Ahad, 28 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sathia timbang hijrah ke seberang

Posted:

Sathia timbang hijrah ke seberang

Sathia timbang hijrah ke seberang

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Bola Sepak Al-Hambra Red Warrior (ARMY) yang juga bekas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianthan mengakui beliau kini bersedia untuk 'kembali' selepas bebas daripada penggantungan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebulan lalu.

Sathianathan ketika ditemui berkata, dia sedang menimbang beberapa tawaran sebagai jurulatih dari beberapa pasukan Liga Malaysia termasuk tawaran dari luar negara iaitu Indonesia dan Myanmar.

Katanya, beliau sedang memperhalusi setiap tawaran tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

"Memang saya ada menerima tawaran daripada kelab di Indonesia dan Myanmar dan ejen saya sedang berunding sekarang. Saya juga ada dihubungi oleh beberapa pegawai pasukan bola sepak tempatan mengenai tawaran ini namun belum memberikan kata putus.

"Sebagai jurulatih sudah pasti saya ingin kembali ke padang. Saya bukan jenis seorang yang suka duduk diam. Saya sudah menerima padahnya digantung selama enam bulan dan berharap ia menjadi satu pengajaran berguna kepada diri saya sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Bekas jurulatih kebangsaan itu digantung FAM selama enam bulan bermula 24 Januari sehingga 23 Julai gara-gara kritikan pedas terhadap tindakan badan induk bola sepak tempatan itu mengubah venue perlawanan Liga Super antara Perlis menentang Terengganu tahun lalu.

Akibatnya, penyandang juara Piala Malaysia, The Red Warriors terpaksa melupakan khidmat Sathianathan untuk saingan musim ini dan menggantikannya dengan bekas penggendali Perak, Datuk M. Karathu.

Sathianathan memberitahu, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau terlebih dahulu akan merujuk perkara tersebut kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bagi mendapatkan pandangan.

"Saya sudah maklumkan kepada beliau mengenai tawaran ini. Kalau saya hendak menandatangani tawaran sekalipun saya perlu minta izin daripada beliau," ujarnya.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk mengembangkan kerjaya di luar negara, Sathianathan turut mengakui teruja untuk berbuat demikian, namun ia perlu dinilai daripada pelbagai sudut.

Mengulas mengenai peluang Kelantan dalam kempen Piala Malaysia ini, Sathianathan optimis Kelantan mampu mempertahankan kejuaraan.

"Sekarang saya lihat Kelantan merupakan satu pasukan yang cukup kuat. Kita sudah ada asas yang kukuh dalam pembentukan pasukan. Saya yakin kita akan memenangi Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini," katanya.

Penyu tidak perlu gopoh umum nama pemain

Posted:

Penyu tidak perlu gopoh umum nama pemain

Penyu tidak perlu gopoh umum nama pemain


Irfan Bakti (lima dari kiri) tetap berpuas hati walaupun pasukannya tidak mempamerkan aksi rancak seperti biasa menentang T-Team pada perlawanan persahabatan di Kuala Terengganu, kelmarin. - utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU - Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Aku Salim dijangka menamakan kesebelasan utama pasukannya minggu depan setelah menilai prestasi mereka.

Beliau berkata, posisi pemain pertahanan akan menjadi fokus utamanya setelah ketiadaan Mohd. Zubir Azmi yang akan mewakili skuad Olimpik.

"Di bahagian pertahanan sekarang, kita ada Marzuki (Yusof), Mazlizam (Mohamad) dan pemain baru, Faizal (Mohamad) yang dipinjamkan daripada skuad Harimau Muda.

"Alhamdulillah. Saya tengok mereka bermain baik setakat ini dan saya harap kita dapat beri yang terbaik pada hari sebenar perlawanan (perlawanan pembukaan menentang Sime Darby FC pada 6 September ini)," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang tetangga, T-Team di Stadium Nasiruddin Shah yang berakhir dengan keputusan 2-2, kelmarin.

Menyentuh pertemuan tersebut, Irfan berkata, dia berpuas hati walaupun pasukannya tidak mempamerkan aksi rancak seperti biasa.

"Saya tak kisah kepada keputusan (seri 2-2) walaupun inilah satu-satunya perlawanan persahabatan yang kami lalui sebelum memulakan kempen Piala Malaysia musim ini," katanya.

Jelas beliau, apa yang penting ialah, para pemain perlu memberikan komitmen yang jitu sebaik kempen Piala Malaysia bermula nanti.

Terengganu pernah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 2001 dan muncul sebagai naib juara pada tahun 1973, 1982 dan 1998.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Peniaga disimbah asid oleh isteri

Posted:

Peniaga disimbah asid oleh isteri

Peniaga disimbah asid oleh isteri

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


SEORANG lelaki berusia 47 tahun dibawa masuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana disimbah asid oleh isterinya, semalam.


KOTA BHARU 28 Ogos - Seorang peniaga murtabak berusia 47 tahun, cedera di muka dan badan selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh isterinya di Kampung Kok Lanas dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 9.30 pagi ketika peniaga terbabit yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun, sedang menyiapkan adunan murtabak di rumahnya.

Salah seorang ahli saudara mangsa berkata, dua hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri itu namun punca pertengkaran itu tidak diketahui.

"Mangsa memberitahu, isterinya tiba-tiba datang dan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke arahnya menggunakan bekas air dan mengenai muka dan badan sebelah kanan," kata ahli saudara mangsa itu yang enggan dikenali ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini.

Menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian tersebut, lelaki itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh penduduk kampung.

"Ketika kejadian, saya ada di rumah di Kampung Sokor dan orang kampung datang memberitahu, mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk dirawat.

"Saya terus ke klinik untuk melihat keadaan mangsa. Bagaimanapun, dia terpaksa dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Sehingga kini, katanya, keluarga mangsa belum sama ada untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut atau sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Dua wanita maut dirempuh van

Posted:

Dua wanita maut dirempuh van

Dua wanita maut dirempuh van

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusam.com.my


Keadaan kereta yang dinaiki mangsa remuk selepas dirempuh sebuah van di Kilometer 202, Lebuh Raya Utara-Selatan, Bagan Serai, semalam.


BAGAN SERAI 28 Ogos - Dua penumpang maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas sebelum dirempuh sebuah van di Kilometer 202, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah di sini tengah malam tadi.

Kedua-dua mangsa ialah Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.08 tengah malam mereka dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan gagal dikawal selepas dipotong secara laju oleh sebuah kenderaan lain.

Berikutan itu, kereta dinaiki keluarga malang itu terbabas dan merempuh besi penghadang di tengah lebuh raya.

Mat Fauzi berkata, ketiga-tiga mereka kemudian cuba keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri.

"Tiba-tiba, sebuah van tidak sempat mengelak lalu merempuh kedua-dua wanita itu menyebabkan mereka tercampak dan cedera parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, suami Noorzaihan bagaimanapun terselamat apabila sempat mengelak dirempuh van itu.

Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, manakala pemandu van bersama tiga penumpang cedera ringan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Karpal tak patut jadi peguam

Posted:

Karpal tak patut jadi peguam

Karpal tak patut jadi peguam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim mencadangkan pengamal undang-undang yang terpilih sebagai wakil rakyat serta mempunyai jawatan di dalam politik tidak dibenarkan terus menjadi peguam.

Katanya, cadangan itu wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan peguam yang berjawatan atau dipilih sebagai wakil rakyat tidak boleh lari daripada mempunyai kecenderungan serta kepentingan politik.

Beliau memberi contoh kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila peguam bela utamanya ialah Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP serta Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

''Saya berpendapat telah tiba masanya cadangan ini dilaksanakan demi sebuah keadilan. Dalam kes ini saya percaya Karpal menggunakannya untuk kepentingan dan komoditi politik DAP.

''Disebabkan politik juga, Karpal akan berusaha melakukan pelbagai bentuk penangguhan sedangkan Karpal jugalah orang yang mengaku ada bukti tentang kegiatan Anwar di dalam Dewan Rakyat pada 1997,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mashitah meminta Karpal memberi penjelasan kepada rakyat punca Anwar memberi keterangan daripada kandang tertuduh dan bukannya secara bersumpah dari kandang saksi.

''Kita hendak tahu apakah puncanya ia berlaku walaupun kita faham itu adalah hak Anwar dalam memberi keterangan bela dirinya. Mengapa Anwar tidak mahu memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi?'' soalnya.

Beliau berkata, keganjilan yang berlaku itu perlu dinyatakan sebab-sebabnya supaya rakyat dapat membuat penilaian.

Menyentuh isu sama, beliau juga meminta rakyat membuka mata dan berfikir secara rasional terhadap tindak-tanduk Anwar ketika memberi keterangan pada hari pertama sesi pembelaannya.

Mat Sabu pemimpin paling hipokrit

Posted:

Mat Sabu pemimpin paling hipokrit

Mat Sabu pemimpin paling hipokrit

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu merupakan pemimpin paling hipokrit jika dakwaan beliau bersekongkol bagi menyeleweng wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) terbukti benar.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana mengikut prosedur syarikat tersebut Mohamad tidak layak menerima bayaran kerana kecederaan yang dialami akibat menyertai demonstrasi haram pada 9 Julai lalu.

Katanya, apatah lagi bil rawatan yang dikepilkan bersama memorandum pembayaran hanya berjumlah RM5,060.54 tetapi, jumlah keseluruhan yang dibayar kepada Mohamad oleh syarikat PBAPP adalah RM8,434.05.

"Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia sering mendakwa dirinya pemimpin sebuah parti Islam. Tapi dengan bukti penyelewengan yang didedahkan dan jika terbukti benar, Mat Sabu (Mohamad) memang hipokrit paling besar.

"Kita pun pelik bagaimana tergamaknya seorang pemimpin parti Islam boleh membuat tuntutan sehingga RM8,434.05, sedangkan beliau tidak layak untuk menikmati kemudahan itu," kata Syed Ali dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoal bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng boleh meluluskan tuntutan tersebut sehingga sanggup mengetepikan prosedur syarikat.

Sedangkan selama ini kata Syed Ali, Guan Eng begitu mendabik dada kononnya beliaulah pemimpin yang paling telus tetapi bagaimana seorang yang cukup 'akuantabiliti' boleh menyelewang kewangan syarikat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Format baharu pentaksiran SPM Sejarah

Posted:

Format baharu pentaksiran SPM Sejarah

Format baharu pentaksiran SPM Sejarah

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my


Calon SPM wajib lulus mata pelajaran Sejarah mulai 2013. - Gambar hiasan


Mulai 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mata pelajaran Bahasa Melayu.

Subjek Sejarah akan mula diperkenalkan dalam SPM Ulangan mulai tahun 2014.

Format pentaksiran mata pelajaran Sejarah akan menggunakan sukatan pelajaran sedia ada bermula dari tahun 2013 sehingga 2017. Bermula SPM 2018, ia akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Mengikut format pentaksiran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada April lalu, subjek Sejarah akan diuji dalam tiga kertas yang melibatkan soalan aneka pilihan, struktur dan esei serta tugasan.

Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab oleh calon dalam tempoh satu jam. Ia menyumbang 30 peratus daripada markah keseluruhan.

Manakala Kertas 2 pula merupakan soalan subjektif yang dibahagikan kepada Bahagian A untuk soalan berbentuk struktur dan Bahagian B untuk esei.

Semua calon wajib menjawab empat soalan yang terdapat dalam Bahagian A. Sepuluh markah untuk setiap soalan.

Bahagian B mengandungi tujuh soalan dan calon hanya perlu menjawab tiga soalan sahaja. Dua puluh markah untuk setiap soalan.

Jumlah markah ialah 100 tetapi secara keseluruhan Kertas 2 menyumbang sebanyak 50 peratus. Tempoh ujian untuk Kertas 2 ialah selama dua jam setengah.

Kertas 3 yang merupakan soalan berbentuk tugasan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada markah keseluruhan. Ujian bagi kertas ini dijalankan dalam tempoh tiga jam tetapi calon akan diberi tema atau tajuk umum sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan.

Tajuk tugasan dan panduan menjawab Kertas 3 akan diberi pada hari peperiksaan.

Dari segi aras kesukaran soalan, ia digubal sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah pelajar pada hujung tingkatan lima.

Semua soalan dibina mengikut sukatan pelajaran tingkatan empat dan lima.

Konstruk untuk setiap soalan berbeza mengikut Kertas. Bagi Kertas 1, soalan menjurus kepada keupayaan mengingat, memahami dan menganalisis.

Kertas 2 pula memerlukan pelajar mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea.

Tugasan dalam Kertas 3 pula bertujuan memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai, menjana idea dan nilai.

Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter

Posted:

Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter

Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter


Guru Besar SK Padang Kala (bertali leher), Ab Aziz Salleh bersama murid PPKI yang berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di sekolah itu di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.


Murid-murid istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala berjaya menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di Kota Bharu, Kelantan,, baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah itu, Zaidee Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan satu mercu tanda ke arah melahirkan generasi daripada kalangan murid kurang upaya untuk mengenal, menghayati dan mencintai negara terutamanya lambang kemegahan kita iaitu Jalur Gemilang.

"Semoga dengan penghasilan Jalur Gemilang ini mampu meningkatkan semangat kemerdekaan bukan sahaja di kalangan murid kurang upaya malah kepada semua warga sekolah untuk menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi," katanya.

Menurut beliau, penghasilan bendera itu bukan sahaja memenuhi hasrat dan saranan kerajaan dalam menghayati bulan kemerdekaan malah menjadikan bangunan PPKI sebuah bangunan yang ceria serta menarik dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Bendera itu disiapkan dalam tempoh empat hari oleh murid istimewa yang dikawal selia oleh guru PPKI dan pembantu pengurusan murid.

"Ia membuktikan bahawa murid-murid istimewa juga mempunyai rasa tanggungjawab kepada negara, memelihara kedaulatan Jalur Gemilang, bersama menggerakkan wawasan negara, mengenal sejarah kemerdekaan negara dan mengenal konsep 1 Malaysia," jelas Zaidee.

Pada masa yang sama, ujarnya, projek membuat bendera ini berjaya menjalinkan semangat kerja berpasukan antara semua pihak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS dakwa berjaya bunuh pemimpin kedua al-Qaeda

Posted:

AS dakwa berjaya bunuh pemimpin kedua al-Qaeda

AS dakwa berjaya bunuh pemimpin kedua al-Qaeda

WASHINGTON 28 Ogos - Pemimpin No. 2 al-Qaeda, Atiyah Abd. al-Rahman (gambar) dibunuh di Pakistan, kata Amerika Syarikat (AS) yang menyifatkan ia memberi tekanan hebat kepada pertubuhan militan itu selepas kematian Osama bin Laden.

Berita kematian Atiyah itu dilaporkan ketika AS sedang bersiap sedia menyambut ulang tahun ke-10 memperingati serangan dahsyat al-Qaeda pada 11 September 2001 di Washington dan New York yang mengorbankan hampir 3,000 orang.

Menurut pegawai kanan AS, Atiyah yang merupakan rakyat Libya, dibunuh di barat laut Waziristan pada 22 Ogos tetapi tidak mendedahkan cara kematiannya.

Bagaimanapun, pegawai tempatan di daerah itu memberitahu AFP minggu lalu yang AS melakukan serangan pada 22 Ogos menaiki kenderaan di Waziristan Utara dan membunuh sekurang-kurangnya empat militan.

Sumber tidak dapat memastikan jika dua insiden tersebut merupakan insiden yang sama.

Pegawai kanan AS yang enggan namanya disiarkan berkata, kematian Atiyah pasti amat dirasai al-Qaeda kerana ketua baru kumpulan itu, Ayman al-Zawahiri, bergantung kepadanya sejak komando AS membunuh Osama pada 2 Mei lalu.

Tambahnya, kematian Atiyah merupakan pakar bahan letupan serta dijanjikan ganjaran sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) jika berjaya membunuhnya, merupakan satu kehilangan yang amat besar buat al-Qaeda.

"Barang-barang yang ditemui di kawasan rumah Osama menunjukkan dengan jelas bahawa Atiyah terlibat secara mendalam dalam mengarahkan operasi al-Qaeda malah sebelum serbuan itu.

"Dia mempunyai pelbagai tanggungjawab di dalam kumpulan itu dan amat sukar digantikan," kata pegawai tersebut.

Menurut pihak berkuasa AS, Atiyah yang berusia lewat 30-an, dipilih sendiri oleh Osama dan merupakan utusan al-Qaeda di Iran, merekrut serta mengadakan perbincangan dengan kumpulan Islam yang lain untuk beroperasi di bawah al-Qaeda. - AFP

Mahkamah Pakistan arah aset Musharaff dirampas, dibeku

Posted:

Mahkamah Pakistan arah aset Musharaff dirampas, dibeku

Mahkamah Pakistan arah aset Musharaff dirampas, dibeku

ISLAMABAD 28 Ogos - Sebuah mahkamah Pakistan semalam mengarahkan harta milik bekas Presiden, Pervez Musharraf dirampas dan akaun banknya dibekukan ekoran dakwaan kerajaannya gagal menyediakan keselamatan sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto dibunuh.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas Musharraf gagal hadir ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan tersebut.

Mahkamah antikeganasan tersebut pada Februari lalu mengeluarkan waran tangkap ke atas Musharraf yang kini tinggal dalam buangan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan kemudian mengisytiharkannya sebagai pesalah yang melarikan diri dari undang-undang kerana gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwa Raya, Chaudhry Zulfiqar Ali berkata, mahkamah mengeluarkan arahan itu kerana beliau merupakan yang tertuduh dalam kes tersebut dan gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Antara harta benda yang dirampas termasuk ladang di Islamabad dan beberapa rumah selain akaun bank bernilai 90 juta rupee (RM3 juta).

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup di sebuah penjara di Rawalpindi atas alasan keselamatan.

Bhutto yang merupakan Perdana Menteri wanita pertama dalam dunia Islam dibunuh pada Disember 2007 dalam satu serangan berani mati di Rawalpindi ketika Musharraf masih memegang jawatan Presiden. - Reuters

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tiada kompromi soal harga barang

Posted:

Tiada kompromi soal harga barang

Tiada kompromi soal harga barang

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


CHE Hanafi Mamat (tiga dari kiri) dan petugas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Jerantut meninjau harga barang kawalan dalam operasi di Pasar Raya Tunas Manja di Bandar Baru Inderapura, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 28 Ogos – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Jerantut melakukan pemeriksaan mengejut terhadap dua pasar raya di sini bagi memastikan mereka mengikuti peraturan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

Ketua Cawangannya, Che Hanafi Mamat berkata, pemeriksaan ke atas Pasar Raya TF-Value Mart Sdn. Bhd., dan Tunas Manja itu untuk memastikan bekalan barangan terkawal mencukupi termasuk peniaga mematuhi peraturan harga yang ditetapkan.

"Operasi mengejut itu untuk memastikan pemilik pasar raya di sini tidak menjual barangan terkawal melebihi harga syiling termasuk pemasangan tanda harga berwarna merah jambu.

''Kita tidak akan berkompromi dengan peniaga atau pemborong yang tidak beretika sehingga menyusahkan orang ramai berbelanja membuat persiapan menyambut hari raya tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kedua-dua pasar raya tersebut mendapati mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan di samping bekalan yang mencukupi.

Sementara itu, Che Hanafi berkata, dalam operasi awal bulan ini, pihaknya memberi amaran terhadap dua pekedai di bandar ini kerana gagal mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barang kawalan berkenaan.

Tambahnya, pihaknya juga berjaya mengesan tiga kes individu menjual pakaian tiruan yang cuba mengaburi pengguna menerusi jenama terkenal serta menawarkan harga berpatutan.

"Di bawah Akta Perihal Perdagangan 1972, mereka yang terbabit menjual barang tiruan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 dan bagi syarikat yang terlibat kesalahan yang sama juga boleh dikenakan denda sehingga RM250,000," ujarnya.

Pemborong ayam didenda RM10,000

Posted:

Pemborong ayam didenda RM10,000

Pemborong ayam didenda RM10,000

KUANTAN 28 Ogos - Sebuah syarikat pemborong bekalan daging ayam di Bera menjadi syarikat pertama di negara ini apabila didenda RM10,000 kerana menjual melebihi harga siling pada musim perayaan ini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Mohd. Aruwan Abd. Aziz berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengguna dua hari lalu berikutan harga mahal yang dijual peniaga.

Menurutnya, penjual tersebut menjual harga tinggi berikutan tindakan pemborong terbabit menjual sehingga RM7.20 sekilogram berbanding harga siling yang ditetapkan kepada pemborong iaitu RM6.35.

"Ia adalah kes dan aduan pertama berlaku di Malaysia tahun ini dan tindakan pemborong terbabit melanggar Skim Kawalan Harga yang ditetapkan kerajaan.

"Kita mengharapkan kerjasama pengguna untuk menyampaikan maklumat jika terdapat segelintir peniaga mengambil kesempatan pada musim perayaan ini," katanya kepada pemberita selepas tinjauan harga di Pasar Tani Mega Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.

Mohd. Aruwan berkata, pemborong itu dikenakan tindakan terbabit mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000.

Jelasnya, setakat ini,tiada kes dan aduan diterima dari daerah-daerah lain di negeri ini.

Mengulas operasi pemeriksaan skim kawalan harga selama enam hari bermula 23 Ogos lalu, Aruwan memberitahu sebanyak 2,079 premis daripada peruncit dan pemborong diperiksa membabitkan nilai kompaun keseluruhan RM10,300 dan nilai rampasan, RM289.50.

Selain Bera, Jerantut turut mencatatkan kompaun RM300 dan nilai rampasan RM289.50 yang dicatat pada 26 Ogos lalu.

Jangan lokek beli Jalur Gemilang

Posted:

Jangan lokek beli Jalur Gemilang

Jangan lokek beli Jalur Gemilang

KUALA LIPIS 28 Ogos - Masyarakat di daerah ini tidak sewajarnya menunggu pemberian Jalur Gemilang secara percuma bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, sikap terlalu lokek mengeluarkan wang membeli Jalur Gemilang sepatutnya dikikis jika seseorang warganegara itu memahami nilai patriotisme.

"Sikap menghayati Bulan Kemerdekaan sepatutnya tersemat di jiwa masing-masing dan sinonim apabila tiba Ogos setiap tahun wajar tampil mengibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bertanggungjawab dan penuh integriti.

"Jika seseorang itu boleh berbelanja wang yang banyak mendapatkan keperluan lain, tetapi kenapa tidak sanggup membeli Jalur Gemilang yang cuma nilainya kurang RM10," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan di Telok Gunung, Merapoh, baru-baru ini.

Abdul Rahman juga kesal kerana ada segelintir masyarakat yang sangat berkira untuk mengeluarkan duit untuk membeli bendera.

Katanya, sedangkan harga bendera itu adalah murah dan boleh digunakan dalam tempoh tertentu atau sambutan kemerdekaan pada tahun akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Rasa manis sebenar nangka madu

Posted:

Rasa manis sebenar nangka madu

Rasa manis sebenar nangka madu

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Gambar ZULKARNAIN SAIDIN


Francis Choy (kiri) bersama Adnan Lee melihat buah nangka madu yang baru dipetik dari ladangnya di Bidor, Perak.


CELUP gula? Mana ada saya celup gula, nangka ini saya petik terus dari ladang. Kalau encik tidak percaya, ambil buah ini bawa ke makmal, uji jika saya ada letak gula.

"Saya memang belajar tidak tinggi encik, namun bagi saya berniaga biar jujur," ujar Uncle Jack sambil menahan marah.

Bersungguh-sungguh beliau bertegang urat menerangkan buah nangka yang dijualnya tidak pernah dicelup dalam air gula.

Itu antara pengalaman Uncle Jack apabila berhadapan dengan beberapa pelanggan yang meragui kemanisan buah nangka yang dijualnya suatu ketika dahulu.

Pengalaman selama 15 tahun menanam dan memasarkan nangka menjadikan Uncle Jack atau nama sebenarnya Francis Choy begitu 'masak' dengan reaksi sesetengah pelanggan yang terkejut dengan kemanisan isi buah nangka yang dijualnya.

Pertemuan bersama Francis dibawa oleh Pengarah Urusan MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn. Bhd. (MBG), Adnan Lee yang juga merupakan antara salah sebuah syarikat pemborong serta penghantaran buah-buahan di sekitar Lembah Klang.

Jelas Francis yang memiliki syarikat MF Fresh Fruits & Agriculture Trading itu, jika sampai musim buah yang agak lebat beliau terpaksa memasang tongkat dan sokongan bagi membantu dahan pokok nangkanya menampung berat buah yang bergayutan.

Bercerita mengenai sejarah penanaman nangka madu tersebut, Francis mengimbau kenangan 15 tahun dahulu apabila beliau dan seorang lagi rakan perniagaannya terpaksa ke Kedah untuk mencari baka nangka madu terbaik di sana.

"Kita jumpa baka nangka ini di Alor Setar dan kita bawa balik ke sini (Bidor). Kemudian kita cuba buat pengklonan dengan baka sedia ada.

"Agak lama juga saya buat ujian sendiri akhirnya kami menemui baka baru nangka madu yang dikenali sebagai J 33 dan digunakan sehingga hari ini," katanya.

Malah, Francis berkata, bapa beliau merupakan seorang pengusaha tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia sendiri hampir 30 tahun terbabit dalam bidang pertanian.

"Saya tidak memiliki pembelajaran secara formal dalam bidang pertanian. Semua yang saya pelajari adalah daripada pengalaman bapa dan pengalaman saya sendiri ketika mengusahakan pelbagai tanaman," jelasnya.

Tambah Francis, sebelum menumpukan perhatian kepada penanaman nangka beliau pernah mengusahakan tanaman betik, tembikai dan pelbagai lagi.

Setiap jenis tanaman mempunyai perbezaan dalam cara menjaga dan penanaman. Sesetengahnya ditanam berdasarkan permintaan dan musim.

Bagi beliau, nangka merupakan antara tanaman yang kurang dikomersialkan secara besar-besaran. Malah hasil tuaiannya juga sentiasa tidak mencukupi bagi pasaran tempatan.

Ia menunjukkan penanaman nangka tidak diketengahkan oleh kebanyakan petani menyebabkan bekalan buah tersebut agak berkurangan di pasaran.

Francis mengakui, terdapat juga petani menanam nangka namun untuk mencari penanam baka nangka madu sepertinya adalah sukar.

Ujarnya, menjaga pokok nangka sama seperti menjaga diri sendiri. Petani perlu mengetahui keperluan serta cara menjaga pokok dengan betul.

Mengeluarkan

Memiliki hampir 600 pokok dalam kawasan seluas 10 ekar membolehkan ladang beliau di Bidor, Perak mengeluarkan 10 hingga 15 tan buah nangka bagi setiap ekar dalam setahun.

Selain di Bidor, Francis turut memiliki ladang nangka di sekitar Rawang, Selangor.

Terdapat 70 hingga 80 biji bagi satu tan. Sebiji buah nangka seberat 10 hingga 15 kilogram (kg). Setiap pokok nangka mampu mengeluarkan buah 10 hingga 12 biji pada satu-satu masa.

Menurut Francis, buah yang terlalu banyak pada sepohon pokok akan mengurangkan kualiti rasa, berat, saiz dan ketebalan isi nangka.

"Semuanya memainkan peranan, justeru berat yang ideal bagi sebiji buah nangka adalah 10 hingga 15 kg. Kadang-kala berat buah juga mampu mencecah 42 kg sebiji," tambahnya.

Untuk mendapatkan hasil sedemikian, pemangkasan dahan serta daun perlu kerap dilakukan. Malah putik yang berlebihan juga akan dibuang.

Pokok nangka akan mengeluarkan putik yang banyak. Justeru, hanya 10 hingga 12 biji putik yang berpotensi menjadi buah yang baik akan ditinggalkan. Selebihnya akan dibuang dari pokok.

Jelas Francis, pokok yang kekurangan daun dan memiliki buah yang sedikit akan menghasilkan buah yang lebih cantik, manis, berisi tebal serta berkualiti tinggi.

Ia berikutan tumpuan pembekalan nutrisi pokok lebih kepada proses pembesaran buah tidak kepada daun semata-mata.

Francis menggunakan najis ayam sebagai baja dan sedikit racun serangga untuk melindungi kulit buah nangka daripada serangan haiwan perosak tersebut.

Namun, jelasnya, serangga bukanlah musuh utama bagi nangka. Justeru penggunaan bahan tersebut di ladangnya amat kurang di samping kos bagi penggunaan racun serangga juga amat tinggi.

Musuh utama ladang nangka milik Francis adalah terdiri daripada monyet dan babi hutan kerana keadaan pokoknya yang rendah, rendang dan kadang-kala boleh mencecah sehingga ke tanah.

Penyakit karat buah juga merupakan antara penyakit yang sering menyerang isi nangka. Namun, ia dapat diatasi dengan proses penjagaan pokok secara betul.

Kini sebahagian besar buah nangka beliau diedarkan MBG yang siap dibungkus.

MBG yang memiliki 16 buah cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk satu di Melaka turut memiliki cawangan di The Gardens, Mid Valley, Sunway Pyramid, Subang Parade dan The Curve.

Di samping membekalkan buah nangka kepada MBG, Francis turut menjual buah tersebut di restoran dan pasar buah-buahan. Namun, bekalan tidak pernah mencukupi berikutan permintaan yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk terjun dalam bidang pertanian terutamanya penanaman nangka madu, nasihat Francis, jangan cepat berputus asa dan cari ilmu berkenaan tanaman nangka secukupnya.

''Perniagaan bukanlah suatu perkara yang boleh di bina dalam masa yang singkat. Ia memerlukan ketabahan, minat yang mendalam serta kecekalan di samping usaha yang berterusan," ujarnya.

Selain membekalkan buah nangka, Francis turut menyediakan khidmat nasihat dan rundingan dalam bidang penanaman nangka.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tunjuk ajar atau perkhidmatan nasihat daripada beliau anda boleh menghubungi Francis di talian 016-222 3246 atau 012-223 3246.

Bendi merah sayur unik

Posted:

Bendi merah sayur unik

Bendi merah sayur unik


Sayur bendi warna merah memang jarang ditemui tetapi penjagaannya lebih kurang sama dengan bendi hijau.


Bendi merah (Abelmoschus esculentus) adalah sayuran jenis buah dalam famili Malvaceae. Varieti ini berasal dari Mesir, seterusnya dikenali di India, Afrika dan Amerika Selatan.

Pokok bendi merah boleh mencecah ketinggian sehingga dua meter.

Bendi merah yang bersaiz antara lapan dan 12 sentimeter (sm) sangat sesuai dituai kerana keadaan buah masih lembut, hujungnya mudah dipatah dan belum berpulur.

Walaupun warna merah buah sangat menarik semasa segar, ia akan berubah kepada warna hijau setelah masak.

Bendi merah kaya dengan nutrien antaranya Vitamin A, C, B+, magnesium, fosforus dan kalsium.

Ia juga tinggi dengan serat yang baik untuk badan. Warna merah pada bendi disebabkan oleh kehadiran beta karoten.

Keperluan asas tanaman

* Boleh ditanam daripada biji benih.

* Suhu yang sesuai untuk bendi merah adalah antara 24 hingga 32ºC

*Jenis tanah yang sesuai ialah tanah gambut, bris dan tanah mineral

*pH yang sesuai 5.5 hingga 6.5

* Hujan 300mm/musim

Penanaman

*Dua kaedah penanaman iaitu tanam terus di atas batas atau disemai dalam talam (tray) semaian

* Antara dua dan tiga biji benih dimasukkan dalam satu lubang untuk kaedah tanam terus

* Sebiji benih/satu sel talam bagi kaedah semaian. Selepas 14 hari, anak pokok diubah di atas batas

*Jarak penanaman yang disyorkan adalah 60 hingga 90 sm antara pokok

*Selepas dua minggu, kekalkan satu sahaja anak pokok bagi setiap lubang, manakala yang selebihnya dibuang.

Sulam pokok yang mati

*Letak plastik silver shine atau jerami padi pada batas tanaman sebagai sungkupan dan mengekalkan kelembapan tanah.

*Kompos dan baja organik (tahi ayam) boleh digunakan sebagai baja permulaan dan digaul di atas batas

Pembajaan

*Dilakukan pada minggu ke dua, keempat dan keenam

* Minggu kedua, gunakan baja organik sebanyak 50 gram setiap pokok.

* Minggu keempat dan keenam, keperluan baja organik ditambah kepada antara 60 dan 100 gram bagi setiap pokok kerana pada masa ini pokok sudah mula berbunga dan akan mengeluarkan hasil.

Pengairan

* Pengairan boleh dilakukan sama ada menyiram secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis.

*Pengairan dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang). Jika musim hujan, pengairan tidak diperlukan.

*Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan penanaman mempunyai saliran air bawah tanah yang teruk, kerana bendi tidak sesuai ditanam di kawasan yang lembap dan berair.

Kawalan rumpai

*Rumpai adalah masalah biasa yang dihadapi oleh petani yang mengamalkan pertanian secara organik.

lPenggunaan racun rumpai tidak dibenarkan.

* Cara pengawalan rumpai yang paling baik adalah menggunakan mesin pemotong rumput (kawasan luas) atau merumput secara manual bagi kawasan yang lebih kecil bergantung pada kemampuan pengusaha itu sendiri.

* Penggunaan sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau plastik hitam juga boleh mengawal rumpai dan sekali gus mengekalkan kelembapan tanah.

Pemangkasan

*Pemangkasan pelepah daun dilakukan setelah buah pada sisi pelepah tersebut dipetik. Biasanya pemangkasan sebegi dilakukan pada bahagian bawah pokok 50 sm dari paras batas.

* Pemangkasan dilakukan supaya menggalakkan lebih banyak buah terhasil selain mengurangkan pembaziran penggunaan baja oleh daun yang tua.

* Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

Kawalan perosak dan penyakit

*Perosak yang sering menyerang tanaman bendi merah adalah ulat pengorek buah dan juga kepinding buah yang menyerang pada peringkat buah masih muda lagi.

* Penyakit bintik daun yang disebabkan oleh kulat biasanya menyerang daun bendi yang tua.

*Ada beberapa kaedah kawalan yang boleh diamalkan seperti antaranya menggunakan racun organik yang boleh didapati di pasaran, membuat umpan penarik ulat (bancuhan molasses dan sekam padi) dan kaedah manual dengan mengutip satu persatu ulat atau kepinding yang ada pada tanaman.

* Bagi kawalan penyakit bintik daun pula, semburkan 30ml campuran (cili, daun tembakau, bawang merah dan kapur yang telah dikisar halus) dan 15 liter air bersih ke bahagian daun yang telah diserang.

Penuaian

*Hasil boleh mula dituai pada minggu kesembilan dan ia akan berterusan selama sebulan atau lebih bergantung pada penjagaan pokok tersebut.

* Kutipan hasil boleh dilakukan setiap dua hari sekali bagi mengelakkan bendi terlalu tua.

*Potong lebih kurang dua sm pada bahagian pangkal buah.

*Boleh disimpan pada suhu 5 hingga 10 darjah selsius dan tahan selama lebih kurang seminggu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Fungsi pintar optimum

Posted:

Fungsi pintar optimum

Fungsi pintar optimum

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my



TIDAK sekadar memberi tumpuan kepada pembangunan telefon bimbit pintar mewah, Nokia terus unggul mencipta peranti telekomunikasi untuk pelbagai peringkat pengguna.

Terbaru, syarikat teknologi itu memperkenalkan model mampu milik, Nokia 500 yang hadir bersama kualiti serta prestasi unggul tanpa kompromi.

Telefon bimbit sentuh berkenaan dilengkapi pemproses 1Ghz pantas, kamera lima megapiksel, pengalaman muzik dan hiburan terbaik serta dilengkapi peta navigasi.

Tidak cukup dengan itu, model berkenaan turut dipacu sistem operasi Symbian Anna, perisian yang dipertingkatkan serta pelayaran web lebih lancar.

Menurut Naib Presiden Nokia, Ilari Nurmi, kebanyakan telefon bimbit mampu milik dibangunkan dengan kualiti perkakasan dan pengalaman komunikasi berkualiti rendah.

''Jadi, menerusi model ini, Nokia ingin membuktikan bahawa kita akan terus komited menghasilkan portfolio telefon bimbit pintar seumpamanya demi memenuhi keperluan pasaran,'' jelasnya.

Bagi penggemar aktiviti pelayaran Internet dan laman web rangkaian sosial pula, Nokia 500 tersedia bersama aplikasi Twitter dan Facebook serta laman sembang secara langsung pada paparan utamanya.

Lebih menarik, gajet ini turut menyokong pembukaan banyak aplikasi pada satu-satu masa, pertukaran aplikasi secara pantas dan tidak melambatkan perjalanan sistem.

Menerusi teknologi peta Ovi terbaru, pengguna model ini boleh mendapat panduan perjalanan di 80 buah negara.

Nokia 500 akan mula berada di pasaran negara menjelang penghujung suku ke ketiga tahun ini.

Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Masalah akaun hotmail

Posted:

Masalah akaun hotmail

Masalah akaun hotmail



SALAM sejahtera. Saya mempunyai masalah dalam e-mel hotmail. Bila dah login, ia akan keluar mesej dinyahsekat masalah keselamatan.

Saya telah menukar kata laluan tetapi masih mempunyai masalah yang sama. Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?

*Balamurugan Koppan, Port Dickson

TERIMA kasih di atas soalan tersebut. Terlalu ramai pengguna Hotmail mempunyai masalah yang sama dengan Balamurugan. Tiada jawapan yang tepat untuk ini tetapi saya cuba merungkainya dengan baik.

Kenapa ia berlaku ?

Masalah tersebut berlaku kerana pihak Hotmail atau Windows Live mendapati e-mel tersebut telah digunakan menjadi bahan spam untuk hantar ke alamat-alamat e-mel yang lain atau melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan.

Ia juga mungkin disebabkan oleh ada seseorang yang tidak bertanggung jawab berulang kali cuba masuk ke dalam akaun e-mel tersebut tetapi gagal.

Ia juga boleh dilakukan oleh Malware yang bersarang dalam komputer anda. Pihak Hotmail yang mendapati ia merupakan aktiviti yang tidak baik lalu menyekat e-mel tersebut.

Ia juga boleh disebabkan oleh seseorang yang cuba menggunakan akaun hotmail anda untuk masuk ke dalam perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak Windows Live Messenger.

Apa yang perlu dilakukan?

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengesahkan akaun e-mel tersebut dengan pihak Hotmail atau Windows Live Mesengger. Ada dua cara untuk pengesahan seperti yang berikut.

* Pengesahan akaun e-mel dengan sistem pesanan ringkas atau SMS di alamat, https://sms.live.com.

* Sekiranya pengesahan secara SMS tidak boleh dilakukan sila buat pengesahan akaun e-mel anda di alamat berikut. Sila pilih produk Hotmail.

https://windowslivehelp.com/vi.aspx?id

=2f034e2e-938a-4a1c-a754-21878d2c6209

Selain daripada itu, anda juga boleh menulis e-mel atau surat kepada Tehchnical Support atau pihak sokongan di Hotmail atau Windows Live messenger untuk mengesahkan akaun e-mel tersebut. Dapatkan alamat surat menyurat atau e-mel di laman web Windows Live Messenger.

https://support.live.com/

Perkara-perkara untuk elakkan masalah ini berulang

* Pastikan kata laluan yang digunakan itu kental/selamat dan disimpan secara selamat. Elak daripada sewenang-wenang memberi maklumat akaun e-mel di laman web.

* Pastikan alamat laman Hotmail yang anda masuk itu betul dan bukannya laman web phising.

* Kemas kini keselamatan pelayar web atau Browser yang digunakan.

* Kemas kini keselamatan perisian anti-virus, perisian keselamatan dan Windows anda.

* Pastikan e-mel yang dihantar hanya kepada orang-orang yang dikenali atau rela menerimanya.

* Pastikan alamat-alamat e-mel dalam buku alamat e-mel anda masih aktif.

* Hadkan penghantaran e-mel dalam bilangan penerima yang tidak terlalu banyak. Begitu juga dengan bilangan mesej yang dihantar.

Diharapkan ia dapat membantu dalam memulihkan akaun e-mel tersebut.

Bagaimana pun, ia bergantung kepada pihak Microsoft yang menyediakan perkhidmatan e-mel hotmail ini.

Sekiranya ada perkara-perkara penting, bolehlah dibuat salinan ke komputer, akaun e-mel lain atau ke tempat-tempat lain yang berkaitan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mengharap sinar lebaran

Posted:

Mengharap sinar lebaran

Mengharap sinar lebaran

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ


SITI Nurhaliza mengharap sinar Syawal kali ini akan memberi kebahagiaan dan kemakmuran untuknya dalam segenap aspek.


SESUNGGUHNYA ujian yang dilalui oleh wanita jelita ini sepanjang Ramadan lalu cukup berat. Jujurnya, tiada siapa yang mahu diuji dengan dugaan sebesar itu.

Sedang enak dia membuai rasa dengan kejayaan produk kecantikan dan penjagaan wajahnya, SimplySiti yang semakin mendapat tempat, ada pihak bagaikan tidak senang dengan kejayaannya.

Tuduhan yang mengatakan produk SimplySiti menggunakan berus bulu babi benar-benar memberikan impak yang bukan sedikit kepada Datuk Siti Nurhaliza.

Malah, Siti Nurhaliza atau figura unggul yang mesra disapa Siti ini tidak menafikan, hatinya terguris dengan dakwaan yang tidak berasas itu.

Sebagai anak seni yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan penuh pancaroba ini, barangkali ada yang berpendapat dugaan bukanlah asing buat Siti.

Namun, kata Siti, apabila ia membabitkan isu agama dan seolah-olah dia sendiri tidak mementingkan soal kebersihan dalam penghasilan produknya, ia adalah sesuatu yang cukup mengguris hatinya.

Ujarnya, sebagai seorang Muslim, dia tidak akan berkompromi tentang soal kebersihan dan yang paling penting, penggunaan bahan halal dalam setiap produk SimplySiti.

Tanpa selindung juga, Siti mengakui perniagaannya sedikit terjejas ekoran daripada cerita palsu yang disebarkan itu.

Baginya bukanlah satu tugas yang mudah untuk berhadapan dengan masyarakat dalam menjawab setiap persoalan berhubung cerita itu.

"Apabila ia mula tersebar, siapa yang tidak gusar dan bimbang kerana apa yang berlaku adalah tidak benar sama sekali. Adakah saya hanya mahu duduk mendiamkan diri dan membiarkan spekulasi bertebaran?

"Alhamdulillah, saya dan seluruh pengurusan SimplySiti pantas bertindak untuk menjernihkan keadaan. Saya juga harus berterima kasih dengan pihak media yang berterusan memberi sokongan kepada kami.

"Apa yang paling penting adalah penglibatan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah banyak membantu menyelesaikan perkara ini," ujar Siti dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di Hotel Legend, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, tiada lain diharapkan oleh penyanyi kesayangan ramai ini agar Syawal 1432 Hijrah yang akan disambut esok (30 Ogos) akan membawa sinar kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Apatah lagi seminggu sebelum Syawal iaitu pada 21 Ogos lalu, Siti dan suami tercinta, Datuk Khalid Mohammad Jiwa menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Bagi empunya diri, dia sendiri bagaikan tidak percaya bahawa sudah lima tahun dia menggalas tanggungjawab dan menjunjung gelaran sebagai seorang isteri.

Pelantun lagu Biarlah Rahsia dan Kau Kekasihku ini menjelaskan dia bersyukur kerana rumah tangganya terus aman dan bahagia seperti mana yang sering dia titip dalam doanya.

"Benar. Terasa pantas masa berlalu dan saya sendiri merasakan seperti baru semalam majlis pernikahan saya berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

"Selama lima tahun menjadi seorang isteri, banyak pengalaman yang saya perolehi dan saya sedar, untuk menjadi seorang isteri yang baik, ia bukan proses yang dapat berlaku semalaman.

"Sudah pasti, saya harapkan agar perkahwinan saya dan suami akan terus kekal sehingga ke akhir hayat," kata Siti yang juga tidak pernah lupa untuk terus berdoa dan berikhtiar agar dikurniakan dengan cahaya mata untuk menyerikan lagi rumah tangganya.

RTM rayakan merdeka

Posted:

RTM rayakan merdeka

RTM rayakan merdeka

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Ihsan RTM


Sedutan daripada filem Setem arahan Kabir Bhatia yang ditayang pada hari raya pertama.


BERTEMAKAN Rayakan Merdeka, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun ini menghimpunkan lebih daripada 100 program menarik di tiga saluran di bawah naungan stesen tersebut iaitu TV1, TV2 dan TVi bagi meraikan tiga keraian sekali gus.

Bermula 29 Ogos hingga 16 September ini, pelbagai program menarik akan disiarkan di saluran-saluran berkenaan untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia yang kebetulan, tarikhnya jatuh berdekatan antara satu sama lain.

Pada sidang akhbar yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri baru-baru ini, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata, program kali ini merupakan yang terbanyak pernah diterbitkan oleh RTM sempena menyambut perayaan tersebut.

"Bagi program-program sempena Aidilfitri, TV1 menyajikan 58 buah rancangan, TV2 (30) dan TVi (12).

"Manakala bagi tujuan memperingati hari kemerdekaan dan penyatuan Malaysia, sebanyak lima program disediakan untuk penonton TV1, tujuh program di TV2 dan sebuah program di TVi," kata Norhyati sejurus tamatnya persembahan pengenalan terhadap promosi Rayakan Merdeka.

Mengulas lanjut mengenai susunan program yang bakal disiarkan, beliau menjelaskan, intipati kesemua rancangan adalah seimbang dari segi ilmiah dan elemen hiburan agar penonton seronok menonton di samping memberikan mereka ilmu.

Tambahnya, beberapa drama dan filem menarik lakonan aktor dan aktres tersohor akan menemui peminat drama Melayu RTM.

"Antara drama yang dimaksudkan ialah telefilem Puasa Terakhir, lakonan Elly Mazlein, Ako Mustafa, Wan Maimunah, Shahrolnizam dan Salina Saibi yang akan ditayangkan pada hari terakhir Ramadan, pukul 12.30 tengah hari di TV2.

"Pada hari tersebut program hiburan berkonsepkan santai, Raya Sama-Sama akan dipancarkan secara langsung pada pukul 10 malam juga di saluran yang sama menampilkan gandingan Saiful Apek, Jep Sepah, Linda Onn dan Adibah Nor sebagai hos.

"Itu adalah antara program menarik sajian RTM buat penonton dan banyak lagi rancangan yang menceriakan sambutan tiga perayaan tersebut," ujar Norhyati.

Katanya lagi, sinonim dengan perayaan Aidilfitri, barisan filem dan drama menjadi tarikan utama untuk penonton berhibur di rumah bersama keluarga sambil menikmati juadah hari raya yang disediakan.

Antara drama yang bakal dihidanglan untuk tetapan penonton setia RTM ialah Hero Desa (2 petang) dan Shah Rukh Khan Malaysia (9 malam) yang akan disiarkan pada hari raya pertama di TV1.

Sementara di TV2, filem Setem lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran turut ditayangkan pada hari raya pertama.

Norhyati memberitahu, bagi menyemarakkan jiwa patriotik di kalangan masyarakat 1Malaysia sempena kemerdekaan, RTM tidak ketinggalan menyajikan program-program yang berunsur perjuangan di setiap salurannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jangan sia-siakan peluang

Posted:

Jangan sia-siakan peluang

Jangan sia-siakan peluang

Bermula 3 September ini, seramai 41,267 pelajar menjadi kumpulan pertama memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan mengikuti kalendar akademik baru bagi sesi pengajian 2011/2012 setelah 14 tahun sesi pengajian sistem semester Julai diguna pakai.

Wartawan Utusan Malaysia, SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM menemu bual Menteri Pengajian Tinggi, DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN mengenai kemasukan pelajar baru ke IPTA dan isu-isu berkaitan dunia pengajian tinggi di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

UTUSAN: Boleh Datuk Seri jelaskan apa sebenarnya objektif di sebalik perubahan kalendar akademik baru dan harapan kementerian mengenai hal ini?

MOHAMED KHALED: Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bermula dari 1 Januari lalu sehingga 31 Disember 2015. Dalam Fasa Pengukuhan PSPTN ini, kementerian akan melaksanakan transformasi pengajian tinggi negara bagi memacu dan melonjakkan pengantarabangsaan industri pengajian tinggi di persada dunia.

Justeru, penyelarasan kalendar akademik IPTA merupakan satu strategi bagi merangsang kecemerlangan pengajian tinggi. Di samping itu juga, ia dapat mempertingkatkan lagi proses pengembangan ilmu di kalangan pelajar dan pensyarah melalui program pengantarabangsaan serta mempertingkatkan lagi daya saing dan pengkongsian ilmu dalam memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), inovasi dan kecemerlangan IPT tempatan.

Dalam proses globalisasi dan liberalisasi pengajian tinggi pula, proses mobiliti pelajar di peringkat domestik dan antarabangsa dapat dipertingkatkan sejajar dengan amalan terbaik kalendar akademik IPT di dunia.

Keputusan kementerian untuk melakukan perubahan kalendar akademik ini mendapat reaksi pelbagai pihak sehingga timbul kontroversi. Boleh Datuk Seri ulas?

Kontroversi ini timbul kerana proses perubahan kalendar baru tidak dibuat secara berperingkat. Tahun lepas kemasukan adalah pada Julai. Maknanya daripada Julai terus lompat ke September. Jadi, pelajar yang tamat pengajian lebih awal terpaksa tunggu lagi dua bulan untuk kemasukan ke universiti.

Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dielakkan memandangkan pada tahun ini Ramadan jatuh pada Ogos. Kita tidak mahu pelajar akan kepenatan untuk menghadapi program orientasi semasa Ramadan. Program orientasi ini sangat penting untuk menyesuaikan pelajar dengan rumah kedua mereka kerana sistem belajar di universiti jauh lebih berbeza dengan sekolah.

Penyelarasan kalendar akademik ini memudahkan program mobiliti di kalangan pelajar dan pensyarah serta program pertukaran kredit dengan pelajar universiti antarabangsa yang mana hanya boleh dilaksanakan jika waktu pembelajaran dan cuti yang sama berlaku.

Selain itu, ia turut menyelesaikan masalah sampingan lain termasuk memberi lebih banyak masa persediaan kepada pelajar sebelum memasuki universiti selain mengelak berlaku kekosongan tempat sekiranya pelajar menerima tawaran universiti lain di negara luar.

Jika sebelum ini kemasukan pada Julai, pelajar hanya ada beberapa minggu membuat persediaan dan pilihan kemasukan ke universiti kerana tempoh pengumuman keputusan peperiksaan adalah sangat singkat untuk kemasukan Julai. Di samping itu, oleh kerana sistem kalendar akademik berbeza dengan universiti luar negara iaitu kemasukan lebih awal dua bulan, maka kita berhadapan dengan keadaan di mana kekosongan tempat berlaku apabila pelajar menerima tawaran universiti luar dan meninggalkan universiti kita.

Untuk kemasukan sesi akademik 2011/ 2012, berapa jumlah lepasan STPM dan setarafnya yang diterima untuk menyambung pengajian di IPTA?

Bagi sesi pengajian 2011/2012, sejumlah 64,703 calon lepasan STPM/Matrikulasi/ Asasi telah memohon untuk Program Ijazah Pertama. Daripada bilangan tersebut, seramai 53,216 calon telah mencapai kelayakan minimum bagi mengisi sebanyak 41,267 tempat yang ditawarkan. Jumlah tawaran tempat sebanyak 41,267 ini menunjukkan peningkatan 1.9 peratus (%) berbanding tahun sebelumnya. Sesi lalu hanya 40,506 sahaja tempat ditawarkan.

Pada sesi kali ini, seramai 29,838 daripada 39,998 pemohon bumiputera atau 74.6% peratus berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, manakala 9,457 (daripada 10,677) atau 88.6% adalah pelajar berketurunan Cina dan 1,972 (daripada 2,541) atau 77.6% bagi pelajar kaum India dan lain-lain.

Setiap tahun, menjelang kemasukan pelajar baru ke IPTA, pasti timbul pelajar yang tidak ditawarkan kursus yang dipohon seperti kursus kritikal, sebaliknya diberikan kursus yang lain. Disebabkan itu, ada pelajar tidak mahu mendaftar. Apa penjelasan Datuk Seri?

Proses pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira komponen akademik 90% dan kokurikulum 10%. Kejayaan seseorang calon memperolehi tempat pengajian di IPTA bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian yang dipohon.

Sekiranya merit mereka tidak begitu tinggi dan memohon lapan pilihan dalam program pengajian kompetitif, kebarangkalian mereka tidak mendapat tawaran program pengajian sebagaimana yang dipohon adalah tinggi. Calon-calon ini akan ditawarkan program pengajian di luar pilihan tetapi mirip dengan pilihan mereka di IPTA yang terdapat kekosongan.

Bagaimanapun sekiranya terdapat kes di mana seseorang calon ditawarkan program pengajian yang sangat berlainan daripada bidang pengajian yang dipohon, rayuan pelajar akan diteliti dan ditimbang tertakluk kepada kekosongan tempat di IPTA.

Prestasi kemasukan bagi tahun ini pula menyaksikan sejumlah 25.6% pelajar mendapat tawaran Pilihan Pertama mereka dan 81% pelajar pula mendapat tawaran dalam pilihan iaitu Pilihan 1 hingga Pilihan 8. Sementera itu, hanya 19% sahaja yang mendapat tawaran di luar pilihan calon.

Bagi calon yang mendapat tawaran di luar pilihan mereka, proses pemilihan mengguna pakai indikator persetujuan terima calon mendapat tawaran selain 8 pilihan mereka. Namun begitu, Unit Pusat Universiti (UPU) akan menawarkan program pengajian yang ada kekosongan serta bidang yang mirip dengan 8 pilihan calon.

Sebenarnya kejayaan mendapat tempat di universiti bergantung apa yang dipohon dan universiti mana yang dia pohon.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Erti perjuangan mulia Islam

Posted:

Erti perjuangan mulia Islam

Erti perjuangan mulia Islam

Oleh Nordin Kardi

SEDANG orang Islam sepatutnya meraikan hujung Ramadan dan gembira menyambut sinar satu Syawal, orang Islam di Libya mengamuk saling membunuh sesama bangsa dan sesama seagama.

Sedang orang Melayu-Islam di Malaysia sibuk menulis dan bertengkar di laman-laman sosial atau blog tentang tanda-tanda lailatulqadar yang ditunggu-tunggu, orang Libya yang juga berhajat menyambut malam yang menyamai kebaikan seribu bulan itu ditimpakan 'neraka dunia'.

Yang menang berdiri tegak dengan sombong menggalas senapang buatan Amerika dan Eropah dan yang tumpas pula dihina selain dari meninggalkan isteri atau anak kecil menjadi balu dan yatim. Tidak pastilah sama ada yang menang atau yang kalah di Libya itu sempat mengerjakan sunat tarawih yang juga sibuk didebatkan oleh orang Melayu sama ada lapan rakaat atau dua puluh.

Rejim Gaddafi adalah rejim Islam terbaru yang dikatakan dijatuhkan 'rakyat' dengan senapang berjenama luar negara. Dengan serta-merta negara-negara pembuat senapang itu mengisytiharkan pengiktirafan terhadap golongan pemberontak yang menamakan diri mereka sebagai Majlis Peralihan Negara atau National Transitional Council (NTC).

Berikutan dengannya, Britain dengan serta-merta menghalau diplomat rasmi negara Libya dan menjemput NTC mengambil tempat diplomat itu dan bersedia pula membuka semua RM149 juta harta Libya yang selama ini dibekukan di negara penjajah itu. Amerika Syarikat dan 30 negara lain juga segera memberi pengiktirafan kepada NTC dan membebaskan harta Libya yang bernilai berbilion dolar AS. Austria mengumumkan akan mencairkan 1.2 bilion EU dan akan memindahkannya kepada NTC.

Cepat benar mereka memberi pengiktirafan itu berbanding melayan rayuan Palestin yang bertahun-tahun supaya diterima sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat yang sehingga sekarang tidak diendahkan. Banyak petunjuk yang boleh dipelajari darinya.

Cerita negara-negara Islam seperti cerita penuh kemerosotan, kehancuran dan kerapuhan. Hampir tidak ada lagi satu sistem yang bertahan hingga seratus tahun di dalam sesebuah negara Islam. Jatuh menjatuhkan, guling menggulingkan berlaku secara berterusan. Indonesia sebagai sebuah negara Islam terbesar di dunia dengan penduduk 235 juta, merdeka dengan susah payah pada tahun 1949, selepasnya telah bertukar tiga rejim melalui sistem peralihan yang setiap kali caranya berlainan.

Pakistan (merdeka 1947) pada asalnya adalah negara Islam yang lebih besar daripada Indonesia dengan jumlah penduduk lebih 300 juta. Akibat peperangan saudara (1971), Bangladesh mengecilkan Pakistan kepada 165 juta dengan membawa keluar sebanyak 150 juta penduduk. Mesir (merdeka 1922), sebuah negara bertamadun tua, dengan penduduk lebih 80 juta sekarang dijajah semula untuk kesekian kalinya. Demikianlah negara Islam dipecahkan dari dalam dengan senapang buatan luar, sehingga kian hari kian menjadi unit-unit kecil.

Krisis dalam negara berlaku dalam banyak lagi negara Islam lain termasuk Algeria, Chad, Guinea (rampasan kuasa 2008), Kyrgyzstan, Niger (rampasan kuasa 2010), Nigeria, Somalia, Sudan, Tajikistan, Mali dan sekarang gangguan itu jangkit menjangkit di Timur Tengah sehingga ke Arab Saudi 'penjaga Ka'bah' itu.

Merenung hal ini, ada sarjana Islam yang menghujah bahawa Islam seharusnya begitu. Orang Islam hendaklah tidak mengutamakan semangat kenegaraan bersempadan kerana semangat sedemikian bakal membawa seseorang itu tergolong dalam golongan asabiyah yang tidak diiktiraf oleh Nabi Muhammad sebagai umatnya. Oleh yang demikian orang Islam di seluruh dunia mesti menganggap diri mereka sebagai 'wahdatan ummah' atau umat yang satu. Negara tidak penting, tetapi kesatuan ummah hendaklah sentiasa menjadi teras perjuangan setiap orang Islam. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan fakta sejarah bahawa semangat kenegaraan dan keislaman yang digabungkan itulah yang telah berjaya menghalau penjajah dari bumi mereka, bukan yang semata-mata berdiri di atas slogan kesatuan ummah. Sedangkan, kesatuan ummah yang ditunggu seperti tidak akan tiba.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved