Khamis, 5 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Empat termasuk 3 beranak maut Kancil dirempuh MPV

Posted: 05 Dec 2013 11:31 PM PST

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU 6 Dis. - Seorang ibu dan bayinya yang berusia dua minggu maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Grand Livina dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Chicha di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa Siti Maimunah Abdullah, 34, yang bekerja sebagai jururawat meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi mendapatkan rawatan.

Turut maut dalam kemalangan itu ialah anak lelaki mangsa dan ibu saudara mangsa Zabedah Dollah, 49, selepas tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.

Sementara itu, suami mangsa yang memandu kereta tersebut dan pemandu MPV berkenaan Kamarizan Mat Yaman, 32, terselamat dan mengalami kecederaan.

Difahamkan mangsa bersama suami, anak serta ibu saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis cukur jambul bayinya itu di Pulau Melaka. - UTUSAN ONLINE

Tiga Lamborghini musnah dalam kebakaran

Posted: 05 Dec 2013 11:26 PM PST

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN 6 Dis. - Tiga buah kereta mewah jenis Lamborghini yang dinaiki warga Singapura terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat sini pagi tadi.

Kemalangan yang dipercayai berlaku pukul kira-kira pukul 10 pagi itu, berlaku apabila salah sebuah kereta itu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu lalu menyebabkan kebakaran.

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku lima kereta milik warga Singapura itu berkonvoi dari negara jiran itu menuju ke Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Muda tempang

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin (kiri) memberi amanat terakhir kepada skuad Harimau Muda yang bakal menggalas cabaran pada Sukan SEA Myanmar dalam majlis meraikan pemain di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA - Pertemuan dengan kelab Jepun, FC Ryukyu kelmarin mungkin membantu Malaysia menguji kekuatan menjelang Sukan SEA minggu depan, namun ia juga memaksa skuad Harimau Muda membayar harga tinggi selepas pemain sayap lincah, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menjadi bintang terbaharu yang tidak dapat dibawa oleh Datuk Ong Kim Swee ke Myanmar akibat kecederaan.

Kemenangan 3-1 ke atas Ryukyu akhirnya memberi gambaran jelas buat pengendali Harimau Muda, Kim Swee untuk membariskan 20 pemain yang bakal menggalas misi berat memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA.

Namun, Kim Swee turut mengakui, keputusan untuk melengkapkan barisan pemain bukan satu tugas mudah kerana beliau perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Zaharulnizam atau lebih dikenali sebagai Kecik.

Saya ingin memaklumkan bahawa Wan Zaharulnizam tidak berada dalam senarai kerana mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan menentang FC Ryukyu. Dia memerlukan masa dua atau empat minggu untuk pulih.

Sungguh pun pemain yang ada kurang daripada segi pengalaman berbanding skuad pada Sukan SEA dua tahun lepas, namun saya dapat lihat pasukan kali ini penuh dengan semangat juang tinggi.

Itulah kekuatan yang kami mahukan sebelum berlepas ke Myanmar nanti," katanya dalam sidang akhbar bersama Harimau Muda A dan skuad wanita di sini, semalam.

Selain Wan Zaharulnizam, skuad bawah 23 tahun negara juga akan meneruskan misi mempertahankan emas buat kali ketiga berturut-turut tanpa Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Syahrul Azwari Ibrahim yang mengalami kecederaan. Skuad Harimau Muda akan berlepas ke Myanmar esok.

Sementara itu, Wan Zaharulnizam mengakui, dia akur dengan keputusan yang dibuat jurulatih dan yakin rakan-rakan yang terpilih mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Saya terima keputusan ini seadanya selain perlu sedar bahawa kecederaan ini memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Tiada perasaan iri hati pada kawan-kawan yang terpilih ke Sukan SEA sebaliknya saya doakan kejayaan mereka di sana," katanya.

Kesemua 20 pemain yang disenaraikan adalah dalam kalangan terbaik daripada 30 yang dipanggil menjalani latihan sebelum ini.

Kempen Malaysia untuk memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA bermula dengan menentang Brunei dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada 10 Disember.

Mereka akan menentang Laos pada 13 Disember, diikuti Singapura (15 Disember) dan Vietnam, 17 Disember. Jika ke separuh akhir, mereka perlu beraksi pada 19 Disember, diikuti final pada 21 Disember.

Turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Tunjukkan mereka siapa kita - Khairy

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
dan SUFIAN HADI SOJAK
sukan@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin bersama atlet negara yang bakal membawa cabaran pada Sukan SEA Myanmar dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

KUALA LUMPUR - Anda bukan sahaja atlet tetapi duta negara di Sukan SEA 2013." Itu kata-kata semangat yang diberikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada kontinjen negara yang akan beraksi di temasya dwi tahunan tersebut dari 11 hingga 22 Disember ini di Nay Pyi Taw dan Yangon.

Khairy berkata, walaupun datang sebagai atlet Sukan SEA tetapi kesemua yang beraksi di sana adalah duta tanah air yang akan berjalan bangga dengan baju kebangsaan (celoreng harimau) dan tersemat di dada lencana jalur gemilang.

Biar negara lain di Asia Tenggara yang mengambil bahagian melihat sekali lagi kehadiran kita dengan berbaju harimau, jadi mereka akan sedar bahawa Malaysia sudah tiba di Myanmar untuk menawan temasya ini," katanya dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan ke Sukan SEA 2013 Myanmar semalam.

Jelasnya, apabila atlet negara meninggalkan padang, kolam dan gelanggang pencabar negara lain akan meraih satu pengalaman bahawa mereka sekarang ini sedang berdepan dengan juara Sukan SEA.

Saya ingin mengucapkan selamat berjuang dan lakukan yang terbaik buat semua, saya sentiasa berdoa setiap hari, setiap malam kepada anda semua. Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan persatuan sukan sudah buat yang terbaik kepada saudara dan saudari sekalian.

Kami minta maaf jika ada sebarang kekurangan tetapi tidak kira acara apa yang anda sertai kami bangga kerana anda semua mewakili Malaysia. Walaupun kita tidak menang semua pertandingan tetapi biarlah negara kita menjadi yang terbaik di Asia Tenggara, pentas ini bukannya pencapaian tertinggi kita, anda semua harus terus memandang ke depan untuk melihat Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik kerana itu matlamat sebenar kita tetapi biarlah perjalanan ini bermula dari temasya ini," katanya.

Ujarnya, semua atlet harus ingat kepada keluarga dan rakyat Malaysia bahawa harapan tinggi diletakkan kepada mereka dan jangan sesekali mudah menyerah kalah, kerana semua mahukan Malaysia membawa pulang kejayaan.

Sukan sudah pastinya tidak diukur dalam kejayaan sesebuah negara, banyak perkara lain lagi seperti ekonomi dan sebagainya namun bila menyebut soal hati dan emosi rakyat ia boleh digerakkan sekiranya anda mendapat kejayaan di atas gelanggang, jadi buktikan kepada negara Asia Tenggara yang lain bahawa sekali lagi Malaysia akan menjadi yang terbaik.

Seperti mana yang kita tahu sukan amat dekat dengan hati rakyat, harapan mereka memang tinggi tetapi harapan menteri lagi tinggi kepada saudara dan saudari namun saya tidak hendak meletakkan tekanan yang terlalu besar di bahu anda. Sekiranya membuat persiapan rapi dan terbaik untuk menghadapi apa jua saingan dan cabaran keputusannya pasti akan datang," katanya.

Tambahnya, latihan telah dilakukan dengan sepenuh jiwa raga, dedikasi, iltizam dan komitmen tinggi jadi sudah pastinya di sana atlet Malaysia akan mencatat keputusan cemerlang.

Kontinjen negara diketuai Chef-de-Mission, Datuk Wira Amiruddin Embi bersama 336 atlet lelaki, 220 atlet wanita dan 199 pegawai dan mengambil bahagian dalam 29 daripada 33 acara yang dipertandingkan seperti akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, biliard & snuker, bina badan, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, catur, ekuestrian, golf, hoki, judo, kanu, karate, memanah, menembak, silat, pelayaran, petanque, ping pong sepak takraw, taekwando, tinju dan wusyu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


599 masjid bakal dapat geran

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 5 Dis. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bersetuju supaya tapak 599 masjid di negeri ini diberi suratan hak milik pada tahun hadapan.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, suratan hak milik atas nama Muip itu sebagai jaminan tapak masjid tersebut kekal menjadi 'rumah Allah' untuk selamanya.

Menurutnya, tapak masjid sekarang dipercayai tiada bergeran dan dibuat di atas tanah milik individu, malah berstatus tanah wakaf yang boleh dituntut oleh waris yang berhak.

"Muip dengan persetujuan kerajaan negeri akan memulakan langkah dan prosedur untuk mendapat suratan hak milik dengan premium yang paling minimum.

"Kita menjangkakan usaha mendapat geran itu di setiap daerah di negeri ini tiada masalah kerana Pejabat Tanah dan Daerah komited membantu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Kursus Peningkatan Profesionalisme Bilal dan Siak masjid kariah negeri di sini baru-baru ini.

Wan Abdul Wahid berkata, usaha serupa untuk mendapat geran bagi 1,435 tapak surau juga akan dilaksanakan secara berperingkat setelah mendapat persetujuan semua pihak.

"Masjid adalah satu institusi ibadat untuk orang Islam dan perlu dipelihara kesuciannya daripada unsur pecah belah dan penyebaran fahaman Syiah serta lain-lain,'' katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan, jawatankuasa masjid yang dilantik berhak menghalang mana-mana kumpulan atau individu mengadakan ceramah tanpa kebenaran Muip terlebih dahulu.

Ibu sarat mengandung, warga emas uzur disaran ke hospital

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa wanita mengandung menggunakan bot berikutan air sungai melimpah di Kampung Paya Garuk, Jerantut, Pahang, semalam. - UTUSAN/M. RIZAL NOR

JERANTUT 5 Dis. - Wanita sarat mengandung dan warga emas uzur perlu dibawa ke hospital segera bagi mengelak kesulitan apabila rumah mereka dilanda banjir.

Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Syed Abd. Mutalib Syed Hassan berkata, mereka yang tinggal di kawasan yang berisiko banjir dinasihati berbuat demikian kerana banyak kawasan di daerah ini yang terputus hubungan.

"Kaum ibu yang sudah hampir dengan tarikh bersalin perlu dirujuk ke hospital kerana mereka akan berdepan masalah untuk bersalin sekiranya kawasan terbabit dinaiki air.

"Semalam, kita bawa empat wanita mengandung dari Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang kerana laluan Jerantut ke tanah rancangan itu sudah dinaiki air dan tidak boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan," katanya ketika meninjau kawasan banjir di Kampung Paya Garuk di sini hari ini.

Menurutnya, pihak terlibat termasuk bomba, polis dan hospital telah diarahkan bersiap sedia bagi memudahkan kerja-kerja membawa keluar mereka yang berdepan dengan masalah kesihatan.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang berdepan risiko banjir segera berpindah ke pusat pemindahan.

"Kita hanya akan memberi bantuan kepada mereka yang tinggal di pusat pemindahan mangsa banjir sahaja dan bantuan tidak akan diberikan kepada yang menetap di rumah saudara mara," ujarnya.

Katanya, bagi kawasan yang terputus hubungan, bantuan akan disalurkan selepas tiga hari selagi air tidak surut.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Banjir Jerantut di talian 09-2661999.

4 lagi pusat pemindahan dibuka di Jerantut

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

JERANTUT 5 Dis. - Sebanyak empat lagi pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah ini hari ini berbanding hanya tiga semalam.

Seramai 259 mangsa banjir kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan termasuk di Surau Kampung Paya Garuk, Sekolah Kebangsaan Pedah dan Balai Raya Kampung Paya Teh.

Pengerusi Bencana Alam Daerah, Datuk Syed Abd. Mutalib Syed Hassan berkata, jumlah itu mungkin akan meningkat sekiranya paras air di Sungai Pahang dan Sungai Tembeling terus naik.

"Biarpun hujan sudah reda di sini, namun paras air sungai semakin naik menyebabkan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai berdepan risiko banjir.

"Saya sekali lagi mengingatkan semua penduduk di daerah ini agar tidak melakukan aktiviti di sungai kerana arus deras yang boleh mendatangkan musibah," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, peningkatan paras air turut menyebabkan tujuh laluan di daerah ini terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan.

"Jalan Jerantut-Maran berhampiran simpang Jengka 8 dinaiki air sedalam 1.2 hingga 2.7 meter sejauh 2.6 kilometer," katanya merangkap Pegawai Daerah Jerantut.

Syed Abd Mutalib berkata, jalan lain yang ditutup ialah di Kampung Bakong, tiga laluan Jerantut-Kuala Lipis, simpang Felda Lepar Utara dan Jerantut-Padang Piol yang dinaiki air hingga ke paras 2.5 meter.

Beliau memberitahu, paras air Sungai Tembeling di Kuala Tahan kini mencatat bacaan 71.65 meter dan melepasi paras bahaya 68 meter..

"Paras air di Sungai Yap pula mencatat ketinggian 55.50 meter melepasi paras bahaya 52.00 meter," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Duta Korea di Malaysia dipanggil pulang

Posted: 05 Dec 2013 10:52 AM PST

SEOUL 6 Dis. - Duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong-chol dipanggil pulang ke Pyongyang hanya beberapa hari selepas bapa saudaranya, Jang Song-thaek digugurkan daripada jawatannya dalam badan tertinggi tentera negara itu, tindakan dipercayai didalangi pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Berita itu disahkan apabila kelibat isteri Yong-chol dan dua anak lelakinya dilihat menaiki penerbangan Air Koryo ke Pyongyang di bandar raya Shenyang, timur laut China semalam.

Semalam, Perkhidmatan Perisikan Nasional Korea Selatan (NIS) memberitahu Parlimen bahawa pihaknya percaya Song-thaek yang juga bapa saudara Jong-un dipecat sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Nasional.

Beliau yang juga antara lelaki paling berpengaruh di negara itu, sering dirujuk sebagai pemimpin nombor dua tidak rasmi dalam barisan kepimpinan Korea Utara dan dinamakan oleh sejumlah penganalisis sebagai orang yang berkuasa di belakang Jong-un. - AFP

Raja Thai seru rakyat bersatu

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Gambar dirakam Biro Diraja Thailand, menunjukkan Raja Bhumibol Adulyadej membaca titah di singgahsana di Istana Klai Kanwon di Hua Hin, kira-kira 190 kilometer dari Bangkok, semalam. - AFP

BANGKOK 5 Dis. - Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej menyeru seluruh rakyatnya agar bersatu-padu demi kebaikan negara ini ketika kumpulan antikerajaan dan pasukan keselamatan mencapai perdamaian sementara bagi menghormati sambutan hari lahir beliau, hari ini.

Raja Bhumibol berkata demikian ketika menyampaikan titah pada majlis sambutan hari keputeraannya yang ke-86 di Istana Klai Kangwon di Hua Hin, kira-kira 190 kilometer dari Bangkok.

"Seluruh rakyat Thai perlu menyokong satu sama lain demi kebaikan negara ini.

"Rakyat juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing demi kepentingan awam, kestabilan dan keselamatan Thailand," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas tentang pergolakan politik yang bermula sejak minggu lalu yang menyaksikan lima orang terbunuh akibat pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak keselamatan.

Raja Bhumibol merupakan satu-satunya Raja Thailand yang terkenal dalam kalangan rakyat dan menjadi watak penting dalam menyelesaikan krisis politik sebelum ini.

Beberapa pemimpin tertinggi Thailand turut hadir pada sambutan hari lahir Raja Bhumibol termasuk Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Sementara itu, seorang penganalisis politik tempatan, Thak Chaloemtiarana berkata, tindakan Raja Bhumibol enggan mencampuri krisis politik tersebut menunjukkan beliau memahami situasi negara ini.

Jelas Thak, Raja Bhumibol mungkin bimbang tentang pengaruhnya dan kesan terhadap sebarang tindakan yang diambil.

Sebagai contoh katanya, pada minggu lalu, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn menyuarakan kebimbangannya tentang kemelut politik itu dan menyeru rakyat untuk menyelesaikan perbezaan secara aman, namun gagal menghentikan keganasan.

"Jika Raja Bhumibol melakukan perkara yang sama dan tiada kesan terhadap krisis berkenaan, ia akan mengurangkan pengaruhnya," kata Thak. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Saya masih pemegang saham'

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

IPOH 5 Dis. - Bekas pengarah sebuah syarikat kicap bumiputera popular di negeri ini mendakwa telah disingkirkan oleh seorang ahli keluarganya sendiri untuk menguasai kepentingan dalam organisasi berkenaan.

Khairon Mohd. Tamin, 57, mendakwa, dia yang masih merupakan pemegang saham, turut menuntut keuntungan saham syarikat berkenaan bernilai jutaan ringgit yang dinafikan miliknya sejak 1992.

"Kilang utama syarikat ini yang terletak di Batu Gajah turut telah 'dirampas' oleh pengurusnya itu walaupun telah memiliki sebuah lagi premis di Enggor.

"Saya pernah membawa kes ini ke mahkamah sekitar tahun 1990-an tetapi kerap tertangguh disebabkan kerenah peguam mereka yang melewat-lewatkannya, malah, saya telah berhabis sebanyak RM20,000," katanya.

Khairon berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) yang turut dihadiri oleh Ketua Urusetianya, Mohd. Rawi Abdullah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairon berkata, bagi mendapatkan haknya itu, dia telah membuat laporan polis bagi mengemukakan tuntutan sivil pada 16 April lalu.

Sementara itu, Mohd. Rawi berkata, pihaknya ada berbincang dengan ahli keluarga berkenaan, namun individu terbabit bertegas tidak akan berbuat apa-apa.

"Dia kata buatlah apa pun tindakan, dia tidak kisah kerana semua 'anak' kepada pengasas syarikat kicap popular itu sama ada dirinya termasuk pengadu hanya merupakan anak angkat," kata Mohd. Rawi.

Kalimah Allah: Permohonan rayuan gereja 24 Februari

Posted: 05 Dec 2013 12:32 AM PST

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

PUTRAJAYA 5 Dis. - Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Februari tahun depan permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan gereja, The Herald bagi seksyen bahasa Melayu.

Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Nor Aziati Jaafar petang ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Harun Salim Bachik putuskan keluar daripada Seniman

Posted: 05 Dec 2013 12:41 AM PST

Oleh MOHAMAD ARIFF MOHD YUSOF

PETALING JAYA 5 Dis. - Bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi ahli persatuan itu.

Pelakon dan pelawak yang menerajui persatuan itu pada 2010 hingga 2012 itu berkata, perkara itu akan dibuat selepas kes saman yang membabitkannya serta beberapa ahli lain seperti Zed Zaidi dan Yusof Kelana selesai.

"Saya akan bayar saman tersebut dan serta-merta keluar daripada persatuan. Buat apa lagi hendak tunggu, tak mungkin saya akan (dapat) berjasa untuk Seniman lagi.

"Jika dahulu, Seniman akan menguruskan setiap masalah para penggiat seni tanah air. Tetapi bila dah jadi begini, pada siapa saya hendak mengadu. Saya rasa tertipu dan teraniaya," katanya yang ditemui ketika sesi pratonton filem Papadom 2 di Damansara, semalam.

Tambah Harun, dia reda dan terima dengan setiap keputusan yang telah ditetapkan.

"Apa yang saya tahu, saya tidak buat perkara tersebut, biarlah apa orang hendak cakap, yang penting Allah maha mengetahui atas sebarang tindakan saya.

"Saya tetap akan meneruskan kerjaya dalam bidang seni, jika tidak apa lagi yang saya hendak buat. Saya harap tiada apa-apa masalah untuk masa akan datang. Orang juga kenal sepanjang perjalanan karier saya memang tiada isu," katanya.

Tambahnya, selama berkecimpung dalam bidang industri, beliau hanya berpegang kepada satu prinsip.

"Saya percaya, selagi saya tidak menganiaya orang, orang tidak akan buat benda yang sama pada saya. Mungkin ada petunjuk di sebalik kejadian ini," katanya yang turut berlakon dalam filem Ular bersama pelakon Lisa Surihani.

Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan mesyuarat agung ke-14 persatuan berkenaan pada 25 Mei 2012 tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani. - UTUSAN ONLINE

Menanti cinta sejati

Posted: 04 Dec 2013 11:46 PM PST

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

NAS Adila da aliff berduet untuk lagu Aku Sakit Hati

"Tentang perkara itu, saya rasa saya tidak mahu beri komen lagi memandangkan semuanya sudah terjawab."

Itu kenyataan yang diberikan oleh penyanyi Nas Adila, saat diajukan soalan tentang hubungannya dengan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Sebelum ini, gosip mengenai kedua-dua artis ini bertiup kencang apabila ada yang mengatakan Jamal bakal bertunang dengan Nas Adila.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, Jamal membuat kenyataan bahawa dia terpikat dengan kelembutan wanita berkenaan, namun belum mahu mengesahkan status hubungan tersebut.

Nas pula menyambut dengan mengatakan Jamal sebagai lelaki yang matang untuk dijadikan seorang suami.

Namun, ketika ditanya perkembangan tentang gosip itu kini, mulut Nas ibarat terkunci, mungkin kerana memikirkan jawapan yang bersesuaian untuk diberikan.

"Rasanya tidak perlulah dihebohkan lagi tentang perkara ini. Datuk Jamal sendiri sudah menjawab persoalan ini. Malah, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana cerita sebegini boleh keluar," ujarnya.

Berborak tentang dirinya dan Jamal, ujar Nas, dia sangat mengagumi Jamal apatah lagi berpeluang berkongsi pentas dalam membuat persembahan.

"Keserasian dengan Datuk Jamal sudah ada. Itulah agaknya Datuk jemput saya untuk membuat persembahan bersamanya selama ini.

"Rasanya, yang paling terbesar pernah saya lakukan ialah ketika dijemput oleh Datuk untuk menyanyi di Istana Budaya. Itu yang paling saya tidak dapat lupakan," ujarnya teruja.

Tambah Nas, mungkin disebabkan sebelum ini mereka banyak berpasangan ketika menyanyi dan dari situ timbul gosip mengatakan dia rapat dengan Jamal.

"Sekarang ini memang saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini kerana yang penting, saya hanya mahu fokus pada kerjaya sahaja," jelasnya.

Ditanya sama ada sudahkah dia bersedia untuk berumah tangga, jelas Nas, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri.

"Saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga ditambah pula bila melihat rakan-rakan lain yang sudah bergelar isteri.

"Saya menyerahkan soal jodoh ini kepada takdir. Andai sudah ditetapkan jodoh saya, saya terima dengan hati terbuka," ujarnya.

Ditanya mengenai kriteria lelaki yang menjadi idamannya, ujar Nas, dia lebih selesa dijodohkan dengan lelaki beriman, berakhlak dan bertanggungjawab.

Selesa bersama bekas kekasih

Pada masa sama, ramai yang tidak mengetahui tentang kisah percintaan Nas dan Aliff. Cuma kisah perpisahan mereka sahaja yang menjadi perhatian umum.

Namun, status sebagai bekas kekasih itu tidak menghalang untuk kedua-duanya bekerjasama. Malah, ketika sesi pengambaran, pasangan ini nampak tidak kekok.

Ditanya mengenai hubungannya bersama Aliff kini, jelas Nas, dia sebenarnya selesa untuk bergelar rakan dengan Aliff dan ia tidak lebih daripada itu.

"Saya selesa bekerjasama dengan Aliff. Lagipun saya dah kenal lama dengan dia. Jadi, itu yang memudahkan kerjasama antara dia dan saya," jelasnya.

Terbaru, pasangan ini akan bekerjasama menjayakan teater Gelanggang Tok Wali dan juga sedang menyiapkan lagu duet berjudul Aku Sakit Hati.

Sudah alang-alang bekerjasama, tidakkah terbuka pintu hatinya untuk menerima Aliff semula sebagai kekasih, jelas Nas, buat masa ini, dia lebih selesa dengan status berkawan sahaja.

"Saya putus dengan Ariff pun dah hampir setahun. Sebab kami putus adalah kerana hal yang mungkin terlalu peribadi untuk dikongsikan," ujarnya.

Tambah Nas, dia mahu menutup terus tentang kisah percintaan lalu bersama dengan Aliff dan tidak mahu ia timbul semula.

"Cerita seperti ini sebenarnya melibatkan ramai pihak termasuk keluarga Aliff. Sebab itu saya tidak mahu memanjangkan perkara yang telah lalu.

"Saya selesa dengan hubungan sekarang ini dan rasanya lebih baik kami kekal seperti ini sahaja," jelasnya yang mengenali adik dan kakak Aliff.

Lagu duet berjudul Aku Sakit Hati dendangan Nas dan Aliff nampak seperti ada udang di sebalik batu.

Masakan tidak, lagu itu dicipta sendiri oleh Aliff dan liriknya oleh Nas sendiri. Namun, nampak seperti kedua-duanya mengambil kesempatan untuk meluahkan tentang isi hati masing-masing dalam lagu.

Ketika ditanya kepada Aliff adakah lagu itu berdasarkan kepada kisah cintanya bersama dengan Nas, dia menyangkal dakwaan itu.

"Memang lagu itu adalah berdasarkan kepada pengalaman kami tetapi mungkin pengalaman yang berbeza antara saya dan dia.

"Kami kenal dah lima tahun dan awal tahun lalu kami berpisah. Mungkin ada sedikit kisah antara saya dan dia terkandung dalam lagu itu. Tetapi mungkin juga ada kisah lain dalam lagu itu," katanya.

Jelas Aliff, dia kini lebih selesa untuk menjadi pemerhati sahaja dalam hidup Nas dan ia tidak lebih daripada itu.

"Hubungan dengan Nas masih lagi rapat. Malah, kehidupan saya kini lebih positif walaupun kami sudah bergelar rakan.

"Saya mengambil semua yang berlaku dalam hubungan kami sebelum ini sebagai satu hikmah. Mungkin sudah tiada jodoh dan kita sebagai manusia tidak boleh menolak ketentuan tuhan," ujarnya.

Menyambung bicara mengenai kariernya kini, jelas Aliff, dia kini bekerja di Alliance University di bahagian korporat secara sepenuh masa.

Bagi Aliff, dia bersyukur kerana walaupun bekerja sepenuh masa di universiti itu, tetapi majikannya sedikit pun tidak menghalang dia daripada terus terlibat dalam dunia seni.

"Saya masih lagi bergelar pelakon dan penyanyi. Alhamdulillah, majikan pun beri saya peluang untuk meneruskan minat saya," jelasnya yang masih solo.

"

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mewajah masa depan

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Ucapan Dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

DENGAN menyebut kalimah Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Mendahului segalanya, Saya ingin membaca sepotong ayat dan memetik mafhum firman Allah Subhanahu wa Taala, daripada surah Al-Ikhlas, ayat 1 hingga 4: BismillahiRahmanirRahim ...Qul Huwallah Hu Ahad... Katalah wahai Muhammad, Dialah Allah, TuhanYang Maha Esa, Tuhan tempat berlindung, pada-Nya kita bermohon segala sesuatu, Allah Yang Tidak Beranak, tidak pula diperanakkan, dan sesungguhnya Dia, tidak boleh disekutu mahupun disetarakan".

Selanjutnya, selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat pilihan yang menjadi ikutan juga suri tauladan sepanjang zaman.

Para pujangga pula berperi-peri bahawa: Sekalipun kita tidak mampu memberi jaminan tentang masa depan anak-anak muda, namun apa yang pasti boleh dilakukan ialah menyedia dan membangun mereka untuk hari muka, kerana pemimpin yang baik lagi bertanggungjawab adalah pemimpin yang mempersiagakan pelapis masa depan."

Berbekalkan pedoman-pedoman tersurat lagi tersirat yang demikian itu, sambil mengangkat sebanyak-banyak tasbih ke hadrat Ilahi, marilah sama-sama bersyukur dengan rahmat-Nya, yang memungkinkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO terus berkeramat sebagai organisasi unggul menakhoda bahtera Melayu dan bumiputera.

Hakikatnya, UMNO merupakan sebuah perjuangan yang sentiasa diduga dengan pelbagai onar dan fitnah, sebuah perjuangan yang tidak mengenal erti penat lelah, sebuah perjuangan yang tidak patah dipukul zaman. Inilah mujahadah besar yang telah sekian lama menjunjung tradisi, membela nasib bangsa, menzahir warna dan ceritera perubahan.

Jika dihitung dan dicongak, parti UMNO sudah berusia 67 tahun, Perhimpunan Agung ini pula mencecah siri ke-64 seraya menandakan dewan yang bertuah ini, telah menjadi saksi persidangan dilangsungkan sebanyak 28 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO bertatih dan sudah berjalan jauh didewasakan oleh usia dan pengalaman. Disebut orang :

Nyiur gading puncak mahligai,

Ketupat pulut berisi inti,

Biar dilambung gelora dan badai,

Biar dihentak bertubi-tubi,

Perjuangan mulia ini tak boleh berhenti."

Ingatlah pesan Rasulullah SAW, mereka yang tidak berterima kasih sesama manusia ibaratnya tidak bersyukur kepada Allah. Tegasnya, bapa-bapa kita terdahulu, telah mengasuh dan mengajar kita supaya menjadi insan yang mengenang budi.

Ehwalnya, UMNO adalah parti yang sentiasa menghargai penyokong dan pendokong, mengenang barisan pejuang yang lepas, selama puluhan tahun, siang dan malam, berhujan, berpanas, menumpah keringat, berkorban jiwa dan raga, menolak kepentingan diri, demi kelangsungan wadah Melayu dan bumiputera.

Berkait ini, tentunya, penghargaan khas kita berikan kepada keenam-enam Presiden UMNO yang lalu, yakni Allahyarham Dato Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kata orang, kepada segala khidmat yang telah dicurahkan, hati mengenang mulut menyebut, hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Semestinya lagi, kepada wirawan-wirawan parti yang kini sedang bersemadi dan telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, seyogialah kita sedekahkan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

Jika kita imbas kembali, negara mencapai kemerdekaan, pada 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963 pula, Sabah dan Sarawak telah bergabung bagi membentuk Malaysia. Syukur Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa berjuta rahmat kepada kita.

Hasilnya, kita telah membentuk perikatan dan gabungan parti-parti politik bagi membina gandingan kukuh yang kita namakan Barisan Nasional.

Seperti semua maklum pula, pada bulan Mei yang lalu, kita telah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Sehubungan itu, bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin negara.

Apa yang lebih bererti adalah, UMNO sebagai parti tonggak, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88. Ini membuktikan, walau apa pun rintangan, sekali apa pun halangan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional, terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Kita turut bersyukur kerana Sabah dan Sarawak telah menyumbang sebanyak 47 kerusi kepada Barisan Nasional. Saya sebut baru-baru ini, dalam Bahasa Iban Utai Besai Gagamiet", maksudnya jika kita bersatu padu, hidup saling berganding-ganding, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Sebab itulah, kita tidak pernah lupa jasa, kita tidak sekali-kali alpa, dengan sokongan dan pengorbanan orang Sabah dan Sarawak. Jadinya, sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada saudara-saudari kita di sana, saya telah melantik 13 Menteri dan 8 Timbalan Menteri. Masing-masing 6 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sabah, manakala 7 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sarawak.

Sememangnya pun, kita berasa amat bersyukur atas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum tersebut, satu pilihan raya besar yang begitu sengit dan penuh tentangan. Diperakui episod pilihan raya baru-baru ini agak berlainan dan mencabar sekali.

Namun, kita boleh berbangga, kerana semuanya itu dilalui dengan teratur menurut batas-batas dan lunas-lunas demokrasi, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sehingga diberi gelar oleh kawan dan lawan sebagai ibu segala pilihan raya.

Berbicara tentang Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, bidalan Melayu menyebut, bila rumah siap, pahat pun mula berbunyi. Nampaknya pihak pembangkang tidak berlapang dada menerima kemenangan kita. Ada saja yang dikatakan tidak kena, ada saja yang dikorek-korek sebagai silap di mata mereka.

Misalnya, mereka semacam tidak faham dan tidak mahu memperakui sistem first-past-the-post. Ingin saya terangkan bahawa sistem ini telah pun kita amalkan sejak pilihan raya 1959 lagi, di mana, parti pertama yang mencapai majoriti, diisytihar menang. Maknanya, semasa pilihan raya tersebut, apabila Barisan Nasional mencecah 112 daripada 222 kerusi, menurut sistem ini, kita berhak membentuk kerajaan seperti yang dilakukan.

Kalau saya nak bagi analogi untuk kefahaman ramai, cerita mudahnya begini. Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan Anwar, ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah. Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.

Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47. Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti, dialah juara!

Namun demikian, jika dikira undi popular sekalipun, kita tetap menang di sembilan negeri daripada 14 buah negeri, manakala mereka hanya menang undi popular di empat negeri sahaja.

Sememangnya pun perbandingan undi popular sebegini adalah tidak adil, kerana pembangkang bertanding di atas tiga parti yang berasingan dengan simbol yang berlainan, serta ideologi yang berbeza, sedangkan UMNO dengan berdiri di atas nama parti tersendiri memperoleh peratusan tertinggi undi popularnya. Kalau nak dikira macam tu, UMNOlah yang paling popular.

Berbalik kepada kemenangan kita, di atas segalanya, selaku Presiden parti mewakili barisan kepimpinan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya kepada jentera-jentera parti di setiap peringkat merangkumi cawangan, pusat daerah mengundi, bahagian dan negeri, yang saya tahu, telah berusaha mati-matian, menggempur dan membungkam kubu lawan, mematahkan serangan, dan paling mustahak sekalipun kita diasak, dihelah, akhirnya, dengan kehendak Allah SWT jua, kita dapat menumpas dan meranapkan impian pembangkang ke Putrajaya.

Berkait perkara ini juga, ingin saya pertegaskan bahawa pernyataan Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di salah sebuah universiti di Indonesia baru-baru ini, kononnya kemenangan UMNO dan Barisan Nasional disebabkan faktor manipulasi dan korupsi adalah sungguh tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan sungguh memesongkan.

Pada bulan Oktober yang lalu, satu lagi tawarikh amat penting telah ditempa oleh UMNO apabila pemilihan teraju parti, dari peringkat akar umbi sehingga ke saf kepimpinan pusat, buat julung-julung kalinya, dilaksana secara telus dan terbuka, selepas pindaan perlembagaan parti dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO tahun 2009.

Terdapat 7 pindaan dibuat demi memastikan UMNO terus dinamik, demokratik dan relevan sampai bila-bila.

Pada pindaan pertama. Ia meluaskan jumlah perwakilan dan sekali gus memindahkan kuasa memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap, ke peringkat Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Terbukti, sistem pengundian baru ini membuatkan ramai perwakilan UMNO gembira dan teruja kerana kini hak dan suara mereka diiktiraf.

Pindaan kedua pula, berkaitan penghapusan kuota kelayakan untuk bertanding dan digantikan dengan syarat paling minimum. Pindaan ketiga, berhubung pertambahan wakil Wanita selaku ahli lantikan di semua peringkat. Pindaan keempat, merujuk kepada penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO atau JPU.

Seterusnya, pindaan kelima, adalah pemansuhan yuran tahunan. Pindaan keenam pula, membabitkan pembukaan pendaftaran keahlian bagi menggalakkan kemasukan ahli-ahli baru melalui ketua-ketua sayap. Manakala, pindaan ketujuh ialah menjadikan Setiausaha Bahagian secara automatik sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahunan.

Jelasnya, buat kali pertama dalam sejarah, seramai 146,500 perwakilan UMNO dari 191 bahagian yang meliputi 21,208 cawangan, bermula dari Arau di Perlis, membawa ke Semporna, Sabah, berpeluang memilih bukan sahaja kepimpinan bahagian, malah jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi.

Jika selama bertahun-tahun, ramai memberi kritikan dan pernyataan sinis, bahawa parti UMNO yang hayatnya melebihi enam dekad ini, katanya sudah jumud, sudah tidak relevan dan dikuasai pula oleh kelompok-kelompok tertentu. Hinggakan ramai pihak dari dalam mahupun luar, begitu yakin mengandaikan bahawa UMNO tidak mungkin sanggup dan tidak mungkin berani melakukan apa-apa perubahan.

Ternyata, UMNO tidak jumud, terbukti, UMNO tidak gentar menyahut cabaran malah terus iltizam melakukan perubahan.

Alhamdulillah, cadangan pindaan perlembagaan yang diusulkan pada Perhimpunan Agung 2009, baru-baru ini, sudah pun selesai dilunaskan. Ramai pihak yang terkejut dan terkesima dengan kesungguhan kita ini.

Sememangnya, pindaan perlembagaan yang dibuat ini, sebagai menyahut cabaran, sebagai menjawab sindiran, serta menyangkal telahan sekali gus menjadi langkah paling berani yang pernah diambil oleh mana-mana parti politik di dunia.

Hasilnya, berlakulah transformasi politik yang didambakan dalam UMNO, di mana, seramai 64 orang atau 33.5 peratus Ketua-Ketua Bahagian terdiri daripada muka-muka baru di seluruh negara.

Manakala muka baru bagi Ketua Wanita Bahagian ialah 73 orang yang mewakili 38.2 peratus, Ketua Pemuda Bahagian 161 orang yang mewakili 84 peratus. Ketua Puteri Bahagian pula seramai 143 orang yang mewakili 75 peratus.

Namun, saya tahu benar, barangkali ada segelintir yang masih memberi komentar dan tidak berpuas hati dengan keputusan dan kaedah yang digunakan tersebut. Tapi kita harus beringat, ini merupakan rekod pencapaian buat kali pertama sesudah pindaan perlembagaan diperkenalkan. Mustahaknya, jika masih terdapat kekurangan, kita sanggup melakukan penambahbaikan.

Bertolak daripada pemilihan parti yang disifatkan oleh ramai pemerhati sebagai proses yang sangat demokratik ini, dengan penuh kerendahan hati, saya, Mohd Najib bin Abdul Razak, berasa bersyukur yang amat sangat ke hadrat Allah SWT, dan berterima kasih kepada semua ahli UMNO, yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada saya, dengan memilih saya sebagai Presiden UMNO dengan menang tanpa bertanding.

Saya berjanji dan berikrar dengan segenap daya dan kemampuan, untuk memberi yang sehabis baik kepada UMNO dan rakyat Malaysia.

Di sini juga, saya mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah dan kita beri tepukan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, yang telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Syabas dan tepukan juga ditujukan kepada semua pimpinan, yang memenangi jawatan Naib-Naib Presiden, terdiri daripada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Tahniah juga kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Bahagian, Ahli Jawatan Kuasa Bahagian dan Cawangan, Wanita, Pemuda, dan Puteri.

Demikianlah juga tahniah, kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang dipilih sekali lagi sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Sebagai makluman semua, Datuk Seri Shahrizat ini, sebagai mewakili Wanita UMNO, beberapa kali menyuarakan kepada saya, hasrat supaya Wanita digelar sebagai tulang belakang parti.

Malah pagi semalam kesungguhan ini ditunjukkan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, semasa saya menjenguk mereka di persidangan, beliau menepuk-nepuk tulang belakangnya sebagai isyarat kepada Ketua Wanita Temerloh, yang sedang berucap pada ketika itu, supaya menyebut bahawa Wanita UMNO sangat-sangat mahu digelar sebagai tulang belakang parti.

Saya mendengar, dan saya timbang-timbangkan permintaan itu. Bila saya fikir-fikir, sebenarnya peranan dan kegigihan Wanita UMNO sejak dulu sudah sememangnya amat dihargai dan disanjung tinggi. Maka, dengan rasminya saya mengisytiharkan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sebagai tulang belakang atau ibu kepada keluarga besar parti. Terima kasih Wanita!

Seterusnya, syabas kepada Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin, yang telah menang dan mempertahankan kedudukan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tentunya, Pemuda harapan bangsa, Pemuda adalah benteng dan pewaris kepimpinan parti dan negara. Terima kasih Pemuda!

Tahniah juga kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang baru, Yang Berhormat Puan Mas Ermieyati Samsudin. Saya menaruh keyakinan bahawa setelah lebih 12 tahun ditubuhkan, Puteri semakin bijak dan matang memainkan peranan mereka di dalam parti dan negara. Benarlah bahawa, pemudi harapan pertiwi. Terima kasih Puteri!

Syabas juga kepada pimpinan parti di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah dipilih bagi jawatan dalam pemilihan UMNO. Terima kasih semuanya.

Berhubung pemilihan ini, pada pandangan saya, yang kalah tak bermakna tewas semuanya. Kepada yang menang pula, jangan meminggirkan yang lain.

Kepada yang kalah, jangan pula bawa diri, teruskanlah perjuangan bersama yang menang dan kepada yang menang pastikan anda terus mengajak mereka yang kalah untuk bersama membangunkan parti tercinta ini.

Apa-apa pun, beringatlah semua, perkara yang paling penting, kita dalam UMNO ini seperti sebuah keluarga yang besar, carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

Menyongsong populasi negara, pada tahun 1970, bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus daripada keseluruhan penduduk. Orang Melayu terdiri daripada 41 suku dengan sembilan induk utamanya. Orang Asli pula terbahagi kepada 18 kategori. Masyarakat bumiputera di Sabah diwakili lebih 60 etnik, manakala di Sarawak pula jumlahnya lebih 40 suku.

Menurut unjuran terkini, warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang. Bumiputera seramai 18.6 juta atau 67.9 peratus. Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, jumlahnya 7.6 peratus daripada bilangan rakyat keseluruhannya.

Lanjutan itu, unjuran penduduk Malaysia menjelang 2020 dijangka meningkat kepada 29.9 juta orang, dengan jumlah Melayu dan bumiputera, sama ada Islam mahupun bukan Islam seramai 20.7 juta atau 69.2 peratus, orang Cina 6.8 juta atau 22.8 peratus, orang India 2.1 juta atau 7 peratus dan kaum-kaum lain sebanyak 306,000 atau 1 peratus.

Melihat kepada peratusan etnik dan pecahan kelompok rakyat Malaysia yang saya nyatakan tadi, saya renung-renung, saya tidak ingat, bila pula kita ada suku kaum Bangladesh?

Saya timbulkan perkara ini kerana semasa kempen pilihan raya yang lalu, tak henti-henti pihak pembangkang mencanang di sana sini kononnya kerajaan telah membawa masuk lebih 40,000 orang warga Bangladesh sebagai pengundi UMNO dan Barisan Nasional. Perkara ini tampaknya kita tak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya.

Lantaran, semasa lawatan rasmi saya ke Dhaka, Bangladesh, baru-baru ini, saya terpanggil untuk mengucapkan orang Bangladesh panggil, Dhonnobad yakni terima kasih dalam bahasa Bengali kepada Perdana Menterinya Sheikh Hasina, kerana telah membantu menyedia sekian banyak rakyatnya sebagai pengundi seperti dimomokkan oleh pembangkang. Ternyata, bak kata orang Pekan, maaf cakap, sampai terkejut Sheikh Hasina sambil menggeleng-gelengkan kepala dengan tegas beliau menafikan bahawa perkara itu tidak benar sama sekali.

Begitulah, tuan-tuan dan puan-puan, betapa kuatnya pemimpin pembangkang suka berkata bohong dan berkalam yang dusta-dusta.

SENARIO TRANSFORMASI

DI DUNIA

Transfomasi adalah sesuatu yang hidup dan bukannya berkala, tidak sahaja berlegar dalam dunia maya dan idea, namun hasilnya dapat dilihat mata kasar dan dinikmati serta dirasai. Dalam kata lain, transformasi adalah ikhtiar demi memastikan hari esok lebih baik daripada hari semalam.

Lalu, kalau kita amati senario dunia, setiap negara, tanpa gagal, akan melalui beberapa transformasi pada satu ketika dalam sejarah mereka. Ini disebabkan oleh tiga faktor utama. Pertama, norma dan nilai-nilai global telah melebihi apa yang masih diamalkan di negara tersebut. Kedua, kemajuan inovasi, sains dan teknologi telah menjadikan sebuah negara perlu bersaing dalam pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Ketiganya, jika tidak berlaku transformasi, kita akan kekal terperangkap dalam belenggu negara sederhana, kurang kompetitif, dan kemungkinan dipintas oleh negara-negara lain.

Justeru itulah kita menyaksikan proses transformasi dilalui oleh pelbagai negara bangsa. Malahan kuasa dunia sebelum ini seperti Great Britain sedang mengalami transformasi mereka sendiri dan belajar meninggalkan kegemilangan sebagai empayar dengan menelan pahitnya ubat realiti abad ke-21.

Korea Selatan pula menjalani proses tranformasi gelombang ketiga yang bertunjangkan eksport, baik dari segi budaya mahupun teknologi dan peralatan. Sebenarnya lagi, transformasi yang berlaku di Korea boleh dijadikan contoh bagi kita dalam memenuhi kehendak ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai prasyarat pembangunan dewasa ini.

Hatta negara besar China juga mengharung gelombangnya yang tersendiri. Proses yang disebut Transformasi 383 di China itu, mengakui kepentingan untuk keluar dari perangkap pendapatan pertengahan dan menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

TRANSFORMASI NEGARA DIPELOPORI UMNO

Menyingkap tabir sejarah negara kita, fasa kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 telah melabuhkan tirai era kegemilangan pemerintahan bangsa Melayu semenjak tahun 1400, malah ada juga kajian yang menyatakan ia sebenarnya bermula dari sekitar tahun 1262 lagi. Selepas itu, hampir 8 kurun lamanya bangsa Melayu telah menjadi lemah, seolah-olah melalui zaman gelapnya tersendiridan hilang punca untuk bangkit semula.

Kelahiran UMNO tanggal 11 Mei 1946 merupakan titik tolak, yakni Transformasi Pertama yang besar lagi unggul kepada bangsa Melayu dan pembikinan negara ini. Hakikatnya, sesudah muncul parti keramat UMNO, barulah orang Melayu kembali belajar erti kepimpinan dan hidup berpersatuan.

Malah, semenjak itu, tidak boleh dinafikan bahawa, parti UMNO inilah yang sekian lama menjadi teras dan menunjang orang-orang Melayu melalui gabungan persatuan yang sebelum itu bergerak nafsi-nafsi. Jangan sesekali kita lupa, bahawa UMNOlah yang membawa kepada kebangkitan untuk menentang penubuhan Malayan Union, seterusnya menuntut hak bagi mencapai kemerdekaan.

Bahkan, saudara dan saudari, tidak keterlaluan untuk kita nyatakan di sini bahawa melalui UMNOlah orang Melayu berjaya membebaskan pemikiran berjiwa hamba kepada jiwa merdeka. Melalui parti berdaulat inilah orang-orang Melayu berpadu membentuk saf yang tersusun kemas dan rapi, umpama suatu binaan yang tidak mampu dirongkaikan.

Hakikatnya, bernaung di bawah panji-panji UMNOlah, orang-orang Melayu telah membina perpaduan dan mengukuhkan kesatuan demi membela untung nasib bangsa dan tanah air dari dulu, kini dan Insya-Allah selama-lamanya.

TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA

Menyongsong transformasi negara, jika diimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.

Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010.

Manakala, selepas mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, saya telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional atau DTN, sebagai paksi pengukuhan transformasi ekonomi menuju negara maju.

Bertitik tolak dari situ, sejak tahun 2009, rekod prestasi menunjukkan, kita bukan kerajaan yang hanya pandai menabur janji. Sepanjang kita mentadbir, puluhan pencapaian telah dan sedang diraih.

Kita bukan sahaja menerima pengiktirafan dari dalam negara, malah badan-badan penilai antarabangsa turut mengakui prestasi cemerlang kita. Realitinya, kita secara berterusan mempersembahkan kepada rakyat hasil transformasi sebenar.

* Contohnya, hasil transformasi negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar atau PNK per kapita daripada AS$257 pada tahun 1957 kepada AS$9,970 pada tahun 2012. Ini merupakan peningkatan hampir 4,000 peratus dalam tempoh lebih lima dekad.

* Ingin saya kongsikan di sini, pendapatan perkapita tahun 2014 pula, dijangka akan mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada tahun 2009. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 37 peratus dalam tempoh 6 tahun.

* Sehubungan hal itu, saudara dan saudari, jika dicongak, besar kemungkinan pendapatan perkapita pada tahun 2020 kelak mampu melebihi sasaran RM46,500 atau AS$15 ribu. Ertinya di sini, Insya-Allah, kita mampu menjadi negara maju lebih awal daripada tahun 2020.

* Kadar kemiskinan pula terus menurun daripada lebih enam puluh peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik. Terkini, purata kadar inflasi negara juga kekal berada di paras yang rendah iaitu 2.2 peratus pada suku ketiga 2013.

* Hari ini, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai Penunjuk Prestasi Utama atau KPI negara. Inisiatif NKRA Membanteras Rasuah telah menunjukkan keberkesanan apabila kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menyatakan kita berada pada kedudukan 53 daripada 177 buah negara pada tahun 2013. Meskipun begitu, kita harus memperbaiki dan berikhtiar memerangi rasuah, dan di samping itu menurunkan kadar jenayah, supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan selamat dan sentosa.

* Selain itu, World Bank Ease of Doing Business Report 2014, menunjukkan berlakunya peningkatan dari kedudukan 23 pada tahun 2009 kepada kedudukan keenam pada tahun 2014 dengan menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia mengekalkan kedudukan pertama di dunia dari segi akses kepada kemudahan kredit selama enam tahun berturut-turut.

* Kepada yang gemar melancong dan berbelanja pula, tak payah pergi jauh-jauh. Kini, Malaysia sudah terkenal antara destinasi utama atau shopping paradise pilihan pelancong. Menurut laporan CNN Travel 2013, Kuala Lumpur menduduki tempat keempat sebagai bandar raya paling popular untuk membeli-belah selepas New York, Tokyo dan London. Kepada sesiapa yang hendak beli kasut ke, jam tangan ke, beg tangan ke, Kuala Lumpur pun dah ternyata hebat!

Rentetan pelbagai pengiktirafan tersebut, Oktober baru-baru ini, semasa Sidang Kemuncak Keempat Global Entrepreneur Summit di Kuala Lumpur, mesej ucapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, telah memperakui Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi dinamik, menjadi penggerak kemakmuran serantau dan sebagai sebuah negara yang mendakap ekonomi global.

Tidak terhenti setakat itu, sebuah lagi kuasa besar dunia, yakni China melalui pernyataan Presidennya, Xi Jinping, turut memuji Malaysia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bagi beliau, Malaysialah sahabat sejati negara China, ketika susah dan ketika senang.

Pada sisi lain, dalam Bajet 2014 yang lalu pula, saya telah bentangkan di Dewan Rakyat tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax yakni GST. Sayangnya, hakikat kepentingan GST terhadap ketahanan dan keteguhan ekonomi negara, telah dipusing dan dipesong faktanya oleh pihak pembangkang. Sehinggakan ramai yang menjadi keliru kononnya, cukai GST ini akan menindas rakyat.

Saya berharap, semua pihak dapat memahami hal GST ini dengan sewajarnya. Kita tidak boleh terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang yang ternyata tidak berasas.

Sesungguhnya kita perlu fahami dengan baik-baik, bahawa GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015, kira-kira 16 bulan lagi, bukanlah cukai tambahan baru. Sebaliknya, ia menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax dan Services Tax yang akan dimansuhkan.

Untuk makluman saudara dan saudari, GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan dan perlu dilaksanakan untuk kita kekal kompetitif. Tambahan pula, lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia telah mengguna pakai sistem percukaian ini. Tambahan pula, GST pada kadar 6 peratus ini merupakan yang terendah dalam kalangan negara ASEAN.

Oleh yang demikian, usahlah kita risau-risau, beberapa barangan dan perkhidmatan asas sebenarnya dikecualikan dari cukai GST. Antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan.

Pada sudut lain, sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi subsidi, dan demi kesihatan rakyat, kerajaan telah membuat keputusan melalui Bajet yang lalu untuk memansuhkan sepenuhnya subsidi gula. Statistik menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes.

Jika tidak dikawal, kita akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, buta mata dan kaki terpaksa dipotong. Dalam perkara ini, rakyat harus faham bahawa langkah kerajaan ini adalah demi kebaikan semua. Ini kerana kerajaan sayangkan rakyat dan bertanggungjawab untuk menghindarkan rakyat daripada menghidap penyakit diabetes.

Cuba kita lihat di sekeliling kita, berapa ramai rakan-rakan dan saudara mara kita menjadi mangsa diabetes. Bayangkan tuan-tuan, kalau kita sudah menghidap diabetes, macam-macam penyakit lain pula pasti akan datang. Kesannya sangat dahsyat, hingga menjejaskan kesihatan zahir dan batin, dan akhirnya boleh membawa maut. Seperti kata Profesor Diraja Ungku Aziz, gula itu adalah racun.

Kita turut mendengar ramai berkata, kenapa Barisan Nasional bila menang pilihan raya terus naikkan harga minyak. Ini adalah pernyataan yang tidak benar sama sekali. Kita kena faham bahawa minyak adalah komoditi dunia. Harganya bergantung kepada pasaran antarabangsa dan di luar kawalan ekonomi dalaman sesebuah negara.

Sebenarnya harga minyak tak naik, cuma kita kurangkan subsidinya sahaja sebagai langkah rasionalisasi. Ini kerana kita tidak boleh lagi terus kekal menampung subsidi petrol yang mencecah RM24.8 bilion setahun. Tambahan lagi subsidi sebelum rasionalisasi ini diberikan secara pukal hinggakan mereka yang tidak selayaknya untuk dapat, juga turut menerima. Jadi, kita tidak mampu terus mengekalkan subsidi sebegini kerana khuatir ia akan menjejaskan daya saing ekonomi negara.

Kerana itulah, kerajaan kini memberikan subsidi bersasar kepada kelompok yang benar-benar memerlukan seperti siri-siri Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang secara berperingkat akan mencapai RM1,200 kelak, termasuklah caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua ketua isi rumah penerima BR1M yang dapat memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000, jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Pelbagai usaha transformasi ini, kita dapat melihat kesan positifnya di mana agensi penarafan kredit utama antarabangsa Moody's, baru-baru ini telah meningkatkan prospek penarafan kredit Malaysia daripada "Stabil" kepada "Positif". Ini bermakna terdapat potensi untuk penarafan kredit negara dinaikkan daripada 'A3' kepada 'A2', jika dasar rasionalisasi subsidi ini diteruskan, di mana hutang akan dapat dikuncupkan. Seandainya penarafan dapat dinaikkan, pastinya kos pinjaman dapat dikurangkan, dan keyakinan dunia terhadap kita dapat ditingkatkan, dengan ini mampu memajukan ekonomi negara.

Ringkasnya, kesemua usaha rasionalisasi subsidi ini adalah merupakan inisiatif konsolidasi fiskal yang perlu kerajaan lakukan demi untuk memperteguh ketahanan ekonomi negara. Sebagai analogi, jika kita makan ubat antibiotik, kita perlu mengambilnya mengikut jadual yang ditetapkan dan perlu makan sehingga habis. Barulah kita akan sembuh sepenuhnya.

UMNO SEBAGAI PARTI HARAPAN UNTUK MASA DEPAN: TRANSFORMASI UMNO

Demi mewajah masa depan, kepimpinan UMNO bukan sahaja komited malah percaya hanya dengan melakukan transformasi kita akan terus relevan dan menjadi peneraju kepada halatuju negara. Dalam hal ini, Perdana Menteri Britain, David Cameron semasa sidang akhbar bersama pada April 2012, telah memuji kesungguhan dan keazaman kita dalam melakukan transformasi politik dan negara.

Lantaran, diingatkan bahawa transformasi UMNO tidak akan berjaya sekiranya idea dan perubahan hanya digenggam di peringkat atasan sahaja. Transformasi ini mestilah didakap erat oleh setiap ahli UMNO.

Saya yakin, dengan usaha bersungguh dan pembuktian-pembuktian ini UMNO sedang menjalankan sebuah transformasi yang sebenar secara inklusif. Pastinya dengan nawaitu yang betul kita akan menerima sokongan dan dokongan daripada rakyat. Sebab itulah antara lain kita melantik ahli-ahli tambahan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang mewakili generasi muda, ahli-ahli cerdik pandai, golongan agamawan dan para teknokrat.

Pucuk pangkalnya, setiap ahli UMNO adalah agen transformasi yang mencerminkan hala tuju baru siasah politik negara. Makanya, UMNO harus memperkukuh kuda-kuda dan memperkemas kisi-kisi, untuk menonggak Barisan Nasional dan negara supaya kita bukan sahaja boleh terus mentadbir lima tahun akan datang, malah mudah-mudahan kita akan terus menjadi juara bagi tempoh 50, malahan 100 tahun akan datang.

Justeru, kita tidak boleh lalai dan leka. Kita perlu mempersiap dan mengukuhkan parti kita. Walaupun kita telah menawan semula negeri Kedah, waima kita telah mengukuhkan kembali kedudukan kita di Perak, ternyata masih banyak lagi usaha, masih banyak lagi kerja yang belum selesai. Kita tidak akan sekali-kali duduk berpeluk tubuh dan lemah bersimpuh, sebaliknya di perhimpunan ini kita akan memperbaharui tekad dan menggagas semula formula kejayaan berteraskan lima pengisian transformasi.

LIMA PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO

Pengisian Transformasi UMNO Yang Pertama: Memperteguh Ekonomi Melayu Dan Bumiputera

Seperti semua maklum, populasi Melayu dan bumiputera, Islam dan bukan Islam di Malaysia adalah sebanyak 67.9 peratus melebihi dua pertiga jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Sebagai kaum majoriti, agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dan bumiputera, sewajibnya menjadi agenda teras nasional. Apa guna jika negara kita maju, tetapi rakyat majoritinya terpinggir dan tidak terbela.

Kendati itulah, sejak merdeka, Kerajaan Barisan Nasional yang diungguli UMNO telah mewujudkan pelbagai instrumen bagi memastikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu terus berkembang dan dipelihara.

Lantas, menjelang negara maju kelak, kita hendak melihat orang Melayu dan bumiputera mencapai tahap kemajuan yang setanding dengan orang lain tanpa meminggirkan pembelaan terhadap mana-mana golongan.

Atas semangat itulah, saya telah mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB. Ia akan bersidang sebulan sekali, atau jika ada keperluan, lebih daripada itu, dengan menjemput secara ad hoc badan-badan atau agensi Melayu dan bumiputera yang berkaitan.

Saya juga telah mengumumkan penambahbaikan TERAJU, mewujudkan Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB, menubuhkan Dana Pendidikan Mara dan Kerajaan pada nisbah 1 kepada 1 yang berjumlah RM1 bilion, serta skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 sebanyak 10 bilion unit.

Pokoknya, selagi ada bulan dan bintang, selagi hayat dikandung badan, bak kata orang Sabah, agenda pemerkasaan Melayu dan bumiputera tatap akan kita perjuangkan.

Pengisian Transformasi UMNO Yang Kedua: Mempertegak Maqasid Syariah

Dari dulu, UMNO tidak pernah berhenti memperjuangkan ketertinggian Islam dan syiarnya. Kita berpegang kepada prinsip Maqasid Syariah yang membela dan memelihara lima tunjang utama yakni; agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.

Di Malaysia, Islam bukan sahaja termaktub sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara, tetapi juga pengamalannya bersifat meluas merangkumi bukan sahaja bidang ibadah tetapi juga munakahah, muammalah dan jinayah.

Dalam konteks yang sama juga, umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan keperibadian. Dengan demikian, penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

Bercakap tentang Islam lagi, selama puluhan tahun, di bawah pimpinan UMNO, Malaysia telah menjadi enabler atau pemboleh kepada syiar amalannya.

Dari sudut iktisas, industri kewangan Islam di Malaysia telah mencapai pembangunan yang mantap dan progresif. Purata kadar pertumbuhan adalah 17 peratus untuk tempoh 2002 sehingga 2012, dengan pasaran aset perbankan Islam kini mencapai 24 peratus. Dari segi aset pula, 24 institusi kewangan Islam berada dalam kelompok 100 yang terbesar di dunia. Sektor ini yang akan menyumbang kepada tambahan pendapatan negara kasar sebanyak RM7.2 bilion dan hampir 12,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Malaysia juga menerajui sukuk global dengan jumlah terkumpul mewakili 60 peratus, yakni RM492 bilion.

Berkaitan itu, sekarang ini kita dapati gelombang di mana orang-orang muda dekat kepada agama. Ia juga berlaku kepada orang yang dah pencen, yang mula berjinak-jinak dengan surau dan masjid. Justeru, ahli-ahli UMNO rajin-rajinlah mendekati golongan ini. Eloklah juga ramai-ramai memakmurkan masjid dan surau.

Jadi di sini, kita ingin bertanya, selama ini, siapa yang memperjuangkan kemuliaan agama Islam di negara ini? UMNO atau Pas? Pihak mana yang berjasa menubuhkan universiti dan institusi pendidikan Islam? UMNO atau Pas?

Tidak lain dan tidak bukan, selagi hayat dikandung jasad, bercerai nyawa dari badan! Islam akan terus UMNO junjung.

Pengisian Transformasi UMNO Yang Ketiga: Memperkukuh Pengkaderan Parti

Dalam memperkatakan hal ini, UMNO perlu sentiasa beringat-ingat. Kita bina negara ini untuk siapa? Tentunya untuk generasi muka. Kita bina dan jaga parti ini untuk siapa? Tentunya untuk ditinggalkan kepada pewaris dan para pelapis. Menyedari hakikat bahawa untuk melahirkan pemimpin masa depan mengambil tempoh yang lama, maka parti UMNO perlu mengkader ahli-ahli baru dan orang-orang muda supaya parti UMNO ini menjadi sebuah parti yang lestari sampai bila-bila.

Parti juga perlu diperkukuh dengan mendoktrinkan jati diri UMNO kepada para ahli agar budaya kepartian, berakar umbi, terpateri dan tersemat kukuh dalam sanubari semua sebagai landasan perjuangan.

Dalam konteks UMNO, program pengkaderan hendaklah merangkumi aspek seperti kreativiti, kemahiran-kemahiran insaniah, budaya berfikir tinggi serta memahirkan mereka dengan teknologi terkini, untuk memudahkan penyampaian dasar-dasar parti dan kerajaan supaya diterima oleh rakyat serta responsif di dalam menyelami dan menyelesaikan masalah akar umbi.

Memenuhi prinsip usul feqah, yang menyebut disiplin sebagai jalan tarbiyah dalam kepimpinan, program pengkaderan terutama kepada generasi muda bagi menghadapi pilihan raya akan datang tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Ini supaya UMNO dapat melahirkan pemimpin yang komited, gigih serta istiqamah dalam perjuangan.

Pengisian Transformasi UMNO Yang Keempat: Mempersiaga Jentera Transformatif

Adalah menjadi lumrah dalam setiap organisasi yang berjaya, di belakangnya wujud jentera yang dikemudi oleh ahli yang penuh dedikasi, komited dan kental dalam membawa aspirasi dan obor perjuangan. Jika kuat jenteranya, maka gagahlah organisasi tersebut, jika lemah maka tidak bermayalah parti.

Misalnya, dalam peperangan, jentera umpama bala tentera yang akan mempertahankan kubu dan bertanggungjawab menyerang pihak lawan serta merintis jalan ke hadapan.

Dalam hal ini, UMNO harus sedar bahawa dunia maya atau internet adalah neutral. Barang siapa yang berupaya mengisi dan menguasai ruang-ruang baru itu maka merekalah yang akan berjaya.

Kita perlu berwaspada bahawa, penggunaan teknologi terkini menjadi saluran utama dalam penyebaran maklumat dan pengetahuan. Mutakhir ini, smart phone atau telefon pintar menjadi instrumen yang mempengaruhi minda dan nilai terutamanya generasi muda. Malah saya percaya, telefon pintar inilah akan menjadi instrumen paling besar dalam penentuan kalah menang pilihan raya yang akan datang. Oleh yang demikian, kita tidak boleh ketinggalan dan membiarkan pembangkang berwenang-wenang. UMNO mesti menjuarai teknologi maklumat.

Saya dimaklumkan, pengguna facebook di Malaysia sahaja mencecah 14 juta akaun. Manakala pengguna telefon bimbit pula mencecah 146 peratus daripada bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2013.

Justeru, jentera transformatif UMNO hendaklah menguasai medium baru ini bagi menyampaikan risalah-risalah UMNO, mempertahankan dasar-dasar parti dan kerajaan, serta melawan segala tuduhan, nista yang pembangkang lemparkan. Suka atau tidak, kita tidak boleh, tidak menjadi pelaku utama kepada teknologi ini. Ingatlah, hakikatnya dalam dunia politik, selalunya persepsi lebih penting daripada realiti. Mahu tidak mahu, kita harus menanganinya.

Pengisian Transformasi UMNO Yang Kelima: Menetap Petunjuk Prestasi Utama Atau KPI UMNO

Bagi memastikan perjalanan jentera UMNO dapat bergerak dengan lebih berkesan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak, saya juga akan perkenalkan sistem Petunjuk Prestasi Utama atau KPI untuk setiap bahagian dan negeri.

Melalui penetapan KPI ini nanti, barulah kita akan lebih bersedia untuk memenangi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang kita tewas baru-baru ini, di samping mengekal dan mengukuhkan pengaruh serta kedudukan di kawasan-kawasan yang dimenangi sebelum ini, selanjutnya, mula merangka pelan gerak kerja untuk menawan kubu-kubu lawan.

Melalui pelaksanaan KPI ini, sebagai Presiden parti, saya mahukan setiap cawangan, bahagian dan negeri dipantau dan diaudit secara berkala untuk dinilai prestasi serta pencapaian setiap negeri, bahagian atau cawangan. Melalui kaedah ini, sebarang isu, masalah atau ketidakpatuhan yang berlaku boleh dikesan dan tindakan korektif dapat diambil dengan segera.

Jelasnya KPI ini menjadi pengukur yang objektif sebagai kad laporan kepada kepimpinan parti. Turunlah ke kawasan, berjumpalah dengan pengundi, buktikan pada masyarakat, UMNO adalah parti yang serius membela dan mengkhidmati rakyat.

PENUTUP

Ahli falsafah Yunani berpesan bahawa, perubahan itu adalah penumpuan segala kudrat dan tenaga yang ada, bukan untuk bertempur dengan hal-hal dan kisah-kisah lama, tetapi perubahan itu ialah mencipta dan membina kejayaan-kejayaan baru.

Bersandarkan ungkapan itu, hari demi hari, detik demi detik, saat-saat yang berlalu telah menjadi saksi bahawa UMNO mengungguli kepimpinan transformatif negara sebagai sebuah parti yang bermaruah, parti yang berdaulat dan parti yang terus menepati janji.

Sesungguhnya, hitungan masa telah menjadi saksi dan hakim, yang adil dalam merakamkan bahawa, parti UMNO ini telah puluhan kali meninta detik-detik bersejarah dalam pembikinan negara bangsa Malaysia.

Malah, bermula sejak tahun 1946 sehingga tahun 2013, UMNO telah melalui dengan jayanya 11 kronologi game-changer yang merubah landskap politik dan negara keseluruhannya.

Antara detik penting yang ditongkah oleh UMNO, bermula daripada penubuhan parti, meraih kemerdekaan, tragedi hitam perkauman, Dasar Ekonomi Baru, bangkit dan pulih daripada runtuhan UMNO lama serta menggagas Wawasan 2020, mula mendakap dunia teknologi maklumat.

Terbaru pula, UMNO telah selesai proses permulaan transformasi sebagai langkah hebat dan penuh berwibawa untuk menjadi parti paling demokratik dan inklusif.

Jika dihitung jumlahnya, kita ada sekurang-kurang 2,217 hari atau 72 bulan sebelum fajar negara maju menampakkan sinarnya. Manakala Pilihanraya Umum ke-14 pula, tempohnya lebih dekat dari itu.

Sehubungan itu, tiada siapa yang dapat menafikan, selama berdekad-dekad UMNO yang mengetuai Barisan Nasional telah mencapai satu persatu rekod prestasi yang sungguh membanggakan dalam meniti Transformasi Negara.

Hakikatnya, sejak dari dulu, kita berjuang dengan penuh objektif, dengan penuh gigih, mendengar bicara hati masyarakat, bisikan nurani semua dan pastinya luahan rasa rakyat terbanyak.

Malah, manifesto pilihan raya kita tempoh hari juga bukan sekadar manifesto biasa tetapi adalah sebuah akujanji yang berani. Sesungguhnya, kita bukanlah parti yang suka berbohong dan berdusta, kita bukanlah parti yang jenis cakap tak serupa bikin, kita bukanlah seperti pimpinan pembangkang yang sanggup berbuat apa saja sehingga memalsukan kata-kata dan memperdayakan rakyat, bahkan lebih terkutuk daripada itu sampai sanggup berjanji setia untuk menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan rejim zionis dan Israel.

Mereka telah berbohong tentang 16 September 2008 untuk menubuhkan kerajaan. Anwar Ibrahim juga telah menipu rakyat di Kg. Buah Pala. Katanya, dalam tempoh 2 minggu, jika menang, mereka akan selesaikan masalah penduduk di situ. Itu palsu semuanya. Itu dakyah semata-mata.

Akhirnya, kerajaan pusat Barisan Nasional yang ditunjang oleh UMNO jugalah yang selesaikan. Malah saya sendiri turun padang menyerahkan 18 kunci rumah kepada para penduduk di situ.

Selanjutnya, di kala rakyat Selangor sedang menderita akibat masalah air, sampah sarap dan pelbagai isu yang tidak selesai-selesai, pimpinan Kerajaan Selangor sibuk pula nak menaikkan gaji masing-masing sehingga 373 peratus.

Jelasnya di sini, rakyat harus membuka mata kerana, pimpinan pembangkang lebih mementingkan diri masing-masing. Saban waktu mereka tuduh UMNO macam-macam, tetapi selama ini kitalah yang membela kepentingan rakyat dan negara.

Laginya, seperti kita tahu dan terpampang di dada-dada akhbar sejak bertahun-tahun, ramai pimpinan utama PKR yang telah keluar dari parti itu.

Terkini, lebih parah, 11 ketua cabang PKR Sabah telah mengumumkan keluar parti dan menzahirkan sokongan terbuka kepada kita. Mudah-mudahan, harap-harapnya, sesudah ini, makin ramailah yang mendapat petunjuk dan kembali kepada UMNO.

Baru-baru ini pula, Presiden Petronas telah memberitahu saya bahawa, kita telah kehilangan hampir RM40 bilion pelaburan asing dari Taiwan untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang, Johor. Ini kerana, sekumpulan pihak pembangkang telah pergi ke negara tersebut dan menakut-nakutkan para pelabur.

Saya ingin bertanya, tidakkah perbuatan pembangkang ini satu pengkhianatan kepada rakyat? Tidakkah perbuatan mereka ini satu petualangan kepada kepentingan negara?

Tidak cukup dengan itu, tidak cukup dengan itu, jangan sesekali kita lupa, parti DAP telah menghina penjawat awam sebagai kucing kurap. Pemimpin DAP jugalah yang mahu memberhentikan lebih separuh penjawat awam jika mereka memerintah negara ini.

Kepada pihak pembangkang inikah orang-orang Melayu, bumiputera dan rakyat keseluruhan hendak menyerah nasib dan masa depan anak cucu? Kepada mereka yang sanggup menggadai kepentingan rakyat dan negara inikah kita nak pertaruhkan hari muka?

Lebih dahsyat lagi, merekalah yang tidak menghargai para perajurit serta anggota-anggota keselamatan yang bermati-matian mempertahankan tanah air, malah mahu mengiktiraf pula komunis sebagai wira bangsa.

Maka yang demikian, peristiwa Lahad Datu, tidak mungkin terpadam dari memori dan ingatan kita betapa UMNOlah sebagai parti yang senantiasa mengangkat dan menjulang para perajurit dan anggota-anggota keselamatan di persada yang sewajarnya.

Ternyata, tragedi Lahad Datu telah mengukuhkan lagi ikatan sesama kita, rakyat Malaysia. Pendek kata, walau sejengkal tanah Sabah, Negeri di Bawah Bayu, tak mungkin kita serahkan kepada sesiapa.

Kesimpulannya, kebersatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak umpama:

Anak-anak

bermain raga,

Bersama kawan

di tepi perigi,

Ikatan kasih

bersulam jiwa,

Ibarat rambut

bersimpul mati.

Atas segalanya, sebagai Presiden UMNO saya sentiasa berdoa demi masa depan umat. Walau kita dicemuh, walau kita disindir, walau UMNO dibentak-bentak namun parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik. Demi, melihat umat Islam kembali bersatu.

Oleh kerana itu, kita tak boleh bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa. Percayalah, yakinlah, kita berada di landasan yang benar dan betul.

Di perhimpunan bertuah inilah, saban tahun kita keramatkan segala usul yang akhirnya menjadi dasar-dasar negara. Kita tidak berhimpun untuk suka-suka. Jangan sesekali kita lupa, di perhimpunan-perhimpunan agung UMNO inilah agenda-agenda umat Melayu dan bumiputera dijulang.

Di sinilah UiTM dimartabatkan, di sinilah nasib penjawat awam dibela, di sinilah Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan, di sinilah institusi-institusi Melayu dan bumiputera diperjuangkan.

Selain itu, di sinilah kementerian-kementerian strategik yang membela untung nasib orang Melayu dan bumiputera digagaskan, di sinilah syiar agama Islam dipertinggikan, dan di perhimpunan inilah juga orang Melayu menghitung masa depan keturunan mereka.

Seperti besi kersani yang tidak tersepuh dengan saja-saja malah telah dibakar, dilebur dan diasah menjadi keris waja yang kukuh lagi gagah berani. Begitulah parti UMNO dalam memperjuangkan hak dan kepentingan bangsanya. Tanamlah dalam-dalam dibenak hati kita bahawa UMNOlah satu-satunya wadah tempat orang Melayu bergantung harap.

Jika tidak, di manakah suka duka bangsa Melayu nak diperbicarakan? Di manalah orang Melayu nak mencurah rasa. Di manalah lagi orang-orang Melayu ingin merungkai kesumat dan menyulam dendam tentang nasib dirinya. Di manalah lagi keluh kesah orang Melayu hendak dizahirkan, jika tidak di perhimpunan ini. Jika tidak kepada parti yang penuh kemuliaan ini.

Ke manalah orang-orang Melayu hendak membawa diri, dimanalah tempat hendak bermanja jika UMNO sudah tiada lagi. Ke manalah perginya hati, ke mana hilangnya rasa, kalau perjuangan umat Melayu sudah tidak berkumandang lagi. Hendaklah barang diketahui orang dulu-dulu bercerita bahawa Raja negeri Riau pernah berpesan-pesan, untuk berjaya orang Melayu janganlah suka berdengki-dengki dan menfitnah sesama bangsa. Relakah kita perjuangan Melayu terhapus di bumi ini? Sanggupkah Melayu akhirnya merempat dan terbangsat di tanah sendiri?

Mengertilah sedalam-dalamnya bahawa kita adalah leluhur UMNO. Tanpa UMNO di manakah kita? Tanpa UMNO di mana sudahnya Melayu?

Kepada Allah kita mohon dipersimpangkan, kepada Allah kita pinta diperjauhkan, JANGANLAH MELAYU HILANG DI DUNIA! Kepada Allah kita mohon pertolongan.

HIDUP UMNO!

HIDUP BARISAN!

HIDUP MALAYSIA!

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

SEJURUS selesai merasmikan Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus bergegas ke Pahang bagi meninjau keadaan banjir serta pusat-pusat pemindahan di Pahang, negeri paling teruk dilanda bencana itu setakat ini. Masa yang terluang digunakan untuk bertanya khabar mangsa-mangsa banjir di daerah Pekan dan Rompin.

Malah, dalam kesibukan Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berjalan, Presiden UMNO itu difahamkan akan bergilir-gilir dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meninjau kawasan banjir. Muhyiddin dijadual melawat Mersing yang turut dinaiki air hari ini.

Komitmen kedua-dua pemimpin negara tersebut cukup jelas menghuraikan slogan rakyat didahulukan. Betapa kesibukan dan komitmen yang sedia dirancang tidak sesekali melupakan mereka akan tanggungjawab terhadap rakyat yang dilanda musibah. Mereka turun padang menjenguk penduduk yang terjejas akibat banjir, selain memastikan jentera bantuan dan logistik berada dalam keadaan yang memuaskan.

Lantaran, melihat kepada kesukaran yang bakal dihadapi oleh mereka yang terjejas teruk akibat banjir, Najib semasa di Kuantan telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk menimbang bantuan khas kepada penduduk yang terbabit.

Apapun, keprihatinan oleh pucuk pimpinan tersebut perlu menjadi penguat semangat kepada semua jentera bantuan banjir sama ada pasukan tentera, polis, jabatan kerajaan tertentu serta pasukan sukarela untuk menawarkan khidmat bakti yang terbaik. Mangsa banjir pula, pasti lega dengan kunjungan Perdana Menteri tersebut.

Doa kita, semoga banjir segera surut dan orang ramai boleh pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.

AWANG - Tabahkan hati.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved