Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ketuk ketampi: KDN jalankan inkuiri segera

Posted:

Ketuk ketampi: KDN jalankan inkuiri segera

Ketuk ketampi: KDN jalankan inkuiri segera

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan inkuiri dengan segera berhubung kes penahanan dua warga Singapura oleh Jabatan Imigresen di Johor Bahru pada 9 Jun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, inkuiri itu bukan sahaja membabitkan Jabatan Imigresen, malah turut membabitkan pihak polis dan Jabatan Penjara.

Namun, katanya, insiden ketuk ketampi itu bukan dilakukan oleh pegawai imigresen di barisan hadapan, sebaliknya dilakukan oleh mereka yang berada di depot tahanan imigresen.

''Biarlah kes ini disiasat oleh inkuiri dengan lebih mendalam dan ia akan dibuat dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu dua warga Singapura yang mendakwa diarahkan ketuk ketampi sampil berbogel minggu lalu.

Hishammuddin dalam pada itu berkata, kes ketuk ketampi membabitkan Jabatan Imigresen tidak pernah dilaksanakan sebelum ini dan dakwaan itu merupakan yang pertama diketahuinya.

Katanya, kebanyakan tindakan yang diambil oleh Jabatan Imigresen adalah berdasarkan standard prosedur yang ditetapkan.

''Sekiranya prosedur itu tidak lagi bersesuaian dengan keadaan sekarang, maka ia perlu diubah.

"Namun pindaan tersebut biarlah disandarkan kepada inkuiri yang dilakukan oleh ketiga pihak berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Pasang-siap' diseragam penghujung Oktober ini

Posted:

'Pasang-siap' diseragam penghujung Oktober ini

'Pasang-siap' diseragam penghujung Oktober ini


Shaziman Abu Mansor (kiri) diberi penerangan semasa membuat lawatan rasmi ke kilang Global Prefab System Sdn. Bhd. di Pulau Meranti Puchong, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Jun - Kementerian Kerja Raya bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengeluarkan standard seragam bagi Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) atau kaedah 'pasang-siap' pada penghujung Oktober ini.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah itu bertujuan membantu meningkatkan penggunaan IBS dengan kos yang lebih rendah daripada biasa.

"Penggunaan acuan IBS yang standard dapat diguna berulang-ulang dan seterusnya kos akan menjadi lebih rendah. Kini kos penggunaan IBS hampir sama malah ada yang lebih rendah berbanding cara konvensional.

"Sistem itu juga tidak meminggirkan kontraktor-kontraktor kecil seperti kelas F dan E kerana mereka diperlukan dalam sebahagian besar kerja dalam IBS. Sebenarnya, IBS memerlukan sokongan kontraktor tersebut bagi menjadi vendor atau kerja-kerja pemasangan di tapak binaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan rasminya ke Kilang Global Prefab System Sdn. Bhd. yang menawarkan IBS untuk industri binaan di sini hari ini.

Tambahnya, kementerian berharap para kontraktor dapat melihat dan mengkaji bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam penggunaan IBS.

"Untuk makluman, pertumbuhan bagi industri binaan negara dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu dari 2011 hingga 2015 dijangkakan 3.5 hingga 4 peratus.

"Kementerian juga telah diamanahkan dalam RMK-10 dengan kerja bernilai RM12.34 bilion melibatkan kementerian lain yang akan menggunakan IBS," jelasnya.

Katanya, IBS mempunyai masa depan cerah dalam negara kerana kerja pembinaan yang lebih cepat, harga kompetitif dan kurang penggunaan pekerja asing.

Mengulas perkembangan pembinaan Kompleks Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Shaziman berkata, beliau dimaklumkan ia telah sampai peringkat akhir.

"Apa yang tinggal adalah reka bentuk dalaman dan kontraktor telah meminta lanjutan masa sehingga penghujung Ogos ini untuk menyiapkannya tetapi kosnya tidak bertambah," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penulis blog dinasihat jangan salah guna kebebasan bersuara

Posted:

Penulis blog dinasihat jangan salah guna kebebasan bersuara

Penulis blog dinasihat jangan salah guna kebebasan bersuara


Rais Yatim (tengah) bersama sebahagian penulis blog pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 15 Jun - Para penulis blog tidak seharusnya berselindung di sebalik hak asasi menyuarakan pendapat untuk meluahkan apa sahaja perkara demi kepentingan peribadi atau pihak tertentu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebebasan yang dimiliki tetap mempunyai had berdasarkan ikatan kepada agama, budaya serta perundangan sesebuah negara.

"Mereka perlu melengkapkan diri dengan kekuatan dalaman bagi memilih apa yang terbaik untuk dilakukan demi rakyat sesebuah negara.

"Apa bezanya blogger dengan penulis akhbar, majalah atau wartawan penyiaran? Jika mereka menipu atau menyiarkan bahan-bahan lucah, budaya kita akan hancur dan mereka tidak lepas daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kira-kira 400 penulis blog dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), England, Australia dan Jepun menyertai persidangan selama dua hari itu.

Rais menambah, beliau menganggap penulis blog sebagai 'suara baru' dalam dunia tanpa sempadan yang memainkan peranan besar memberi sumbangan terhadap masyarakat global.

"Disebabkan itu anda perlu menggunakan suara ini demi kebaikan negara serta menjadi pemangkin kepada perpaduan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga April lalu pengguna Internet di Malaysia berjumlah 17.5 juta orang.

"Sehingga 8 Jun lalu, jumlah langganan jalur lebar mencecah angka 4,980,740 akaun. Langganan jalur lebar isi rumah 3,876,990 akaun sementara jalur lebar tanpa wayar 2,985,310 akaun.

"Bagi liputan 3G pula, terdapat 9.7 juta langganan pada suku pertama 2011," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved