Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kraf tangan bahan terbuang

Posted:

Kraf tangan bahan terbuang

Kraf tangan bahan terbuang

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


SEBAHAGIAN kanak-kanak melihat hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh Derus Ghani di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, baru-baru ini. -utusan/Rosni Masri


KOTA BHARU 15 Jun - Penghasilan sesebuah kraf tangan melalui barangan terbuang seperti kertas, botol plastik, selipar jepun, polistirena, dawai dan juga tin-tin minuman ringan bukanlah suatu perkara yang asing di negara ini.

Kebiasaannya, semua barangan kreatif tersebut dihasilkan melalui idea yang berlainan dengan tujuan sama iaitu untuk dijadikan sebagai bahan cenderamata atau barangan perhiasan rumah.

Jika melalui Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini anda mungkin akan terpegun melihat hasil karya seorang tukang kasut, Derus Ghani, 47, yang menghasilkan model helikopter dan kapal terbang daripada bahan terbuang.

Lebih menarik, kraf tangan yang dihasilkannya menggunakan polistirena itu mengikut model helikopter dan kapal terbang yang sebenar seperti berada di dunia yang sebenar.

Derus berkata, model-model tersebut diambil menerusi carian dalam Internet mengikut model yang dikehendakinya sebelum dicetak di atas kertas sebelum dilukis di atas polistirena.

Katanya, sebaik sahaja model tersebut dicetak atas sekeping kertas, dia akan terus melukis model tersebut mengikut kreativiti dan idea spontan yang di perolehinya.

"Sebaik sahaja selesai melukis model yang diinginkan. Saya akan terus membuat potongan mengikut bentuk dan model yang seperti yang dilukis di atas polistirena tersebut.

"Selesai membuat potongan itu, saya akan mencantumkan potongan-potongan berkenaan untuk membentuk sebuah model kapal terbang mahupun helikopter seperti yang diinginkan," katanya ketika ditemui di kedai kasut miliknya di sini baru-baru ini.

Derus menjelaskan, proses yang paling rumit dalam membina model helikopter dan kapal terbang adalah untuk memastikan kraf tangan tersebut mengikut arah rintangan angin supaya ia stabil setiap kali ditiup angin.

"Ini merupakan proses yang cukup rumit. Saya perlu mengikut bentuk "aerodinamik" supaya kapal terbang dan model helikopter yang dihasilkan dapat bergerak mengikut arah angin setiap kali bertiup.

"Apabila semuanya siap, saya akan memasang kipas di bahagian depan kapal terbang dan model helikopter. Kipas yang dipasang itu akan mengeluarkan bunyi setiap kali ditiup angin," ujarnya.

Katanya, dia mengambil masa selama tiga jam untuk menyiapkan sebuah model kapal terbang mahupun helikopter, manakala dua jam diambil bagi proses mengecat dan mewarnakan model tersebut.

Ujarnya, setakat ini, dia telah menghasilkan lebih 100 buah model helikopter dan kapal terbang yang kebanyakannya digantung berdekatan kedai membaiki kasut miliknya.

"Alhamdulillah daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 buah model kapal terbang dan helikopter telah terjual.

"Antara model-model yang telah saya hasilkan adalah helikopter dan kapal terbang perang yang digunakan oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat," katanya.

Ditanya mengenai harga bagi setiap model yang dijual olehnya, bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, ia dijual mengikut jenis dan kerumitan untuk menghasilkannya.

"Jika model tersebut susah untuk dibuat, ia mungkin mahal sedikit. Manakala bagi model biasa saya jual dengan harga RM8.

"Saya menghasilkan kraf tangan ini sebagai memenuhi masa lapang. Daripada terbuang begitu sahaja lebih baik saya hasilkan sesuatu yang boleh menjadi sumber pendapatan tambah untuk menampung perbelanjaan keluarga," ujarnya.

Menceritakan bagaimana dia boleh terbabit dalam bidang penghasilan kraf tangan itu, Derus berkata, idea tersebut tercetus selepas salah seorang rakannya membawa sebuah polistirena kedainya.

"Dari situlah timbul idea untuk mengasilkan model helikopter dan kapal terbang dari bahan-bahan terbuang ini. Walaupun pendapatannya tidak seberapa, namun saya puas dengan karya yang dihasilkan," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Mohd. Yusoff Mohd, 30, ketika ditemui berkata, kraf tangan yang dihasilkan oleh Darus ini wajar di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Walaupun nampak macam biasa, namun kraf tangan ini wajar diberikan pengiktirafan kerana ia adalah satu hasil seni yang diterjemahkan oleh seseorang yang mempunyai bakat.

"Bukan semua orang mempunyai bakat dan kemahiran ini. Jadi tidak salah jika kita menghargainya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Salur terus diesel subsidi - Kelaut

Posted:

Salur terus diesel subsidi - Kelaut

Salur terus diesel subsidi - Kelaut

Oleh YULPISMAN ASLI
uusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 15 Jun - Persatuan Pengusaha Industri Laut Dalam (Kelaut) menjelaskan ahli-ahlinya tidak terlibat dalam mogok bagi membantah tindakan kerajaan mengurangkan subsidi diesel kepada kumpulan nelayan laut dalam.

Presidennya, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff sebaliknya meminta pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyalurkan terus bahan bakar bagi Zon C2 kepada persatuan untuk disalurkan kepada ahli-ahlinya.

Beliau berkata, langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan hasil tangkapan dan pendaratan ikan kerana nelayan laut dalam tidak perlu lagi berdepan dengan pelbagai masalah dalam mendapatkan bahan bakar itu.

"Kita nak kuota diesel subsidi bagi bot C2 diberi secara terus kepada pengusaha Kelaut sebagaimana negeri-negeri lain. Kita tidak mahu berlaku sikap pilih kasih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan kerajaan mengurangkan subsidi diesel kepada kumpulan nelayan laut dalam adalah bagi memberi keadilan kepada 17,510 nelayan pantai yang menerima kemudahan dan insentif yang kurang berbanding kumpulan berkenaan.

Noh turut mengumumkan kesediaan kementeriannya untuk menaikkan insentif kepada 1,028 nelayan laut dalam bagi mengatasi kemelut membabitkan golongan itu, pada masa sama meminta mereka meningkatkan jumlah pendaratan ikan yang sebelum ini hanya menyumbang 20 peratus.

Mengulas lanjut, Nik Sapeia yang mengalu-alukan keputusan kementerian itu mendakwa, ahli-ahli Kelaut telah lama berdepan masalah dalam mendapatkan bekalan diesel subsidi yang disalurkan melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) sehingga turut menjejaskan pendaratan ikan.

"Jadi, kalau ia disalurkan terus kepada Kelaut, kita berasa lebih selesa kerana tidak ada gangguan dalam mendapatkan bekalan. Kita harap kerajaan ambil berat masalah ini, jika tidak ia akan menjejaskan pendaratan ikan untuk keperluan negara," katanya.

Mengenai sumbangan hanya 20 peratus ikan oleh Kelaut, beliau berkata, ia adalah tinggi mengambil kira bilangan ahli persatuan itu yang berjumlah kira-kira 1,000 orang, tetapi akan berusaha meningkatkannya.

Menyentuh cadangan kementerian untuk mengimport ikan bagi menstabilkan harganya di pasaran, Nik Sapeia berkata, persatuan mahu ahli-ahlinya diberikan keutamaan bagi mendapatkan lesen bagi tujuan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita warga emas melecur dalam kebakaran

Posted:

Wanita warga emas melecur dalam kebakaran

Wanita warga emas melecur dalam kebakaran


Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran membabitkan dua buah rumah separa kekal di Kubang Pasu, Kota Bharu, semalam. - bernama


KOTA BHARU 15 Jun - Seorang wanita warga emas yang lumpuh sejak tiga tahun lalu, nyaris rentung dalam kebakaran membabitkan rumah mangsa dan jirannya di Kampung Kubang Pasu, dekat sini hari ini.

Ketika kejadian pukul 8.25 pagi, mangsa, Bidah Salleh, 85, yang berada di dalam rumah sempat mengesot keluar sebelum diselamatkan oleh jiran-jirannya.

Bidah yang melecur di belakang badannya, dibawa ke rumah salah seorang anaknya di Kampung Sungai Keladi, dekat sini sebelum dihantar ke klinik untuk rawatan.

Difahamkan, mangsa tinggal bersendirian di rumah selepas anaknya yang bertugas sebagai jururawat di salah sebuah hospital di sini, keluar bekerja.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Anuarul Hakim Muhni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.30 pagi dan seramai 39 anggota dari tiga buah balai bersama empat jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pihak kami mengambil masa kira-kira sejam untuk memadamkan kebakaran tersebut. Tiada kemalangan jiwa berlaku dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

"Kami berjaya menyelamatkan beberapa buah rumah di kawasan berdekatan daripada musnah terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Bidah bersyukur kerana terselamat dalam kebakaran tersebut walaupun mengalami kecederaan.

"Makcik tak tahu nak kata apa, kecuali bersyukur dan berterima kasih kepada jiran-jiran yang telah bersusah-payah menyelamatkan makcik," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved