Sabtu, 3 Ogos 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mengharap tuah Guangzhou

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

pemain negara menguji gelanggang Gimnasium Tianhe, Guangzhou semalam menjelang Kejohanan Dunia yang akan bermula esok.

GUANGZHOU - Mungkin ramai yang mempunyai persepsi China tidak pernah melayan Malaysia dengan 'mesra' dalam mana-mana kejohanan badminton, namun jurulatih perseorangan kebangsaan, Tey Seu Bock percaya Guangzhou sering menjadi gelanggang bertuah buat pemain negara.

Enam tahun lalu, Wong Mew Choo melakar sejarah apabila muncul juara perseorangan wanita Terbuka China di Gimnasium Tianhe, gelanggang yang bakal menyaksikan suaminya, Datuk Lee Chong Wei memburu kejuaraan dunia buat kali pertama tahun ini.

Pada 2002, Seu Bock membawa Wong Choong Hann menjuarai gelaran perseorangan lelaki di tempat yang sama, sebelum membantu pemain itu muncul naib juara pada tahun berikutnya.

Malah, di venue yang sama juga, Malaysia pernah mengejutkan China 3-1 pada separuh akhir Piala Thomas 2002, sebelum kita akhirnya kalah 2-3 kepada Indonesia dalam perebutan gelaran.

Walaupun Gimnasium Tianhe tidak menghadiahkan pingat emas buat badminton pada Sukan Asia 2010, namun Chong Wei dan beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong masing-masing berjaya melangkah ke final untuk membawa pulang perak.

"Mungkin ramai yang melihat China sebagai gelanggang yang amat sukar untuk ditawan oleh pemain Malaysia setiap kali mereka menjadi tuan rumah kejohanan utama, tetapi detik hati saya berkata, Guangzhou adalah berbeza dan mampu menjadi gelanggang bertuah buat Malaysia.

"Saya masih ingat bagaimana saya membantu Choong Hann muncul juara Terbuka China pada 2002, malah Mew Choo juga melakar sejarah badminton negara dengan merangkul kejuaraan perseorangan wanita di sini.

"Saya tidak percaya kepada psikologi atau apa saja 'perang' yang dikatakan cuba dilakukan oleh China terhadap pemain kita, pada saya.. mereka (pemain Malaysia) menerima keadaan di sini dengan baik dan semua berjalan bagus," kata Seu Bock ketika ditemui pada sesi latihan pertama skuad badminton negara di gelanggang pertandingan di sini, semalam.

Semalam, hari pertama latihan Malaysia di Gimnasium Tianhe bermula dengan kurang menggembirakan, apabila kita mengalami kekurangan gelanggang latihan kerana tiga gelanggang terpaksa dikongsi bersama 22 pemain.

Begitupun, keadaan menjadi bertambah baik tidak sampai setengah jam selepas pemain-pemain negara memulakan latihan kerana jurulatih berjaya mengatur sesi latihan selama satu jam setengah dengan cukup baik, sekali gus memberi peluang kepada semua pemain menguji gelanggang dengan secukupnya.

"Saya tidak pernah muncul juara di gelanggang ini, pencapaian terbaik saya selama ini sekadar final (naib juara Terbuka China 2007 dan Sukan Asia 2010), jadi saya harap saya dapat memenuhi impian saya untuk bergelar juara dunia di sini, kali ini," ujar Chong Wei.

Chong Wei akan menentang Scott Evans dari Ireland pada pusingan pertama, esok sebelum berehat pada Selasa dan hanya kembali ke gelanggang pada Rabu untuk berdepan pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka. - UTUSAN

Barca bawa skuad terkuat

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

KUALA LUMPUR - Barcelona mengotakan janji membawa skuad terbaik dalam siri jelajah Asia ke Malaysia apabila mengesahkan akan membawa semua pemain bintang termasuk Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi dan bintang Brazil, Neymar.

Perkara itu diumumkan oleh Barcelona sendiri dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Antara pemain Barcelona yang disenaraikan ke Malaysia selain Messi dan Neymar ialah Victor Valdes, Fabregas, Xavi, Iniesta, Jordi Alba, Gerard Pique, Daniel Alves Alex Song, Mascherano dan ramai lagi.

Barca, yang kini dibimbing jurulatih baharu, Tata Martino dijangka tiba di Malaysia pada 1 Syawal iaitu 8 Ogos.

Bagi penyokong yang mahu menyaksikan bintang Barcelona dari dekat, kelab itu mengadakan latihan terbuka di Stadium Nasional pada 9 Ogos pukul 7.30 malam.

Sementara itu, Barca membelasah bekas kelab Neymar, Santos 8-0 pada perlawanan pertunjukkan semalam.

Perlawanan itu merupakan sebahagian daripada perjanjian yang dipersetujui ketika Neymar berpindah dari Santos ke Barcelona Jun lalu.

Barca meraih jaringan menerusi Cesc Fabregas yang meledak dua gol. Enam lagi gol disempurnakan Lionel Messi, Alexis Sanchez, Pedro, Adriano, Jean Marie Dongou dan gol sendiri pemain Santos, Leo.

Namun, pemain yang diraikan dalam perlawanan tersebut, Neymar gagal mencatat nama sebagai penjaring cuma dia banyak membantu rakan sepasukan mendapatkan jaringan.

"Saya tidak bimbang dengan jaringan. Berada bersama kelab ini adalah sesuatu yang amat hebat, dapat bermain bersama Xavi, Cesc dan Messi

"Saya sangat gembira kerana menyarung jersi Barca. Saya harap dalam mengharungi musim yang cemerlang dan membantu kelab itu memenangi semua trofi," kata Neymar selepas perlawanan yang disaksikan 55,000 penonton di Camp Nou, yang sebahagian besarnya adalah pelancong asing yang ternyata terhibur dengan persembahan Messi dan rakan sepaukan.

Ia merupakan perlawanan pertama Martino sebagai jurulatih Barca menggantikan Tito Vilanova yang menghidap kanser.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki ditembak mati di depan restoran di Panampang

Posted: 03 Aug 2013 11:08 PM PDT

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

PENAMPANG 4 Ogos - Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas ditembak individu tidak dikenali di hadapan sebuah restoran di Beverly Hills di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu mangsa dikatakan ditembak sebaik sahaja keluar daripada restoran berkenaan oleh suspek yang menaiki sebuah kereta.

Mangsa yang berasal dari Kuching, Sarawak terkena satu das tembakan di bahagian rusuk kanan dan meninggal dunia pada pukul 12.10 tengah malam tadi ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini. - UTUSAN ONLINE

Pascal Najadi yakin kemampuan polis

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Anak kepada Hussain Ahmad Najadi, pengasas AmBank yang maut ditembak di ibu negara Isnin lalu yakin polis Malaysia dapat menyelesaikan kes pembunuhan bapanya.

Pascal Najadi, 45, berkata, beliau dihubungi pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan kepadanya tentang perkembangan mutakhir kes tersebut.

"Saya gembira mendengarnya. Pegawai itu memberitahu secara terperinci yang mereka telah meningkat usaha untuk menangkap pembunuh tersebut termasuk bekerjasama dengan syarikat teksi, tetapi saya tidak boleh memberitahunya lebih lanjut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Moscow, Rusia.

Allahyarham Hussain, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera akibat ditembak dari jarak dekat oleh pembunuh upahan, semasa berjalan ke arah kereta di luar sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.

Pascal yang memiliki kerakyatan Swiss dan British sebelum ini dilapor sebagai mendakwa pembunuhan bapanya telah dirancang terlebih awal dan tiada rundingan hartanah yang dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan Pascal supaya tampil memberi maklumat kepada polis bagi membantu siasatan pembunuhan bapanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Interpol syak Al-Qaeda terlibat kejadian lari dari penjara

Posted: 03 Aug 2013 11:05 AM PDT

LYON 4 Ogos - Polis Antarabangsa Interpol mensyaki penglibatan Al-Qaeda dalam kejadian `lari dari penjara baru-baru ini di sembilan buah negara termasuk Iraq, Libya dan Pakistan.

Interpol dalam kenyataannya hari ini berkata bahawa `lari dari penjara membawa kepada kejadian beratus-ratus pengganas dan penjenayah melarikan diri pada bulan lalu dan telah mengeluarkan amaran keselamatan.

Ia juga telah meminta 190 negara anggota membantu menentukan sama ada mana-mana peristiwa baru-baru ini untuk diselaraskan dan dikaitkan dengan segera, lalu membawanya kepada pengetahuan pihak berkuasa bagi tujuan pencegahan serangan lain.

Amaran Interpol itu hadir sehari selepas Amerika Syarikat mengeluarkan amaran perjalanan di seluruh dunia dan mengarahkan kedutaannya di seluruh negara Islam ditutup buat sementara waktu kerana terdapat cancangan Al-Qaeda untuk menyerang kepentingan AS di Timur Tengah atau Afrika Utara pada bulan Ogos.-AFP

Ramai akauntan Malaysia hijrah

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

MELBOURNE 3 Ogos - Rakyat Malaysia merupakan antara ribuan akauntan asing yang diimport kerajaan Australia menerusi program migrasi tenaga mahir, walaupun satu daripada jabatannya memberi amaran bahawa industri itu telah berlebihan.

Akhbar Herald Sun melaporkan, akauntan masih dimasukkan dalam senarai Jabatan Imigresen sebagai profesion yang diperlukan Australia dan atas sebab itu, hampir 7,000 diberikan visa tetap pada 2011-2012, kumpulan tunggal pekerjaan terbesar.

Jumlah itu termasuk lebih 2,000 rakyat China, 1,260 dari India, 367 lagi Sri Lanka dan jumlah sama bagi rakyat Malaysia dan Pakistan.

Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan, Pekerjaan dan Hubungan Tempat Kerja melaporkan, terdapat lebihan bekalan akauntan dengan purata 30 permohonan bagi setiap kekosongan jawatan.

''Sebahagian besar pemohon telah diberi pertimbangan tidak sesuai oleh majikan walaupun kebanyakan mereka mempunyai kelayakan.

''Kebanyakannya tidak mempunyai pengalaman berkaitan, atau pengetahuan khusus industri, tidak cukup layak dan kemahiran komunikasi yang lemah,'' kata laporan Pasaran Buruh Penyelidikan Akauntan 2011-2012.

Pakar penghijrahan Universiti Monash, Dr. Bob Birrell berkata, akauntan akhbar adalah kumpulan tunggal terbesar pekerja asing mahir tetapi jabatan kerajaan sendiri mengakui berlaku kekurangan akauntan di Australia. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Aktiviti curi diesel tumpas

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz (tengah) menunjukkan tangki dalam sebuah lori yang membeli diesel berlebihan disyaki dijual semula dalam serbuan di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 3 Ogos - Tindakan pemandu lori minyak petrol bersubsidi mencuri bahan bakar itu dalam jumlah yang kecil terbongkar selepas dia ditahan sepasukan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri di Jalan Kuantan-Kemaman di sini, Selasa lalu.

Pemandu lori itu dikesan menjadikan sebuah stor haram sebagai transit mengumpul dan mengedar bahan api bersubsidi yang dicuri dari lori yang dipandunya.

Pengarah PPDNKK negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, aktiviti penyelewengan itu sebelum ini sudah dikesan, namun masih ada lagi pemandu lori cuba mendapatkan wang tambahan dengan cara tersebut.

Menurut beliau, mereka hanya perlu mencuri antara 300 hingga 400 liter diesel daripada jumlah 16,000 liter yang dibawa.

"Ini adalah aktiviti yang tidak sihat dalam kalangan segelintir pemandu lori yang cuba mendapat duit lebih.

"Bagaimanapun peningkatan pengawasan pihak berkuasa dapat melumpuhkan kegiatan haram itu daripada terus berlaku," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, modus operandi mereka agak licik memandangkan ketirisan bekalan minyak itu seolah-olah tidak disedari pemilik stesen minyak kerana prosedur penghantaran termasuk tag khas yang dipasang pada hos keluar masuk pada tangki tidak terusik.

"Mereka ada cara tersendiri untuk menyedut keluar kira-kira 300 liter diesel atau petrol dari setiap petak isian pada tangki menggunakan pam khas yang mampu menyedut jumlah yang dikehendaki dalam masa hanya lima minit," katanya.

Tambahnya, sebaik selesai minyak disedut, pemandu terlibat akan meneruskan perjalanan ke stesen minyak yang sepatutnya sebelum aktiviti itu diteruskan oleh pemandu tidak bertanggungjawab yang lain.

300,000 liter diesel ditambah di Pahang

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

RAUB 3 Ogos - Jumlah bekalan diesel subsidi ditambah 300,000 liter lagi bagi negeri ini sejak Sabtu lalu untuk memastikan bahan itu mencukupi sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, bekalan tambahan tersebut dibekalkan kepada semua stesyen minyak untuk kegunaan kenderaan diesel di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu sebagai usaha bagi mengatasi kemungkinan berlaku kekurangan bekalan diesel di negeri ini berikutan permintaannya semakin bertambah pada hari raya.

"Diesel mencukupi, malah pembekal sentiasa menyediakan bekalan yang mencukupi dan bekalan akan terus dihantar apabila mendapat permintaan dan tidak timbul soal kekurangan diesel yang cuba digembar-gembur oleh pihak tertentu.

"Hanya mereka iri hati cuba menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dan pengguna dengan menimbulkan masalah kekurangan diesel itu," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan di pasar dan pasar raya di Bentong, di sini kelmarin.

Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong mengingatkan orang ramai dan pengguna supaya jangan panik apabila timbul sesuatu isu terutamanya membabitkan harga barang dan sebagainya yang berkaitan dengan keperluan pengguna.

"Mereka perlu menghubungi pihak berkuasa dan pastikan sama ada apa yang diuar-uarkan itu palsu atau benar-benar berlaku.

''Anggota penguat kuasa memantau 24 jam pada musim perayaan ini bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan," katanya.

JKJR edar risalah visual kemalangan ngeri

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

KUALA LIPIS 3 Ogos - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri akan mengedarkan risalah mengandungi visual kemalangan ngeri sepanjang berlangsungnya kempen advokasi keselamatan jalan raya musim perayaan Aidilfitri kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kempen dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan memupuk kesedaran orang ramai mengenai pemanduan selamat.

"Kita akan mengedarkan banyak gambar kemalangan jalan raya yang ngeri termasuk sedikit hamper kuih-muih kepada pengguna jalan raya ketika kempen advokasi bermula pada Isnin ini di Plaza Tol Bentong, Lebuh Raya Karak - Kuala Lumpur.

"Kerajaan negeri dan JKJR mengambil pendekatan menerusi visual kemalangan ngeri untuk memupuk sikap kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhemah dan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya antara langkah yang relevan sempena kempen kali ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan hamper makanan daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Timur (ECERDC) kepada 20 warga emas, di pekan Benta, di sini kelmarin.

Menurut Mohd. Soffi, pengedaran risalah mengandungi visual kemalangan maut sekurang-kurangnya dapat menyedarkan pemandu supaya lebih berwaspada bagi memastikan keselamatan perjalanan pulang ke kampung.

"Saya juga meminta anak-anak dan isteri berperanan mengingatkan bapa atau ahli keluarga yang memandu supaya bersabar dan mematuhi peraturan," katanya.

Mohd. Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta berkata, kerajaan negeri bersama-sama JKJR akan melaksanakan pelbagai pendekatan pada setiap tahun untuk menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Syiah sesat lagi menyesatkan

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

Perbuatan menyeksakan diri oleh pengikut Syiah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

ISLAM agama ilmu. Islam juga memerangi kejahilan. Oleh itu, umat Islam diperintahkan agar mencari ilmu. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: "Menuntut ilmu diwajibkan kepada setiap muslim".

Daripada ayat al-Quran yang pertama diturunkan iaitu Iqra', Allah SWT menghendaki manusia membaca dan pembacaan itu merupakan pintu kepada memperolehi ilmu.

Al-Quran itu sendiri merupakan kitab ilmu dan al-Quran telah menjadikan ilmu sebagai kayu pengukur kepada kelebihan seseorang manusia di atas dunia ini.

Justeru ketika menilai sesuatu pegangan dan aliran mestilah daripada perspektif ilmu agar tidak terpedaya dengan syaitan. Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran, golongan Syiah agak ke hadapan daripada pelbagai sudut seperti ketenteraan, disiplin, penampilan dan sebagainya.

Apatah lagi setelah berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka.

Banyak golongan dan ajaran sesat yang berjaya menzahirkan penampilan hebat, namun akhirnya apabila ditimbang dari sudut ilmu, amat mengecewakan bahkan termasuk dalam ajaran yang menyeleweng. Jika persepsi menjadi ukuran, sudah tentu masyarakat akan mudah terikut dengan akidah dan pegangan orang Jepun.

Orang Jepun masyhur dengan semangat kerja mereka, disiplin yang tinggi, bahkan amalan kebersihan yang sangat dipuji sehinggakan ada menyatakan bahawa seseorang itu boleh tidur dalam tandas di Jepun lantaran tandas mereka yang sangat bersih!

Namun, apakah kehebatan dan penampilan masyarakat Jepun itu mewajarkan kita mengamal dan menganut agama Shinto mereka yang syirik itu? Sudah tentu tidak! Oleh yang demikian, ilmu hendaklah dijadikan suatu ukuran untuk menerima sesuatu pegangan dan ajaran.

Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah).

Daripada tiga golongan Syiah ini, Syiah Rafidah atau Imamiyah merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini. Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.

Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.

Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum (bebas daripada segala dosa dan kesalahan).

Mereka ini juga dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.

Namun wasiat ini pada dakwaan Syiah telah diketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW. Oleh yang demikian mereka mengkafirkan para sahabat Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan selainnya.

Jelasnya, Syiah bukanlah suatu ajaran yang boleh diikuti, bahkan ia merupakan ajaran sesat yang diasaskan oleh seorang Yahudi dari Yemen yang bernama Abdullah bin Saba'.

Dia merupakan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Dia pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak menipu orang. Dia juga digelar Ibnu Sauda'.

Setelah Abdullah bin Saba' memeluk Islam secara berpura-pura, dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali, bahkan mengkafirkan mereka.

Bermula dari sinilah, dapat dilihat dengan jelas bahawa ajaran Syiah Rafidah terpengaruh dengan agama Yahudi. Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan sehingga ke hari ini. Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Islam daripada persada kebenaran.

Syiah dan al-Quran

Bahaya Syiah jelas apabila melihat kepada pandangan mereka terhadap kitab suci al-Quran. Syiah tidak menganggap kitab suci al-Quran adalah kitab yang terpelihara. Bahkan mereka beranggapan telah berlaku penyelewengan pada ayat-ayat al-Quran.

Buktinya adalah nas yang dikemukakan oleh al-Kulaini iaitu ulama hadis Syiah dalam kitab hadisnya al-Kafi dengan menyatakan bahawa: "Daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, a.s berkata, al-Quran yang didatangkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 17,000 ayat".

Pegangan golongan Syiah ini jelas menunjukkan bahawa mereka beranggapan al-Quran yang ada pada umat Islam hari ini masih tidak sempurna kerana ayat al-Quran yang ada hanya berjumlah 6,236 ayat sahaja, sedangkan mereka beranggapan bahawa al-Quran sebenar iaitu yang dikenali sebagai mushaf Fatimah mengandungi 17,000 ayat.

Ini bermakna dua pertiga ayat al-Quran sudah diselewengkan. Pegangan Syiah ini jelas sesat kerana Allah SWT telah menjamin kesucian al-Quran. Kitab suci itu terpelihara sehingga hari kiamat, tidak akan berlaku penyelewengan terhadap al-Quran walau satu huruf sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Allah juga berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Syiah dan Hadis

Golongan Syiah menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmidzi dan kitab-kitab hadis ahli sunah yang lain. Mereka menolak mentah-mentah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Bagi mereka, kitab hadis yang menjadi pegangan mereka ialah al-Kafi tulisan al-Kulaini, yang diriwayatkan daripada Imam Maksum.

Mereka juga menganggap para sahabat menjadi kufur dan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW. Al-Kulaini yang dianggap oleh golongan Syiah setaraf dengan Imam Bukhari meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah SAW kecuali tiga orang daripada mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Ini jelas menunjukkan kebiadaban puak Syiah kerana perbuatan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW sedangkan para sahabat mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda. Secara tidak langsungnya, puak Syiah juga telah memperkecilkan serta menghina Rasulullah SAW.

Golongan Syiah juga sangat biadab terhadap para isteri Rasulullah SAW dengan mengatakan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Hafsah sebagai munafik dan kafir. Mereka mendatangkan riwayat palsu yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda.

Syiah dan Taqiyah

Sebenarnya konsep taqiyah itu ialah konsep yang berasaskan kepada perbuatan berdusta, berbohong dan berpura-pura. Namun, konsep ini telah dijadikan asas oleh golongan Syiah dalam memartabatkan keimanan mereka kepada Allah SWT.

Disebabkan sikap taqiyah ini, para ulama tidak mahu menerima riwayat yang dibawa oleh golongan Syiah ekoran pembohongan yang dilakukan oleh mereka.

Ajaran Syiah itu sendiri sebenarnya ditegakkan di atas dasar taqiyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitab beliau al-Kafi: "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah".

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

Usah tunduk

DALAM ruangan ini minggu lepas, Awang paparkan kekecewaan terhadap keputusan membenarkan filem The New Village ditayangkan di pawagam pada 22 Ogos ini, yang jatuh pada bulan kemerdekaan. Berdasarkan banyak maklum balas dan ulasan filem, ternyata ia mempromosi dan mengagung-agungkan pengganas komunis. Lebih mengejutkan, filem itu mendahului tayangan filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba yang beberapa kali ditangguhkan ekoran bantahan beberapa pihak kaum Cina.

Syukur. Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia kemudian mengambil tindakan tegas dengan menangguhkan tayangan filem The New Village ekoran bantahan pelbagai pihak.

Antara pihak yang lantang mempersoalkan filem tersebut ialah badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Ia adalah mesej yang jelas bahawa kerajaan perlu bertegas bagi mengelakkan sejarah negara ditulis semula sebagaimana yang mahu dilakukan oleh pihak tertentu.

Walaupun pasti ada bantahan dan provokasi terutama daripada kumpulan ekstrem, pedulikan. Jangan berganjak. Antara yang membantah dengan biadab ialah Namawee atau atau Wee Meng Chee. Beliau pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi termasuk menghina Lagu Negara Ku. Kalau tidak lama dulu, Namawee, (selepas meminta maaf atas kebiadabannya), menerima sokongan daripada beberapa pemimpin kerajaan termasuk Mohamed Nazri Aziz, kali ini tidak lagi.

Nazri yang kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan memberi reaksi keras terhadap Namawee yang disifatkannya sebagai budak bodoh dan berhingus serta tidak faham sejarah. Awang boleh faham mengapa Nazri marah dan tidak lagi bersimpati dengannya. Ini kerana Namawee sangat rasis, bersikap keterlaluan dan mengambil mudah sikap keterbukaan kerajaan selama ini. Apa lagi dia mahu? Pada Awang, itulah yang dikatakan kaduk naik junjung. Setiap warganegara tidak kira kaum perlu tebal patriotismenya. Aspirasi nasional seharusnya menjadi tonggak. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Kalau masih tidak faham, apa maknanya menjadi warga negara?

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Warga kota mula balik kampung

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN dan NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

ORANG ramai terutamanya golongan pelajar mula membanjiri TBS-BTS di Cheras, Kuala Lumpur untuk menaiki bas untuk balik ke kampung masing-masing semalam. - UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Wajah anak-anak yang pulang dari sekolah hari ini lebih ceria daripada kebiasaan. Pertama kerana hari ini adalah tanda bermulanya cuti selama seminggu; kedua kerana demam balik kampung semakin dirasakan.

Ya. Walaupun Hari Raya Puasa akan hanya disambut lima hari lagi, sebahagian warga kota mula meninggalkan rumah masing-masing hari ini untuk kembali ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri bersama orang tua.

Tinjauan Utusan Malaysia di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) hari ini mendapati, kelompok terawal yang meninggalkan Kuala Lumpur ialah pelajar sekolah, universiti dan kolej dan kebanyakan mereka menaiki bas.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhamad Awaludin Sudarman, 19, berkata, dia telah membeli tiket bas lebih awal.

"Saya beli tiket lebih awal kerana takut kehabisan dan tidak mahu berebut-rebut pada saat akhir. Saya akan balik ke kampung di Muar, Johor selama seminggu untuk beraya di sana.

"Lama tidak dapat balik ke kampung dan merindui keluarga tersayang dan saya tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri pada kali ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Pelajar kolej swasta, Nur Fara Izwana, 20, juga bercadang bercuti di kampungnya di Muar, Johor selama enam hari.

"Saya terpaksa balik ke kampung lebih awal kerana tidak dapat bercuti lama. Persiapan hari raya pula dibuat secara sederhana seperti Aidilfitri sebelum ini," ujarnya.

Mohd. Faez Wan, 18, pula berkata, pulang hari ini lebih selesa kerana keadaan tidak terlalu sesak jika dibandingkan orang ramai yang mahu balik ke kampung pada saat akhir.

"Ia pengalaman baharu saya pulang berhari raya selepas beberapa bulan belajar di sebuah kolej swasta di ibu kota. Tiket saya telah beli seminggu lalu dan akan bertolak pada pukul 6 petang hari ini," jelasnya.

Pelajar Maktab Perguruan Bahasa Antarabangsa, Nurul Farekhah Suhaimi, 20, berkata keputusannya untuk balik kampung lebih awal adalah tepat.

"Balik awal adalah keputusan yang tepat bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Di samping itu, apabila pulang awal berhari raya, bolehlah saya membantu keluarga membuat persiapan sempena Syawal," ujarnya.

Jangan amal dan sebar ajaran Syiah di Selangor - Sultan

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

SHAH ALAM 2 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan agar ajaran Syiah tidak diikuti, diamal atau disebarkan di negeri itu.

Baginda bertitah, ini kerana ajaran Syiah ternyata berbeza dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Titah baginda, penyebaran ajaran yang jauh menyimpang daripada ajaran agama Islam sebenar akan mengelirukan rakyat dan boleh membawa keadaan huru-hara jika tidak dibendung.

"Beta dapati ajaran Syiah telah mula disebarkan di negeri Selangor oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Beta khuatir fenomena ini boleh menjadi barah yang menular di dalam senyap dan kemungkinan akan mengakibatkan negeri Selangor dan Malaysia akhirnya mengalami nasib yang sama dengan beberapa negara Islam lain yang bergolak," titah baginda ketika merasmikan Masjid Taman Subang Perdana di sini hari ini.

Justeru itu, Sultan Sharafuddin menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati dan jangan cuba mencetuskan suasana tidak aman di Selangor.

"Beta amat memandang berat perkara ini kerana beta tidak mahu berlakunya perselisihan dan pergaduhan di kalangan umat Islam di Selangor," titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah, semua pihak seharusnya bersyukur kerana negeri Selangor terus kekal aman dan makmur sebagaimana yang dinikmati sekarang.

Oleh itu, titah baginda, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi itu janganlah disia-siakan dengan anasir-anasir negatif yang boleh membawa ketidakselesaan dan perpecahan.

"Sebaliknya kita harus sentiasa berusaha dan berazam untuk terus mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang ada serta mengambil iktibar negara-negara Islam di luar sana, banyak yang bergaduh sesama sendiri dan telah hilang nikmat keamanan," tegas baginda.

Pergaduhan: Polis buru enam suspek

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Mohd. Adnan Abdullah menunjukkan gambar enam suspek (dari kanan), A. Puspanathan, M. Valinathan, M. Kartikgasu, S. William Gary, S. George Stanely dan C. Rajamuniandy bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki dalam satu pergaduhan pada sidang akhbar di IPK Selangor, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 2 Ogos - Polis sedang memburu enam suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan bersenjata sehingga menyebabkan seorang lelaki mati ditembak di sebuah kedai makan di Batu 6, Jalan Meru, Klang dekat sini pada 27 Mei lalu.

Keenam-enam suspek dikenali sebagai C. Rajamuniandy, 31, beralamat di Nombor 120, Lorong Melati 8, Melintang, Perak; M. Kartikgasu, 28, di Nombor 34, Jalan Mempari, Taman Bayu Perdana, Klang; M. Valinathan, 28, Nombor 26, Jalan Meranti, Taman Meru, Klang dan A. Puspanathan, 30, di Nombor 29, Taman Sri Meru, Klang.

Dua lagi yang diburu ialah S. George Stanely, 29, dan S. William Gary, 24, masing-masing beralamat di Nombor GG 2, Kampung Bertuah Bidor, Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kesemua suspek dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 149 kanun yang sama.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar menyalurkannya kepada polis agar kesemua suspek dapat segera diberkas," kata beliau.

Dalam kejadian pukul 1 pagi pada 27 Mei lalu, seorang lelaki berusia 28 tahun maut ditembak manakala seorang lagi cedera parah diserang 10 lelaki bersenjata parang dan pistol di sebuah kedai makan di Batu 6, Jalan Meru.

Sebelum diserang, dua mangsa terbabit bersama 18 lagi rakan sedang berkumpul sambil minum arak di kedai makan tersebut sempena menyambut hari jadi salah seorang daripada mereka.

Sementara itu, dalam satu kes lain, Mohd. Adnan memberitahu, pihaknya sedang mencari seorang suspek yang terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah tempat cuci kereta di Jalan Bukit Kapar 2, Klang pada 1 Januari lalu.

Dalam kejadian itu kata beliau, dua lelaki mendapat kecederaan serius di pergelangan tangan dan jari.

"Suspek dikenali sebagai G. Seva Shangar, 26, atau nama panggilannya Shankar Bukit Kapar yang beralamat terakhir di Nombor 33, Jalan Datuk Kaya Kecil 2, Taman Mutiara off Pekan Kapar, Klang.

"Walaupun kita telah menahan empat orang dan kesemuanya telah dituduh di mahkamah sebelum ini, tetapi kita masih memerlukan kerjasama suspek dalam kes tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Johor akan guna kaedah audit

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

HASNI Mohammad (dua dari kiri) melawat tapak pembinaan yang runtuh menyebabkan dua pekerja terbunuh di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 2 Ogos - Kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan satu kaedah pengauditan terhadap struktur penting seperti pembinaan jambatan, jalan raya bertingkat dan bangunan yang memerlukan kepakaran dan pengawasan kontraktor secara menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pengawasan projek-projek pembangunan bagi memastikan insiden seperti jambatan kedua Pulau Pinang dan Masjid Kampung Binjai Kertas, Terengganu runtuh tidak berlaku di negeri ini.

Sebagai contoh jika diamati reka bentuk bangunan di Iskandar Malaysia melibatkan penggunaan pelbagai teknologi kerana keadaan bangunannya yang tinggi. Mungkin sebelum ini tidak ada bangunan setinggi 70 tingkat di bandar raya ini, namun dalam masa akan datang, kita tidak menolak kemungkinan akan ada bangunan seumpama itu.

Kita perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dengan memastikan pihak bertanggungjawab termasuk kontraktor, jurutera dan golongan profesional mampu menampung keperluan dari segi menjaga aspek keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat lawatan ke tapak projek pembinaan sebuah pasar raya yang mengalami lantai bangunan runtuh sehingga mengorbankan dua nyawa warga Indonesia Sabtu lalu di Taman Pelangi Indah, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) negeri, Omar Mat Piah dan Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) negeri, Zaini Jalil.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, kecanggihan teknologi dan pembangunan yang kian pesat membolehkan kerajaan mengambil langkah proaktif dalam menentukan bilangan tenaga professional di Jabatan Kerja Raya (JKR) mencukupi untuk mengawasi projek-projek yang sedang dijalankan.

Usaha peringkat kerajaan juga dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan profesionalisme kerja dalam jabatan itu sendiri. Saya juga mengesyorkan kepada pemaju untuk menyediakan tenaga profesional berpengalaman dan berkemahiran tinggi jika tidak dapat ditampung pihak berkuasa tempatan.

Sebagai contoh, untuk bangunkan projek 70 tingkat di bandar raya ini, rasanya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak mempunyai kemampuan untuk mengendalikannya. Jadi pemaju terbabit kena sediakan tenaga secukupnya, CIDB boleh buat kelayakan tenaga profesional yang dibawa ke tapak pembangunan tersebut," katanya lagi.

Bekalan cukup, berdaya harap menjelang Aidilfitri - TNB

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

AMINUDDIN Mohd. Amin (tengah) bergambar dengan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Majlis Meraikan Pelanggan TNB sempena Sambutan Aidilfitri di Pejabat TNB Johor, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 2 Ogos- Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memastikan bekalan elektrik yang dibekalkan untuk pelanggan di negeri ini mencukupi, selamat dan berdaya harap.

Pengurus Besar TNB Johor, Datuk Aminuddin Mohd. Amin berkata, bagi menghadapi sambutan tersebut sejak awal bulan ini, TNB telah banyak melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan daya harap bekalan elektrik.

"Namun begitu tidak dinafikan bahawa gangguan bekalan masih berlaku di musim-musim perayaan yang mana gangguan tersebut adalah kes terpencil dan dipulihkan dengan segera.

"Gangguan bekalan itu lazimnya berpunca daripada peningkatan penggunaan elektrik secara mendadak di musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Pelanggan TNB sempena Sambutan Aidilfitri di Pejabat TNB Johor, Jalan Ayer Molek, di sini hari ini.

Menurutnya, TNB akan menyediakan kakitangan tambahan yang bersedia untuk memastikan bekalan dapat dipulihkan segera seandainya berlaku gangguan atau keputusan bekalan.

Sehubungan itu, Aminuddin mengingatkan para pengguna supaya menggunakan elektrik dengan penuh berhemah dan mematuhi segala peraturan yang ditentukan bagi menjamin keselamatan

Katanya, sebarang masalah boleh dirujuk kepada TNB CareLine di talian 1-5454 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Dua pengedar dadah diberkas

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

Hatta Md. Zin (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada dua suspek dalam sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

BALIK PULAU 2 Ogos - Polis terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah sebelum dapat memberkas dua pengedar dadah di kawasan setinggan Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas di sini kelmarin.

Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pergi rumah suspek pada kira kira pukul 5 petang tetapi dua lelaki yang berada di dalamnya enggan memberi kerjasama menyebabkan mereka terpaksa memecahkan pintu.

Pemeriksaan lanjut menemukan dadah jenis syabu dan heroin yang disembunyikan di dalam laci meja solek dalam rumah itu.

Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM160,000 dan mereka dipercayai telah melakukan kegiatan haram di situ sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, kedua-dua suspek berusia 35 dan 53 tahun didapati positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan.

"Kita merampas syabu 475 gram (g), heroin 438g, satu botol kecil yang mengandungi cecair methamphetamine serta peralatan memproses dan membungkus dadah.

"Selain itu, kita juga menyita barang kemas bernilai RM50,000 yang dijumpai di rumah suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dadah yang diproses itu dipercayai untuk pasaran sekitar negeri ini.

"Suspek kini direman sehingga 7 Ogos ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori," katanya.

65 pertubuhan kebajikan terima bantuan Yayasan Sultan Azlan Shah

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Raja Dr. Nazrin Shah beramah mesra dengan sebahagian penerima dalam majlis penyampaian sumbangan Yayasan Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, kelmarin. - Utusan/Roy Azis Abd. Aziz

IPOH 2 Ogos - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan sumbangan Yayasan Sultan Azlan Shah kepada 65 pertubuhan sukarela dan kebajikan terpilih di negeri ini semalam.

Sumbangan tahunan yang diberikan sempena bulan Ramadan itu antara lain bertujuan memberi inspirasi dan semangat kepada pengurusan pertubuhan berkenaan dalam melaksanakan usaha murni demi manfaat dan kebaikan rakyat jelata.

Yang turut berangkat adinda bongsu Raja Dr. Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia Sultan Azlan Shah; Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Seri Mohd. Zahidi Zainuddin merangkap Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Azlan Shah serta Raja Kechil Tengah Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

Yang turut hadir Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim.

Antara pertubuhan sukarela dan kebajikan yang menerima sumbangan tersebut termasuklah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Perak, Rumah Orang-Orang Tua Simee, Persatuan India Muslim Perak, The Society of Caring Hands Ipoh, Pertubuhan At-Taqwa Pengkalan Hulu dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Jaz Teluk Intan.

Yang turut menerima sumbangan ialah Pusat Pendidikan Al-Barakah, Persekutuan Seruan Islam Perak, The Dementia Society and Daycare Centre Perak, Rose Virginie Good Shepherd Centre, Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik dan Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia Negeri Perak.

Sementara itu, Pengerusi Rumah Anak Yatim Ummu Salamah, Khairul Fatah Abd. Razak berkata, bantuan tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk memperbesarkan kediaman yang kini menempatkan 22 anak yatim itu di Gerik.

Beliau berkata, sumbangan pertama kali yang diterima itu juga dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah surau, dewan serbaguna serta asrama lelaki yang ketika ini hanya bersifat sementara.

"Kesemua anak yatim berusia antara lapan hingga 17 tahun, jadi kita berhasrat untuk menambah lagi kemasukan anak yatim ke sana apabila pembinaan kemudahan baharu ini selesai," katanya.

60 pelajar tahfiz al-Quran terima duit raya

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

SUNGAI PETANI 2 Ogos - Hampir 60 pelajar tahfiz al-Quran seluruh Kedah menerima sumbangan duit raya RM50 seorang dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Cawangan Kedah sempena Program Merakyatkan Seni dan Budaya Pengimarahan Ramadan di Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Aman Jaya, Sungai Lalang di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyampaikan sumbangan kepada pelajar tersebut.

Pengarah jabatan itu, Abdul Mutalib Abdul Rahman berkata, aktiviti itu sedikit-sebanyak mampu menceriakan pelajar tahfiz al-Quran menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Tahun ini, kita memilih pelajar pusat pengajian tahfiz al-Quran untuk menerima sumbangan itu manakala RM1,000 kepada pihak pengurusan," katanya.

Menurutnya, pelajar terbabit apabila keluar dari pusat pengajian itu kelak berupaya menjalankan khidmat bakti dengan sempurna kepada masyarakat.

Sementara itu, Tajul Urus berkata, masyarakat Islam masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cubaan pihak tertentu mengembangkan ajaran Syiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

"Pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pentadbir pusat tahfiz boleh membantu memainkan peranan masing-masing dalam menangani hal-hal tersebut," katanya.

Beliau meminta ibu bapa agar membuat pemantauan selepas anak masing-masing menamatkan pengajian di sekolah menengah bagi mengelak daripada bergaul dengan pengikut Syiah.

Seorang penerima sumbangan itu, Muhamad Inaam Hasan Zainal Helmi, 16, dari Kampung Mak Liah Bongor daerah Baling berkata, dia gembira menerima duit raya sumbangan dari jabatan itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Trafik di seluruh negara masih terkawal - PLUS

Posted: 03 Aug 2013 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Keadaan trafik di seluruh negara hari ini masih terkawal biar pun cuti persekolahan sudah bermula semalam dan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi petang ini memaklumkan, hanya terdapat beberapa laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan iaitu dari Nilai menghala ke Seremban, dari Subang ke Dataran Prima dan dari Kota Damansara ke Damansara.

"Keadaan lalu lintas hari ini masih terkawal termasuk di Tol Sungai Besi dan Jalan Duta serta Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua arah. Kenderaan dijangka hanya akan mula sesak pada Selasa dan Rabu ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

14,000 ekor lembu diimport untuk Aidilfitri

Posted: 03 Aug 2013 02:36 AM PDT

PELABUHAN KLANG 3 Ogos - Sebanyak 14,000 ekor lembu telah dibawa masuk dari Australia dan Thailand untuk menampung keperluan sepanjang Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri di seluruh negara sejak awal Julai lalu.

Jumlah itu termasuk sebanyak 2,500 ekor lembu yang baru tiba dari Australia melalui Pelabuhan Utara malam tadi

Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin berkata, kesemua lembu tersebut dapat menghasilkan 7,000 metrik tan daging, sekali gus dapat menampung keperluan daging lembu dan membantu mengimbangi harga syiling bahan makanan mentah itu di pasaran yang kini ditetapkan RM24 sekilogram.

"Awalnya kita telah membawa masuk kira-kira 7,000 ekor lembu dari Thailand tetapi tidak cukup untuk bekalan Ramadan dan Aidilfitri.

"Jadi 7,000 ekor lembu lagi dibawa masuk dari Australia melalui Syarikat Ternakan Kamran Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat di Malaysia yang mendapat kebenaran kerajaan Australia untuk membawa keluar lembu dari negara itu ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memeriksa 2,500 lembu yang baru tiba dari Australia untuk diagihkan di Lembah Klang, Kelantan, Pulau Pinang dan negeri-negeri berdekatan di South Point, Pelabuhan Utara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tindakan

Posted: 03 Aug 2013 02:21 AM PDT

JOHOR BAHRU 3 Ogos - Tindakan sebuah akhbar di Singapura, The New Paper yang memburuk-burukkan Malaysia melalui laporan bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana... kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' ialah satu perbuatan yang tidak wajar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, akhbar tersebut tidak sepatutnya membuat kesimpulan mudah dengan menggunakan insiden jenayah yang berlaku bagi memberi gambaran negara ini tidak selamat.

"Saya ingat, untuk mengatakan 'mati murah dan hidup mahal' itu tidak wajar. Keadaan itu akan menyebabkan perasaan yang tidak baik dan boleh menjejaskan hubungan rakyat antara kedua-dua negara," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 144 murid daripada golongan memerlukan di kawasan Parlimen Pasir Gudang dalam program Infaq Ramadhan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana, dekat sini hari ini.

Laporan akhbar semalam mendedahkan mengenai laporan akhbar Singapura yang dipercayai merujuk kejadian tembakan oleh pembunuh upahan yang meragut nyawa pengasas Ambank Berhad, Hussain Ahmad Najadi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


JPAM lancar Ops Bantu VII

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@yahoo.com

SULAIMAN Keling (kanan) melancarkan pelepasan kenderaan Ops Bantu VII dalam Majlis Pelancaran Ops Bantu VII 2013 di ibu pejabat JPAM negeri, Seremban, kelmarin. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 2 Ogos - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan Ops Bantu VII dalam usaha menyalurkan bantuan kecemasan khusus untuk pengguna jalan raya yang berhadapan dengan kesulitan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bermula semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sulaiman Keling berkata, pelaksanaan Ops Bantu VII itu bakal melibatkan seramai 7,200 anggota JPAM seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Tempoh pelaksanaannya terbahagi pada dua fasa iaitu 1 hingga 7 Ogos bagi fasa pertama, manakala 11 hingga 13 Ogos bagi fasa kedua.

"Sepanjang operasi ini, anggota kami akan melakukan rondaan bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami kecemasan dan kesusahan ketika dalam perjalanan pulang dan balik ke kampung yang melibatkan 97 laluan di jalan Persekutuan termasuk negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Ops Bantu VII 2013 di ibu pejabat JPAM negeri, di sini semalam.

Menurutnya, inisiatif rondaan itu secara tidak langsung membolehkan anggota untuk mengurangkan masa ke lokasi kecemasan sekali gus membolehkan bantuan disalurkan dengan pantas dan efisien kepada pengguna jalan raya.

"Sebanyak 124 kenderaan operasi akan digunakan sepanjang operasi yang dijalankan selama 10 hari ini melibatkan 53 motosikal dan 71 kenderaan pacuan empat roda.

"Segala bantuan yang dihulurkan adalah secara sukarela dan pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran," ujarnya.

Tambah beliau, pengguna jalan raya yang ingin mendapatkan bantuan hanya perlu menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya berlakunya kecemasan di laluan terbabit.

"Ops Bantu ini telah dijalankan oleh JPAM sejak 2010 dan kini sudah masuk edisi yang ketujuh pelaksanaannya.

"Bagi tahun ini kita telah menjalankan Ops Bantu yang keenam pada bulan Februari lalu ketika sambutan Tahun Baru Cina dan terlibat dengan 1,319 kes berkaitan," ujarnya.

Jelas Sulaiman, antara bantuan yang disalurkan semasa rondaan termasuk membantu kes kemalangan, memberi rawatan awal kepada mangsa kemalangan, membantu mengawal kesesakan lalu lintas dan membaiki kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.

"Kita juga membantu menukar tayar pengguna kenderaan yang menghadapi masalah, membantu pengguna kenderaan yang kehabisan bahan api selain membantu mengalihkan bangkai haiwan di jalan raya," katanya.

Pastikan pelabelan makanan import dipatuhi - Dr. Ismail

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

MELAKA 2 Ogos - Pengusaha pasar raya di negeri ini diingatkan supaya memastikan pelabelan khususnya makanan yang diimport menepati kehendak yang ditetapkan di bawah Peraturan Makanan 1985 bagi menjamin keselamatan pengguna.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam), Dr. Ismail Ali berkata, sepanjang Ops Raya 2013 yang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri sejak 22 Julai lalu, kebanyakan pasar raya melakukan kesilapan yang sama.

Menurutnya, makanan import yang tidak mempunyai alamat pengimport dan pembekal dari dalam negara boleh mendatangkan masalah sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ke atas pengguna.

"Jika tidak ada label pengimport dan pembekal, adalah sukar bagi kita mengambil tindakan ke atas pihak terbabit jika ada barangan import didapati tercemar dan menjejaskan kesihatan orang awam.

"Saya harap semua pengusaha pasar raya dapat ambil tindakan sewajarnya di samping memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan kualitinya terpelihara," katanya semasa ditemui selepas mengetuai Ops Raya 2013 di salah sebuah pasar raya di Peringgit, di sini semalam.

Katanya, tindakan sita akan dikenakan terhadap kesalahan itu selain memberi nasihat kepada pengusaha supaya mencari pengimport makanan terbabit untuk memulangkan kembali makanan atau membuat pelabelan semula.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan negeri, Dass Kandunni.

Dr. Ismail berkata, fokus utama operasi itu ialah untuk menguatkuasakan akta yang diperuntukkan dan menekankan aspek keselamatan makanan.

Menurutnya, tumpuan utama operasi itu diberikan pada pengusaha pasar raya, pasar mini dan kedai runcit dalam memastikan mereka mengikut peraturan ketika ramai umat Islam membuat persediaan Aidilfitri.

Beliau berkata, sepanjang operasi 10 hari lalu pelbagai jenis kesalahan pelabelan dikesan membabitkan nilai keseluruhan RM7,136.91 dengan jumlah sebanyak 899 barangan disita di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

"Jumlah penyitaan makanan itu termasuk 1,989 jenis barang melibatkan jumlah nilai sitaan sebanyak RM15,005.42 sepanjang operasi dijalankan," jelasnya.

Tambahnya, antara kesalahan yang diambil tindakan ialah makanan yang kemik atau berkarat, pembungkus rosak, makanan berkulat, rosak atau serangga dan makanan telah tamat tarikh luput.

Degil punca kemalangan meningkat - Polis

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

MELAKA 2 Ogos - Kadar kemalangan jalan raya sepanjang cuti Hari Raya Aidilfitri di negeri ini tidak dapat dikurangkan jika pengguna masih berdegil dan tidak mematuhi peraturan sepanjang Ops Selamat dijalankan.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kempen Ops Selamat yang diadakan tahun lalu menyaksikan kadar kemalangan meningkat sebanyak tiga peratus berbanding pada 2011 iaitu sebanyak 642 kes.

"Ini menunjukkan sikap pengguna jalan raya di negeri ini masih memadu secara laju dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas termasuk mendengar nasihat sepanjang Ops Selamat diadakan.

"Bagi musim perayaan tahun ini tidak lama lagi, saya amat berharap pengguna jalan raya lebih bersikap waras dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi merealisasikan pengurangan kemalangan tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Ops Selamat 2013 peringkat negeri, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd. Fadhil Hassan; Ketua Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Anuar Abdullah dan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Phang Ah Lek.

Ghee Lye berkata, antara punca utama kemalangan berlaku adalah kecuaian pemandu yang memotong di garisan berkembar, tidak memastikan keadaan selamat sebelum memotong dan jarak pemanduan yang rapat dengan kenderaan di hadapan.

"Jika pemandu lebih berhemah dan mematuhi arahan serta nasihat saya yakin Ops Selamat musim perayaan ini akan dapat mengurangkan kadar kemalangan," ujarnya.

Di samping itu, beliau turut meminta orang ramai yang ingin pulang ke kampung menitikberatkan aspek keselamatan rumah masing-masing bagi mengelak berlakunya jenayah pecah rumah.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved