tan Sri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini selepas menghadapi 75 pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan kerugian berjumlah RM208,900, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Ibrahim Saidun, 60, yang berkerusi roda mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat swasta didakwa menipu Rusman Sulaiman, 51, de-ngan memperdaya lelaki itu bahawa tertuduh adalah Ketua Pengarah Unit Strategik di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan berpangkat Tan Sri.

Tertuduh mendakwa dapat membantu mangsa menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Kuala Pilah bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu.

Perbuatan tersebut mendorong mangsa menyerahkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank tertuduh untuk membeli tiket penerbangan dan bil penginapan hotel yang kesemuanya berjumlah RM208,900 antara tahun 2011 dan 2012.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Abu Hasan Tamli mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Muhamad Abu Hasan memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan tersebut dengan alasan ia melibatkan nilai kerugian yang besar.

Ibrahim yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan selain meminta dia dikembalikan ke wad hospital dengan alasan sakit dan tidak boleh berjalan.

Jagjit membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 7 Mei depan bagi tarikh sebutan semula untuk pihak pendakwaan mengemukakan dokumen-dokumen selain memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam bela.

Hina Islam: Kassim Ahmad dibicara 6 Mei

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Kassim Ahmad

PUTRAJAYA 7 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu.

Hakim Syarie, Azzeman Omar menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu hari ini.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris memberitahu, pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut.

Ketika ditanya pemberita di luar mahkamah sama ada pendakwa akan memanggil Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai saksi, beliau menyatakan setakat ini pihaknya belum merekod keterangan bekas Perdana Menteri itu.

Ibrahim turut memaklumkan bahawa pihak pendakwaan belum me-nerima wakalah pelantikan peguam syarie, Akbardin Abdul Kader yang bakal mewakili Kassim.

Bagaimanapun, Kassim memberitahu mahkamah, wakil kepada peguam Akbardin, Ummi Kartini Abd. Latiff hadir pada prosiding hari ini.

Kassim, 81, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang didakwa dilakukan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang'.

Seminar tersebut diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan PBH, Presint 8 di sini antara pukul 9 pagi dan 5 petang, 16 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menghina agama Islam ketika membentangkan satu skrip ucapan yang bertajuk 'Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Malaysia Untuk 30 tahun Akan Datang' dengan mengatakan Nabi Muhammad tidak perlu dimuliakan dan rambut wanita bukan aurat.

Pada masa yang sama, Kassim turut didakwa mengingkari pihak berkuasa agama dengan memetik dua buku tulisannya yang telah diharamkan oleh Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu 'Hadis Suatu Penilaian Semula' dan 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik'.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 7(B) dan pertuduhan kedua, Seksyen 9, masing-masing di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Kassim yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jawi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di rumahnya, di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, Kedah pada 26 Mac lalu.

Polemik mengenainya tercetus selepas Kassim dalam seminar itu mengeluarkan kenyataan mendakwa Islam di negara ini diseleweng selain mengkritik sistem ulama Islam yang disamakan dengan 'kasta paderi'.

Ekoran kenyataan berkenaan, pelbagai pihak mengecam Kassim sehingga menyebabkan Jakim dan Jawi menahannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Graduan lepasan Mara dibantu

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFN
utusanktn@gmail.com

Tugimon Abdul Hamid (empat kiri) melawat Pasar Tani Siswazah 2 anjuran Kolej Poly Tech Mara di Dewan Mat Kilau, Kuantan, semalam. - UTUSAN/SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN

KUANTAN 7 April - Graduan lepasan institusi pengajian Majlis Amanah Rakyat (Mara) boleh memohon pinjaman tanpa syarat serta faedah untuk menceburkan diri dalam perniagaan di negeri ini.

Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Mara Negeri Pahang, Tugimon Abdul Hamid berkata, pinjaman itu dilaksanakan awal tahun ini dengan menyasarkan sebanyak 100 peserta dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM10,000.

Menurutnya, langkah ini bertujuan melahirkan lebih ramai golongan usahawan bumiputera di negeri ini dan mencipta peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat.

"Pinjaman itu diberikan kepada graduan yang telah mendaftarkan perniagaan dan mereka hanya akan membayar jumlah sama kepada Mara selama tiga tahun tanpa sebarang faedah dikenakan.

"Kelayakan lain bagi peserta adalah mereka perlu berumur lebih 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun," katanya selepas merasmikan Pasar Tani Siswazah anjuran Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Kuantan di Dewan Mat Kilau di sini hari ini.

Sebanyak 20 peserta menyertai program itu sebagai pendedahan kepada penuntut KPTM Kuantan tentang dunia perniagaan serta cara berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

Menurut Tugimon, selain bantuan pinjaman tersebut, mereka juga perlu berfikir dengan lebih kreatif dalam mewujudkan sesuatu produk dan meluaskan perniagaan.

"Banyak bidang intelektual yang masih belum diterokai dan dijadikan perniagaan seperti industri bioteknologi, pertanian dan banyak lagi.

Beliau berharap golongan itu perlu menggunakan ruang yang ada ini dengan mula berfikir sebagai seorang usahawan.

"Mereka perlu berfikir bahawa bukan hanya belajar untuk memenuhi keperluan sesebuah industri tetapi membangunkan sesuatu bidang perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada umum, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran," Ujarnya.

Projek herba 600 hektar di Kampung Chegar Perah

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Sebahagian sukarelawan UMNO Bahagian Lipis bertahlil selepas membersihkan tanah perkuburan di Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 7 April - Sebuah projek tanaman herba untuk tujuan pengkomersialan dan perubatan akan dimajukan di kawasan seluas 600 hektar di Kampung Chegar Perah di sini tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, penduduk daerah ini perlu merebut peluang tersebut kerana industri herba dan aromatik mempunyai pasaran tinggi di dalam dan luar negara.

Menurut beliau, projek itu akan dilaksanakan secara berskala besar dan diselenggarakan oleh seorang pengusaha yang membantu dari segi kemahiran, sekali gus memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil serta petani di daerah ini.

"Pengusaha berkenaan mempunyai pengalaman dan kepakaran tentang produk secara komersial di luar negeri dan berminat memilih lokasi kampung tersebut untuk projek herba komersial.

"Projek ini merupakan perintis tanaman herba bernilai tinggi antara usaha transformasi pembangunan sektor pertanian bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar," katanya kepada pemberita selepas program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Kampung Chegar Perah di sini baru-baru ini.

Seramai 200 orang menyertai aktiviti itu yang merupakan Program Membara anjuran UMNO Bahagian Lipis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Ketua Kampung Chegar Perah, Rahimi Ismail.

Menurut beliau, projek berkenaan antara intipati pelan rancangan pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku dalam sektor pertanian bagi mewujudkan pusat pertumbuhan baharu di kampung tradisional kawasan itu.

Sehubungan itu katanya, Pejabat Parlimen Bahagian Lipis menerusi agensi Jabatan Pertanian mengalu-alukan langkah pengusaha berkenaan melabur dalam bidang tanaman herba untuk produk perubatan secara komersial.

RM9 juta tunggakan cukai pintu di Temerloh

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

TEMERLOH 7 April - Jumlah tunggakan cukai pintu yang belum dibayar kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) kini mencecah RM9 juta.

Yang Dipertua MPT, Datuk Syed Mohd. Nor Syed Jaafar berkata, jumlah itu merangkumi tunggakan cukai yang belum dibayar pemilik premis perniagaan dan kediaman dalam kawasan bandar ini sejak beberapa tahun lalu.

"Setakat ini, kami belum membuat sebarang tawaran kepada awam untuk mengutip semua cukai itu tetapi akan memberi lebih banyak penerangan kepada orang awam untuk tujuan itu.

"MPT bertegas dalam kutipan cukai tertunggak ini dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan guaman luar bagi menyelesaikan isu ini," katanya di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Diesel bersubsidi...alahai!

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh Zulkifli Jalil

Kapal Sibu Satu yang ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berhubung kes penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah tapak pemunggahan di Sungai Lepau, Pengerang, Kota Tinggi, Johor, hujung tahun lalu.

KERAJAAN terutama agensi-agensi berkaitan termasuklah Jabatan Peguam Negara perlu lakukan sesuatu.

Memang amat mengejutkan apabila didedahkan oleh seorang pegawai kanan sebuah kementerian Jumaat lalu bahawa sejumlah RM1.2 bilion kerugian terpaksa ditanggung negara akibat sindiket penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi. Tidak kiralah tempoh kerugian itu memakan masa lima tahun ke, atau setahun ke, pokoknya - rugi besar.

Malah, jelas Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman lagi, peruntukan RM4.03 bilion untuk subsidi diesel pada 2010 sudah meningkat lebih dua kali ganda kepada RM9.92 bilion pada tahun lepas sahaja.

Itu belum termasuk lagi insiden penyeludupan dalam empat bulan pertama 2014 ini. Kalau diambil kira kes-kes penyeludupan diesel bersubsidi yang tidak ada pasang surutnya' ini, penulis percaya, malah cukup yakin angka peruntukan untuk subsidi diesel ini akan bertambah sekali ganda lagi. Mungkin tidak perlu menunggu masa lima tahun. Tahun ini sahaja, kita boleh saksikan peningkatan ini.

Penulis difahamkan, isu ketirisan membabitkan penyelewengan diesel bersubsidi dan rasuah ini sudahpun berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2009 lagi. Banyak operasi membabitkan siasatan dan risikan bagi menangani kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi digerakkan. Tetapi kian menjadi-jadi pula.

Di Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelang pada Sabtu lalu berulang kejadian serupa. Kira-kira 1.34 juta liter diesel bersubsidi yang cuba diseludup ke luar negara telah dirampas.

Semua pihak, daripada bahagian penguatkuasa KPDNKK, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sehinggalah SPRM cukup maklum apa yang berlaku ketika ini. Di satu lokasi di sebuah perkampungan nelayan Februari tahun ini, terdapat sindiket menyeleweng lebih 900,000 liter diesel bernilai kira-kira RM1.2 juta dalam tempoh lima bulan.

Selain menikmati diesel subsidi, mereka juga dikatakan membuat pengisytiharan palsu jumlah ikan yang didaratkan bagi mendapatkan insentif 10 sen bagi setiap kilogram.

Siasatan awal mendapati aktiviti pemalsuan butiran tersebut dipercayai didalangi empat sindiket utama bagi mendapatkan bekalan diesel subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada nelayan berdasarkan jumlah tangkapan ikan. Nelayan dipercayai tidak turun ke laut untuk menangkap ikan. Tetapi memanipulasi sistem dengan memberikan resit mengandungi butiran pendaratan ikan palsu bagi mendapatkan diesel bersubsidi.

Had kuota diesel dilaksanakan pada 2005 dipercayai bertujuan mengelakkan aktiviti jual beli diesel subsidi kereta kepada diesel industri yang masing-masing berharga RM1.80 dan RM2.65 seliter. Diesel subsidi untuk nelayan pula adalah pada RM1.20 seliter.

Had kuota setiap stesen pula berbeza di antara satu stesen minyak dengan stesen lain dan ditentukan dengan jualan purata bulanan adalah di antara 80,000 hingga 400,000 liter sebulan. Ada di antara stesen yang diberi kuota sebanyak 600,000 liter sebulan. Jumlah diesel tersebut kemudian akan dibahagikan dengan jumlah hari dalam sebulan.

Perbezaan sebanyak RM0.80 seliter berbanding pemandu kereta dan RM1.45 berbanding diesel subsidi nelayan ini memberi peluang kepada mereka yang jahat ini mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual bekalan diesel mereka kepada pengusaha industri.

Had jualan diesel adalah berbeza dan bergantung kepada jenis kereta. Misalnya, kereta biasa seperti pacuan empat roda mempunyai kapasiti tong minyak sebanyak 70 liter, maka had jualan adalah kurang daripada jumlah tersebut. Untuk bas dan lori, had jualan adalah kurang dari 200 liter.

Namun, permintaan bekalan diesel yang tinggi ketika ini menyebabkan jumlah jualan diesel tersebut menurun kepada 30 liter untuk memberi peluang kepada pengguna lain membeli. Kejadian jual beli diesel berleluasa ketika kerajaan mengumumkan tidak akan lagi memberi subsidi kepada pengusaha industri.

Permintaan tinggi termasuklah bagi menampung keperluan tinggi kapal-kapal antarabangsa dari segi kuantiti dan harga bagaikan suatu rangsangan' kepada kegiatan penyeludupan diesel. Kewujudan jeti-jeti haram yang tidak berdaftar dengan agensi-agensi berkaitan juga penyumbang kepada penyeludupan barangan kawalan ini.

Tambah lagi, perbezaan harga di negara jiran serta penguatkuasaan yang lemah, memudahkan kegiatan penyeludupan ini dijalankan. Ini khususnya di kawasan-kawasan seperti Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis; Durian Burung dan Bukit Kayu Hitam di Kedah; Bentong di Perak dan Golok di Kelantan. Dekat sempadan merentasi Singapura juga perlu diperketatkan kawalannya.

Sebagai perbandingan, harga diesel di Thailand adalah pada harga RM3.00 - RM3.50 per liter manakala RON95 pula adalah sebanyak hampir RM4.50 - RM5.00. Ini tidak termasuk barangan lain seperti LPG di mana di Malaysia, harga dijual adalah RM1.80 - RM2.00 manakala di Thailand pula ialah RM2.50 -RM3.

Hal ini menunjukkan subsidi diesel yang menyeluruh hanya menguntungkan golongan yang langsung tidak memerlukannya.

Maka, adalah lebih baik kita hapuskan semua subsidi jika kita mampu. Ini terutama jika kerajaan boleh membantu golongan yang paling memerlukan sokongan. Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menyalurkan wang kepada golongan miskin adalah satu langkah yang sedang diambil bagi tujuan itu. Begitupun, pemberian seperti ini juga adalah langkah sementara semata-mata - bagi membantu rakyat miskin agar tidak hidup melarat.

Matlamat utamanya adalah mempertingkat pendapatan rakyat agar mereka boleh hidup tanpa bergantung kepada subsidi. Inisiatif program transformasi kerajaan dan ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri inilah yang akan memacu rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020 nanti, iaitu negara dengan pendapatan per kapita setinggi AS$15,000 (RM48,888).

Dalam isu penyeludupan diesel bersubsidi ini, penulis tidak mahu menuding jari mencari siapa pemain-pemain utama' terlibat. Cuma, yang pasti, mereka ini bukan ikan bilis sebaliknya daripada senarai nama-nama cukup besar, hebat'.

Dan kita khuatir jika yang terlibat merupakan pihak yang tidak disangka-sangka. Barangkali, mereka ini memang telah ada pengalaman luas sewaktu berada dalam agensi atau kementerian terbabit. Dan kemudian bertukar karier pula menjadi penasihat' kepada stesen-stesen minyak atau dalang kepada penyeludupan diesel bersubsidi ini.

Penulis percaya sebahagian besar dari kita kurang peka tentang subsidi minyak. Masih ramai menyangka kerajaan wajib memberikan subsidi kepada minyak bagi membantu rakyat, sekali gus mengembangkan ekonomi. Namun, penyeludupan subsidi minyak terutamanya diesel akan menyebabkan negara mengalami kerugian besar.

Apatah lagi jika diseludup dalam kapasiti yang amat besar, berkontena-kontena.

Malaysia sembunyi atau maklumat Anwar terbongkar?

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Dari Jendela Tok Ki

DALAM kenyataan dalam akhbar, The Daily Telegraph di London, Anwar mendakwa Malaysia telah menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.

Ekoran itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lantas menjawab, kenyataan tersebut seolah-olah menuduh kesemua 26 negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu turut menyorokkan maklumat sebenar.

Bidas beliau yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan, dakwaan berkenaan tidak masuk akal, sempit fikiran dan sepatutnya dia berpijak di bumi nyata. Hishamuddin turut menyindir, yang nyatanya pencarian jam Omega sampai ke hari ini tidak berhasil.

Kata beliau lagi, kalau hendak berpolitik ada had batasannya.

Tergamakkah kita mengambil kesempatan politik dalam keadaan nyawa penumpang dalam pesawat itu masih tidak menentu? Tergamakkah kita berpecah-belah dalam dunia sekarang telah bersatu untuk melakukan sesuatu yang baik?

Dalam pada itu penulis pun tidak mudah hendak percaya kenyataan Chin Yi, bekas penggubal undang-undang parti pemerintah Taiwan yang mendakwa Ketua Umum PKR itu adalah dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370. Anwar sepatutnya menyaman Chin Yi kerana ia adalah tuduhan yang berat.

Sejak kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lagi Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil pendirian berbeza terhadap isu MH370 ini. Meskipun rakyat umumnya memperlihatkan sokongan yang tinggi kepada usaha kerajaan ini namun Anwar tidak mengambil sikap sedemikian.

Tidak cukup dengan sindiran dan perlian dibuat di media Malaysia, Anwar melakukan hal yang sama di luar negara.

Media asing diketahui cuba memutarbelitkan kenyataan yang sebenar dan melakukan sensasi dan provokasi dan meremehkan usaha yang berlaku walaupun melibatkan kuasa-kuasa Britain, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Cina dan Australia dengan segala peralatan dan aset yang canggih.

Hubungan Anwar dengan pihak-pihak luar adalah sesuatu yang nyata dan tidak boleh disembunyikan lagi. Kunjungan Anwar ke London atas undangan Al Gore, untuk bermesyuarat dengan kumpulan Generations dan pasukan akademik pendidikan tinggi Universiti Cambridge. Al Gore melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Generations, bersama-sama Simon Zadek, James Wolfenshoun dan Marry Robinson. Al Gore pernah melawat Malaysia waktu di puncak reformasi 1998 dan menyatakan sokongannya kepada perjuangan Anwar.

Apa yang sedang dilakukan oleh Malaysia dan 26 negara lain di dunia menggunakan peralatan canggih dalam bidang pengesanan dan menyelamat pesawat dianggap perkara remeh.

Sebagai bekas Menteri Kabinet kanan, Anwar patutnya memahami pengurusan krisis. Krisis kewangan yang berlaku pada 1997 umpamanya, Anwar cuba mengambil strategi ekonomi dan kewangan tetapi akhirnya merujuk kepada pedoman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga.

Mujur Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kemampuan mengurus ekonomi dan kewangan negara menyebabkan maruah negara dapat diselamatkan. Kalau diserahkan kepada Anwar kita tahu apa yang akan terjadi.

Pendukung Anwar masih tidak nampak mengapa Anwar merujuk kepada pemimpin dan media Barat untuk menyatakan kritiknya terhadap Malaysia.

Anwar yang pernah terkenal sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang memperjuangkan Islam tiba-tiba bertukar menjadi Barat dan media yang dikritiknya suatu ketika dulu sebagai teman mendapatkan sokongan dan perlindungan.

Mustahil tidak ada sedikit pun saki-baki patriotisme atau kewatanan pada diri Anwar terhadap Malaysia. Semua dilihat oleh Anwar sebagai negatif.

Sewaktu dalam UMNO pihak pembangkang menjadi sumber kecaman Anwar terutama Pas. Apabila menjadi pembangkang UMNO disalahkannya dalam semua perkara yang terjadi. Semasa dalam kerajaan dulu Anwar pemimpin unggul yang mempertahankan Dr. Mahathir. Bila tidak bersama dengan kerajaan, Dr. Mahathir menjadi sumber kecamannya sehingga kini. Itulah Anwar Ibrahim.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Aku semakin bahagia

Posted: 06 Apr 2014 11:10 PM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Noor Azlina Jaafar

KD sering memilih untuk berterus terang tentang banyak perkara dalam hidupnya.

BERMULA dengan laporan mengatakan dia curang terhadap bekas suami dan pengakuan berani mengenai kehamilan anak pertama bersama Raul Lemos, membuktikan Krisdayanti (KD) mahu bersikap lebih jujur. Dia bukan hanya mahu menonjolkan sisi-sisi baik kala berdepan masyarakat. Namun selepas empat tahun berlalu, KD tahu masih ada lagi yang belum berpuas hati dengan dirinya kesan daripada kekhilafan terdahulu.

Menerima hukuman yang diberikan setimpal dengan kekuatan yang diperoleh, penyanyi berusia 39 tahun ini percaya bukan semua yang dilihat itu sebagai balasan. Merupakan ibu kepada empat orang anak iaitu Aurel,15, Azriel , 13 , Ariannha Amora Lemos 3, dan Kellen Alexander Lemos, ternyata kehidupan yang dilaluinya sejak empat tahun lalu sebagai peluang kedua.

Mengecapi bahagia melalui peluang kedua, bagi Krisdayanti, ini adalah masa menghargai apa yang telah diaturkan Allah buat hamba sepertinya. Katanya, untuk apa menyoal perkara yang sudah terjadi memandangkan kini dia sudah melihat hikmah yang tersembunyi?

"Saya bukan seseorang yang mudah berkecil hati, saya tahu masih ada yang terus menghukum saya. Saya lihat ini bahagian dosa saya yang sedikit terhapus dengan kecaman mereka.

"Jangan benci saya, kerana bukan semua yang dilihat itu apa yang sebenarnya berlaku. Melalui waktu ini apa yang saya lakukan adalah sentiasa berfikiran positif. Mungkin ada 100 orang yang mengata yang tidak baik tentang saya, tetapi saya percaya ada 1,000 lagi orang yang baik diluar sana," katanya.

Hanya beberapa minggu lalu kisah ketelanjurannya dibangkitkan semula oleh selebriti terkenal Ahmad Dhani. Mengakui pedih untuk sekali lagi kisahnya dipermainkan di hadapan khalayak ramai, bagi KD sudah sampai masanya kisah seperti itu tidak lagi mengambil tempat pada masa depan.

"Suami saya memang kesal dengan Ahmad Dhani yang membangkitkan hal ini di dalam rancangan yang ditonton ramai orang. Jujurnya, Raul tidak mahu hal-hal ini diamati anak-anak kami yang semakin membesar.

"Ahmad Dhani sudahpun meminta maaf, jadi harapan saya agar hal ini tidak lagi dibangkitkan," katanya.

Sudah lali dengan apa yang dilalui, bagi KD fokusnya kini hanya untuk anak-anak. Walaupun anak pertama dan kedua kini berada di bawah jagaan bekas suaminya Anang Hermansyah, itu tidak bermakna mereka ketandusan kasih sayang dirinya. Tidak menolak Anang masih lagi sangsi dengan keinsafan dirinya, bagi KD sesungguhnya kehadiran Ashanty sebagai pengantara dia dan Anang begitu memudahkan.

"Memang Anang masih tidak boleh menerima saya. Namun Ashanty yang juga isteri Anang kini memudahkan komunikasi kami. Soal anak-anak pula semuanya masih sama, memandangkan mereka berdua sudah dewasa jadi apa saja permintaan mereka akan terus kepada saya," katanya.

Peluang kedua

Bercakap soal kehidupannya kini, adalah sesuatu yang cukup meredakan perasaan KD apabila mempunyai seorang suami yang sangat memahami, sementelah dianugerahkan dua lagi anak.

"Saya mempunyai suami yang sangat membela. Dalam keadaan saya dimalukan, dia sentiasa berada bersama saya.

"Allah bagaikan menjawab semua doa saya. Jujurnya ketika kehilangan anak saya (yang sebelum ini berada dengan Anang), saya berada dalam keadaan sangat tertekan. Namun, siapa sangka ketika umur saya 36 saya terus dikurniakan anak ketiga dan keempat. Mungkin itu satu keajaiban yang diberikan Allah untuk membuatkan saya tahu tujuan hidup bukan lagi untuk dunia tetapi akhirat," katanya.

Bercakap soal perbezaan kehidupannya kini, bagi KD tentunya apa yang dianugerahkan Allah kepadanya kini bagaikan detik permulaan baru buat hidupnya. Menerangkan kedudukannya sebagai manusia biasa, bagi KD jangan pernah anggap gelaran artis menidakkan dia untuk tidak melakukan kesilapan.

"Mungkin dahulu ketika nama saya sedang dikenali memang tiada waktu untuk anak-anak. Bezanya kini anak ketiga dan keempat saya menerima keadaan yang berbeza. Lebih waktu untuk mereka dan saya tidak mahu lagi terlepas untuk melihat mereka membesar di depan mata.

"Cerita dan takdir hidup saya sudah ditentukan, saya berkahwin dan bagaimana anak saya lahir juga sudah ditentukan. Sebagai manusia saya akui kesilapan lalu yang juga sudah ditakdirkan kepada saya," katanya.

Diasak dengan pelbagai cerita tidak baik sepanjang empat tahun lalu, jujurnya dia tahu apa yang berlaku. Tidak mudah untuk dirinya hanya mendengar, bagaimanapun tiada sebab juga untuknya berputus asa. KD nekad untuk terus berjuang dalam industri ini.

"Saya tahu semuanya, bukan saya tidak ambil tahu apa yang orang katakan tentang saya. Tetapi mengapa saya perlu keluar dari industri? Saya yang rugi kalau buat begitu. Saya merasakan sebagai sebahagian dalam komuniti ini dan saya selesa," katanya.

Hati-hati pilih

tajuk lagu

Masih teringat lagu berjudul I,M Sorry Good Bye? Pengakuan KD tentang lagu ini rupa-rupanya dia masih terkenang dengan apa yang berlaku. Menurut KD selepas mengeluarkan lagu ini katanya dia bagaikan mengingati kembali tempoh perceraiannya dengan Anang. Kembali bekerjasama dengan Melly Goeslow, KD dengan tenang memberitahu agar Melly lebih berhati-hati dengan tajuk lagu kali ini.

"Single terbaru saya berjudul Bertubi Tubi, memang saya sudah beritahu Melly agar lebih berhati-hati pilih tajuk lagu. Kalu ikutkan lagu yang baru ini memang ada kena mengena dengan kehidupan saya. Setelah bertubi-tubi diduga, kanan dan kiri, akhirnya saya juga bertubi-tubi menerima kebahagiaan kini," kata yang kini sudah memiliki sebuah perusahaan dalam bidang muzik. Menamakan Raya Music sebagai permulaan, antara impian terbesarnya adalah untuk melihat bidang muzik di Indonesia terus berkembang.

"Raul mewujudkan Raya Music untuk saya lebih aktif dalam bidang ini. Ternyata sokongannya itu memberi alamat yang baik buat karier saya. Setelah hampir 20 tahun impian itu pasti ada untuk melihat industri muzik di Indonesia terus berkembang," katanya.

Perang di lokasi?

Posted: 06 Apr 2014 11:10 PM PDT

APA sudah jadi dengan dua bintang kacak India ini? Salman Khan kata dia tidak bersalah. Akshay Kumar pula, turut menafikan perselisihan faham antara mereka sewaktu penggambaran bersama-sama, baru-baru ini.

Jika tidak bergaduh, kenapa Salman perlu meninggalkan set penggambaran? Apakah benar ini semua gara-gara kedua-duanya sama 'keras kepala', maka itu yang terjadi?

Seorang krew penggambaran memberitahu India Today, Salman meninggalkan set kerana 'cemburu' dengan aksi Akshay yang menjadi perhatian kamera berbanding dirinya.

Itu yang menyebabkan Salman tidak puas hati lalu meninggalkan set. Dia tidak mahu orang lebih daripada dirinya memandangkan dia adalah penampilan khas dalam lagu Fugly nyanyian Honey Singh itu.

Akshay sememangnya dilihat berlebihan ketika melakukan babak lagu tersebut. Dia juga diberi penjelasan terlebih dahulu tentang lagu itu berbanding Salman yang tidak mendapat sebarang taklimat mengenai keseluruhan lagu.

Salman hanya diberitahu ketika sampai di set. Tetapi, dia berlalu pergi apabila mendapati Akshay beraksi lebih ketika rangkap pertama lagu itu. Semua orang terkejut," jelas kru itu.

Tambah kru terbabit, pelakon berusia 48 tahun itu turut diminta untuk meneruskan penggambaran lagu oleh pengarah, Kabir Sadanand, tetapi dia tidak menghiraukan permintaan itu.

Jurucakap Salman juga membantah sekerasnya kontroversi itu. Bercakap kepada OneIndia.in, jurucakap itu menjelaskan pemergian Salman daripada set adalah disebabkan hal lain.

Dia pergi kerana terpaksa berkejar dengan sesi fotografi bersama Arjun Kapoor dan Alia Bhatt. Selepas itu, dia pergi lagi untuk berjumpa dengan Alvira dan Atul Agnihotri yang terlibat dalam filem O Teri.

Salman dan Akshay sebenarnya tiada isu. Apabila lagu itu keluar, barulah semua orang boleh menilai apa yang berlaku sebenarnya," katanya.

Berbaik semula

Walaupun terpaksa bermasam muka, laporan Bollywoodlife.com pula menyebut kedua-dua pelakon itu kini sudah berdamai. Mereka tidak mahu meneruskan permusuhan memandangkan kedua-duanya sudah mengenali antara satu sama lain hampir 20 tahun.

Mereka sudah berbaik semula. Laporan yang mendakwa mereka saling mencemburui adalah tidak benar, berita palsu.

Memandangkan Salman hanyalah cameo dalam lagu itu, sebab itu sesinya tamat awal. Maka, janganlah percaya dengan gosip dan kontroversi yang ditimbulkan itu," kata jurucakap Salman kepada Bollywoodlife.com.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Rangkaian baharu daripada Alcatel

Posted: 06 Apr 2014 11:10 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

Alcat el Touch Idol X

MENERUSKAN kesinambungan rangkaian telefon bimbit pintarnya, Alcatel Malaysia memperkenalkan One Touch Idol X+ dengan cip pemprosesan Octa Core bagi menggantikan One Touch Idol X yang dikeluarkan tahun lalu.

Dilengkapi perkakasan terkini seperti skrin berdefinisi tinggi (HD) penuh IPS, saiz skrinnya mencecah lima inci dengan 441 pixle per inch (ppi) yang diperkasakan oleh Corning Gorilla Glass 2.

Peranti terbaharu itu turut dilengkapi dengan kamera utama 13.1 mega piksel dan depan dua mega piksel di samping storan RAM dua giga bait (GB) serta cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh Mediatek.

Menariknya mengenai Idol X+ ini, peranti juga terbina dengan dua slot mikroSIM bagi memudahkan mereka yang aktif menggunakan dua SIM serentak.

Dengan ketebalan 7.9 milimeter, bateri telefon bimbit pintar ini dipertingkatkan kapasiti sehingga 2500mAh.

Fungsi peranti ini turut diperluaskan dengan penggunaan BOOMband iaitu peranti yang dipakai di tangan untuk memantau aktiviti kesihatan pengguna.

Fungsi BOOMband yang dilihat seperti `buddy' kepada Idol X+ ini ialah mengira jumlah langkah serta memantau kalori yang telah dilakmukan sepanjang hari selain turut mengira jangka masa tidur.

Di samping pengenalan kepada Idol X+ ini, Alcatel turut memperkenalkan One Touch Idol Alpha yang dilengkapi pemprosesan Quad Core khusus buat mereka yang gemarkan reka bentuk unik dan lebih menarik.

Idol Alpha direka menggunakan besi pada keliling dengan lengkungan bagi memberikan keselesaan ketika memegang selain ditambah sisi lutsinar sekali gus menampakkan keanggunan dan keunikannya berbanding yang lain.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Quad Core pada kelajuan 2GHz dan storan RAM satu GB, peranti ini diperkemaskan dengan skrin IPS 4.7 inci yang diperbuat dari Dragontrail Glass dengan resolusi HD 1280 x 720 piksel.

Kamera utama mampu merakam gambar pada 13.1 mega piksel manakala kamera depan dua mega piksel bersama kapasiti bateri 2000mAh. Kedua-dua telefon bimbit pintar ini telah berada di pasaran dengan harga Idol X+ RM1,299 manakala Idol Alpha RM1,099.

Bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.alcatelonetouch.com/ml.

Nikon 1 V3 setanding DSLR

Posted: 06 Apr 2014 11:10 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Dinobatkan antara kamera dengan kadar rakaman terpantas dunia, Nikon 1 V3 merupakan barisan kamera baharu keluaran Nikon yang dijangka menjadi tumpuan ramai.

Memiliki reka bentuk yang kompak tidak menghalang Nikon 1 V3 merakam imej yang sedang bergerak dengan jelas dan cantik.

Ditambah bersama kelebihan pemfokusan auto (AF) yang lebih tepat, kamera tersebut merupakan antara peneman terbaik buat generasi masa kini.

Nikon 1V3 merupakan penerusan legasi Nikon 1 dalam menawarkan kamera kompak yang mesra pengguna tanpa mengorbankan kualiti imej, kelebihan mudah alih dan fleksibeliti.

Antara kelebihan lain pada Nikon 1V3 adalah kepantasan rakaman dengan kadar 20 rakaman sesaat (fps) bersama AF.

Kelebihan tersebut amat diperlukan dalam merakamkan momen yang terbaik bagi subjek yang sedang bergerak dengan kualiti imej yang setanding dengan kamera digitla lensa tunggal (DSLR).

Didatangkan bersama enjin emproses imej EXPEED 4A , Nikon 1V3 merupakan antara kamera yang mampu merakamkan imej terbaik sekali gus meletakkan kenangan yang tidak dapat dilupakan pada imej yang dirakam.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Jabatan Pengimejan dan Pemasaran Antarabangsa, Nikon Singapore Pte. Ltd., Uemura Kimito, Nikon 1V3 direka khas untuk melaksanakan tugasan merakam imej pada kualiti tinggi pada kadar yang amat pantas.

Kelebihan Nikon 1V3 adalah pada pemfokusan autonya yang mana kadang kala mampu menyaingi kamera DSLR profesional.

Malah, Nikon 1V3 sesuai untuk dijadikan sebagai kamera sokongan (backup) atau kamera ke dua kepada jurugambar profesional," katanya.

Kamera tersebut turut mendapat sentuhan penderia baharu, Nikon CX-format CMOS dengan18.4 juta piksel serta kadar sensitiviti ISO yang lebih tinggi, bermula daripada 160 hingga 6,400 dan boleh di panjangkan lagi kepada 12,800.

Penderia imej baharu tersebut membolehkan jurufoto merakamkan video penuh HD pada kadar 1080p dengan kepantasan 60 fps atau rakaman video gerak perlahan (slow motion) pada kadar 120 fps.

Nikon 1V3 juga merupakan antara rangkaian Nikon 1 yang memiliki kelebihan skrin sesentuh yang mana meletakan segala kawalan yang lebih kreatif hanya di hujung jari.

Malah, skrin tersebut jua boleh digerakan ke beberapa arah (vari angle) memudahkan pemiliknya untuk merakam imej dari pelbagai sudut yang lebih menarik.

Kamera tersebut turut dilengkapi bersama kelebihan WiFi dan mod penyunting gambar, membolehkan imej dikongsi bersama rakan-rakan dan kaum keluarga dengan lebih pantas menerusi telefon pintar.

Sebagai tambahan kepada Nikon 1 V3, Nikon turut memperkenalkan dua lensa dengan format CX baharu bagi membantu jurugambar merakamkan imej yang terbaik.

Dua lensa tersebut adalah lensa pemfokusan normal, 1 NIKKOR VR 10-30mm f/3.5-5.6 PD-ZOOM dan lensa pemfokusan super telefoto dengan format sudut pandangan 35 milimeter (mm),1 NIKKOR VR 70-300mm f/4.5-5.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Nikon 1 V3 anda boleh melayari laman web Nikon di http://www.nikon.com.my/en_MY.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Komitmen Bernas

Posted: 06 Apr 2014 11:10 PM PDT

PADI yang di proses dan di asingkan daripada benda asing dalam bekas mengayak bagi menentukan kualitinya.

MUSIM menuai semakin hampir namun kebelakangan ini pelbagai rungutan pesawah berhubung harga padi pasti kedengaran lantang mempersoalkan potongan harga yang dilakukan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) atau pengilang terhadap hasil tuaian mereka yang dihantar untuk tujuan jualan. Semenjak usaha menghasilkan padi bermutu yang standard, ada dalam kalangan pesawah mendakwa mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai standard pemutuan tinggi yang dikenakan ke atas hasil keluaran mereka.

Jika dicongak, setelah ditolak kadar pemutuan yang tinggi oleh Bernas mahupun pengilang, pesawah sebenarnya tidak memperoleh apa-apa faedah daripada insentif yang telah diluluskan malah pendapatan mereka tambah terjejas.

Rata-rata pesawah pada masa kini memperoleh pendapatan di peringkat cukup makan.

Selain terpaksa menanggung kos upah yang tinggi, pesawah sentiasa berhadapan dengan risiko serangan pelbagai penyakit dan musuh tanaman, bencana alam dan sebagainya.

Justeru, Bernas sering dipersoal mengenai tujuan sebenar mengenakan pemutuan tinggi berbanding sebelum ini pada kadar 16 hingga 18 peratus yang masih boleh diterima oleh semua petani seluruh negara.

Dalam usaha memberikan penjelasan mengenai cara dan kaedah serta memberi jawapan mengapa Bernas mengenakan pemutuan tinggi terhadap pesawah, satu sesi taklimat khusus telah diadakan di Kilang Beras Bernas Sekinchan, Selangor bagi membantu masyarakat memahami proses pemutuan padi sejajar dengan saranan kerajaan.

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Ladang Bernas, Abdul Razak Abdullah, Bernas sentiasa melakukan analisis ke atas padi yang dihantar oleh pesawah bagi tujuan penggredan sekali gus melalui beberapa proses pemutuan untuk memperoleh beras bermutu tinggi.

Analisis dan proses itu juga turut mengkaji mutu sebenar padi yang dibeli oleh kilang di samping dapat menentukan harga yang perlu dibayar kepada petani berdasarkan kualitinya.

Beberapa faktor diambil kira untuk menggred atau mengelaskan padi seperti ukuran, kerosakan, kematangan, benda asing dan wap basah.

Faktor-faktor tersebut diambil kira bagi memastikan padi yang kami peroleh benar-benar bermutu dan layak untuk dipasarkan kepada masyarakat," katanya pada sesi taklimat di Kilang Beras Bernas di Sekinchan baru-baru ini.

Tambahnya, padi rosak dikategorikan sebagai beras perang, beras patah, hampa berat atau hampa ringan. Sementara padi tidak matang merupakan padi yang muda kenyal atau muda cair.

Kategori benda asing pula menjurus kepada batang padi, rumpai sambau, serangga, tangkai padi, habuk, tanah, batu dan kayu, manakala wap basah perlulah tidak melebih 14 peratus.

Manurut Abdul Razak, sampel akan diambil daripada populasi yang terdapat pada lori yang mengangkut atau longgokan atas lantai menggunakan peroba, pembahagi mekanikal atau bekas sampel.

Jika sampel padi diambil menggunakan peroba, kira-kira 400 gram padi akan dijadikan sampel untuk tujuan penggredan.

Setelah sampel diperoleh, ia akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan isi kandungan padi sekali gus menentukan harga yang akan dibayar kepada petani berdasarkan kualiti padi yang dijual.

Peralatan seperti pengukur wap basah, pengayak, pengukur mikro dan penimbang digital digunakan alam memastikan padi yang diperoleh benar-benar bermutu tinggi.

Khazanah dunia di Bukit Tawau

Posted: 06 Apr 2014 11:10 PM PDT

LANDSKAP menarik menunggu kehadiran pengungjung di Taman Bukit Tawau.

Jika anda melihat tiga puncak gunung yang terletak berdekatan antara satu sama lain di daerah Tawau, Sabah maka anda telah menemui arah ke Taman Bukit Tawau (TBT) yang kaya dengan khazanah rimbanya.

Puncak Gunung Magdalena, Gunung Maria dan Gunung Lucia berkongsi lokasi untuk menjadi puncak penanda TBT yang diwartakan pada 7 Mei 1979 dan telah menarik kehadiran pelancong yang cintakan alam sekitar.

TBT, yang terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau adalah antara tiga taman daratan (terrestrial park) yang popular di Sabah selain Taman Banjaran Crocker dan Taman Kinabalu.

TBT mempunyai topografi bumi berbukit bukau dengan ketinggian antara 30 meter hingga 1,310 meter dari paras laut dan turut berfungsi sebagai kawasan tadahan membabitkan kawasan seluas 28 hektar.

Lokasi tertinggi TBT ialah puncak Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter manakala puncak Gunung Lucia setinggi 1,189 meter dan Gurung Maria setinggi 1,067 meter.

Bagaimanapun hanya Gunung Lucia yang dibenarkan untuk kegiatan pendakian manakala dua gunung lagi tidak dibenarkan untuk kegiatan itu atas faktor keselamatan.

Tiga gunung berkenaan terbentuk daripada kegiatan gunung berapi, yang kini tidak lagi aktif, sekali gus banyak membantu menghasilkan kawasan hutan dengan tanah jenis volkanik yang amat subur dan kaya dengan nutrien.

Faktor ini membantu mewujudkan kepelbagaian flora termasuk 200 spesies orkid, 83 spesies paku pakis, 65 spesies halia hutan, 63 spesies keladi dan tiga spesies periuk kera.

Ini dijelaskan oleh Pembantu Penyelidik Taman Negeri Sabah, William Dius, 33, ketika memberi taklimat kepada anggota rombongan Kembara Rakan Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar baru-baru ini.

Khazanah dunia

Paling menarik TBT juga menyimpan khazanah dunia yang menakjubkan iaitu sebatang pokok Seraya Kuning Siput yang adalah pokok tropika tertinggi di dunia selain pokok tertinggi di Asia.

Pokok balak setinggi 88.32 meter itu menjadi tumpuan pelawat walaupun amat sukar untuk melihat keseluruhan pokok itu sehingga puncaknya kerana dilindungi pokok lain di kelilingnya.

Ia adalah satu-satunya pokok tertinggi di dunia yang terdapat di negara ini daripada 10 batang pokok tertinggi yang ditemui manakala selebihnya terdapat di California dan Tasmania.

Ketinggiannya yang kali terakhir diukur pada 2006 meletakkan pokok dengan nama saintifik 'Shorea Faguetiana Heim' itu diisytiharkan para saintis berada di tempat kelapan daripada senarai 10 pokok tertinggi dunia.

Untuk mendekati pokok raksaksa yang menjadi kebanggaan penduduk Sabah itu, para pelawat boleh mengikuti denai yang disediakan sehingga tiba di lokasi pokok itu.

Pokok itu menjadi antara lokasi bergambar paling popular di TBT bagi para pelawat.

Sebuah pelantar dibina di pinggir pokok yang berbanir besar itu dan papan informasi mengenai pokok itu turut disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Pokok yang usianya tidak dinyatakan itu mendapat nama Seraya Kuning Siput kerana ia juga menghasilkan damar (resin) yang apabila mengeras, ia kelihatan seperti siput.

Damar adalah hasil hutan yang sangat penting kepada para penduduk zaman silam kerana ia digunakan sebagai bahan bakar terutama untuk menerangi kegelapan malam.

Air terjun yang indah

TBT juga mempunyai kawasan air terjun yang terhasil daripada sungai dan anak sungai yang sentiasa mengalirkan air di dalamnya dan antara yang sering dikunjungi pelawat ialah air terjun Table, air terjun Gelas dan air terjun Lucia.

Untuk kemudahan pengunjung, taman itu turut menyediakan rangkaian laluan denai untuk kemudahan pelawat ke kawasan air terjun atau kolam air panas yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari pintu masuk utama.

Sejajar dengan fungsinya sebagai Taman Negeri, TBT juga mempunyai kemudahan pusat penyelidikan dan pemuliharaan koleksi tumbuhan dengan mewujudkan sebuah kebun botani sejak 1999.

Dius berkata, pihaknya juga mewujudkan Galeri TBT yang antara lain mempamerkan pelbagai barangan rampasan daripada penceroboh taman itu seperti kapak, lembing, tali jerat, bubu, rantai gergaji, mercun dan panah.

Beliau berharap galeri itu akan memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap kesan buruk kegiatan pencerobohan hutan di kawasan TBT selain kekerapan rondaan bagi menangani kegiatan itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kongsi idea majukan Kg. Baru

Posted: 06 Apr 2014 12:36 PM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Astaman Abdul Aziz (tengah) melihat replika model pembangunan Kampung Baru pada perasmian Majlis Rasmi Hari Terbuka PITPKB di Kuala Lumpur, kelmarin. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 6 April - Semua pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru di sini diberi tempoh selama dua bulan iaitu sehingga akhir Mei ini bagi meneliti dan menilai cadangan Draf Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru 2020 (PITPKB).

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang pandangan dan daripada mereka berhubung pembangunan yang akan dijalankan di kawasan itu nanti.

"Pemilik dan pewaris tanah boleh datang melihat cadangan draf itu di pejabat PKB pada bila-bila masa sewaktu hari bekerja untuk memberi komen dan idea.

"Dengan cara itu, mereka berpeluang mengetahui segala aspek dan corak pembangunan kerana mereka adalah pemegang saham kepada aset-aset yang bakal dibangunkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Rasmi Hari Terbuka PITPKB 2020 di Dewan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi PKB, Datuk Seri Matshah Safuan; Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharuddin Abdullah dan Pengarah Urusan AJM Planning And Urban Design Group Sdn. Bhd., Norliza Hashim.

Lebih 300 penduduk Kampung Baru menghadiri taklimat khas dan sesi soal jawab mengenai cadangan pembangunan itu.

PKB ditubuhkan pada tahun 2011 untuk merancang dan menyelaras pembangunan 121.7 hektar tanah di Kampung Baru.

Abdul Aziz berkata, secara amnya, penduduk Kampung Baru dapat menerima cadangan pembangunan itu walaupun ada yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Bagaimanapun, apabila kita memberikan penjelasan, mereka berpuas hati dan sedia bekerjasama untuk membangunkan hartanah masing-masing," katanya.

Sementara itu, jelasnya, antara yang bakal menarik perhatian dalam pelan pembangunan itu ialah pembinaan sebuah kolam buatan manusia seluas 6.8 hektar.

"Kolam itu bukan sekadar untuk tujuan rekreasi, malah menjadi satu penyelesaian secara tuntas kepada masalah banjir yang sering melanda di Kampung Baru.

"Ia bakal menjadi kolam tebatan banjir terbesar di Kuala Lumpur bagi mengawal saliran dari Sungai Klang dan Sungai Gombak setiap kali berlakunya hujan lebat," katanya.

Siasat dakwaan Selangor jual tanah di Kuala Langat

Posted: 06 Apr 2014 12:36 PM PDT

KUALA SELANGOR 6 April - UMNO Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa menjual tanah seluas 474.2 hektar di Kuala Langat kepada sebuah syarikat swasta.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, berdasarkan kronologi penjualan tanah tersebut, beliau melihat kemungkinan wujud unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang boleh dipertikaikan kerana proses tersebut dibuat semasa kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam status kerajaan sementara.

"Ketika dalam keadaan tersebut, kerajaan negeri hanya boleh menyelesaikan hal pentadbiran. Selain itu, tanah berkenaan dijual dengan harga rendah iaitu RM17 sekaki persegi berbanding harga pasaran RM35 kepada syarikat terbabit.

"Kita lihat ini adalah sesuatu yang serius kerana melibatkan harta rakyat dan aset negeri yang jelas merugikan negeri Selangor," katanya kepada pemberita selepas kejohanan balapan dan padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor 2014 di sini, baru-baru ini.

Pada April lalu, kerajaan negeri telah menjual tanah paya di Kuala Langat dengan pelan pembangunan kawasan tersebut.

Selepas menjual tanah tersebut, syarikat terbabit dikatakan telah menjual kepada pihak lain dengan harga yang yang tinggi.

Dalam pada itu, Noh juga mendesak Abdul Khalid supaya menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara berkenaan kerana urusan jualan tersebut dibuat secara tergesa-gesa sebelum berlangsung Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang lalu.

Dalam perkembangan lain, Noh turut meminta Abdul Khalid supaya tidak lepas tangan dalam isu Hotel Quality Shah Alam yang akan ditutup pada Jun ini serta memberhentikan sebanyak 105 pekerjanya.

Katanya lagi, Abdul Khalid yang sering mencanangkan dirinya sebagai tokoh korporat sebenarnya hanya menjual aset negeri namun tidak membantu untuk mengembangkannya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved