Rabu, 14 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bela golongan pendapatan sederhana

Posted:

Bela golongan pendapatan sederhana

Bela golongan pendapatan sederhana


NAJIB Tun Razak bersama Mohamad Hasan diiringi (dari kanan) Mohd. Bakke Salleh dan Jamaludin Jarjis melihat model Projek Kediaman Mampu Milik Berkualiti Sime Darby di Bandar Ainsdale, Labu, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Abd Razak Aid


RASAH 13 Dis. - Kerajaan kini memberi tumpuan membela nasib golongan berpendapatan sederhana yang kian bertambah di negara ini bagi memastikan kelompok masyarakat itu menikmati kehidupan lebih berkualiti pada masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, proses urbanisasi yang bergerak pantas di negara ini memerlukan kerajaan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah atau golongan miskin selama ini.

''Hasil daripada perjuangan kerajaan, kumpulan miskin tegar semakin pupus di Malaysia sekali gus menjadikan kita satu-satunya negara yang berjaya melakukannya, manakala bagi kumpulan kemiskinan relatif pula hanya tinggal 3.8 peratus.

''Kini lebih 70 peratus rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar, tetapi ada satu kategori lagi yang kita kurang beri perhatian iaitu golongan yang bukan miskin dan bukan mewah, mereka ini berada di tengah-tengah, kumpulan ini merupakan individu yang makan gaji sekadar mempunyai keperluan untuk menyara diri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Kediaman Mampu Milik Berkualiti Sime Darby di Bandar Ainsdale, Labu, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Sime Darby Berhad, Tun Musa Hitam; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis, Presiden Sime Darby, Datuk Abd. Wahab Maskan dan Ketua Pengarah Sime Darby Berhad, Datuk Mohd. Bakke Salleh.

Menurut Najib, golongan berkenaan yang semakin besar itu perlu diberi perhatian memandangkan proses urbanisasi di negara ini bergerak dengan pantas dan rancak.

''Bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi bebas ada di kalangan kita akan menjadi golongan yang kaya, mereka tidak mempunyai masalah untuk memiliki rumah banglo dan besar lebih-lebih lagi dengan nilai yang tinggi di kawasan perdana.

''Namun bagi golongan sederhana ini mereka mempunyai rintangan untuk memiliki rumah, tidak mampu untuk membeli rumah yang berkualiti sebab ada kekangan untuk membayar 10 peratus duit pendahuluan rumah," jelasnya.

Justeru Najib menambah, kerajaan telah membuat penambahbaikan dan mengubah suai dasar untuk terus membela nasib golongan miskin malah turut membabitkan golongan sederhana di negara ini.

''Kita bukan sahaja akan tambah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), pada masa sama membangunkan Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) bagi golongan sederhana.

''Di bawah projek PR1MA ini, golongan sederhana ini berupaya membeli dan memiliki rumah berkualiti pada harga yang jauh lebih murah termasuk pembiayaan kewangan 100 peratus," ujarnya.

Tegas Najib, apa yang lebih penting inisiatif PR1MA bukan sekadar untuk menyediakan kediaman untuk golongan terbabit, tetapi ia turut meliputi penyediaan persekitaran kehidupan yang berkualiti kepada penduduknya.

''Kita akan sediakan kemudahan yang lengkap di kawasan ini seperti dewan, klinik, kedai dan lebih penting ia diselenggarakan dengan baik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PM lancar projek rumah mampu milik berkualiti Sime Darby

Posted:

PM lancar projek rumah mampu milik berkualiti Sime Darby

PM lancar projek rumah mampu milik berkualiti Sime Darby

RASAH 13 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Projek Kediaman Mampu Milik Berkualiti Sime Darby Bandar Ainsdale di Labu dekat sini hari ini.

Projek itu mengandungi 2,200 unit rumah mampu milik yang berharga antara RM140,000 hingga RM250,000 yang dibina di kawasan seluas 61 hektar.

Pembinaan fasa pertama projek itu yang dibuat secara Sistem Pembinaan Industri (IBS) melibatkan sebanyak 1,420 unit dengan separuh daripadanya adalah hartanah bertanah (landed strata homes).

Selain itu, sebahagian unit lagi adalah apartmen studio yang berharga RM140,000.

Najib pada sidang akhbar selepas majlis tersebut menyifatkan projek itu menepati konsep perumahan mampu dimiliki dan berkualiti yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan.

Katanya, ia akan memenuhi keperluan golongan pertengahan berpendapatan antara RM2,000 hingga RM6,000 yang amat memerlukan rumah dan mereka tak mampu membeli rumah berharga sangat tinggi di pasaran.

"Konsep pembangunan ini iaitu kerjasama antara kerajaan dan swasta melalui perkongsian awam dan swasta akan dapat membekalkan rumah yang berkualti dan mampu dimiliki oleh golongan ini," katanya.

Menurut Perdana Menteri, konsep perumahan seperti itu adalah selaras dengan model perniagaan sosial yang mana pemaju tidak mengaut keuntungan tetapi tidak pula mengalami kerugian.

Pada masa yang sama, ujar beliau, kerajaan boleh campur tangan dengan menyediakan dana pemudah cara bagi menampung sebahagian kos pembinaan prasarana.

Najib menarik perhatian, Sime Darby menjadi sektor swasta pertama melaksanakan pembangunan tersebut dan ia akan diikuti oleh beberapa pemaju swasta yang lain secara berperingkat-peringkat.

Tambahnya, Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) juga sedang dalam proses mengenal pasti lokasi sesuai di seluruh negara bagi membina perumahan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Bekalkan susu berkualiti ke sekolah

Posted:

Bekalkan susu berkualiti ke sekolah

Bekalkan susu berkualiti ke sekolah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin melihat susu 1Malaysia sambil menerima penerangan daripada Andres Wester (kiri) dan Johannis Al-Arif Ibrahim selepas majlis menandatangani MoU diantara Hybrid Allied Sdn. Bhd. dan Tetra Pak (M) Sdn. Bhd. di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Hybrid Allied Sdn. Bhd. dan Tetra Pak (M) Sdn. Bhd. hari ini menandatangani kerjasama bagi membekalkan susu berkualiti untuk Program Susu Sekolah 1Malaysia di wilayah utara tanah air.

Tetra Pak merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang menjadi pemain utama dalam bidang pembungkusan inovatif bagi meningkatkan kualiti sesuatu produk khususnya yang berkait dengan industri tenusu.

Melalui perjanjian berkenaan Tetra Pak akan menyediakan sokongan teknikal kepada Hybrid Allied bagi memastikan semua susu yang dibekalkan syarikat itu mematuhi standard yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Perjanjian tersebut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Menurut Pengarah Urusan Hybrid Allied, Datuk Johannis Al-Arif Ibrahim, dengan kepakaran teknikal dan pengalaman Tetra Pak, pihaknya yakin murid sekolah rendah akan dapat menikmati susu berkualiti sekaligus membantu perkembangan mental dan fizikal mereka.

"Melalui kerjasama ini, kami akan menggunakan kaedah pembungkusan dan pemproses susu termoden berdasarkan kepakaran Tetra Pak dan ini memberi kelebihan untuk kami membekal susu berkualiti," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Tetra Pak, Andres Wester berkata, selain menawarkan kepakaran dan pengamalan kepada Hybrid Allied, pihaknya juga turut menyediakan pakej latihan bagi memastikan standard kualiti dikekalkan.

Jelasnya, dengan pengalaman menyediakan perkhidmatan yang sama kepada lebih 50 buah negara lain, pihaknya yakin Hybrid Allied akan menjadi peneraju utama dalam dalam membekal produk tenusu di negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved