Rabu, 14 Disember 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Pilihan busana pengantin

Posted:

Pilihan busana pengantin

Pilihan busana pengantin

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar FATAH SULAIMAN

PERKAHWINAN yang merupakan ikatan di antara dua insan adalah sesuatu yang sangat indah dan istimewa.

Sudah semestinya hari yang bahagia itu diserikan dengan suasana yang serba indah dan akan menjadi kenangan selamanya.

Yang pasti pada hari penyatuan itu pengantin menjadi tumpuan utama setiap para tetamu.

Justeru busana serba indah dipilih menyalut tubuh bagi menambah seri ratu sehari.

Pilihannya mungkin daripada koleksi istimewa Irna La Perle yang mencetus kelainan bagi busana pengantin di negara ini

Jika kelaziman memilih dres panjang atau kebaya moden labuh daripada fabrik renda, apa salahnya jika meraikan hari bersejarah dengan menggayakan gaun daripada kombinasi warna-warna cantik.

Koleksi ini mengambil nama sempena perekanya, Irna Mutiara, seorang pereka fesyen terkenal dan mula mencipta nama di Indonesia pada tahun 2007.

Kehadiran koleksi fesyen Irna mudah mendapat tempat di kalangan wanita yang mahukan rekaan yang berbeza, moden, anggun dan cantik namun masih mengekalkan kesopanan.

Keistimewaan koleksi ini walaupun ia merupakan busana muslimah moden, rekaan dan potongannya mengikut gaya Eropah.

Gaun kembang yang longgar dibuat daripada fabrik net, syifon, sutera, sutera satin dan taffeta menjadikannya nampak beralun cantik tatkala digayakan.

Warna-warna lembut seperti putih, merah jambu samar, kelabu, hijau nipis dan biru air amat sesuai untuk majlis-majlis seerti perkahwinan, pernikahan, parti formal atau majlis yang memerlukan anda nampak sopan.

Terdapat rekaan gaun yang boleh dipakai bersama kot daripada kain renda yang boleh dipakai untuk majlis rasmi dan dibuka kot apabila menghadiri majlis sosial.

Bagi wanita yang bertudung, Irna La Perle turut menyediakan pelbagai koleksi tudung bagi disesuaikan dengan busana ini.

Turut boleh diperoleh ialah aksesori berupa renda yang cantik dengan perhiasan seperti kristal swarovski dan mutiara boleh dipelbagai guna sama ada pada baju atau tudung.

Jika telah digunakan pada baju, tanggalkan pelekatnya dan boleh digunakan pula pada tudung.

Koleksi fesyen Irna La Perle adalah eksklusif dan hanya pengedar terpilih yang boleh mengedarnya. Di Malaysia, wanita yang ingin memakai koleksi fesyen Irna La Perle untuk majlis mereka boleh mendapatkannya melalui Haira Ahmad yang merupakan wakil tunggal Malaysia bagi koleksi ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Solekan seksi Maybelline New York

Posted:

Solekan seksi Maybelline New York

Solekan seksi Maybelline New York

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar WAHIDAH ZAINAL

DARI Catwalk ke Sidewalk, jenama mekap popular, Maybelline New York membawakan trend solekan yang paling digemari pada masa kini.

Trend solekan musim ini memfokus pada gaya chic urban, seksi dan glamor bersesuaian dengan hujung tahun yang meraikan banyak parti.

Maybelline New York membawakan trend solekan New York Fashion Week kepada wanita di seluruh dunia dengan pilihan mekap yang versatil dan menyeronokkan.

Setiap wanita tidak memerlukan jurusolek ternama untuk kelihatan seperti model terkenal kerana mereka boleh melakukannya sendiri.

Dengan rangkaian kosmetik yang lengkap, wanita boleh memperoleh gaya seperti model yang melangkah di pentas peragaan.

Gaya solekan model ini dapat disaksikan ketika pertunjukan fesyen Musim Luruh/Sejuk Maybelline yang diadakan di pusat beli-belah MidValley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L'Oreal, Jennifer Bay berkata, sama ada gaya urbanista, high shine shimmer atau party mood, ia boleh disesuaikan dengan apa juga acara yang dihadiri dengan menggunakan rangkaian mekap Maybelline.

''Terbaru ialah maskara yang boleh menampakkan anda seperti memakai bulu mata palsu.

''Memakai bulu mata palsu boleh menguji kesabaran. Wanita yang telah biasa memakai bulu mata palsu mungkin boleh melakukannya dengan baik.

"Namun kebanyakan wanita tidak suka memakai bulu mata palsu kerana rumit dan tidak sesuai dengan situasi,'' kata Jennifer.

Begitupun, dalam masa sama wanita ingin nampak cantik dengan bulu mata yang lebat dan melentik.

Ini dapat dilakukan dengan menggunakan maskara terbaru Maybelline New York Volum Express The Falsies dalam masa hanya 30 saat tanpa selekeh dan nampak 100 peratus sama seperti memakai bulu mata palsu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved