Rabu, 14 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Puteri UMNO edar kalendar 2012

Posted:

Puteri UMNO edar kalendar 2012

Puteri UMNO edar kalendar 2012

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


SHAHANIM Mohd. Yusof (tiga kiri) bertanyakan khabar semasa mengedarkan kalendar di Pekan Tikam Batu, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 13 Dis. - Sempena sambutan tahun baru, Puteri UMNO yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof mengagihkan lebih 10,000 kalendar kepada orang ramai di sekitar bandar ini bermula hari ini.

Shahanim bersama kira-kira 20 ahli pergerakan itu dan penyokong Barisan Nasional (BN) mengagihkan dua jenis kalendar iaitu takwim Islam dan kalendar Masehi kepada peniaga, nelayan dan orang ramai di sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda dan Pantai Merdeka.

Menurut beliau, program kali kedua selepas dimulakan tahun lalu itu merupakan salah satu usaha pihaknya untuk mendekati masyarakat terutama di kawasan yang pernah menjadi kubu kuat pembangkang.

"Melalui pengedaran kalendar begini, kita boleh pupuk semangat perpaduan dan hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negeri ini terutama dalam menghadapi cabaran pada tahun baru ini.

"Pengedaran kalendar takwim Islam adalah khusus untuk orang Islam bagi memudahkan mereka merujuk waktu sembahyang dan juga tarikh-tarikh penting dalam Islam sementara kalendar Masehi pula dilengkapi tarikh lunar bagi masyarakat bukan Islam," katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Tikam Batu, dekat sini.

Shahanim yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, pihaknya bercadang meluaskan lagi pengedaran kalendar terbabit ke kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa yakin terhadap keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pada masa ini sokongan yang diberikan oleh rakyat termasuk kaum Cina, India serta Siam amat menggalakkan kerana mereka mampu menilai parti mana yang sebenarnya telah membela nasib rakyat.

"Perkara ini berlaku disebabkan rakyat sudah muak dengan pakatan pembangkang yang gagal mengotakan janji malah mengabaikan kebajikan rakyat," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rasuah: Dua beranak dipenjara, denda

Posted:

Rasuah: Dua beranak dipenjara, denda

Rasuah: Dua beranak dipenjara, denda

IPOH 13 Dis. - Seorang peniaga dan anaknya masing-masing dihukum penjara sehari serta denda RM12,500 dan RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan rasuah pada Disember tahun lalu dan awal tahun ini.

Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan Ong Eng Lin, 47, dan Ong Kien Choong, 25, menjalani hukuman penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Kedua-dua beranak itu mengaku memberi suapan kepada Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Ipoh, Megat Saiful Nizam Megat Wahab sebagai dorongan untuk melepaskan aktiviti perpindahan bahan batuan secara tidak sah di Chenderiang, Tapah.

Mengikut pertuduhan, Eng Lin mengaku melakukan kesalahan tersebut dengan menawarkan wang tunai RM2,500 kepada Megat Saiful Nizam dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Isuzu di Jalan Datuk Ahmad Said, dekat sini pada pukul 3 petang, 11 Januari lalu.

Anaknya, Kien Choong juga mengaku bersalah atas tuduhan menawarkan suapan RM12,000 kepada pegawai tersebut di Restoran Sabar Menanti, Kompleks Kolam Renang, Jalan Ghazali Jawi pada pukul 10.35 malam, 11 Disember 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), M. Kahtan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Abdul Roni Abdul Rahman.

Full content generated by Get Full RSS.

Usahawan Mara jayakan TMP 2011

Posted:

Usahawan Mara jayakan TMP 2011

Usahawan Mara jayakan TMP 2011

TELUK INTAN 13 Dis. - Para usahawan bimbingan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di negeri ini akan diberi peranan penting dalam membantu menjayakan kempen Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

Timbalan Ketua Pengarah Mara, Mohd. Rosdi Ismail berkata, golongan itu mampu memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk keluaran tempatan kepada para pelancong dalam dan luar negara.

Melalui langkah itu, jelas beliau, usahawan terbabit terutamanya golongan peniaga kecil turut mendapat limpahan manfaat melalui peningkatan pendapatan sepanjang kempen berkenaan.

''Pada masa sama, kita akan menaik taraf premis-premis perniagaan usahawan Mara supaya menggalakkan lebih ramai pengunjung ke premis mereka sepanjang TMP 2012.

''Ini secara tidak langsung membolehkan usahawan kita bersaing dengan peniaga-peniaga di premis yang lebih besar," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Karnival Pencarian Usahawan Muda di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Mara negeri, Rusnah Yusoff dan Naib Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Usahawan D'Mara, Rosni Hassan.

Majlis perasmian karnival dua hari itu berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.

Kata Mohd. Rosdi, kerja-kerja pembaikan di premis-premis usahawan Mara juga akan dilakukan bagi memastikan urusan perniagaan bersama pelanggan dapat dijalankan dengan lebih selesa.

Mengenai penganjuran karnival itu, beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada strategi mengetengahkan produk-produk keluaran usahawan Mara selain menggalakkan mereka mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih besar.

''Karnival ini juga memberi peluang kepada usahawan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran tertentu untuk lebih berjaya pada masa hadapan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved