Jumaat, 22 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kempen berbasikal makin popular

Posted:

Kempen berbasikal makin popular

Kempen berbasikal makin popular

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Sebahagian daripada peserta Kelab Basikal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan Kayuhan Hijau mengayuh basikal selepas majlis pelancaran program berkenaan di Melaka, semalam.


MELAKA 21 Julai - Budaya berbasikal dalam kalangan kakitangan dan masyarakat di seluruh negeri ini semakin menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Terbaharu, Kelab Basikal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan Kayuhan Hijau telah dilancarkan bagi menggalakkan penduduk di kawasan tersebut menjadikan aktiviti berbasikal sebagai budaya harian.

Seramai 600 peserta terdiri daripada pelbagai masyarakat berbilang kaum di DUN Ayer Molek telah menyertai program mengayuh basikal mengelilingi sekitar kawasan tersebut meliputi jarak sejauh 30 kilometer.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin berkata, usaha menggalakkan berbasikal sebagai budaya harian penduduk di DUN tersebut bertujuan menyokong usaha kerajaan negeri ke arah merealisasikan Negeri Bandar Teknologi Hijau.

''Penubuhan Kelab Basikal DUN Ayer Molek adalah antara usaha yang dijalankan bagi menggalakkan penduduk mengamalkan budaya berbasikal untuk ke mana-mana tempat di sekitar daerah ini," katanya di sini, hari ini.

Bagi Md. Yunos, sambutan menggalakkan daripada penduduk di daerah itu membuktikan ia merupakan satu program yang berjaya.

Menurutnya, penglibatan semua penduduk termasuk pelajar sekolah, ibubapa membuktikan budaya berbasikal mampu dilaksanakan di sini.

''Saya minta budaya ini tidak terhenti begitu sahaja dan ia perlu menjadi amalan harian sebagai membudayakan aktiviti berbasikal selain medium bagi menyihatkan tubuh badan," katanya.

Program yang diadakan itu katanya, memberi peluang kepada beliau untuk mengunjungi bilik gerakan di Kampung Kandang di sini yang sedang membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peruntukan RM18j laksana projek PIA, PIAS

Posted:

Peruntukan RM18j laksana projek PIA, PIAS

Peruntukan RM18j laksana projek PIA, PIAS

MELAKA 21 Julai - Sebanyak RM18 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur kewangan (PIAS) bagi tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, sebanyak 474 projek sedang dan akan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 281 projek telah siap dilaksanakan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM11.5 juta.

"Sebanyak 193 projek lagi dengan peruntukan sebanyak RM7.4 juta pula sedang dilaksanakan dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mengikut pecahan, Jasin mempunyai 237 projek dengan peruntukan RM9.8 juta, Alor Gajah sebanyak 112 projek bernilai RM4.3 juta dan Melaka Tengah dengan 112 projek menerusi peruntukan RM4.7 juta.

Beliau menegaskan projek yang diluluskan adalah berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan yang mendesak.

Perumal berkata, bagi projek PIA, skopnya meliputi penyelenggaraan dan menaik taraf bagi kerja-kerja seperti mengecat bangunan, lantai, dinding, saluran air hujan, tandas, sistem paip air, pendawaian semula elektrik dan sebagainya.

"Bagi projek PIAS pula, peruntukan khas ini digunakan untuk membina baru, membaiki, menyelenggara dan menaiktaraf projek-projek infrastruktur asas kegunaan orang awam," katanya.

Menurut beliau, antara skop kerja yang dilaksanakan adalah membina titi, jambatan kecil, parit, longkang, jalan kampung, jalan pertanian dan bangunan komuniti kecil.

Ujarnya, antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat menerusi peruntukan tersebut adalah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap dan Durian Tunggal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Avillion menggamit pengunjung

Posted:

Avillion menggamit pengunjung

Avillion menggamit pengunjung

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Chalet yang tersergam indah serta mempunyai reka bentuk yang menarik di Hotel Avillion Port Dickson,


TELOK KEMANG 21 Julai - Perasaan tenang dan nyaman adalah ciri utama yang paling diingati jika berkunjung ke Hotel Avillion Port Dickson yang terletak di Batu 3, Jalan Pantai Port Dickson dekat sini.

Hotel yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu menawarkan kepuasan menginap yang mana sebahagian caletnya terletak di atas permukaan laut.

Menurut Pengarah Kanan Operasi hotel itu, Gared Mario Cubinar, inspirasi seni binanya diilhamkan daripada perkampungan nelayan Melayu tradisional dengan mengutamakan budaya tempatan yang disaluti ciri kemewahan supaya pengunjung merasai gabungan zaman warisan dan keselesaan moden.

Beliau berkata, baru-baru ini, resort itu telah menaik taraf caletnya bagi meningkatkan kepuasan kepada pelanggan yang menginap di situ.

"Kini, calet kami mempunyai sambungan tanpa wayar, televisyen skrin rata, tilam mewah, pancutan mandian berkuasa tinggi dan sistem ipod supaya pelanggan akan sentiasa berasa terhibur.

"Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman menarik di Avi Spa yang terapung dua tingkat yang begitu indah sekali. Avi Spa yang menawarkan pelbagai rawatan tradisi pernah memenangi beberapa anugerah," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Dengan peningkatan baru itu, menurutnya, Avillion Port Dickson sedang mengadakan promosi bertemakan '8 Sebab Yang Akan Memberikan Nafas Baru' selama dua bulan bermula dari 1 Jun lalu.

Jelasnya, objektif promosi itu adalah untuk memberitahu para pelanggan mengenai kemudahan baru itu.

Katanya, para pelanggan juga digalakkan mengisi borang soal selidik untuk berkongsi pengalaman mereka menginap di situ.

"Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, sebanyak lapan cabutan bertuah berupa penginapan percuma, rawatan spa dan baucar makan diberikan setiap hari sepanjang dua bulan ini," katanya.

Mario Cubinar menarik perhatian, hotel yang pada mulanya kecil sahaja kini telah diperluaskan kepada empat buah hotel yang mempunyai nilai harga tinggi di rangkaian antarabangsa.

Kumpulan Hotel Avillion adalah anak syarikat milik penuh Reliance Pacific Berhad, pengendali hotel bersepadu yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sejak 1993.

Kumpulan itu mempunyai rangkaian hartanah mewah di seluruh negara.

Sejak penubuhannya di awal 1990-an, kumpulan hotel itu telah dipandu dengan keghairahan mereka membentuk, membina dan menguruskan senibina yang unik dan di tempat penginapan falsafah.

Kumpulan Hotel Avillion mempunyai hotel di empat pantai peranginan yang mana setiap satunya mempunyai personaliti dan suasana tersendiri. Ia terdiri daripada Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka dan Avillion Layang-Layang.

Avillion Port Dickson pernah meraih anugerah senibina individualisme pengadunan dan personaliti dalam persekitaran semulajadi.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang avillionportdickson.com atau menelefon di talian 06-6476688.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved