Rabu, 14 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


40,000 anggota ditugaskan banteras jenayah tahun depan

Posted:

40,000 anggota ditugaskan banteras jenayah tahun depan

40,000 anggota ditugaskan banteras jenayah tahun depan


ISMAIL Omar bersalaman dengan seorang peniaga di Taman Tun Dr. Ismail, Selvaraj ketika membuat lawatan ke kedai-kedai di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Mahmood Adam (kiri).


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 40,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) disediakan di seluruh negara bagi mengurangkan peratusan kegiatan jenayah bermula 1 Januari tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota berkenaan telahpun diberikan latihan untuk memulakan tugas bagi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjaga melalui rondaan.

"Sebagai permulaan, hari ini adalah hari pertama mereka membuat rondaan bagi kawasan Brickfields dan Damansara.

"Lebih 5,000 daripada anggota-anggota ini pula akan menjalankan rondaan bersama di seluruh kawasan Lembah Klang bermula tahun depan dalam kadar sekerap yang mungkin," katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran Rondaan Bersama PDRM, JPAM dan Rela di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggunaan alat elektronik juga merupakan salah satu cara mempertingkatkan lagi pengurangan kadar jenayah di negara ini.

"Melalui bajet (Belanjawan 2012) yang dikeluarkan Perdana Menteri, memang ada peruntukan untuk kamera CCTV. CCTV sedia ada akan dipasang semula secara berperingkat di setiap negeri mengikut kawasan-kawasan yang kami pilih terutama kawasan hotspot," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata, peratusan kebimbangan persepsi masyarakat terhadap jenayah sehingga Oktober lepas menunjukkan prestasi yang baik.

"Dua tahun lepas perasaan takut yang wujud di kalangan penduduk menunjukkan lebih kurang 58 peratus tapi tahun ini perasaan itu turun 48 peratus. Ini adalah sumber yang dikeluarkan dari TNS (syarikat yang dilantik oleh PDRM untuk mengkaji peratusan NKRA)," katanya.

Beliau berkata, JPAM dan Rela telah diberikan kuasa pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) yang sama seperti polis biasa untuk membuat tindakan dalam keadaan yang tertentu.

"Anggota Rela dan JPAM adalah aset PDRM untuk bekerjasama, mereka telah dilatih untuk mengawal lalu lintas dan membantu mencegah jenayah.

"Dalam kuasa ini saya telah diberi kuasa di bawah Akta Polis iaitu memberikan anggota Rela dan JPAM sebagai kuasa PVR kerana Akta Polis telah menyatakan saya sebagai Ketua Polis Negara boleh memberi kuasa ini untuk mereka," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih menyiasat mengenai kes seorang perompak ditembak mati oleh pengawal keselamatan dalam rompakan di sebuah bank di Pandan Indah, Ampang semalam, untuk menentukan sama ada suspek adalah seorang anggota tentera kerana dia menggunakan senjata api jenis Steyr (sama jenis dengan yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia) dalam rompakan itu.

"Setakat ini kami tengah siasat latar belakang suspek tersebut sama ada dia mempunyai asas daripada sudut penggunaan senjata api yang dimilikinya dan melaluinya baru kami boleh menyiasat dari mana datangnya senjata tersebut," katanya.

Semalam, seorang perompak yang mengambil masa 10 minit melakukan rompakan di sebuah bank ditembak di bahagian belakang kepala dari jarak 50 meter oleh seorang pengawal keselamatan dengan pump gun semasa suspek hendak melarikan diri. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Budak parah diserang siamang

Posted:

Budak parah diserang siamang

Budak parah diserang siamang

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Anita Sulaiman menemani anaknya, Muhammad Afiq Haziq yang masih trauma menerima rawatan di Hospital Besar Melaka, kelmarin. - UTUSAN/Gaie Uchel


MELAKA 14 Dis. - Seorang kanak-kanak lelaki yang melawat Zoo Melaka bersama ibu bapanya diserang dan dicakar seekor siamang jantan menyebabkan daging kaki kanannya terkoyak hingga menampakkan tulang dalam kejadian yang berlaku petang semalam.

Haiwan tersebut sebelum itu bertindak ganas terhadap seorang kanak-kanak perempuan menyebabkan kecederaan ringan di tumit kanan.

Muhammad Afiq Haziq, berusia tiga tahun sembilan bulan kini mendapat rawatan di Hospital Melaka manakala kanak-kanak perempuan itu, Zukrina Abdul Hadi, 5, dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar di hospital sama.

Ketika kejadian yang berlaku pukul 2.30 petang itu, Muhammad Afiq didukung bapanya, Kamarul Baharin, 38, bersama isteri, Anita Sulaiman, 36, bersiar-siar di dalam zoo berkenaan.

Kata Anita, selepas sejam bersiar-siar, dia sekeluarga melewati kawasan khas seperti pulau terbuka yang di kelilingi kolam menempatkan siamang jantan.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan orang ramai dan apabila menoleh ke belakang saya melihat 30 hingga 40 pengunjung lari bertempiaran seperti dikejar sesuatu," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka hari ini.

Dalam suasana panik ketika itu, kata Anita, secara tiba-tiba seekor siamang jantan muncul lalu bertindak agresif dengan menerkam dan menggigit kaki kanan anaknya.

"Dalam ketakutan saya terus berlari ke arah anak bongsu saya dan cuba menyelamatkannya," ujarnya.

Katanya, dalam suasana cemas itu dia melihat suaminya menarik bulu di kepala siamang itu supaya melepaskan kaki anaknya yang ketika itu sudah terkulai dan berlumuran darah.

"Haiwan itu langsung tidak berganjak dan mujurlah seorang pengunjung yang kebetulan berada di situ bertindak menyepak perut siamang itu menyebabkan haiwan itu melarikan diri," katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja haiwan itu melepaskan gigitan pada kaki Muhammad Afiq, suaminya terus berlari ke pejabat zoo untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

Menurut Anita, dia difahamkan anaknya adalah mangsa kedua serangan haiwan tersebut yang sebelum itu menyerang seorang lagi kanak-kanak menyebabkannya cedera ringan.

"Doktor yang merawat memberitahu luka yang dialami Muhammad Afiq memang dalam dan saya sendiri melihat daging betisnya hancur sehingga nampak tulang," katanya.

Anita berkata, peristiwa hitam itu bukan sahaja menyebabkan anaknya trauma, malah dia sekeluarga serik untuk mengunjungi mana-mana zoo lagi selepas ini.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Zoo Melaka, Masri Mohd. Arof memohon maaf kepada keluarga terbabit di atas kejadian yang berlaku itu.

Menurutnya, pihaknya akan membuat siasatan terperinci dengan pakar-pakar haiwan dari universiti tempatan serta zoo lain dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelak perkara itu berulang.

"Haiwan tersebut telah ditangkap dan diasingkan bagi menyiasat punca ia boleh terlepas kerana ia memang tidak pernah keluar dari kawasan pulau khas itu. Siamang sebenarnya tidak akan menyerang sekiranya tidak berlaku provokasi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelayakan Piala Thomas paling mencabar

Posted:

Kelayakan Piala Thomas paling mencabar

Kelayakan Piala Thomas paling mencabar


Lee Chong Wei cemas menentang pemain Jepun Sho Sasaki sebelum menang 21-11, 21-12 pada Siri Super Masters Akhir di China, semalam. Dia tewas 18-21 pada set kedua. - AFP


KUALA LUMPUR - Ketika isu ketiadaan pemain berkredibiliti masih membayangi persiapan Malaysia untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau tahun depan, masalah baru pula timbul apabila semua pasukan terbaik Asia, termasuk China disahkan akan bertanding pada kejohanan 14-19 Februari itu.

Selaku tuan rumah pusingan akhir pada 20-27 Mei ini, China, juara lapan kali sudah meraih tiket automatik dan tidak sepatutnya terlibat dengan saingan kelayakan, namun kerana mahu mengutip mata Sukan Olimpik mereka memutuskan untuk tetap menghantar pasukan bertanding di Macau.

Malah, Korea Selatan, yang mendapat tiket automatik pada saingan Piala Uber selaku penyandang juara turut beraksi di pusingan kelayakan atas sebab yang sama, sekali gus dilihat mampu mengacau undian kejohanan.

Justeru, Malaysia perlu membariskan 'pasukan terkuat daripada pilihan yang terhad' untuk memburu salah satu daripada empat slot yang ditawarkan pada pusingan kelayakan Asia, sambil berharap tidak diletakkan dalam satu kumpulan bersama China.

"Biarpun China bertanding hanya untuk mengutip mata Sukan Olimpik dan bukan memburu slot pusingan akhir Piala Thomas, namun mereka tetap mampu menjadi pengacau kepada undian dan ini menjadikan saingan sangat sukar.

"Sebagai contoh, seandainya Malaysia menduduki tangga kelima keseluruhan dan China berada pada kedudukan empat terbaik, kita masih akan mendapat slot ke Piala Thomas kerana kedudukan China tidak diambil kira.

"Namun, sekiranya mereka diundi dalam kumpulan yang sama dengan kita, itu tetap mampu menjejaskan peluang kerana kita mungkin gagal mendapat tempat pada kedudukan dua teratas kumpulan,'' kata Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Ketika ini, bukan China, Korea atau Indonesia saja mampu menggugat kedudukan Malaysia, sebaliknya tanpa barisan pemain yang benar-benar mantap, kita juga belum boleh dianggap selamat jika terpaksa berdepan pasukan seperti Thailand atau Jepun.

Hanya jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sudah menjamin kedudukan dalam skuad negara, pada ketika pemain lain, termasuk beregu sedang meningkat, Lim Khim Wah-Goh V Shem belum menunjukkan prestasi yang cukup meyakinkan.

Kelemahan ketara juga wujud dalam perseorangan lelaki kerana tiada pemain kita sebenarnya cukup berkredibiliti untuk menggalas cabaran perseorangan kedua, ketiga mahupun simpanan.

Namun dengan pilihan pemain yang terhad, bekas juara All England, Muhammad Hafiz Hashim yang meninggalkan skuad kebangsaan awal tahun ini untuk menyertai KLRC, masih menjadi taruhan, selain pemain muda seperti Mohd. Arif Abdul Latif dan Liew Daren.

Biarpun sudah 19 tahun tidak bergelar juara Piala Thomas, iaitu kali terakhir Malaysia menang di Kuala Lumpur pada 1992, namun kita tidak pernah gagal melayakkan diri pusingan akhir sejak format baru kejohanan diperkenalkan pada 1984.

Full content generated by Get Full RSS.

Hamberi tolak bulat-bulat alasan Shahidan

Posted:

Hamberi tolak bulat-bulat alasan Shahidan

Hamberi tolak bulat-bulat alasan Shahidan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Ibarat rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. Inilah yang berlaku kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) apabila kali ini dipersoal pula tentang insiden melibatkan kuartet 4x400 yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 bulan lepas.

Kali ini, jurulatih olahraga, Hamberi Mahat yang menganggap alasan yang diberikan oleh Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sebuah rancangan bual bicara di Stadium Angkasa TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pukul 10.30 malam kelmarin sama sekali tidak masuk akal.

Dalam rancangan tersebut, Shahidan memberi alasan bahawa ujian masa perlu dilakukan oleh kuartet tersebut bagi memilih empat daripada lima atlet yang akan dibawa ke Indonesia walhal bagi acara seperti ini sememangnya memerlukan lima pelari termasuk seorang pelari simpanan.

"Dalam acara seperti 4X100 dan 4x400 lari berganti memang kita perlu seorang pelari simpanan. Jadi tidak boleh menjadikan alasan bahawa lambat menghantar kuartet tersebut ke Sukan SEA kerana perlu menjalankan ujian masa terhadap mereka, proses ini adalah tidak betul," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Kuartet yang dibarisi S. Kannathasan, Schezuan Ahmad Rosely, Mohd. Yunus Lasaleh dan P. Yuvaraj bukan sahaja dihantar pada saat akhir, malah terpaksa pulang awal kerana tiket penerbangan mereka sudah ditempah dan tidak sempat untuk menghadiri upacara penyampaian pingat emas.

"Saya cuba menghubungi rancangan tersebut untuk menjelaskan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh KOM tetapi sebanyak 15 kali saya mencuba talian sentiasa sibuk. Saya cuba untuk menerangkan bahawa alasan yang disampaikan presiden adalah tidak masuk akal.

"Itu adalah kenyataan untuk menutup kelemahan persatuan. Kalau betullah kuartet tersebut perlu melakukan ujian masa terlebih dahulu, perkara yang sama juga perlu dilakukan oleh kuartet 4x100 lari berganti lelaki dan wanita tetapi ia tidak pula berlaku," kata Hamberi yang juga jurulatih kepada Kannathasan.

Hamberi juga mengakui KOM juga masih lemah tentang pengumpulan data dan statistik sedangkan ia adalah perkara penting untuk mengetahui tahap dan kemampuan atlet negara sebelum menyertai sesuatu kejohanan.

"Bila kita mempunyai data dan statistik senang untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat, tetapi perkara ini tidak berlaku. Bukan saya ingin menyatakan bahawa kepimpinan Shahidan tidak bagus tetapi ada individu yang mengambil kesempatan terhadapnya," kata bekas atlet kebangsaan itu.

Tambahnya, setakat ini persatuan masih lagi hendak berdalih dengan keputusan yang ternyata salah, sedangkan semuanya akan berakhir jika KOM mengaku kesilapan mereka dan tidak memutar belit fakta.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bina pesawat gergasi ke orbit

Posted:

Bina pesawat gergasi ke orbit

Bina pesawat gergasi ke orbit


Gambar lakaran artis yang disediakan oleh Stratolaunch Systems menggambarkan pesawat gergasi yang dirancang oleh Paul Allen (gambar kecil) yang boleh melancarkan roket semasa berada di udara bagi membawa kargo dan manusia ke orbit. - AP


WASHINGTON 14 Dis. - Bilionair dan pengasas bersama Microsoft, Paul Allen, semalam mengumumkan rancangan untuk membina sebuah pesawat gergasi yang boleh melancarkan sebuah roket semasa berada di udara bagi membawa kargo dan manusia ke dalam orbit.

Ujian penerbangan pertama pesawat canggih yang akan dibina oleh syarikat baru Allen, Stratolaunch Systems hanya dijadual dijalankan pada 2015 dan pelancaran sebenar pada 2016, tetapi rakan kongsi dalam projek itu mendakwa kapal terbang tersebut akan mencetuskan revolusi dalam penerbangan ke orbit pada era selepas persaraan kapal-kapal angkasa Amerika Syarikat (AS).

Dengan menggunakan enam enjin jet Boeing 747, pesawat terbesar pernah dibina itu akan membawa sebuah roket yang dibina oleh syarikat SpaceX untuk melancarkan kargo, satelit dan suatu hari nanti membawa manusia ke dalam orbit rendah bagi mengelilingi Bumi, kata Allen.

Allen, 58, enggan mendedahkan kos pelaburannya, tetapi mengakui ia melebihi apa yang dibelanjakannya untuk SpaceShipOne, yang pada 2004 menjadi pesawat komersial pertama menamatkan penerbangan suborbit (kurang satu orbit) membabitkan kos kira-kira AS$25 juta (RM75 juta).

"Buat kali pertama sejak John Glenn, America tidak mampu menerbangkan angkasawannya sendiri ke angkasa lepas," kata Allen, yang merujuk kepada persaraan kapal-kapal angkasa AS pada tahun ini dan angkasawan pertama AS yang mengorbit Bumi dengan menaiki Mercury 7 pada 1962.

Beliau menyifatkan rancangannya itu sebagai tanda bermulanya perubahan radikal dalam industri pelancaran misi ke angkasa lepas.

Reka bentuk bagi jet gergasi tersebut yang lebar sayapnya melebihi panjang padang bola sepak kini sudah hampir ke peringkat akhir dan sebuah hangar sedang dibina di Gurun Mojave.

Rundingan sedang dijalankan mengenai lokasi untuk pesawat itu berlepas, kerana ia memerlukan landasan sepanjang 3,650 meter, yang biasanya boleh didapati di lapangan terbang yang besar dan di pangkalan tentera udara.

Pesawat itu akan menggunakan enam enjin jet 747, mempunyai berat kasar melebihi 544 tan dan lebar sayap melebihi 117 meter, menurut kenyataan akhbar.

Pengumuman Allen semalam menandakan kemasukan sebuah lagi syarikat dalam persaingan untuk menggantikan kapal angkasa AS dengan menawarkan alternatif yang disediakan oleh industri swasta bagi membawa manusia ke dalam orbit Bumi. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Penulis Itali tembak mati 2 warga Senegal

Posted:

Penulis Itali tembak mati 2 warga Senegal

Penulis Itali tembak mati 2 warga Senegal

ROME 14 Dis. - Seorang penulis Itali berhaluan kanan menembak mati dua lelaki Senegal dan mencederakan tiga yang lain sebelum membunuh dirinya sendiri dalam kejadian tembakan di bandar Florence, semalam.

Menurut saksi, lelaki tersebut keluar dari sebuah kereta di sebatang jalan pasar di Piazza Dalmazia, utara bandar itu, lalu melepaskan tiga tembakan yang membunuh dua penjual jalanan warga Senegal dan mencederakan seorang lagi.

Penyerang terbabit yang dikenali sebagai Gianluca Casseri, 50, kemudiannya bergerak ke pasar San Lorenzo dan bertindak mencederakan dua lagi peniaga Senegal.

Menurut laporan berita, Casseri yang menggunakan pistol jenis Magnum Smith & Wesson, kemudiannya menembak dirinya sendiri selepas dikepung pihak polis.

Ekoran pembunuhan itu, kira-kira 200 warga Senegal yang marah bertindak berarak di seluruh bandar tersebut, hari ini, sambil melaungkan slogan "Malu' dan 'Perkauman'.

Beratus-ratus pendatang asing kemudiannya berkabung di depan gereja besar bandar itu.

"Hati bandar Florence menangis hari ini," kata Datuk Bandar Florence, Matteo Renzi dalam mesej Twitternya.

Beliau turut mengisytiharkan bandar itu untuk berkabung pada hari ini dan membiayai penghantaran pulang mayat mangsa ke Senegal.

"Saya fikir kejadian ini bukan saja melukakan hati masyarakat Senegal tetapi seluruh penduduk di bandar ini," katanya.

Menteri Kerjasama Antarabangsa dan Integrasi, Andrea Riccardi dan seorang imam Senegal akan menghadiri satu upacara berkabung di dewan bandar raya Florence hari ini. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Transformasi suku Che Wong

Posted:

Transformasi suku Che Wong

Transformasi suku Che Wong

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com


Sultanah Kalsom melihat kanak-kanak Orang Asli mewarna lukisan di Bangunan Kebudayaan Orang Asli Che Wong.


TEMERLOH 14 Dis. - Masyarakat Orang Asli suku Che Wong di Kuala Gandah, Lanchang dekat sini mengalami transformasi dalam kehidupan mereka dengan kerjasama Genting Malaysia Berhad.

Tanggungjawab sosial korporat syarikat itu yang menyumbangkan sebuah bangunan serbaguna dikenali sebagai Bangunan Kebudayaan Orang Asli Che Wong amat bermakna kepada hampir 388 penduduk yang menetap di kawasan tersebut.

Bangunan seluas 2,800 kaki persegi bernilai RM180,000 itu dilengkapi bilik darjah, bilik bacaan dan ruangan khas untuk aktiviti kebudayaan serta kraf tangan.

Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting, Datuk Anthony Yeo (gambar) berkata, bangunan tersebut dibina bertujuan mengubah cara hidup masyarakat Orang Asli di situ dalam bidang akademik dan meningkatkan hasil pendapatan menerusi kraf tangan mereka.

"Masyarakat di sini terpinggir dan ramai yang buta huruf termasuk golongan dewasa. Mereka juga pemalu untuk berinteraksi dengan orang luar.

"Jadi, kami mengambil inisiatif mendampingi dan menyelami masalah mereka supaya masyarakat Orang Asli di sini mendapat pendidikan lebih baik dan mampu berkomunikasi dengan orang luar terutama pelancong yang datang ke Kuala Gandah," katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan tersebut baru-baru ini.

Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom berkenan menyempurnakan majlis yang turut dihadiri isteri Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Berhad, Puan Seri Cecilia Lim; Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin.

Pada majlis tersebut, Sultanah Kalsom turut beramah mesra dengan rakyat dan menyampaikan sumbangan beras serta hamper kepada 83 keluarga Orang Asli suku Che Wong.

Anthony berkata, pada November 2008 pihaknya mengadakan program di Kuala Gandah dan ketika itu timbul idea membina bangunan tersebut apabila melihat kesukaran masyarakat Orang Asli di situ menjalani kehidupan seharian.

Beliau memberitahu, pihaknya mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang dan membuat keputusan membina bangunan tersebut sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

"Pembinaan bangunan tersebut turut mendapat bantuan sukarela daripada pasukan khidmat masyarakat Genting yang bergotong-royong bersama penduduk Orang Asli di sini," katanya.

Menurutnya, 388 Orang Asli di kampung berkenaan kini mempunyai tempat selesa untuk membuat kraf tangan di samping menjadikan ruang legar bangunan itu sebagai tempat mempersembahkan tarian Sewang kepada pelancong.

Selain membina bangunan tersebut, syarikat itu juga menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan lain termasuk Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik, Yayasan Sunbeams Home di Batang Kali, Selangor dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Tinggi, Bentong.

Sementara itu, seorang guru dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Zaliah Ali berkata, pembinaan bangunan tersebut bagaikan satu dunia baru kepada masyarakat Orang Asli di situ.

"Sebelum ini mereka terpaksa berhimpit dan menjalankan tiga aktiviti iaitu pembelajaran, kebudayaan dan kraftangan secara serentak di dalam sebuah pondok yang tidak selesa," katanya.

Zaliah berkata, dengan adanya bangunan kebudayaan tersebut, masyarakat Orang Asli itu akan mendapat pendidikan lebih sempurna dan berlatih aktiviti kebudayaan serta membuat kraftangan di tempat yang lebih selesa.

Full content generated by Get Full RSS.

Menjana pendapatan Orang Asli

Posted:

Menjana pendapatan Orang Asli

Menjana pendapatan Orang Asli

TEMERLOH 14 Dis. - Pembinaan Bangunan Kebudayaan Kampung Orang Asli Che Wong dapat mengubah cara hidup dan menjana pendapatan masyarakat itu di Kuala Gandah, Lanchang dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, penduduk di kampung tersebut tidak lagi perlu bergantung hidup dengan mencari hasil hutan kerana mereka boleh menghasilkan pelbagai jenis produk kraftangan di ruangan lebih luas dalam bangunan tersebut.

"Purata pendapatan masyarakat Orang Asli di kampung tersebut ialah RM350 sebulan, jadi mereka boleh manfaatkan kemudahan yang disediakan oleh Genting Malaysia Berhad untuk menambah pendapatan dengan menjual hasil kraf tangan kepada pelancong di Kuala Gandah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tok Batin kampung itu, Bakri Raja Teh mengucapkan terima kasih kepada syarikat itu kerana membina bangunan tersebut untuk kegunaan mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

"Kami tak perlu lagi berhimpit untuk belajar dan membuat kraftangan seperti di dalam pondok sebelum ini. Kami akan gunakan se gala kemudahan yang diberi untuk kebaikan bersama," katanya.

Sementara itu seorang penduduk kampung itu, Najib Ning, 38, berkata, mereka dapat berlatih pelbagai aktiviti kebudayaan dengan lebih selesa dan sempurna.

"Ruang legar yang luas membolehkan kami berlatih dan mempersembahkan tarian Sewang kepada orang ramai dan pelancong yang datang ke sini," ujar penoreh getah itu.

Seorang kanak-kanak, Nurain Abdullah, 9, pula gembira kerana kanak-kanak di perkampungan itu dapat menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

"Sekarang kami sudah ada kelas lebih selesa yang dilengkapi dengan banyak kemudahan seperti kerusi, meja, kipas dan bahan bacaan yang mampu menarik minat penduduk di sini untuk menuntut ilmu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Nyamuk toxo mampu hapus aedes

Posted:

Nyamuk toxo mampu hapus aedes

Nyamuk toxo mampu hapus aedes

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 14 Dis. – Nyamuk jenis toxorhynchites (toxo) dikenal pasti sebagai kaedah baru mengawal demam denggi termasuk membunuh agen pembawanya iaitu nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dr. Ruslan Mohamed Hussin berkata, nyamuk berkenaan merupakan nyamuk asli yang terdapat di hutan mampu mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kewujudan nyamuk aedes.

"Kajian dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Bank CIMB mendapati nyamuk berkenaan boleh mengurangkan populasi aedes dengan jentik-jentik toxo bertindak memakan jentik-jentik aedes.

"Pada peringkat awal, sebanyak 400 ekor toxo dilepaskan di dua kawasan iaitu di USJ 1 dan Kampung Sri Aman, Puchong di Selangor sebagai percubaan pada Jun lalu.

"Selepas nyamuk berkenaan dilepaskan, pembiakan nyamuk aedes didapati semakin berkurangan termasuk kawasan pembinaan terbengkalai di USJ 1 yang sedang dibangunkan semula," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Program Kawalan Pembiakan Nyamuk Aedes Menggunakan Nyamuk Toxorhynchites sempena Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kali ke-5 di sini hari ini.

Hadir merasmikan persidangan tersebut ialah Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimi Abdul Manaf.

Menurut Ruslan, penggunaan nyamuk toxo yang dibiakkan di USM itu merupakan satu kaedah yang dilakukan MPSJ dalam usaha mengurangkan kes demam denggi yang ia menurun dengan ketara sebanyak 70 peratus.

Sementara itu, menurut Halimi, usaha MPSJ dengan kerjasama pihak universiti dan swasta itu sangat produktif dan harus dipuji.

"Justeru, persidangan ini seharusnya menjadi forum dan platform terbaik kepada semua PBT bagi membincangkan isu-isu terkini dalam bidang kesihatan persekitaranm," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan Liong Sik bela diri atau dibebaskan, 27 Januari

Posted:

Keputusan Liong Sik bela diri atau dibebaskan, 27 Januari

Keputusan Liong Sik bela diri atau dibebaskan, 27 Januari

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik akan mengetahui nasibnya pada 27 Januari depan sama ada perlu membela diri ataupun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan menipu Kerajaan Malaysia.

Tarikh itu ditetapkan hari ini oleh Hakim Datuk Ahmadi Asnawi sejurus selepas selesai mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan terhadap bekas Menteri Kabinet itu.

Prosiding tersebut telah berlangsung selama 30 hari sejak 1 Ogos lalu dan seramai 25 saksi pendakwaan telah memberikan keterangan.

Ketika Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menutup kes pendakwaan pada 17 November lalu, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik memaklumkan, pihaknya akan memanggil seramai 12 daripada 113 saksi yang ditawarkan kepada pembelaan.

Saksi tersebut termasuk dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Liong Sik, 67, yang juga bekas Presiden MCA dibicarakan atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah seluas 335.8 hektar milik Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) di Pulau Indah, Klang bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan RM1.08 bilion.

Beliau didakwa melakukan penipuan tersebut antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Terdahulunya, Hakim Ahmadi mendengar hujahan Tun Abdul Majid yang memohon mahkamah membuat kesimpulan yang munasabah terhadap Liong Sik.

Beliau berkata, sebagai Menteri ketika itu, Liong Sik bertanggungjawab memaklumkan Kabinet kedudukan sebenar bahawa kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah tinggi dan melebihi harga tanah tersebut iaitu RM25 sekaki persegi.

Sejak awal lagi tertuduh, kata Tun Abdul Majid, mahu membantu KDSB dengan menjelaskan hutang atas sebab-sebab yang diketahui olehnya.

Menurut beliau, tanah KDSB itu mempunyai banyak sekatan dan bagi membolehkan ia dipindah milik melalui penjualan dan semua sekatan itu perlu dibatalkan.

Berdasarkan keterangan, Kerajaan juga berpendapat harga RM1.08 bilion terlalu mahal sehinggakan tiada keputusan muktamad dicapai, ujar beliau.

Dalam urusan pengambilan balik tanah, Kerajaan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan hutang berhubung tanah itu yang berasaskan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Sebab itu, kata Tun Abdul Majid, Kementerian Kewangan bertegas mahukan ia diperoleh melalui pengambilan balik tanah.

Menurut beliau, meskipun Liong Sik mengetahui fakta tersebut namun bekas Menteri itu masih mahukan tanah tersebut diperoleh melalui pembelian.

Liong Sik seterusnya, kata Tun Abdul Majid, mengeluarkan surat sokongan bagi membolehkan pengeluaran bon untuk membiayai pembelian tanah tersebut.

Surat sokongan itu telah menyebabkan sebuah firma penarafan, memberikan taraf paling tinggi iaitu AAA bagi terbitan bon tersebut bagi membolehkan KDSB melunaskan semua hutangnya berhubung tanah tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Saman pengikut Syiah terhadap Utusan Melayu dibatal

Posted:

Saman pengikut Syiah terhadap Utusan Melayu dibatal

Saman pengikut Syiah terhadap Utusan Melayu dibatal

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. yang dikemukakan oleh seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu.

Hakim Datuk V.T. Singham memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan syarikat penerbitan akhbar tersebut untuk membatalkan tuntutan oleh Mohd. Kamilzuhairi Abdul Aziz selaku plaintif.

Dalam saman yang difailkan pada 16 Jun lalu, plaintif menamakan Utusan Melayu defendan pertama, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi defendan kedua dan JAIS defendan ketiga atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.

Saman terhadap Muhammad Khusrin dan JAIS telah dibatalkan pada 31 Oktober lalu selepas hakim tersebut mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh defendan-defendan itu pada 16 Disember tahun lepas dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada keesokan harinya tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu.

Dalam penghakimannya hari ini, Hakim Singham memutuskan bahawa pihak plaintif gagal menunjukkan terdapat kausa tindakan yang munasabah terhadap Utusan Melayu selaku defendan pertama.

''Dalam kes ini, mahkamah berpendapat kenyataan yang dikatakan fitnah itu tidak sama sekali merujuk kepada plaintif, melainkan seperti mahkamah telah putuskan dalam permohonan defendan kedua dan ketiga terhadap plaintif, plaintif sendiri yang merasakan kenyataan itu merujuk kepada dirinya,'' katanya.

Menurut beliau lagi, mahkamah juga mendapati tiada apa yang boleh menunjukkan kenyataan itu yang dibuat atau diterbitkan oleh defendan pertama, merujuk kepada seseorang individu.

''Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam defendan pertama iaitu permohonan ini mestilah konsisten dengan keputusan pada 31 Oktober lalu, dengan itu mahkamah membatalkan tuntutan plaintif terhadap defendan pertama,'' kata Hakim Singham.

Terdahulu, Hakim Singham turut menolak permohonan Mohd. Kamilzuhairi untuk menggantung prosiding tersebut sehingga rayuannya terhadap keputusan beliau membatalkan saman ke atas defendan kedua dan defendan ketiga selesai didengar di Mahkamah Rayuan.

Beliau membuat ketetapan tersebut setelah berpendapat bahawa plaintif gagal mengemukakan sebarang fakta-fakta yang material atau alasan khas supaya prosiding itu digantung.

Hakim Singham turut memerintahkan kos berjumlah RM4,500 dibayar oleh pihak plaintif kepada defendan pertama.

Utusan Melayu diwakili oleh peguam-peguam, M. Reza Hassan dan Natisha Zainol Rashid manakala plaintif diwakili oleh Azhana Mohd. Khairudin.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


'Keamanan negara bukan datang bergolek, merosakkannya amat mudah'

Posted:

'Keamanan negara bukan datang bergolek, merosakkannya amat mudah'

'Keamanan negara bukan datang bergolek, merosakkannya amat mudah'

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia (UUM)

SESIAPA sahaja yang menonton filem Ombak Rindu, pastinya terpesona dengan keindahan latar belakang dan pemandangan lokasi penggambaran filem tersebut.

Persekitaran yang sungguh permai dengan sawah padi menghijau yang terbentang luas, air laut yang jernih serta burung-burung helang sayup-sayup berterbangan mencari mangsanya di permukaan laut.

Sesekali ombak membadai lembut pantai dan batu-batuan di tepiannya. Pendek kata, bagi sesiapa yang ingin mencari ketenangan, di situlah tempat yang paling sesuai. Di manakah lokasi sebenar penggambaran filem Ombak Rindu? Tidak lain tidak bukan di negeri Kedah Darul Aman.

Negeri ini menjadi tumpuan bukan sahaja rakyat seluruh negara tetapi juga dunia. Baru sahaja Sabtu lalu, berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) yang menggamit pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara.

Keindahan Langkawi semasa berlangsungnya Pameran LIMA '11 sungguh terserlah sehinggakan ramai para pelancong datang ke Langkawi sempena cuti sekolah. Maka, tidak menghairankanlah, syarikat produksi filem Ombak Rindu memilih Langkawi sebagai lokasi utama penggambaran filem tersebut.

Jika sekiranya sebelum Langkawi dibangunkan, namanya hanya dikenali dengan kisah lagenda Mahsuri. Namun, kini rezeki yang melimpah ruah dek kerana pembangunan pelancongan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan memberi impak positif kepada sosio-ekonomi penduduk Langkawi.

Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi dilancarkan minggu lalu bagi meletakkan nama pulau lagenda ini di peta dunia agar sebaris dengan pulau-pulau terkemuka di dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Maldives dan Hawaii. Kelebihan Langkawi sebagai antara pulau terindah di dunia bakal menjayakan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi.

Apa yang penting di sini, semua pihak terutamanya pihak pelaksana dan penduduk Langkawi bekerja keras bagi menjayakannya. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan patut digembleng sebaik mungkin. Kerjasama kerajaan negeri juga amat diperlukan.

Di sini perbezaan fahaman politik di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya menjadi halangan bagi meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak.

Objektif utama ialah menjaga kebajikan rakyat dengan meningkatkan pendapatan mereka pada tahap yang lebih tinggi melalui sektor pelancongan. Kejayaannya bakal menjadikan negara kita sebagai destinasi utama pelancongan dunia.

Ketika ini, Malaysia berada di kedudukan kesepuluh terbaik dari segi jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia. Tidak mustahil satu hari nanti dengan pelan perancangan pelancongan yang rapi, Malaysia berada sebaris dengan negara Perancis (berada di kedudukan pertama).

Agenda melonjakkan pelancongan negara kini berada dalam 'kamus' Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA).

Selepas berakhirnya LIMA '11, minggu ini sekali lagi negeri Kedah menjadi tumpuan seluruh negara dan dunia. Sultan Kedah ditabalkan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sembah tahniah ke bawah Duli Tuanku. Semoga Malaysia di bawah pemerintahan ke bawah Duli Tuanku akan sentiasa aman sejahtera sebagaimana negeri Kedah yang selama ini sentiasa aman dan damai bertepatan dengan namanya Kedah Darul Aman.

Keamanan negara bukan datang bergolek. Ia perlu diusahakan. Negara kita pernah mengalami rusuhan kaum yang merencatkan pembangunan ekonomi negara. Namun, selepas itu semua pihak bingkas bekerjasama untuk menyatukan balik rakyat Malaysia.

Keamanan yang dinikmati pada masa sekarang adalah usaha semua pihak terutamanya para pemimpin terdahulu. Merosakkannya amat mudah. Sekelip mata sahaja. Tetapi membinanya memakan masa bertahun-tahun.

Dengan keamanan yang dinikmati oleh rakyat jelata. Kini, negara kita menuju ke arah negara maju. Sasaran pendapatan per kapita AS$15,000, tiga juta pekerjaan baru dan pendapatan negara kasar (PNK) RM1.7 trilion pada tahun 2020 mampu dicapai jika sekiranya keamanan negara sentiasa terjaga.

Agenda memajukan negara melalui pelbagai program transformasi seiring dengan keamanan negara yang sentiasa dijaga mampu merealisasikan Wawasan 2020.

Negara kita aman damai sehinggakan berjuta-juta warga negara asing berlumba-lumba untuk datang ke sini bagi mencari rezeki.

Ketika pengangguran di negara-negara Barat berada pada tahap tertinggi, negara kita masih mampu menjana peluang-peluang pekerjaan yang sebahagiannya dikuasai oleh warga asing.

Tiada gunanya segala transformasi dipersembahkan untuk rakyat tetapi rakyat secara keseluruhannya tidak mengambil peluang yang terhidang di depan mata. Rakyat juga perlu berusaha meningkatkan pendapatan, selain daripada usaha kerajaan membantu rakyat meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup seharian.

Sekarang terpulanglah kepada rakyat sama ada ingin 'berlari' bersama-sama dengan kerajaan untuk mencapai kedudukan yang lebih baik pada masa akan datang atau selesa dengan keadaan sekarang. Semuanya terletak pada rakyat yang merupakan agen transformasi paling utama dalam memacu ekonomi negara pada tahap terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.

Apa lagi Pas nak perjuangkan!

Posted:

Apa lagi Pas nak perjuangkan!

Apa lagi Pas nak perjuangkan!

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

NEGARA berkebajikanlah, Buku Jinggalah. Sesiapa pun kalau 'membacanya', pasti mengerti semua yang terkandung di dalam dua agenda pembangkang ini sudah pun terangkum dalam pelan pembangunan negara sejak merdeka lagi.

Berkehendakkan sekolah, klinik dan hospital, nah! semuanya beribu-ribu terpampang di muka bumi Malaysia ini. Itu belum lagi soal yang lain-lain sehinggakan rakyat asing pun 'tercengang-cengang' sebaik sahaja tiba di tanah air ini termasuklah kira-kira dua juta pekerja mereka.

Tambah manis lagi apabila aspek pembangunan negara ini digarap dengan pelan transformasi yang digerakkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak menyandang jawatan Perdana Menteri. Manfaat pelan ini mula menebar rezekinya di kalangan rakyat.

Kerana itu, kalau secara kasar kita boleh ungkapkan: 'apa nak lagi'? Tapi biarlah secara tertib 'bukankah semuanya sudah ada'. Buat apa ibarat 'tikus membaiki labu'.

Sewajarnyalah Pas yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan dahulu parti itu boleh membangunkan ummah dalam bidang ekonomi dan ilmu. Ini khususnya di sebuah negeri Pantai Timur yang diperintahnya hampir lebih 20 tahun itu.

Pas perlu berfikiran besar. Jangan terlalu jumud dan kecil. Janganlah gunakan diri sendiri untuk mengukur alam yang luas ini.

Cuba renung-renungkan cerita orang buta dan gajah. Bila yang seorang terpegang ekor gajah, maka disangkanya gajah itu panjang dan tirus. Yang seorang lagi terpegang telinga gajah, lalu disangkanya gajah itu nipis. Seorang lagi memegang badan gajah dan disangkanya gajah itu keras macam tembok.

Islam itu hakikatnya lebih besar dari gajah yang ditafsir oleh tiga orang buta tadi. Malah Islam itu lebih besar dari tafsiran sempit sebilangan pengikut yang berpartikan Pas yang menganggap mereka lebih Islam daripada orang lain.

Dalam Islam, kenalah keutamaan yang betul dalam soal agama ini. Kalau kita asyik kejar yang sunat dan yang kecil, kita akan abaikan yang besar atau yang penting.

Masalahnya, sebilangan dalam Pas ini lebih utamakan yang kecil dan cabang dari itu yang besar dan yang penting. Kelak, lama-kelamaan kita pentingkan apa yang sebenarnya perkara luaran sahaja. Bukan isi atau semangatnya. Kita hanya pentingkan cara menangkap daripada mengajar atau membetulkan.

Ini penting untuk kita fahami sedalam-dalamnya supaya kita dapat melahirkan umat Islam yang berhati besar, yang kuat, yang kaya dan yang berilmu. Itu sahaja caranya kita nak lawan orang lain.

Kalau kita lawan dengan air liur dan cakap sahaja seperti mana Abdul Hadi dalam memperkatakan Negara Berkebajikan Pas sedangkan di negeri Pantai Timur itu pun sampaikan pembangunan pesat di Jeli termasuk projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pun diusahakan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed dari parti kerajaan, tak akan ke mana kita.

Cuba sekali lagi kita renung-renungkan kisah Pas semasa pilihan raya. Antara yang paling menarik ialah tentang kedudukan wanita sebagai calon pilihan rayanya. Ya, memanglah calon wanita pertamanya yang diturunkan ialah Khadijah Sidek ketika pilihan raya (umum) pada 1955 yang ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu.

Tetapi sejak itu, calon-calon wanita dari parti itu lenyap terus kelibatnya. Tiba-tiba pada Januari tahun ini, Pas mengakui parti itu membuat tafsiran semula ayat al-Quran berhubung keputusan meletakkan calon wanita bertanding pilihan raya apabila menurunkan Normala Sudirman pada pilihan raya kecil Tenang di Johor.

Isu calon wanita menjadi bukti betapa Pas sebenarnya membuat sesuatu dasar bukanlah kerana mereka benar-benar ingin mengikut ajaran Islam sebenar. Tetapi lebih kepada soal kepentingan politik.

Kalaulah kita melihat gejala atau fahaman yang dianuti Pas itu jelas menunjukkan kaum wanita tidak ada tempat dalam Pas. Ini bermakna jika Pas memerintah negara ini selepas negara kita merdeka dulu, kita tidak akan dapat melihat bakti dan jasa yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh pejuang wanita kita seperti Tan Sri Kontek Kamariah, Tan Sri Fatimah Hashim, Tan Sri Aishah Ghani malah Ibu Zain yang sama-sama berjuang dengan golongan lelaki untuk meletakkan martabat wanita Melayu setaraf dengan lelaki dalam perjuangan menegakkan maruah bangsa.

Malah, dalam zaman pasca merdeka pula, jika kita mengikut dasar Pas sudah tentu kita tidak akan dapat memperoleh khidmat bakti daripada seorang menteri yang gigih dan cekap seperti Tan Sri Rafidah Aziz dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Ini menyusul pula tentang Negara Berkebajikan Pas. Sejak bila pula negara Malaysia tidak mempraktikkan amalan kebajikan kepada rakyatnya. Kita tidak tahu apa pula motif Pas kali ini.

Hakikatnya undi orang Melayu tidaklah banyak - sekitar 6.3 juta manakala bukan Melayu lebih 4 juta. Namun jika diambil perhatian, pengundi Melayu memang tersangatlah liat untuk keluar mengundi lebih-lebih lagi jika hujan lebat di sebelah pagi hari pengundian.

Tambah pula lagi sikap kurang kesedaran peri pentingnya mengundi masih tebal, justeru umat Melayu jangan mimpilah untuk terus memegang tampuk kuasa memerintah negara ini.

Dengan kepimpinan Pas, DAP dan PKR masih terus bermain teka-teki untuk membentuk gabungan yang mantap seperti Barisan Nasional (BN), maka sebab itulah kita ternampak bermacam-macam 'manifesto pilihan raya' dikeluarkan.

Sekejap oleh Pas, sekejap lagi oleh PKR dan tidak lama lagi oleh DAP. Sehingga hari ini tidak ada pula bayang atau kelibat orang Pas, DAP mahupun PKR tiba di muka pintu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Presint Diplomatik, Putrajaya untuk mengusul mahupun menyerahkan borang pendaftaran gabungan parti-parti sekutu itu.

Dan kerana fikiran yang berkecamuk inilah kita lihat nada kenyataan yang berbeza tentang isu-isu semasa politik meskipun dari satu parti diungkapkan oleh Nik Abdul Aziz di Kelantan, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Perak) dan Khalid Samad di Selangor.

Kepada Pas, sekali lagi renung-renungkanlan kata-kata pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi ini: "Di atas dunia ini semua sudah sempurna untuk memuaskan keperluan kita tetapi tidak pernah cukup untuk memuaskan ketamakan kita."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Pengawal peribadi pada telefon bimbit

Posted:

Pengawal peribadi pada telefon bimbit

Pengawal peribadi pada telefon bimbit

Oleh Rosmah Dain
Gambar Jeffri Iran


Gunakan aplikasi EARs sebaik mengenalpasti diri anda dalam bahaya.


Benar kata orang malang tidak berbau. Dua situasi yang diketengahkan mencerminkan keadaan jenayah dan kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Statistik menunjukkan sebanyak 1,088 kemalangan kenderaan dan 10 kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini.

Ia menunjukkan kadar jenayah dan situasi kecemasan semakin meningkat.

Justeru, semua pihak perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya wanita.

Mereka perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan situasi kecemasan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Jika dalam situasi kecemasan atau terdapat cubaan merogol dan sebagainya apa yang boleh dilakukan oleh kaum wanita terutamanya untuk menyelamatkan diri? Adakah cukup sekadar berlari sambil menjerit minta tolong?

Bagaimana pula jika kemalangan kenderaan? Bagaimana mahu memastikan pertolongan boleh diperolehi dengan segera?

Mungkin persoalan ini dapat dijawab sekiranya kita ada pengawal peribadi atau bodyguard yang sentiasa berada di sisi bagi memantau keselamatan kita.

Tetapi dalam dunia yang serba moden dan canggih ini pelbagai kemungkinan boleh diperoleh dalam menjaga keselamatan diri.

Yang penting setiap individu itu perlu mempersiapkan diri bagi berhadapan dengan situasi bahaya dan cemas.

Mungkin ilmu seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung apabila diserang atau membawa peralatan seperti semburan lada dan belantan.

Tetapi dengan perkembangan teknologi kini gajet yang kecil juga mampu menjadi bodyguard yang berkesan kepada golongan wanita.

Itu peranan yang ditawarkan oleh EARs (Emergency Assistance & Response Services).

Penggunanya hanya perlu membawa satu gajet khas dan apabila berada dalam situasi cemas atau bahawa mereka hanya perlu menekan butang amaran atau panik di telefon masing-masing.

Sebaik butang itu ditekan bantuan akan dihantar serta-merta.

EARs merupakan perkhidmatan keselamatan peribadi dan bantuan automotif seluruh negara yang sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang tersesat, terkandas atau memerlukan pertolongan kecemasan peribadi atau automotif.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengarah bagi EARs, Edwin Ong, 28, pakej EARsalert2 membolehkan pengguna mendapatkan bantuan dengan sentuhan butang sahaja.

Teknologi itu telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan versi yang diperbaharui telah dikemas kini untuk memenuhi pelbagai keperluan termasuk sistem amaran automatik lima saat.

''Aplikasi ini kini boleh didapati di iTunes untuk dimuat turun ke iPhone secara percuma. Sesiapa sahaja boleh mencubanya dalam mode demo atau menggunakannya dengan keahlian percubaan EARs percuma 30 hari," jelasnya.

Melalui EARS, apabila seseorang itu merasakan dirinya berhadapan dengan jenayah, terlibat dengan kemalangan, kesakitan, tersesat dan sebagainya, mereka hanya perlu menekan butang panik pada telefon bimbit.

Sebaik butang itu ditekan ia akan menghantar isyarat kecemasan berserta lokasi penggunanya ke pusat panggilan.

Pusat panggilan pula akan segera menghantar isyarat meminta pertolongan atau bantuan kecemasan melalui khidmat pesanan ringkat (SMS) kepada lima orang rakan atau ahli keluarga yang berada paling hampir dengan individu yang menghadapi masalah berkenaan.

SMS itu akan memberitahu lima rakan atau ahli keluarga terbabit bahawa individu itu berada dalam keadaan bahaya dan memerlukan pertolongan dalam tempoh lima saat sahaja.

Mereka yang paling hampir dengan individu berada dalam bahaya itu akan bergegas ke lokasi yang diberitahu untuk membantu.

''Ini adalah antara proses perkhidmatan keselamatan yang diberikan oleh EARs. Ia lebih mudah kerana dengan hanya satu sentuhan, bantuan dapat dihulurkan.

''Sudah pastinya seseorang individu itu berada dalam keadaan panik untuk menghantar SMS atau menekan nombor ahli keluarga mereka dan bercakap dengan mereka dalam keadaan minda yang tertekan, terkejut, keliru, tercedera atau ketika dihantui perasaan takut dan ini adalah satu perkara yang paling mudah untuk mereka lakukan.

''Ada juga yang boleh bercakap dengan ahli keluarga mereka ketika berlakunya kemalangan namun tidak tahu arah lokasi mereka berada. Juga menggelabah kerana terpaksa menghubungi pelbagai pihak yang berlainan untuk mendapat pertolongan seperti ahli keluarga dan kawan-kawan, perkhidmatan automotif, penundaan kereta dan lain-lain lagi," kata Edwin ketika ditemui, baru-baru ini.

Apapun nasihatnya, dalam penggunaan teknologi aplikasi terbaru ini, telefon mesti ada dalam tangan dan dalam keadaan berfungsi bagi memudahkan individu menekan butang amaran panic sekiranya berlaku sebarang keadaan tidak diingini.

''Justeru, sekiranya kalau anda rasa kesakitan, anda tekan butang telefon ini dahulu untuk memudahkan pertolongan dihantar kepada anda, sebelum anda jatuh pengsan," kata Edwin sedikit berseloroh.

Jelasnya tidak perlu tunggu sehingga situasi yang terdesak baru meminta bantuan, jika individu itu terasa syak atau was-was dengan keadaan diri terhadap sebarang bentuk jenayah yang pada fikirannya akan berlaku, tekan sahaja butang panik dan bantuan akan dihantar.

Ditanya mengapa panggilan kecemasan itu tidak terus ke polis, dia menjelaskan panggilan panik itu perlu disaring kerana ada di pelanggan yang menekan butang amaran walaupun dalam keadaan was-was.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dunia halal dan haram Songlap

Posted:

Dunia halal dan haram Songlap

Dunia halal dan haram Songlap

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ALI ISKANDAR (Pelatih Unisel) dan ihsan GRAND BRILLIANCE


LAKONAN Shaheizy Sam dan Syafie Naswip cukup memberangsangkan.


SEJAK muncul dengan karya pertama mereka, Kami The Movie (2008), sentuhan pasangan suami isteri ini dilihat telah membawa revolusi baru dalam pembikinan filem tempatan.

Menerusi filem Kami The Movie, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak meneroka gelodak jiwa remaja tetapi untuk buah tangan kedua mereka berjudul Songlap, suami isteri ini mengenengahkan tema berat dan serius iaitu pemerdagangan bayi dan wanita.

Jika pengarah lain selesa dengan genre drama, seram dan komedi, Effendee dan Fariza Azlina ternyata lebih gemar bermain dengan genre drama berat - sesuatu yang dilihat kurang digemari oleh penonton filem tempatan.

Tidak ambil pusing dengan kata orang sekeliling tentang pendekatan mereka itu, Effendee dan Fariza Azlina mempunyai justifikasi berhubung mengapa genre itu yang menjadi pilihan mereka.

Jelas mereka, sebagai pengkarya dan pembikin filem, mereka mahu menampilkan kelainan dalam memberikan variasi kepada penonton.

"Kalau asyik dengan genre yang sama, ia dilihat cukup statik sehingga boleh menimbulkan rasa bosan. Malah, industri perfileman kita juga tiada corak dan warnanya.

"Alhamdulillah, apabila kami muncul dengan Kami the Movie, ia diterima dengan cukup baik. Begitu juga dengan Songlap di mana kami mengharapkan penonton dapat menerima karya ini dengan penuh terbuka.

"Jika penonton terhibur dengan Songlap, itu sudah memadai untuk kami. Tetapi, seandainya mereka dapat menangkap subteks dan mesej tersirat dalam filem ini, itu adalah satu kelebihan buat kami," jelas Fariza Azlina sambil disokong suaminya sewaktu ditemui usai majlis pratonton Songlap di GSC One Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Songlap yang diterbitkan oleh Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films itu membariskan barisan pelakon hebat dan mantap antaranya Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Rozie Rashid dan ramai lagi.

Menyambung bicara tentang tercetusnya idea menghasilkan Songlap, Fariza Azlina memberitahu semuanya adalah daripada pembacaannya menerusi akhbar tentang pemalsuan dokumen dan penyeludupan bayi.

Idea

Daripada situ, idea terus berkembang lalu dia dan suaminya memikirkan jalan cerita untuk mengembangkan lagi skrip Songlap sehingga dirombak berkali-kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

Effendee pula menjelaskan, pada asalnya, Songlap yang dihasilkan sejak dua tahun lalu itu hanya berkisar tentang kehidupan dua beradik, Am dan Ad semata-mata. Sehinggakan katanya, perbandingan antara skrip asal dan terakhir bagai langit dan bumi.

Namun, selepas mendapati kisah tentang pemerdagangan bayi dan wanita itu cukup menarik untuk diceritakan di layar lebar, maka, dia dan isterinya sepakat menghasilkan lakon layarnya.

"Kami banyak meminta pandangan rakan-rakan kerana sebagai pembikin, kita tidak seharusnya melihat daripada perspektif kita sahaja. Ada kala idea orang lain juga mampu memberi pendekatan yang mungkin kita sendiri tidak pernah terfikir.

"Dalam berkarya, teman-teman kami cukup penting kerana mereka merupakan pengkritik terdekat dan semuanya adalah untuk kebaikan kami juga," ujar Effendee yang pernah dicalonkan untuk Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-22 (2009) bersama isterinya bagi filem Kami The Movie ini lagi.

Dalam masa yang sama, Fariza Azlina memberitahu bukan mudah baginya dan Effendee menghasilkan Songlap yang sememangnya cukup mencabar buat mereka.

Lebih-lebih lagi untuk babak kejar-mengejar kereta di antara Am (Shaheizy Sam) dan Ah Keong (Berg Lee) yang telah diatur sebaiknya oleh pasangan suami isteri itu.

"Bukan itu sahaja, untuk adegan kesesakan lalu lintas itu juga kami menciptanya sendiri dan apabila melihat hasilnya di layar lebar, kami sendiri kagum. Tidak sangka ia menjadi (ketawa).

"Dalam hal ini, kami bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang banyak membantu dan menyokong selain krew produksi yang kreatif serta tahu apa yang kami mahukan," ucap Fariza Azlina sambil dipersetujui Effendee di sebelahnya.

Tetapi berbeza dengan Effendee di mana cabarannya sebagai pengarah terletak dalam keseluruhan naskhah Songlap itu sendiri.

Dia mengakui bukan mudah untuk mengimbangkan Songlap agar ia tidak terlalu menjadi art movie selain mengekalkan nilai komersial di dalam filem itu.

Perang mulut

Mungkin ada yang beranggapan apabila suami isteri bekerja bersama untuk menghasilkan sebuah filem, ia adalah proses yang sukar kerana ia pasti akan melibatkan emosi dan perasaan yang ada kalanya terbawa-bawa dari rumah.

Namun, bagi Fariza Azlina, dia tidak melihat bekerja dengan Effendee sebagai satu masalah besar. Malah, mereka sering berkongsi idea dan bertukar pendapat walaupun ada ketikanya perang mulut tidak dapat dielakkan di set penggambaran.

"Soal gaduh dan berperang mulut itu soal biasa tetapi semuanya adalah dasar profesionalisme. Kami tidak pernah mencampuradukkan soal kerja dan rumah tangga.

"Apabila di lokasi, kami adalah pengarah dan pembikin filem yang sentiasa akan berbincang dan memikirkan mekanisme terbaik demi menjaga kualiti filem kami.

"Saya cukup bertuah kerana mempunyai seorang suami yang cukup memahami dan tahu tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, suami dan anak seni," kata Fariza Azlina yang pernah mencuri perhatian peminat filem tempatan sewaktu membintangi filem Ringgit Kasorrga arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 1995.

Berbicara tentang mutu lakonan para pelakon filem Songlap pula, baik Effendee mahupun Fariza Azlina mengakui pada mulanya mereka bimbang seandainya mereka tidak dapat memberikan seperti mana yang diharapkan.

Ini kerana kata mereka, apa yang digambarkan di dalam skrip ada kalanya berbeza dengan imaginasi dan gambaran daripada hasil lakonan pelakon.

Namun, mereka kagum dan cukup berpuas hati dengan setiap pelakon Songlap yang telah memberikan mutu lakonan terbaik. Malah, lebih daripada jangkauan akal fikiran mereka sebelum memulakan penggambaran.

"Bukan hanya pelakon utama tetapi saya boleh katakan semua yang terlibat dalam Songlap telah memberikan yang terbaik. Atas alasan itu, saya benar-benar berharap Songlap dapat memberi kepuasan kepada penonton," kata Fariza Azlina penuh mengharap.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert termahal Search

Posted:

Konsert termahal Search

Konsert termahal Search

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar HAFIZH KHOSMAT


TAHUN ini Search meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.


SEPANJANG 30 tahun ditubuhkan, kumpulan rock legenda tanah air, Search telah mengadakan banyak konsert sama ada yang berskala kecil ataupun besar di seluruh negara termasuklah di Indonesia dan Singapura.

Bagaimanapun, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bahru itu mengakui, sepanjang tiga dekad ditubuhkan mereka belum merasai kepuasan sebagai pemuzik dalam konsert-konsert yang mereka adakan itu.

Menurut pemain bass Search, Nasir Daud antara sebab yang mencetuskan rasa kurang puas hati mereka ialah apabila pihak penganjur gagal menyediakan sistem bunyi, lampu dan pentas yang berkualiti pada konsert-konsert kumpulannya itu.

"Bukan setakat Search, malah saya yakin para peminat juga selama ini ramai yang merungut kerana kebanyakan sistem bunyi pada konsert yang kami adakan kurang memuaskan hati biarpun ia sebuah konsert yang besar.

"Selepas 30 tahun pada tahun ini barulah kami dapat merasakan kepuasan apabila pihak penganjur Konsert Fenomena Search 30 Tahun menyediakan sistem bunyi yang berkualiti tinggi untuk konsert ulang tahun kami itu," katanya.

Search, kata Nasir, turut mencipta sejarah mereka sendiri apabila konsert itu yang menelan kos penganjuran RM1.3 juta. Ia adalah yang termahal untuk kumpulan yang dianggotai lima rockers berasal dari Johor Bahru tersebut.

Jelas Nasir, konsert anjuran Universal Credential Sdn. Bhd. dan Nova Music (M) Sdn. Bhd. itu yang akan diadakan di lokasi terakhirnya untuk tahun ini di Sabah dan Sarawak dianjurkan sebagai menghargai sokongan para peminat mereka.

"Demi peminat dan juga sempena ulang tahun Search ini maka sudah sampailah masanya kami memberikan sesuatu yang boleh memuaskan hati para peminat kami. Kos RM1.3 juta itu juga adalah sesuai untuk kumpulan seperti kami.

"Kos itu banyak digunakan bagi menyediakan sistem bunyi, lampu dan pentas di dua konsert kami di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 24 Disember ini dan di Stadium Negeri Kuching, Sarawak pula pada 31 Disember ini.

"Ini adalah peruntukkan terbesar yang berani dikeluarkan oleh pihak penganjur untuk Search setakat ini. Sebab itu, tidak keterlaluan kalau kami katakan ini adalah konsert terbaik Search setakat ini daripada segi kualiti sistem bunyi," ujarnya.

Nasir dan Search ditemui pada sidang akhbar Konsert Fenomena Search 30 Tahun - Jelajah Borneo yang diadakan di Kelab Borneo Baruk, Kuala Lumpur. Ia adalah susulan pada konsert mereka di Pulau Pinang dua minggu lalu.

Pada konsert itu hampir 20,000 penonton hadir menyaksikannya biarpun dalam keadaan hujan lebat tetapi mereka enggan berganjak kerana terpukau dengan kualiti sistem bunyi, penataan sahaja dan set pentasnya.

Tambah Nasir, Search bukan sahaja berpuas hati dengan sambutan para peminat tetapi sistem bunyi yang dihasilkan pada konsert tersebut juga bersih, segar dan berjaya menampung kapasiti ruang terbuka tempat konsert itu diadakan.

Peruntukan besar itu turut memberi imej dan pengiktirafan buat Search yang sepatutnya sejak dari dulu lagi layak beraksi dalam konsert yang berkualiti tinggi sesuai dengan taraf mereka sebagai kumpulan rock legenda.

"Sebelum ini, ramai peminat merungut dan kecewa kerana kebanyakan yang menonton konsert Search bercakap tentang mutu sistem bunyi yang teruk. Mereka kata perkara itu tidak patut berlaku pada kumpulan seperti kami.

"Justeru kami puas hati apabila siri konsert bergerak ini mendapat sambutan di luar dugaan. Ia bolehlah dianggap sebagai yang terbaik di sepanjang penubuhan kami tiga dekad lalu," ujarnya dengan penuh yakin.

Selain Nasir, hadir sama pada majlis pengumuman siri konsert yang mampu meninggalkan kenangan manis buat Search ialah empat lagi anggota kumpulan itu, Amy (vokalis), Din (gitaris), Kid (gitaris) dan Yazit (dram).

Seterusnya, Search akan menghiburkan peminatnya di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC), Mines, Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini (17 Disember) ini.

Sebelum ini, lokasi asalnya adalah di Padang Astaka, Petaling Jaya, Selangor, namun disebabkan cuaca ketika ini yang sukar diramal, pihak penganjur membuat keputusan untuk menukar lokasi baru.

Bagi mereka yang berminat untuk menonton konsert ini, tiket berharga RM69 masih lagi dijual dan bolehlah dibeli di cawangan-cawangan Petronas yang mengambil bahagian, toko muzik Rock Corner dan wakil jualan sah yang tersenarai di www.tickethotline.com.my.

Peminat yang sudah pun membeli tiket untuk Padang Astaka pula, usah bimbang kerana tiket tersebut masih boleh digunakan di lokasi baru.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved