Rabu, 14 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


RM43 juta ganti paip lama

Posted:

RM43 juta ganti paip lama

RM43 juta ganti paip lama

NUSAJAYA 13 Dis. – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini diberitahu, kira-kira RM43 juta akan dibelanjakan untuk menggantikan paip air lama dengan yang baru di seluruh negeri pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata, penggantian itu melibatkan saluran paip sepanjang 233.19 kilometer (km).

"Bagi tempoh 2010 hingga 2012 sebanyak RM160 juta diperuntukkan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi tujuan tersebut yang melibatkan penggantian paip lama keseluruhannya sepanjang 693.13 km.

"Daripada jumlah itu, sepanjang 299.17 km telah siap diganti dengan kos RM68 juta dan 160.77 km masih dalam peringkat pelaksanaan dengan kos RM49 juta dan selebihnya pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalah Datuk Dr. Adham Baba (BN-Parit Raja) mengenai program penggantian paip lama melebihi 25 tahun ke kediaman yang masih belum diselesaikan termasuk jumlah peruntukan yang digunakan.

Kok Hong berkata, kerja-kerja menggantikan paip itu dilakukan di kawasan yang kritikal setelah Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd., (SAJH) mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Mengenai langkah mengatasi sistem perpaipan lama yang masih belum dibaiki, beliau meminta penduduk setempat supaya membuat aduan kepada SAJH bagi membolehkan paip lama digantikan dengan yang baru.

"Melalui program penggantian paip secara berterusan, paip-paip lama jenis asbestos cement (AC) itu akan diganti dengan paip jenis mild steel (MS) atau PVC mengikut keutamaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Projek pembangunan pusat mikrob dapat RM178,560

Posted:

Projek pembangunan pusat mikrob dapat RM178,560

Projek pembangunan pusat mikrob dapat RM178,560

NUSAJAYA 13 Dis. - Sebanyak RM178,560 diperuntukkan bagi menjayakan Projek Pembangunan Pusat Mikrob Berfaedah bertujuan memastikan sektor pertanian di negeri ini mengamalkan teknologi hijau mesra alam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani, Datuk Abd. Aziz Kaprawi berkata, sebanyak 96 pusat itu telah dibangunkan di 10 daerah.

"Paling banyak di Batu Pahat iaitu 17 projek dengan nilai RM31,620, diikuti Segamat (13 projek bernilai RM24,180), Johor Bahru, Kota Tinggi dan Muar (masing-masing 12 projek bernilai RM22,320) dan Ledang (tujuh projek bernilai RM13,020).

"Di Kulaijaya pula lima projek bernilai RM9,300, Mersing (empat projek bernilai RM7,440) dan Pontian (satu projek bernilai RM1,860)," katanya menjawab soalan Cheong Chin Liang (BN-Bukit Batu) mengenai langkah kerajaan bagi memastikan teknologi dalam sektor pertanian tidak merosakkan alam sekitar.

Abd. Aziz berkata, projek pembangunan itu juga bertujuan melahirkan usahawan tani, pembekal dan pengedar bahan pertanian yang proaktif di negeri ini.

''Skop projek pembangunan tersebut adalah dengan menyediakan program latihan dan lawatan dalam serta luar negara bagi pegawai dan golongan sasar,'' katanya.

Turut disediakan insentif berbentuk input pertanian kepada usahawan tani seperti bokashi, cecair mikrob berfaedah dan biopestisid termasuk mesin dan peralatan.

"Selain itu disediakan insentif bagi membina bengkel memproses mikrob berfaedah dan pusat pengumpulan, pembungkusan, pelabelan dan pengedaran," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved