Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Amaran peniaga barang lusuh

Posted:

Amaran peniaga barang lusuh

Amaran peniaga barang lusuh

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 21 Julai - Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga barangan lusuh di negeri ini yang didapati mengutamakan keuntungan semata-mata sehingga membeli besi tembaga daripada pencuri kabel yang semakin berleluasa.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis akan segera memansuhkan lesen pengusaha terbabit sekiranya mereka didapati tidak mematuhi arahan tersebut.

Jelas beliau, peniaga barangan lusuh perlu sedar bahawa kesemua besi tembaga itu merupakan kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) yang dicuri sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada kedua-dua syarikat berkenaan.

"Jika terdapat mana-mana peniaga barangan lusuh yang masih menjalankan aktiviti itu kita akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk batalkan lesen.

"Lesen dikeluarkan oleh pihak kami dan untuk memansuhkan lesen perniagaan terbabit perlu melalui kerajaan negeri, jadi segala keputusan berdasarkan arahan yang dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis dialog Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama peniaga barangan lusuh di Wisma TNB di sini baru-baru ini.

Majlis anjuran Jabatan Siasatan Jenayah PDRM negeri yang julung-julung kali diadakan itu adalah untuk membincangkan jalan penyelesaian bagi kes kecurian kabel yang berlaku di negeri ini bersama pihak terbabit.

Mazlan berkata, setakat ini terdapat lebih 99 pengedar barangan terpakai dan peniaga barangan lusuh yang berdaftar di negeri ini.

Katanya, kes kecurian tembaga melibatkan TNB dan TM sering terjadi di kawasan pedalaman, disebabkan permintaan tinggi daripada pengusaha-pengusaha barangan lusuh.

"Masalah kecurian kabel ini boleh diselesaikan jika para pengusaha dan pengeluar barangan ini tidak melakukan urusan jual beli dengan pihak terbabit.

"Kerjasama daripada pihak berkenaan amat perlu bagi menangani kes kecurian ini dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap pihak yang menjalankan kegiatan berkenaan," katanya.

Justeru katanya, sebelum melakukan urusan jual beli tembaga, pengusaha-pengusaha ini perlu mengetahui terlebih dahulu dari mana datangnya barangan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dr. Siti Hasmah sumber inspirasi

Posted:

Dr. Siti Hasmah sumber inspirasi

Dr. Siti Hasmah sumber inspirasi

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed (tengah) dan Ketua Jabatan Oftalmologi USM, Prof. Madya Dr. Wan Hazabbah Wan (kiri) bersama Ropilah Abd. Rahman (kanan) pada Persidangan Saintifik Oftalmologi Tahunan KKM-USM-UKM-UM di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 21 Julai – Pakar mata Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ropilah Abd. Rahman tidak akan melupakan kali pertama matanya melihat kelibat seorang doktor wanita bertugas di Hospital Alor Setar, kira-kira 48 tahun lalu.

Dr. Ropilah, 57, berkata, gaya doktor wanita berkenaan ketika itu yang berkaca mata dengan jubah putih, stetoskop dan skirt paras lutut melayan pesakit dalam wad memukau hatinya dan menjadi pencetus utama minat beliau di bidang perubatan.

"Masa itu saya berumur sembilan tahun dan ke hospital bersama keluarga untuk melawat waris kami yang sakit.

''Itulah kali pertama saya melihat seorang doktor wanita dan berasa betapa hebatnya jika saya dapat jadi seperti dia, doktor wanita yang saya lihat hari itu adalah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali (isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Dr. Ropilah yang pernah mencatat sejarah sebagai ahli akademik wanita pertama dipilih mengetuai Jabatan Oftalmologi di UKM telah menerima Anugerah Mohamed Noor Marhakim (sempena nama tokoh ulung oftalmologi negara) pada Persidangan Saintifik Oftalmologi Pertama di sini, baru-baru ini.

Persidangan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Sains Malaysia (USM), UKM dan Universiti Malaya (UM) itu disertai lebih 400 pakar mata, optometris dan petugas perubatan dari seluruh negara.

Anak kelahiran Kampung Mergong, Alor Setar, Kedah ini mengetuai Jabatan Oftalmologi di UKM sebanyak tiga kali pada 1995, 1997 dan 2004, sebelum bersara pada tahun lalu dan kini berkhidmat secara kontrak sebagai Penyelaras Program Sarjana Pembedahan Oftalmologi di universiti sama.

Dr. Ropilah mendapat ijazah pertamanya di Universitas Indonesia (UI) sebelum mengambil pengajian sarjana di UKM dan pernah berkhidmat di Hospital Toranomon, Tokyo pada 1994.

Beliau adalah antara penggerak utama yang bertanggungjawab menjalankan Kajian Mata Kebangsaan (NES) yang julung kalinya diadakan pada 1996 bagi mengumpul data mengenai kebutaan dan kecacatan penglihatan di kalangan penduduk negara ini.

"Itu antara kepuasan paling bermakna sepanjang karier saya di bidang ini kerana cadangan penambahbaikan yang diajukan kepada Kementerian Kesihatan melalui kajian itu telah membantu meningkatkan kemudahan kesihatan dan kelengkapan perubatan berkaitan mata di hospital seluruh negara," katanya.

Dr. Ropilah telah menghasilkan lebih 30 buah jurnal, sebuah makalah dan terlibat dalam penerbitan buku Malaysian National Eye Survey dan merupakan salah seorang ahli sidang pengarang Asian Journal of Ofphtalmology sejak 1998.

Beliau pernah menjadi salah seorang anggota lantikan Menteri Kesihatan dalam Majlis Optik Malaysia antara 1 Oktober 2007 sehingga 30 September 2010.

Beliau amat berbangga kerana pada masa kini, lebih 50 peratus daripada pakar mata atau oftalmologi dalam negara terdiri daripada kaum hawa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PKB mahu harum nama negara di FIRA 2011

Posted:

PKB mahu harum nama negara di FIRA 2011

PKB mahu harum nama negara di FIRA 2011

KOTA BHARU 21 Julai – Naib juara pertandingan Piala Malaysia Robot Soccer Pertubuhan Bola Sepak Robot Antarabangsa (FIRA) 2011, Politeknik Kota Bharu (PKB) bersedia untuk mengharumkan nama negara pada pertandingan Piala Dunia FIRA di Taiwan pada 26 Ogos ini.

Pengurus pasukan PKB, Che Seman Che Kob berkata, tempoh sebulan yang ada akan digunakan sebaik mungkin dalam mempersiapkan pasukan menjelang pertandingan tersebut yang akan disertai oleh pasukan dari seluruh dunia.

"Untuk itu, persiapan rapi perlu dibuat bermula dari sekarang, dan cabaran yang bakal dihadapi cukup sengit terutama dari pasukan negara yang telah lama berkecimpung dalam dunia robotik ini.

"Jadi peluang mewakili negara ke peringkat dunia ini akan digunakan sebaik mungkin oleh pasukan kami, seterusnya membuktikan bahawa anak tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Makmal Automasi dan Robotik PKB dekat sini. Turut hadir, Pengarah PKB, Noor Azahan Othman.

Utusan Malaysia 13 Julai lalu melaporkan Politeknik Johor Bharu (PJB) dan PKB akan mewakili negara pada pertandingan FIRA di Taiwan pada 26 hingga 30 Ogos ini.

Ia berikutan kejayaan PJB muncul juara pertandingan Piala Malaysia Robot Soccer FIRA peringkat kebangsaan kali kelima yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) Jitra, Kedah.

Pada pertandingan tersebut, pasukan robot PJB berjaya menewaskan PKB 4-3 dalam perlawanan sengit membabitkan 10 robot yang 'bermain' bola selama 10 minit.

Che Seman memberitahu, kejayaan PJB dan PKB mewakili negara ke pertandingan itu membuka lembaran baharu buat politeknik.

Menurutnya, kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan pelajar politeknik mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved