Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis siasat lakonan Shuhardi

Posted:

Polis siasat lakonan Shuhardi

Polis siasat lakonan Shuhardi

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Julai - Peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Shuhardi Md. Isa yang 'berlakon' meninggal dunia kerana sesak nafas adalah di antara individu yang sedang disiasat polis kerana terbabit dalam demonstrasi haram pada 9 Julai lalu.

Selain Shuhardi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat mereka yang dikaitkan membuat laporan palsu kononnya dikasari sewaktu menyertai perhimpunan haram itu.

Individu yang sedang disiasat termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar oleh kenderaan polis sedangkan pendedahan rakaman video oleh polis semalam jelas menunjukkan motosikal diboncengnya terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya menjalankan tugas sebagai sebuah agensi keselamatan secara profesional dengan menyiarkan video yang memaparkan situasi sebenar perhimpunan tersebut.

"Pengarah KDNKA (Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid telah memberi gambaran sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan itu semalam.

"Justeru, kita yakin rakyat sendiri boleh menilai perkara tersebut. Kita juga sedang siasat semua individu yang dikaitkan dalam tayangan sebenar semalam," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Liga Balai Polis siri pertama 2011 di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

PDRM semalam mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pasukan tersebut.

Antaranya tohmahan melibatkan Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan kejadian tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.

Turut ditayangkan adalah situasi Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman tindakan Shuhardi yang berlakon sebagai Baharudin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peguam Perancis ditahan

Posted:

Peguam Perancis ditahan

Peguam Perancis ditahan

PUTRAJAYA 22 Julai - Peguam Perancis, William Bourdon yang terlibat dengan isu pembelian kapal selam Scorpene hari ini ditahan oleh Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam yang mengesahkan penahanan tersebut berkata, pihak Imigresen akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai penahanan Bourdon.

''Ya, betul beliau telah ditahan dan pihak Imigresen akan mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan penahanan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bourdoun dilaporkan ditahan sebaik sahaja pesawat dinaikinya mendarat di KLIA dan akan diusir balik ke negara asalnya.

Peguam tersebut sebelum ini bercakap mengenai pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia di Pulau Pinang.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melalui Bourdon memfailkan saman pemula ke atas syarikat pembuat Scorpene dari Perancis iaitu DCNS atas dakwaan terlibat dalam rasuah pasif serta aktif dalam penjualan kapal selam tersebut kepada Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Janji BN bukan untuk populariti

Posted:

Janji BN bukan untuk populariti

Janji BN bukan untuk populariti

SHAH ALAM 22 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua perancangan dan transformasi kerajaan dibuat berdasarkan pertimbangan jangka masa pendek dan panjang untuk kepentingan rakyat dan negara.

Menurut Perdana Menteri, sebagai pemimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau akan memastikan setiap agenda yang dirancang tidak berpaksikan kepada niat untuk mengejar populariti.

"Kalau semata-mata mahukan sokongan dan undi waktu pilihan raya hingga sanggup mengorbankan prinsip dan kepentingan jangka panjang negara, maka parti itu adalah parti yang hanya mahu mencari populariti dan akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita" ujarnya.

Beliau berucap pada majlis jamuan rakyat sempena program Sepetang Bersama Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan U3, Subang Perdana di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor.

Turut mengiringi Perdana Menteri sepanjang lima jam kunjungan beliau itu ialah anak bongsunya, Ashman Najib.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PM, pemimpin BN akan kerap turun padang

Posted:

PM, pemimpin BN akan kerap turun padang

PM, pemimpin BN akan kerap turun padang

SEPANG 22 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) akan lebih kerap turun padang bertemu rakyat bagi menunjukkan kebergantungan kepada BN masih boleh diharapkan untuk menjamin masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, di sebalik tindakan pakatan pembangkang yang tidak sudah-sudah melakukan provokasi memburuk-burukkan kerajaan kebelakangan ini, BN sebenarnya tetap merupakan pilihan terbaik buat rakyat.

Malah, dalam hasrat untuk memperjelaskan lagi dasar-dasar serta program kerajaan kepada rakyat, Najib sanggup membatalkan hasratnya untuk bercuti bersama keluarga selepas melakukan lawatan kerja ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.

"Ikut jadual keluarga, (rasanya) nak bercuti, tetapi saya kira saya terpaksa berkorban demi rakyat. Dan saya ucapkan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang tidak membantah.

"Mula-mula di Subang (Perdana) petang ini, esok saya ke Perlis. Inilah gambaran bahawa kita akan melakukannya (bertemu rakyat) dengan bersungguh-sungguh... kita kena berjuang habis-habisan untuk pastikan parti-parti (komponen) BN menang," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan penghargaan kepada lebih 2,000 orang yang menyambut ketibaannya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini dijadualkan kembali ke tanah air pada 26 Julai.

Najib berkata, dalam siri pertemuannya dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron, beliau ada ditanya rakan sejawatnya itu tentang perhimpunan haram dianjurkan 'Bersih' yang kemudian dijawabnya: 'Bersih yang tidak beberapa bersih'.

"Sebab itu, kita jaga ketenteraman awam, mereka ini (pembangkang) hanya nak melakukan provokasi ke atas polis, biar polis naik berang, ambil gambar masuk Youtube dan kata polis lakukan kekerasan.

"Mereka ini (pembangkang dan 'Bersih') bukannya nak 'reform' sangat, cuma nak tunjukkan Malaysia ini macam di negara-negara Arab (anjur perhimpunan besar-besaran untuk menumbangkan kerajaan)... nak tunjuk kita autokratik... mereka sebenarnya nak ambil kuasa daripada kita (BN) yang dipilih oleh rakyat," kata beliau.

Tegas Perdana Menteri: "Namun, prinsip BN adalah platform negara kita mesti ditentukan menerusi pilihan raya yang bebas dan adil. Kita telah tegakkan prinsip itu.

"Perdana Menteri turut menarik perhatian mengenai lawatan kerjanya ke Turkmenistan yang merupakan satu penghormatan luar biasa kepada Petronas yang berjaya menyiapkan sebuah pelantar gas luar pesisir yang pertama untuk negara berkenaan," kata beliau.

"Pelantar gas ini antara yang terkaya, ini bererti punca pendapatan Petronas akan menerima pulangan secara berterusan dan jika minyak pupus di negara ini, kita akan lebih proaktif melakukan pelaburan di luar negara kerana nak membela rakyat.

"Kita bukan macam pembangkang cakap sebarang, tapi kita buat perancangan yang teliti," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tak sabar membaham

Posted:

Tak sabar membaham

Tak sabar membaham

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Safee Sali, Safiq Rahim serta rakan sepasukan gigih berlatih di padang tiruan Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam sebagai persiapan menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, malam ini. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


SINGAPURA - Jurulatih Taiwan, Lee Tae-Ho, baru-baru ini menyatakan Singapura yang menewaskan mereka 3-2 pada 20 Julai lalu ternyata lebih baik berbanding Malaysia.

Seolah-olah merendahkan kemampuan Malaysia yang menyingkirkan mereka di pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014, jurulatih itu mendakwa, Singapura mempunyai pemain yang matang dan beraksi lebih tersusun berbanding Malaysia.

Pandangan itulah yang menjadi perhatian media Singapura yang diajukan kepada jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagobal pada sidang akhbar semalam.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 55 tahun itu tidak cepat melatah, sebaliknya optimis terhadap kemampuan pemainnya sendiri.

''Semua orang boleh menyatakan pendapat mereka masing-masing. Itu terpulang pada mereka.

''Kita mungkin boleh mendapat 80,000 pendapat berbeza daripada 80,000 orang yang datang menonton sesuatu perlawanan. Saya tidak ambil kisah dengan pendapat jurulatih Taiwan kerana saya hanya mahu memberikan fokus kepada pasukan saya sahaja.

''Sebagai jurulatih, saya lebih tahu kemampuan pemain saya sendiri," katanya pada sidang media di Hotel Amara, semalam menjelang perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura, hari ini.

Bercakap mengenai Singapura, beliau berkata, cara permainan Singapura sedikit mirip skuad negara berdasarkan apa yang beliau perhatikan daripada rakaman video dua aksi persahabatan terakhir.

''Apa yang saya dapat nilai, kekuatan dan kelemahan kami tidak banyak berbeza antara satu sama lain, jadi saya sama sekali tidak akan mengambil mudah. Apa yang saya harapkan, pada perlawanan esok (hari ini), pasukan kami dapat menampilkan rentak menarik untuk mencapai kemenangan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Safiq janji lawan habis-habisan

Posted:

Safiq janji lawan habis-habisan

Safiq janji lawan habis-habisan

SINGAPURA - Setinggi mana jangkaan yang diletakkan peminat kepada skuad bola sepak negara, kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim mengakui bersedia menggalas harapan itu.

Tidak wujud perasaan tertekan atau bimbang, sebaliknya Safiq berjanji akan berjuang habis-habisan menggempur kubu tuan rumah, Singapura di Stadium Jalan Besar, hari ini.

''Tekanan daripada peminat untuk melihat kami mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan memang tinggi dan ia tidak boleh dinafikan.

''Namun, kami pernah hadapi situasi yang sama sebelum ini dan ia ternyata bukan satu perkara yang asing buat saya serta rakan-rakan.

''Apa yang saya boleh berikan hanyalah komitmen sepenuhnya menjelang perlawanan penting berdepan Singapura pada malam esok (hari ini) dan membawa Malaysia mampu melangkah jauh dalam saingan kelayakan kali ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Turut berada pada sidang akhbar itu adalah jurulatih skuad negara, Datuk K. Rajagobal, jurulatih Singapura, Radojka Avramovic serta Shahril Ishak, kapten pasukan Singapura.

Jelas Safiq, dia menganggap perhitungan dengan Singapura antara detik paling penting dalam kariernya sepanjang menyarung jersi skuad kebangsaan.

''Saya mahu membawa Malaysia mara ke peringkat seterusnya, itu sasaran peribadi saya pada kali ini dengan mengatasi pasukan Singapura," ujarnya penuh bersemangat.

Pemain tengah Selangor ini juga mahu rakan sepasukan sentiasa positif sebagaimana mereka mampu bangkit selepas kalah besar 5-1 kepada Indonesia pada perlawanan sulung di Piala AFF 2010 sebelum bangkit bergelar juara.

''Kami semua pernah hilang keyakinan pada satu ketika tetapi atas semangat berpasukan, kami berazam tidak mahu perkara itu berulang lagi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Cukup memukau

Posted:

Cukup memukau

Cukup memukau

Oleh MOWARDI MAHMUD
bisnes.utusan@gmail.com

JIKA berhasrat mencari atau ingin bertukar kereta, Peugeot, suatu antara nama yang terkenal di dunia, juga menawarkan pelbagai pilihan menarik dan terbaik.

Kereta buatan Perancis yang menjadikan singa berdiri sebagai ikonnya telah bertapak kukuh di Malaysia, sebelum 1980an sehinggalah kehadiran kereta Jepun dengan pelbagai model dan murah harganya, mengubah selera dan minat rakyat tempatan.

Ketika itu, kereta Peugeot 204 dan 504 bersama-sama kereta VW beetle dan Fiat 600D menguasai jalan-jalan raya sebelum disingkirkan oleh tiga jenama utama, Toyota, Datsun (kini Nissan) dan Honda (Big 3) selain kemunculan kereta buatan nasional Proton Saga.

Namun begitu, kegilaan rakyat Malaysia terhadap kereta buatan Eropah itu yang pernah dilihat sebagai pilihan janggal sebelum ini, kini kembali menyemarak.

Salah satunya kereta Peugeot 207 yang dipasarkan oleh Kumpulan Naza sebagai saingan kepada kereta-kereta seperti Toyota Vios, Honda City dan Mazda2. Setakat ini, sejumlah 900 buah Peugeot 207 berjaya dijual sejak diperkenalkan akhir tahun lalu.

Peugeot, terus menonjolkan kehebatannya dalam 'mewujudkan cinta pada pandangan pertama', ia jarang gagal menambat hati sesiapa sahaja kerana reka bentuk moden yang ditawarkan cukup menawan sekali dan setiap aspek kenderaan itu dipastikan berkualiti tinggi.

Ketika memandu, Peugeot 207 yang disasarkan untuk orang muda dan pasangan berkeluarga dengan dua anak, ternyata tidak mengecewakan terutamanya kemampuan daya pecutan dan kendalian kemas serta mantap. Ia menyediakan paparan pelbagai fungsi untuk memaklumkan pelbagai maklumat menjadikan pemanduan satu pengalaman menyeronokkan.

Dengan kehebatan reka bentuk, teknologi dari Perancis, Peugeot 207 yang diperkenalkan untuk menguasai pasaran lebih besar di Malaysia dan ASEAN, mungkin kereta ini menjadi pilihan anda.

Enjin

KERETA ini digerakkan dengan enjin petrol 1.6 L diperlengkapkan dengan gear automatik elektronik iaitu sistem Tiptronic yang menawarkan kepada pemandu corak pembawaan kereta sama ada secara aktif ataupun sebaliknya. Ia juga menyediakan mod sport bagi pemanduan sporty yang mengutamakan prestasi kereta selain juga lebih cengkaman ketika di jalan yang licin.

Gaya badan

TIADA yang tidak menoleh dua kali ketika nampak kelibat Peugeot 207. Kereta itu cukup elegan, dinamik dan mewah, selain memperlihatkan kesinambungan model Peugeot 308 dengan reka bentuk menyerlahkan kualiti dan kekuatan rangka bina. Bahagian depan ditampilkan dengan jeriji krom dan mempunyai nama Peugeot, membentuk satu kesatuan kepada keseluruhan reka bentuk supaya lebih menonjol. Bentuk bamper bahagian hadapan yang berjaya diterapkan secara cukup kemas, menawarkan perlindungan terbaik.

Ruangan dalaman

PEUGEOT 207 mempunyai ruang yang luas dengan reka bentuk dashboard turut menawarkan tahap penglihatan lebih jelas kepada penumpangnya. Bahagian panel instrumen juga ringkas, jelas dan mudah dibaca. Untuk menjadikan ruang dalaman lebih menarik dan sporty, steringnya juga disaluti dengan kulit.

Keselamatan

KESELAMATAN pemandu dan penumpangsememangnya diutamakan. Kereta ini antara lain dilengkapkan dengan beg udara pintar yang boleh tidak diaktifkan jika tempat duduk kanak-kanak dipasang pada kerusi hadapan sebelah pemandu. Malah, ia dipermudah dan lebih selamat dengan pemasangan ISOFIX.

Selain pintunya akan berkunci secara automatik apabila kereta bergerak pada kelajuan 10 kilometer, Peugeot 207 juga mengaktifkan lampu kecemasan atau hazard light secara automatik sekiranya kenderaan itu dibrek dengan mengejut dan mendadak, sebagai memberikan amaran kepada pemandu-pemandu di belakang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perodua Viva jadi 'kegilaan' di Sri Lanka

Posted:

Perodua Viva jadi 'kegilaan' di Sri Lanka

Perodua Viva jadi 'kegilaan' di Sri Lanka

KUALA LUMPUR 19 Jun _ Selepas berjaya menjadikan Myvi, kereta kompak paling popular di Malaysia, Perodua bakal mencipta fenomena yang serupa di Sri Langka tetapi kali ini melibatkan kereta Viva.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, permintaan Viva di Sri Langka hampir mencecah 300 peratus dan merupakan sesuatu pencapaian yang menakjubkan.

''Permintaan pasaran di Sri Lanka begitu menggalakkan terutamanya model Viva,'' kata beliau di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Aminar Rashid berkata, Perodua akan mengeksport 500 buah Myvi baharu ke Indonesia menjelang akhir bulan ini menggunakan jenama Daihatsu Sirion.

Penghantaran kereta itu ke republik itu adalah langkah pertama Perodua menembusi pasaran negara berkenaan menggunakan jenama Daihatsu.

Aminar Rashid berkata, Perodua Myvi atau Daihatsu Sirion akan dilancarkan sempena pameran motor antarabangsa di Indonesia kemungkinan sebelum penghujung bulan Julai.

Katanya, penghantaran pertama Myvi itu akan menjadi asas kepada Perodua untuk menilai keadaan pasaran di negara itu sebelum langkah selanjutnya dilakukan.

"Selain Indonesia, pasaran di Thailand dan Afrika Selatan masih di bawah kajian dan ia memerlukan sedikit masa sebelum kami membuat sebarang keputusan," kata Aminar Rashid.

Mengulas lanjut tentang Myvi, beliau berkata, kereta generasi baharu itu dihasilkan menggunakan kepakaran 200 jurutera tempatan.

"Kami melabur RM230 juta bagi memajukan model baharu ini selama 27 bulan selain berjaya meningkatkan kandungan tempatan kepada 85 peratus berbanding 80 peratus dalam MyVi generasi pertama.

"Model terbaharu ini hanya menggunakan casis Daihatsu, manakala peralatan lain yang melengkapinya adalah komponen tempatan termasuk reka bentuk dan keperluan yang ditawarkan," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah tolak saman RM20 juta

Posted:

Mahkamah tolak saman RM20 juta

Mahkamah tolak saman RM20 juta

KUALA LUMPUR 22 Julai - Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menolak saman RM20 juta oleh Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman terhadap Pengurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Lembah Klau, Awang Sulong bersama tiga yang lain.

Mazlan mengemukakan saman tersebut atas dakwaan Awang dan Felda terbabit dalam konspirasi dengan pihak polis untuk menangkap sebelum menahannya secara salah ketika memberi ceramah di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan menolak dengan kos saman tersebut setelah Mazlan gagal membuktikan unsur-unsur konspirasi seperti yang didakwa dalam pernyataan tuntutannya.

Dalam saman yang difailkan pada 16 Ogos tahun lalu, Mazlan, 45, selaku plaintif mendakwa dia telah ditangkap secara salah dan tidak sah oleh polis pada pukul 10 pagi, 9 Mac 2010 sehingga keesokan harinya.

Plaintif menamakan Awang, 55; Felda; anggota polis, Mohd. Azran Rahmat dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutan, menurut Mazlan, dia bersama 20 peneroka telah memulakan majlis dialog dan perbincangan di dalam rumah milik Hamidun Yeop Isa tanpa menggunakan alat pembesar suara.

Selepas lebih kurang 30 minit majlis itu berlangsung, plaintif mendapati hampir 30 anggota polis bantuan Felda, anggota polis dan beberapa pegawai Felda termasuk defendan pertama mula membanjiri pekarangan rumah tersebut sehingga menyebabkan majlis itu ditamatkan lebih awal.

Plaintif mendakwa tindakan provokasi, kepungan, kehadiran beramai-beramai anggota polis bantuan Felda, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai serta kakitangan defendan mengakibatkan dia berasa dimalukan dan dihina.

Ekoran kejadian itu, plaintif ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk membuat laporan polis tetapi ditahan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Raub pada 10 Mac tahun lalu sebelum dikenakan tahanan reman selama sehari.

Dia mendakwa, tahanan dan penangkapan tersebut adalah tidak berasas selain menganggap penahanannya adalah salah dan tidak sah serta defendan pertama, kedua, ketiga telah bersubahat serta berkomplot.

Selain menuntut ganti rugi am RM20 juta, plaintif menuntut perisytiharan bahawa perintah tahanan ke atasnya adalah salah manakala perintah remannya juga cacat dan tidak sah.

Defendan pertama dan kedua dalam pernyataan pembelaan bertarikh 3 Januari lalu pula memohon untuk mengetepikan tuntutan saman dan pernyataan tuntutan tersebut.

Mereka antaranya mengatakan bahawa sesi dialog tersebut adalah haram kerana plaintif tidak mendapat keizinan daripada pihak-pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Selain itu, defendan menegaskan mereka tidak pernah bersubahat dan berkonspirasi dengan defendan ketiga.

Pada prosiding hari ini, Awang dan Felda diwakili dua peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Cheng Mai manakala Mazlan diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jangan terpedaya pemberian tanah

Posted:

Jangan terpedaya pemberian tanah

Jangan terpedaya pemberian tanah

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA LIPIS 22 Julai - Rakyat Pahang diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji Pas kononnya akan meluluskan tanah jika parti itu berkuasa di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, parti pembangkang itu dikatakan sedang mengedar borang permohonan tanah kepada orang ramai bagi tujuan tersebut.

Tegas beliau, semua janji tersebut adalah bohong dan ia terbukti kerana pembangkang tidak memberikan tanah seperti yang dijanjikan sebelum ini kepada rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka ketika ini.

Kata beliau, sebaliknya apa yang berlaku di Kelantan menjadi contoh bagaimana tanah diterokai oleh rakyat diambil semula oleh kerajaan negeri seperti yang berlaku kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang.

"Sementara di Pulau Pinang pula, banyak gerai makanan yang dibina di atas tanah rizab kerajaan negeri dirobohkan, mereka langsung tidak menggunakan budi bicara atau bertolak ansur untuk membantu peniaga gerai makanan tersebut," katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 1,000 kakitangan awam, pemimpin tempatan dan penduduk daerah ini di Dewan Jubli Perak di sini, kelmarin.

Beliau diminta mengulas mengenai taktik Pas Bahagian Raub yang dikatakan mengedar borang tanah kepada penduduk di Batu 12, Ladang Cheroh, Raub, baru-baru ini.

Menurut Adnan, dakwaan Pas akan turut mengagihkan tanah Felda Plantation kepada generasi baru Felda juga tidak munasabah kerana tanah tersebut merupakan sumber pendapatan Felda.

"Jika Felda Plantatiom ditutup, tiada sumber pendapatan seperti mana dinikmati hari ini dan syarikat itu merupakan sumber kewangan terbesar kepada Felda kerana hasil yang didapati itu membolehkan agensi tersebut memberikan pelbagai bantuan kepada peneroka," jelasnya.

Beliau menyifatkan janji parti itu sama seperti cerita di zaman Perang Dunia Kedua semasa penjajahan Jepun dahulu, kononnya jika rakyat sokong Jepun, mereka akan menerima makanan dan pakaian percuma.

Katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana pada zaman Jepun, rakyat hidup menderita dan menghadapi kesusahan termasuk terpaksa makan ubi kayu serta menanggung pelbagai azab sengsara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hanya 13,300 majikan daftar Perkeso

Posted:

Hanya 13,300 majikan daftar Perkeso

Hanya 13,300 majikan daftar Perkeso


MAZNAH Mazlan menyampaikan cek faedah kepada Penyelia Syarikat Aur Oil Palm Co. Sdn. Bhd., Muhammad Jamiluddin yang terlibat dalam kemalangan di Muadzam Shah, kelmarin.


ROMPIN 22 Julai - Hanya kira-kira 13,300 majikan pelbagai sektor di seluruh Pahang yang telah berdaftar di bawah skim caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan jumlah itu masih lagi di bawah tahap sederhana.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, jumlah tersebut sepatutnya lebih tinggi kerana para majikan perlu sedar bahawa mereka mesti memberikan perlindungan keselamatan kepada para pekerja masing-masing.

Sehubungan itu kata beliau, Perkeso sentiasa dan akan terus memperhebatkan pemeriksaan menerusi 'Ops Kesan' bagi mengenal pasti majikan ingkar yang tidak mencarum pekerja mereka menerusi agensi itu.

"Majikan perlu sedar terhadap kepentingan sosial pekerja kerana mereka yang ingkar boleh didakwa di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969 yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Kaunter Setempat Perkeso di Balai Raya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Muadzam Shah di sini, semalam.

Dalam pada itu, Maznah berkata, pembukaan Kaunter Perkeso di balai raya tersebut sebagai usaha kerajaan memberi kemudahan kepada majikan dan pekerja berurusan dengan agensi itu.

Tambahnya, melalui usaha itu diharap sektor perladangan, perniagaan, industri kecil dan sederhana, institusi perbankan dapat menggunakan perkhidmatan itu.

Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, kaunter itu pada setiap Rabu pertama dan ketiga setiap bulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Guru, pelajar diserang histeria

Posted:

Guru, pelajar diserang histeria

Guru, pelajar diserang histeria

KUANTAN 22 Julai - Lebih 10 pelajar termasuk guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging dekat Sungai Ular di sini diserang histeria hari ini, dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk halus.

Kejadian itu bermula seawal pukul 8 pagi dan berlarutan selama empat jam menyebabkan pelajar lain di sekolah tersebut tidak dapat meneruskan pelajaran mereka.

Salah seorang mangsa, Adila Jasmi, 16, berkata, kejadian bermula selepas para pelajar selesai mengadakan rutin solat hajat dan bacaan surah Yasin pada hari ini.

Menurutnya, semasa mahu masuk ke kelasnya yang terletak di tingkat tiga, dia bersama beberapa pelajar lain ternampak satu lembaga menyerupai seorang wanita berlari laju di dalam kelas.

"Walaupun berasa tidak sedap hati, kami tidak berprasangka buruk dan hanya menggangap lembaga itu mungkin tukang cuci," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, hari ini.

Adila berkata, beberapa minit kemudian, salah seorang pelajar lelaki memberitahu dia sakit kepala dan ternampak ada lembaga hitam sedang duduk mencangkung di sebelahnya.

Tambahnya, tiba-tiba, dia dan beberapa rakan lain juga mengalaminya sebelum berperasaan seperti ada sesuatu meresapi tubuh mereka.

"Dalam keadaan separuh sedar itu, saya terlihat satu lembaga tanpa kepala yang amat menakutkan berdiri di hadapan menyebabkan saya menjerit ketakutan," katanya.

Katanya, bagaimanapun dia berjaya dipulihkan oleh seorang ustaz. Seorang guru perempuan berusia lingkungan 30-an juga turut diserang histeria.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad mengesahkan kejadian tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Perjanjian dimeterai Isnin ini

Posted:

Perjanjian dimeterai Isnin ini

Perjanjian dimeterai Isnin ini

SYDNEY 22 Julai - Australia dan Malaysia dijadual memuktamadkan perjanjian pertukaran pemohon suaka politik antara kedua-dua negara itu minggu depan.

Dalam perjanjian itu, Australia akan menghantar 800 pemohon suaka politik yang tiba ke negara ini melalui laut ke Malaysia dan menerima 4,000 pemohon suaka politik sebagai pertukaran.

Perjanjian itu mencetuskan kritikan hebat kerana Malaysia bukan negara yang menandatangani konvensyen pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekali gus meningkatkan persoalan tentang layanan pencari suaka yang dihantar ke negara itu.

Namun Canberra yang bergelut mengurangkan jumlah pendatang yang tiba dari laut berharap dasar itu akan menyukarkan penyeludup manusia dan menghentikan pencari suaka daripada melakukan perjalanan laut yang panjang dan berbahaya.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Malaysia berkata, kedua-dua negara itu akan menandatangani perjanjian itu Isnin ini di Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran terperinci dan seorang lagi pegawai yang mengetahui tentang perjanjian itu tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, Sydney Morning Herald melaporkan, satu sumber yang enggan dikenali menyatakan perjanjian itu telah mendapat sokongan PBB dan akan dimuktamadkan di Kuala Lumpur oleh Menteri dari kedua-dua negara.

Jurucakap Menteri Imigresen, Chris Bowen turut memberitahu perjanjian yang akan berlanjutan selama empat tahun itu pasti akan berlaku.

"Ia semakin hampir dimuktamadkan. Kami boleh katakan dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemohon suaka politik di Australia merusuh

Posted:

Pemohon suaka politik di Australia merusuh

Pemohon suaka politik di Australia merusuh

SYDNEY 22 Julai - Pemohon suaka politik yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di barat Sydney bertindak mengorek kubur dan menanam badan mereka sehingga ke paras leher sebagai tanda protes dalam rusuhan yang memasuki hari ketiga.

Pegawai Imigresen berkata, satu lagi kejadian melibatkan 100 tahanan berlaku hari ini di pusat tahanan berkenaan, namun terdapat pelbagai laporan berbeza berhubung apa yang berlaku.

Peguam pelarian berkenaan, Ian Rintoul berkata, beberapa tahanan bertindak mengorek kubur dan menanam badan mereka sehingga ke paras leher bagi menunjukkan mereka semakin terdesak.

''Pemohon suaka politik di kawasan Hijau bertindak mengorek kubur.

''Sebahagian daripada mereka juga mengadakan pengebumian olok-olok, sebagai tanda simbolik bahawa penahanan mereka memberi ancaman kepada tubuh dan minda mereka,'' katanya.

Seorang jurucakap polis berkata, tahanan menggunakan senjata buatan sendiri dan memulakan beberapa kebakaran di beberapa lokasi di pusat tahanan berkenaan.

''Keadaan itu memaksa polis mengambil beberapa pendekatan tegas termasuk menggunakan gas pemedih mata dan peluru kekacang,'' katanya.

Rusuhan berkenaan memasuki hari ketiga ketika pemohon suaka membantah kelambatan memproses permohonan mereka.

Rintoul berkata, polis menyerbu pusat tahanan tersebut awal hari ini bagi menjejaki ketua rusuhan itu dan beberapa tahanan telah dipukul serta dibawa ke unit kawalan maksimum.

Jurucakap polis, bagaimanapun menafikan berlaku sebarang layanan buruk terhadap tahanan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tersurat, tersirat Bersih!

Posted:

Tersurat, tersirat Bersih!

Tersurat, tersirat Bersih!

Oleh ROSLAN LATIF
PENULIS ialah Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)

Pada minggu lepas penulis amat tertarik dengan dua artikel tulisan anak muda, satu di The Edge mempersoalkan tentang apa salahnya rakyat hendak berhimpun dan kenapa perlu takut pada komunis. Satu lagi artikel tentang hak rakyat untuk berhimpun, dibenarkan undang-undang negara dan beliau yang kebetulan lahir di negeri yang tidak beraja mempersoalkan tentang peranan Yang di-Pertuan Agong yang dianggap mencampuri urusan politik.

Kedua-dua pemuda ini tak dapat dinafikan memang cerdik, cuma kurang pandai membaca yang tersirat.

Kali pertama penulis ikut berdemonstrasi pada tahun 1973 di hadapan Bangunan AIA , di Kedutaan Amerika Jalan Ampang sempena lawatan Thanom Kittikarchorn. Pertama kali juga penulis dengar pidato Anwar dengan perkataan "imperialis," "Yahudi" disorak oleh pelajar-pelajar berambut panjang termasuk Hishamudin Rais, Kamaruzaman Yaakub, tak ketinggalan Mat Sabu, wakil Persatuan Siswa Utara.

Beberapa bulan selepas itu, kami dikerah lagi untuk demonstrasi kelaparan di Baling. Selang beberapa bulan selepas Demonstrasi Baling, sekali lagi kami dipaksa berarak ke Parlimen menuntut taraf Institut Teknologi Mara (ITM) ke taraf universiti yang disertai majoriti penuntut ITM.

Yang jelas, selepas 38 tahun orang yang sama kembali ke jalan raya, tunjuk perasaan - Anwar Ibrahim, Hishamudin Rais, Mat Sabu, Syed Husin Ali, Malik Husin dan beberapa muka lama yang nampak masih belum berubah dengan hobi lama mereka. Sebahagian besar mereka ini pun tidaklah 'bersih' sangat.

Kalaulah orang Pas ingat apa yang telah dikhianati oleh orang berkenaan pada pilihan raya 1982 setelah beria-ia berpakat dengan Pas dan CCC kemudian lari meninggalkan pakatan tersebut setelah nampak yang mereka akan kalah teruk, tak mungkin mereka boleh bersekongkol dengan beliau.

Namun bila matlamat sudah menghalalkan cara dan agama dijadikan barang dagangan, halal dan haram sudah tidak menjadi persoalan. Tambahan pula Pas sekarang dikuasai oleh golongan yang dikatakan profesional.

Anehnya beberapa pemimpin - ulama bukan, profesional pun bukan yang terpilih menerajui parti yang bercita besar menjadi alternatif, lupa bahawa mereka hanya bertanding 65 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Sememangnya berhimpun dan berarak untuk kebaikan tidak ada salah. Malah semasa 16 tahun dalam kerajaan pun Anwar sering berarak semasa Maulidur Rasul, bersalawat, pasti pahala yang melimpah ruah hinggakan dalam masa singkat mampu naik hingga menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Semasa berkuasa, Anwar begitu rapat dengan ramai lagi tauke besar. Penulis masih ingat semasa orang tersebut berkunjung ke Gerik merasmikan Persidangan Pemuda Bahagian tahun 1985, dia datang dengan helikopter Genting Highland, bukti betapa rapatnya hubungan pemimpin Islam itu dengan tauke-tauke besar.

Mungkin juga Anwar terlalu sibuk dengan politik hendak menjatuhkan Tun Ghafar Baba dan Dr. Mahathir Mohamad di samping menjaga kuncu-kuncunya yang terlibat dengan pelbagai bisnes, mungkin wakil-wakil rakyat pembangkang terlupa tentang bos mereka pernah terlibat meluluskan IPP. Sekarang melalak di Parlimen, menyalahkan orang lain.

Begitu juga dengan projek-projek penswastaan yang lain termasuk hingga terlupa tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sewajibnya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Anwar atas sikap keperihatinannya sebagai pejuang kebebasan, dengan kuasa yang ada mampu memperbaiki sistem pilihan raya ke taraf yang paling baik seperti yang beliau perjuangkan sekarang, tapi dia lebih banyak berpolitik daripada bekerja.

Berdasarkan rekod, tak nampak cacat cela sistem pilihan raya yang ada. Sistem inilah yang memenangkan Dato' Onn Jaafar bertanding sebagai calon Parti Negara di Kuala Terengganu Selatan pada tahun 1959, memenangkan Khadijah Sidek sebagai calon Pas di Dungun di mana kemudiannya Pas haramkan calon wanita bertanding.

Sistem yang sama yang telah mengekalkan keluarga Anwar di Permatang Pauh bermula dari ayahnya, Ibrahim Abdul Rahman yang memenangi kerusi Seberang Tengah pada tahun 1959 dan 1964 kemudiannya dimenangi oleh Mustafa Husin atas Parti Gerakan pada tahun 1969, Ariffin Daud (BN ) tahun 1974 dan Haji Zabidi Ali (Pas) tahun 1978.

Bermula dari 1982 selepas Anwar melompat masuk UMNO, Permatang Pauh sekali lagi dikuasai oleh keluarga Anwar dan isterinya Wan Azizah. Sistem yang sama juga telah memenangkan V. David sebagai calon Bebas di Bangsar, Yeo Tat Beng di Bruas pada tahun 1959, begitu juga Quek Kai Dong di Seremban Barat dan Chin See Yin di Seremban Timur juga sebagai calon Bebas.

Sistem SPR yang sama jugalah Nik Aziz dan Lim Kit Siang sudah 42 tahun menjadi wakil rakyat walau pun tak ada apa sangat yang dibuat selain mengkritik dan mencari kesalahan orang.

Sistem yang sama juga membolehkan keluarga Karpal Singh dan keluarga Kit Siang mampu menang dan menjadi wakil rakyat. Malah Dr. Mahathir pernah kalah kepada Yusuf Rawa di Kota Setar Selatan pada tahun 1969 juga atas sistem sama yang kini dipertikaikan.

Pilihan raya bergantung kepada faktor 'persepsi dan populariti.' Pada pilihan raya 1990, Angkatan Perpaduan Ummah menang hampir 90 peratus di Kelantan kerana rakyat ketika itu yakin dengan kombinasi Pas dan S46, samalah pada tahun 1999 Pas hampir menang semua di Terengganu kerana rakyat negeri itu mahu merasa duduk di bawah kerajaan Islam.

Tetapi persepsi rakyat bahawa Pas terlalu rakus, merampas tanah, menutup tadika akhirnya tahun 2004 Pas pula yang bungkus. Jelas rakyat lebih cerdik dan rakyatlah yang membuat keputusan siapa yang mereka suka.

Sebenarnya tidak ada apa yang kurang dengan sistem yang ada jika dibanding dengan sistem pilihan raya di Amerika Syarikat apabila kemenangan George W Bush di Florida semasa menentang Al Gore terus dipertikaikan.

Apa yang tersirat sebenarnya bukanlah soal pilihan raya yang tidak adil atau tidak, sebaliknya kumpulan ini cuba bersiap sedia untuk menjadikan SPR sebagai kambing hitam sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU 13 akan datang dan ini adalah ekoran kekalahan dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu termasuk pilihan raya Negeri Sarawak.

Persepsi pengundi juga nampaknya memihak kepada BN ekoran pendekatan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering mendekati rakyat serta kejayaan program NKRA dari segi membendung jenayah, membenteras rasuah, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah dengan program Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, mempertingkatkan infrastruktur luar bandar serta memperbaiki pengangkutan awam bandar.

Program-program seperti Rumah Pertamaku, penubuhan Parlimen Belia serta Himpunan Sejuta Belia membuktikan golongan muda menerima program transformasi kerajaan dan inilah yang sebenarnya menjadikan pembangkang menggelabah.

Jadi sebelum kalah di padang atas kelemahan mereka sendiri, pengadillah yang menjadi sasaran walaupun mereka sedar pasukan mereka sememangnya lemah dan tidak punya semangat berpasukan.

Apa yang lebih menakutkan, kalau dilihat dari apa yang berlaku di Algeria, Mesir, Yemen, Syria dan beberapa negara Arab yang lain punya kaitan rapat dengan apa yang ingin dilakukan di Malaysia.

Dalam satu Forum "US and Muslim World" di Doha pada Mac 2009, Anwar duduk semeja dengan Madeline Albright. Dalam ucapannya, Anwar bukan saja memuji melambung-lambung Presiden Barack Obama tetapi menggesa rakyat di Asia Barat bangkit menentang kezaliman dan menggesa Obama supaya menumpu usaha mempercepatkan proses demokrasi di Asia Barat dan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan secara sukarela menawarkan diri untuk melaksanakan proses tersebut.

Mungkin juga ini hanyalah secara kebetulan tapi kalau dilihat dari rangkaian mereka ini, kita patut berfikir dua kali kaitan puak-puak ini.

Yang ditakuti bukanlah Pengerusi Bersih 2.0 S.Ambiga, tetapi siapa di belakang Ambiga dan Bersih?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kebenaran PDRM tolak tohmahan Bersih terserlah jua akhirnya

Posted:

Kebenaran PDRM tolak tohmahan Bersih terserlah jua akhirnya

Kebenaran PDRM tolak tohmahan Bersih terserlah jua akhirnya

Oleh Suffian Abu Bakar

HARI ini, genap dua minggu pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan demonstrasi di ibu negara dengan alasan menuntut kerajaan Barisan Nasional bersikap lebih telus dalam pilihan raya.

Tidak perlulah diulangi betapa degilnya kumpulan tidak berdaftar ini yang terus ingin mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu walaupun sudah berulang kali diberi amaran oleh pihak polis sebelum tibanya tarikh 9 Julai itu.

Dalam Facebook dan laman-laman web serta blog-blog propembangkang, Bersih 2.0 tetap berdegil mengajak penduduk Malaysia untuk sama-sama berhimpun dan memakai baju kuning sambil menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan.

Pihak berkuasa pula sudah mengeluarkan amaran untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam perhimpunan ini.

Namun, Bersih 2.0 tetap berlangsung, meskipun sasaran asal mereka menarik 300,000 penyokong gagal – hanya kira-kira 10,000 yang dimanipulasi, itu pun setelah disogok barang kali.

Selepas perhimpunan haram itu berakhir (dengan penangkapan lebih 1,000 orang penunjuk perasaan), sepanjang dua minggu ini, penyokong Bersih 2.0 seperti sudah bersiap sedia dengan skrip menuduh pihak polis bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan itu.

Akhirnya pada Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selama ini tidak mahu mengikut rentak penyokong Bersih mengajak bercakaran dalam media, terpaksa menunjukkan bukti rakaman yang dibuat pada perhimpunan itu, sekali gus menutup mulut pengkritik-pengkritik mereka selama ini bahawa kononnya polis bertindak kejam dan zalim.

Tayangan rakaman video selama 1 jam 30 minit itu membuktikan polis tidak bertindak memulakan provokasi terhadap penunjuk perasaan yang menyertai Bersih 2.0, sebaliknya tercetusnya kekecohan itu adalah berpunca daripada provokasi peserta perhimpunan itu sendiri (yang dirancang) untuk mencemarkan imej PDRM.

Sebaliknya, portal-portal pembangkang yang sebelum ini menyiarkan tayangan video palsu serta diubah suai seolah-olah PDRM dilihat kejam menangani demonstrasi ini.

Banyak bukti yang ditunjukkan oleh polis, antaranya tohmahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa motosikalnya dilanggar oleh kenderaan polis, langkah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mengajak penunjuk perasaan berlari ke arah polis selain kejadian tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.

Apabila PDRM menayang rakaman video ini, maka ia jelas sekali menangkis siaran video palsu mereka yang selama ini dibuat hanya dengan satu tujuan, iaitu menunjukkan bahawa polis kejam.

Apa agenda mereka menyiarkan rakaman yang diubah suai ini? Semuanya dirancang bagi memastikan masyarakat tidak lagi percaya kepada kewibawaan pasukan keselamatan itu. Polis akan dituduh kejam sehingga imej mereka dipandang rendah dan itulah yang sebenarnya mereka mahu.

Sebuah portal propembangkang yang selama ini begitu kuat menyokong perhimpunan Bersih 2.0, menyiarkan tajuk laporan tayangan video oleh PDRM ini seperti berikut: "9 Julai: Video 'layanan baik' polis ditayangkan" – dengan mempunyai makna tersirat.

Namun, walau apa pun tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap PDRM, kebenaran akhirnya akan muncul jua. Helah mereka selama ini untuk mencari kesalahan polis, akhirnya terbongkar.

Malah, sejak beberapa hari sebelum polis menayangkan video, kepalsuan pihak tidak bertanggungjawab ini sudah terserlah.

Mereka memanipulasikan kematian seorang pemandu teksi, Allahyarham Baharudin Ahmad dalam laman blog kononnya akibat ditembak gas pemedih mata oleh polis. Sanggup juga mereka 'mengupah' seorang pelakon, Shuhardi Md. Isa untuk menjadi Allahyarham, walhal lelaki ini adalah antara pencetus provokasi yang dikenal pasti antara yang merancang untuk mengajak polis menahan mereka.

Agak-agaknya apa lagi hujah kumpulan tidak berdaftar itu selepas ini. Selepas gagal menarik jumlah peserta seperti yang diharapkan, mereka merancang mahu menganjurkan lagi perhimpunan Bersih, dan menjadikan setiap hari Sabtu untuk memakai baju kuning.

Kita harap PDRM tidak terikut-ikut dengan rentak kumpulan ini yang sebenarnya cuba menangguk di air keruh dan menguji kesabaran pasukan itu. Jangan terpedaya dengan helah mereka kerana kita tahu polis lebih arif untuk mengenal taktik dan helah yang cuba dilakukan pihak tidak bertamadun ini.

Di sebalik segala tuduhan yang dilemparkan, pasukan polis dilihat masih mengekalkan semangat perikemanusiaan apabila memberi layanan yang baik terhadap semua tahanan pada 9 Julai lalu.

Cuba kita bayangkan di negara Barat, pasukan penguat kuasa tidak akan memberi peluang kepada mana-mana perusuh yang cuba menimbulkan kekacauan kerana itulah tugas polis, mengawal keamanan tetapi dalam konteks Bersih 2.0, masih ada pihak yang tidak bersyukur dengan kebaikan PDRM.

Kepada rakyat Malaysia, sedarlah bahawa PDRM sebenarnya bukan seperti yang digambarkan oleh laman portal propembangkang dan blog-blog antikerajaan. Mereka masih ada maruah.

Bagi penunjuk perasaan baru-baru ini atau pada masa akan datang, ini mungkin amaran yang boleh diberikan kepada mereka, jangan sampai polis bertindak seperti pasukan penguat kuasa di negara luar yang kita sedia maklum lebih ganas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jee tidak kisah

Posted:

Jee tidak kisah

Jee tidak kisah

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


JEE bersama artis lain turut menari tarian selamat datang bersama Orang Asli sewaktu tiba di Belum Rainforest Resort Pulau Banding.


SETELAH sekian lama tidak bertemu penyanyi Fauziah Latiff, 41, baru-baru ini S3 berpeluang berjumpa dengannya ketika menyertai rombongan Artis Pencinta Alam (APA) di Pulau Banding, Gerik, Perak.

Fauziah atau Jee yang memandu sendiri ke sana dengan ditemani pembantu peribadi, masih ramah seperti dahulu dan semasa tiga hari di sana, pelbagai cerita menarik dikongsi bersama.

Walaupun Jee disenarai sebagai artis kelas A, namun dia tidak pernah meletakkan dirinya sebegitu. Sebaliknya, populariti yang diraih sejak tahun 1980-an tidak pernah disalah guna.

Baginya, artis baru atau lama, semuanya sama dan disebabkan itulah Jee ramah dengan semua artis sepanjang program tersebut berlangsung.

Bercerita mengenai hutan, Jee berkata, dia sudah biasa masuk hutan kerana itu adalah sebahagian daripada aktivitinya, malah sebelum ini dia pernah pergi ke perkampungan Orang Asli.

Kata Jee, menyusuri hutan memberi ketenangan kerana banyak flora dan fauna yang boleh dikenali dan kehijauan sekitar menyejukkan pemandangannya.

"Kalau tak biasa masuk hutan, memanglah rasa letih tapi kalau dah selalu rasa seronok pula. Setakat pacat atau nyamuk itu biasalah. Kalau tak nak di'serang' oleh binatang itu, kita buatlah persiapan awal dengan menggunakan penghindar serangga.

"Kita nak masuk hutan kenalah buat cara masuk hutan. Tidak perlulah nak melaram sakan. Apa yang penting, pakaian kita sesuai dengan aktiviti agar tidak membebankan diri. Lagi satu kita kenalah jaga adab masuk hutan dan dengar kata ketua," jelasnya.

Menurut Jee, selain menghayati keindahan alam semesta, dia juga gemar merakam khazanah alam menerusi lensa kameranya untuk ditatapi ketika waktu senggang.

Katanya, baik hutan atau lautan, masing-masing ada keistimewaan tersendiri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

" Setiap kali melihat kebesaran-Nya, diri terasa insaf," akuinya terus terang.

Jelasnya, bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar, Jee sering juga membawa anak-anak, Jeffry Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11, mengikuti kegiatannya.

Menurutnya, orang ramai perlu ada rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar kerana khazanah alam merupakan harta tidak ternilai yang bakal diwarisi oleh generasi akan datang.

"Sayang kalau kita tidak menjaga alam sekitar kerana inilah yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita. Begitu juga dengan khazanah laut, seperti batu karang, kalau tidak dipelihara susah untuk kita jumpa lagi," katanya yang merupakan duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral).

Sedia buat kebajikan

Ketika berada di perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Pulau Banding, Jee tanpa rasa kekok, leka melayan kanak-kanak yang sedang belajar di i-Play Toy Library yang diperkenalkan oleh Yayasan Emkay untuk anak-anak Orang Asli menimba ilmu.

Jee yang pernah mengikut rombongan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestine tahun lalu berkata, kanak-kanak biar apa bangsa atau keturunan adalah zuriat yang perlu diberi perhatian.

"Tiap kali melihat kanak-kanak, hati mudah tersentuh mungkin kerana Jee ini seorang ibu. Cuba bayangkan kalau anak-anak kita pula yang berada di tempat mereka.

"Waktu Jee pergi ke Gaza, perasaan sedih tidak dapat dibendung kerana kanak-kanak di sana terpaksa hidup dalam serba kekurangan. Jadi pada yang ada anak, janganlah dipersiakan masa depan mereka," katanya.

Justeru itulah, kata Jee jika ada mana-mana persatuan yang mengundangnya untuk turut serta dalam aktivti kebajikan, dia tidak menolak.

"Dalam hidupnya, kita perlu bertolak ansur dan berfikiran positif. Jangan bangga diri dengan apa yang ada kerana semua itu hanya pinjaman dan tak rugi kalau kita berkawan dengan ramai orang," katanya jujur.

Soal jodoh

Bila ditanya tentang pasangan hidup, Jee yang sudah lama hidup menyendiri itu berkata, dia malas untuk memikirkan soal itu dan lebih senang menyerahkannya kepada takdir.

Katanya, walaupun tanpa suami disisi, hidupnya tetap ceria kerana sentiasa diselubungi dengan gelak tawa dua orang puteranya.

"Keutamaan sekarang adalah anak-anak kerana mereka adalah permata hati Jee. Malah Jee gembira dan bersyukur dengan apa yang Jee ada sekarang ini.

"Selain anak-anak yang semakin membesar, hidup Jee juga dikelilingi ramai rakan-rakan yang sehaluan, terutamanya mereka yang bergiat dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi dan menyelam," katanya.

Lalu apabila S3 mengusik Jee, tiadakah mana-mana ahli persatuan tersebut yang cuba rapat dengannya? Dengan selamba, Jee menjawab, " Kita dalam kumpulan begitu macam adik-beradik. Tak ada nak bercinta-cinta kerana hubungan sebagai kawan lebih seronok."

Bagaimanapun, Jee tidak menolak jika takdir menemukannya jodoh dengan mana-mana ahli persatuan tersebut.

Jee yang mendapat pujian kerana lakonannya dalam drama bersiri Gelora Di Hati Sara berkata, buat masa ini dia berhenti berlakon.

"Ke mana sahaja Jee pergi mesti ada yang bertanya tidak berlakon lagi ke? Terima kasihlah kerana menyokong Jee tapi buat masa ini tidaklah.

"Kalau menyanyi, masih lagi. Kalau orang undang, Jee pergilah. Kalau tidak, Jee sibuk dengan aktiviti beginilah," terangnya.

Mengenangkan Jee yang suka dengan aktiviti lasak, S3 pun bertanya, tidakkah dia ingin menyertai program Amazing Race seperti yang dilakukan oleh Ida Nerina dulu.

Kata duta produk kecantikan SK-II itu, dia memang ada impian untuk menyertai program itu bagi menguji ketahanan diri tapi apabila memikirkan ada aktiviti yang memerlukan para peserta menjamah 'makanan' luas biasa, terus niatnya terbantut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Deq Wan buli E'One dan Azura

Posted:

Deq Wan buli E'One dan Azura

Deq Wan buli E'One dan Azura

Gambar DJOHAN SHAHRIN


BERSEDIA... Deq Wan, E'One dan Azura mempersiapkan diri sebelum memulakan senaman.


Gelak tawa dan usik-mengusik antara satu sama lain membuatkan mereka kelihatan cukup akrab dan boleh dilabel sebagai 'teman sejiwa'.

Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa salah seorang daripada mereka itu sebenarnya pernah menjadi jurulatih Fitness Centre.

Mendapat perkhabaran itu, S3 tidak menunggu lama untuk mengatur sesi fotografi bersama mereka bagi melihat kehebatan bekas jurulatih berkenaan memberikan tunjuk ajar kepada dua lagi sahabat mereka.

Lantas, bertempat di Celebrity Fitness, One Utama, Bandar Utama, baru-baru ini, Deq Wan menunjukkan skil senamannya disamping membuli rakan-rakan pengacaranya itu.

"Sebenarnya saya sudah lama berhenti menjadi jurulatih tetapi kunjungan ke Fitness Centre ini tidak pernah lenyap dari kamus hidup saya.

"Cuma sekarang ini, saya semakin kurang menjengah gimnasium kerana kekangan masa yang sangat terhad maklumlah kerja tidak tentu masa," ujar Deq Wan memulakan bicara.

Bagaimanapun, jelas Deq Wan, menghabiskan masa di gimnasium membuatkan dirinya merasa lebih segar dan tenang.

Ujar anak kelahiran Pahang itu, apabila membuat senaman di Fitness Centre, dia berjaya menghilangkan tekanan yang menghantui fikirannya.

"Habis mengeluarkan peluh 'jantan' di sini (Fitness Centre) membuatkan badan saya menjadi segar kembali, tambah-tambah lagi segala tekanan kerja dapat dilupakan sementara.

"Lagipun, ini sahaja masa yang boleh saya manfaatkan untuk bersama rakan-rakan dan meluangkan masa dengan mereka," tambah Deq Wan atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin Izwan Tengku Nasaruddin.

Sementara itu, satu-satunya pengacara perempuan rancangan yang disiarkan setiap Jumaat pukul 6.30 petang itu, Azura atau nama penuhnya Azura Zulkifli mengakui seronok setiap kali dapat meluangkan masa di gimnasium.

"Bukan mudah untuk dapat bersama dengan kawan-kawan meluangkan masa seperti ini, jadi apabila ada kesempatan, sudah tentu saya tidak melepaskan peluang untuk bersama mereka melakukan senaman.

"Biarpun jarang tetapi dengan adanya Deq Wan sekurang-kurangnya ia menaikkan semangat saya untuk terus menjalankan rutin senaman.

"Maklumlah bekas jurulatih, saya pun seperti anak didik yang perlu dilatihnya," ujar Azura berseloroh.

Bagaimanapun, bagi E'One atau nama sebenarnya Mohd. Syazwan Roslan pula mengikuti rutin di Fitness Centre memberikan kepuasan kepadanya.

"Rutin di sini ada jadualnya dan ia membuatkan senaman kita menjadi teratur selain khidmat nasihat yang diberikan oleh jurulatih yang ada.

"Malah kita juga akan terikat dengan disiplin yang telah digariskan oleh pihak Fitness Centre dan sukar untuk mengelak apabila berhadapan dengan mereka.

"Larat tak larat, hendak tak hendak, kena gagahkan juga untuk menghabiskan sesi senaman kita.

"Lagipun, senaman ini penting untuk menyihatkan badan. Harus diingat, remaja bukan terletak pada usia tetapi pada cara hidup," ujar E'One sebelum menamatkan bicara tengah hari itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved