Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Chef, kerjaya menyeronokkan

Posted:

Chef, kerjaya menyeronokkan

Chef, kerjaya menyeronokkan

rekreasi@utusan.com.my.
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


Chef Johnny percaya masakan yang enak datang dari hati yang ikhlas.


Pada minggu ini, Gaya Chef membawa pembaca ke dapur Tanzini yang terletak di Hotel G-Tower, Kuala Lumpur.

Dapur tersebut diketuai oleh Chef Eksekutif, Johnny Fua Chia Tau yang merupakan salah seorang individu yang menjadikan hobi atau memasak sebagai kerjaya tetap.

Chef Johnny berkata, dalam sesebuah jurusan pengajian, para graduan perlu melihat peluang dan nilai-nilai komersial yang terdapat padanya.

"Tidak semua hobi memberi keuntungan dari segi kewangan tetapi hobi yang menjadi kerjaya merupakan sesuatu yang boleh menjadi sumber pendapatan kepada kita," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mendengar kisahnya bermula sebagai tukang masak biasa sehingga mencapai ke tahap Chef Eksekutif katanya, untuk mencapai kejayaan melalui hobi seperti mana yang dilakukannya memang agak mudah tetapi untuk mengaplikasikan dalam kehidupan seharian tidak semudah yang disangkakan.

"Kita perlu ada sasaran untuk berjaya. Kalau kita ikut sasaran tersebut dari mula hingga ke akhir sudah tentu kita boleh dapatkan apa yang kita mahukan.

"Contohnya selepas saya menamatkan pengajian, saya letakkan sasaran untuk menjadi seorang chef kerana minat terhadap kerjaya tersebut. Jika saya berhenti separuh jalan, sudah tentu saya tidak dapat mengecapi kejayaan seperti hari ini.

"Setelah 15 tahun berada dalam bidang ini, hasilnya sasaran saya berjaya ditepati berkat kesabaran dan pengorbanan," jelasnya yang merupakan pakar kepada masakan kontemporari moden Itali dan Perancis.

Beliau berkata, memasak merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan banyak yang perlu dipelajari.

"Kerja saya seumpama hobi yang saya gemari. Sebab itu saya seronok bekerja dalam bidang perhotelan.

"Dalam waktu bekerja, pelbagai pengalaman saya pelajari dan antaranya ialah untuk menerokai kebolehan diri sendiri dan cara-cara untuk bergaul dengan orang ramai.

"Bekerja sebagai chef tidak semestinya kita hanya memasak tapi kadang kala saya pun kena bermesra dengan pelanggan," ujarnya.

Menurutnya, gabungan dua kebolehan yang pernah dipelajarinya di peringkat universiti iaitu bidang arkitek dan kulinari banyak membantu tugas-tugas hariannya.

"Sebelum bekerja dalam bidang ini, saya belajar dalam jurusan Seni Reka Bina.

"Bagi saya, cara terbaik buat seorang chef ialah untuk mencari identiti sendiri dan saya menggabungkan kebolehan mereka dalam bidang masakan.

"Masakan yang enak datangnya dari hati yang ikhlas. Jika chef itu masak mengikut perasaan, sudah tentu masakan itu akan gagal menambat hati pelanggan," katanya.

Baginya, seni kulinari dalam bidang masakan amat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan lagi.

"Sebab itu, saya sangat mengutamakan dari segi penyampaian kerana ia mainkan peranan yang sangat penting.

"Apabila sesuatu makanan dihidangkan, mata pengunjung akan menyukai masakan itu jika mereka berminat dengan penyampaian tersebut.

"Dalam bidang masakan, jika pelanggan menyukai rupa bentuk masakan itu maknanya sebanyak 50 peratus chef itu telah berjaya menambat hati pelanggan dari segi pemahaman diet yang menyihatkan," jelasnya.

Tambahnya, oleh sebab itu, sebelum beliau menyediakan sesuatu menu masakan, Chef Johnny akan melakarkan terlebih dahulu rupa bentuk penyampaian yang akan dihidangkan bersama keenakan resipi tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Beza umur bukan halangan

Posted:

Beza umur bukan halangan

Beza umur bukan halangan


SITI Aminah Ramli dan anak-anaknya kini bahagia bersama suami barunya, Wan Azwan Shah Wan Zaki.


PERCINTAAN mereka tidak sehebat pasangan lain. Pasangan ini tidak pernah 'bergayut' berjam-jam di telefon, apatah lagi keluar menghabiskan masa bersama.

Bagi Datuk Paduka Dr. Siti Aminah Ramli, 46, dan Wan Azwan Shah Wan Zaki, 32, walaupun mereka tidak mengalami detik-detik kemanisan bercinta sebelum diijab kabul, kehidupan mereka kini tetap bahagia seperti pasangan lain.

Menurut Siti Aminah yang merupakan pengasas produk penjagaan kulit dan muka Reena's Cosmetics, beliau tidak menyangka dipertemukan jodoh lagi, memandangkan dia sebelum ini berstatus ibu tunggal.

Mungkin sudah tertulis, jodohnya kali ini dengan seorang jejaka lebih muda.

"Saya tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga lagi. Yalah, saya sibuk menguruskan perniagaan.Tetapi sudah jodoh, saya terima," ujarnya ketika ditemui S2 di kediamannya di Shah Alam, baru-baru ini.

Bercerita mengenai pertemuan dengan suaminya, jelas ibu dua cahaya mata ini, ia terjadi ketika berada di Holiday Villa, London.

Suaminya yang ketika itu menetap di England terserempak dengannya di hotel tersebut tetapi Siti Aminah tidak perasan kehadiran suaminya.

Selepas kejadian itu, suaminya berusaha mendapatkan nombor telefonnya. Suaminya sanggup menyamar hendak menjadi stokis produknya semata-mata hendak berbual dengannya.

Bermula dari situlah, mereka kerap berhubung walaupun setelah Siti Aminah kembali ke tanah air.

Bukan mudah untuk mendekati Siti Aminah kerana menurut anak kelahiran Sekinchan, Selangor ini, pada mulanya dia tidak sukakan suaminya apatah lagi menjawab panggilan dianggap tidak penting.

"Suami saya tidak berputus asa menelefon saya. Di awal perkenalan, saya terus terang tidak begitu menggemari perangainya, apatah lagi anggapan saya ketika itu dia masih kebudak-budakan.

"Bagaimanapun, setelah melihat kesungguhannya, saya terima lamarannya," katanya ketawa.

Suaminya, Wan Azwan ketika diminta mengulas kisah mereka, katanya,dia sememangnya suka kepada wanita yang berusia.

Ini kerana kebanyakan semua teman perempuannya berumur lebih tua daripada dirinya.

"Hendak berkawan dengan Siti Aminah bukanlah satu perkara yang mudah. Pada awalnya dia tidak mahu melayan saya, tetapi saya terus menelefonnya.

"Tetapi bagi saya, ia merupakan satu cabaran selain saya betul-betul suka padanya.

"Bayangkan, perhubungan kami pernah terputus dua tahun tetapi dalam masa yang sama, saya tidak pernah melupakannya," katanya.

Akhirnya setelah pelbagai halangan dan rintangan dihadapi, penghujung tahun lalu pasangan ini mengambil keputusan untuk bernikah.

Mereka telah dinikahkan pada 1 Januari lalu dan Siti Aminah menganggap keputusannya tepat. Turut merestui adalah kedua-dua anak Siti Aminah. Ketika membuat keputusan itu, dia tidak pernah terfikir dirinya lebih berkuasa walaupun umurnya lebih tua daripada suaminya.

Malah, ulas Siti Aminah, dia tetap menghormati suaminya seperti pasangan lain, malah turut berbincang bersama sekiranya masing-masing mempunyai masalah.

Bagi Siti Aminah dan Wan Azwan, mereka cuba melengkapi antara satu sama lain di samping memahami perwatakan masing-masing.

Pasangan ini tidak menafikan kebenaran pepatah, 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'.

Bagaimanapun bagi pasangan ini jika timbul salah faham, ia akan ditangani dengan cara profesional melalui perbincangan suami isteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved