Khamis, 3 Oktober 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penjenayah cedera ditembak polis

Posted: 03 Oct 2013 09:07 PM PDT

SUNGAI PETANI 4 Okt. - Seorang penjenayah cedera ditembak polis dalam kejadian di Taman Keladi di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, suspek yang berusia 18 tahun berkenaan cedera di bahagian bahu ketika cuba melarikan diri selepas diarahkan menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, kejadian bermula apabila anggota polis peronda terserempak dengan sebuah kenderaan yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah.

Katanya, anggota polis peronda terbabit kemudian membuat semakan status kenderaan dan mendapati kereta tersebut pernah digunakan untuk melakukan samun dan rompakan bersenjata.

"Suspek diminta memberhentikan kenderaan, namun mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya terus memecut laju.

"Polis terpaksa mengejar kenderaan tersebut sejauh dua kilometer hingga ke Taman Keladi. Dalam keadaan kelam-kabut itu, polis melepaskan tembakan dan mengenai bahu kanan salah seorang suspek,'' katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN

Khalil memberitahu, seleas menyedari rakan mereka ditembak, dua lagi suspek bertindak memberhentikan kenderaan sebelum melarikan dir.

"Polis yang melakukan pemeriksaan menjumpai beberapa parang dan senjata tajam dipercayai digunakan suspek untuk melakukan samun,'' katanya.

Tambahnya, suspek yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

Polis turut melancarkan gerakan memburu dua lagi suspek yang berjaya melarikan diri. - UTUSAN

Wanita ditipu sindiket RM1.74j

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

Oleh FARHANA JONI
utusansarawak@utusan.com.my

SIBU 3 Okt. - Gara-gara percaya dirinya menjadi buruan pihak berkuasa Hong Kong kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang suri rumah tidak teragak-agak membayar wang lebih RM1 juta untuk membersihkan namanya kepada satu sindiket yang memperdayakannya melalui panggilan telefon.

Menurut sumber, mangsa hanya dikenali sebagai Ling menerima panggilan telefon daripada empat individu yang mendakwa diri masing-masing dari Hang Seng Bank, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri dan peguam berasal dari Hong Kong pada Mei lalu.

Beliau berkata, keempat-empat individu terbabit mengatakan Ling kini menjadi buruan pihak berkuasa Hong Kong kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

"Bagi membersihkan namanya, Ling dikehendaki membayar sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun yang diberikan.

"Akibat percaya dan takut dikenakan tindakan undang-undang, Ling telah melakukan 62 transaksi wang ke dalam beberapa akaun berjumlah RM1,746,434 sejak 2 Mei hingga September lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, Ling memasukkan wang tersebut ke dalam bank tempatan seperti Public Bank Berhad, CIMB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan Ambank.

Beliau berkata, suri rumah terbabit membuat pembayaran itu selepas menerima sepucuk surat berbahasa Mandarin didakwa dari Jabatan Hasil Dalam Negeri Hong Kong memaklumkan dia mempunyai hutang sebanyak HK$880,000 (RM362,633.04).

"Akibat bimbang dan takut dengan ugutan 'pihak berkuasa' Hong Kong itu, mangsa meminjam wang daripada suaminya lebih RM300,000 dan menjual barang emas dimiliki seberat lebih tujuh kilogram.

"Suami mangsa berusia 61 tahun yang bekerja sebagai jurugambar berasa hairan apabila isterinya menangis dan meminta bantuan kewangan.

"Dia terkejut apabila mendengar cerita isterinya lalu membawa wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi ini setelah mengesyaki menjadi mangsa penipuan," katanya.

Pasangan yang mempunyai dua anak berusia 12 dan 18 tahun itu ditemani peguam mereka semasa membuat laporan polis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pakar senjata kimia mula laksanakan resolusi PBB

Posted: 03 Oct 2013 11:14 AM PDT

DAMSYIK 4 Okt. - Sembilan pakar senjata yang ditugas untuk melaksanakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memusnahkan senjata kimia milik Syria memulakan tanggungjawab mereka hari ini, dengan menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui, lapor jurugambar AFP.

Dua hari selepas tiba di Damsyik, pakar-pakar dari Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) itu menaiki tiga buah kenderaan milik PBB.

Mereka merupakan sebahagian daripada 19 pakar senjata yang tiba di sini kelmarin untuk menyelia pelaksanaan resolusi PBB, yang mengarahkan Syria supaya memusnahkan senjata kimia milik negara itu. - AFP

Kakitangan kedutaan Rusia di Libya dipindahkan

Posted: 03 Oct 2013 11:14 AM PDT

MOSCOW 4 Okt. - Rusia akan memindahkan kesemua kakitangan kedutaannya termasuk ahli keluarga mereka di Libya hari ini, ekoran serangan ke atas kedutaan tersebut oleh penunjuk perasaan kelmarin.

Kesemua yang terlibat dilaporkan akan dibawa pulang ke Rusia.

Menteri Luar Rusia berkata, keputusan itu diambil selepas Menteri Luar Libya memaklumkan bahawa pihak berkuasa tidak lagi dapat menjamin keselamatan mereka di negara Arab tersebut. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tingkat kemahiran ICT, bahasa

Posted: 03 Oct 2013 11:02 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Adnan Yakkob (dua kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Usahawan Muda kepada Muhamamd Hilimi Zamri pada perasmian Expoconvo UMP 2013 sempena Majlis Konvokesyen Kelapan UMP di Dataran Canselori UMP di Kuantan, malam semalam.

KUANTAN 3 Okt. - Mahasiswa diingatkan meningkatkan kemahiran bukan sahaja dalam menguasai pelbagai bahasa malah mahir dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang kini semakin berkembang pesat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, masalah siswazah menganggur di negara ini disebabkan kurangnya nilai tambah dalam diri yang boleh menarik minat agensi pekerjaan untuk mengambil mereka.

"Masalah graduan menganggur di negara ini sememangnya menjadi kebimbangan, masalahnya adalah disebabkan kurangnya kemahiran dalam diri setiap graduan seperti kemahiran menguasai pelbagai bahasa dan kemahiran ICT.

"Apabila kita menguasai banyak bahasa, contohnya seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan Perancis, maka mana-mana organisasi tidak akan teragak-agak mengambil kita bekerja di syarikat mereka," katanya.

Beliau berucap dalam majlis perasmian Expoconvo 2013 Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Dataran Canseleri, UMP Kampus Gambang, di sini malam tadi.

Dalam majlis tersebut, Adnan turut menyampaikan Anugerah Tokoh Usahawan Muda kepada penuntut Ijazah Sarjana Muda Mekanikel UMP, Muhamamd Hilimi Zamri yang menjalankan perniagaan percetakan, tiket bas dan servis komputer.

Kesan kanser payu dara awal tingkatkan hayat

Posted: 03 Oct 2013 11:02 AM PDT

Junaini Kassim (tengah) melawat ruangan pameran Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 3 Okt. - Kesedaran mengesan kanser payu dara lebih awal dapat mempertingkatkan kadar jangka hayat seseorang pesakit sebanyak 90 peratus berbanding hanya 10 peratus jika kanser itu dikesan selepas merebak kepada organ badan yang lain.

Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Pahang, Datin Seri Junaini Kassim berkata, pengesahan awal boleh menyelamatkan nyawa dan didapati memberi perbezaan jangka hayat yang lebih lama iaitu kira-kira lima tahun kepada penghidap.

"Sesuatu yang amat membimbangkan adalah kanser payu dara merupakan punca utama kematian selepas kanser serviks tidak menunjukkan tanda-tanda awal kepada penghidapnya melainkan pengesanan awal sama ada dilakukan sendiri atau secara klinikal.

"Saya menyeru kepada masyarakat terutama kaum wanita mahu pun lelaki agar melakukan pengesanan awal kerana kelewatan menjalani pemeriksaan mengundang risiko yang lebih berat sehingga mengancam nyawa," katanya ketika berucap di majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengarah HTAA, Datuk Dr. Marlia Mohammed Salleh.

Menurut Junaini, tidak dinafikan ramai wanita kini mulai sedar mengenai risiko kanser payu dara namun kebanyakannya memiliki maklumat yang terhad.

"Saya berharap kempen kesedaran seperti yang dianjurkan ini akan diperluaskan kepada setiap golongan masyarakat terutama yang berada jauh dari pusat maklumat seperti hospital.

"Malah, penyertaan di kalangan masyarakat untuk hadir ke kempen-kempen pencegahan perlu diperbanyakkan agar lebih ramai individu mendapat manfaat," jelasnya.

Sementara itu, menurut Dr. Marlia, di Pahang sejak 2008 hingga 2012 menunjukkan purata jumlah pesakit kanser payu dara adalah 140 hingga 160 orang setiap tahun dan kaum Melayu merupakan penghidap paling ramai.

Projek naik taraf Masjid Sungai Koyan ikut jadual

Posted: 03 Oct 2013 11:02 AM PDT

KUALA LIPIS 3 Okt. - Kerajaan negeri memberi jaminan projek menaik taraf Masjid Pekan Sungai Koyan dekat sini yang bernilai RM4.2 juta akan dapat disiapkan pertengahan tahun depan seperti mana dijadualkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu, tidak wajar untuk mana-mana pihak mengeksploitasi perkara tersebut kerana pemantauan sentiasa dilakukan supaya kontraktor dapat menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan.

"Sehingga kini, kerja menaik taraf masjid sudah mencapai 40 peratus dan saya berpuas hati dengan kesungguhan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan masjid yang berkapasiti 2,000 orang bagi memenuhi keperluan penduduk gugusan Felda Sungai Koyan dan kampung tradisional berdekatan," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek berkenaan di Sungai Koyan, dekat sini kelmarin.

Yang hadir sama, Penghulu Mukim Hulu Jelai, Abdullah Zawawi Kamaluddin.

Menurut beliau, peruntukan bernilai RM4.2 juta untuk pembinaan semula masjid tersebut diterima daripada Kerajaan Pusat atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, premis yang dikenali sebagai Masjid Al-Muhajirin yang dibina pada 1974 dirobohkan pada tahun lepas oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana didapati sudah uzur.

"Peruntukan yang diluluskan jelas menunjukkan kerajaan sangat mengambil berat perkara membabitkan kebajikan, dakwah Islamiah dan keperluan penduduk di sesebuah kawasan luar bandar dan Felda," ujarnya.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jelai berkata, masjid baharu itu akan menempatkan wakaf musafir, dewan mesyuarat, bilik majlis pernikahan, ruang masak dan sajian, tandas, ruang wuduk dan kemudahan lain yang lebih selesa untuk beribadat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, projek berkenaan antara mercu tanda pembangunan Pekan Sungai Koyan yang menjadi hab perniagaan utama di Hulu Jelai dan pusat persinggahan kenderaan berulang-alik antara Lembah Klang dan Kelantan.

Tambahnya, penduduk yang juga peneroka gugusan Koyan yang terdiri daripada Felda Sungai Koyan Satu, Dua dan Tiga dapat menikmati kemudahan beribadat dengan selesa sejajar dengan manifestasi kerajaan negeri mengembangkan syiar Islam dan usaha dakwah ahli kariah di situ.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Penarik kereta didakwa bunuh pengasas AmBank

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

ANGGOTA polis membawa tertuduh, Koong Swee Kwan selepas didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan membunuh pengasas AmBank di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kematian pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi setelah ditembak di sebuah tokong Cina terbela apabila seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh mangsa pada hujung Julai lalu.

Koong Swee Kwan, 44, turut menghadapi tuduhan cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuan, 49, sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Swee Kwan yang berkemeja-T putih hanya mengangguk tanda memahami kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Penolong Pendaftar, Rosmaniar Zainuddin.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Rosmaniar.

Lelaki itu yang menetap di Batu 9 Cheras di sini didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai lalu.

Bagi tuduhan membunuh Hussain, 75, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuan pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengendalikan pendakwaan memohon satu tarikh sebutan bagi menunggu laporan forensik dan mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela ditangkap di Taman Larut Tin Taiping, Perak pada 23 September lalu selepas dua bulan melarikan diri daripada diburu pihak polis.

Menurut laporan akhbar, Hussain dilaporkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada manakala Mei Kuen cedera ditembak dari jarak dekat dan cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan selepas keluar dari tokong cina tersebut.

Pada 16 Ogos lalu, pemandu teksi, Chew Siang Chee, 45, yang dipercayai memandu tertuduh pada hari kejadian didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan, memiliki sepucuk pistol dan empat butir peluru hidup tanpa lesen.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di B-15-12 Kondominium Desa Cindaimas, Jalan Sekutu Persimpangan Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini pada pukul 5.45 petang, 3 Ogos lalu.

Sementara itu, pihak polis masih giat mengesan majikan Swee Kwan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Majikannya yang berusia 53 tahun itu dipercayai telah melarikan diri ke Australia selepas Hussain mati ditembak.

765 pelabur tuntut RM8.3 juta

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 3 Okt. - Seramai 765 pelabur gagal menuntut semula hasil wang pelaburan dalam skim 'Ponzi' yang telah dibekukan oleh kerajaan mencecah RM8.3 juta, selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Wong Dak Wah.

Hakim Abdul Aziz ketika membacakan keputusan menyatakan, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi gagal membuat penilaian yang betul terhadap bukti keterangan yang dikemukakan.

Kuorum berkenaan berpendapat, pihak pelabur (responden) gagal memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 61(4) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Sehubungan itu, panel tersebut mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan mereka menuntut semula hasil pelaburan berkenaan yang dikendalikan oleh syarikat FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd.

Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis dari BNM dan Susheel Kaur dari SC mewakili pihak pendakwaan manakala pelabur-pelabur diwakili peguam Md. Yunos Shariff.

Skim itu yang aktif sekitar tahun 2007 dan 2008 menarik perhatian seramai 4,000 pelabur dengan wang pelaburan keseluruhannya berjumlah RM100 juta.

Skim tersebut dijanjikan pulangan lumayan dan dikendalikan oleh pengarah syarikat niaga hadapan itu, Raja Noor Asma Raja Harun, 51.

Raja Noor Asma telah dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta selepas mengaku bersalah terhadap 54 pertuduhan melaksanakan skim menipu pelabur dan bertindak sebagai broker niaga hadapan tanpa lesen serta melakukan aktiviti pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah (kini Pesuruhjaya Kehakiman) turut memerintahkan sejumlah RM8 juta yang diperoleh daripada wanita itu melalui skim berkenaan dirampas, selain sejumlah RM7,528,250.29 lagi dikenakan sebagai penalti atau enam bulan penjara jika gagal membuat pembayaran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ronan hadiri uji bakat Star Wars

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

LOS ANGELES 3 Okt. - Aktres Ireland, Saoirse Ronan baru-baru ini mengesahkan bahawa dia menghadiri uji bakat untuk membintangi siri filem terbaharu Star Wars Episode VII.

Bagaimanapun, Ronan, 19, enggan mendedahkan butiran lanjut tentang penglibatannya dalam filem itu.

"Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat tentang filem itu dan saya minta maaf," katanya.

Aktor Mark Hamill, Harrison Ford dan aktres Carrie Fisher dijangka sekali lagi membintangi filem itu menerusi watak Luke Skywalker, Princess Leia dan Han Solo.

Beberapa pelakon lain yang turut menyertai uji bakat itu termasuklah Alex Pettyfer, Benedict Cumberbatch, Ryan Gosling, Leonardo DiCaprio, Florence Welch, Michael B.Jordan dan Chloe Moretz.

Ronan sebelum ini pernah membintangi beberapa filem termasuk The Lovely Bones, Hanna dan The Host. - AGENSI

Ugut jiran, Justin Bieber tidak didakwa

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

LOS ANGELES 3 Okt. - Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber tidak akan didakwa atas tuduhan mengugut jirannya yang mengadu tentang cara pemanduannya.

Laman berita City News Service semalam melaporkan, pihak pendakwa raya Los Angeles membuat keputusan untuk tidak mendakwa Bieber kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Pada Mac tahun lalu, seorang jiran Bieber di kawasan kediaman Calabasas melaporkan kepada polis tentang ugutan yang dibuat oleh penyanyi berusia 19 tahun itu.

Ugutan itu dibuat selepas jiran tersebut tidak berpuas hati dengan cara pemanduan Bieber yang dianggap cuai dan boleh menyebabkan kemalangan pada Mei lalu.

Pendakwa raya Alan Yochelson menerusi satu dokumen menjelaskan bahawa Bieber bersikap tidak matang apabila mengutarakan ugutan tersebut, namun ia tidak melibatkan sebarang pelakuan jenayah.

Yochelson menyatakan Bieber tidak boleh didakwa kerana tiada bukti kukuh tentang cara pemanduan cuai yang dilakukan oleh penyanyi itu.

Pihak pengurusan Bieber setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Transformasi, ulama mahu ke mana?

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid

MENJELANG pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO yang bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi, ada kempen untuk membawa masuk kumpulan berpendidikan agama untuk menyeimbangkan kedudukan profesional bagi memantapkan perjuangan dan pembentukan dasar parti.

Malah, wacana penubuhan Majlis Ulama yang setaraf dengan kedudukan Naib Presiden kebelakangan ini semakin hangat disuarakan oleh ahli parti bagi menonjolkan kedudukan ulama adalah penting dalam parti. Ini termasuklah meluruskan persepsi yang mengatakan UMNO meminggirkan peranan ulama dalam menentukan hala tuju dan dasar parti.

Menyoroti kemunculan kepimpinan ulama dalam UMNO, hanya bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad merupakan tokoh yang paling lama diterima berbanding dengan tokoh berpendidikan agama lain. Sejarah itu memberikan gambaran, selepas diberikan peluang, kenapakah hayat politik ulama yang ada dalam UMNO tidak panjang.

Gambaran ini memberikan tafsiran bahawa golongan yang berpendidikan agama tidak merupakan pemimpin yang berkesan, kerana sifatnya terlalu mengharapkan kesempurnaan sedangkan kaedah meraih kesempurnaan tidak dapat diterjemahkan dengan baik dan berkesan.

Golongan ulama yang cekap dalam memperkatakan isu, hebat memberikan pandangan dan kritikan sebenarnya tidak bersifat praktikal dalam tindakan, tidak berjaya menterjemahkan ilmunya untuk menyelesaikan masalah kehidupan.

Kemunculan ulama muda dalam UMNO misalnya pernah dilihat sebagai perkembangan positif tetapi sebaliknya apabila mereka mempunyai kedudukan dalam parti, suara mereka sudah tidak lagi membuktikan kesungguhan untuk memantapkan perjuangan parti.

Suara-suara melakukan perubahan sebelum terpilih memegang kuasa tidak lagi kedengaran dan diterjemahkan secara berkesan. Ulama seperti ini kemudiannya dipanggil sebagai ulama politik, kerana tindakannya tidak lagi konsisten dengan apa yang diperjuangkan termasuk mencari kekayaan peribadi dan menunjukkan kemewahan, mempamerkan sikap riak dan sukar menerima pandangan orang lain.

Situasi seperti ini sentiasa berulang-ulang sehingga ada sebahagian rakyat mulai muak dengan sikap pemimpin agama yang berada dalam UMNO, semakin lama berkuasa semakin kehilangan jiwa agamanya. Jiwa agama bukan bermaksud sentiasa mencari peluang untuk menjadi imam berjemaah ataupun membaca khutbah apabila pemimpin utama hadir sama.

Jiwa agama sejati ialah menegakkan prinsip yang jelas, tidak mudah lentur dengan perubahan mencari kerjasama dengan bukan Islam yang tidak menghormati Islam.

Misalnya, ketika UMNO bergema dengan proses peremajaan dengan mendekatkan diri meraih sokongan golongan muda, para ulama masih belum dapat merumuskan strategi dan pendekatan yang boleh diterima oleh kumpulan yang semakin ramai dan berpengaruh. Sebaliknya, pemimpin profesional dapat menterjemahkan keperluan golongan muda dalam konteks kehendak asasi mereka, sedangkan pemimpin agama masih dengan pendekatan menghukum dan retorik.

Golongan ulama tidak banyak memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat untuk berhubung dengan golongan muda, masih gemar mengadakan aktiviti ceramah dan forum yang tidak diminati oleh mereka. Apabila parti dicemuh, pemimpin ulama seharusnya bangkit untuk memperbetulkan persepsi menerusi pendekatan yang mudah diterima dan tidak terlalu bergantung kepada aktiviti berbentuk ceremonial atau large volume error.

Pemimpin ulama seharusnya mampu mendengar suara-suara mereka, yang mana proses itu boleh membawa kepada peningkatan keyakinan dengan memberikan ruang dan peluang dengan lebih meluas, bukannya memaksa golongan muda mendengarnya.

Golongan agama dalam parti tidak seharusnya mengehadkan pengetahuan mereka, sebaliknya wajib memahami ilmu-ilmu bantu yang lain, termasuk psikologi dan pengetahuan profesional yang memungkinkan peningkatan minat golongan muda untuk menyokong parti.

Kalau pemimpin agama dapat menterjemahkan ilmunya menjadi sesuatu yang praktikal, memahami keperluan psikologi, ia akan membolehkan golongan muda mempercayai bahawa kepimpinan sedemikian itulah yang boleh diharapkan untuk membangunkan parti dan kemaslahatan ummah.

Pemimpin agama tidak mudah terpengaruh dengan keperluan meletakkan kepentingan diri di tempat teratas. Misalnya mengenai penularan fahaman Syiah, belum lahir golongan ulama dalam UMNO yang berani memulihkan pengikutnya untuk kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Atas sebab itulah ulama dilihat gagal memugarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada ancaman Syiah, walhal fahaman itu mempunyai kedudukan yang jelas bertentangan dari segi akidah dan undang-undang.

Belum muncul seorang pemimpin ulama dalam UMNO yang berani berdepan secara intelektual dengan kelompok Syiah. Paling ramai ialah golongan ulama yang hanya cekap membuat selaran dan mendedahkan pelanggaran akidah golongan tersebut secara jarak jauh ataupun menerusi media, sedangkan apa yang lebih diperlukan adalah turun padang mencari dan memulihkan mereka.

Ketidaksanggupan itulah menyebabkan segelintir pemimpin ulama hanya berani bercakap secara lantang dalam forum, yang mana khalayaknya adalah kumpulan least resistance dan bukannya khalayak sasaran sebenar.

Itulah sebenarnya transformasi politik yang wajib dilaksanakan oleh kelompok ulama dalam UMNO jika mahukan Islam terus mantap dan sukar digugat. Transformasi pendekatan politik hendaklah disusuli dengan kemantapan psikologi bila berhadapan dengan kumpulan berkenaan, bukannya sekadar riuh rendah secara bermusim.

UMNO perlu menjejaki semula sejarah penubuhannya dan belajar daripada pengalaman bagaimana Biro Agamanya berpecah, membentuk sebuah kumpulan siasah yang akhirnya menjadi lawan politiknya. Tentunya, setelah berpecah kaedah persaingan menjadi lebih sengit dan sesekali kedengaran tindakan yang amat memualkan sehingga kedudukan Islam semakin tercabar.

Transformasi perlu bermula daripada diri sendiri sebagaimana perintah Nabi Muhammad yang bersabda ibda binafsik" (mula dari dirimu sendiri). Dalam konteks dan situasi yang sebeginilah ulama dalam parti perlu berperanan sebagai pencerah dan pendidik kepada semua elemen dalam parti agar selari dengan prinsip-prinsip Islam.

Ketokohan seorang ulama juga boleh dilihat sejauh mana ia dapat bertahan dengan godaan dan dugaan politik yang menawarkan kekayaan dan keselesaan hidup dengan cara yang cepat. Ulama akan dipandang tinggi dan tabik hormat sekiranya ulama tersebut mempamerkan dirinya sebagai sosok yang sederhana, zuhud dan berjuang secara istiqamah mempertahankan Islam sebagai teras parti dan negara.

Demikian Nabi bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Tidaklah seorang lelaki itu dianggap alim sehinggalah dia tidak berhasad dengki kepada orang yang lebih daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya dan tidak mencari upahan kebendaan dengan ilmunya."

Antara lain tugas yang harus dilaksanakan oleh ulama dalam kedudukan mereka sebagai pewaris Nabi iaitu memberi contoh sosialisasi dan teladan. Justeru Nabi SAW dicipta Allah sebagai teladan (lihat surah al-Ahzab ayat 21) atau sebagaimana keterangan isteri baginda Aisyah r.a., sikap dan tingkah laku Rasulullah adalah al-Quran. Dari hakikat ini pewaris Nabi dituntut bukan sekadar menampilkan satu peribadi yang baik tetapi yang terbaik.

Orang yang paling alim dalam kalangan manusia harus mengatur segala urusan umatnya kerana ia akan bertindak berdasarkan maslahat terbaik bagi seluruh umat dan keluar daripada kejahilan yang akan menyebabkan mudarat yang lebih luas bagi setiap anggota masyarakat.

Pada masa sama, ulama yang dibariskan dalam parti dan kepimpinan negara perlu mempunyai pemikiran yang progresif, tidak jumud, menyokong kebebasan intelektual dan tidak terkongkong dengan doktrin agama tertentu. Ulama yang mempunyai wawasan yang luas akan memberikan pencerahan dan kefahaman yang bernas kepada umat Islam.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa dan Pengurusan Isu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Kesederhanaan menatang kemuafakatan

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia.

BERTOLAK daripada cadangan penubuhan Gerakan Kesederhanaan Global pada tahun 2010, dengan nada yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru agar kesederhanaan diamalkan supaya dapat mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai latar agama dan etnik di Kenyataan Nasional pada Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-68 di Amerika Syarikat baru-baru ini.

"Dengan memperkukuhkan kembali komitmen kita terhadap kesederhanaan dan menyelesaikan masalah politik yang mengakibatkan wujudnya keadaan tidak stabil, kita mampu kembali berkuasa. Kita mampu pinggirkan puak pelampau dan memperjuangkan agenda keamanan, keharmonian serta keadilan," kata Najib di perhimpunan tersebut.

Najib menjadikan peristiwa yang berlaku di merata dunia yang menyaksikan bagaimana puak pelampau menggunakan agama sebagai perisai untuk melakukan keganasan sedangkan keamanan dipinta ke atas komuniti yang wajar bersama menentang kumpulan ini yang merobohkan keluarga, masyarakat dan negara. Amalan songsang sehingga rusuhan dan pembunuhan berterusan berlaku kerana vakum yang ditinggalkan oleh kepimpinan sederhana diambil- alih oleh golongan radikal dan ekstrem akibat tingkah laku pengikutnya sendiri.

Dalam menatang kemuafakatan, kesederhanaan menjadi tanggungjawab semua warga. Najib menyatakan bahawa 'kesederhanaan tidak patut ditafsir sebagai kelemahan, manakala perjuangan menentang mereka yang menganjurkan keganasan serta menyeru kepada kedamaian, bukan mempamerkan kelemahan, tetapi sebaliknya kekuatan kita'.

Agenda kemuafakatan berpusatkan kepada kesederhanaan telah menjadi teras kepimpinan Najib sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 2009. Kemuafakatan yang sering dijadikan sumber rujukan adalah melalui konsep penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Bagaimanakah ia mampu dilestarikan dalam konteks masyarakat yang saban hari semakin kompleks dengan perubahan persekitaran alam, ekonomi dan struktur politik serta sosial? Ia sebenarnya bergantung kepada usaha berterusan dalam berhadapan dengan cabaran dan dilema untuk memastikan tidak akan lahir insiden yang mencurigakan atau kebimbangan ke atas masyarakat secara umum walaupun ada peristiwa kecil berlaku saban hari.

Masyarakat global sering menjadikan Malaysia sebagai rujukan, nota kaki dan contoh dalam memerihalkan kependudukan dan hubungan antara etnik walaupun ada ketikanya warga Malaysia sendiri mengkritik latar hubungan keetnikan ini. Hatta, penampilan Najib dengan konsep Al-Wasatiyyah atau kesederhanaan di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu September 2013 merupakan pengiktirafan ke atas keabsahan yang sudah dihormati oleh dunia umumnya.

Malahan, ia juga bertujuan membolehkan negara-negara lain khususnya negara Islam dan dunia ketiga yang acap kali berhadapan dengan konflik pergerakan puak pelampau boleh bangkit bersama mempertahankan kedamaian demi masa depan yang tidak menentu terutama di negara yang masih bergelut dengan kancah konflik dan ancaman pembersihan etnik.

Kita juga dapat membaca, mendengar dan melihat apa yang telah dan sedang berlaku di beberapa negara termasuk Rwanda, Sri Lanka, Yugoslavia, Filipina, Thailand, Fiji, Sudan, Nigeria dan Syria namun, Malaysia masih diklasifikasikan oleh pemikir luar sebagai aman walaupun tafsiran dalam negara berbeza-beza sehingga ada yang cuba memencilkan penghormatan itu tanpa menafikan ada juga pihak luar radikal bertanggapan Malaysia akan berhadapan dengan rusuhan pada bila-bila masa.

Ia barangkali ada hubungan dengan kepentingan politik segelintir pihak luar yang kecewa kerana penentangan mereka gagal diterjemahkan dalam bentuk sokongan di pilihan raya umum terutama ketika mereka menyoal isu berkaitan dengan demokrasi, hak asasi, minoriti, jurang bandar dan luar bandar dan isu sosial yang lain.

Kesederhanaan di fasa nasional penting untuk diangkat ke arena antarabangsa. Hormat, faham dan menerima di antara satu sama lain menjadi asas dalam membina nilai kesederhanaan. Walau berbeza dari segi agama, etnik, kaum, kepercayaan, ideologi kepartian politik dan proses sosialisasi masing-masing, jika keperibadian berpaksikan kepada kesederhanaan yang mengutamakan nilai persamaan kemanusiaan, maka ia akan memudahkan proses untuk menutup bucu-bucu yang memberikan ruang kepada permusuhan dan perselisihan.

Dalam syarahan 'The New Meetings, Moderation: The New Modernity' di New York yang dihos oleh Fareed Zakaria pula, Najib menyatakan bahawa 'jika kita memilih pendekatan wassatiyah dan menolak nazisme atau militan, dan pemikiran yang ekstremis, akan ada peluang kita boleh berusaha ke arah menjadikan dunia ini sebuah dunia yang aman'. Ia menampakkan usaha menjadikan Pergerakan Wassatiyah Global supaya dapat mencari titik pertemuan dan kerjasama untuk menyelesaikan masalah dunia terutama melalui dialog dan rundingan dari berkonfrontasi.

Tidak ada agama yang meminta umatnya membunuh yang tidak berdosa kerana ia berlandaskan kepada pegangan nilai keagamaan yang sempit. Fobia berteraskan kepada agama dan etnik jika disemarakkan menjadi propaganda boleh mengambil-alih pengertian sebenar sesuatu agama sehingga bersifat stereotaip, etnosentrik dan prejudis serta melahirkan kebimbangan syak wasangka yang akhirnya boleh mengkebumikan warisan sesuatu masyarakat atau komuniti.

Rampasan nilai sebenar keagamaan oleh segolongan yang berkepentingan mahupun pengganas keagamaan atas kepentingan sendiri memerlukan golongan bersifat sederhana tidak bersikap senyap dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh puak radikal kerana kumpulan ini akan bertanggapan menerima persetujuan tidak bertulis dari anggota masyarakat yang mendiamkan diri. Yang senyap dan diam perlu keluar dari kepompong keselesaan agar turut sama menentang secara terbuka sebarang tindakan golongan yang rakus bergerak diluar batasan kemanusiaan.

Pertembungan nilai amalan baru masa kini, tafsiran, pengurusan dan kumpulan umur juga akan menyumbang ke atas perilaku sedemikian rupa. Maka, rasa sifat bertanggungjawab ke atas nilai kenegaraan amat penting dalam usaha kita mempertahankan apa yang sudah diiktiraf selama ini yang turut memerlukan penambahbaikan dilakukan secara berterusan supaya peningkatan taraf hidup berkualiti dalam kumpulan di bawah garis kemiskinan akan memberikan mereka keadilan sosial yang akan memberikan nilai tambah kepada pemetaan dunia luar ke atas Malaysia. Kepunyaan dengan sifat kompromi dan berkorban juga mencermin nilai kesederhanaan yang telah mendasari susur- galur pembentukan negara-bangsa selama ini tetapi ia bukan satu jaminan akan bersifat kekal.

Malaysia sudah merungkai perincian yang wajar dijadikan sebagai kayu ukur kepada nilai yang dikongsi dan cabaran besar adalah untuk terus memastikan negara ini kekal muhibbah, aman, damai dan harmoni agar kesederhanaan akan menatang kemuafakatan hubungan pelbagai etnik tanah air ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Searasi bersama

Posted: 02 Oct 2013 11:30 PM PDT

Wan Suhaimi berkemahiran membaiki peralatan elektrik.

"Bagi yang mempersoalkan tentang fizikal saya dan selalu bertanya kenapa saya dilahirkan dengan tubuh kecil 'kerdil', sebenarnya mereka tidak memahami takdir dan ketentuan Allah.

"Bukan dipinta dilahirkan sebegini. Semua ini adalah ketentuan dari-Nya. Walaupun kerdil, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkahwin dan menjalani kehidupan seperti orang biasa," ujar Wan Suhaimi sambil tersenyum kepada isteri di sebelahnya.

Hasil perkongsian hidup sejak 12 tahun lalu, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Suhana yang kini berusia sembilan tahun.

Mereka bersyukur kerana anak tunggal kesayangan itu dilahirkan normal dan membesar dengan sihat seperti kanak-kanak seusianya.

Mengenang kembali detik perkahwinan, Wan Suhaimi berkata, perkenalan mereka berputik ketika sama-sama menjadi ahli Persatuan Orang-Orang Kerdil Malaysia.

"Selepas mengenali hati budi masing-masing, kami mengambil keputusan untuk bertunang dan bernikah tiga bulan kemudian. Apa yang penting hubungan kami direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Dahulu saya pernah terfikir untuk membujang sehingga ke tua jika tiada wanita yang ingin berkahwin dengan saya. Tetapi, semua telah diatur oleh Allah apabila saya diberi peluang berkahwin pada tarikh keramat 29 Jun 2003," katanya disusuli ketawa kecil.

Wan Suhaimi yang berasal dari Kelantan berkata, mereka tidak pernah menjangka perkahwinan itu turut dirakamkan dalam Malaysia Books of Record sebagai pasangan orang kerdil pertama yang berkahwin

Walaupun keadaan fizikalnya begitu, dia tidak pernah mengharapkan bantuan daripada orang ramai bagi menyara keluarga. Malah dengan tulang empat kerat tersebut dia berusaha mencari rezeki yang halal.

"Selain bekerja sebagai tukang cuci di Apartmen Seri Cempaka Bandar Baru Bangi, saya juga mempunyai kemahiran membaiki peralatan elektrik.

"Barangan terbuang ini selalunya diambil di kawasan pembuangan sampah sebelum dibaiki dan diguna semula.

"Selain itu, ada juga beberapa permintaan untuk membaiki barangan elektrik oleh jiran-jiran di sekitar kawasan perumahan ini," katanya.

Ujar bapa cekal itu, bagi menambah pendapatan, dia juga bekerja secara sambilan mengambil dan menghantar budak sekolah rendah berdekatan dengan rumahnya.

"Setiap hari seawal pukul 7 pagi saya memulakan tugas menghantar budak sekolah dengan menggunakan kereta kancil milik saya yang telah diubah suai dengan keadaan fizikal saya.

"Kemudian, jam berikutnya kadang-kadang ada juga beberapa orang pekerja di kawasan ini meminta saya menghantar mereka ke pejabat.

"Pada sebelah petang jika ada waktu kelapangan saya akan menghabiskan masa mencari barangan terpakai seperti besi buruk, tin kosong dan surat khabar untuk dijual.

"Sebelah malamnya, dihabiskan untuk membaiki barangan terpakai untuk diguna semula," katanya.

Menurut Wan Suhaimi, bagi membantu mengurangkan bebanan keluarga, isterinya turut membantu menambah pendapatan dengan menjual kuih muih yang dibuat sendiri seperti apam dan lompang.

Ditanya perancangan masa depan, dia mengakui dalam usia yang sudah memasuki 50-an, dia ingin memiliki sebuah van yang boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan sendiri.

"Niat untuk memiliki van memang ada. Tetapi modal tidak ada. Saya sangat bersyukur jika ada pihak yang ingin membantu saya memiliki van sendiri.

"Ketika ini, kami juga ada menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RM250 bantuan zakat daripada negeri Selangor.

"Sebahagian wang tersebujt digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan," katanya.

Sambil ketawa, Wan Suhaimi berkata dengan keunikan yang dimiliki mereka, dia dan isterinya pernah diambil berlakon dalam beberapa drama dan filem.

Bagi sesiapa yang berminat mendapatkan khidmat membaiki peralatan elektrik boleh hubungi Wan Suhaimi di talian 019-3507999. - SITI AISHAH YUSOFF

Beg kertas simpan kenangan

Posted: 02 Oct 2013 11:30 PM PDT

MINAT mendalam terhadap seni reka dan kreativiti beg kertas membuatkan Jany Tan Poo Choo, mengumpul lebih 500 beg kertas dari dalam dan luar negara, yang setiap satunya cukup istimewa dan membawa makna tersendiri.

Hobi Jany bermula apabila menerima beg kertas eksklusif selepas membeli beg berjenama United Colors of Benetton dari sebuah butik di Singapura.

Beliau yang amat tertarik dengan beg yang berwarna terang, hanya menyimpan sekeping beg kertas untuk setiap corak sejak 16 tahun lepas dan yang penting ia perlu kelihatan seperti baru tanpa kesan lipatan mahupun kedut.

"Sebahagian daripada koleksi eksklusif ini amat berharga dan sukar untuk dicari ganti," jelas beliau.

Mengenai perkongsian hobi ini dengan orang luar, Jany mengakui sukar mencari rakan daripada kumpulan sosial beliau yang memiliki hobi yang sama.

"Namun ada seorang yang mempunyai minat yang sama iaitu Muhammad Norazlin Mansur yang dikenali semasa mula-mula bekerja di Universiti Malaya (UM) tahun lepas, yang menghadiahkan kira-kira 50 keping beg kertas bertemakan universiti tertua itu," kata Jany.

Sebahagian lagi koleksi Jany dihadiahkan oleh keluarga, saudara mara dan sahabat handai termasuk empat abangnya yang menetap di luar negara.

Antara yang masih disimpan ialah beg kertas dari tempat pelancongan yang pernah dikunjungi seperti Beijing semasa Sukan Olimpik 2008, Jerman dan Maldives.

"Sekeping beg kertas dari Menara Eiffel, Paris yang dihadiahkan oleh abang yang berada di London dan sekeping beg hadiah ketika Tahun Baru Cina daripada sahabat adalah antara koleksi yang paling manis," katanya yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Korporat, Pejabat Keselamatan UM.

Beliau juga menyimpan beg kertas yang menanda peristiwa bersejarah dalam hidupnya seperti beg yang membawa anjing pertama beliau, Trust Tan pada Hari Valentine 13 tahun yang lepas, beg konvokesyen yang memuatkan jubah konvo untuk hari penganugerahan ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik yang diterima pada 2005.

Beg konvokesyen itu amat bernilai kerana mengingatkan akan kemanisan zaman belajar di universiti yang berprestij itu, apatah lagi beliau bergraduasi pada tahun yang sama dengan ulang tahun satu abad universiti itu.

Pada tahun-tahun awal hobinya, Jany menyimpan koleksi beg kertas itu dalam kotak kadbod yang disusun dalam sebuah bilik kecil di rumahnya.

"Apabila koleksi bertambah banyak, saya merasa agak bimbang jika ia rosak akibat kelembapan atau serangga, jadi saya pindahkan ke dalam kotak plastik yang diletakkan dalam bilik khas yang sentiasa dipastikan kering dan bersih," jelas beliau.

Menjaga beg kertas sebagai hobi pada masa lapang lebih mudah kerana tidak mengumpul debu, tidak perlu kerap dikesat dan tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding mengumpul koleksi barangan lain seperti cawan atau botol mini minyak wangi. — BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kontraktor perlu penuhi syarat

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan 54 pasukan pemantauan projek bagi memastikan kontraktor pembinaan yang dilantik memenuhi syarat ditetapkan bagi pembinaan kemudahan lebih tahan lasak dan berkualiti di sekitar ibu kota.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pasukan pemantau itu juga bertanggungjawab mendapatkan maklum balas daripada orang ramai dan bertindak terhadap kontraktor yang tidak mengikut piawaian termasuk dihalang daripada menerima tender pembinaan pada masa depan.

"Banyak kemudahan di ibu kota tidak memenuhi standard yang dihasratkan dari segi ketahanan, material dan reka bentuk.

"Sudah sampai masanya kita buat penekanan bersungguh-sungguh dalam memastikan kemudahan yang dibina tahan lasak dan berkualiti kerana masyarakat amat prihatin tentang kualiti kemudahan yang digunakan mereka," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam yang memaklumkan empat daripada lima projek kemudahan rekreasi di sekitar bandar raya Kuala Lumpur gagal disiapkan mengikut jadual asal.

Menurut laporan tersebut, bagi tempoh 2010 hingga 2012, sebanyak RM182.79 juta telah diperuntukkan bagi pengurusan projek kemudahan rekreasi dan hanya sejumlah RM123.32 juta atau 67.5 peratus dibelanjakan hingga Disember 2012.

Pengauditan yang dijalankan, menurut laporan itu, mendapati prestasi fizikal empat daripada lima projek yang diaudit kurang memuaskan kerana gagal di siapkan mengikut jadual asal dan kontraktor terlibat telah diluluskan antara satu hingga tiga lanjutan masa, melibatkan tempoh antara 174 hingga 617 hari.

"Selain itu, pengurusan lima projek ini juga kurang memuaskan kerana terdapat kelemahan seperti siasatan ataupun penilaian awal tapak projek tidak dilakukan. Projek yang telah disiapkan masih tidak dapat diguna atau dinikmati orang awam, selain pelaksanaan projek tidak mengikut terma, syarat dan spesifikasi kontrak.

"Malah, JLR (Jabatan Landskap dan Rekreasi, DBKL) didapati tidak menggunakan sepenuhnya Garis Panduan Landskap, Jabatan Landskap Negara dan peraturan lain yang berkaitan sebagai panduan untuk mempraktikkan amalan terbaik. JLR tidak menyelenggarakan rekod inventori aset hidup dan tidak menguruskan penyenggaraan landskap serta kemudahan rekreasi dengan memuaskan," jelas laporan itu lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata, peningkatan kualiti kerja akan dilaksanakan melalui Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) DBKL dengan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dan SIRIM Berhad dalam proses untuk dimuktamadkan.

"Semua langkah ini diyakini dapat menyelesaikan masalah projek DBKL yang tidak sempurna pada masa hadapan," katanya.

Rupa tak seindah nama

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

CYBERJAYA 3 Okt. - Tidak padan dengan namanya, kawasan NeoCyber di sini kelihatan lebih baik sedikit daripada kawasan setinggan.

Hanya bangunan yang indah dan tersusun membezakannya dengan penempatan yang kebiasaannya sesak dan kotor itu.

Sikap dan mentaliti sesetengah penghuninya tidak ubah dengan mereka yang menghuni setinggan atau berada di negara dunia ketiga.

Masalah paling teruk berlaku di sekitar Avenue Biz 2, kerana sampah dibuang merata-rata dengan di sana sini sesuka hati. Sampah yang berlonggok dan mengeluarkan bau yang meloyakan sehingga menimbulkan pemandangan yang sangat menjijikkan.

Ini menyebabkan mereka yang bekerja di beberapa premis perniagaan dan syarikat yang beroperasi di situ bukan sahaja terpaksa menanggung bau busuk sampah setiap hari tetapi menanggung malu setiap kali menerima kehadiran pelanggan atau pelawat.

Pasti pengunjung kurang senang dan mempunyai pelbagai tanggapan buruk terhadap kawasan itu serta mereka yang bekerja di situ sebaik sahaja terpandang longgokan-longgokan sampah tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati longgokan sampah yang benar-benar mencacatkan pemandangan itu merupakan sampah lama dan baru yang terbiar, tidak dikutip dan tidak dibersihkan.

Difahamkan sampah basah dan busuk ini merupakan sisa-sisa makanan yang dibuang begitu sahaja oleh pekerja restoran-restoran berdekatan.

Terdapat hampir 10 buah restoran di situ dan tidak mustahil kebanyakan daripada pekerja-pekerja restoran itu membuang sisa-sisa makanan di kawasan itu. Ada juga yang dibuang oleh orang luar di kawasan itu.

'Kami yang tanggung malu' - Pekerja

Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT

SEORANG lelaki yang disyaki pekerja sebuah restoran sedang membuang sampah di tepi jalan di NeoCyber, Cyberjaya yang dirakamkan baru-baru ini.

CYBERJAYA 3 Okt. - Salah sebuah syarikat di NeoCyber, Prestariang Berhad adalah antara yang teruk menjadi mangsa terhadap pembuangan sampah secara sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan itu.

Ketua Pegawai Kewangan Syarikat Prestariang Berhad, Abdul Razak Bakrun berkata, masalah itu tidak akan timbul sekiranya orang ramai mempunyai disiplin manakala pihak berkenaan mengutip sampah mengikut jadual dan tata kerja.

"Masalahnya mereka tidak membuang sampah ke dalam tong-tong sampah yang disediakan. Tong sampah yang sudah penuh pula tidak diuruskan oleh pihak berkenaan.

"Jadi kami yang berjiran dengan longgokan sampah ini yang jadi mangsa, tetapi soalnya sampai bila kami terpaksa menanggung bau busuk dan pemandangan yang sangat menjijikkan ini?," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.

Abdul Razak berkata, pada peringkat awal syarikatnya beroperasi di situ pada tahun 2009, tidak timbul masalah seperti yang berlaku pada hari ini kerana ketika itu belum banyak syarikat dan restoran yang beroperasi di situ.

"Tetapi lama kelamaan apabila semakin banyak premis perniagaan beroperasi di sini, masalah sampah mula timbul, terutama sejak tahun lalu hingga hari ini," katanya.

Menurutnya, pihaknya telah beberapa kali, iaitu dari Februari hingga Jun lalu mengadu kepada pihak berkuasa tempatan mengenai masalah itu, termasuk meminta kerjasama pihak pengurusan NeoCyber.

"Walaupun telah menerima jawapan bertulis yang begitu positif tetapi semuanya tidak diterjemah dalam bentuk tindakan.

"Pihak berkuasa tempatan pula hanya bersikap lepas tangan dengan memberitahu bahawa syarikat kontraktor mengutip sampah akan bertanggungjawab membersihkan sampah-sampah tersebut, tetapi sehingga hari ini satu bayang lori sampah pun tidak kelihatan," katanya.

Tegas beliau, masalah itu sedikit sebanyak menjejaskan imej dan perniagaan syarikatnya pada mata pelanggan dan orang ramai.

"Tetapi yang lebih teruk, masalah ini sangat menjejaskan reputasi Cyberjaya dan NeoCyber sendiri yang begitu dibanggakan kononnya sebagai hab ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) antarabangsa," katanya.

Beliau sangat berharap agar pihak berkenaan segera mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah itu.

"Semua kerja-kerja mengutip sampah dan membersihkan kawasan ini hendaklah dibuat sebelum 8 pagi setiap hari. Lebih baik lagi jika tempat pembuangan sampah ini dipindahkan sahaja ke tempat lain yang lebih sesuai, bukan di sini yang berdekatan dengan jalan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ternak lembu, burung walet

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

ISMAIL Mohamed (dua dari kiri) menyampaikan cek bernilai RM5,000 kepada wakil PPK Sri Medan, Misran Kadio (kanan) bagi kategori Anugerah Cemerlang Pemasaran BTS Tertinggi sambil diperhatikan oleh Saipolbahari Suib (kiri) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 2 Okt. - Kerajaan negeri menyambut baik cadangan membangunkan Pulau Pisang di sini sebagai kawasan agropelancongan dengan mengusahakan ternakan lembu dan sarang burung walet.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, usul Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) itu akan dibawa dalam mesyuarat mingguan Exco untuk dibincangkan.

"Idea untuk bangunkan Pulau Pisang sebagai kawasan agropelancongan sesuatu yang baik kerana kita mahu pulau itu bukan hanya berfungsi dengan adanya Rumah Api, tetapi kita menggalakkan kunjungan ke sana. Dengan adanya sektor pelancongan, akan meningkatkan aktiviti ekonomi di pulau itu.

"Perkara ini akan dibawa kepada Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) untuk kelulusan kerana inisiatif PPNJ amat bagus serta memberi manfaatkan kepada ramai pihak. Dalam hal ini Unit Perancang Ekonomi negeri (UPEN) akan meneliti dan membuat kajian di pulau tersebut untuk mengetahui kesesuaiannya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPNJ Ke-35 di sini kelmarin.

Idea membangunkan Pulau Pisang itu disuarakan oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Datuk Saipolbahari Suib yang melihat pulau tersebut sebagai lokasi strategik untuk dibangunkan.

Menurut beliau, PPNJ ingin mengusahakan pulau itu dengan ternakan lembu dan berdasarkan tinjauan pulau itu menjadi tempat persinggahan burung walet dan perlu dijadikan rumah burung sebagai industri nilai tambah kepada peladang.

"Pembangunan ini juga bagi mengelak insiden Pulau Batu Putih berulang. Jadi, kita tidak mahu Pulau Pisang akan jadi milik orang lain jika tidak dibangunkan sekarang," katanya.

Menurutnya, PPNJ berhasrat menjadikan Pulau Pisang kawasan ternakan lembu dan burung walet selain lokasi agropelancongan pada masa depan dengan nilai pelaburan permulaan dijangka RM4 juta.

"Saya melihat pulau itu lokasi yang sesuai kerana kalau kita lepaskan ternakan di situ dan tidak perlu prasarana seperti pagar dan sebagainya. Kawasan persinggahan burung juga mampu menjadi pusat pelancongan.

"Buat permulaan kita akan tempatkan sebanyak 1,000 ekor lembu dengan nilai RM3 juta dan membina tiga rumah burung dianggarkan RM1 juta," katanya.

Pulau Pisang adalah sebuah pulau kecil yang terdapat di perairan negeri ini dan terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Benut, Pontian dan 12 kilometer dari Pontian Kechil serta menjadi laluan kapal di Selat Melaka.

Di pulau itu terdapat sebuah rumah api yang dikawal selia Singapura berikutan perjanjian antara Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim dan pihak Inggeris pada 1900.

49 pelajar pendidikan khas sertai perkhemahan pengakap

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

LABIS 2 Okt. - Seramai 49 pelajar pendidikan khas yang menghadapi masalah pembelajaran didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan ikhtiar hidup dalam Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Daerah Segamat 2013 di Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai baru-baru ini.

Pengelola program, Rosmah Yaacob berkata, perkhemahan tahunan selama dua hari itu disertai pelajar pendidikan khas dari sekolah rendah dan menengah.

"Kami memilih hutan simpan ini kerana yakin alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu dan boleh digabungjalinkan dengan amalan bagi memperkayakan pengalaman khususnya kepada pelajar pendidikan khas ini.

"Saya yakin program ini mampu memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi dalam masyarakat ke arah kesepaduan nasional," katanya selepas majlis penutupan program tersebut.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri, Wan Asim Wan Sekh dan turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Segamat (Pendidikan Khas dan Pemulihan), Masnawi Shamsuddin dan Pegawai Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai, Khairul Mat Janus.

Rosmah berkata, selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar, kecemerlangan seseorang pelajar tidak seharusnya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata, malah perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketerampilan dan berkebolehan menyesuaikan diri dalam era globalisasi.

Menurutnya, peserta perkhemahan yang turut disertai 20 guru pengiring dari 38 sekolah itu turut didedahkan dengan cara ikhtiar hidup dalam hutan, aktiviti memberi makan ikan kelah dan menanam 1,000 batang pokok.

Sementara itu, Wan Asim mengakui amat mengagumi semangat dan kegigihan yang ditunjukkan pelajar berkenaan sepanjang perkhemahan tersebut.

"Menerusi perkhemahan seperti ini kita dapat mengubah mentaliti dan persepsi orang ramai terhadap kemampuan dan semangat yang tidak disangka-sangka yang ditunjukkan oleh anak-anak ini.

"Walaupun mereka ini anak- anak istimewa dan bukannya pelajar normal, tetapi kesungguhan dan keazaman mereka menempuh perkhemahan ini mengatasi semangat pelajar normal dan saya yakin selepas ini mereka boleh mengurus diri dalam suasana dan keperluan yang tidak terbatas ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


12 projek PPR bakal dibina

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

Ismail Othman

MELAKA 2 Okt. - Kerajaan negeri sedang merancang membina sebanyak 12 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam tempoh lima tahun lagi dalam usaha menyediakan kemudahan kediaman kepada penduduk berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak tujuh projek PPR manakala selebihnya lima projek rumah mampu milik oleh pihak swasta.

Menurutnya, kerajaan negeri merancang membangunkan sebanyak sebanyak 2,600 unit rumah PPR jenis teres dalam tempoh lima tahun akan datang membabitkan 600 unit di Sungai Udang; Lipat Kajang, Jasin (500), Kampung Tun Kudu (500), Pulai 2, Jasin (400), Ayer Molek Darat (400), Bukit Rambai (400) selain pembinaan 400 unit rumah pangsa di Sungai Putat 2.

"Sementara itu, sebanyak 3,500 unit rumah mampu milik melalui projek swasta dengan keluasan dari 850 hingga 1,200 kaki persegi berharga bawah RM150,000 seunit pula bakal dibina di Durian Tunggal, Parit Melana, Machap, Kemuning dan Merlimau," katanya.

Ismail (BN-Kuala Linggi) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) mengenai rancangan kerajaan negeri membina rumah kos rendah dalam tempoh lima tahun akan datang dalam Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri hari ini.

Katanya, kerajaan negeri di bawah Jabatan Perumahan Negeri meluluskan sebanyak tiga projek perumahan rakyat iaitu PPR Paya Rumput, PPR Ayer Panas dan PPR Bukit Baru.

Sementara itu, jelas Ismail, sehingga 15 September lalu, sebanyak 4,656 pemohon sedang menunggu rumah kos rendah dan sederhana di negeri ini terbahagi kepada 2,233 di daerah Melaka Tengah, 1,415 (Alor Gajah) dan 1,008 (Jasin).

"Cadangan pembinaan lebih banyak PPR di negeri ini adalah selaras dengan permintaan rakyat yang semakin meningkat.

"Semua pelaksanaan projek ini menunjukkan manifestasi keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap keperluan perumahan dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah.

"Ini sekali gus membuktikan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil kira kepentingan dalam menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

'9 Keajaiban' pendekatan terbaharu pelancongan NS

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

SEREMBAN 2 Okt. - Negeri Sembilan akan menggunakan pendekatan '9 Keajaiban' dalam memastikan industri pelancongan negeri ini diperhebat lebih-lebih lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendekatan terbaharu itu akan merujuk kepada sembilan tempat yang wajib dilawati pelancong sekiranya mereka melawat negeri ini kelak.

"Umpamanya jika kawasan Rekreasi Ulu Bendul di Kuala Pilah dimasukkan kelak, pelancong akan wajib berkunjung ke situ, selain lapan lagi tempat yang akan kita letakkan dalam '9 Keajaiban ini," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-13 di sini hari ini.

Kata Mohamad (BN-Rantau), dengan pendekatan terbaharu itu sasaran kerajaan untuk melihat pelancongan menjadi sebahagian dalam penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri akan tercapai melalui kehadiran yang dijangka mencecah lima juta orang itu.

"Ini akan kita kaji dan perhalusi sebagai sebahagian strategi bagi mengembangkan lagi minat pelancong datang ke negeri ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar memberitahu, antara usaha yang dilakukan kerajaan ialah memastikan pelancong akan menginap lama di hotel mahupun resort daripada satu setengah hari kepada sekurang-kurangnya dua setengah hari.

Untuk itu, katanya, tiga aspek utama untuk memastikan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara ialah memperkasakan produk pelancongan sedia ada, memantapkan penganjuran acara pelancongan yang berimpak tinggi serta memperkenalkan pelancongan baharu bertaraf antarabangsa.

Tun Hairudin (BN-Bagan Pinang) yang menjawab soalan Abdul Rahman Mohd. Redza (BN-Linggi) berkata, ketiga-tiga aspek itu akan disokong dengan aktiviti promosi dan publisiti seperti misi jualan dalam dan luar negara, pengiklanan produk di papan iklan gergasi sepanjang lebuh raya, selain iklan dalam laman web.

Dewan gamat isu babi dan lalat

Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT

SEREMBAN 2 Okt. - Dewan Undangan Negeri hari ini gamat selepas perkataan babi yang disebut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan merujuk kepada penternakan babi di Bukit Pelandok dekat Chuah diminta disebut sebagai khinzir oleh pembangkang.

Sambil duduk, Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) meminta Mohamad tidak menyebut babi dengan menegaskan adalah lebih elok jika digunakan perkataan khinzir.

Bagaimanapun, Mohamad mencelah dengan berkata: "Khinzir tu apa? Mana ada orang sebut gila khinzir, orang selalu sebut gila babi. Ada ke orang kata mengkhinzir buta tetapi orang sebut membabi buta. Kalau sudah babi, maka babilah, apa yang susah sangat".

Beliau berkata demikian pada hari terakhir Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-13 di sini hari ini.

Beliau yang ketika itu sedang membuat penggulungan perbahasan ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada istiadat pembukaan lalu berkata, kerajaan tidak mahu pelancong ke negeri ini yang melalui jalan itu disambut dengan ucapan, Selamat Datang ke Kandang Babi.

Menurut Mohamad (BN-Rantau), tanah yang dibeli bagi tujuan penternakan babi di Bukit Pelandok di Chuah itu lebih baik diubah sebagai kawasan perindustrian dan perumahan.

Katanya, perubahan itu memberi manfaat berikutan nilai tanah yang semakin meningkat sekali gus pemiliknya akan mendapat keuntungan berpanjangan.

"Pada pandangan kerajaan ketika ini, kawasan Bukit Pelandok dekat Chuah itu sudah terlalu hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ketika ini sebuah lagi Lapangan Terbang Tambang Murah 2 (LCCT2) akan dibina di situ," katanya.

Malah, beliau turut mencadangkan Jabatan Veterinar negeri mengadakan perbincangan semula dengan pemilik tanah itu supaya dapat disatukan semula dan memberikan cadangan berkenaan untuk dikaji.

"Masa beli tanah dahulu, harganya pun sudah tinggi. Sekarang apabila hendak membina ladang tertutup menelan belanja yang besar sehingga berjuta ringgit. Kita tidak mahu taukeh luar yang kaya, orang tempatan terus menjadi pekerja," katanya.

Dewan juga 'meriah' pada sesi penggulungan selepas Mohamad 'mengusik' pembangkang dalam isu lalat dan mengatakan lalat bukan sahaja banyak di Johol tetapi kawasan lain seperti Port Dickson disebabkan ladang ternak ayam konvensional dan tidak bertutup.

"Kita akan lihat lalat besar seperti langau warna hijau dan bukan lalat. Di sebelah sini 'lalat' (merujuk kepada barisan kerajaan) dan di sebelah sana langau (merujuk kepada pembangkang). Langau hinggap barangan baik jadi busuk, hinggap daging baik, dia bertelur dan daging jadi busuk. Jadi jangan jadi langau," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved