Rabu, 18 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sukan SEA Myanmar: Sukan pelayaran sumbang dua emas

Posted: 18 Dec 2013 11:26 PM PST

NAY PYI TAW 19 Dis. - Sukan pelayaran berjaya mengutip dua pingat emas pertama untuk negara hari ini menerusi Khairulnizam Mohd. Afendy dalam acara kelas Laser Standard dan kelas International 420 melalui Mohd. Faizal Norizan/Ahmad Shuki Abdul Aziz.

Dua pingat emas itu meletakkan Malaysia kini meraih 32 pingat emas keseluruhan setakat ini. - UTUSAN ONLINE

Nazreen lakar kejutan besar

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

AKSI kemas dipamerkan penerjun cilik, Mohd. Nazreen Abdullah yang menghasilkan pingat emas dalam acara 10 meter platform Sukan SEA 2013 di Pusat Akuatik Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw semalam.

NAY PYI TAW - Baru berusia 15 tahun dan hanya memiliki ketinggian 1.47 meter, Muhd. Nazreen Abdullah bagaimanapun tidak sedikit menunjukkan rasa gentar ketika membuat penampilan sulung di Sukan SEA untuk melakar kejutan merangkul pingat emas terjun 10 meter platform individu di Pusat Akuatik Wunna Theikdi, semalam.

Biarpun emas memang disasarkan dalam acara ini, namun prospek sebenar Malaysia adalah menerusi Ooi Tze Liang, penerjun yang jauh lebih berpengalaman dan lima tahun lebih senior daripada Nazreen.

Malah, misi awal kontinjen terjun negara untuk menyapu bersih pingat emas di Myanmar bermula dengan langkah kanan apabila turut mendominasi acara 3 meter papan anjal wanita menerusi Cheong Jun Hoong yang mengungguli emas, manakala Wendy Ng membawa pulang perak.

Nazreen sememangnya turun ke kolam untuk mencari pingat dan dia berusaha melakukan terjunan paling sempurna dalam enam percubaan, namun tidak pernah terdetik di fikirannya 398.05 mata yang berjaya dikumpul akan menghasilkan emas.

Tze Liang sebaliknya terpaksa menerima hakikat mengutip perak kedua berturut-turut di Sukan SEA selepas mengutip 397.20 mata. Gangsa milik penerjun Indonesia, Adityo Re Putra dengan 338 mata.

Saya memang tidak sangka akan memenangi emas kerana saya tidak pernah terfikir mampu mengalahkan senior sendiri.

Sepanjang terlibat dalam sukan terjun, ini adalah kejayaan paling manis buat saya.

Memang saya tidak menduga, hanya dalam penampilan pertama di Sukan SEA, saya berjaya memenangi emas, " kata Nazreen, yang menerima manfaat besar hasil perguruan selama sebulan di China.

Penerjun yang berasal dari Kuala Lumpur itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Tze Liang, yang disifatkan banyak membantu dan memberi galakkan kepadanya sepanjang latihan.

Saya berjaya melakukan DD (darjah kesukaran) yang diberikan dengan baik, tetapi masih tetap tidak menyangka akan memenangi emas," kata penerjun cilik itu lagi, yang hanya memasuki skuad elit kebangsaan pada awal tahun ini.

Sementara itu dalam 3m papan anjal wanita, Jun Hoong, mengakui terkejut kerana mampu mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu, apatah lagi menumpaskan Wendy.

Saya tidak menyimpan harapan untuk menang kerana Wendy beraksi lebih baik, cuma kualiti terjunan saya mungkin lebih baik kali ini," katanya.

Jun Hoong memenangi emas selepas mengumpul 327.15 mata, meninggalkan Wendy dengan 323.10 mata. Penerjun Indonesia, Indah Eka Purna meraih gangsa (240.35 mata).

Sementara itu khabar gembira diberikan sukan pelayaran yang akan mengharungi hari terakhir hari ini.

Biarpun masih ada empat perlumbaan yang perlu ditamatkan, Malaysia sudah mengesahkan dua pingat emas dalam kelas Laser Standard melalui Khairulnizam Mohd. Afendy dan Kelas International 420 lelaki, Mohamad Faisal Norizan dan Ahmad Shukri Aziz .

Sukan pelayaran sebelum ini sudahpun menyumbangkan sebutir gangsa dalam acara optimist berpasukan. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Yamaha Ego S diperkenalkan

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini melancarkan model terbaharu motosikal, Yamaha Ego S dengan suntikan bahan api YMJET-FI, pada harga RM4,918 sebuah.

Harga bagi Semenanjung Malaysia itu tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat.

Motosikal itu didatangkan dengan reka bentuk moden dengan empat jenis warna merah, hitam, biru dan putih kini boleh didapati di kesemua rangkaian Yamaha di seluruh negara.

Yamaha Ego S kali ini tampil dengan lampu hadapan dan belakang yang baharu, panel meter terkini serta ruang penyimpanan yang lebih besar.

Saiznya yang sederhana membolehkan pengguna menunggangnya dengan lebih selesa. Model ini dibangunkan oleh teknologi terbaik Yamaha Motor Co. Ltd.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat kanak-kanak lemas ditemui selepas seminggu

Posted: 18 Dec 2013 10:33 PM PST

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT 19 Dis. - Mayat seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dilaporkan lemas seminggu lalu di Kampung Sungai Johar, Kuala Krai, akhirnya ditemui tersangkut di celah kayu hanyut di tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pulau Kerbau, Palekbang di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Zaharudin Rasip berkata, mayat tersebut ditemui dalam keadaan terlentang oleh seorang lelaki yang ketika itu sedang memukat di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1 petang

Menurutnya, hasil pengecaman dibuat keluarga mangsa, mayat tersebut disahkan sebagai Noralia Nadirah Rahim yang dilaporkan lemas sejak seminggu lalu di Kampung Sungai Johar, Kuala Krai.

"Mayat mangsa disahkan oleh keluarganya menerusi pakaian yang dipakai mangsa selepas proses pengecaman dijalankan di Hospital Tumpat semalam," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

4 penguat kuasa ditahan polis bertanggungjawab banteras dadah

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Empat penguat kuasa dipercayai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan berhubung pembongkaran dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa, merupakan pegawai yang bertanggungjawab membanteras penyeludupan dadah di pintu masuk negara termasuk di lapangan terbang.

Difahamkan kegiatan penguat kuasa itu yang dilakukan sejak bertahun lamanya hanya terbongkar selepas polis menyiasat sehingga ke akar umbi bagi membanteras penyeludupan dadah yang dikesan tidak pernah putus-putus.

Sumber berkata, pihak polis sebelum ini tidak mengesyaki kegiatan terbabit dilakukan penguat kuasa dari bahagian narkotik jabatan itu sehinggalah seorang lelaki warganegara India ditahan di sekitar ibu negara, Sabtu lalu.

Siasatan mendapati lelaki itu sebenarnya adalah perantara di antara sindiket antarabangsa dengan pihak penguat kuasa terbabit.

Tangkapan itu kemudian mendedahkan penglibatan empat penguat kuasa terbabit meskipun sebelum ini polis tidak menyasarkan penguat kuasa jabatan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas tentang habuan yang diterima penguat kuasa terbabit, sumber tidak menyangkal suspek menerima wang tunai dengan jumlah yang besar iaitu setimpal dengan nilai penyeludupan dadah di pasaran.

Malah kata sumber, kegiatan penguat kuasa itu disyaki bukan baharu bermula tetapi telah terjebak bertahun lamanya.

Polis masih menyiasat jumlah sebenar habuan yang diterima mereka tetapi apabila bercerita tentang nilai dadah, kami pasti mereka memperolehi sejumlah wang yang tinggi.

Kita juga akan menyiasat adakah mereka juga menerima habuan dalam bentuk barangan," kata sumber.

Ditanya sama ada penguat kuasa terbabit pernah terlibat dalam aktiviti membanteras penyeludupan dadah bersama polis, sumber mendedahkan, pegawai berkenaan sentiasa memberi kerjasama yang baik sebelum ini.

Tambah sumber, setakat ini tiada tangkapan baharu namun pihaknya mungkin akan melakukan penahanan lain jika siasatan mendapati mereka terlibat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pekerja Zoo Shanghai maut dibaham harimau

Posted: 18 Dec 2013 10:52 AM PST

SHANGHAI 19 Dis. - Seorang pekerja zoo di sini terbunuh akibat dibaham oleh seekor harimau ketika membersihkan sangkar kelmarin.

Menurut kenyataan Zoo Shanghai yang dikeluarkan menerusi laman sosial Sina Weibo, harimau yang berusia tiga tahun itu membaham lelaki yang berusia 53 tahun tersebut sehingga mati.

Menurut Shanghai Daily, lelaki tersebut yang dijangka bersara tiga tahun lagi dibaham oleh harimau itu sebelum binatang tersebut diberi makanan. - AFP

Pertempuran di Sudan Selatan

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Gambar yang dikeluarkan oleh Republik Selatan Sudan menunjukkan penduduk berlindung di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Juba, semalam. - AFP

JUBA 18 Dis. - Lebih 500 orang terkorban, manakala 800 lagi cedera dalam pertempuran membabitkan penyokong Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan penyokong bekas Naib Presiden, Riek Machar sejak Ahad lalu.

Pertempuran turut dilaporkan berlaku di Pibor, salah satu kawasan di Jonglei.

Pertempuran itu juga disifatkan sebagai persengketaan antara etnik Dinka (penyokong Kiir) dan etnik Nuer (penyokong Machar).

Presiden Kiir berkata, pertempuran bermula apabila penyokong Machar melepaskan tembakan pada mesyuarat parti pemerintah, Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLM) Ahad lalu.

"Ia terus berlarutan pada hari Isnin dan tentera kerajaan kemudian telah berjaya mengawal keadaan.

"Namun, tembakan terus berlaku pada hari Selasa berhampiran istana presiden dan beberapa lagi kawasan di Juba," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki- Moon, semalam menggesa Kiir mengadakan dialog dengan pihak pembangkang bagi menghentikan konflik berkenaan yang semakin meruncing.

Presiden Majlis Keselamatan PBB, Gerard Araud pula berkata, antara 15,000 dan 20,0000 penduduk terpaksa mencari perlindungan di kawasan sekitar Juba ekoran pertempuran itu.

"Majlis Keselamatan PBB menggesa kedua-dua pihak menghentikan permusuhan serta-merta bagi mengelakkan lebih ramai penduduk yang terkorban," katanya.

Amerika Syarikat juga mengarahkan kakitangan diplomatiknya supaya keluar dari Sudan Selatan sebagai langkah keselamatan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Gelombang kedua banjir

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Oleh HERMAN HAMID
utusanktn@utusan.com.my

Mohamed Fauzi Abdul Rahim (depan, tiga kiri) bersama sebahagian anggota dan pegawai polis bersiap sedia menghadapi gelombang kedua selepas sidang akhbar di Pangkalan Marin Wilayah Timur, Kuantan, semalam. - Utusan/ Zakki Jilan

KUANTAN 18 Dis. - Sebanyak 2,971 anggota dan pegawai polis negeri ini terlibat bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta bantuan sekiranya banjir gelombang kedua berlaku seperti mana diramalkan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, di samping itu, pihaknya turut menyediakan 102 kenderaan darat meliputi lori dan pacuan empat roda di samping 42 bot bagi menghadapi bencana kali ini.

"Dari segi polis, kita bersiap sedia sepenuhnya bagi menjalankan tugas seperti mana diamanahkan sama ada tugas menyelamat mahu pun menghantar bantuan.

"Selain itu, aset polis akan turut digunakan bagi rondaan mencegah jenayah sepanjang musim banjir bagi menjamin keselamatan harta benda penduduk terlibat ketika mereka di pusat pemindahan," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Marin Wilayah Timur di sini hari ini.

Yang hadir sama, Komander Polis Marin Wilayah Timur, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad.

Dalam pada itu, Fauzi berkata, penduduk yang diminta berpindah perlu segera berbuat demikian tanpa berlengah bagi melicinkan operasi menyelamat.

"Untuk itu, mereka perlu bersiap sedia dengan dokumen penting kerana apabila diminta berpindah, semuanya boleh dilakukan dengan cepat.

"Apatah lagi ketika ini amaran telah dikeluarkan mengenai kemungkinan banjir gelombang kedua terutama di tiga daerah, Pekan, Rompin dan Kuantan. Jadi, ikuti perkembangan semasa banjir terutama di sekitar kawasan tempat tinggal supaya kita bersiap sedia," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta penduduk tidak meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas seperti mana sebelum ini sehingga mengganggu tugas menyelamat dan penghantaran bantuan.

Mengenai kes kecurian di rumah mangsa banjir ketika mereka berada di pusat pemindahan, Fauzi berkata, setakat ini tidak ada laporan diterima.

"Aspek rondaan cegah jenayah sentiasa diberi penekanan. Jadi orang ramai diminta jangan bimbang, yang penting bila diarah pindah kita kunci rumah dan pindah," ujarnya.

Barangan keperluan mencukupi

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Ahmad Dahuri Mahmud (kiri) bersama pegawai KPDNKK membersihkan kerusi yang berlumpur ekoran kesan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 18 Dis. - Pemantauan berterusan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) berjaya memastikan bekalan barangan keperluan di negeri ini termasuk di daerah yang dilanda banjir sentiasa mencukupi.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ahmad Dahuri Mahmud berkata, malah hasil pemeriksaan turut mendapati tiada peniaga yang menjual barangan keperluan melebihi harga ditetapkan.

"Kita sentiasa mengawal barangan keperluan agar mencukupi dan peniaga tidak mengambil kesempatan memanipulasikan harga barangan pada musim banjir dengan mengaut keuntungan yang berlebihan semasa permintaan meningkat.

"Semua anggota penguat kuasa telah digerakkan bagi mempertingkatkan pemeriksaan dan membuat pemantauan yang aktif ke semua peringkat perniagaan iaitu pembekal, pengedar, pengimport, pemborong dan peruncit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program gotong-royong oleh 130 sukarelawan dari kementerian itu dan bomba Jerantut bagi membersihkan peralatan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar di sini kelmarin.

Sekolah tersebut mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila air naik sehingga paras 1.6 meter selama seminggu menyebabkan banyak peralatan yang rosak.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 50 pegawai baharu kementerian dari seluruh negara kini berkursus di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dekat sini.

Tambahnya, semua peserta kursus didedahkan dengan pelbagai prosedur kerja serta semangat tanggungjawab sosial bagi membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Bantuan kerajaan setakat di pusat pemindahan

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

KUANTAN 18 Dis. - Agensi kerajaan hanya bertanggungjawab menguruskan bantuan kepada mangsa banjir ketika mereka berada di pusat pemindahan.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail (gambar) berkata, selepas pulang ke rumah, mangsa kebiasaannya menerima sumbangan pihak lain seperti korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.

''Maka, perlu dijelaskan di sini, bantuan kepada mangsa yang diurus pihak kerajaan adalah ketika mereka di pusat pemindahan. Bila mereka pulang ke rumah, kita tidak lagi terlibat.

''Bantuan yang datang daripada korporat, NGO dan sebagainya itu diuruskan penyumbang kerana mereka mahu agih sendiri bantuan tanpa melalui penyelarasan pihak kita. Jadi mereka kenal pasti sendiri mangsa terlibat," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri diminta mengulas keluhan mangsa banjir di daerah ini yang merungut tidak lagi menerima bantuan daripada pihak kerajaan selepas mereka dibenar pulang ke rumah.

Dalam perkembangan berasingan, Muhammad Saffian dalam sidang akhbarnya semalam memaklumkan, tiga pusat pemindahan utama ditetapkan kerajaan bagi menempatkan mangsa di daerah ini sekiranya gelombang kedua banjir berlaku seperti mana diramalkan.

Beliau berkata, lokasi tersebut ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ching, Wisma Belia dan Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota.

Menurutnya, ketiga-tiga lokasi tersebut dipilih kerana bebas daripada bencana banjir seperti mana pada gelombang pertama awal bulan lalu.

''Tiga pusat ini sahaja mampu menampung sekurang-kurangnya 10,000 mangsa dan jika jumlah bertambah, kita akan buka pusat pemindahan lain yang telah dikenal pasti," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Suami isteri bebas tuduhan dera amah

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

MOHD. Shukur Suradi dan Daeng Norulasyikin Bachok melambaikan tangan kepada jurugambar dan wartawan di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru, semalam. - BERNAMA

JOHOR BAHRU 18 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan sepasang suami isteri daripada sabitan dan hukuman penjara 15 tahun serta sebatan 10 kali atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Mohd. Shukur Suradi, 29, dan guru, Daeng Norulasyikin Bachok, 28, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 19 Jun lalu.

Mohd. Shukur sebelum ini dihukum penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali manakala isterinya dipenjara 15 tahun kerana mencederakan mangsa yang hanya dikenali sebagai Marsini, 21, menggunakan pisau, kayu golf, penyangkut baju, tali pinggang, air panas, minyak panas, senduk panas serta sudu panas.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kediaman mereka di No. 7, Jalan Utama 5, Taman D Utama, Perling, di sini, antara Julai dan 23 September tahun lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Kedua-dua tertuduh juga dihukum penjara 10 tahun atas pertuduhan memperdagang Marsini di alamat yang sama pada 23 September tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Samsudin berkata, hakim Mahkamah Sesyen melakukan kekhilafan dalam menilai kes, selain keterangan saksi-saksi yang berkecamuk.

Menurutnya, tiga elemen perlu dibuktikan bagi pertuduhan pertama iaitu kedua-dua perayu sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa, cedera parah disebabkan senjata atau alat yang menyebabkan kematian serta perbuatan adalah secara bersama.

"Sebaliknya, mahkamah mendapati keterangan pegawai siasatan hanya semata-mata hasil siasatan dan tidak mempunyai keterangan langsung mengaitkan perayu dengan mangsa, selain ia tidak padan untuk mengaitkan kedua-dua perayu dengan kecederaan dihadapi mangsa.

"Bahkan, sejarah sakit mangsa juga tidak mempunyai sokongan,'' kata beliau.

Di samping itu, Samsudin berkata, keterangan yang berkecamuk berlaku berikutan pihak pendakwaan melonggokkan beberapa perilaku lain dalam tempoh kejadian menyebabkan wujudnya prejudis untuk disabitkan pertuduhan menyebabkan kecederaan parah.

Berhubung tuduhan memperdagangkan pembantu rumah, beliau berkata, mahkamah mendapati kedua-dua perayu memiliki ejen mendapatkan pembantu rumah dan tiada keterangan bahawa mangsa diambil dan disimpan bagi tujuan perhambaan.

"Mahkamah telah mendengar rayuan serta penghujahan kedua-dua pihak selain mengkaji, meneliti dan memperhalusi setiap keterangan secara keseluruhan yang terdapat dalam rekod rayuan untuk mencapai keputusan yang wajar dan seadilnya.

"Oleh itu, rayuan dibenarkan dan sabitan diketepikan dengan kedua-dua perayu dibebas dan dilepaskan atas kedua-dua tuduhan berkenaan,'' katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abdul Majid manakala Mohd. Shukur dan Daeng Norulasyikin diwakili peguam, Muhammad Ashraf Mohd. Diah.

'Bisikan halus' punca lelaki serang polis, tetak pesara

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Oleh ROSALINDA MD.SAID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Seorang penghantar surat yang menghadapi tuduhan menyerang anggota polis dan menetak leher seorang pesara mendakwa dia bertindak demikian setelah mendengar bisikan halus yang menyuruhnya 'berkebun'.

Rizlan Johan, 34, di Mahkamah Majistret di sini hari ini turut mendakwa mendengar suara tersebut sebanyak dua atau tiga kali dalam tempoh beberapa tahun sejak kebelakangan ini.

Lelaki itu menyatakan demikian melalui sahabat mahkamah (amicus curie) selepas mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, Rizlan didakwa menyerang Koperal Mohd. Faizal Dollah, 42, dengan sebilah parang di hadapan Restoran Muhibah, Jalan Bangsar di sini pada pukul 10.39 pagi, 4 Disember lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Zhamaliah Mohamad Ismail mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Tertuduh juga mengaku bersalah atas pertuduhan menetak leher sebelah kiri seorang pesara yang cacat penglihatan, Ahmad Yaakob, 59, sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa pada pukul 10.30 pagi di restoran dan hari yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda dan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut.

Berikutan dakwaan tertuduh, Majistret Nur Azura Murah memerintahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Hulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan sebelum beliau menjatuhkan hukuman.

Beliau menetapkan 16 Januari tahun depan untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan tertuduh.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah memukul muka Ahmad serta pada masa sama mengeluarkan sebilah parang dan meletakkan senjata itu di tengkuk mangsa.

Tertuduh terus menyerang dan menetak bahagian leher mangsa dan akibat kejadian itu Ahmad telah mengalami kecederaan.

Rizlan juga enggan menyerah diri biarpun dengan kehadiran polis apabila bertindak menghayunkan parang ke arah Mohd. Faizal sehingga menyebabkan anggota polis itu terpaksa melepaskan tembakan ke kaki kanan tertuduh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Keena sudah berpunya

Posted: 17 Dec 2013 08:52 AM PST

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHAMMED NOOR

KEENA sungguh peramah dan mesra orangnya tetapi berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan tentang dirinya.

ORANGNYA sangat periang dek kerana kemesraan serta gelak tawanya yang sungguh mencuit hati. Walaupun nampak ganas tetapi tutur katanya sangat lembut.

Selain itu, dia juga kelihatan tidak kekok ketika berbicara. Mungkin pengalaman selama lima tahun mendepani kehidupan dalam dunia serba glamor memberi semangat kepada Keena untuk terus dikenali masa kini.

Ketika mengadakan sesi fotografi bersama Hits, Keena, bekas pelajar rancangan Mentor musim ketiga ini sesekali tersenyum manja apabila diusik.

Biarpun pernah dikenali sebagai protege kepada penyanyi rock, Awie, namun penampilan awal Keena mula terbentang luas ketika menerima tawaran berlakon sehingga dia terlupa tentang impiannya untuk bergelar penyanyi.

"Saya tidak kisah kalau orang tidak kenali saya sebagai seorang penyanyi. Apapun saya berbangga dan bersyukur apabila dianugerahkan bakat dalam kedua-dua cabang seni iaitu menyanyi dan berlakon.

"Cita-cita saya mahu bergelar anak seni yang serba boleh," kata anak kelahiran Kelantan itu yang kini sudah mula mengorak langkah dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Saat ditanya mengenai kisah cintanya, wajah pelakon yang sudah menginjak usia 26 tahun ini berubah merah padam dan cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan itu.

Mana tidaknya, baru-baru ini Keena telah memuat naik gambar sedang berpegangan tangan dengan seorang penyanyi terkenal dari seberang, Firman. Gambar itu telah mencetuskan banyak persoalan daripada pelbagai pihak.

Ada yang mengatakan mereka sedang hebat diulit cinta. Namun, semua itu Keena sangkalkan. Katanya, itu hanya gambar dan berharap semua orang tidak akan salah faham.

"Jangan mentafsir benda yang bukan-bukan. Saya tahu Firman sudah kahwin. Mana mungkin saya akan melakukan perbuatan yang boleh mencalarkan nama saya.

"Gambar itu diambil ketika saya bertemu dengannya sebagai seorang peminat dan kami juga bakal membuat kerjasama untuk lagu yang saya ciptakan khas buat Firman," luahnya tanpa berselindung.

Berkali-kali Keena menidakkan dia bercinta dengan Firman sehingga membuat pengakuan bahawa hatinya sudah berpaut pada seorang jejaka yang masih dirahsiakan identitinya.

"Apa yang saya mahu katakan, saya sudah 10 tahun mencintai lelaki itu. Kami sudah lama kenal. Dia juga banyak membantu perkembangan seni saya.

"Dia (kekasih) menerima saya seadanya. Dia juga gembira kerana dapat melihat perjalanan seni saya bergerak di depan matanya," kata Keena atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab.

Kahwin? Belum masanya

Soal berumah tangga memandangkan usia semakin naik, Keena hanya menjawab masanya belum tiba.

Tidak mahu merahsiakan perkara yang baik tetapi Keena agak berhati-hati untuk bercerita mengenai masa depannya itu. Bukan apa, bimbang nanti apa-apa perkara tak baik berlaku di kemudian hari jika ia dicanang sebelum waktunya.

"Jika betul ada jodoh, saya akan terimanya dan bersedia menjadi isteri kepada orang yang saya cintai.

"Buat masa ini, saya masih tidak bersedia untk menjadi suri orang. Bagi saya, masanya belum tiba kerana perjalanan seni saya sebagai penyanyi dan pelakon masih jauh di depan," katanya.

Hasrat untuk mendirikan rumah tangga kata Keena akan tiba jika semuanya sudah bersedia.

"Kahwin bukan perkara yang main-main. Jadi saya kena merancang semuanya dengan baik walaupun keluarga tidak terlalu mengambil kisah tentang cinta saya.

"Sebab itu saya cuba untuk mengelakkan diri daripada pelbagai kontroversi. Penat juga rasanya kalau nama selalu dikaitkan dengan pelbagai gosip liar.

"Bagi saya, kalau betul hendak buat kontroversi, biarlah benda itu tidak keterlaluan sehingga memberi kesan kepada keluarga,"katanya.

Ubah penampilan

Posted: 17 Dec 2013 08:52 AM PST

TAMPIL seksi? Saya tidak akan melakukan semua itu lagi! Itu jawapan pengacara dan model terkenal dunia, Heidi Klum yang enggan melihat dirinya memakai bikini selepas merasakan tidak sesuai seiring dengan usianya yang sudah mencecah 40 tahun.

Seperti dipetik laporan Hollywoodreporter, Klum antara model popular pakaian dalam jenama Victoria Secret ini merasakan untuk berjalan catwalk dengan memakai pakaian dalam pada usia sudah lanjut adalah suatu perkara yang tidak sesuai.

"Saya tidak akan menjadi model dan berjalan dengan hanya memakai pakaian dalam lagi. Saya sudah mula rasa kurang selesa," katanya.

Namun begitu, itu tidak bermaksud dia akan behenti sepenuhnya dari bidang peragaan kerana beliau masih lagi menerima tawaran untuk sesi fotografi untuk majalah dan iklan.

Dalam pada itu, Heidi yang kini berpacaran dengan Martin Kirsten seorang pengawal peribadi masih terlibat dengan program Germany's Next Top Model dan Project Runaway sedang dalam proses untuk melancarkan jenama pakaian kanak-kanak miliknya sendiri iaitu Barbies R Us.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


'Berkat, tepat, cepat' gaya Idris

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

DATUK Seri Idris Haron baru berusia 46 tahun ketika menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka.

Kini menginjak 47 tahun, perwatakan beliau macam dulu. Sama semasa usianya baru 34 tahun menyandang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah - berterus terang meskipun agak pahit ditelan.

Sepanjang duduk bersembang dua jam dengan beliau di Tingkat 11, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Ayer Keroh kelmarin, itulah sikapnya.

Dan apabila penulis menanyakan bagaimana beliau mahu mengelakkan tragedi sama menimpa 'Tok Ali' atau Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berulang meskipun di bawah tadbirannya (Mohd. Ali), Melaka ada segala-galanya, hatta sumbangan kepada kaum Cina Melaka tidak ternilai banyaknya, Idris ada suatu yang menarik untuk dikongsi bersama:

"Politik adalah permainan angka, bukannya kira angin tetapi perlu objektif. Kualiti penting tetapi kuantiti lebih penting lagi. Pada saya, kerja-kerja pendaftaran (pengundi) di kawasan 'putih' adalah perkara paling utama mesti dilakukan oleh setiap ahli politik.

"Ini terutama mengambil kira keperluan melalui pembinaan rumah-rumah mampu milik, industri bercampur dan pusat-pusat pelancongan.

"Kalau kedudukan geopolitik dan sosio politik ini diambil kira, saya yakin kejadian (Ketua Menteri kalah mengejut di Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum 5 Mei lalu) menimpa Tok Ali boleh diminimumkan," kata beliau.

Dalam hal ini, Idris mengambil contoh yang agak berani sehingga penulis 'tersentak' seketika. Kata beliau:

"Kita dapat lihat satu 'politik tragedi' apabila semua pembangunan dilimpah-ruahkan di satu tempat sahaja - di Bukit Katil dan Ayer Keroh malahan kawasan berdekatannya di Bukit Baru. Semuanya ada di sini (dalam satu kawasan) - Wisma Persekutuan, Seri Negeri, MITC, IPK, Bomba, KWSP, Yayasan Melaka, Jabatan Hasil Dalam Negeri... segalanya berpusat.

"Tapi kita masih kalah DUN Ayer Keroh, DUN Bukit Baru, DUN Bachang dan Parlimen Bukit Katil (dianggap meliputi satu kawasan).

"Mengapa kawasan membangun ini semuanya kita kalah? Sebab itu dalam pembangunan perlu ada instrumen politik.

"Kekhuatiran kita adalah apabila ada cukup pembangunan, (pengundi akan anggap) tak perlulah kebergantungan lagi pada kerajaan (negeri) sedia ada. Semua dah ada, kenapa nak sokong kerajaan lagi dah," katanya.

Sebab itu kerajaan Barisan Nasional, kata Idris kena berkira-kira. Yakni, apabila melakukan pendaftaran pengundi, pastikan memperoleh penyokong yang tidak hipokrit. Yang benar-benar kotakan janji apabila masukkan kertas undi ke dalam petinya. Bukan setakat sokong semasa pilihan raya sahaja, tetapi sekarang!

Berpegang kepada prinsip 'hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini', Idris yang kini menggerakkan hala tuju wawasan 'Melaka Maju Fasa 2' mahu segala-galanya bermula dengan keberkatan. Apabila ada niat untuk keberkatan, Insya-Allah kata Idris, dalam mencapai kerja yang tepat dan cepat, semuanya akan berjalan lancar dan lurus.

"Untuk ini jugalah pada Jumaat ini (20 Disember 2013 ini) saya akan bawa salah satu pendekatan baharu yang mana kerajaan negeri Melaka akan menandatangani ikrar integriti dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Antaranya, sejumlah 10 jabatan termasuk pasukan bola sepak Melaka akan tandatangani ikrar integriti bersama SPRM. Apa maksudnya? Maknanya, mereka akan nyatakan komitmen bahawa kalau tertangkap, akan terima hukumannya, bersetuju diperiksa dan terdedah kepada siasatan pada bila-bila masa oleh SPRM.

"Untuk kontrak-kontrak melibatkan kerajaan negeri seperti sebut harga dan tender pula, perlu ada kehadiran dan pemantauan pegawai SPRM.

"Kemudian, dalam waktu terdekat ini semua bilik pegawai di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka iaitu kesemuanya 16 bilik termasuk bilik setiausaha politik, setiausaha sulit kanan akan dipasang kamera litar tertutup (cctv) yang dipantau terus oleh Ketua Menteri.

"Ini untuk pastikan supaya tindakan-tindakan mereka diperhati dan dirakam. Mereka tidak ada pilihan...boleh sambung kontrak atau tidak, melainkan melayan pelanggan (rakyat) dengan baik," kata beliau.

Ditanya tidak gusarkah beliau dengan kritikan dan hentaman terutama daripada pihak pembangkang dari pendekatan yang digerakkannya, kata Idris:

"Ya, macam-macam mereka kata... ini CM (Chief Minister) bodohlah, Idris ini 'jurutera' apa...tapi bagi saya 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'. Dalam politik apabila kita dibantai, kita akan jadi lebih kuat, lebih tangkas. Cuma, yang saya hairan ketika semua anggota pembangkang bantai saya, bekas ketua pembangkang mereka terpaksa pula letak jawatan hanya kerana menunjukkan rasa hormat pada Ketua Menterinya. Ini juga menjadikan Melaka satu-satunya DUN dalam dunia yang tidak ada ketua pembangkang."

Beliau turut menjelaskan kedudukan sebenar kekeliruan atau keserabutan beberapa isu yang telah dipolitikkan pembangkang. Isu Jonker Walk - sebab dibuka laluan Jonker Walk ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Apabila dibuka, laluan ke lapangan terbang di Batu Berendam pun lancar.

Pentadbiran Idris juga mahu menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sebagai 'air taxi station' untuk operasi penerbangan jet (pesawat) peribadi eksekutif. Katakan jika ada pelanggan mahu terbang dari Pulau Pinang ke Bangkok, maka jet dari Melaka akan ke Pulau Mutiara untuk perkhidmatan ini dan selepas itu pesawat akan kembali ke garajnya di Melaka. Pada masa sama, kerjasama dengan lain-lain syarikat penerbangan seperti Sriwijaya Air, Malindo Air dan Air Asia diteruskan.

Dalam rancangan membina lebuh raya bertol sepanjang lebih 60 kilometer bagi mengatasi kesesakan lalu lintas setiap hujung minggu atau cuti umum di negeri itu yang menelan kos RM6 bilion, Idris memberitahu, perancangan jalan baharu tidak boleh sekadar bersandarkan keperluan sekarang semata-mata. Tetapi mesti memandang jauh ke depan untuk keperluan 50 atau 100 tahun akan datang.

Ditanya cabarannya dalam mentadbir sebuah negeri maju seperti Melaka yang banyak mata 'melilau' mahu merampasnya dalam pilihan raya umum akan datang, kata Idris:

"Kalau kita maju tanpa kita mengukur kemajuan setiap masa, kita akan akan khayal dan alpa. Untuk jadikan tidak alpa, kita mesti tengok negara maju lain yang mana kita masih tertinggal di belakang dan lihat juga negeri lain yang tidak maju, bahawa betapa bagusnya kita berbanding mereka.

"Kita tahu Melaka maju menerusi pengiktirafan OECD (Organization for Economic Cooperation & Development). Melaka diiktiraf menepati 33 standard OECD sebagai negeri membangun dan maju."

OECD yang beribu pejabat di Paris menjadikan 32 petunjuk yang sesuai digunapakai untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negeri/negara. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.

Bagi Idris, beliau tidak kisah dicerca pembangkang, asalkan segala yang dilakukannya dimulakan dengan keberkatan.

"Seorang Melaka adalah yang kalau ada sampah di tangannya, dia lebih rela kotorkan koceknya dari kotorkan alam sekitar.

"Suatu ketika juga Sungai Melaka yang disebut Venice of East kira-kira 600 tahun lalu dengan di muaranya lebih 80 bahasa dipertuturkan pernah mundur akibat kelemahan pentadbirannya.

"Tetapi hari ini sudah menjadi 'mutiara' berwajah baharu pula. Inilah hasilnya jika kita tukar masalah kepada peluang," kata Idris penuh makna.

Kadar tol naik, berbaloikah untuk pengguna?

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Oleh Fauziah Arof

MAHU atau tidak, kita harus mengakui perkara yang membabitkan hal-hal kenaikan harga barangan atau perkhidmatan sememangnya cukup sensitif di hati rakyat. Senang cakap, rakyat cukup pantang mendengar harga barangan naik.

Sebabnya, begitu ramai pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini. Mereka inilah yang terpaksa menanggung bebannya apabila berlakunya sebarang kenaikan barangan keperluan mahupun perkhidmatan.

Kita baru hendak mengejar status negara berpendapatan tinggi, belum pun sampai lagi ke tahap itu, tetapi itulah yang ketaranya ketika ini banyak harga barangan atau perkhidmatan mahu naik.

Jadi apabila dikatakan kadar tol di beberapa lebuh raya utama negara akan dinaikkan, ia sudah pasti membangkitkan lagi rasa marah dan tidak puas hati orang ramai. Setelah menghadapi kenaikan harga petrol, gula, tarif elektrik naik tahun depan dan barang-barang keperluan lain yang turut dinaikkan peniaga, sudah tentu cadangan kenaikan ini bagaikan menyimbah minyak ke dalam api.

Mana tidaknya, ini bermakna kos sara hidup akan terus meningkat dan meningkat lagi tetapi pada masa yang sama pendapatan bulanan banyak itulah juga.

Rasa tidak puas hati dan marah ini, boleh ditinjau di mana-mana malah dalam laman-laman sosial juga. Seharusnya, pendapat dan suara-suara mereka inilah yang perlu diambil kira dan dinilai apabila membuat sebarang keputusan.

Ramai yang mempersoalkan tidak untungkah lagi syarikat-syarikat pengendali lebuh raya ini mengutip tol setiap hari dan kenapa perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat pengendali tidak boleh disemak semula demi kepentingan rakyat.

Sesuatu yang perlu diketahui dan diakui, rakyat tidak teruja atau mahu mendengar berapa juta atau bilionkah yang diperuntukkan untuk mana-mana projek bertahap mega. Yang mereka tahu dan mahu, apakah pulangannya kepada rakyat, dan apa yang kerajaan boleh lakukan untuk mengurangkan bebanan mereka.

Ini kerana rumah perlu dibayar ansuran bulanan, atau sewaan, duit perbelanjaan untuk makan, persekolahan anak-anak, kenderaan perlu diisi petrol, bil-bil asas, kos rawatan penyakit dan macam-macam lagi.

Paling tidak rasional, mengapa perlu membayar tol di lebuh raya-lebuh raya yang sentiasa sesak. Ada kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya diletakkan plaza tol pun kerana ia hanya menyesakkan lagi laluan terutama di waktu puncak, masa pergi dan pulang bekerja. Bukankah sepatutnya, caj tol itu dikutip untuk melancarkan lagi perjalanan, bukan menyesakkan lagi jalan.

Aku bayar RM1.10 untuk sia-sia saja. Pagi ke, petang ke macam inilah sesaknya. Ini bukan aku nak minta duit tahu, nak kasi duit pun terpaksa beratur panjang," bebel seorang teman kepada saya ketika saya menumpang kenderaannya untuk ke pusat bandar raya Kuala Lumpur, baru-baru ini. Marah betul dia dalam mengharungi ribuan kenderaan yang merangkak-rangkak menuju ke tol.

Tentunya, ramai melalui perkara yang sama yang membuatkan kita sering terlewat ke tempat kerja, menghadiri majlis-majlis dan mesyuarat-mesyuarat penting dan macam-macam urusan harian yang sepatutnya boleh dibereskan awal, akhir menjadi lewat pula.

Sepatutnya, perkara-perkara seperti ini perlu dipertimbangkan. Kenaikan kadar tol berbaloikah untuk rakyat jika terpaksa mengharungi arus kenderaan yang panjang dan banyak masa serta tenaga, dihabiskan di jalan raya saja.

Kita mahukan rakyat hidup berkualiti. Tetapi kualiti apa sangat yang dapat dinikmati sekiranya, selepas solat subuh terus menghidupkan enjin kenderaan pergi ke tempat kerja dengan lebih awal kerana bimbang akan kesesakan jalan raya, begitu juga pada waktu pulang kerja, keluar awal pun sampai ke rumah lewat juga. Anak-anak sudah tertidur menanti ibu bapa pulang.

Dan janganlah memberi alasan pengguna boleh menggunakan jalan alternatif mengelak tol. Penggunaan lebuh raya kini adalah satu kemestian bukan lagi ada jalan alternatif boleh mengelak tol. Jika ada pun berbatu-batu jauhnya.

Tidak logik kerja di Kuala Lumpur, duduk di Shah Alam terpaksa mencari jalan jauh, berpusing-pusing untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan tol. Berilah penjelasan yang lebih rasional daripada meminta orang ramai mengelak menggunakan atau membeli itu dan ini apabila harga sesuatu perkhidmatan atau barangan itu naik.

Apabila terus-terusan memberikan alasan yang serupa setiap kali harga barangan atau perkhidmatan naik, ia akan memberi persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Sedangkan banyak usaha yang telah dibuat untuk manfaat rakyat, tenggelam begitu saja, akibat salah beri penjelasan.

Bagaimanapun saya tetap percaya, sudah tentunya kerajaan mempunyai formula terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat. Asas kepada formula itu sudah tentulah dengan mendengar keluh kesah rakyat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Suami taksub Internet

Posted: 17 Dec 2013 08:52 AM PST

PEMILIKAN gajet atau telefon-telefon pintar memang menjadi satu gaya dan keperluan hidup masa kini. Bukan sahaja orang dewasa dan remaja, malah kanak-kanak seawal usia setahun pun telah diperkenalkan dengan gajet-gajet ini.

Akibat terlalu taksub dengan permainan dalam gajet atau telefon pintar menyebabkan ramai dalam kalangan remaja dan kanak-kanak sudah tidak seperti dahulu lagi.

Mereka lebih suka menyendiri daripada beramah mesra apabila bertemu dengan saudara-mara dek terlalu asyik menghadap permainan yang tersedia di dalam gajet-gajet berkenaan.

Kisah ini bukannya berkenaan telefon pintar, namun ketaksuban pemiliknya bersama alat ini menyebabkan isteri tidak berpuas hati dan rasa terbeban.

Cerita bermula di sebuah hospital swasta ketika saya sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor, apabila melihat pasangan suami isteri ini yang masih muda bersama empat orang anak-anak yang masih kecil memasuki kaunter pendaftaran.

Apa yang menjadi kemusykilan, daripada mengambil borang, menulis dan kemudian menyerahkannya kepada petugas di kaunter pendaftaran, semua si isteri yang bereskan.

Si suami hanya terus duduk sambil menghadap telefon pintarnya tanpa memandang kepada si isteri yang bersusah payah mendukung bayi mereka mungkin berusia beberapa bulan.

Sesekali mata si isteri menjeling ke arah suami yang dilihat tekun bermain dengan telefon pintar tanpa mengendahkan tiga lagi anak-anaknya yang sedang berlari-lari di ruang menunggu hospital berkenaan.

Sambil memanggil-manggil lembut nama anak-anaknya menyuruh mereka duduk dan diam sebentar, si isteri yang berusia lewat 20-an itu akhirnya melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di sebelah saya.

Raut wajah isteri yang keletihan jelas kelihatan sambil mengawasi ketiga-tiga anak lelakinya yang berlari-lari dan memanjat kerusi di ruang berkenaan.

Rasanya wanita muda itu juga mungkin berasa agak malu kerana melihat keletah anaknya yang mungkin akan menganggu pesakit lain yang juga sedang menunggu di ruang berkenaan.

Dia cuba meredakan keadaan anak-anaknya di samping anak kecil dalam pangkuannya merengek-rengek kecil, sedangkan si suami terus fokus dengan telefon pintarnya.

Dalam suasana demikian, saya terus mengucapkan salam dan bertanya kepada wanita muda itu siapakah yang sedang sakit dan perlu berjumpa doktor.

Setelah salam dijawab sambil memperkenalkan diri sebagai Ida (bukan nama sebenar), dia berkata, dirinya dan anaknya yang kecil itu sedang demam panas.

Sambil cuba mengawal anak-anaknya menerusi ekor matanya, Ida sesekali menjeling ke arah suaminya yang tetap duduk mendiamkan diri bermain dengan gajetnya.

Apabila ada anak-anaknya yang memegang kaki seluar atau memanggil ayahnya, si suami hanya membatukan diri. Tidak semena-mena si suami bingkas bangun dan terus keluar dari ruang menunggu sambil memegang telefon bimbit dan tangan kirinya pula memegang tangan salah seorang anaknya seraya menariknya keluar hospital.

"Ha dah naik anginlah tu," tutur Ida perlahan.

Mengetahui perasaan ingin tahu saya, Ida terus bercerita, suaminya itu memang amat taksub dengan telefon pintarnya apatah lagi terlalu ketagih dengan Internet dan aplikasinya.

Biar apa yang dia lakukan, malah baru terbangun dari tidur pun, telefon pintarnya yang dia akan pegang dahulu.

"Pernah beberapa kali kami ke pasar raya tetapi balik semula mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal biarpun pemergian kami itu tidaklah lama.

"Saya pun tidak tahu kenapa, suami saya tidak boleh berenggang dengan telefon pintarnya. Waima apa yang dibuat telefon mesti ada di tangan seolah alat itu lebih penting berbanding saya dan anak-anak," ujar Ida jujur.

Biarpun agak lega kerana suaminya tidak menggunakan telefon tersebut untuk berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan wanita lain, tetapi berbekas juga rasa geram dan sakit hati.

Kata Ida, akibat terlalu 'berkepit' dengan telefon banyak kerja-kerja di rumah tertangguh. Hubungannya dengan anak-anak juga semakin renggang sebab dia lebih suka menghadap telefon atau gajet-gajetnya yang lain daripada melayan anak-anak.

"Perangainya itu bukan hanya di sini sahaja, kalau di rumah lagi teruk. Asyik bermain dengan telefon bimbit atau gajet-gajetnya, sedangkan saya tidak menang tangan menguruskan rumah dan anak-anak," katanya.

Malah kata Ida, suaminya pernah diberi surat amaran oleh ketuanya kerana terlalu kerap bermain dengan telefon bimbit sehingga cuai dengan kerja-kerja di pejabat.

Ida mengakui, sejak mula berkahwin suaminya memang seorang yang agak malas untuk mencampuri urusan rumah tangga kerana baginya, menjaga anak dan rumah diserahkan bulat-bulat pada tangan isteri.

Kini selepas terjebak dengan pengaruh telefon bimbit, perangainya bertambah teruk.

Suaminya akan berhabis duit untuk mendapatkan telefon pintar yang terbaharu di pasaran walaupun telefon yang ada masih elok lagi.

Dia juga sanggup berhabis duit untuk mendapatkan pelbagai aplikasi bagi membolehkan dia mengakses laman-laman yang diingini.

Begitu juga dengan peralatan canggih lain. Ida mengakui suaminya juga membeli gajet-gajet lain untuk simpanan dan digunakan sepanjang waktu terluang.

Menurut Ida, setiap hari suaminya akan menghabiskan masa berjam-jam menghadap gajet-gajet berkenaan sehinggalah ke awal pagi sebelum tidur sekejap dan kemudian pergi kerja.

Keadaan itu menyebabkan dia sering mengantuk di pejabat dan kerap ditegur oleh ketuanya.

"Kadang-kadang saya ada juga beri dia nasihat agar jangan terlalu obses dengan penggunaan Internet dan telefon bimbit, namun nasihat saya sedikit pun tidak dihiraukan.

"Saya rasa dia kena jumpa dengan pakar psikiatri kerana terlalu taksub dengan telefon bimbit," katanya separuh bergurau.

Tidak mengiakan, tidak juga menidakkan, saya hanya mampu tersenyum. Di dalam kepala saya terfikir sejenak berkenaan obses terhadap penggunaan Internet dalam gajet yang tidak mendatangkan kebaikan kepada si pemiliknya.

Seingat saya obses terhadap penggunaan Internet dalam gajet ini hanya berlaku pada remaja dan kanak-kanak, rupa-rupanya lelaki yang sudah beranak-pinak juga tidak terkecuali.

Biarpun diketahui gaje-gajet berkenaan digunakan sebagai alat untuk memudahkan perhubungan tetapi jika keterlaluan dalam penggunaan pasti mendatangkan kemudaratan.

Apabila ditanya sampai manakah tahap kesabaran Ida terhadap suaminya itu, dia menjawab selagi dia boleh bersabar dia akan cuba bertahan sambil itu dia juga akan cuba berdoa agar suaminya sedar dengan kesilapannya itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Operasi banteras iklan ah long

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

KULAIJAYA 17 Dis. - Iklan-iklan ah long di kawasan awam dilaporkan semakin berkurangan hasil Ops Cantas Khas yang dilancarkan secara berterusan di seluruh daerah ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Asisten Supritendan Lyidia Mastura Alias berkata, namun masih terdapat ah long yang keras kepala dengan menaikkan semula iklan perkhidmatan mereka.

"Mereka turut mengedarkan risalah atau kad nama di premis perniagaan sama ada menerusi peti pos ataupun diselitkan di pintu premis serta pengelap cermin depan kenderaan.

"Operasi hari ini mensasarkan untuk menurun atau menanggalkan sekurang-kurangnya 200 poster di empat lokasi 'panas' di sekitar Taman Putri dan Bandar Putra.

"Tindakan seterusnya mengemukakan nombor tertera kepada syarikat telekomunikasi untuk disenaraihitamkan," katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi membanteras iklan ceti haram, di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi berkenaan mendapat kerjasama daripada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu).

"Operasi selama tujuh jam yang bermula kira-kira pukul 8 pagi berkenaan diadakan di empat lokasi iaitu Taman Putri Fasa 1, 2, 11 dan 12 selain Jalan Kempas serta Jalan Merbau di Bandar Putra," katanya.

Tambah Lyidia Mastura, pihaknya telah menahan 10 individu yang melakukan kesalahan terbabit manakala lapan daripadanya telah didakwa di mahkamah sepanjang tahun ini.

"Pesalah boleh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang Pindaan 2010 dan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

"Maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan ini amatlah dialu-alukan. Bagaimanapun, mengenai aduan berhubung poster ah long ini biasanya dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Kes denggi di Johor meningkat akibat banjir

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Ayub Rahmat (dua dari kanan) tertarik melihat pokok diperbuat daripada botol plastik yang dikitar semula sambil diperhatikan Onn Jabbar (dua dari kiri) sempena Seminar Alam Sekitar 2013 di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 17 Dis. - Bencana banjir yang berlaku di negeri ini turut menyebabkan pertambahan jumlah kes denggi terutama di Segamat yang menyaksikan seorang lagi menjadi mangsa penyakit bawaan nyamuk tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah kematian di seluruh negeri kini meningkat kepada sembilan orang akibat korban terbaru itu.

"Faktor hujan yang mengakibatkan air bertakung dan sikap masyarakat yang tidak mengambil berat keperluan memusnahkan kawasan takungan air menjadi punca peningkatan kes denggi seperti tin kosong dan kawasan takungan air yang dibiarkan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Ini merupakan perkara serius yang memerlukan tanggungjawab semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan menyelesaikan masalah ini dari peringkat awal lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Alam Sekitar 2013, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar.

Dalam pada itu, Ayub berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri juga sudah bersiap-sedia untuk menghadapi cabaran gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku esok seperti yang diramalkan Jabatan Meteorologi.

Beliau bagaimanapun optimis gelombang kedua itu tidak akan memberi kesan yang teruk berdasarkan jumlah taburan hujan yang berlaku di negeri ini setakat ini sudah mendekati purata taburan hujan untuk setahun.

"Johor menerima hujan secara purata pada 2,148 milimeter setahun dan setakat ini kita sudah menerima 2,048 milimeter hujan. Baki 100 milimeter lagi yang bakal turun tidak akan menjejaskan atau berlaku banjir besar walaupun turun dalam tempoh sehari, kecuali kawasan rendah yang akan dinaiki air," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Anis tidak dimanja

Posted: 17 Dec 2013 08:52 AM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

PERTAMA kali melihatnya semasa sesi fotografi fesyen, gadis berkulit kuning langsat ini tampak seorang yang lemah-lembut, perlahan tatkala menuturkan kata-kata dan tersenyum sopan jika ada sesuatu yang menggelikan hatinya. Mungkin juga dia masih malu kerana baru pertama kali bertemu.

Kali kedua berjumpa untuk satu lagi sesi fotografi, dia tetap begitu. Sememangnya dia seorang yang berperwatakan lembut dan mempamerkan ciri seorang wanita Melayu yang masih tebal dengan sifat-sifat malu.

Begitu pun, pemilik nama Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 25, ini sebenarnya telah dididik dengan sifat berdikari dan berani menghadapi apa sahaja cabaran.

Ringkas dengan panggilan Anis, gadis ini merupakan anak tunggal yang kebiasaannya akan ditatang bagai minyak yang penuh dan dilayan dengan penuh kemanjaan, namun semua itu amat berbeza bagi Anis.

Katanya, sejak di bangku sekolah rendah lagi dia telah belajar berdikari dan tidak berharap kepada orang lain.

Selagi dia mampu menyelesaikan sesuatu masalah itu bersendirian, tnpa perlu meminta pertolongan orang lain waima daripada ibu bapanya sendiri.

"Semasa kecil dahulu memanglah saya banyak berkecil hati dan menganggap mak dan ayah tidak sayangkan saya. Kalau saya mengadu apa-apa pun mereka akan suruh saya selesaikan sendiri.

"Mereka biarkan sahaja saya selesaikan sendiri dan tidak campur tangan cuma adalah juga mereka nasihatkan apa yang patut saya lakukan.

"Pernah semasa saya masih menuntut di Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2006, saya terlibat dengan kemalangan kereta. Dua buah motosikal yang ditunggang oleh lelaki mabuk 'terbang' ke arah kereta saya dan jatuh di atas cermin tingkap hadapan kereta yang menyebabkan ia pecah dan bersepai ke atas saya. Muka dan tangan saya berdarah. Keadaan kereta pula memang rosak teruk.

"Saya panik dan terkejut, tak tahu nak buat apa. Saya terus telefon ayah yang ketika itu bekerja di Sabah dan bertanya apa yang patut saya buat.

"Ayah bertanya jika ada orang lain di situ, mungkin untuk mempastikan saya mendapat bantuan. Apabila saya kata ada, ayah kemudian menyuruh saya buat laporan polis.

"Saya sedih sangat masa itu. Saya ingatkan ayah dan mak akan balik tapi mereka langsung tak balik melawat saya.

"Bagaimanapun lama-kelamaan apabila saya fikir semula, baru sekarang saya faham apa yang ayah dan mak lakukan adalah untuk kebaikan saya juga supaya saya berani menghadapi sebarang masalah,'' kata gadis yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Menurut Anis, sehingga sekarang dia tinggal bersendirian sementara kedua ibu bapanya di Medan, Indonesia, kerana bapanya bekerja dalam bidang perladangan kelapa sawit di sana.

Anis akan ke Medan sebulan sekali berjumpa dengan ibu bapanya dan akan berada di sana selama tiga atau empat hari. Dia tidak mahu tinggal di sana kerana jiwanya lebih kepada Malaysia. Baginya tiada tempat yang sebaik Malaysia.

Beli kain di Medan

Kesempatan berada di Medan digunakan oleh Anis bagi membeli kain-kain untuk dibuat tudung bagi koleksi tudungnya Nish yang dijual melalui atas talian dan boleh dilihat di Instagram NishbyAnis Al-Idrus.

Katanya, harga kain yang dibeli di Medan jauh lebih murah dan cantik. Oleh itu dia juga dapat menjual tudung dan selendang rekaannya itu pada harga yang lebih murah.

Kadang-kadang tambah Anis, dia akan membuat rekaan dahulu dan terus menempah di sana. Ini kerana harga tempahan juga murah dan boleh disiapkan dalam masa sehari.

"Sudah setahun saya hasilkan koleksi Nish ini. Mulanya saya buat tudung untuk pakai sendiri. Masa itu saya baru-baru nak belajar memakai tudung. Setiap kali bila keluar, kawan-kawan dan orang lain akan tanya di mana saya beli. Bila dah ramai sangat orang tanya dan mereka suruh pula saya menjual, baru timbul idea untuk membuat rekaan saya yang saya namakan Nish ini dan saya jual secara atas talian.

"Tambah pula saya pula sering ulang alik ke Medan dan memberi peluang kepada saya mencari kain-kain yang baru untuk dibuat tudung. Setiap bulan saya akan buat dua rekaan terbaru dan sekarang ini sudah terdapat 24 rekaan yang terdiri daripada selendang, half moon, turban, hoody dan tudung bawal nombor satu yang dibuat daripada fabrik voile Jepun.

"Tudung-tudung Nish sesuai bagi digayakan sama ada sebagai tudung harian, ke pejabat, glamor dan tudung untuk perkahwinan,'' kata Anis.

Bagi memperkenalkan lagi koleksi Nish, Anis turut mengajar cara pemakaian tudung dengan kerjasama Datin Azrene Ahmad, seorang konsultan imej atas jemputan pejabat dan majlis-majlis.

Kerjaya sebagai wartawan politik

Menurut pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) ini, selepas memperoleh ijazah, dia bekerja selama setahun sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen.

Anis telah ditugaskan melakukan tugasan politik yang bukan merupakan sesuatu yang diminatinya.

Ini memberikan tekanan yang amat sangat kepadanya. Dia tidak dapat melakukan tugasannya dengan baik dan setiap hari dia berasa amat tertekan apabila mengingatkan perlu melakukan tugasan tersebut.

Suatu hari, oleh kerana terlalu tertekan, Anis pengsan di tempat kerja. Setelah mendapatkan rawatan doktor, didapati Anis mengalami tekanan darah rendah.

Oleh kerana tidak mahu bekerja dalam suasana yang tidak menggembirakan, Anis nekad berhenti setelah genap setahun bertugas.

Walaupun tidak bekerja makan gaji namun kata Anis dia kini gembira dengan apa yang dilakukannya, iaitu berniaga koleksi tudungnya serta mendapat tawaran berlakon banyak drama televisyen.

Hasmaida pemilik kain kapas

Posted: 17 Dec 2013 08:52 AM PST

MAKA tidak hairanlah sekiranya fabrik ini mendapat permintaan yang tinggi serta mempunyai kelompok peminatnya tersendiri di serata dunia.

Menyedari akan hal tersebut, Hasmaida Abd. Hamid, 31, tidak teragak-agak untuk menceburkan diri di dalam perniagaan yang berasaskan fabrik tersebut.

Sanggup berhenti kerja kerana tidak menang tangan untuk mengendalikan perniagaan yang pada mulanya hanya dilakukan secara dalam talian, hari ini Apple Cotton Couture bukan sahaja menawarkan penjualan melalui dalam talian tetapi telah mula beroperasi di premis perniagaan yang terletak di Pusat Komersial Setapak, Starparc Point, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.

Menurut Hasmaida, seperti peniaga-peniaga dalam talian yang lain, di awal pembabitannya ia hanya dilakukan secara sambilan tetapi memandangkan permintaan yang diterima semakin hari semakin bertambah akhirnya dia membuat keputusan untuk berniaga sepenuh masa.

Jelas usahawan muda ini, fabrik tersebut sentiasa mendapat permintaan malah pelanggannya hari ini bukan sahaja terdiri daripada orang peseorangan bahkan golongan usahawan tempatan yang membeli secara borong.

Bercerita lanjut mengenai perniagaannya itu, jelas anak kelahiran Jengka, Pahang ini, dia telah memulakan perniagaan sejak tujuh tahun yang lalu.

"Sepanjang lima tahun saya hanya berniaga secara dalam talian dan akhirnya tidak mampu lagi bertahan kerana pelanggan semakin bertambah.

"Jadi saya tidak menang tangan kerana hendak mengambil stok kain lagi, pos tempahan, dan sebagainya jadi saya berbincang bersama suami akhirnya membuat keputusan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.

"Lagi pun, sambutan yang diterima begitu menggalakkan malah pendapatan yang diperoleh juga kadang kala melebihi kerjaya tetap selama ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Apa yang menariknya mengenai cerita Hasmaida ini, dia juga terpaksa meminta suaminya, Zairil Fikri Zakaria, berhenti kerja dan bersama-sama mengusahakan perniagaan mereka memandangkan tidak mempunyai pekerja lain untuk membantunya.

Ternyata pengorbanan suami amat berbaloi kerana mereka bukan sahaja boleh bekerja bersama bahkan boleh berbincang bagaimana untuk memajukan lagi perniagaan yang diusahakan selama ini.

Memperoleh stok fabrik dari negara-negara yang cukup terkenal dengan pengeluaran fabrik jenis kain kapas ini, Hasmaida turut berkongsi pengalaman di mana corak-corak baharu kain kapas akan dihasilkan setiap minggu.

Oleh yang demikian, dia perlu peka dan sentiasa melihat corak-corak terbaharu yang berada di pasaran agar tidak ketinggalan untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Menawarkan tiga jenis kain kapas iaitu kain kapas Vietnam, China, dan Korea, Hasmaida menyatakan bahawa kain kapas dari ketiga-tiga negara ini sentiasa mendapat sambutan daripada peminat-peminat fabrik tersebut.

Tuturnya lagi, kainnya yang dibekalkan bukan sahaja memenuhi cita rasa pelanggannya tetapi corak-corak yang ditampilkan selain terkini ia juga merupakan corak yang begitu cantik dan sudah pasti memikat hati para wanita.

Begitupun dia mengakui, kain kapas dari Korea merupakan kain kapas yang dilihat paling berkualiti serta corak yang dihasilkan juga lain daripada yang lain.

"Sehingga kini saya sendiri akan pergi ke negara-negara ini untuk melihat sendiri kain serta corak yang terbaharu yang ditawarkan kepada saya.

"Saya sememangnya tidak mempercayai sekiranya hanya melihat melalui laman sosial atau gambar kerana kadang kala apa yang dilihat tidak sama dengan yang betulnya.

"Jadi untuk mengelakkan kerugian, saya serta suami akan pergi sendiri untuk memilih kain-kain tersebut dan membawa masuk melalui kontena," katanya lagi.

Menjelaskan harga kain kapas yang boleh diperoleh di kedainya dari serendah RM65 hingga RM95, Hasmaida juga memberitahu stok terbaharu akan dibawa masuk setiap dua minggu sekali.

Melainkan stok dari Korea, ia akan masuk sebulan sekali atau dua bulan sekali kerana pengusaha kain kapas dari Korea tidak terlalu kerap pengeluarkan corak-corak terbaharu.

Tidak sekadar memasarkan kain kapas secara ela, Hasmaida turut memasarkan baju kurung siap yang dihasilkan daripada kain kapas.

Boleh diperoleh pada harga sekitar RM 115 hingga RM165, kesemuanya dijahit oleh tukang jahit tempatan.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi kain kapas dari Apple Cotton Couture bolehlah layari laman sosial Facebook AppleCottonCouture. – mariatul qatiah zakaria

Gambar noor azlina jaafar

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved