Rabu, 14 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Ibu tunggal hidup daif

Posted:

Ibu tunggal hidup daif

Ibu tunggal hidup daif

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Beginilah keadaan dapur rumah Maryam Mat Deris yang hidup dalam serba kedaifan bersama dua anaknya di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu.


KOTA BHARU 13 Dis. - Bayangkan jika anda tinggal di rumah tanpa bekalan elektrik yang dibina di kawasan berpaya dan sentiasa bergoyang apabila angin bertiup kencang.

Lebih parah jika anda seorang wanita dan terpaksa menghadapinya seorang diri bersama dua anak yang masih kecil.

Itulah yang terpaksa ditempuhi Maryam Mat Deris, 45, bersama anaknya, Mohd. Suhaimi Napi, 15, dan Nordiana Husin, 2, dari Kampung Pulau Gajah di sini apabila terpaksa menahan takut tinggal di rumah berusia lebih 20 tahun itu.

Menurut Maryam, tanah di sekeliling rumahnya sentiasa menakung air dan apabila hujan lebat ia boleh naik sehingga ke paras pinggang dan mengambil masa beberapa hari untuk surut.

"Arwah ibu yang bina pondok ini untuk saya dan keluarga selepas tempat tinggal kami di Pantai Sabak Tengah dihakis ombak. Ia pernah roboh sebelum didirikan semula dan sejak itu apabila angin kencang saya akan ketakutan kerana bimbang ia roboh semula.

"Seekor ular besar juga pernah masuk melalui lubang lantai dan tidur bersama Mohd. Suhaimi. Kami hanya sedar pada waktu pagi ketika hari sudah cerah, mujurlah ia keluar sendiri tanpa mengapa-apakan kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Maryam berkata, dia hanya menggunakan lilin untuk menerangi rumah itu pada waktu malam dan menumpang paip jiran yang disambung ke rumahnya untuk bekalan air.

Dia yang menghidap penyakit batuk kering ditinggalkan tanpa khabar berita oleh suami keduanya, Husin Othman hampir dua tahun lalu dan sejak itu terpaksa bergantung kepada belas ihsan kakaknya untuk makan dan minum.

"Kami makan seadanya, kalau ada beras yang dihantar kakak, maka adalah, dapat makan sekali sehari pun saya amat bersyukur kerana saya sendiri tak mampu bekerja," katanya.

Tidak hairanlah Mohd. Suhaimi kelihatan sangat kecil berbanding usianya dengan mata kekuningan dan tubuh cengkung.

Dia hanya belajar setakat darjah dua dan tidak pandai membaca, sama seperti ibunya.

Maryam sebenarnya mempunyai sembilan lagi anak dengan arwah suami pertamanya.

Namun akibat kemiskinan, lima daripadanya telah diserahkan kepada keluarga angkat tanpa sempat dibawa pulang ke rumah selepas bersalin di hospital.

"Usia mereka sekarang antara lapan hingga 13 tahun. Pernah dua daripada mereka dibawa pulang berjumpa saya dahulu, namun saya sudah tidak ingat yang mana satu. Nama pun saya tidak tahu. Biarlah mereka hidup bahagia dengan keluarga angkat," luah wanita malang ini.

Katanya, kesemua anak yang dipeliharanya sendiri hanya mampu belajar setakat sekolah rendah sahaja.

Dua anak perempuannya berusia 18 dan 19 tahun sudah berkahwin manakala dua anak lelakinya yang berusia 17 dan 24 tahun pula bekerja sebagai buruh.

"Tetapi mereka sudah lama tidak pulang atau menghantar duit, sebab itu saya amat berharap ada pihak yang sudi membantu saya membina rumah di tempat lain dan menyekolahkan semula Mohd. Suhaimi agar nasib malang kami ini akan berakhir,"katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bekalan minyak masak mencukupi di pasaran

Posted:

Bekalan minyak masak mencukupi di pasaran

Bekalan minyak masak mencukupi di pasaran

KUALA TERENGGANU 13 Dis. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu menafikan berlakunya kekurangan bekalan minyak masak yang serius di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Ab. Ghani Harun menegaskan, bekalan barangan subsidi itu sebenarnya bukan sahaja mencukupi, malah melebihi daripada keperluan penduduk.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna dan peruncit di agar tidak terpengaruh dengan laporan tersebut sehingga berlaku pembelian panik yang menjejaskan bekalan di pasaran.

"Sehingga hari ini, bekalan minyak masak mencukupi, malah kita memastikan kuota 1,800 metrik tan minyak masak bersubsidi berada di pasaran runcit sebulan sedangkan penggunaan biasa kurang daripada jumlah itu.

"Jumlah itu tidak termasuk bekalan yang terdapat di beberapa pasar raya seperti Mydin dan Giant yang mendapat bekalan terus dari pusat pengedaran masing-masing,'' katanya ketika ditemui semasa membuat tinjauan harian PPDNKK di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung kekurangan bekalan minyak di pasaran ketika ini.

Tambah Ab. Ghani, sebanyak 11 syarikat pembungkus diberi permit mengedar minyak masak bersubsidi di negeri ini dengan jumlah 1,113 metrik tan sebulan, manakala 4 pemborong membekalkan 574 tan dan selebihnya dari Sime Darby.

Katanya, PPDNKK tidak pernah menerima sebarang aduan berhubung krisis kekurangan bekalan minyak masak di pasar raya dan kedai runcit sepanjang tahun ini.

"Apabila khabar angin ketiadaan atau kekurangan minyak masak tersebar, pengguna mula panik dengan membeli barang itu secara berlebihan manakala peruncit pula mengehadkan jumlah jualan bagi mengelakkan terputus bekalan.

"Kita telah beri jaminan bekalan mencukupi sepanjang tahun dan kerana itu para pengguna tidak seharusnya bimbang.

''Peruncit yang mengehadkan jualan telah diarahkan tidak berbuat demikian kerana mereka boleh diambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh didenda antara RM100,000 hingga RM200,000," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya terdapat premis runcit yang mengalami kekurangan bekalan, PPDNKK negeri akan mengarahkan pembekal menghantar bekalan minyak masak dengan segera.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkukuhkan program komuniti tangani jenayah

Posted:

Perkukuhkan program komuniti tangani jenayah

Perkukuhkan program komuniti tangani jenayah

BESUT 13 Dis. - Polis akan memperkukuhkan khidmat program komuniti pasukan itu bagi menggalakkan ahli masyarakat membantu menurunkan indeks jenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, tiga program yang dijalankan iaitu 1 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan 1 Polis (1JKKK 1Polis), 1Sekolah 1Polis dan 1Masjid 1Polis di dapati berkesan.

Katanya, program 1Masjid 1Polis telah membuka ruang merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat manakala program 1Sekolah 1Polis turut menjalinkan kerjasama ke arah membasmi salah laku dan kes disiplin pelajar.

Menurutnya, bagi meningkatkan keberkesanan ketiga-tiga program yang dimulakan sejak dua tahun lalu, pihaknya akan menggunakan pendekatan lebih baik yang menggabungkan aspek kaedah, komited, kreativiti, konsisten dan kumpulan (5K).

"Hasil kerjasama berterusan semua pihak, ia berjaya menurunkan indeks jenayah di daerah ini iaitu 13.5 peratus dari Januari hingga bulan lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di Kampung Raja dekat sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh timbalan beliau, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd. Noor itu, dua pegawai, 22 anggota dan tiga kakitangan yang bertugas di IPD berkenaan menerima anugerah masing-masing.

Kamarudin berkata, sepanjang 11 bulan tahun ini, sebanyak 307 kes dilaporkan dengan penurunan 48 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu selain 140 kes berjaya diselesaikan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved