Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Uniknya pasukan bola sepak MB

Posted:

Uniknya pasukan bola sepak MB

Uniknya pasukan bola sepak MB

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my


Pasukan pilihan Menteri Besar Perak (berbaju putih) bersama Pasukan Veteran Singapura di Singapura, baru-baru ini.


IPOH 15 Jun - Keupayaan sukan untuk menyatukan rakyat tidak mampu disangkal, malah telah dibuktikan menerusi pelbagai kejohanan sukan di negara ini.

Menyedari hal itu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menubuhkan pasukan bola sepak yang dibarisi bekas pemain kebangsaan dan negeri itu.

Pengurus pasukan berkenaan, Mohd. Zakaria Mohamad berkata, apa yang menarik mengenai pasukan yang dibarisi pemain berusia antara 45 hingga 60 tahun itu adalah ia bukan sekadar menumpang nama Zambry sebaliknya, Menteri Besar itu merupakan salah seorang pemain utama pasukan tersebut.

"Kalau ada mengatakan Menteri Besar hanya bermain beberapa minit untuk mencukupkan syarat, mereka silap kerana jika ikutkan stamina dan keupayaan (Menteri Besar), beliau boleh main sepenuh masa selama 90 minit tetapi pertukaran perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada semua pemain bermain," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Zakaria, penubuhan pasukan tersebut merupakan idea Zambry setelah melihat ia merupakan satu medium yang paling mudah dan berkesan untuk dirinya dekat dengan rakyat.

Selain itu, peluang mengadakan perlawanan di seluruh daerah turut digunakan pasukan itu untuk mencungkil bakat baru menerusi penganjuran klinik bola sepak.

Katanya, selepas melalui 20 perlawanan persahabatan membabitkan pasukan daerah dan agensi-agensi kerajaan seluruh Perak, pasukan tersebut buat pertama kali berpeluang mengadakan perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa menentang Pasukan Veteran Singapura baru-baru ini.

Perlawanan itu diatur sempena lawatan rasmi dua hari Zambry ke republik itu baru-baru ini. Penulis yang mengikuti rombongan lawatan Zambry itu sempat melihat kehebatan pasukan tersebut hasil latihan konsisten sebanyak tiga kali seminggu di padang Pusat Pendidikan Haiwan di sini.

Bagaimanapun hajat pasukan itu mencatat kemenangan pertama pada perlawanan sulung persahabatan antarabangsa menentang veteran Singapura itu berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2.

Lebih menghampakan gol penyamaan pasukan tuan rumah itu hadir pada saat terakhir masa kecederaan. Gol jaringan pemain pertahanan Singapura, V. Subramani itu memadam dua jaringan awal menerusi penyerang sensasi Perak era 80-an, Phuah Eng Keong pada minit pertama dan ketiga permainan.

Perak bermula garang mengasak gawang gol Singapura menerusi gandingan penyerang Eng Keong, Zambry, Ahmad Shahrul Azhar dan S. Subramaniam.

Kawalan kemas bahagian tengah yang dikemudikan oleh A. Elangovan dan Pegawai Khas Zambry, Datuk Azhar Ahmad membolehkan Perak menguasai permainan.

Meskipun bermain di padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar, Singapura, tidak merencatkan permainan pasukan veteran yang disertai bekas pemain negeri era tahun 80-an, 90-an dan awal 2000.

Veteran Singapura yang diketuai bekas pemain yang pernah membantu Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut, Malek Awab gagal merobek pertahanan yang dibarisi Chee Wan Hoe, Chan Kok Meng, Kamarulzaman Hassan dan Izham Firdaus Jamaluddin.

Serangan bertali arus Perak menyebabkan perlawanan pada separuh masa pertama seolah-olah berat sebelah sehingga penjaga gol Perak, Ramli Abdul Talib hanya sekali memegang bola.

Singapura merapatkan jurang menerusi pakar sepakan lencong, R. Suriamurthy pada minit ke-28 separuh masa pertama selepas berlaku kekasaran di luar kotak penalti Perak.

Separuh masa kedua giliran Singapura menggasak selepas memasukkan pemain lebih bertenaga seperti Lim Tong Hai, Subramani serta beberapa pemain muda, menyebabkan penjaga gol kedua pasukan MB Perak, Yusoff Ghazali terpaksa bekerja keras menyelamatkan percubaan lawan.

Yusuf bagaimanapun terpaksa dikeluarkan kerana cedera selepas melayangkan badan ketika menepis percubaan jarak jauh pemain veteran Singapura.

Separuh masa ketiga berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang kubu lawan masing-masing.

Kegagalan pertahanan Perak mengeluarkan bola pada saat akhir mengundang padah sehingga membolehkan Subramani menjaringkan gol penyamaan sekali gus menggembirakan lebih 300 penyokong mereka di Stadium Jalan Besar.

Zambry ketika ditemui selepas perlawanan tersebut berkata, perlawanan tersebut berjaya membangkit kenangan lalu antara kedua-dua pasukan tersebut yang pernah bersaing di era Liga Semi-Pro dan Piala Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya berhasrat menjadikan perlawanan persahabatan itu sebagai acara tahunan membabitkan perlawanan timbal balik di sini.

Mengulas keputusan perlawanan itu, Zambry secara berseloroh berkata, kemenangan gagal diperoleh kerana pasukannya itu gagal membawa gaya dan semangat Barcelona di sepanjang permainan.

"Pada separuh masa pertama kita main macam Barcelona tetapi pada separuh masa kedua macam Manchester United dan pada separuh masa ketiga kita cuba bangkit tetapi sedikit kealpaan, kita hanya seri.

"Apa pun itu soal kedua kerana apa yang penting perlawanan ini berjaya merapatkan hubungan kedua-dua negara melalui sukan," katanya.

Menurut Zambry, pasukan itu berjaya membawa semangat 1Malaysia apabila ia dibarisi oleh bekas pemain negeri Perak mewakili semua kaum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koperasi Bekas Pemain Bola Sepak Perak ditubuh

Posted:

Koperasi Bekas Pemain Bola Sepak Perak ditubuh

Koperasi Bekas Pemain Bola Sepak Perak ditubuh

IPOH 15 Jun - Bekas pemain bola sepak Perak disaran menyertai Koperasi Bekas Pemain Bola Sepak Perak yang telah ditubuhkan bagi menjaga kebajikan mereka.

Pengurus koperasi berkenaan, Mohd. Zakaria Mohamad berkata, sehingga kini seramai 54 bekas pemain negeri telah menyertai koperasi berkenaan.

"Koperasi ini ditubuhkan oleh bekas-bekas pemain negeri yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu ahli-ahli yang kebanyakannya bekas pemain bola sepak Perak.

"Konsep pentadbiran dan operasi sama seperti Yayasan Kebajikan Atlet Negara (Yakeb) yang menjalankan kerja-kerja kebajikan di peringkat nasional tetapi kita di peringkat negeri membabitkan bekas pemain bola sepak," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau menambah, selain menjaga kebajikan ahli, penubuhan koperasi itu akan mendekatkan lagi bekas-bekas pemain bola sepak negeri yang kebiasaannya akan 'menghilangkan' diri sebaik sahaja menamatkan karier bola sepak masing-masing.

"Ini salah satu cara untuk kita terus bersama dan mengekalkan perhubungan akrab seperti ketika mewakili negeri satu masa dahulu," ujarnya.

Mohd. Zakaria berkata, syarat penyertaan terbuka kepada bekas pemain Perak dan masih bermastautin di negeri ini dengan setiap ahli dikenakan bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM50 dan RM500 sebagai pelaburan awal.

Beliau menambah, penubuhan koperasi berkenaan sudah diluluskan dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Kita bercadang menceburi bidang pertanian dan perladangan sebagai sumber utama kewangan koperasi menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa negeri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM4 juta naik taraf elektrik

Posted:

RM4 juta naik taraf elektrik

RM4 juta naik taraf elektrik

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 15 Jun - Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan kira-kira RM4.1 juta bagi melaksanakan beberapa projek menaik taraf bekalan elektrik di daerah Bandar Baharu.

Pengurus Besar Negeri (Bahagian Pembahagian) TNB, Suid Othman berkata, antara projek itu ialah Talian Atas 33 kilovolt (kV) iaitu dari pencawang masuk utama (PMU) Sungai Kechil Hilir ke pencawang atas tiang (PAT) Kampung Permatang Pasir yang mula dilaksanakan awal Jun lalu.

Selain itu, menurutnya, projek dari PMU Sungai Kechil Hilir ke Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Serdang pula akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

"Projek ini akan memberi kesan kepada peningkatan prestasi sistem bekalan elektrik di Serdang dan Bandar Baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kepada aduan dikemukakan oleh Anak Cikgu Pencen yang disiarkan di ruangan Forum Utusan Malaysia pada 25 Mei lalu berhubung masalah bekalan elektrik di daerah berkenaan.

Menurut Suid, TNB prihatin atas kesulitan yang dialami pengadu akibat gangguan elektrik yang dialami di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati beberapa insiden gangguan bekalan elektrik di kawasan itu pada April dan bulan lepas disebabkan kerosakan kabel yang melibatkan beberapa pencawang elektrik dan juga kerja-kerja mengorek oleh pihak ketiga.

Untuk sebarang maklum balas mengenai pemasangan dan perkhidmatan TNB, pengguna boleh menghubungi terus atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke talian khidmat TNB atau TNB Careline 15454 yang beroperasi 24 jam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved