Khamis, 4 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jadikan krisis politik Mesir sebagai iktibar

Posted: 04 Jul 2013 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Julai - Krisis politik Mesir yang menyaksikan Presiden Mohammed Morsi digulingkan oleh tentera seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada rakyat supaya tragedi sama tidak berlaku di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penggulingan itu bertitik tolak daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dimainkan kumpulan tertentu selain usaha menginginkan perubahan terhadap kepimpinan negara.

Menurutnya, usaha ke arah perubahan dan penggulingan itu hanya mengakibatkan ekonomi merudum dan rakyat terbunuh.

"Saya bersyukur disebabkan kebijaksanaan kepimpinan negara dan kewarasan masyarakat pelbagai kaum, kita tidak berdepan dengan keadaan seperti mereka," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Perak timbang panggil pulang 1,000 pelajar di Mesir

Posted: 04 Jul 2013 03:08 AM PDT

IPOH 4 Julai - Perak akan membawa pulang kira-kira 1,000 pelajar dari negeri ini yang sedang menuntut di Mesir sekiranya perlu, ekoran pergolakan di negara tersebut yang menyaksikan Presiden Dr. Mohammed Mursi digulingkan semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pada masa ini kerajaan negeri sedang memantau rapi situasi di Mesir termasuk keadaan pelajar dari negeri ini.

Katanya, pihak kerajaan negeri juga telah menasihatkan semua pelajar dari Perak supaya tidak menyertai rusuhan dan tunjuk perasaan di negara berkenaan.

"Kita sedang bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra untuk memantau keadaan di sana dan jika perlu, kita akan bawa pelajar-pelajar kita pulang," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menutup acara konvoi bermotosikal di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Tentera Mesir semalam menggulingkan dan menahan Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini.

Menteri Pertahanan negara itu, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin. - UTUSAN ONLINE

Gagal patuhi ciri keselamatan punca tanah runtuh

Posted: 04 Jul 2013 02:16 AM PDT

KOTA BHARU 4 Julai - Siasatan awal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mendapati, kegagalan majikan menyediakan ciri-ciri keselamatan di tempat kerja menjadi punca berlaku kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa tiga pekerja Myanmar di Ukay Perdana, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ir. Dr. Johari Basri berkata, kawasan tanah runtuh itu tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk menghalang berlaku runtuhan selain ruang yang sempit untuk pekerja menyelamatkan diri sekiranya berlaku sebarang musibah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para majikan supaya sentiasa mengutamakan faktor keselamatan di tempat kerja seperti yang ditetapkan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967.

"Daripada siasatan awal kita tengok mungkin ada persediaan keselamatan tetapi tidak mencukupi oleh majikan di mana mereka bekerja dalam ruang terkurung, perlu adakan sistem di mana kemungkinan tanah itu akan runtuh," katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian itu pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Peringkat Negeri Kelantan di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved