Khamis, 4 Julai 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pengurus syarikat carigali minyak ditahan kerana rasuah

Posted: 04 Jul 2013 07:18 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat carigali minyak pagi ini berhubung kesalahan rasuah dan penggubahan wang haram.

Lelaki berusia 40-an itu bersama seorang lagi yang memegang jawatan pengurus dijadual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini untuk dikenakan tuduhan.

Dia yang ditahan kira-kira pukul 7 pagi ini berkhidmat di bahagian pendaftaran dan pelesenan syarikat minyak tersebut. - UTUSAN

Polis siasat kematian lelaki ketika ditahan peronda

Posted: 04 Jul 2013 06:06 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Julai - Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci dan adil berhubung kes kematian seorang lelaki berusia 53 tahun yang meninggal dunia ketika ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, lelaki berkenaan ditahan dalam satu kejadian mengejar suspek oleh dua anggota polis peronda (MPV) di Jalan Barat melalui Jalan Imbi, di sini kira-kira 12.15 pagi semalam.

"Semasa anggota polis cuba melakukan tangkapan terhadap pemandu kereta Proton Waja itu, telah berlaku sedikit pergelutan sebelum lelaki berkenaan berjaya ditahan.

"Bagaimanapun beliau didapati tenat dan ambulans telah dipanggil sebelum lelaki berkenaan disahkan mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.

Zainuddin berkata, hasil laporan bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan dalaman mahupun luaran dan jantung serta organ dalaman berada dalam keadaan baik.

Katanya, bagaimanapun punca kematian lelaki berkenaan masih belum diketahui sementara menunggu hasil laporan kimia yang akan dikeluarkan.

Beliau berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada ahli keluarga mendiang oleh doktor yang menjalankan pembedahan.

Beliau menambah setakat ini anak mangsa membuat laporan polis dan anggota yang membuat tangkapan turut membuat laporan dengan menerangkan tujuan dan keadaan mendiang ketika ditangkap. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jerman tutup peluang Malaysia

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Pemain-pemain Jerman meraikan kejayaan menewaskan Malaysia pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, malam tadi. Jerman menang 6-0. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Peluang Malaysia untuk mencuri satu daripada tiga slot ke Piala Dunia 2014 daripada pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia sudah tertutup - namun persoalannya pasukan kita dibelasah teruk 6-0 oleh Jerman.

Jika persembahan menentang Jerman menjadi modal Malaysia ke Piala Asia di Ipoh pada 24 Ogos ini, maka rumusannya sudah dapat dijangka.

Malaysia tiada pilihan, selain perlu menjadi juara, bermakna skuad bimbingan jurulatih Paul Revington mesti menundukkan beberapa gergasi Asia seperti Pakistan dan India untuk melangkah ke Piala Dunia di The Hague, Belanda tahun depan.

Kali terakhir skuad negara beraksi di Piala Dunia ialah pada 2002 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, kekalahan Malaysia pada aksi suku akhir, semalam menyebabkan skuad kebangsaan sekadar meneruskan cabaran untuk penentuan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan.

Esok, skuad negara dijadual menentang Pakistan untuk menentukan kedudukan yang lebih baik.

Pada perlawanan semalam, Jerman bermula garang dengan memberikan tekanan kepada bahagian pertahanan skuad kebangsaan menerusi beberapa percubaan tepat dalam kawasan Malaysia.

Malah, Jerman tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan pertama seawal minit kelima menerusi Christopher Zeller hasil pukulan sudut penalti.

Tekanan semakin dirasai skuad kebangsaan apabila Jerman menambah gol kedua pada minit kelapan hasil jaringan pukulan sudut penalti Linus Butt dan dua minit selepas itu rakan sepasukan Moritz Polk menjadikan kedudukan 3-0 hasil gol padang.

Pasukan lawan bagaikan tidak memberi ruang buat skuad kebangsaan untuk mendapatkan jaringan dengan mengawal setiap pergerakan penyerang Malaysia.

Jerman terus memanfaatkan setiap peluang mendapatkan jaringan apabila berupaya menambah tiga lagi jaringan menerusi Zeller minit ke-12, Moritz Furste (16) dan Thilo Stralkowski (18).

Bermula babak kedua Jerman terus menambah deretan jaringan.

Bagaimanapun, usaha Jerman mendapatkan jaringan tidak berupaya hingga tamat perlawanan kerana pertahanan skuad kebangsaan yang kembali mendapat rentak, namun sudah terlambat.

Sementara itu, Revington memuji Jerman kerana bijak memanfaatkan peluang yang ada untuk mendapatkan jaringan tetapi mengakui secara jujur yang dia amat kecewa dengan keputusan tersebut.

''Walaupun peluang untuk mendapat tiket ke Piala Dunia dalam kejohanan ini telah berakhir, kami perlu menamatkan kejohanan ini dengan baik kerana kejohanan ini ada menawarkan ranking.

''Buat masa ini saya tidak mahu memikirkan masa depan saya di sini atau peluang kita di Piala Asia selagi kejohanan ini belum berakhir," katanya.

Padang tiruan beri Lions XII kelebihan

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Bukan kerana tidak boleh menerima hakikat, namun kelebihan beraksi di atas padang tiruan di Stadium Jalan Besar jelas menjadi faktor paling ketara membantu Lions XII.

Menjuarai Liga Super musim ini dengan 31 mata dikutip di gelanggang sendiri daripada jumlah 43 mata sudah cukup menceritakan segala-galanya.

Pandangan ini turut dipersetujui tiga jurulatih dalam saingan Liga Super, B. Sathianathan (Angkatan Tentera Malaysia), Mohd. Azraai Khor Abdullah (Perak) dan Dollah Salleh (Pahang) yang melihat Lions XII terlalu kebal atas padang tiruan.

Bola yang terlalu laju dan keengganan tuan rumah memberikan ruang kepada lawan menguji satu hari lebih awal permukaan padang di stadium mereka menjadi antara persoalan besar mengapa Jalan Besar menjadi lubuk mata buat Lions XII.

Menurut Sathianathan, yang menyaksikan pasukan bimbingannya kecundang 1-3 kepada Lions XII pada 20 April lalu berkata, walaupun mereka ada mengadakan latihan di padang tiruan dekat Majlis Sukan Negara (MSN), ia masih tidak mencukupi kerana permukaannya yang berbeza.

''Pertama kali, saya hendak memberitahu bukan mudah untuk beraksi di atas padang tiruan sedangkan 21 perlawanan yang lain, kami bermain di atas padang rumput dan jika ada orang berkata padang tiruan memberikan kelebihan besar kepada Lions untuk muncul juara, saya memang bersetuju.

''Tidak banyak tempoh persiapan dapat dilakukan dalam tempoh beberapa hari bagi tujuan penyesuaian malahan permukaan padang tiruan yang ada di padang Majlis Sukan Negara sebenarnya tidak sama seperti mana di Jalan Besar.

''Semasa di sana, kami tidak diberi peluang menguji Stadium Jalan Besar sehari sebelum perlawanan kerana ada perlawanan Liga Singapura (S-League) dan itu memang tidak adil kerana tahap permainan di atas padang tiruan ternyata berbeza sama sekali terutama dalam aspek pergerakan bola," katanya.

Sementara itu, Dollah berkata, Lions XII sebenarnya bergelut apabila beraksi di padang rumput di tempat lawan dengan dua kemenangan sahaja yang mampu dikutip membuktikan mereka hanya gah semasa di kandang sendiri.

''Memang betul, (padang tiruan beri kelebihan), lawan yang bermain di sana benar-benar bergelut kerana daripada segi teknikal, pemain yang jarang-jarang beraksi di atas padang tiruan sukar membuat menduga kelajuan bola.

''Lihatlah sendiri pemain sayap saya, R. Gopinathan yang mempunyai daya kawalan bola yang baik, namun apabila menerima hantaran daripada rakan sepasukan pasti dia akan hilang kawalan sama ada bola akan dirampas lawan atau terkeluar dari kawasan permainan.

''Persoalan saya mengapa mereka tidak boleh bermain di atas padang rumput seperti mana pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super, kelebihan yang dimiliki mereka terlalu ketara," katanya.

Bagi Azraai, mereka hanya diberikan peluang berlatih di padang latihan terletak di Bukit Timah dan para pemainnya diakui sukar menyesuaikan diri dengan cara permainan di atas padang tiruan.

''Lions XII memang beruntung beraksi di atas gelanggang tiruan kerana kebanyakan pasukan lain jelas tidak memperagakan aksi sebenar apabila bertandang ke sana termasuk pasukan saya sendiri.

''Kita lihatlah sendiri bagaimana kawalan bola pemain-pemain Lions yang cukup selesa dan memudahkan mereka meraih kemenangan apabila bertemu lawan yang tidak biasa bermain di gelanggang tiruan.

''Jika musim depan dibiarkan mereka beraksi di atas padang yang sama, saya tidak fikir mana-mana pasukan mampu merampas kejuaraan daripada mereka dalam saingan Liga Super," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


49 rumah setinggan diroboh

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuantan menggunakan jentolak ketika operasi merobohkan sebuah rumah setinggan di Kampung Sungai Galing, Kuantan, kelmarin. - Utusan/Ahmad Zakki Jilan

KUANTAN 4 Julai - Kerajaan negeri merobohkan sebanyak 49 rumah di Kampung Sungai Galing dan Kampung Galing Besar di sini, kerana didapati tidak selamat diduduki akibat banjir besar pada Disember tahun lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, operasi tersebut bermula hari ini dan esok melibatkan sebanyak 41 rumah di Kampung Sungai Galing dan lapan di Kampung Galing Besar.

Menurut beliau, langkah itu dibuat atas titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu penduduk terbabit dipindahkan ke kawasan selamat memandangkan kampung tersebut rosak teruk akibat bencana berkenaan.

"Perbincangan diadakan bersama 41 penghuni di Kampung Sungai Galing dan mereka bersetuju berpindah ke rumah pangsa yang terletak di Lorong Haji Pak Mahat di sini.

"Rumah diduduki mereka merupakan tanah milik kerajaan dan selepas kerja-kerja tersebut dilakukan kita akan memagari kawasan berkenaan supaya tiada lagi orang lain tinggal di situ," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Muhammad Safian berkata, bagi Kampung Galing Besar pula, terdapat 20 rumah yang dihuni tetapi hanya lapan akan dirobohkan.

"Lapan rumah tersebut dirobohkan berikutan kediaman yang dibina oleh penghuni terbabit dibuat secara haram tanpa mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.

"Tindakan tersebut dibuat setelah pemilik tanah terbabit bersetuju merobohkan rumah berkenaan dan penghuni terlibat dipindahkan ke penempatan sama," katanya.

Katanya, langkah tersebut diambil bagi memastikan kesemua penghuni terlibat tidak lagi bimbang tentang keselamatan mereka setelah dipindahkan ke tempat lain.

Muhammad Safian memberitahu, kerajaan negeri menyasarkan menjadikan daerah itu sebagai sifar setinggan di tanah milik kerajaan sebelum akhir tahun ini.

Katanya, terdapat beberapa kawasan setinggan telah dikenal pasti dan perbincangan dibuat bersama penduduk terbabit supaya mereka dipindahkan tanpa sebarang masalah.

JPS keluar tender laksana projek tebatan banjir

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

KUANTAN 4 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri mengeluarkan tender bagi kerja-kerja melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir bagi mengatasi masalah banjir kilat yang pernah berlaku di bandar ini, Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, pengeluaran tender tersebut adalah untuk kerja-kerja mengorek semula Sungai Galing dan meningkatkan sistem saliran utama di perkampungan Lubuk Puyu, Permatang Badak serta Kampung Razali.

"Selain itu, projek yang turut dikeluarkan tender adalah menaik taraf kolam takungan di Taman Pelindung dan menaik taraf sistem perparitan sedia ada di bandar Kuantan," katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Zaili Besar (BN-Panching) yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan supaya kejadian banjir kilat yang berlaku Disember lalu tidak berulang.

Menurut Mohd. Soffi, tender terbabit dikeluarkan selepas kerajaan negeri menerima dan meneliti pelbagai cadangan bagi meningkatkan sistem saliran bandar serta menerima peruntukan RM50 juta melalui Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, selain JPS, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga sudah mengambil tindakan dengan mengeluarkan beberapa tender untuk meningkatkan keupayaan sistem saliran bandar.

"Surat setuju terima akan diedarkan dalam bulan ini kepada mereka yang berjaya yang mana membabitkan kerja mengorek semula Sungai Galing sepanjang enam kilometer," katanya.

Beliau berkata, selain bandar ini, kerajaan negeri juga tidak meminggirkan kawasan di daerah lain yang kerap dilanda banjir.

"Kita ada Bahagian Tebatan Banjir di bawah JPS yang akan membuat kajian di kawasan-kawasan yang sering berlaku banjir.

"Kita sudah kenal pasti beberapa lokasi yang kerap banjir di daerah lain dan usaha untuk mengatasi akan dilaksanakan," katanya.

Agropolitan, Rimbunan Kaseh untuk belia

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

KUANTAN 4 Julai - Projek Agropolitan dan Rimbunan Kaseh yang diwujudkan kerajaan dilihat mampu mengelakkan perpindahan generasi muda terutama dari kawasan Felda dan kampung tradisional ke bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun berkata, projek itu dapat menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan belia di kawasan terbabit.

"Antara projek yang telah dilaksanakan ialah Agropolitan Tanjung Batu dan Batu 8 masing-masing di Pekan; Tanjung Gahai di Lipis; Chemomoi, Bentong dan Kampung Bantal, Jerantut.

"Selain itu, kita juga ada program Rimbunan Kaseh Tanjung Besar, Lipis dan Desa Lestari di beberapa kampung tradisional di Raub," katanya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Kadri Wan Mahusin (BN-Bukit Ibam) yang ingin tahu mengenai isu perpindahan generasi muda dari Felda dan kampung tradisional ke bandar.

Menurut beliau, kerajaan negeri mengalu-alukan sesiapa sahaja termasuk swasta memajukan tanah-tanah di luar bandar dengan projek pertanian, pelancongan dan sektor lain.

"Ini sekali gus dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mengurangkan penghijrahan mereka ke bandar," katanya,

Beliau berkata, Felda juga berusaha memainkan peranan mewujudkan pelbagai aktiviti selain meningkatkan infrastruktur berkaitan bagi membolehkan pembabitan generasi baharu dalam pembangunan agensi itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penasihat Tertinggi Ikhwan Muslimin ditahan

Posted: 04 Jul 2013 10:40 AM PDT

KAHERAH 5 Julai - Tentera Mesir semalam menahan Penasihat Tertinggi Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie ekoran penggulingan Presiden Mohammed Mursi.

Menurut pihak berkuasa, Badie ditahan di barat bandar Marsa Matrouh, yang terletak berhampiran sempadan Libya.

Beliau didakwa menghasut penunjuk perasaan menggunakan kekerasan dalam demonstrasi. - AFP

Denmark rampas 100 kilogram bahan letupan

Posted: 04 Jul 2013 10:38 AM PDT

COPENHAGEN 5 Julai - Polis Denmark merampas sejumlah bahan letupan seberat 100 kilogram di barat bandar raya ini, semalam.

Agensi berita Ritzau yang memetik sumber polis melaporkan, rampasan itu dilakukan di bandar Holbaek dan polis turut menemui alat peledak dan bahan letupan plastik.

Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rebecca Romijn masih dipanggil dengan nama bekas suami

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

LOS ANGELES 4 Julai - Aktres Rebecca Romijn menyatakan bahawa orang ramai masih memanggil dirinya dengan nama bekas suaminya

Pelakon berusia 40 tahun itu yang bahagia selepas berkahwin dengan Jerry O'Connel sejak enam tahun lalu, mendakwa dia sering dirujuk sebagai Rebecca Rimijn-Stamos, walaupun dia telah berpisah dengan bekas suami pertamanya itu, John Stamos lebih lapan tahun lalu dan telah menukar namanya.

"Perkara ini berlaku kepada saya semalam," ujarnya kepada ketika di wawancara oleh majalah Redbook untuk keluaran Ogos ini.

Bekas bintang drama bersiri Ugly Betty yang mempunyai sepasang anak kembar, Dolly dan Charlie hasil perkongsian hidup bersama O'Connell berkata, dia dan bintang filem Burning Star itu memilih untuk menjaga bersama anak kembar mereka dan tidak memilih untuk menyerahkannya kepada pengasuh sepenuh masa.

"Kami saling membantu antara satu sama lain, walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan dan inilah realiti kehidupan kami," ujarnya.

Pelakon filem King & Maxwell itu juga mengakui dia tidak merasakan dirinya tua dan mempunyai tekanan untuk menurunkan berat badannya selepas bersalin.

"Saya tidak bimbang keadaan diri selepas bersalin kerana mendapat rawatan selama enam bulan," ujarnya. - AGENSI

Ashton Kutcher, Mila Kunis kedekut

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

LONDON 4 Julai - Aktor Ashton Kutcher dan kekasihnya Mila Kunis dituduh kedekut kerana keberatan memberi tip kepada seorang tukang gunting rambut selepas mengunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di bandar Bridgwater, di Somerset, baru-baru ini.

Tukang gunting itu, Jim Clayton terkejut apabila teman wanita pelakon kacak itu mengambil semula baki wang selepas dia membayar wang kertas 10 pound kepadanya sebagai upah.

Tukang gunting itu mendakwa pasangan itu tiba 15 minit sebelum dia menutup kedainya dan dia terpaksa menutup kedainya lewat, semata-mata untuk melayan pelakon berkenaan, tetapi kesediaannya melayan mereka itu tidak dihargai oleh pasangan selebriti itu.

"Kunis menyerahkan 10 pound (RM48) kepada saya sebagai upah bayaran dan dia mengambil kesemua bakinya," ujar tukang gunting itu dengan kecewa.

Clayton mengakui dia tidak banyak berbual dengan pasangan pelakon itu dan hanya mengetahui mereka tinggal di Los Angeles.

"Kutcher tidak banyak berborak tetapi Kunis duduk bersama anjing saya, Bailey. Dia sangat menyayangi anjing tersebut," ujar Clayton.

Sambil memetik akhbar Metro, Clayton berkata, dia mahu bergambar dengan bintang filem Ted itu, kerana teruja dengan pelakon itu, tetapi tidak menyangka dapat bertemu dengannya. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mesir guling Mursi, kerajaan Islam

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

Oleh FAUZI JAAFAR

Presiden Mohammed Mursi yang dipilih rakyat Mesir melambai tangan kepada penyokongnya pada 29 Jun 2012. Selepas setahun berkuasa, akhirnya beliau digulingkan oleh pihak tentera Rabu lalu. - REUTERS

pengarang@utusan.com.my

Presiden Mesir Mohammed Mursi jatuh juga akhirnya tetapi bukan di tangan rakyatnya tetapi di tangan tentera yang bertindak menggulingkannya demi menyelamatkan Mesir daripada terjebak ke dalam konflik yang lebih besar.

Walau apa cara sekalipun Mursi dijatuhkan, kejatuhan Mursi tetap dilihat sebagai kejatuhan sebuah kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir.

Mursi kini ditahan di Kementerian Pertahanan dan tidak ada berita tentang keadaannya sehingga sekarang.

Kejatuhan Mursi turut memusnahkan pergerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yang telah membina kedudukan sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun.

Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina sebuah kerajaan yang berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni Mubarak dalam kebangkitan rakyat pada 2011.

Lebih tragis adalah kejatuhan Mursi berlaku genap setahun beliau menyandang jawatan itu setelah memenangi pilihan raya Presiden pertama negara itu, ekoran berlaku demonstrasi besar-besaran bermula pada hari ulang tahun pertama beliau menyandang jawatan tersebut.

Barat melabelkan kebangkitan rakyat Mesir kali ini, sebagai gelombang kedua Arab Spring selepas gelombang pertama berjaya menjatuhkan beberapa pemimpin Arab termasuk pemimpin Mesir Hosni Mubarak pada 2011.

Dalam gelombang kedua ini, penentang kerajaan menuduh Mursi menggagalkan revolusi 2011 dengan menumpukan pembahagian kuasa kepada pergerakan Ikhwan Muslimin.

Dalam tempoh setahun pemerintahannya juga, Mursi dibelenggu dengan krisis ekonomi, kekurangan bahan bakar dan berdepan tunjuk perasaan oleh kumpulan antikerajaan yang boleh dikatakan hampir setiap hari.

Pergolakan terbaharu di Mesir itu juga tidak boleh dinafikan bermula daripada draf Perlembagaan yang dirangka sepenuhnya oleh parti Islam selepas parti liberal dan Kristian bertindak memulaukan mesyuarat untuk menulis draf piagam tersebut.

Perlembagaan itu dibuat bagi menggantikan Perlembagaan yang digantung sebelum ini, selepas bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan.

Draf Perlembagaan itu yang menjadikan Syariah Islam sebagai sumber utama perundangan, bagaimanapun telah diberi lampu hijau oleh rakyat pada 26 Disember 2012 setelah melalui proses pengundian sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember.

Sejak itu, golongan sekular, liberal Islam dan Kristian mula menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Mursi.

Bermula daripada itu, pergolakan semakin hebat dengan penunjuk perasaan mula menyuarakan rasa tidak puas hati dengan media-media Barat melaporkan kumpulan minoriti pembangkang mendakwa mereka dikecualikan dan suara mereka tidak pernah didengari berhubung draf perlembagaan kontroversi ini.

Kumpulan hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch pula turut campur tangan dengan mendakwa Perlembagaan baharu itu melindungi beberapa hak, tetapi ia melemahkan orang lain termasuklah gagal melindungi kebebasan bersuara dan agama.

Dalam isu ini, Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Abdul Aziz Ali berpendapat apa yang berlaku di Mesir adalah disebabkan oleh isu agama.

"Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh Tamarod bukanlah disebabkan isu deraf Perlembagaan itu, tetapi hakikatnya ada pihak yang tidak suka dengan pemerintahan Islam,'' katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau yang merupakan penuntut di Mesir dan mengikuti perkembangan semasa di negara itu menjelaskan, kempen Tamarod dinaungi oleh golongan sekular, sosialis dan liberal pimpinan Mohamed Mustafa ElBaradei, Hamdeen Sabbahi dan Amru Mousa.

Ketiga-tiga tokoh utama itu merupakan mereka yang berhajatkan jawatan Presiden Mesir selepas kejatuhan Hosni dengan Hamdeen dan Amru adalah calon yang tewas dalam pusingan pertama Pilihan Raya Presiden.

Hamdeen berhaluan kiri dan mendapat sokongan daripada pemuda yang mengadakan revolusi menggulingkan Hosni dan Amru pula adalah calon Presiden berfahaman sekular.

Sementara itu, Mustafa yang pernah diangkat sebagai pemimpin revolusi ketika kempen menjatuhkan Hosni tidak dicalonkan sebagai Presiden dalam satu pakatannya dengan Ikwan Muslimin yang mencalonkan pula Mursi dalam Pilihan Raya Presiden tersebut.

Ketiga-tiga tokoh ini jelas menunjukkan mereka berfahaman sekular dan kemudiannya disokong oleh anti-Islam yang tidak senang dengan kepimpinan Mursi kerana menyuarakan kebimbangan terhadap orang Islam di Syria dan lantang mempertahankan rakyat Palestin yang ditindas Israel.

Abdul Aziz berkata, terdapat dakwaan oleh perisik polis bahawa ketiga-tiga tokoh itu mendapat dana asing yang akan diberikan antara Lira Mesir LE500 hingga LE3,000 kepada mereka yang keluar menentang Mursi.

''Pertembungan yang berlaku bukanlah membabitkan Ikhwan Muslimin dan penentang Mursi, tetapi ia melibatkan kumpulan anti-Islam dan sekular yang menentang pemimpin Islam,'' katanya.

Namun, media Barat pula memburuk-burukkan Ikhwan Muslimin dengan mendakwa penentangan berlaku antara penyokong dan penentang Ikhwan Muslimin.

Perasaan kecewa, dendam dan tidak mahu mengaku kalah walaupun tidak diterima oleh rakyat melalui proses pilihan raya telah menyebabkan sebuah negara seperti Mesir mengalami pergolakan yang maha hebat.

Kini, banyak pihak menunggu tindakan seterusnya daripada pihak tentera dan sebarang percaturan yang salah oleh pihak tentera boleh mengundang konflik yang lebih di negara itu yang bakal berdepan kancah perang saudara.

Golongan yang berfahaman sekular yang menjadi virus dalam kalangan penentang Mursi, tidak akan berpuas hati jika kehendak mereka tidak dituruti dan tidak akan senang hati jika Mesir diperintah oleh kerajaan Islam.

Gelombang Arab Spring kedua di Mesir kini dilihat bukan sebagai transformasi dan revolusi rakyat lagi, tetapi ia kini dilihat sebagai malapetaka yang bakal membawa padah kepada ekonomi Mesir dan juga membawa bencana besar kepada Islam jika ia mempengaruhi negara Islam lain.

Apa agenda 'Malaysia Spring'?

Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT

Oleh ZAINAL RASHID AHMAD
PENULIS ialah Pengurus Besar Penerbitan TV Al Hijrah.

PENGKHIANAT muncul dalam pelbagai wajah - dan punya sejarah yang panjang sejak zaman lampau. Raja Ali Haji dibunuh Belanda juga gara-gara khianat bangsa Melayu sendiri. Sejak zaman kolonial, Inggeris menggunakan kelemahan mengenai kesetiaan orang Melayu sebagai alat mencetuskan suasana tidak stabil dan seterusnya memerangkap Tanah Melayu.

Hari ini, pengkhianat muncul tidak lagi dengan wajah baruah Inggeris atau Barat dalam konteks peperangan. Pengkhianat negara bangsa yang merdeka ini, kini muncul dengan wajah kepimpinan politik.

Sejak 1998, kita melihat pengkhianatan orang Melayu di jalanan terhadap nilai kemerdekaan tanah air sendiri. Kemudian diperkudakan pula anak-anak muda Melayu untuk berarak dengan sikap dan sifat pengganas, merusuh di jalan-jalan sekitar ibu kota.

Sekali lagi, permainan politik ini adalah agenda tangan-tangan asing yang mempunyai agenda, dan tentunya menyedari orang Melayu mudah berkhianat, maka diupah dan disogok orang tertentu untuk menguasai negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam temu bual program Bicara TV Hijrah tidak lama dahulu pernah mengulas perkembangan semasa, terutama munculnya Gerakan Black 505 yang berusaha untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melalui agenda jalan raya.

Dalam satu soalan, adakah benar akan wujudnya Malaysia Spring atau hanyalah satu propaganda semata-mata, Ahmad Zahid melihat, peristiwa yang dinamakan blackout 505 adalah sempena tarikh 5 Mei 2013 iaitu tarikh pilihan raya umum.

"Apabila berlaku cubaan memboikot proses demokrasi negara dengan menganjurkan bantahan ala Arab Spring yang dipanggil (Malaysia Spring), rakan-rakan saya di luar negara terutamanya di negara jiran, mereka tidak nampak ia seakan-akan ke arah itu.

"Lebih digelar sebagai Anwar Spring kerana Anwar Ibrahim yang merupakan pemain utama dalam "drama politik" ini dengan menyatakan ketidak puasan hati terhadap kewujudan kerajaan yang ada sekarang ini. Tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan memberikan beberapa gambaran yang agak berbeza tentang proses pilihan raya serta punya matlamat tertentu bagi menentang demokrasi sedia ada. Apa yang jelas ia tidak berjaya dan kurang mendapat perhatian," kata beliau.

Kalau ada usaha untuk menyamakan politik di Mesir dengan Malaysia, kata Ahmad Zahid: "Apa yang berlaku dalam landskap politik di Malaysia dan di timur tengah amatlah berbeza. Kita lihat pemimpin-pemimpin di negara berkenaan merupakan pemimpin berada di tampuk kepimpinan dalam tempoh yang begitu lama.

Mantan Presiden Mubarak umpamanya, El Ali Zainal Abidin di Tunisia dan beberapa tokoh yang lain. Individu itu memegang tampuk pemerintahan lebih 20 tahun sehinggakan mencapai 30 tahun. Berbeza dengan apa yang berlaku Malaysia, biar pun kita di perintah oleh parti yang sama yang pada mulanya diterajui oleh Perikatan dan kini Barisan Nasional (BN).

Kita mempunyai enam Perdana Menteri yang berbeza, wadah kita tetap sama tetapi fikrah dan pendekatannya berbeza dan kita lihat keterbukaannya juga berbeza. Apa yang kita lihat dalam rancangan transformasi politik memperlihatkan pendekatan keterbukaan kerana manhajnya yang berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh yang terdahulu kerana kepimpinan itu berada dalam situasi yang berbeza dan tentulah Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut kesesuaian dengan situasi politik yang ada sekarang.

"Untuk menyamakan apa yang berlaku di antara kedua-dua situasi ini, amatlah tidak relevan," kata beliau.

Berhubung dengan masalah tangan ghaib di luar negara dalam mencampuri urusan politik negara, Ahmad Zahid menjawab, "Kita harus melihat singkapan sejarah apabila Syeikh Muhammad Abduh dari Mesir mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Malaysia. Dan kita lihat beberapa pengaruh daripada luar apabila Pak Sako juga meminjam semangat nasionalisme dan kebangkitan Islam ketika itu. Ini perkara luar.

"Tetapi yang tidak digambarkan dalam pengaruh luar ialah kita mengikut telunjuk asing. Kita memasang lilin sebagai tanda protes. Itu bukan budaya kita. Mereka mengadakan demonstrasi jalanan yang tidak bersesuaian dengan budaya kita. Mereka mengadakan pergaduhan antara demonstran dengan pihak polis walaupun pihak polis sering dituduh pihak yang mulakan provokasi.

"Tetapi saya fikir kalau kita mengikut garis panduan yang telah ditentukan dalam Akta Perhimpunan Aman sebagaimana yang telah mereka lakukan sekarang, tidak akan ada berlaku sebarang masalah. Dan pada saya apa pun kita mesti jadi pemimpin yang rasional sama ada kita di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kelas manik kenali jiran

Posted: 03 Jul 2013 11:30 PM PDT

Azlinda Arshad (berdiri) mengendalikan kelas membuat aksesori.

BERBEZA dengan kehidupan bandar yang lebih menyendiri atau privasi, sukar bertemu dengan jiran walaupun tinggal bersebelahan.

Ramai yang tidak mengenali atau mengetahui nama jiran di sebelah rumah apatah lagi jiran-jiran yang tinggal berhampiran.

Namun dengan adanya aktiviti-aktiviti tertentu yang dilakukan oleh individu tertentu, hubungan sesama jiran dapat dipereratkan.

Berkunjung ke rumah Wan Mahyumi Wan Mohd. Fizi di Sunway Kayangan, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, beberapa orang suri rumah yang merupakan jiran beliau turut berada di sana.

Rumah Wan Mahyumi atau ringkasnya Yumi menjadi tempat untuk jiran berkumpul mempelajari beberapa aktiviti berfaedah seperti membuat aksesori dan sebagainya.

Menurut Yumi, dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan dengan jiran akan menjadi lebih mesra. Mereka akan sering bertemu dan bertanya khabar.

Tambah beliau lagi, kelas manik atau membuat aksesori telah dimulakan di rumah beliau sejak tiga minggu lalu dan disertai oleh tujuh orang jiran wanita.

Mereka mendapat tunjuk ajar daripada Azlinda Arshad, pakar membuat aksesori yang mempunyai koleksi sendiri, iaitu MahaniMoleque.

Mereka terdiri daripada suri rumah yang berusia di antara 40-an hinggalah 60-an yang meluangkan masa untuk mempelajari sesuatu yang boleh memberikan pendapatan sampingan.

Salah seorang peserta, Wan Salamiah Wan Abdul Rahman berkata, setelah bersara lebih 10 tahun lalu, beliau mempunyai banyak masa di rumah.

Apabila diberitahu mengenai kelas manik ini beliau lantas setuju kerana sekurang-kurangnya beliau dapat berkenalan dengan jiran-jiran lain.

''Memandangkan usia saya yang telah lebih 60 tahun memanglah tak ada keperluan untuk belajar kelas membuat aksesori ini. Namun saya rasa tak salah kita belajar walaupun dalam usia seperti ini.

''Walaupun saya sendiri tidak memakai aksesori seperti ini, masih boleh juga dihadiahkan pada anak-anak, cucu atau kawan-kawan," ujarnya.

Nooral Lafuziah Zainal Abidin pula berkata, walaupun hanya dapat belajar sebulan sekali, membuat manik dan aksesori ini bukanlah susah.

''Mula-mula ini buat yang ringkas sahaja tapi lama-kelamaan tentu boleh buat yang lebih cantik dan boleh dijual untuk tambah pendapatan.

''Saya memang berminat dengan kerja-kerja tangan seperti ini dan suami pula tidak menghalang. Selesai kerja di rumah, baru saya datang ke sini. Kalau tak ada kelas macam ini, memang susah berjumpa dengan kawan-kawan yang tinggal satu taman,'' katanya.

Seorang lagi peserta, Siti Fatimah Rusli pula cukup seronok kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru, iaitu membuat aksesori yang kini menjadi minat ramai.

''Harga aksesori yang dijual mahal juga. Lebih baik kita belajar dan buat sendiri. Selain boleh dipakai sendiri, boleh juga dijual.

''Seronok ada aktiviti seperti ini. Bukannya senang nak berjumpa dengan kawan-kawan kalau tak ada aktiviti seperti ini kerana masing-masing sibuk dengan kerja rumah,'' tambahnya.

Latifah Abdullah yang nampak tekun membuat gelang tangan berkata, dahulu semasa anak-anak masih kecil beliau tidak mempunyai masa untuk belajar sebarang kerja tangan.

Namun kini setelah anak-anak besar, masanya semakin banyak terluang. Apabila diajak menyertai kelas ini, beliau cukup seronok kerana ada perkara baru yang boleh dipelajari untuk diri sendiri dan keluarga. - MERAN ABU BAKAR

Ceriakan jendela

Posted: 03 Jul 2013 11:30 PM PDT

Pilihan rekaan langsir yang sesuai mampu menyerlahkan hiasan dalaman kediaman secara keseluruhan.

Masih ada sebulan lagi namun persiapan sudah semakin rancak. Begitulah suasana yang berlaku apabila menjelang kedatangan Aidilfitri.

Biasanya antara persiapan awal ialah mengganti langsir yang menjadi penghias jendela.

Malah ramai percaya tingkap merupakan jendela kepada jiwa sesebuah rumah dan perhiasan tingkap merupakan elemen yang penting dalam kehidupan berkualiti.

Pengolahan aksesori tingkap yang berfungsi dan direka dengan baik bukan sahaja mencerminkan personaliti dan cita rasa penghuni, bahkan turut menyerlahkan hiasan dalaman rumah secara keseluruhan.

Pada masa sama ia memainkan peranan praktikal seperti memberi privasi dan kawalan cahaya.

Berkongsi semangat tersebut, peneraju perhiasan tingkap dan fabrik terkenal, Elyza's , menyambut musim perayaan ini dengan enam koleksi fabrik terbaru dan empat tema rekaan utama iaitu Cottage Romance, New Classic, Urban Living dan Young and Trendy.

Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi ELYZA'S Home (M) Sdn Bhd, Elyza Yong, berkata, pelancaran koleksi terbaru ini adalah seiring dengan trend pembinaan rumah hari ini yang banyak mengambil konsep seni bina kontemporari.

"Kami sangat peka dengan trend semasa dan bagaimana ia memberi impak ke atas pilihan untuk menghias kediaman.

"Oleh itu kami mencipta koleksi kain dan gaya perhiasan tingkap terbaru yang bakal memenuhi cita rasa iaitu kesederhanaan dan kontemporari," katanya.

Yong berkata, gaya hidup sibuk pengguna yang moden memerlukan mereka memilih rekaan yang mudah dan senang diadunkan serta dipadankan untuk situasi yang berbeza.

Apa yang penting hiasan jendela tersebut mesti tampak elok dan berfungsi dengan baik.

Beliau juga menjangkakan permintaan akan semakin meningkat untuk penyelesaian perhiasan tingkap yang bergaya dan ringkas tetapi praktikal.

"Oleh itu ringkas namun bergaya (stylish simplicity) merupakan fokus kami pada tahun ini dan juga untuk tahun-tahun yang akan datang.

"Berdasarkan pemerhatian, trend perhiasan tingkap telah berubah daripada formal kepada tidak formal, daripada berat kepada ringan, daripada robol kepada lisu mudah dan daripada pelbagai lapisan kepada lapisan tunggal.

" Secara ringkas, ia telah berubah daripada tradisional kepada kontemporari," kata Yong.

Justeru beliau mengharapkan enam koleksi fabrik terbaru Elyza's yang secara keseluruhannya mampu memenuhi gaya hidup pelbagai pemilik rumah, daripada klasikal, kedesaan (country), kebandaran (urban) kepada muda dan bergaya akan menjadi jawapan untuk gaya hidup yang indah.

Selaras dengan konsep rekaan ringkas namun bergaya, pihaknya memperkenalkan dua sistem langsir khas iaitu Ripplefold dan Flexifold dari Forest Group Nederland.

"Langsir Ripplefold menyerupai gelombang berterusan yang unik apabila dibuka dan ditutup. Ia mewujudkan lipatan seakan riak lembut, yang mengalir lancar dari satu hujung trek ke trek yang lain.

"Keseragaman dalam kelembutan golekkan (rolling) sepanjang panel mewujudkan rupa baru yang langsing, bersih dan elegan untuk ruang kontemporari.

"Selain itu, penyelenggaraan yang rendah, penggunaan fabrik yang kurang, pergerakan lancar yang berkekalan dan bergaya, merupakan beberapa kelebihan tambahan gaya langsir baru ini," kata Yong.

Dalam pada itu katanya, sistem Flexifold adalah pada asasnya sama seperti Ripplefold dari segi pandangan rupa dan fungsi.

Perbezaan utama adalah kebolehannya menyelaraskan saiz lipatan kepada lebih besar atau lebih kecil, mengikut cita rasa pengguna sekali gus mewujudkan lebih banyak pilihan gaya.

Sempena pelancaran koleksi baru ini dan sambutan hari raya, Elyza's sedang menawarkan promosi pra-tempahan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berakhir pada 15 Julai ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pembeli tanggung sengsara

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
kota@utusan.com.my

sebahagian daripada pembeli rumah kos rendah Blok E, Petaling Utama, PJS 1 memegang kain rentang mendesak Menteri Besarmenyelesaikan segera isu pembinaan rumah yang tertangguh sejak tujuh tahun di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 3 Julai - Seramai 262 pembeli Blok E projek perumahan mampu milik dan kos rendah di Petaling Utama, Petaling Jaya Selatan 1 (PJS1) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan projek tersebut yang didakwa gagal disiapkan hampir tujuh tahun lalu.

Selain menyelesaikan kelewatan tersebut, mereka yang berhimpun di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini turut meminta kerajaan negeri melunaskan janjinya yang menawarkan projek perumahan tersebut pada harga RM35,000 daripada harga asal RM70,000 seunit.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemberi Blok E PJS1, S. Sugumaran mendakwa, tawaran itu dibuat setelah pihak pemaju gagal menyiapkan projek tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan selepas pihaknya menandatangani perjanjian sewa beli pada 2004.

Menurutnya, selain pengurangan harga rumah, kerajaan negeri turut menjanjikan penolakan kos tanggungan pembeli, sementara projek tersebut disiapkan.

"Asalnya, kami menandatangani perjanjian jual beli projek perumahan kos rendah di Blok E ini pada tahun 2004 dan jika diikutkan perjanjian tersebut, pemaju perlu menyiapkan projek itu dalam tempoh 36 bulan.

"Namun sejak 2007 hingga ke hari ini, Blok E gagal disiapkan oleh pemaju. Bagaimanapun pada 16 Jun 2011, dua Exco kerajaan negeri telah berjanji untuk membina rumah mampu milik dengan tawaran RM35,000," katanya ketika ditemui bersama-sama 100 pembeli lain di sini hari ini.

Tambah Sugumaran, sebelum ini pihaknya telah mengemukakan masalah tersebut kepada kerajaan negeri tetapi sehingga kini kerajaan negeri belum mengemukakan sebarang langkah penyelesaian bagi membela nasib para pembeli projek perumahan tersebut yang rata-ratanya terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Malah beliau turut mempersoalkan status sebenar rancangan kerajaan negeri untuk mengambilalih tanah projek tersebut daripada pihak pemaju bagi membolehkannya diteruskan, sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi para pembeli.

"Maka sebab itu kita berhimpun pada hari ini meminta kerajaan negeri dan Menteri Besar memberi perhatian terhadap masalah ini termasuk janji-janji yang dibuat sebelum ini.

"Malah kita menuntut satu tarikh daripada Menteri Besar supaya perbincangan mengenai perkara ini dapat diadakan secepat mungkin," jelasnya yang mengemukakan tuntutan itu kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohamed Yasid Bidin.

Sementara itu, Mohamed Yasid menegaskan, pihaknya akan mencari tarikh sesuai supaya pertemuan itu dapat diadakan selain menyatakan kerajaan negeri sebenarnya telah maklum mengenai masalah yang dihadapi 276 pembeli tersebut.

Selain itu, jelas beliau, kerajaan negeri juga sebelum ini telah membawa perkara itu ke mahkamah berhubung pengambilalihan tanah tersebut supaya projek berkenaan dapat diteruskan oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun pada 15 Mei lalu katanya, mahkamah telah membuat keputusan tanah tersebut tidak boleh diambil alih oleh kerajaan negeri dan kekal di bawah pihak pemaju.

Tingkat keselamatan pelancong

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN dan NURUL SHYAZWANIE MOHAMAD
kota@utusangroup.com

Mohamed Nazri Abdul Aziz (dua kanan) beramah mesra dengan beberapa pelancong luar negara sempena lawatan kerja di sekitar Kuala Lumpur menaiki perkhidmatan bas pelancongan, KL Hop On Hop Off bersama wakil-wakil media, di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 3 Julai - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mencadangkan bilangan anggota polis di beberapa kawasan tumpuan di sekitar Bukit Bintang ditingkatkan dalam usaha memastikan keselamatan masyarakat dan pelancong asing lebih terjamin.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, saranan itu amat perlu supaya kawasan-kawasan 'panas' yang dilaporkan sering berlaku kes jenayah seperti ragut, kecurian dan rompakan dapat ditangani dengan berkesan.

"Pihak kami menerima aduan kes kecurian dan ragut di tempat-tempat tumpuan pelancong di Bukit Bintang malah didapati orang ramai termasuk pelancong asing menjadi mangsa kejadian itu.

"Ia bukan satu perkara yang mudah, oleh itu, pihak kami akan berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mencari langkah bagi meningkatkan keselamatan di kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja di sekitar Kuala Lumpur menaiki perkhidmatan bas pelancongan, KL Hop On Hop Off bersama wakil-wakil media hari ini.

Beberapa kes melibatkan kumpulan penjenayah yang menjadikan hotel, restoran dan pusat beli-belah di ibu negara sebagai lokasi jenayah baru-baru ini menimbulkan kebimbangan orang ramai dan para pelancong.

Ditanya mengenai cadangan mengehadkan penunggang motosikal di Bukit Bintang bagi mengelakkan masalah jenayah tersebut berlarutan, Mohamed Nazri berkata, buat masa ini, langkah itu tidak perlu.

Dalam perkembangan lain katanya, kementerian menyasarkan kira-kira 26.8 juta pelancong asing ke negara ini dengan menjana anggaran pendapatan sebanyak RM65 bilion bagi tahun ini.

"Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, dianggarkan sasaran pengunjung asing ke negara ini adalah 28 juta dengan jumlah perbelanjaan pelancong asing sebanyak RM76 bilion," ujarnya.

Menurut beliau, sasaran itu mampu dicapai memandangkan setiap tahun negara ini menerima peningkatan kehadiran bilangan pelancong asing yang amat memuaskan.

Tingkat penguasaan bahasa Melayu

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

U. Thamotharan (tiga dari kanan) melihat murid tahun enam SJKT Ladang Raja Musa, S. Ratnavel menggunakan komputer selepas majlis penyerahan komputer oleh Pertubuhan Perinnbam Malaysia di sekolah berkenaan di Kuala Selangor, kelmarin.

KUALA SELANGOR 3 Julai - Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam Malaysia) hari ini melancarkan projek Nambikai yang dikhaskan bagi membantu murid-murid sekolah rendah jenis Tamil (SJKT) menguasai bahasa Melayu serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan tumpuan kepada sekolah-sekolah di luar bandar dan estet.

Presidennya, U. Thamotharan berkata, usaha tersebut merupakan inisiatif bagi meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar SJKT untuk bertutur dalam bahasa Melayu selaras dengan perkataan 'nambikai' yang sering diucapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan bahawa masyarakat India memberikan kepercayaan kepada negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya telah melawat sebanyak 527 buah SJKT di kawasan pedalaman dan didapati sebahagian daripadanya tidak mempunyai kemudahan lengkap pembelajaran termasuk kemudahan komputer.

Katanya, sekolah-sekolah yang dikenal pasti untuk dimasukkan dalam projek berkenaan akan diberikan bantuan set komputer, kerusi, meja serta kelengkapan lain untuk proses pembelajaran.

"Kita tidak menafikan bahawa pelajar-pelajar daripada SJKT tidak fasih berbahasa Melayu dan kurang pendedahan dari segi teknologi maklumat dan komunikasi.

"Kami akan membantu para pelajar tersebut secara berperingkat dengan memastikan kesemua mereka mengambil bahagian supaya dapat membina keyakinan diri dalam menulis, bertutur dan membaca bahasa Melayu serta mempunyai pengetahuan dalam ICT," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penyampaian Komputer di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Raja Musa di sini hari ini.

Yang turut hadir Penyelia Kanan SJKT negeri Selangor, Danial Andalas dan Pengarah Projek Nambikai, N. Parthiban.

Thamotharan berkata, projek berkenaan akan menumpukan kepada murid tahun satu hingga lima sebagai kumpulan sasaran dengan menyediakan bantuan pengajaran meningkatkan penguasaan kemahiran lisan dalam bahasa Melayu, kemahiran membaca dan menulis serta kemahiran komputer dan perisian.

Sementara itu, Guru Besar SJKT Ladang Raja Musa, S. S. Pandian berkata, pihaknya gembira dan terharu apabila Perinnbam Malaysia menjadikan sekolah berkenaan sebagai sekolah perintis dalam membantu kerajaan ke arah generasi celik ICT dan menguasai bahasa kebangsaan.

"Kita berterima kasih kepada persatuan ini yang sudi menyalurkan bantuan kelengkapan pembelajaran kepada para pelajar.

"Bukan itu sahaja, baru-baru ini Kementerian Pendidikan juga telah meluluskan permohonan membina enam buah kelas baharu menjadikan keseluruhannya sebanyak 12 kelas.

"Saya berharap dengan adanya pertambahan kelas dan bantuan lain, para pelajar dapat belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. Saya yakin mereka mampu menguasai bahasa Melayu dengan bantuan guru profesional," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Penantian 14 tahun berakhir

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

Projek pembinaan jalan dari Ladang Kelapa Sawit Sedenak ke Kampung Murni Jaya dan Felda Bukit Batu giat dijalankan dan dijangka siap pada Disember ini.

KULAIJAYA 3 Julai - Selepas 14 tahun menunggu, akhirnya penduduk Kampung Murni Jaya dan Felda Bukit Batu, di sini bakal memperoleh jalan baharu setelah mendapat peruntukan RM2.7 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Jalan tersebut akan menghubungkan Ladang Kelapa Sawit Sedenak ke dua kawasan terbabit yang didiami kira-kira 5,000 penduduk, selain memberi manfaat kepada penduduk di kampung berdekatan seperti Kampung Sungai Siam; Kampung Sungai Besoi; Kampung Sri Muar; Kampung Sungai Sayong 1; Kampung Sungai Sayong 2 dan Kampung Sri Leban.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Sungai Sayong, Ibrahim Naim, 52, berkata, projek pembinaan jalan berturap sepanjang lima kilometer (km) dan selebar enam meter itu bermula pada 18 Jun lalu dan dijangka siap 2 Disember ini.

Jelas beliau, projek berkenaan dapat memendekkan tempoh perjalanan dari kampung terlibat daripada 80 km kepada 40 km menuju Bandar Kulaijaya.

"Berita gembira ini sememangnya ditunggu-tunggu sejak sekian lama semenjak kawasan perkampungan ini dibuka sekitar 1963. Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan yang diberikan meskipun ia banyak kali tertangguh.

"Saya yakin, selepas ini lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan, sekali gus dapat memberi kemudahan menyeluruh kepada penduduk kampung serta berlaku perubahan besar pada masa akan datang," katanya kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan ke lokasi berkenaan, di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh dan jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulaijaya, Abdul Jalil Abdul Wahab.

Sementara itu, Ali Mazat menjelaskan, pelaksanaan projek itu sememangnya dinantikan oleh semua penduduk kampung terlibat kerana sebelum ini terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh untuk ke pelbagai lokasi sehingga mengambil masa sejam untuk ke bandar Kulaijaya untuk urusan seharian.

"Ia amat menyukarkan terutamanya jika berlaku kecemasan. Sebagai contoh, mereka yang sakit terpaksa pergi ke Hospital Kluang yang jaraknya lebih dekat berbanding daerah Kulaijaya sendiri namun apabila tiba di sana pihak Hospital Kluang meminta kes dirujuk ke hospital daerah kami sendiri.

"Projek tersebut mula diumumkan sejak 1999, namun tertangguh berikutan kekangan termasuk proses mendapatkan keizinan daripada ladang terlibat. Saya percaya selepas ini, ia akan muncul sebagai antara jalan penting dan nilai komersial tanah di kawasan sekitar pasti meningkat sekali gus menjadi hadiah bermakna kepada semua penduduk terlibat," katanya.

Jangan tangkap ikan di perairan negara jiran

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Ahmad Maslan (depan, empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada empat nelayan Pontian yang dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia di Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 3 Julai - Nelayan di daerah ini dinasihatkan mematuhi kawasan penangkapan ikan yang ditentukan dan tidak sesekali memasuki kawasan perairan negara jiran bagi mengelakkan mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya tidak mahu lagi ada kes penahanan nelayan tempatan berulang disebabkan mereka gagal mematuhi peraturan.

Beliau berkata, penahanan 12 nelayan tempatan dalam tempoh dua tahun ini perlu menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih-lebih berhati-hati ketika menangkap ikan dan tidak menceroboh perairan negara lain.

Menurutnya, kejadian tersebut telah menimbulkan kesukaran kepada pelbagai pihak terutamanya ahli keluarga mereka serta melalui proses perundangan yang ketat sebelum nelayan tersebut dapat dibebaskan.

"Saya berharap selepas ini tiada lagi kes nelayan Pontian ditahan di negara jiran walaupun Jakarta dan Kuala Lumpur mempunyai perjanjian berkaitan isu tersebut yang dimeterai pada 2012.

"Biarpun ada penyelesaian, proses berkaitan memakan masa lama seperti berlaku pada nelayan yang ditahan pada 2011 yang hanya dibebaskan selepas 10 bulan mereka ditahan," katanya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada empat nelayan yang baru-baru ini dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia setelah ditahan pada 22 Mei lalu.

Mereka ialah Mohamad Suria Rahman, 18; Shamsudin Bachok, 37, Jefrry Karim, 33, dan Idris Mohd. Rohani, 24.

Sementara itu, dua lagi kumpulan nelayan berkenaan iaitu Mohd. Salleh Rahman, 29, dan Ahmad Nadzhan Mohd. Nazri, 18, masih ditahan sementara menunggu perbicaraan kes tersebut.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, nelayan berkenaan perlu menjauhi kawasan perairan antarabangsa dan tidak sekali-kali cuba memasuki kawasan negara jiran.

"Mengenai nasib dua orang nelayan yang masih ditahan, perbincangan bersama Wisma Putra akan dilakukan dan berharap keluarga dapat bersabar serta berdoa supaya mereka dibebaskan secepat mungkin," katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan berhubung dengan Pegawai Konsul Malaysia di Pekan Baru bagi mendapatkan maklumat tentang perbicaraan yang akan dijalankan terhadap Mohd. Salleh di Tanjung Pinang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


850 unit PPR atasi masalah rumah

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

KANGAR 3 Julai - Kerajaan negeri akan membina 850 unit rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk memastikan rakyat negeri ini yang belum memiliki rumah dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan Bandar, Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Mat Hassan berkata, dengan pembinaan itu, ia menjadikan keseluruhan rumah PPR di negeri ini berjumlah 2,078 unit.

"Kesemua rumah ini bakal ditawarkan kepada rakyat yang berkelayakan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 melalui program sewaan," kata beliau dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-13, di sini hari ini.

Menjawab soalan Chan Ming Kai (PKR-Indera Kayangan) mengenai program PPR, Mat berkata, setakat ini, sebanyak 1,228 unit rumah PPR di Sena dan Bintong telah siap dan dalam proses untuk diduduki oleh penyewa yang layak.

"Sebanyak 200 unit PPR sedang dibina di Kampung Wai dan 150 lagi di Simpang Empat, manakala 500 unit di Arau telah mendapat kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, cuma menunggu masa untuk dibina," kata beliau.

Di samping itu, kata Mat, lima projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) telah siap dibina dan sedang dalam proses untuk diduduki oleh pemohon yang layak.

"Kerajaan negeri juga mahu menjalankan projek usahasama dengan pemaju bagi untuk membangunkan rumah mampu milik di negeri ini kerana mendapat permintaan yang tinggi," tambahnya.

Mat berkata, pihaknya juga sedang menjalankan temu duga semula ke atas penyewa untuk memastikan penyewa tidak menyalahgunakan rumah masing-masing atau ia diduduki pemohon yang tidak layak.

Sementara itu, kata beliau, pendekatan baharu juga digunakan untuk mengatasi masalah rumah-rumah PAKR yang terbiar atau kosong di Rancangan Perumahan Awam.

"Ini termasuk mengiklankan rumah berkenaan," katanya.

Perak bakal tubuh Majlis Masyarakat Penyayang bantu OKU

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

IPOH 3 Julai - Perak bakal menubuhkan Majlis Masyarakat Penyayang dalam usaha membantu serta mengupaya penglibatan golongan kurang upaya (OKU) ke arah pembangunan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) berkata, majlis yang diletakkan di bawah kerajaan negeri dengan penglibatan pertubuhan berkaitan OKU itu antara lain akan meneliti langkah terbaik membantu golongan berkenaan dalam bidang pekerjaan, sukan dan pendidikan.

"Perbincangan ini masih di peringkat awal lagi. Kita akan umumkan juga pengerusinya dalam masa terdekat iaitu seorang yang sangat prihatin dengan nasib golongan OKU.

"Majlis ini akan diletakkan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional negeri, Datuk Rusnah Kassim dan insya-Allah, akan ada peruntukan untuknya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sementara itu ketika mengulas pergolakan di Mesir, Zambry berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan pelajar tajaan kerajaan negeri di sana.

Beliau berkata, pihaknya telah menghubungi kedutaan di Mesir malah sedia bekerjasama dengan Wisma Putra dan Kerajaan Persekutuan sekiranya terdapat keperluan untuk membawa pulang pelajar ke Malaysia.

"Namun, setakat ini, kita belum menerima apa-apa laporan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu rakyat mengambil iktibar daripada pergolakan di Mesir terhadap usaha untuk menumbangkan kerajaan melalui protes di jalan raya.

"Mereka berjaya menggulingkan sebuah kerajaan dianggap zalim dan diktator untuk membentuk kerajaan lebih demokratik yang dipilih oleh rakyat iaitu Mohammed Mursi. Namun, hari ini, melalui jalan demokrasi, mereka mahu menumbangkan pemimpin yang dipilih itu menerusi demonstrasi jalanan.

"Namun, dalam konteks Barisan Nasional (BN), kita sentiasa menjaga keamanan negara dengan sebaik- baiknya kerana kehidupan bernegara ini sangat penting," katanya.

Ketika ditanya sama ada Perak juga akan mengadakan larangan tazkirah sewaktu solat tarawih seperti di Pahang; Zambry berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Dua hospital swasta beri perkhidmatan berkualiti

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

KANGAR 3 Julai - Pembinaan dua buah hospital swasta di Pengkalan Assam di sini dan Kuala Perlis dijangka mampu memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang berkualiti kepada rakyat negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan dan Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Jafperi Othman memberitahu, Pusat Pakar Perlis (Perlis Specialist Centre) di Pangkalan Assam mempunyai 70 buah katil dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2015.

"Sementara itu Hospital Perlis di Kuala Perlis pula dijangka beroperasi pada tahun depan dengan mempunyai kemudahan 18 buah kati," kata beliau menjawab soalan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di sini.

Dalam soalannya, Hock Kong berkata, kerajaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berjanji untuk merealisasikan perancangan pembinaan hospital daerah dan hospital swasta bagi memberikan akses perubatan lebih berkualiti.

Hock Kong turut bertanya mengenai pembinaan Hospital Padang Besar memandangkan penduduk khususnya di Titi Tinggi akan bertambah pada masa akan datang.

Menjawab soalan tersebut, Jafperi menjelaskan, perancangan pembinaan Hospital Padang Besar telah dimasukkan ke dalam senarai keutamaan.

Sehubungan itu, kata beliau, sejumlah peruntukan telah kenalpasti bagi penyediaan reka bentuk sebuah hospital yang mempunyai 108 katil dan lengkap dengan kuarters.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi memastikan impian masyarakat di kawasan Perlis Utara akan menjadi kenyataan," tambahnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved