Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab

Posted:

Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab

Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab

Oleh OOI CHOON JOO
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jun – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu digesa memberi penjelasan berhubung maksud gelaran mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggambarkan perilaku seks luar tabii pemimpin itu sebelum ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, penjelasan itu penting memandangkan ramai anak muda ingin tahu maksud sebenar gelaran yang diberikan itu.

Tambah beliau, masyarakat juga ingin tahu daripada Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mengenai tujuan sebenar perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

"Adakah perhimpunan itu untuk kepentingan umum atau untuk membersihkan nama Anwar. Anwar kini sudah 'tidak masuk perlumbaan' kerana tabiatnya yang luar biasa dan semakin jelas kelihatan," kata Anuar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, Mat Sabu juga harus memberi pengesahan terhadap berita yang mengatakan bahawa beliau akan meminta maaf secara terbuka kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gelaran itu.

Mat Sabu yang baru-baru ini memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, telah mengumumkan bahawa tidak akan menyerang Ketua Pembangkang itu, sebagaimana yang pernah dilakukannya semasa Anwar dalam UMNO.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ADUN DAP: Wartawan Utusan lapor polis

Posted:

ADUN DAP: Wartawan Utusan lapor polis

ADUN DAP: Wartawan Utusan lapor polis

SHAH ALAM 16 Jun - Wartawan Utusan Malaysia Biro Selangor, Abdul Yazid Alias, 31, hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Ng Suee Lim bahawa beliau menulis berita yang direka-reka berhubung ulasannya tentang pengguguran Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Abdul Yazid membuat laporan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 pada pukul 3.30 petang dan keluar dari balai tersebut kira-kira pukul 5 petang.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Ketua Biro Utusan Malaysia Selangor, Helmi Mohd. Foad dan wartawan sambilan Utusan Malaysia, Abdul Razak Idris.

Abdul Yazid berkata, laporan tersebut dibuat bagi menafikan dakwaan wakil rakyat DAP itu bahawa tiada wartawan Utusan Malaysia menemui atau menghubunginya bagi mendapatkan bahan berita yang tersiar pada Selasa lalu bertajuk Pengguguran Hasan disambut baik DAP.

Katanya, beliau tidak berniat untuk melaga-lagakan Pas dan DAP ekoran penulisan berita itu, sebaliknya hanya mendapatkan pandangan DAP dalam isu pengguguran Hasan.

"Saya sememangnya kebetulan menemui Suee Lim pada 13 Jun lalu di sebuah kedai runcit di Seksyen 9 yang berdekatan dengan pejabat Utusan Malaysia di sini dan sebagai wartawan saya mengambil inisiatif bertanyakan pandangannya mengenai pengguguran Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

"Saya sudah lama mengenali wakil rakyat itu dan kami saling mengenali malah, saya sendiri sebelum ini pernah menemuinya dan menghubunginya sebagai wartawan Utusan Malaysia," katanya di sini hari ini.

Laporan polis berkenaan dibuat ekoran kenyataan Suee Lim seperti yang dilaporkan oleh portal propembangkang, Malaysiakini.com hari ini bertajuk, Berita Palsu: ADUN Sekinchan buat laporan polis.

Suee Lim membuat laporan polis semalam terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ia menyiarkan berita palsu supaya DAP dan Pas berbalah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


11 lelaki ditemui kaki dirantai

Posted:

11 lelaki ditemui kaki dirantai

11 lelaki ditemui kaki dirantai

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 16 Jun - Seramai 11 lelaki yang 'dirawat' di sebuah pusat rawatan dan pemulihan akhlak swasta di Kampung Bukit Gasing, Seberang Marang dekat sini ditemui terkurung dalam sebuah rumah dengan kaki masing-masing dirantai, semalam.

Selain penghuni lelaki berusia antara 15 hingga 36 tahun itu, dua penghuni wanita berusia 23 dan 24 tahun turut ditemui dikurung dalam sebuah rumah lain yang dijadikan pusat pemulihan akhlak dan pusat rawatan tersebut.

Semua mereka ditemui sepasukan polis setelah bapa kepada salah seorang daripada penghuni itu membuat laporan ekoran kecewa kerana tidak dibenarkan berjumpa anaknya yang dirawat di pusat rawatan itu.

Polis yang menyerbu dua buah rumah yang dijadikan pusat rawatan dan pemulihan akhlak itu menemui 11 penghuni lelaki dan dua wanita yang dikurung berasingan.

Bagaimanapun, kedua-dua penghuni wanita itu tidak dirantai atau diapa-apakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, berikutan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 38 hingga 50 tahun termasuk pengurus pusat pemulihan akhlak tersebut untuk disoal-siasat.

Katanya, berdasarkan siasatan awal polis, kesemua lelaki yang dikurung mendakwa mereka turut didera termasuk ditampar dan dirotan.

"Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang, polis merampas semua alat yang digunakan untuk mendera penghuni itu termasuk wayar dan kabel," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Manoharan, kesemua mangsa kini dihantar ke Jabatan Kebajikan Daerah Marang untuk penempatan sementara setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital berdekatan.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana mengurung orang dengan salah serta Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan.

"Polis juga sedang menyiasat pusat rawatan itu dan berdasarkan maklumat awal, ia dimiliki oleh sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Berani buat, berani tanggung’

Posted:

'Berani buat, berani tanggung'

'Berani buat, berani tanggung'

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jun – "Berani buat, berani tanggung". Itu amaran Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar terhadap penganjur sekiranya terus berdegil untuk mengadakan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kali kedua di sini, pada 9 Julai ini.

Beliau menegaskan, undang-undang di negara ini adalah jelas dan pihak yang mempunyai maklumat wujudnya salah laku dalam pilihan raya di negara ini diminta membawanya ke mahkamah.

"Jika ada aduan salah laku pilihan raya, bawa ke mahkamah, bukan ke jalan raya. Jadi, jika masih berdegil untuk berhimpun secara haram, berani buat berani tanggung akibatnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara (TAPPN) di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Tegas Khalid lagi, pihaknya juga tidak akan berunding dengan penganjur perhimpunan itu kerana bimbang keselamatan awam akan terjejas.

Beliau menghormati hak asasi bersuara bagaimanapun tidak boleh berkompromi jika ada unsur yang boleh menjejaskan keselamatan awam.

"Kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku kerana berlaku dua pertembungan ideologi yang menyokong dan membantah.

"Pihak penganjur meyasarkan 500,000 orang untuk berhimpun, jadi mustahil untuk dipastikan keadaan tenang sepanjang perhimpunan tersebut," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Khalid memaklumkan pampasan kepada anggota keselamatan yang terkorban dinaikkan sejak awal tahun ini kepada RM22,000 berbanding RM18,000 sebelum ini.

Bagi anggota keselamatan yang mengalami kecederaan kekal pula mendapat pampasan RM30,000 berbanding RM22,000.

Anggota yang cedera parah dan terpaksa berhenti perkhidmatan akan menerima imbuhan RM15,000 manakala yang cedera kekal tetapi mampu berkhidmat pula memperoleh RM10,500.

Balu kepada anggota yang menerima pencen terbitan kurang daripada RM800 sebulan akan mendapat bantuan sara hidup berbanding syarat penerima pencen kurang daripada RM400 sebulan, sebelum ini.

Khalid memberitahu, seramai lapan anggota polis terlibat dalam kemalangan jiwa dan kecederaan ketika bertugas sejak awal tahun ini berbanding 48 orang tahun lalu yang mencatatkan tujuh kematian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Subahan nafi pemain rasuah

Posted:

Subahan nafi pemain rasuah

Subahan nafi pemain rasuah

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Subahan Kamal


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Subahan Kamal berkata, beliau yakin pemain skuad negara tidak terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan seperti yang dilaporkan media kelmarin.

Subahan, yang juga pengurus skuad kebangsaan bertegas mempertahankan kredibiliti anak-anak buahnya dengan berkata, beliau amat mengenali setiap pemain secara peribadi.

Lantaran itu, beliau menafikan laporan bahawa ada pemain skuad Harimau Malaya yang terlibat dalam rasuah.

"Saya menafikan laporan bahawa ada pemain kebangsaan kita terlibat dengan gejala rasuah.

"Mungkin ada kes-kes terpencil yang melibatkan beberapa pasukan negeri seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, namun ia tidak melibatkan pemain pasukan kebangsaan.

"Saya kecewa pemain bermati-matian dalam semua perlawanan yang kita lalui.

"Laporan mereka disyaki terlibat rasuah bagaikan tidak kena pada masa kerana mereka akan beraksi pada kelayakan Piala Dunia, " katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran penjualan tiket edisi istimewa sempena perlawanan persahabatan Malaysia XI dan Arsenal yang bakal berlangsung pada 13 Julai depan di Wisma FAM, semalam.

Tambah Subahan, skuad kebangsaan kini dalam proses pembinaan yang semakin baik selepas menjuarai Piala Suzuki AFF pada tahun lalu.

"Malaysia merupakan jaguh Asia Tenggara dan kini kami dalam usaha membawa pasukan negara bersaing di benua Asia.

"Oleh itu, saya minta seluruh pihak menyatakan sokongan kepada skuad kebangsaan kita.

"Sesekali jangan cuba melemahkan semangat pemain yang telah berusaha sedaya upaya mengharumkan nama negara," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kenyataan beliau kelmarin telah tersalah tafsir oleh pihak media.

"Sebenarnya setakat ini tiada sebarang laporan dikemukakan mengenai penglibatan pasukan kebangsaan kita mengenai isu rasuah.

"Jika ada pemain kebangsaan terlibat, saya akan pastikan ia akan sampai ke pengetahuan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dan exco-exco yang lain, " katanya.

Utusan Malaysia kelmarin menyiarkan laporan bahawa Azzuddin tidak menafikan kemungkinan pemain kebangsaan terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan di peringkat antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ada pihak cuba jejaskan

Posted:

Ada pihak cuba jejaskan <i>Red Warriors</i>

Ada pihak cuba jejaskan Red Warriors

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenal pasti kumpulan yang dipercayai kurang senang dengan kejayaan Red Warriors dengan menyebarkan pelbagai khabar angin berkaitan pasukan itu.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan risikan, kumpulan tersebut hasrat untuk menghakis kepercayaan dan sokongan peminat kepada skuad Red Warriors.

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan secara tersusun dengan hasrat menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat setia Kelantan.

"Pada perlawanan Kelantan dengan Perak, kita berjaya merakamkan gelagat kelompok yang cuba membawa masuk masalah ke dalam stadium dan Kafa telah mengenal pasti latar belakang mereka.

"Saya khuatir jika fenomena ini berlaku ia akan menjejaskan pasukan dan kesan tersebut sudah mula dapat dilihat. Bagi saya mereka ini bukan penyokong yang tulen kepada Red Warriors," katanya di sini, semalam.

Annuar memberitahu, khabar angin terbaru yang dicanang oleh kumpulan terbabit kononnya perlawanan terakhir Liga Super antara Kelantan dengan Sabah yang dijadualkan di Stadium Likas, Kota Kinabalu akan dipindahkan ke Kota Bharu atau Kuala Lumpur.

"Saya tegaskan tiada keputusan sedemikian telah dibuat. Semua perlawanan yang dijadualkan pada 6 Julai ini berlangsung seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Ini bermakna, Kelantan akan beraksi di Stadium Likas pada 8.15 malam dan bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Katanya, bagi membolehkan penyokong memberikan sokongan pada kepada Red Warriors pada perlawanan tersebut, Kafa menyediakan pakej istimewa kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

"Kita menyediakan pakej untuk penyokong dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pergi dan balik pada 5 Julai dengan harga RM690 termasuk penginapan, sarapan dan tengahari serta tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

"Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pihak Kafa sebelum 21 Jun bagi memudahkan Kafa membuat tempahan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Ternakan berkeliaran di jalan

Posted:

Ternakan berkeliaran di jalan

Ternakan berkeliaran di jalan



Saudara pengarang,
Saya ingin menarik perhatian sejak kebelakangan ini ternakan lembu dan kerbau antara fenomena yang menghantui pengguna jalan raya dari Jerantut ke Kuala Lipis khususnya laluan berdekatan kampung di pesisiran Sungai Jelai.

Saya terpanggil mengenengahkan isu ini apabila nyaris merempuh belakang sebuah kenderaan di depan secara tiba-tiba berhenti untuk mengelak daripada sekumpulan kerbau melintas berdekatan Kampung Ganding.

Mujurlah tidak membabitkan kemalangan yang lebih teruk dan kerosakan kenderaan dan pemandu terbabit menggelengkan kepalanya sambil membunyikan hon supaya haiwan itu melintas dengan cepat.

Saya dan pemandu lain tidak menyangka sekumpulan kerbau yang terdiri hampir 15 ekor meluru dari arah semak tebing Sungai Jelai ke arah jalan raya untuk menyeberang ke kampung berdekatan.

Masalah ternakan haiwan itu berkeliaran di jalan raya bukannya fenomena baru berlaku di Kampung Ganding malahan di tempat lain juga berhadapan dengan situasi sama.

Senario berkenaan memaparkan pemilik ternakan masih tidak prihatin menjaga haiwan masing-masing supaya tidak berkeliaran di jalan raya dan mengganggu tanaman orang lain.

Begitu juga pihak berwajib perlu merungkaikan penyelesaian menerusi tindakan berasaskan peraturan ke atas pemilik haiwan berkenaan.

Kita juga tertanya-tanya mengapa para pemimpin terutama wakil rakyat tidak menyelitkan nasihat kepada penternak mengenai isu ini.

Pemasangan papan tanda amaran perlu diwujudkan supaya pengguna tidak memandu laju dan berhati-hati ketika melalui kawasan itu.

Penjelasan saya barang kali dipersetujui pembaca lain bukan untuk menyalahi mana-mana pihak tetapi aspek keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya juga perlu diambil kira.

Diharap menerusi Rakan Pahang, kita sama-sama berfikir manakala pihak berwajib, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan wakil rakyat perlu mencari penyelesaian agar jalan raya yang menjadi nadi sektor ekonomi dan pelancongan bersih daripada gangguan haiwan.

ANTI KERBAU LIAR,

Bandar Baru Lipis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jambatan sempit undang bahaya

Posted:

Jambatan sempit undang bahaya

Jambatan sempit undang bahaya

Saudara pengarang,
RAKYAT Malaysia perlu mengubah sikap membiarkan nasi menjadi bubur baru nak melatah terutama apabila melibatkan nyawa melayang seperti tanah runtuh dan kemalangan ngeri.

Apa yang saya ingin suarakan melalui ruangan Rakan Pahang di sini adalah terdapat beberapa jalan raya khususnya jambatan sempit yang boleh mengundang risiko kemalangan maut.

Jika dilihat kepada beberapa jambatan sempit sepanjang laluan dari Triang ke Mengkuang, Pahang, terlintas di fikiran saya sekiranya berlaku kemalangan, adakah jambatan itu baru hendak dilebarkan.

Jalan yang retak dan tanah mendap ke dalam sungai membuatkan pengguna jalan raya bimbang tentang keselamatan mereka apabila melalui jalan tersebut.

Simen konkrit yang digunakan untuk menyokong jambatan tersebut juga retak selain besi penghadang yang hampir jatuh ke dalam sungai.

Baru-baru ini saya melalui jalan tersebut dan melihat sebuah lori yang datang dari arah Mengkuang terpaksa berhenti berhampiran jambatan tersebut bagi memberi laluan kepada sebuah lori balak yang datang dari arah Triang.

Bayangkan sekiranya kedua-dua lori yang membawa muatan berat melalui jambatan tersebut dan tiba-tiba tebing bahagian kiri kanan jalan mendap ke dalam sungai.

Sudah pasti kita tidak mahu melihat kejadian buruk berlaku kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut terutama pada waktu malam.

Sehubungan itu, saya berharap supaya pihak berkaitan mengambil langkah segera membaiki jambatan tersebut sebelum nyawa pengguna jalan raya lain melayang.

PEMANDU RISAU,

Jerantut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taman permainan Kerdau rosak

Posted:

Taman permainan Kerdau rosak

Taman permainan Kerdau rosak

Saudara pengarang,
TAMAN permainan kanak-kanak merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan atau syarikat swasta dalam memberi kemudahan kepada golongan itu untuk beriadah.Bagaimanapun sekiranya tempat tersebut tidak diselenggara dengan baik, ia boleh mengundang kecederaan kepada golongan kecil itu.

Saya yang merupakan salah seorang penduduk di sini ingin menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan taman permainan kanak-kanak di pekan Kerdau, Temerloh.

Taman itu merupakan kawasan tumpuan kanak-kanak sekitar pekan tersebut untuk bermain pada setiap waktu petang.

Keadaan peralatannya yang rosak terutama besi mendatangkan bahaya kepada golongan kecil itu kerana mereka gemar berlari dan melompat di taman tersebut.

Saya melihat pada setiap petang taman itu menjadi tumpuan kanak-kanak untuk bermain dan mereka tidak tahu erti bahaya kerana mahu berseronok bersama rakan-rakan.

Kebanyakan peralatan permainan di situ sudah rosak dan berkarat. Malah, ada yang tercabut dan tajam, sekali gus mengundang risiko kepada mereka.

Selain itu, taman tersebut dipenuhi sampah-sarap yang tidak dibersihkan oleh pihak berwajib.

Justeru, saya menyeru pihak berwajib segera membaiki peralatan yang rosak dan kebersihan di situ kerana tempat tersebut menjadi tumpuan kanak-kanak.

ABDUL RAGHANI JAAFAR,

Kerdau, Temerloh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dakwa berbohong kerana didesak Khir

Posted:

Dakwa berbohong kerana didesak Khir

Dakwa berbohong kerana didesak Khir

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 16 Jun – Ahli perniagaan, Datuk Shamsuddin Hayroni hari ini mendakwa beliau memberi kenyataan yang tidak benar dalam rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 berikutan desakan oleh Dr. Mohamad Khir Toyo.

Menurut saksi pendakwaan kedua itu, bekas Menteri Besar Selangor itu mendesak beliau agar tidak melibatkan dirinya dalam keterangan selain berjanji akan mengawal siasatan selain pertuduhan tidak akan dikenakan terhadap mereka berdua.

Katanya, sehingga SPRM datang membawa surat pertuduhan kepadanya, Mohamad Khir masih memberikan keyakinan dan harapan dengan berkata: ''Jangan bimbang Shamsuddin, kita boleh selesaikannya.''

Dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) itu semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini menyebabkan Mohamad Khir yang berada di kandang tertuduh kedengaran beristighfar panjang sambil menggelengkan kepalanya.

''Saya orang biasa, sebagai saksi sahaja. Saya tidak dapat menerima apabila didakwa. Bukan saya mahu mengaibkan sesiapa.

''Saya tidak faham kenapa saya didakwa ketika itu. Selepas berbincang dengan keluarga dan berjumpa peguam, saya beritahu apa yang sebenarnya berlaku,'' jelas beliau semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed.

Terdahulu, sebelum Shamsuddin, 53, selesai menjawab soalan tersebut, peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Mohamad Khir bangun membantah dengan alasan ia tidak relevan serta tidak dibangkitkan dalam sesi pemeriksaan balas oleh beliau.

Abdul Wahab bagaimanapun menjelaskan, beliau hanya meminta saksi memberi penjelasan berhubung keterangan bercanggah yang diberikan oleh saksi kepada SPRM dalam dua rakaman percakapannya.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang kemudiannya memutuskan keterangan tersebut relevan turut menasihatkan Shamsuddin agar tidak 'berceramah' apabila saksi dilihat bercakap dengan nada yang agak tinggi dan emosi.

Semalam, Shamsuddin mendakwa beliau diarah memberitahu SPRM bahawa dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 dijual bagi mengurangkan kerugian semasa rakaman percakapan pertama dibuat pada 2009.

Shamsudin yang menyambung keterangan hari ini juga memberitahu agensi itu bahawa beliau menjual hartanah itu pada harga RM3.5 juta tanpa memaklumkan ia di bawah harga pasaran serta melantik Nasir Ismail sebagai kontraktor untuk mengubah suai rumah.

Sementara dalam rakaman percakapan kedua pada 7 Jun lalu, beliau memberitahu menjual hartanah di bawah harga pasaran kerana tiada pilihan, berbuat demikian bukan untuk mengurangkan kerugian serta Mohamad Khir yang melantik Nasir.

Pada prosiding hari ini, Shamsuddin turut mengaku bahawa beliau tidak ada hak untuk membeli hartanah tersebut atas nama Ditamas pada 2004 kerana resolusi meluluskan pembelian itu hanya dikeluarkan pada Januari 2005.

Beliau bagaimanapun menjelaskan urusan tersebut diketahui oleh isterinya, Datin Rahmah Kassim yang juga merupakan pengarah syarikat tersebut.

Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No. 8 & 10 Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Ditamas melalui Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh syarikat itu pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin yang sebelum ini turut didakwa bersubahat dengan Mohamad Khir atas kesalahan tersebut bagaimanapun dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah pada 6 Jun lalu, iaitu sehari sebelum kenyataan keduanya dirakam oleh SPRM.

Perbicaraan bersambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes batal saman Anwar, 30 Sept.

Posted:

Kes batal saman Anwar, 30 Sept.

Kes batal saman Anwar, 30 Sept.

KUALA LUMPUR 16 Jun - Permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk membatalkan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya atas dakwaan memfitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai kira-kira tiga tahun lalu akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 September depan.

Peguam Sarah Abishegam yang mewakili Khairy memberitahu pemberita bahawa Timbalan Pendaftar, Anisah Normah Muhammad Nor mengarahkan supaya hujahan kedua-dua pihak difailkan sebelum tarikh tersebut.

Anwar selaku plaintif dalam prosiding itu diwakili peguam J. Leela.

Khairy yang dinamakan sebagai defendan pada 21 Februari lalu memfailkan permohonan supaya saman Ketua Pembangkang itu dibatalkan atas alasan ia merupakan satu tindakan yang remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Spratly: China kerah kapal

Posted:

Spratly: China kerah kapal

Spratly: China kerah kapal

BEIJING 16 Jun – China bertindak menghantar kapal peronda terbesarnya untuk meronda di Laut China Selatan, satu langkah yang akan meningkatkan lagi ketegangan dengan negara-negara jiran yang turut menuntut wilayah di perairan tersebut.

Kapal peronda maritim itu belayar dari perairan selatan China, semalam menuju Singapura melalui gugusan kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian dengan Vietnam dan Filipina.

Akhbar Beijing Daily melaporkan, Haixun 31 seberat 3,000 tan dilengkapi tapak pelancaran serta pad pendaratan helikopter serta mampu berlayar di laut selama 40 hari.

"Kapal peronda terbesar kami akan meronda di Laut China Selatan," jelas tajuk berita akhbar tersebut.

Langkah China itu selepas beberapa minggu saling tuduh menuduh dengan Vietnam dan Filipina berhubung apa yang didakwa oleh kerajaan masing-masing sebagai pencerobohan dan tuntutan tidak sah satu sama lain di wilayah maritim itu di Laut China Selatan.

Tindakan Beijing itu dilihat bagi menggukuhkan tuntutannya ke atas wilayah berkenaan.

"Kapal itu akan meronda di wilayah marin yang dibangunkan China di perairan terbabit (Laut China Selatan).

"Rondaan ini bertujuan melindungi hak maritim dan kedaulatan China," lapor akhbar berbahasa Cina, Takung Pao.

China sebelum ini menuduh Vietnam mencabul wilayahnya di Kepulauan Spratly dan perairan sekitarnya yang turut dituntut Vietnam.

Wilayah maritim itu turut dituntut Malaysia, Brunei dan Taiwan. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ayman ketua baru al-Qaeda

Posted:

Ayman ketua baru al-Qaeda

Ayman ketua baru al-Qaeda


Ayman al-Zawahiri


DUBAI 16 Jun - Rangkaian al-Qaeda hari ini menamakan orang kuat keduanya, Ayman al-Zawahiri sebagai ketua baru pergerakan itu menggantikan Osama bin Laden yang maut dibunuh komando Amerika Syarikat (AS) dalam satu serbuan di Pakistan awal bulan lalu.

"Selepas dipersetujui, al-Qaeda mengumumkan pelantikan Sheikh Ayman al-Zawahiri sebagai ketua baru kumpulan ini," jelas kenyataan kumpulan itu dalam laman web rangkaian jihadnya.

Dalam kenyataan itu, al-Qaeda turut berikrar, di bawah kepimpinan Zawahiri, 'jihad' terhadap AS dan Israel akan diteruskan.

"Demi kebenaran agama, kami memohon bantuan Tuhan bagi menyeru bangsa kami berjuang melaksanakan jihad terhadap golongan yang menyerang dan mengkhianati Islam, terutamanya AS dan sekutunya, Israel.

"Perjuangan ini akan diteruskan sehingga semua musuh meninggalkan bumi Islam," jelas kenyataan itu.

Sama seperti Osama, Zawahiri, 60, telah menyembunyikan diri sejak AS mengumumkan perang menentang keganasan selepas serangan 11 September 2011.

Pakar bedah itu yang kini menjadi individu paling dikehendaki AS, pernah dipenjara tiga tahun di Mesir kerana kegiatan militan dan terlibat dalam pembunuhan Presiden Mesir, Anwar Sadat pada 1981 serta pembunuhan beramai-ramai pelancong di Luxor pada 1997.

Berhadapan hukuman mati, Zawahiri meninggalkan Mesir pada pertengahan 1980-an untuk ke Arab Saudi, tetapi kemudian tinggal di Peshawar, Pakistan sebelum ke Afghanistan di mana beliau menyertai pasukan tentera bersama Osama.

Zawahiri dalam mesej videonya di Internet pada 8 Jun lalu berkata, al-Qaeda akan meneruskan perjuangannya.

"Osama telah pergi meninggalkan kita. Semoga Tuhan merahmatinya dan sebagai seorang yang mati syahid, kita perlu teruskan perjuangannya untuk menghapuskan semua penceroboh dari tanah Islam dan menyucikannya daripada ketidakadilan," katanya. - AFP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jalinan nada dan cerita Rossa

Posted:

Jalinan nada dan cerita Rossa

Jalinan nada dan cerita Rossa

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN dan WAHIDAH ZAINAL


ROSSA berduet dengan salah seorang peminat menerusi lagu Terlanjur Cinta pada majlis An Evening With Rossa di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


KALAU bertemu dengan jelitawan ini, pastinya soalan berbaur peribadi pasti dengan pantas akan diajukan kepadanya.

Tidak pernah mengelak berbicara soal cinta mahupun menyembunyikan statusnya, Rossa lebih gemar untuk berterus-terang daripada bermain tarik-tali dengan pihak media.

Cuma, dia masih berpegang kepada prinsip hidupnya untuk mengumumkan siapakah sang arjuna yang benar-benar bertakhta di hatinya apabila sampai waktu yang sesuai.

Sekali lagi diusik tentang percintaannya tetapi jawapan yang diberikan oleh Rossa benar-benar mengejutkan.

"Saya kembali memegang status solo dan hubungan cinta saya dengan si dia sudah pun dinoktahkan. Saya pun enggan mengulas lanjut tentang kisah cinta saya kerana bagi saya apa yang berlaku adalah suratan takdir.

"Mungkin sudah ditentukan Allah SWT bahawa jodoh saya dengan bekas teman lelaki saya terhenti setakat ini sahaja.

"Buat masa ini biarlah saya bersendirian terlebih dahulu dan memberikan tumpuan kepada anak saya, Rizky Langit Ramadhan yang akan mencecah usia lima tahun pada Oktober ini.

"Insya-Allah, kalau ada jodoh saya lagi selepas ini, saya pasti akan umumkan pada kalian (pihak media). Mana bisa untuk saya sembunyikan perkara yang baik kepada umum," jelas Rossa dalam derai tawa ketika dihubungi Hits baru-baru ini.

Walaupun pahit untuk ditelan apabila berhadapan dengan perpisahan, namun Rossa lebih selesa untuk bersikap optimis kerana percaya perihal jodoh adalah ketentuan Allah.

Wanita berusia 32 tahun ini juga sedar untuk memegang status sebagai seorang janda memang bukan sesuatu yang mudah.

Kesabaran

Apatah lagi untuk seorang artis ternama sepertinya memang sukar untuk mengelak kerana setiap gerak-geri dan cerita tentang dirinya akan menarik perhatian.

Melihat kepada raut wajahnya yang cukup manis dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya, tiada siapa pernah menyangka liku-liku hidup yang dilaluinya memang cukup mencabar.

Jelas Rossa, seandainya dia tidak bersabar dengan dugaan hidup, pasti semuanya akan hancur berderai umpama gelas terhempas ke lantai.

Barangkali kesabaran dan sikap rendah diri yang dipegangnya selama 16 tahun menjadi anak seni membuatkan dirinya terus diterima dengan baik oleh peminatnya.

Dalam nada penuh syukur, Rossa memberitahu dia benar-benar menghargai pemberian dan rezeki yang terus mencurah-curah dari Maha Esa untuk dirinya dan keluarga.

Apa yang dimilikinya hari ini bukanlah sesuatu yang pantas dan mudah untuk mendapatkannya. Kata kuncinya, kata Rossa adalah kerja keras.

"Percaya atau tidak saya sendiri tidak pernah mengimpikan segala kemewahan mahupun kejayaan seperti mana hari ini.

"Tempoh 16 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat tetapi bagi saya, ia adalah laluan yang penuh onak duri bagi saya untuk mencapai tahap ini.

"Berkat sokongan keluarga, peminat dan teman-teman serta doa yang diiringi mereka untuk saya juga merupakan faktor mengapa saya terus bertahan di persada seni hiburan Nusantara," ucap pemilik nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani ini penuh luhur.

Kedudukan

Seharusnya Rossa boleh berbangga dengan posisinya sebagai penyanyi wanita nombor satu Indonesia ketika ini sekali gus mengatasi gelaran yang pernah dipegang oleh seorang lagi diva seberang, Krisdayanti.

Apabila ditanya tentang perasaannya merampas gelaran tersebut daripada penyanyi lagu Menghitung Hari itu, Rossa dengan pantas menjawab:

"Kehadiran saya sebagai seorang penyanyi bukan untuk menggantikan tempat sesiapa mahupun berlawan dengan mana-mana penyanyi sedia ada.

"Saya menghormati setiap penyanyi yang lahir sebelum saya dan mereka mempunyai kelompok peminat tersendiri."

Selesa

Barangkali apa yang dikatakan oleh Rossa itu ada kebenarannya. Kekuatan dan magis penyanyi yang dilahirkan pada 9 Oktober 1978 itu terletak kepada suara lunaknya setiap kali mendendangkan lagu-lagu berunsur cinta.

Tidak keterlaluan dikatakan, setiap kali dia muncul dengan produk terbaru, lagu-lagu sentimental yang mampu membunuh sukma setiap mereka yang mendengar akan menjadi pertaruhan sekali gus menjadi siulan peminat.

Lihat sahaja deretan lagu-lagu popularnya seperti Tegar, Aku Bukan Untukmu, Perawan Cinta, Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta semuanya meninggalkan kesan di hati peminat.

Apakah Rossa selesa seandainya digelar pembunuh sukma dengan lagu-lagu baladanya, dia hanya mampu ketawa besar.

"Kenapa gelaran itu diberikan kepada saya? Kedengaran begitu kejam sekali (ketawa). Ya, saya akui peminat begitu gemarkan lagu-lagu cinta saya.

"Saya menganggap semuanya adalah rezeki dan selagi peminat mahukan saya mengalunkan lagu-lagu cinta, saya tidak mampu menolaknya,"kata Rossa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NORA mahu takluk dunia

Posted:

NORA mahu takluk dunia

NORA mahu takluk dunia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


HEBAT... Barisan tenaga kreatif untuk pementasan The Secret Life of Nora yang diumumkan dalam sidang akhbar yang berlangsung di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


SELEPAS Enfiniti Vision Media (EVM) mengumumkan projek teater muzikal terbaru mereka, The Secret Life of Nora (NORA), ramai yang sudah tidak sabar lagi untuk menunggu pengumuman seterusnya.

Maklumlah, apabila memperkatakan tentang EVM dengan produk mereka, pastinya ia adalah sesuatu yang cukup ditunggu-tunggu.

Lihatlah sahaja bagaimana mereka memberikan impak besar menerusi dua teater muzikal mega mereka sebelum ini iaitu Puteri Gunung Ledang the Musical dan P. Ramlee the Musical yang mendapat sambutan di luar dugaan.

Berdasarkan kepada dua kejayaan tersebut, sudah pasti NORA juga telah memberi satu gambaran kepada peminat teater muzikal tempatan bahawa ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa.

Bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 29 September hingga 16 Oktober ini, NORA sudah bersedia untuk menggegarkan panggung bertaraf dunia itu.

Apatah lagi, barisan tenaga kreatif yang bakal merealisasikan NORA kelak bukan sembarangan kerana kesemuanya terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Sewaktu pengumuman dilakukan di pejabat EVM yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, daripada senarai mereka yang terlibat untuk pementasan mega ini sahaja sudah memberi gambaran jelas bahawa naskhah NORA bukan calang-calang.

Demi memberikan perubahan serta suntikan yang lebih segar dan baru, pihak EVM nampaknya begitu berani menyahut cabaran dengan menggabungkan bakat tempatan dan antarabangsa.

Semuanya adalah untuk memastikan NORA mampu menjadi sebuah pementasan yang bukan hanya akan berjaya di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

"Setiap kali menghasilkan sebuah karya baru, kami mahu menampilkan perubahan dan memberikan santapan yang berbeza kepada peminat serta audiens.

"Malah, sebagai pemain utama dalam pementasan ini, Datin Seri Tiara Jacquelina sendiri mencabar dirinya dengan membawakan watak yang tidak pernah dibawanya sebelum ini.

"Kami memang mahu menggunakan kepakaran anak tempatan serta orang luar bagi memastikan NORA mampu pergi jauh bukan hanya di peringkat Asia tetapi ke serata dunia.

"Ini sekali gus dapat membuktikan kepada negara luar bahawa Malaysia mampu menghasilkan sebuah teater muzikal yang bertaraf antarabangsa," ujar Naib Presiden Operasi Kumpulan Enfiniti, Izan Satrina dalam majlis pengumuman tersebut.

Walau bagaimanapun, Tiara selaku penerbit eksekutif dan pemegang watak utama dalam NORA tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana masalah peribadi.

Seramai 14 orang telah dipilih dalam tenaga kreatif NORA dan daripada jumlah itu, hanya tiga muka lama yang pernah mencurahkan khidmat mereka sebelum ini iaitu Roslan Aziz sebagai pengarah muzik, Pat Ibrahim (koreografer) dan Raja Maliq (penasihat rekaan set).

Muka baru yang pertama kali bekerja dengan EVM ialah Steven Dexter sebagai pengarah, Chedd Eddie Yusof (penolong pengarah), Raymond Miranda (penulis naskhah), San Weng Onn (komposer) dan Jerome Kugan (penulis lirik).

Turut terpilih adalah Alfian Sa'at yang dipilih sebagai penulis teks dan lirik bahasa Melayu, Francis O' Connor (pereka rekaan set), Moe Kassim (pereka kostum), Nick Richings (pereka tata cahaya), Ken Freeman (jurutera bunyi) dan Melissa Teoh (pengurus produksi).

Ternyata, Tiara dan EVM membuat pilihan yang tepat tenaga kerja untuk NORA kerana kesemuanya merupakan mereka yang profesional serta pernah memenangi anugerah berprestij di dalam dan luar negara.

Malah, ada di antaranya juga yang pernah berkhidmat dalam pementasan mega dan popular di West End, London dan Broadway, New York, Amerika Syarikat.

Melihatkan pelaburan yang dikeluarkan oleh EVM untuk mendapatkan mereka yang terbaik dalam bidang masing-masing untuk NORA, sudah pasti kos penerbitannya bukan kecil-kecil anak.

Terdengar juga desas-desus sebelum ini mengatakan kos keseluruhan untuk mementaskan NORA memakan belanja hampir RM10 juta.

"Kami bersyukur dan bertuah kerana dapat kesemua orang-orang hebat ini untuk NORA kerana kami percaya dengan pengalaman serta kepakaran mereka mampu memberikan magis dalam pementasan ini.

"Memang benar. Untuk mendapatkan yang terbaik, kita harus berani melabur untuk melihat hasil yang dapat memberikan kepuasan maksimum.

"Tetapi, kami tidak mahu menjadikan soal bajet sebagai isu besar kerana apa yang penting adalah visi dan matlamat kami untuk melihat NORA pergi jauh.

"Kerana itu jugalah, apabila NORA akan dipentaskan nanti, kami akan menjemput beberapa orang produser teater muzikal dan pihak media dari luar negara untuk menontonnya," kata Izan Satrina penuh optimis.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang menantikan pengumuman siapakah barisan pelakon NORA yang akan menggegarkan Panggung Sari kelak.

Menjawab persoalan itu, Izan Satrina menjelaskan semuanya akan diumumkan dalam satu sidang akhbar yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Ulamak kartun?

Posted:

Ulamak kartun?

Ulamak kartun?

Oleh"Zulkifli Noordin

SEMASA Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan di dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-57, beliau menyatakan klip video yang membabitkan manusia yang ditabal isterinya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana "dia tidak ada telinga. Tak ada mata, macam besi".

Ucapan itu disambut dengan takbir dan laungan oleh kaum yang menyokong. Langsung tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan "Amanat Baru Haji Hadi" itu!

Tiba-tiba bila saudara Miki melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ia menghina Islam, kata mereka.

Malah ada minta supaya Miki dan Utusan Malaysia bertaubat. Yang Dipertua Persatuan Ulama, yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah.

Padanlah Allah SWT mengingatkan kita di dalam surah Al A'raf:175-176, akan ada dalam kalangan mereka yang diberikan ilmu dan pengetahuan kitab (seperti para ulama), namun mereka bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka Allah SWT umpamakan mereka seperti "Al-Kalb - Anjing-Anjing"!!! Dan Allah SWT menutup ayat tersebut dengan "sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir"!!! Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada anda semua yop akan peringatan Allah SWT.

Khusus kepada para agamawan dan ustazwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan ilmu yang dianugerah Allah menjadi celaru.

Jadilah agamawan, ustazwan dan ilmuwan yang benar, berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miki itu menyentuh kalbu, sepatutnya kenyataan Ustaz Abdul Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miki tidak pakai serban, Ustaz Abdul Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam!

Kepada jaguh-jaguh kampung yang tiba-tiba bangkit nak berjihad kerana kartun ini, cermin-cerminlah muka itu dulu. Cuba anda fikir sikit yop, apakah perlakuan dan perbuatan yang anda buat selama ini tidak menghina Islam, menghina Allah SWT, menghina Rasulullah SAW dan sebenarnya menghina diri sendiri!

1. Anda meredai penyalahgunaan kalimah Allah untuk dicemari oleh segelintir Kristian, dengan alasan Kristian juga berhak menggunakan nama Allah walaupun dalam bentuk syirik dengan fahaman triniti. Kristian ini dipanggil kafir oleh Allah yop. Anda tahu pasal apa, pasal mereka menolak Allah Yang Satu, sebaliknya mempercayai Tuhan itu dalam bentuk triniti.

Bukan sahaja anda meredai kristian mensyirikkan kalimah Allah, anda putar habis ayat Quran hadis Nabi SAW untuk menghalalkan kekufuran itu.

Dan yang lebih teruk, anda maki-hamun pejuang dan pembela Islam yang mempertahankan kalimah Allah ini. Dan hari ini anda kata kartun itu menghina Islam! Apa anda semua dah hilang akal ke yop!!!

2. Anda meredai tuntutan seorang kafir harbi supaya perjuangan negara Islam dihapuskan dan dia beri amaran "langkah mayat dia dulu" kalau nak buat negara Islam. Belum pun si kafir harbi ini mati, anda semua mematikan perjuangan negara Islam anda. Dan anda hina Allah dan Rasulullah SAW dengan mendakwa rupa- rupanya dalam al-Quran tak ada sebut tentang Negara Islam.

Anda hina kawan anda sendiri Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang anda fatwakan mati syahid kerana memperjuangkan negara Islam. Anda hina ulama besar Datuk Dr. Haron Din yang bersusah payah menulis kitab "Ciri-Ciri Negara Islam". Hari ini anda nak kata kartun itu menghina Islam! Apa anda ini semua dah hilang akal ke yop!

3. Anda meredai murtadnya seorang rakan sekutu Nor Azman Beginda, calon pilihan raya DUN Sarawak daripada PKR. Bukan sahaja murtad, dia benarkan anak dia membawa sosej babi ke sekolah. Bukan sahaja anda tiba-tiba menjadi syaitan bisu yang langsung tak bercakap, pejuang Islam yang menegur kemungkaran itu anda maki-hamun, sampai ada yang diancam! Hari ini anda nak kata kartun itu menghina Islam! Apa anda dah hilang akal ke yop!

4. Anda meredai orang yang menganut akidah pluralisme. Terang-terang mereka kata "semua agama sama, menuju ke arah yang sama". Sedangkan anda semua diberi 'ilmu oleh Allah, agama Islam itu haq dan benar, dimenangkan atas agama lain, walau kafir musyrik tidak suka. Allah tegaskan Islam untuk kita, kafir untuk kafir.

Tetapi tiba-tiba anda jadi syaitan bisu bila rakan sekutu anda mengisytiharkan Allah milik semua orang, sama ada dalam bentuk Esa atau dalam bentuk Triniti. Bahawa semua agama itu sama. Dan hari ini anda nak kata kartun itu tidak Islamik! Apa anda dah hilang akal ke yop!

5. Anda meredai seorang penentang Islam menjadi pemimpin anda untuk mengadakan himpunan haram. Orang yang anda sendiri lawan dahulu; orang yang menjuarai IFC, orang yang menyokong murtadnya Lina Joy, orang yang menghina Islam dengan forum "Masuk Islam".

Dulu anda bersama teman sebaris di hadapan Majlis Peguam menentang. Dulu anda satu saf dengan teman di Masjid Wilayah dalam Himpunan Sejuta Umat menentang murtadnya Lina Joy. Anda rempuh forum IFC sehingga ada di antara anda masuk penjara. Anda isytihar jihad memerangi Majlis Peguam. Hari ini anda angkat kaum itu sebagai ketua anda untuk berhimpun secara haram. Dan anda nak kata kartun itu menghina Islam! Apa anda dah hilang akal ke yop!

6. Anda menentang fahaman syiah. Anda umum bahawa orang yang berfahaman syiah ini kafir, sesat. Malah semasa teman memuji Presiden Ahmadinejad dari Iran sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang berani berhadapan dengan Amerika dan kafir barat la'natullah, anda marah teman dan suruh teman kaji semula pendirian.

Tiba-tiba anda mengangkat kalangan idola syiah sebagai pemimpin. Anda kompangkan inilah pemimpin yang menjadi "Kabinet perang" ke Putrajaya. Anda telan habis apa yang anda ludah selama ini. Tiba-tiba kartun itu anda fatwakan menghina Islam! Apa anda dah hilang akal ke yop!

7. Anda bertakbir jihad bila isu video klip V.K Lingam meletus. Anda desak V.K Lingam dihukum. Bila Rahim Thamby Chik dituduh berzina dengan budak bawah umur, anda tanpa sebarang keraguan dan belum pun ada bukti, mengisytiharkan Rahim wajib dihukum.

Bila muncul video klip Chua Soi Lek, anda tanpa sebarang keraguan mengisytiharkan Soi Lek wajib letak jawatan dan dihukum.

Tiba-tiba muncul video klip manusia yang anda taksubkan, siap dengan jam Omega dan saksi yang bersama; terus anda fatwakan video klip itu besi, tidak boleh jadi saksi.

Anda terus fatwakan ini isu qazaf, anda putar habis dalam kuliah, tazkirah dan khutbah bahawa ini fitnah kabeer! Malah hingga anda fatwa wanita kena rogol, mangsa liwat juga kena bawa 4 orang saksi. Tiba-tiba bila kartun itu melakar kartunkan apa yang anda fatwakan; anda kata ia menghina Islam! Apa anda ini dah hilang akal ke yop!

Teman nak tutup yop dengan peringatan Allah di dalam surah Yasin (7-10) sebagai peringatan untuk teman dan semua umat Islam yang masih ada sedikit keimanan:

"Demi sesungguhnya telah pasti berlaku ketentuan Allah terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mempercayai.

''Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, sehingga mereka tengadah ke atas. Kami jadikan (ketaksuban mereka kepada dunia, habuan dan pangkat) sebagai dinding penghalang di hadapan, di belakang mereka dan Kami tutup mata mereka, sehingga mereka menjadi buta tidak melihat.

''Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu berikan peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan menerima kebenaran (dan mempercayainya serta beriman".

Di bulan Rejab penuh sejarah, dari Isro' wal Mi'raj sehingga pembukaan Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin, teman mengajak diri teman dan anda semua supaya bertaubat dan beristighfar kepada Allah, mohonlah petunjuk dan hidayah, mohonlah keredaan dan keberkatan dan mohonlah dimasukkan ke dalam golongan yang beriman.

Jadikanlah peristiwa gerhana bulan pagi semalam sebagai pengajaran, jangan sehingga perjuangan kita untuk Islam berlandaskan al-Quran dan Sunah juga digerhanakan Allah SWT.

Janganlah kita ini muncul sekadar menjadi mujahidin dan ulama kartun je yop!!! Bila orang memperkartunkan sikap kartun anda, janganlah marah yop. Ambil itu sebagai peringatan untuk menyedarkan diri daripada kesesatan yang mungkin kita lakukan.

Sepatutnya anda semua bersyukur masih ada lagi dalam kalangan umat yang mahu menegur anda, dan Allah SWT masih memberi peluang kepada anda dengan peringatan demi peringatan. Yang baik itu daripada Allah, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam dan wassalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siapa sebenarnya panik?

Posted:

Siapa sebenarnya panik?

Siapa sebenarnya panik?

Oleh DR. MOHD. PUAD ZARKASHI


Anwar Ibrahim ketika memberi ucapan semasa perhimpunan rakyat Black 14 di Kampung Baru, Kuala Lumpur, tiga tahun lalu.


TALI barut Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Lim Kit Siang dakwa Barisan Nasional (BN) sedang panik. Tetapi kenapakah perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 mahu diadakan?

Jawapannya amat mudah, iaitu pembangkang khususnya Anwar tidak yakin untuk menumbangkan BN melalui proses pilihan raya. Pilihan yang ada ialah menumbangkan BN melalui demonstrasi jalanan. Realitinya, pembangkang yang panik.

Anwar sendiri sedang mengejar masa. Dia sebenarnya out of the race untuk menjadi Perdana Menteri. Justeru, dia perlu mencari jalan singkat lain untuk memenuhi cita cita menawan Putrajaya.

Percubaan demonstrasi jalanan pada 1999 gagal. Percubaan membentuk kerajaan 16 September juga gagal.

Selain untuk mengalih perhatian terhadap isu mahkamahnya, maka perhimpunan Bersih adalah usaha kelam kabut untuk mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlakunya tsunami politik 2008.

Anwar out of the race bukan sahaja kerana masalah peribadinya yang melonggok, tetapi kerana beberapa keputusan pilihan raya kecil mutakhir yang semuanya dimenangi BN.

Sokongan kepada BN khususnya UMNO semakin bertambah. Begitu juga sokongan daripada pengundi muda.

Kegagalan menawan Sarawak menghantui Anwar kerana PKR cuma menang tiga kerusi sahaja. PKR dapat kuah, DAP sapu bersih lauknya. Gejala defection dalam parti menjadikan PKR parti minoriti dalam Pakatan Rakyat.

Untuk menutup malu di atas kekalahan tersebut dan mengalih perhatian terhadap isu peribadinya, maka perhimpunan Bersih dirancang.

Perhimpunan itu juga ada muslihat lain. Iaitu mahu meneruskan perang polemik.

Perang polemik diharap dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar. Dia dan pembangkang hidup atas isu.

Isu dan polemik digunakan untuk mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan.

Perhimpunan Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram.

Sebab itu ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sibuk. Kalau diadakan dalam Stadium matlamat itu tidak akan tercapai. Nanti dikatakan syok sendiri.

Oleh itu, matlamat utama perhimpunan Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti apa yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan jalan raya.

Maka mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan.

Inilah jalan singkat terbaru setelah jalan singkat sebelumnya seperti kerajaan 16 september gagal. Kejayaan perhimpunan sejuta Belia di Putrajaya dilawan dengan perhimpunan sejuta Bersih.

BN menghimpunkan belia dengan cara yang positif, pembangkang menghimpunkan belia dengan cara yang negatif iaitu berdemonstrasi. Jelas sekali Anwar yang panik. Dia out of the race untuk menjadi PM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berteduh sementara di Pangsapuri Barakah

Posted:

Berteduh sementara di Pangsapuri Barakah

Berteduh sementara di Pangsapuri Barakah

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar MOHD. NAIM AZIZ


Amin Ooi Abdullah bersama dua orang anak mereka di rumah yang mempunyai tiga bilik tidur itu.


USAHA manusia ada bermacam-macam. Apa yang terpenting ialah mencari keredaan Allah SWT. Dalam surah al-Lail juga diterangkan bahawa amalan-amalan yang dikerjakan dengan tulus ikhlas demi mencari keredaan Allah SWT akan membawa kebahagiaan di akhirat.

Apatah lagi, jika yang dilaksanakan itu adalah satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya seperti tanggungjawab melaksanakan ibadat zakat.

Zakat selain dilihat sebagai satu perlaksanaan perintah Allah, tujuan utama ibadat itu adalah membantu umat Islam lain yang memerlukan.

Sudah menjadi lumrah, manusia di atas muka bumi ini dianugerahkan dengan nikmat yang berbeza-beza seperti kesenangan, kesusahan, kekayaan dan kemiskinan.

Justeru, ibadat zakat yang diwajibkan merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada yang miskin mengikut peraturan yang ditetapkan syarak.

Menerusi cara itu, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah.

Bahkan, ibadat zakat juga merupakan satu bentuk hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Seperti juga dengan amalan berinfak atau bersedekah pada jalan Allah yang diumpamakan melabur saham di dunia yang akan dinikmati suatu hari kelak.

Hakikatnya, ini bukannya kenyataan kosong kerana Allahtelah berjanji kepada setiap mereka yang melakukannya dengan penuh keikhlasan ganajaran yang dilipatgandakan.

Sebagaimana firman Allah SWT: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir. Pada tiap-tiap butir terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) Lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 261)

Seperkara lagi, jangan kita menutup hati dengan pemahaman pada sebahagian harta yang kita miliki adalah milik fakir dan miskin.

Lantas, seharusnya kita berikan yang menjadi hak mereka. Seperti firman Allah SWT: Dan pada harta-harta mereka terdapat hak untuk orang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (adz-Dzariyat: 19)

Semua saranan itu terungkai kemas menerusi program anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu Ziarah Asnaf Bersama Media dan Korporat atau Zikra yang masuk penganjuran kali keenamnya 7 Jun lalu.

Rombongan lebih 80 peserta dengan menaiki dua bas LZS menuju beberapa lokasi pilihan iaitu Pusat Dialisis di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor; Kompleks Baitul Hasanah, Kampung Perepat, Klang, Selangor, diikuti ziarah ke rumah asnaf yang menerima rumah baru dan berakhir di Pangsapuri Barakah, Subang Bestari, Subang, Selangor dengan acara kemuncaknya penyerahan bantuan zakat kepada 10 penerima layak.

Mega, Utusan Malaysia sempat menemubual dua penghuni Pangsapuri Barakah Purnama, Subang Bestari, Selangor.

Yang pastinya, perumahan berkelompok untuk asnaf fakir dan miskin bukan sahaja selesa tetapi sekali gus satu kaedah bagi menangani masalah kemiskinan di bandar.

Pangsapuri Barakah itu istimewa kerana ia terletak dalam kawasan berpagar dan LZS mempunyai 100 unit rumah di situ yang disediakan khas buat asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Syaratnya, penerima tidak mempunyai rumah, tanah dan tidak mampu menyewa.

Mereka duduk percuma tetapi tempoh menginapnya adalah sementara dan akan dipantau setiap enam bulan.

Bagi asnaf-asnaf yang berpotensi, pihak LZS akan menyediakan modal dan insentif untuk meningkatkan taraf hidup.

Selain itu, mereka ini juga disediakan segala bentuk bantuan yang sesuai dan layak diterima. Contohnya, pendidikan, sara hidup, makanan, perubatan, modal perniagaan.

Pangsapuri Barakah Purnama di Subang Bestarii adalah pangsapuri kelapan dan dikira terbaru. Sejumlah 180 unit rumah disediakan antaranya di Kajang, Klang, Sepang dan Puchong.

Manakala Pangsapuri Barakah Purnama menjadi penempatan terbesar asnaf iaitu sebanyak 100 unit rumah tersedia tetapi hanya 30 unit telah diduduki.

Pasangan Mohamad Nizam Jalil, 38, dan isterinya Azlina Mohd. Hasri, 36, mula menetap di pangsapuri ini sejak April 2010 bersama enam anak mereka yang berusia empat hingga 16 tahun selepas melalui satu proses temuduga oleh pihak LZS awal tahun yang sama.

"Memanglah kami tidak menyangka untuk layak tinggal sementara di sini. Pada awalnya tujuan kami ke LZS adalah memohon modal memulakan perniagaan selepas menjadi mangsa penipuan sindiket yang bertopengkan jualan langsung.

"Wang modal sebanyak RM30,000 yang dikeluarkan secara sedikit-sedikit lesap begitu sahaja.

"Pada masa itu, dengan anak keenam yang bakal lahir, empat anak yang masih bersekolah, serta bebanan sewaan rumah RM550 sebulan. Dahulu berkereta tetapi tinggal motosikal, anak-anak hidup senang tetapi semua itu hilang sekelip mata.

"Jadi, kami suami isteri sanggup menebalkan muka berjumpa pegawai LZS untuk memohon modal perniagaan.

"Apabila dikira-kira, pendapatan isi rumah RM600 sebulan, rupa-rupanya kami tergolong dalam asnaf miskin. Daripada situlah kami terima bantuan daripada LZS bermula dengan bantuan pendidikan, hari raya, bulanan dan makanan," katanya yang melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk keluarga.

Pun begitu, akui Mohamad Nizam, nasib mereka yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pada waktu itu sedikitpun tidak dikesali kerana yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Tidak sekali-kali kami berniat menjadikan setiap sumbangan yang diterima ini sebagai satu keselesaan. Malah saya bertekad untuk keluar daripada terus menjadi asnaf atau terus hidup dengan meminta-minta.

"Saya sedang berusaha mengembangkan perniagaan. Saya berharap dengan modal yang cukup untuk membeli kenderaan, mungkin lebih banyak lokasi jualan yang dapat ditujui," ujarnya yang mensasarkan tempoh setahun dua ini untuk merealisasikan cita-cita itu.

Malah Azlina sempat mencelah, setelah bergelar asnaf barulah timbul kesedaran akan kewajipan berzakat kerana sebelum ini mereka agak alpa mengenai tuntutan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penghuni Pangsapuri Barakah Purnama, Amin Ooi Abdullah yang genap setahun menginap di situ bulan ini mengakui kehidupannya jauh lebih baik daripada sebelumnya.

"Saya paling bersyukur kerana LZS cukup efisien dan prihatin dengan golongan susah seperti kami ini. Malah yang paling saya dan isteri hargai adalah bantuan pendidikan untuk dua orang anak kami berusia 15 dan 12 tahun.

"Di mana anak pertama saya tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya dan anak kedua, alhamdulillah seorang pelajar yang cemerlang.

"Sekurang-kurangnya dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan yang tidak berapa tetapi dengan adanya bantuan daripada LZS terutamanya rumah untuk kami berteduh serta bantuan saraan bulanan, ia adalah memadai untuk kami empat beranak," kata Amin yang memeluk Islam lebih 10 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zikra jawab isu agihan zakat

Posted:

Zikra jawab isu agihan zakat

Zikra jawab isu agihan zakat

Oleh ZUARIDA MOHYIN


Sebahagian peserta bergambar di salah satu lokasi lawatan dalam Program Zikra iaitu Baitul Hasanah di Perepat, Klang, Selangor.


ENAM kali penganjuran siri ziarah asnaf di bawah program Ziarah Asnaf Bersamat Media dan Korporat atau Zikra sudah cukup membuktikan kejayaan program ilham Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu sejak diperkenalkan pada 2006.

Ketua Unit Perhubungan Awamnya, Hamizul Abdul Hamid yang juga Pengarah Program Zikra Ke-6 berkata, pihak LZS terpanggil mengadakan program itu bertitik-tolak daripada persoalan berkaitan agihan kutipan zakat dan bagaimana ia dimanfaatkan untuk kepentingan para asnaf.

"Sungguhpun, jawapan telah diberikan sama ada secara bersemuka atau menerusi laman web LZS, rupanya-rupanya ia belum memadai.

"Ini kerana masih lagi berbangkit persoalan berkaitan kesangsian para pembayar, khususnya di negeri Selangor tentang agihan zakat," katanya.

Maka itu, kata Hamizul, program Zikra diilhamkan dengan bermatlamat menjawab kesemua kemusykilan yang timbul, malahan menjangkau lebih daripada itu.

"Maksudnya, program Zikra ini bertujuan mendedahkan orang ramai, pembayar zakat, ejen kutipan dan pihak media massa kepada program-program agihan zakat oleh LZS," katanya pada program Zikra Ke-6, pada 7 Jun lalu.

Menjelaskan serba sedikit latar belakang program serupa katanya lagi, sebelum ini ia dikenali sebagai Program Ziarah Asnaf yang dibuka kepada pihak media massa.

Pihak media dibawa ke beberapa destinasi terpilih di sekitar Selangor untuk melihat secara dekat bagi mendapat gambaran sebenar bagaimana bantuan yang diberikan dipergunakan secara bermanfaat serta hasil daripada sumbangan atau peruntukan tersebut.

"Rupa-rupanya ia tidak cukup. Masih ada lagi segelintir pihak yang tidak mengetahuinya.

"Sebab itu, kita buat satu lagi program yang lebih besar skalanya iaitu yang dikenali sebagai Zikra. Ia menggabungkan pembayar zakat (pembayar secara individu dan syarikat) dan pihak media," kata Hamizul.

Katanya, pembayar zakat, ejen kutipan dan media massa adalah tiga kelompok sasaran dalam merealisasikan objektif Zikra.

Mengulas hasil bedah siasat daripada siri program Zikra sebelum ini, Hamizul bersyukur kerana ia memang memberi kesan kepada semua pihak terlibat.

"Pihak LZS dapati pertanyaan berbangkit berkaitan penyaluran agihan, nampak ada pengurangan.

"Ini berkemungkinan hasil daripada kerjasama dua hala antara LZS dengan media dan mungkin penerangan atau cerita-cerita yang disampaikan oleh pihak korporat sama ada kepada majikan mahupun kakitangan.

"Begitu juga dari segi peserta, ketara jumlah penyertaannya. Pada peringkat awal pengenalan, jumlah penyertaan hanyalah 10 orang. Kemudian bertambah kepada 40 orang. Kali ini merupakan penyertaan paling ramai iaitu lebih 80 orang peserta," jelasnya.

Program Zikra juga bermatlamat agar golongan asnaf memperoleh motivasi walaupun sesama mereka.

Perkongsian kisah-kisah kejayaan segelintir asnaf yang terbit di media massa, sedikit sebanyak menjadi motivasi kepada asnaf yang lain.

Ini juga satu bentuk penyaluran motivasi kerana dengan kejayaan dan usaha, lebih banyak bantuan yang bakal diterima daripada LZS.

Selain itu, program itu juga jelas Hamizul menjadi salah satu bentuk promosi kepada perniagaan yang diusahakan asnaf.

"Kami pernah mendapat maklum balas daripada pengusaha asnaf yang mengakui jumlah pengunjungnya bertambah.

"Ini bermaksud, kita membuka pemasaran kepada penerima manfaat itu tadi dengan cara tidak langsung," katanya.

Justeru, pada program Zikra kali ini, Hamizul bersyukur kerana mendapat jumlah penyertaan paling besar .

"Ini membuktikan, program ini semakin dikenali. Di samping itu, apabila kebaikan zakat ini tersebar ia bukan sekadar untuk negeri Selangor semata-mata tetapi semua pihak zakat di Malaysia kerana ia menimbulkan keyakinan tentang kredibiliti institusi zakat," katanya berharap program ini menjadi ikutan institusi zakat negeri-negeri lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved