Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


2,619 pelajar terima RM1.5j

Posted:

2,619 pelajar terima RM1.5j

2,619 pelajar terima RM1.5j

Oleh A. MALEK ASLIE
utusanperak@utusan.com.my

BAGAN SERAI 21 Julai – Yayasan Perak (YP) mengagihkan derma siswa bernilai RM1.5 juta kepada 2,619 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Setiausaha Kerja YP, Farid Wazali berkata, pada tahun lalu YP membelanjakan RM98 juta bagi membantu meringankan beban kepada 12,684 pelajar kelahiran negeri itu melanjutkan pengajian mereka.

''Ini adalah satu kebajikan tidak ada tolok bandingnya yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk rakyat," katanya selepas menyampaikan derma siswa kepada pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu di Dewan Komuniti di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat; Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha dan ahli-ahli keluarga pelajar.

Pada majlis itu, seramai 287 pelajar masing-masing 93 yang melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, 177 Diploma, sembilan Ijazah Sarjana Muda dan lapan Ijazah Sarjana Muda Profesional menerima derma siswa berkenaan.

Pelajar peringkat sijil akan menerima derma siswa berjumlah RM300, Diploma RM500, Ijazah Sarjana Muda RM1,000 dan Ijazah Sarjana Muda Profesional RM1,500.

Sementara itu, Sham berkata, selain YP, kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan meringankan beban pelajar melanjutkan pelajaran menerusi agensi-agensi lain seperti Baitulmal Perak.

"Diharap mereka tidak akan melupakan jasa kerajaan yang telah menyediakan segala-galanya bagi membolehkan mereka menimba ilmu untuk kebaikan diri dan mengubah nasib keluarga," ujarnya.

Beliau turut menasihatkan pelajar supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan tidak terbabit di dalam aktiviti tidak baik seperti menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu, seorang pelajar, Mohd. Haris Mohd. Said berkata, bantuan tersebut memberi semangat kepadanya untuk cemerlang dalam pelajaran.

Seorang lagi penerima, Nurul Shahirah Roslan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana prihatin terhadap nasib pelajar khususnya daripada keluarga kurang berada.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Harumanis harta intelek

Posted:

Harumanis harta intelek

Harumanis harta intelek

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


Shahimi Shaari di kebun harumanis yang diusahakannya di Kampung Gial, Mata Ayer, Padang Besar, baru-baru ini. – UTUSAN/Faizal Abu Hassan


PADANG BESAR 21 Julai – Kerajaan Perlis akan memberi keutamaan kepada usaha menambahkan pengeluaran tanaman harumanis dan mendaftarkan mempelam tersebut sebagai harta intelek bagi mengawalnya daripada dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu sehingga boleh menjejaskan popularitinya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi negeri, Sabry Ahmad berkata, langkah itu perlu disebabkan harumanis menjadi antara produk yang melonjakkan imej Perlis di negara ini.

"Harumanis cukup popular tetapi pengeluarannya terhad disebabkan masalah tanah untuk penanaman mempelam jenis ini di negeri yang paling kecil di Malaysia sedangkan permintaannya kian meningkat.

"Namun kita mencari kaedah lain untuk menambah hasil, antaranya menggalakkan tanaman semula menggantikan pokok-pokok yang tua dan tidak mengeluarkan hasil, membekalkan benih supaya setiap penduduk menanam harumanis di laman rumah sekurang-kurangnya sebatang pokok," katanya di sini, baru-baru ini.

Di samping itu, kata beliau, pendaftaran hak intelek boleh mengawal penjual tidak bertanggungjawab daripada menjual mempelam jenis lain dengan menggunakan nama harumanis.

"Dengan pendaftaran intelek baru, kita boleh mengambil tindakan terhadap penjual seperti ini kerana penipuan seumpama itu boleh menjejaskan imej harumanis dan negeri Perlis," tambah beliau.

Keistimewaan harumanis:

* Hanya menjadi ditanam di Perlis, tanah di kawasan lain tidak sesuai.

* Kaya vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E.

* Mempunyai tujuh gram serat yang membantu sistem pencernaan dan larut dalam air, baik untuk mengawal paras kolestrol.

* Mencairkan kahak, penyegar, membangkitkan nafsu makan dan antioksidan.

* Kandungan riboflavin baik untuk mata, mulut dan tenggorok (tekak).

* Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti radang kulit, influenza, asma, gangguan penglihatan, gusi berdarah dan sesak nafas.

Mempromosi dan menambah pengeluaran harumanis:

* Penganjuran karnival harumanis, membuka gerai jualan termasuk di kawasan rawat dan rehat (R&R) di lebuh raya.

* Menggalakkan penanaman harumanis di halaman rumah, sekurang-kurangnya sepokok setiap rumah.

* Menggalakkan petani menanam semula, menggantikan pokok yang tidak mengeluarkan buah dengan tanaman baru.

* Membalut buah dengan pembalut khususnya pembalut yang disediakan Jabatan Pertanian untuk menjaga kualiti buah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hasil harumanis melonjak 400 tan metrik

Posted:

Hasil harumanis melonjak 400 tan metrik

Hasil harumanis melonjak 400 tan metrik

PADANG BESAR 21 Julai – Musim harumanis tahun ini baru sahaja berakhir tetapi tiada siapa menduga daripada harganya yang murah, mempelam kebanggaan Perlis itu kini mempunyai nilai tinggi di pasaran dalam dan luar negara.

Bermula penghujung April sehingga Jun lalu, harumanis kembali menjadi tumpuan sebagaimana tahun sebelumnya.

Sebanyak 400 tan metrik harumanis berjaya dihasilkan pada tahun ini dengan setiap tahun dirancang pertambahan pengeluaran sebanyak 200 hektar lagi.

Berbanding harganya pada 1980-an yang cuma dalam lingkungan RM1.60 sekilogram, sekarang ia mencecah RM15 sekilogram malah di sesetengah tempat, hingga RM20 sekilogram.

Harga yang murah pada suatu ketika dahulu antara faktor mengapa ramai petani beralih ke tanaman lain walaupun pokok harumanis kebiasaannya berbuah lebat.

Malah, petani juga terpaksa memberi perhatian khusus kepada tanaman tersebut termasuk mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar untuk keperluan seperti baja dan sebagainya.

Pelaburan yang dianggap tidak berbaloi pada ketika itu, menyaksikan ramai petani mempelam harumanis mengambil keputusan menghentikan usaha mereka untuk memberi tumpuan kepada mangga lain seperti sala.

Namun, terdapat juga petani yang `setia' dengan tanaman harumanis dan menjangkakan mempelam tersebut mampu mencapai harga memberangsangkan pada suatu hari nanti.

Ternyata kesabaran petani-petani berkenaan berbaloi kerana selepas itu, harga harumanis meningkat dari musim ke musim sehingga mampu memberikan pulangan baik kepada para petani.

Kini petani yang masih mengusahakan tanaman harumanis memperoleh pendapatan lumayan pada satu-satu musim dengan ada di antaranya mampu mendapat lebih RM60,000.

Shahimi Shaari, 42, dari Kampung Gial, Mata Ayer, Padang Besar Perlis, seorang petani sambilan yang mengusahakan seluas 0.404 hektar tanaman mempelam harumanis mengakui memperoleh hasil cukup memberangsangkan.

Menurut kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Arau itu, pada musim ini, lebih lima tan metrik harumanis telah dihasilkan dari ladangnya.

"Saya merupakan antara petani awal mengusahakan tanaman harumanis iaitu pada 1980-an yang dijalankan secara berkelompok tetapi ramai menarik diri disebabkan harganya rendah ketika itu," katanya di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Shahimi, dia yakin bahawa mempelam harumanis akan menjadi produk terkenal Perlis pada suatu hari nanti sehingga harganya mampu meningkat berkali ganda.

"Saya kini menjual hasil tanaman kepada peraih, malah ada di antara agensi kerajaan yang membeli harumanis dari ladang saya.

"Permintaan tinggi menyebabkan harganya meningkat dari semasa ke semasa selain kos penjagaan tanaman ini (harumanis) yang turut meningkat," tambahnya.

Shahimi memberitahu, dia menggunakan pembalut bagi membungkus buah harumanis di pokok termasuk yang disediakan oleh Jabatan Pertanian supaya tidak dimakan makhluk perosak dan kualitinya terjamin .

Nazmi Mohamad, 40, dari Kampung Alor Ara, pula mengambil pendekatan hanya menjual secara langsung kepada pembeli bagi mengelakkan orang tengah memonopoli harga harumanis.

Sebagaimana Shahimi, dia merupakan antara petani yang mendapat perhatian Jabatan Pertanian Perlis mengusahakan tanaman itu.

"Saya telah mengerjakan tanaman ini sejak sembilan tahun lalu ketika harganya murah sehinggalah mencapai harga cukup tinggi di pasaran," katanya yang mengusahakan seluas 0.287 hektar tanaman harumanis.

Berikutan permintaan dan harganya yang tinggi katanya, dia bercadang untuk menambah jumlah pokok harumanis di ladangnya di samping menanam semula pokok baru bagi menggantikan yang tua dan tidak mampu lagi mengeluarkan hasil tinggi serta berkualiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved