Rabu, 18 Disember 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


TMM: Melaka sedia 96 acara

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Oleh amran mulup
utusanmelaka@utusan.com.my

Ghazale Mohamad (depan kiri) berbasikal meninjau sekitar kawasan tumpuan pelancong Banda Hilir, Melaka, semalam.

MELAKA 17 Dis. - Kerajaan negeri akan menyediakan sebanyak 96 acara bagi menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) dalam usaha menarik lebih ramai pelancong domestik dan luar negara berkunjung ke negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kesemua acara yang diatur oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan itu bakal menyemarakkan TMM 2014.

Menurutnya, kerajaan negeri akan melancarkan TMM 2014 peringkat negeri pada malam sambutan Ambang Tahun Baharu di Dataran Pahlawan yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron pada 31 Disember ini.

''Kalendar pelancongan negeri Melaka yang menyediakan 96 acara sepanjang TMM2014 akan dilancarkan termasuk Melaka Country Side Bike Ride 2014 dan pertandingan Foto Melaka 2014.

''Kerajaan negeri yakin 96 acara yang diatur sepanjang TMM 2014 dijangka menarik jutaan pelancong domestik dan luar negara datang ke Melaka berlipat kali ganda berbanding tahun ini," katanya kepada pemberita selepas membuat walkabout dengan menaiki basikal meninjau kawasan tumpuan pelancong di Banda Hilir di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Jeffry Munir dan wakil Bahagian Promosi Pelancongan (BBP).

Ghazale berkata, kempen TMM 2014 akan bermula Khamis ini apabila Melaka dipilih antara enam lokasi bagi pelancaran pelekat kenderaan TMM 2014 yang dilancarkan serentak di seluruh negara oleh Kementerian Pelancongan.

''Pelancaran pelekat kenderaan sempena TMM 2014 akan dibuat di Plaza Tol Ayer Keroh yang akan disertai semua agensi terlibat kira-kira pukul 10 pagi," katanya.

RKK Melaka World Solar Valley realisasikan Bandar Teknologi Hijau

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Sazali Muhd. Din (kiri) melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam RKK Melaka World Solar Valley sambil diperhatikan Md. Rawi Mahmud (tengah) dan Abu Bakar Abdul di Rembia, Melaka, kelmarin.

ALOR GAJAH 17 Dis. - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengambil inisiatif mewujudkan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Melaka World Solar Valley dalam usaha merealisasikan hasrat Melaka untuk menjadi Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, penyediaan RKK Melaka World Solar Valley di bawah Akta Perancangan 1972 itu merupakan rancangan kemajuan yang disediakan dalam masa singkat untuk tujuan penyelarasan dan pelaksanaan.

Menurutnya, hasil daripada RKK akan mewujudkan satu pelan tindakan pembangunan berbentuk pelan struktur atau pelan pengurusan sebelum laporannya dimaklumkan kepada orang ramai.

"Orang ramai digalakkan memeriksa draf laporan RKK Melaka World Solar Valley seterusnya mengemukakan pandangan, cadangan atau bantahan melalui borang penyertaan awam yang disediakan.

"Maklum balas daripada orang ramai diharap dapat membantu Melaka menjadi Negeri Bandar Teknologi Hijau seterusnya dijadikan contoh bagi negeri-negeri lain," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam RKK Melaka World Solar Valley di Rembia, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Sazali Muhd. Din.

Yang hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Md. Rawi Mahmud; Yang Dipertua MPAG, Datuk Abu Bakar Abdul dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan.

Sehubungan itu, satu pameran bermula 2 hingga 31 Disember ini diadakan di MPAG bagi memudahkan orang ramai memeriksa dan memahami kandungan draf laporan RKK Melaka World Solar Valley.

Sementara itu jelas Idris, misi bagi 2020 adalah untuk mendukung visi negara menerusi acuan Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

"Ini merangkumi tiga objektif utama termasuk meningkatkan pencapaian negeri maju, memperkukuhkan status negeri bandar dan meningkatkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi serta amalan hijau.

"Objektif ini selari dengan misi Melaka World Solar Valley mewujudkan kawasan lembah suria yang mengaplikasikan tenaga solar dalam aktiviti perbandaran untuk semua sektor di samping menggalakkan penggunaan tenaga alternatif dalam kawasan seluas 7,248 hektar," ujarnya.

Tambah beliau, Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka juga telah ditubuhkan bagi memantau sepenuhnya semua aktiviti pembangunan tenaga baharu khususnya di negeri ini yang merupakan kawasan perancangan bagi pembangunan teknologi solar pertama di Malaysia.

MAINS perhalusi komitmen bersama UIM

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

SEREMBAN 17 Dis. - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan menggariskan bentuk kerjasama dan bantuan kepada pihak pengurusan Universiti Islam Malaysia (UIM) bagi memastikan pelaksanaan universiti penyelidikan berteraskan Islam ini dapat direalisasikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerangka berkenaan sedang diperhalusi pihak MAINS termasuklah memikirkan manfaat semua pihak melalui penubuhan universiti tersebut.

''Kita akan pastikan bantuan dan kerjasama yang diberikan kelak dapat mendatangkan faedah kepada penubuhan UIM dan umat Islam khususnya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat berkaitan UIM dalam mesyuarat MAINS di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri di sini kelmarin.

Katanya penubuhan UIM yang diputuskan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-222 pada 2010 adalah kesinambungan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada 1955, namun ditangguhkan pada 1970 kerana keperluan mendesak waktu itu untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengangkat martabat bahasa Melayu ke peringkat universiti.

''Jadi hasrat untuk menghidupkan KIM itu dibuat semula dan MAINS telah diberi taklimat oleh pengurusannya. Kita perhalusi hasrat baik ini, apatah lagi KIM suatu ketika dahulu melahirkan ramai cendekiawan Islam dan pemimpin negara," ujarnya.

Mohamad yang juga Pengerusi MAINS berkata, UIM yang dibangunkan itu kelak bukanlah untuk menyaingi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mahupun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana ini adalah pusat penyelidikan khusus bagi pengajian sarjana dan PhD (doktor falsafah) serta sebagai penyambungan semula KIM yang ditubuhkan sebelum ini atas persetujuan Raja-raja Melayu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved