Khamis, 5 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan pertimbang bantuan khas kepada mangsa banjir

Posted: 05 Dec 2013 02:21 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUANTAN 5 DIS. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan bantuan khas kepada mangsa yang terlibat dalam bencana banjir kali ini. - UTUSAN ONLINE

Sidang Dewan Rakyat ditangguh hingga tahun depan

Posted: 05 Dec 2013 01:42 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 21 Oktober lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Sepanjang persidangan selama 27 hari itu, lima rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-undang Perbekalan 2014 untuk perbelanjaan pembangunan yang dibahas sejak 14 November lepas.

Empat rang undang-undang lain adalah Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2013, Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia)(Pengesahan) 2013), dan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013.

Persidangan yang bermula pada 24 September lepas telah diikuti dengan pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada 25 Oktober.

Pada sesi akhir hari ini, Dewan Rakyat turut meluluskan dengan lebih suara yang bersetuju untuk kerajaan membuat pelaburan dalam syarikat AES Solution Sdn Bhd dengan modal berbayar RM10 juta dengan nilai RM1 bagi seunit saham.

Dengan pelaburan ini, kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengambil alih sepenuhnya operasi sistem itu yang sebelum ini dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Selain itu, Dewan Rakyat juga meluluskan tiga lagi usul Menteri Kewangan iaitu ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM28,905 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (PTK) yang diterima di bawah Seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 ke Kumpulan Wang Pembangunan.

Usul untuk menetapkan Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2013 yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai kertas statut bil. ST.61 tahun 2013 dan Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Perdagangan Keutamaan di kalangan negara-negara anggota D-8) 2013 dan Perintah Kastam (Duti Anti Lambakan)(No.3) 2013 sebagai kertas statut bil.ST. 100 dan ST.135 tahun 2013 turut diluluskan.

Keempat-empat usul ini dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA

Mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 7,163

Posted: 05 Dec 2013 01:20 AM PST

KUALA TERENGGANU 5 Dis. - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 7,163 orang pada sebelah petang berbanding 7,780 orang pagi tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini berikutan seramai 620 orang mangsa di Hulu Terengganu telah dibenar pulang ke rumah masing-masing.

Ia berkata jumlah mangsa yang masih tinggal di daerah itu sehingga pukul 4 petang ialah seramai 1,034 orang dari 302 keluarga.

Dalam masa yang sama, sebanyak 14 daripada 27 pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup.

Bagaimanapun lain-lain kawasan seperti Kemaman, Dungun dan Marang, keadaan banjir tidak banyak berubah pada sebelah petang berbanding sebelah pagi.

Di Kemaman, jumlah mangsa masih merupakan yang teramai dengan 3,480 orang daripada 916 keluarga, di Marang 54 orang (14 keluarga) dan Dungun seramai 2,130 orang (572 keluarga).

Pusat pemindahan yang masih beroperasi di Kemaman ialah sebanyak 38 buah, Marang (3) dan Dungun (27).

Sementara itu enam orang daripada dua keluarga telah dipindahkan di Besut pada tengah hari tadi apabila daerah itu pula mula dilanda banjir dengan mangsa ditempatkan di Surau Kampung Kayu Kelat.

Keadaan paras air di kebanyakan sungai utama di negeri ini pada sebelah petang masih ditahap bahaya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved