Jumaat, 8 Julai 2011

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


SPR, Ambiga dan duri

Posted:

SPR, Ambiga dan duri

SPR, Ambiga dan duri

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

TERKEJUT sungguh seorang wartawan sebuah portal propembangkang kelmarin apabila tiba-tiba terkena lemparan sepotong 'rock melon' yang entah dari mana 'terbangnya'.

Agak kasihan pada mulanya melihat gelagatnya. Tetapi jika dikenangkan balik kerenahnya yang mungkin mengundang insiden itu, kalangan hadirin pada majlis anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di situ barangkali boleh menerima mengapa dia diperlakukan sedemikian.

Mana tidaknya. Ketika semua orang berdiri untuk menghormati lagu korporat SPR yang sebelum itu didahului nyanyian lagu NegaraKu di lobi SPR, Putrajaya itu, dia tanpa rasa bersalah, duduk menghadap nasi bungkus ambeng.

Makan, seolaholah di sekeliling tidak ada pemerhati. Tapi mujurlah 'rock melon' yang entah siapa pelemparnya tidak hinggap terus kepadanya. Tetapi sudah cukup menyedarkan salah seorang daripada rakan di sebelahnya untuk bingkas bangun serta-merta menyertai sama hadirin menghormati lagu berkenaan. Tapi si wartawan portal pembangkang itu terus dengan lagaknya.

'Mukadimah' ini antara senario yang terakam semasa majlis pelancaran Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2011 yang disempurnakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof. Majlis berlangsung dengan baik dihadiri ramai hadirin daripada kalangan pihak media dan wakil-wakil parti politik.

Ternyata minat dengan apa sahaja isu berkaitan SPR, yang lebih-lebih lagi setelah 'dipopularkan' oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diterajui Datuk S.Ambiga membawa hadirin ke Ibu Pejabat SPR kelmarin. Sidang akhbar yang dipengerusikan Abd. Aziz dan timbalan beliau, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak habis-habis 'ditujah' oleh wartawan portal propembangkang sehinggakan Abd.Aziz terpaksa menarik perhatiannya bahawa SPR memang tidak memiliki kuasa autonomi menangani isu tertentu dalam tugasnya.

"Permintaan Malaysiakini ini sama dengan 'Bersih', saya cakap lain, anda lapor lain," kata Abd. Aziz sambil diperhatikan Wan Ahmad di sebelahnya.

Sememangnya cabaran hebat menanti SPR yang digalas Abd. Aziz dalam usaha memastikan ketelusan dan proses pilihan raya adil yang kini cuba dipolitikkan oleh Bersih.

"SPR ingin menegaskan bahawa ruang terbuka luas kepada mana-mana pihak untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya melalui petisyen dan bukannya melalui tuduhan atau menyebarkan fakta tidak tepat melalui laman web atau blog yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan seterusnya memberi persepsi negatif kepada SPR," kata beliau.

Sebenarnya gelagat Ambiga sendiri sudah 'naik berbulu' di mata Abd. Aziz. Sudahlah dilayan dengan mesra dan diberi penjelasan secukupnya pada pertemuan kumpulannya dengan para pegawai kanan SPR Disember lepas, terbaru pula, tiba-tiba dia mengeluarkan kenyataan yang tidak disangka-sangka.

"Kami sudah tutup buku dengan SPR, tidak ada lagi rundingan," kata Ambiga. Eh! siapa yang mengendalikan pilihan raya di negara ini. SPR ke atau Ambiga.

Dan yang pasti, SPR sahajalah yang menjadi bahan cemuhan parti pembangkang. Sehinggakan tuduhan dan dakwaan yang bermacam-macam hinggap ke atas suruhanjaya itu.

Semalam, Abd. Aziz sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan keras menyifatkan Ong Boon Keong dari Malaysia Election Observation Network (MEO-Net) sebagai pembohong besar.

Ini berikutan dakwaan Boon Keong semasa pilihan raya negeri Sarawak April lepas yang disiarkan dalam Malaysiakini bahawa berlaku keadaan kertas undi berlebihan daripada jumlah pemilih berdaftar di pusat mengundi SK Pasai Siong Tengah.

"Sedangkan siasatan SPR mendapati dakwaan itu tidak benar dan adalah tohmahan semata-mata. Ini kerana semakan SPR mendapati nama pusat mengundi SK Pasai Siong Tengah yang dimaksudkan Boon Keong juga tidak wujud dan bukan pusat mengundi yang telah diwartakan oleh SPR sebagai pusat mengundi bagi pilihan raya DUN Sarawak Ke-10.

Mengikut rekod SPR, pada Mei lalu sahaja, Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) daripada parti politik mencatat 52 peratus prestasi dalam mendaftarkan pengundi baru, diikuti pendaftaran di kaunter pos sebanyak 20 peratus.

Jika suatu ketika PPP dari DAP mendahului dari segi pendaftaran pemilih baru, ia kini dipintas oleh PPP daripada UMNO, MCA dan MIC dengan tiga parti komponen BN ini mencatat angka antara 600 hingga 1,100 pemilih baru sebulan.

Malah, setakat 7 Jun lalu, jumlah pemilih dalam Daftar Pengundi Induk kini sudah mencecah 12,032,467 orang.

Sememangnya tidak habis-habis cabaran yang dipikul oleh SPR.

Barangkali sesuailah kata-kata hikmah yang tertera di dinding Aras 4, Ibu Pejabat SPR, "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain. Janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukannya Ambiga dan kumpulan haram Bersih tidak tahu...

Posted:

Bukannya Ambiga dan kumpulan haram Bersih tidak tahu...

Bukannya Ambiga dan kumpulan haram Bersih tidak tahu...

Azman Anuar

POLIS memperoleh perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin untuk melarang seramai 91 individu daripada hadir di beberapa kawasan di ibu negara hari ini (Sabtu, 9 Julai 2011)

Tidak pernah dilakukan oleh polis menyenaraikan nama Datuk S. Ambiga, Datuk Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin bersama pemimpin-pemimpin lain daripada tiga kumpulan ini – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Perkasa dan Pemuda UMNO yang merancang untuk mengadakan perhimpunan masing-masing biarpun dilarang keras oleh pihak berkuasa.

Perintah itu sudah tentu bertujuan menghalang perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa, keselamatan manusia seperti rusuhan atau pergaduhan.

Baru hari Isnin lalu Pemuda UMNO dan Perkasa sedia membatalkan perhimpunan dengan bersyarat, dan Ambiga sudah setuju membatalkan perhimpunan di jalan raya dan beralih di dalam stadium. Alih-alih Pengerusi Bersih itu menunjukkan sikap kepala batunya tetap mahu mengadakan perhimpunan haram di Stadium Merdeka pada hari ini.

Bukan dia tidak tahu membaca keputusan Kabinet dan amaran Ketua Polis Negara yang melarang diadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka atau Stadium Negara kerana faktor keselamatan dan keselesaan pengguna lain di ibu negara. Apatah lagi Bersih bukan pertubuhan yang berdaftar.

Kenapa Ambiga dan kumpulan yang bergabung dalam Bersih itu masih mahu turun ke Stadium Merdeka?

Sekali lagi, bukannya Ambiga dan kumpulan haramnya tidak tahu semua tuntutan Bersih itu sudah diperjelaskan. Mereka sudah bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan diberi penerangan jelas.

Bukti depan mata bahawa SPR menjalankan tugas dengan baik apabila parti pembangkang menawan lima negeri pada Pilihan Raya Umum 2008. Jadi, isu yang dituntut Bersih boleh dikatakan isu lama yang tidak benar dan telah diperjelas dalam media massa beberapa kali.

Tetapi Ambiga dan Bersih tetap berdegil mahu mengadakan perhimpunan haram.

Strategi Bersih adalah untuk pergi beramai-ramai ke Stadium Merdeka yang menjadi simbol perisytiharan kemerdekaan negara. Mereka mahu membuka sejarah baru pemerintah negara ini. Bersih mahu mengulangi perhimpunan pada 10 November 2007 yang hasilnya dituai pada Pilihan Raya Umum Mac 2008. Tetapi bukan mudah untuk diulangi pada PRU Ke-13 kerana kini kerajaan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadi caranya adalah jika Bersih berjaya ke Stadium Merdeka mengadakan perhimpunan haram, mungkin mereka ada cara untuk menarik simpati rakyat yang mungkin dapat kita jangkakan berdasarkan rampasan senjata dan bahan letupan berbahaya yang ditemui polis.

Barangkali juga yang kita tidak tahu adalah kenapa Ambiga pernah berkata Bersih bersetuju mengadakan perhimpunan di stadium tetapi tarikhnya belum ditetapkan. Namun kelmarin Bersih menetapkan lokasi perhimpunannya di Stadium Merdeka. Kenapa 9 Julai juga dipilih?

Mungkin ada kebenaran apa yang didedahkan oleh bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar bahawa Bersih menerima dana daripada pertubuhan bukan kerajaan luar negara.

Chandra mendakwa, oleh kerana sudah terlalu banyak menerima dana daripada pihak asing, Bersih terpaksa tunduk kepada kehendak dan percaturan NGO berkenaan yang mahu perhimpunan tersebut menjadi kenyataan.

Sekarang nampaknya Bersih seolah-olah sudah menerima dana tersebut sebab itu pertubuhan haram itu terdesak mahu mengadakan perhimpunan hari ini.

Mereka persetankan teguran daripada pertubuhan yang mewakili pelbagai peringkat masyarakat, tidak ambil peduli keputusan Kabinet dan bagaikan telinga tekak tidak mendengar amaran pihak berkuasa.

Sama ada perhimpunan haram ini akan berlaku atau tidak, sejak semalam ia telah menimbulkan kebimbangan di hati rakyat. Lalu lintas di ibu negara sesak teruk beberapa hari lalu. Orang ramai yang ada urusan pada hari ini lebih terasa apabila pihak polis mengadakan sekatan di kebanyakan jalan di ibu negara.

Bukannya Ambiga dan Bersih tidak tahu mereka telah menghuru-harakan perancangan masyarakat pada hari ini.

Kalau pun perhimpunan haram itu berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa tetapi di sebaliknya Ambiga telah mampu memburukkan nama kerajaan, menghuru-harakan keamanan negara dan perpaduan kaum. Sebagai peguam, tentu dia pun tahu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Keluarga dunia Ayati Tasrip

Posted:

Keluarga dunia Ayati Tasrip

Keluarga dunia Ayati Tasrip

Khadijah.ibrahim@utusan.com.my


AYATI Tasrip bukan sahaja berbakat dalam bidang seni malah dia juga pandai memasak dan mengambil tempahan daripada mereka yang berminat.


Kehadiran Ayati sebagai penyanyi di era 1980-an yang pernah mengecap kehidupan penuh glamor kini sudah berlalu.

Setelah mendirikan rumah tangga dengan Zulkifly Halim, 52, mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Dua daripada empat orang anaknya, Mohd. Fazli, 26 dan Mohd. Faizal, 24, sudahpun mendirikan rumah tangga.

Hanya Siti Nurfazlina, 22 dan yang bongsu, Siti Nurdalila, 16 sahaja yang belum berkahwin.

Hari ini, Ayati sudah bergelar opah (nenek) dengan kehadiran dua orang cucu.

Justeru, kata Ayati, kebanyakan masanya banyak dihabiskan bersama keluarga di rumah.

S3 berkesempatan menyusuri kehidupan Ayati yang kini menetap di Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya, Ampang, Selangor.

"Inilah kehidupan saya yang lebih tertumpu kepada keluarga. Namun jika ada undangan menyanyi, saya tidak tolak.

"Lazimnya undangan adalah secara solo untuk menjayakan makan malam tetapi kalau ada undangan ghazal, kami anak beranak akan menjayakannya.

"Lagipun, darah seni itu memang mengalir dalam diri saya dan keluarga saya pula adalah sebuah keluarga seni.

"Kalau persembahan ghazal, nama kumpulan kami ialah Bakawali," kata bekas penyanyi Orkestra Tentera Darat atau Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) bersama Salih Yaccob, Norsheila Amin dan Sharifah Mona.

Ayati berbangga apabila bercerita tentang kebolehan anak-anaknya bermain alat muzik.

Katanya, anak sulungnya bermain akordian dan double bass, anak keduanya pula boleh bermain biola dan menyanyi, sementara anak ketiga pula bermain cello, gendang, tamborin dan gong manakala yang bongsu, boleh bermain biola.

"Daripada bapa sampai ke anak-anak, mereka semua boleh bermain alat muzik. Hanya saya seorang sahaja yang tidak cenderung untuk bermain alat muzik.

"Semasa awal perkahwinan, pernahlah saya cuba belajar bermain piano daripada suami tetapi dia garang sangat.

"Saya terus jadi malas hendak belajar. Lagipun, biarlah saya sekadar jadi penyanyi dalam Bakawali," katanya sambil ketawa.

Melihatkan kepada keluarga seninya, Ayati berkata, adalah satu kelebihan apabila mereka sekeluarga boleh membuat latihan di rumah sebelum tampil membuat persembahan.

"Lebih mudah begini dan anak-anak juga tidak membantah apabila bapa mereka mendesak agar mereka membuat persembahan ghazal.

"Anak-anak pernah menyertai pertandingan muzik asli pada tahun 2007 anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan mereka berjaya mendapat tempat kedua.

"Kalau nak ikutkan kehendak anak-anak, mereka lebih cenderung ke arah genre pop tetapi biarlah disuntik semangat muzik asli atau tradisional dalam diri mereka.

"Lagipun, ghazal adalah warisan Melayu kita dan janganlah ia mati begitu sahaja tanpa kesinambungan oleh generasi muda hari ini," katanya.

Sambil tangannya rancak menyenduk kuah bihun sup untuk dijamu kepada wartawan dan jurufoto bertugas, Ayati memberitahu, anak-anak perempuannya merupakan anggota Orkestra Remaja Istana Budaya.

"Memang kami menggalakkan anak-anak bermain muzik. Bahkan dua anak lelaki saya juga menganggotai Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Orkestra DBKL).

"Lagipun, lebih mudah apabila anak beranak bermain muzik kerana jika perlu buat latihan, kita boleh adakan pada sebelah malam dan masing-masing sudah tahu peranan sendiri," katanya.

Ayati yang turut menjalankan perniagaan katering berkata, dia masih berhubungan dengan rakan artis seangkatan seperti Zur Eda, Rohana Jali, Salwa Abdul Rahman, Nassier Wahab dan Azizul Khamis.

Katanya, jika ada masa terluang, rakan-rakannya akan berkunjung ke rumahnya untuk berbual-bual sambil menikmati apa sahaja juadah yang dihidangkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Figura bangkit semangat

Posted:

Figura bangkit semangat

Figura bangkit semangat

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my.
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


ARANG merupakan medium seni kegemaran buat Bayu Utomo selain cat akrilik.


PAHLAWAN Melayu terkenal dengan kegagahan mereka di seluruh dunia. Dalam sejarah, keberanian mereka telah dibuktikan sehingga kebanyakan daripada mereka sanggup mengadaikan titisan darah terakhir demi melihat bangsa Melayu hidup tanpa dijajah.

Tanpa meminta apa jua balasan, semangat juang mereka wajar diingati agar ia dijadikan semangat buat hari yang mendatang.

Pahlawan Melayu bukannya ayam jantan yang hanya tahu berkokok ataupun bermegah-megah dengan kekuatan mahupun kekayaan yang dimiliki sebaliknya mereka telah menjelajah dunia suatu ketika dahulu.

Walaupun demikian, hanya segelintir pahlawan sahaja yang diberi penghormatan tertinggi contohnya Hang Tuah yang telah mendapat penghormatan dari Maharaja Cina.

Malangnya, biarpun pengorbanan mereka tidak ternilai demi mempertahankan kedaulatan negara, kisah sejarah di sebalik pengorbanan mereka amat sedikit.

Bagaimanapun, buat Bayu Utomo Radjikin, karya-karya yang dihasilkan beliau banyak merekodkan figura pahlawan Melayu yang kini semakin dilupai.

Menyentuh mengenai figura tersebut, kerja terbarunya, 'Face With Out Name' itu turut diberi pendedahan mengenai kegagahan pahlawan Melayu.

Bayu Utomo nyata bijak dengan kombinasi lukisan wajah-wajah pahlawan Melayu dengan juruterbang-juruterbang jet pejuang.

Secara tidak langsung, beliau berjaya mencipta satu siri kerja berdasarkan identitinya sebelum ini dalam siri kerja Hiroshima Never Again, One World – No War, Mencari Pahlawan dan Tuboh.

Bayu Utomo berkata, subjek lukisan terbarunya itu tidak asing lagi kerana beliau pernah menghasilkan beberapa lukisan yang menceritakan mengenai Perang Teluk pada tahun 1990.

"Kali ini saya hasilkan lukisan berdasarkan apa yang sedang berlaku di Asia Barat.

"Dalam persembahan kesenian yang diadakan di Singapura baru-baru ini, saya hasilkan 11 karya dan ia mengambil masa selama tiga bulan," katanya ketika ditemui di House of Mata Hati (HOM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketelitian dan kedalaman makna yang tersirat dalam kandungan karya tersebut membawa maksud yang tersendiri bergantung kepada mereka yang melihatnya.

Bagi penulis, pahlawan Melayu kini semakin dilupai jika dibandingkan dengan juruterbang jet pejuang pada masa kini.

Peliknya, mengapa Bayu Utomo menjadikan pahlawan Melayu sebagai sumber inspirasi yang dilukis dalam kebanyakan karyanya.

Ketika ditanya mengenainya, jawapan yang diberi oleh Bayu Utomo amat mudah iaitu kerana faktor beliau syok sendiri.

"Saya tidak terlalu sentimental dalam menghasilkan sesuatu karya. Jika saya tidak syok sendiri sudah tentu saya tidak akan menghasilkannya.

"Bagi saya, persepsi syok sendiri tidak jadi masalah. Lagipun kalau kita terlalu meuar-uarkan karya kita pun untuk menjualnya ia berada di luar bidang kuasa pelukis itu sendiri," jelasnya.

Boleh dikatakan hampir 80 peratus karya pelukis yang berasal dari Tawau, Sabah ini dihasilkan berdasarkan warna hitam dan putih.

Selebihnya hanya sedikit calitan warna yang menonjolkan lagi pemilihan warna tersebut di atas kanvas.

"Dalam seni, lukisan hitam dan putih dipanggil sebagai lukisan asas. Zaman dahulu kala, manusia melukis menggunakan arang dan teknik itulah yang saya gunakan.

"Teknik tersebut memberi kesan yang tersendiri malah kebanyakan orang juga berpendapat sedemikian," ujarnya.

Menurutnya, elemen kebudayaan yang diselitkan dalam karyanya itu sering kali dijadikan pilihan berdasarkan persepsi masyarakat di negara itu sendiri.

"Bezanya saya beri idea dan ruang kepada penonton untuk berfikir. Lukisan itu seolah-olah memberi sumber inspirasi selepas mereka melihatnya.

"Ada penonton suka berfikir dan apabila mereka melihat lukisan saya pelbagai mesej boleh disampaikan.

"Sebagai pelukis, saya tidak sempitkan bidang ini dengan bidang lain kerana seni tidak sama dengan sains dan saya akan berpuas hati apabila orang lain suka melihat gambaran saya," katanya.

Berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang ini, Bayu Utomo kini mengambil langkah berani untuk melebarkan sayapnya.

Katanya, beliau kini sedang giat mengadakan pameran kesenian di luar negara antaranya seperti Singapura, Indonesia, Vietnam, India, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

"Buat masa ini, saya berhenti sementara untuk mengadakan pameran lukisan di Malaysia kerana saya rasa tidak ada apa yang ingin dibuktikan lagi.

"Saya sudah tunjukkan semuanya di Malaysia dan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kami mengadakan persembahan di luar negara.

"Semua pelukis sudah tentu inginkan kepuasan lebih-lebih lagi apabila orang asing melihat karya kita dan saya gembira dengan perkembangan ini," jelasnya.

Tambahnya, faktor utama mengapa beliau mengadakan pameran di luar negara ialah kerana peminat seni dan kolektor kesenian di negara ini lebih tertarik dengan karya antarabangsa.

"Pameran di luar negara merupakan salah satu cara untuk menaikkan nilai lukisan itu sendiri disamping menambah kenalan dan bekerjasama dengan pelukis yang lain," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rayu Mara ambil alih premis

Posted:

Rayu Mara ambil alih premis

Rayu Mara ambil alih premis

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


SEBAHAGIAN penyewa di Kompleks Gurney berhimpun bagi merayu Mara mengambil alih pengurusan kompleks itu di Kuala Lumpur, kelmarin. - UTUSAN/ Muhamad Iqbal Rosli


KUALA LUMPUR 7 Julai - Peniaga di Kompleks Gurney di sini sekali lagi merayu Majlis Amanah Rakyat (Mara) selaku pemilik kompleks itu mengambil alih pengurusan premis tersebut daripada Koperasi Niaga Glokal Berhad (KNGB) supaya penyewa boleh meneruskan perniagaan di situ.

Peniaga mendakwa, KNGB kini seolah-olah cuba menekan mereka dengan menaikkan kadar sewa dan juga mengeluarkan notis supaya peniaga mengosongkan premis masing-masing.

Peniaga yang mendapat surat tawaran bertarikh 25 April 2011 dimaklumkan bahawa kadar sewa telah dinaikkan daripada RM1,800 kepada RM2,500 sebulan bermula 1 November akan datang.

Selain itu, dua notis pengosongan premis juga telah dikeluarkan iaitu pada 18 Mei lalu dan yang terbaru pada 22 Jun, yang mengkehendaki peniaga keluar dari situ dalam tempoh 14 hari jika tidak bersetuju dengan kadar sewa itu.

Situasi itu telah memberikan tekanan kepada peniaga kerana ia menyebabkan status mereka sama ada boleh meneruskan perniagaan atau sebaliknya, menjadi tanda tanya.

Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa Kompleks Gurney, Muhammad Muszaki Mohd. Ozir berkata, pihaknya memohon perkara itu diteliti oleh Mara demi kebaikan semua peniaga.

"Sebelum ini kami ada berbincang dengan Mara berhubung masalah yang dihadapi ini tetapi pihak Mara hanya memberi jaminan bahawa kami boleh meneruskan perniagaan tanpa jaminan bertulis sehingga mereka selesai berbincang dengan KNGB," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sebelum itu, beliau bersama peniaga di Kompleks Gurney mengadakan bantahan secara aman bagi mendesak pihak pengurusan kompleks itu berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh peniaga.

Ini kerana peniaga mendakwa, pihak KNGB enggan berunding, ma lah pejabat urusan koperasi itu di dalam kompleks berkenaan juga sudah ditutup sejak Mei lalu.

Jelas Muhammad Muszaki, setelah mendapat notis daripada pihak pengurusan kompleks, peniaga kini tertanya-tanya apakah status mereka walaupun ada jaminan lisan daripada Mara bahawa mereka boleh terus berniaga di situ.

Beliau berkata, peniaga berharap isu itu akan segera diselesaikan oleh Mara kerana mereka tidak sanggup untuk terus menanggung kerugian dan hutang yang semakin bertambah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koyak lesen tak halang diroboh

Posted:

Koyak lesen tak halang diroboh

Koyak lesen tak halang diroboh

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


Gerai makan yang beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan di kawasan perumahan Taman Bunga Raya di Setapak, Kuala Lumpur dirobohkan oleh DBKL dalam operasi kelmarin.


KUALA LUMPUR 7 Julai - Beberapa peniaga gerai di Taman Bunga Raya, Setapak di sini bertindak mengoyak lesen perniagaan mereka di hadapan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai membantah tindakan pihak berkuasa tempatan itu merobohkan gerai mereka.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak menghalang DBKL daripada meneruskan operasi meroboh itu yang berpunca daripada kegagalan peniaga mematuhi peraturan dan arahan waktu perniagaan yang dipersetujui.

Sebelum ini, peniaga telah diberikan notis oleh DBKL supaya tidak membuka gerai sehingga lewat malam kerana mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran.

Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Bunga Raya, Mior Azizul Mior Isahak berkata, satu sesi dialog bersama penduduk, peniaga dan DBKL telah diadakan pada Mei lalu dan persetujuan dicapai supaya gerai hanya beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.

"Bagaimanapun, peniaga tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh DBKL dan masih meneruskan perniagaan sehingga pukul tiga hingga empat pagi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, kegagalan peniaga mematuhi arahan itu bukan satu tuduhan tetapi hasil daripada pemantauan DBKL sebanyak beberapa kali di kawasan itu.

Malah, katanya, keadaan itu terus berlarutan walaupun telah diberikan notis beberapa kali oleh DBKL.

Jelas Mior Azizul, berikutan itu, sebahagian daripada gerai itu telah dirobohkan dan lesen perniagaan mereka telah ditamatkan serta-merta.

"Pihak DBKL juga telah mengambil tindakan memotong bekalan elektrik terhadap gerai-gerai yang terlibat," katanya.

Tambahnya, setakat ini, sebanyak 18 buah gerai telah dirobohkan dan notis telah diberikan kepada gerai-gerai lain supaya mematuhi tempoh waktu perniagaan yang ditetapkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Lanjutkan usia bas 20 tahun

Posted:

Lanjutkan usia bas 20 tahun

Lanjutkan usia bas 20 tahun

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.cim.my

LEDANG 7 Julai - Persatuan Pengusaha Bas negeri Johor memohon Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan tempoh lanjutan lagi lima tahun bagi perkhidmatan bas henti-henti yang berusia 15 tahun dalam mengurangkan beban kos pengusaha pengangkutan awam di negeri ini.

Pengerusinya, J. Suchdav berkata, para pengusaha bas henti-henti tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk meneruskan perkhidmatan dengan bas baru dan pihaknya juga tidak boleh dibandingkan dengan pengusaha bas daripada syarikat milik kerajaan (GLC).

''Dasar sedia ada menetapkan had usia bas henti-henti adalah selama 15 tahun dan ia kemudiannya perlu digantikan dengan bas baru.

''Kami merayu kerajaan agar permit bas kami dapat dilanjutkan lima tahun lagi kerana keadaan kewangan kami yang tidak begitu baik, malah pihak bank juga tidak meluluskan pinjaman,'' katanya selepas pertemuan dengan wakil SPAD Wilayah Selatan, Parit Bunga di sini hari ini.

Hadir sama pada pertemuan tersebut adalah Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia, Datuk Mohd. Asfar Alia dan Pengerusi Pengusaha Bas negeri Melaka, Abdul Razali Endon.

Menurut Suchdav, dalam membantu operasi bas henti-henti di seluruh negara, pihaknya memohon kerajaan menyalurkan subsidi mengikut setiap kilometer ataupun mengambil alih syarikat-syarikat bas berkenaan.

''Perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti tidak dapat menjana keuntungan yang banyak dan situasi ini berlaku di semua tempat.

''Buat masa ini, terdapat 1,500 bas henti-henti yang beroperasi di seluruh negeri Johor dan 80 peratus daripadanya sudah berusia lebih 15 tahun,'' katanya yang turut memberitahu persatuannya mewakili 20 syarikat bas di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabaran Futsal 17 Julai

Posted:

Cabaran Futsal 17 Julai

Cabaran Futsal 17 Julai

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 7 Julai - Orang ramai khususnya peminat sukan futsal dijemput menyertai Cabaran Futsal Utusan-Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang akan diadakan 17 Julai ini.

Pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai itu anjuran bersama Utusan Malaysia, JPMM DUN Puteri Wangsa dan Rohaizat Corporation (M) Sdn. Bhd.

Perlawanan yang bermula pukul 8 pagi itu berlangsung di Kompleks Daya Point, Pusat Sukan dan Futsal di Jalan Sagu 1, Taman Daya di sini.

Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita dan peserta mestilah berusia 17 tahun ke atas.

Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar seramai lapan pemain dan dikenakan bayaran RM150 bagi kategori lelaki, manakala wanita sebanyak RM100.

Bagi kategori lelaki, johan akan membawa pulang wang tunai RM2,000, piala kejohanan, medal serta sijil penyertaan, manakala naib johan menerima RM1,000, medal serta sijil penyertaan.

Tempat ketiga meraih RM700, medal dan sijil penyertaan dan tempat keempat membawa pulang wang tunai RM300 berserta medal dan sijil penyertaan.

Johan kategori wanita pula membawa pulang wang tunai RM1,000, medal serta sijil penyertaan, tempat kedua (RM500, medal dan sijil penyertaan), tempat ketiga (RM300, medal dan sijil penyertaan) dan tempat keempat (RM150 dan medal dan sijil penyertaan).

Bagi memeriahkan pertandingan itu, penganjur turut menyediakan pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, teka jumlah kacang dan jualan produk terbitan Kumpulan Utusan.

Justeru, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 07-3538815, 012-7444684 (Razak), 012-7295855 (Firdaus) dan 016-7888540 (Zahid). Tarikh tutup penyertaan adalah pukul 5 petang, 15 Julai ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Beribu ikan mati di Sg. Merbok

Posted:

Beribu ikan mati di Sg. Merbok

Beribu ikan mati di Sg. Merbok

Oleh ABD RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my


MOHD Zubib (tiga kiri) menunjukkan pelbagai jenis ikan sungai yang ditemui mati dalam Sungai Merbok di Bikan, Labu Besar Kulim semalam.


KULIM 7 Julai - Beribu ekor ikan mati di Sungai Merbok di Mukim Bagan Sena dekat sini dipercayai akibat air sungai tercemar dan beracun.

Kejadian itu memeranjatkan hampir 1,000 penduduk di Kampung Bikan Atas, Bikan Bawah dan Kampung Petani terutama yang sering menjala, menahan pukat dan menahan candik di sungai sepanjang 15 kilometer itu.

Penduduk mendakwa, kejadian itu mungkin berpunca daripada sebuah kilang tidak jauh dari kampung tersebut yang dikatakan telah membuang sisa kumbahan ke dalam sungai berkenaan.

Berikutan itu, banyak ikan seperti lampam, sisik,, pucuk pisang, haruan, keli dan bujuk ditemui mati sepanjang sungai itu.

Seorang penduduk, Zakaria Mat, 72, berkata, mereka sedih dengan kejadian itu dan ia boleh menjejaskan pencarian penduduk yang bergantung kepada sungai berkenaan.

''Pihak berkenaan sepatutnya lebih prihatin dan tidak membuang sisa kumbahan kilang secara sesuka hati ke dalam sungai,'' ujarnya.

Seorang penoreh getah, Khalid Sudin, 62, pula memberitahu, air sungai tersebut juga selama ini dipam masuk ke Loji Air Bikan daripada dulu sampai sekarang dan menjadi sumber air bersih untuk penduduk sekitar.

"Saya lihat banyak bangkai ikan terapung dalam sungai selepas selesai menoreh getah dan air sungai pula ketika itu berwarna ungu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Jamil Abdel Nasser Zakaria, 42, berkata, penduduk di kawasan terlibat boleh mendapat ikan hampir 20 kilogram jika menjala atau menahan pukat di sungai itu sebelum ini.

"Apabila kes seperti ini berlaku, pasti pihak terbabit lepas tangan dan enggan bertanggungjawab dan yang susahnya penduduk kampung yang mencari ikan sungai," katanya.

Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Drs. Mohd. Zubib Saad berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Pas Kedah perlu membuat pemeriksaan dan siasatan mengenai perkara itu.

"Masalahnya sekarang, air sungai sudah dipenuhi bangkai ikan dan tidak wajar air sungai itu terus diminum oleh penduduk sepanjang sungai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM4.8j naik taraf bekalan elektrik

Posted:

RM4.8j naik taraf bekalan elektrik

RM4.8j naik taraf bekalan elektrik

OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


SUID Othman (dua dari kiri) bersama Mohd. Tajuddin Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Hamidan Seman (kiri) untuk membantu suaminya Abu Bakar Lebai Chik yang lumpuh di Kampung Cemara, Sik, Kedah baru-baru ini. - utusan/OPAT RATTANACHOT


SIK 7 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan sebanyak RM4.8 juta bagi menaik taraf bekalan elektrik di sekitar kawasan Sik dalam tempoh terdekat.

Pengurus Besar TNB negeri, Suid Othman berkata, peruntukan itu melibatkan penggantian wayar dan kabel baru serta penambahan bekalan 33 Kilovolt (KV) ekoran pertambahan kapasiti penggunaan.

"Sebelum ini, daerah Sik kerap mengalami gangguan bekalan elektrik. Bagaimanapun, TNB kini berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sejajar dengan keperluan pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan rumah Baiti Jannati TNB dan kerusi roda kepada keluarga Abu Bakar Lebai Chik, 64, di Kampung Cemara, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Mohd. Tajuddin Abdullah.

Suid berkata, TNB juga komited menyalurkan bekalan elektrik berkualiti kepada penduduk di setiap kawasan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan.

Sementara itu, beliau berkata, program bantuan rumah tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial TNB untuk membantu golongan yang memerlukan.

Pada majlis itu, TNB menyumbangkan bantuan rumah bernilai RM20,000 kepada Abu Bakar yang lumpuh sejak lima tahun lalu.

Abu Bakar bersama isteri, Hamidan Seman, 41, dan anak mereka Iskandar, 16, sebelum ini tinggal di rumah usang tanpa bekalan elektrik.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Tajuddin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan TNB dan kakitangannya membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan di kawasan Sik.

Beliau berharap, usaha murni itu dijadikan contoh kepada syarikat korporat lain dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bahasa: Nilai komersial bukan alasan

Posted:

Bahasa: Nilai komersial bukan alasan

Bahasa: Nilai komersial bukan alasan

Oleh HAMDEN RAMLI

IPOH 7 Julai - Peringatan tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengutamakan bahasa Melayu di Bandar Diraja Kuala Kangsar pasti melegakan banyak pihak.

Selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang lantang memperjuangkan supaya amalan tersebut dihentikan, banyak pihak termasuk rakyat jelata pasti gembira dan menyokong ketegasan itu.

Malah, Dewan Pemuda Pas Perak yang kerap menghentam Zambry turut menyatakan sokongan terhadap ketegasan dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Tidak sukar untuk memahami mengapa sokongan terhadap ketegasan itu begitu mudah diperoleh. Malah, kita tidak perlu untuk melihat kepada faktor yang lebih jauh seperti jati diri dan sebagainya bagi memahami sentimen tersebut, memadai melihatnya daripada aspek kesesuaian pun sudah tidak kena.

Sebagai sebuah bandar yang dinobatkan sebagai Bandar Diraja, sudah pasti kita mengharapkan segala yang berlaku di dalam bandar tersebut termasuk dalam penggunaan bahasa di tempat awam mesti membawa imej diraja iaitu Raja Melayu.

Aura diraja Melayu yang telah wujud di bandar itu sama ada kerana gelaran yang diberikan itu ataupun sejarahnya, serta monumen-monumen penting keluarga diraja perlu dipertahankan.

Penggunaan bahasa Inggeris secara berleluasa di kawasan dan tempat tumpuan ramai boleh menjejaskan aura tersebut, malah, ia mungkin akan menimbulkan kekeliruan di kalangan pengunjung.

Pengunjung mungkin akan berasa pelik, mengapa Bandar Diraja banyak menggunakan bahasa Inggeris di tempat tumpuan ramainya dan tidak mengutamakan bahasa Melayu. Sekali gus ia akan menimbulkan persoalan sama ada Kuala Kangsar sebuah Bandar Diraja Melayu atau pun Bandar Diraja Inggeris.

Jika kita tidak boleh untuk menguatkuasa 100 peratus di tempat awam melibatkan premis-premis persendirian, memadai kawalan dilakukan terhadap tempat, kawasan, bangunan milik orang ramai yang selalunya terletak di bawah kuasa PBT.

Sebagai pihak yang berkuasa di daerah itu, mereka mesti menunjukkan teladan dan bukannya mengajak rakyat untuk melakukan tindakan sebaliknya.

Benar, pada hari ini, isu ini dilihat sangat kecil tetapi apa akan berlaku jika ia tidak dihentikan? Bayangkan jika amalan ini dibiarkan, lebih banyak tempat, bangunan dan kawasan tumpuan orang ramai akan dihiasi bahasa Inggeris yang dikatakan lebih tinggi nilai komersialnya itu.

Selepas tempat, bangunan dan kawasan tumpuan ramai dihiasi bahasa Inggeris, sudah tentu papan tanda bagi menunjuk arah akan dihiasi bahasa yang sama. Hari ini kesannya sudah dilihat dan ia akan bertambah jika amalan itu dibiarkan.

Alasan nilai komersial dan kemudahan pelancong juga tidak logik. Jika alasan itu digunakan, PBT terbabit perlu menggantikan semua nama dengan bahasa Inggeris. Istana Iskandariah mungkin lebih sesuai ditukarkan kepada Iskandariah Palace, jika kedua-dua alasan itu diguna pakai.

Sehubungan itu, sangat mudah untuk kita memahami ketegasan Menteri Besar dalam isu ini. Diharap pihak terbabit akan memahami ketegasan itu dan lebih penting hasrat rakyat yang lebih besar.

Tidak rugi untuk bertindak dan janganlah digunakan alasan jika tempat lain boleh, mengapa Kuala Kangsar tidak boleh?

Ingatlah, Kuala Kangsar telah diberikan identiti Bandar Diraja - Raja Melayu dan bukannya Raja Inggeris.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Proses daftar PATI ditangguh

Posted:

Proses daftar PATI ditangguh

Proses daftar PATI ditangguh

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 7 Julai - Kerajaan bersetuju menangguhkan sementara proses pendaftaran pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di bawah program penyelesaian menyeluruh atau Program 6P selepas mengesan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan melaluinya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan itu juga bagi membolehkan majikan mendaftarkan dua juta pekerja mereka yang sah ke dalam data sistem biometrik.

Menurut beliau, apabila semua pekerja asing yang sah selesai didaftarkan, Kementerian Dalam Negeri akan menggredkan mereka mengikut kategori dan sektor tertentu.

Kata beliau, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengumumkan secara lanjut mengenai penangguhan sementara Program 6P itu dalam masa terdekat.

"Kita dapat maklumat ada pihak yang nak buat duit, justeru kita putuskan majikan daftar dulu pekerja mereka yang sah dan mereka akan dibenarkan kembali bekerja dengan majikan masing-masing menggunakan pas sementara.

"Tak tahulah pasal apa ada pihak yang fikirkan dia boleh buat untung, hilangkan permit semua sekali, lepas itu kata dia PATI, mereka ingat boleh daftar balik, kemudian dapat duit. Ini kepala bijak dia orang dan kita nak elakkan ia daripada berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga kali kedua di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan sebanyak 280 majikan telah menyatakan persetujuan untuk mendaftarkan pekerja asing dan PATI di bawah Program 6P.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dilaporkan berkata, syarikat berkenaan akan mula mendaftar pada 11 Julai ini bagi memastikan premis dan pekerja mereka tidak disenaraihitamkan atau dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, apabila semua maklumat sudah direkodkan dalam sistem biometrik, pekerja yang sah tidak boleh 'lari' ke tempat lain selain dapat membantu kerajaan menangani masalah kebanjiran PATI di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru perlu tekankan pembangunan profesionalisme

Posted:

Guru perlu tekankan pembangunan profesionalisme

Guru perlu tekankan pembangunan profesionalisme


MUHYIDDIN YASSIN melancarkan Standard Pedagogi Pengajaran Bahasa Inggeris sambil diperhatikan Dr. Mohd. Puad Zarkashi (dua dari kiri), Dr. Wee Ka Siong (dua dari kanan), Abd. Ghafar Mahmud (kiri) dan Dr. Choong Kam Foong di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 7 Julai – Guru perlu mengenal pasti kekuatan masing-masing dan memberi penekanan terhadap aspek pembangunan profesionalisme, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, peningkatan standard kualiti pengajaran menjadi fokus utama kerana ia amat penting dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing bagi memacu negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

"Guru bahasa Inggeris perlu mengetahui keperluan mereka bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ketika berucap pada majlis pelancaran Standard Pedagogi Pengajaran Bahasa Inggeris di sini, hari ini.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Datuk Dr. Wee Ka Siong, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah English Language Teaching Centre, Dr. Choong Kam Foong.

Standard pedagogi telah digubal oleh Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kualiti pendidikan mata pelajaran tersebut.

Bahasa Inggeris merupakan subjek pertama yang membangunkan standard berkenaan, selaras dengan aspirasi dasar dan strategi Kementerian Pelajaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

35 barangan dikenal pasti di bawah akta kawalan harga

Posted:

35 barangan dikenal pasti di bawah akta kawalan harga

35 barangan dikenal pasti di bawah akta kawalan harga

PUTRAJAYA 7 Julai - Kerajaan telah mengenal pasti 35 jenis barangan keperluan yang diletakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 berikutan peningkatan harga barangan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu adalah berdasarkan kepada keperluan pengguna dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kita tumpukan kepada pengguna yang berpendapatan sederhana ataupun rendah kerana mereka ini mungkin rasa tertekan dengan kenaikan harga barang.

"Antara 35 barangan keperluan itu ialah ayam, daging lembu dan kambing, ia turut membabitkan ikan kembung, cencaru, udang putih, telur, sardin, cili kering, ubi kentang, ikan bilis, udang kering, kubis tempatan, betik, tembikai dan buah berangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga kali kedua di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Muhyiddin berkata, Malaysia berpotensi mengeluarkan bekalan makanan dominan lembu dan kambing yang menggunakan pelepah daun kelapa sawit bagi menggantikan jagung yang melibatkan kos tinggi dan terpaksa diimport.

Menurutnya, mesyuarat turut membincangkan harga makanan bagi ternakan yang tinggi menyumbang kepada berlakunya peningkatan harga daging ternakan tersebut di pasaran.

"Sehubungan itu, mesyuarat memutuskan supaya satu kajian dijalankan terhadap kouta eksport bagi produk Palm Kernel Expeller (PKE) dan Palm Kernel Cake (PKC) bagi produk tersebut dalam usaha memastikan kos input ternakan dapat dikurangkan," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat tentang nasib pengguna dalam negara terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah kerana mereka lebih tertekan dengan kenaikan harga barang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sungai Kelemak jadi 'tong sampah'

Posted:

Sungai Kelemak jadi 'tong sampah'

Sungai Kelemak jadi 'tong sampah'

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


SUDIN Ahmad menunjukkan sampel air Sungai Kelemak yang diambilnya dari sungai tersebut di Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 7 Julai - Penduduk Kampung Seri Kelemak dan sekitarnya merayu pihak berkuasa agar menangani segera masalah pencemaran Sungai Kelemak di sini yang didakwa berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Penduduk mendakwa sungai tersebut menjadi tempat pembuangan sampah sarap dan sisa buangan kilang yang terdapat berhampiran kawasan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pelbagai jenis sampah bertaburan di sepanjang muara sungai berkenaan dengan sesetengahnya tersangkut pada tunggul kayu di tebing sungai malah turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Pencemaran sungai tersebut mendatangkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai itu dan air sungai didapati bertukar warna menjadi hitam dan berkarat mengikut waktu tertentu.

Seorang penduduk, Zakaria Manap, 48, berkata, anak Sungai Kelemak yang dulunya jernih dan boleh diminum kini sudah dianggap sungai beracun kerana airnya akan bertukar warna disyaki akibat sisa buangan kilang berdekatan.

Menurutnya, sisa buangan industri tersebut berpunca daripada deretan kilang memproses makanan, kilang pembuatan kabel, sarung tangan getah serta industri pembuatan rim aloi di kawasan itu.

''Dulu tempat ini kawasan ladang getah dan sungai Kelemak amat bersih tetapi sejak dibangunkan kawasan industri ini, air sungai di sini bertukar warna keruh, kotor malah berbau busuk.

''Perkara ini sudah lama berlaku dan mungkin berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu namun tiada pihak yang peduli dengan nasib yang menimpa sungai ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penduduk lain, Sudin Ahmad, 28, berkata, dia hairan bagaimana kilang di kawasan Industri Kelemak boleh dibenarkan beroperasi di kawasan itu tanpa menyediakan loji rawatan sisa buangan industi.

''Kemudahan itu penting bagi membolehkan pihak kilang memproses sisa buangan kilang mereka sebelum dibuang ke sungai namun apa yang berlaku sebaliknya pula.

''Sebagai penduduk di kawasan ini, saya amat berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera sekiranya mahu menyelamatkan sungai ini dari terus tercemar," katanya.

Kata Sudin, dia yakin sungai tersebut telah mengalami pencemaran tahap serius apabila tiada kelihatan seekor hidupan yang hidup dalam sungai berkenaan.

Selain itu, seorang penduduk, K. Selvam, 22, berkata, dia amat kesal dengan kejadian itu kerana ia seolah-olah menggambarkan pihak berkuasa sengaja membazirkan sumber semula jadi alam di sungai itu.

Katanya, masalah pencemaran sungai itu harus ditangani segera kerana dia bimbang, jika pihak berkuasa lewat bertindak, generasi baru di kalangan penduduk di situ tiada lagi berpeluang melihat kewujudan Sungai Kelemak pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem penggera di air terjun

Posted:

Sistem penggera di air terjun

Sistem penggera di air terjun

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


MOHAMAD Hasan melihat sistem penggera ketika mengadakan lawatan serta melancarkan Sistem Amaran Kepala Air di Hutan Lipur Ulu Bendul, semalam.


KUALA PILAH 7 Julai - Orang ramai tidak perlu lagi bimbang untuk bermandi-manda di sungai Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini berikutan kawasan perkelahan itu kini sudah dilengkapi sistem penggera yang mampu mengesan kejadian kepala air secara efisien.

Sistem penggera yang dipasang serta direka oleh Jabatan Perhutanan negeri itu berupaya untuk memberi amaran awal kepada pengunjung sekiranya berlaku kenaikan paras air secara mendadak di sungai taman rekreasi berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif tersebut dianggap praktikal serta selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam usaha memastikan keselamatan pengunjung di kawasan tersebut terus terjamin.

''Saya amat gembira serta ingin mengucapkan tahniah kepada pihak jabatan kerana telah berjaya mencipta sistem yang mampu memberi amaran kepada orang ramai jika air di sungai berhampiran berada pada paras bahaya.

''Jika paras air naik secara mendadak atau berlakunya fenomena kepala air, sistem ini secara efektif mengesannya dan siren akan berbunyi selain lampu amaran turut dinyalakan," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita pada pelancaran Sistem Amaran Kepala Air di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini, hari ini. Turut hadir, Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Ariffin.

Jelasnya, sistem yang dihasilkan tanpa menelan belanja tinggi itu telah dipasang di beberapa kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

''Sistem ini terbahagi kepada dua fungsi iaitu automatik dan manual. Sistem automatik akan mengerakkan siren sebaik air naik secara mendadak, manakala sistem manual pula akan dipantau oleh renjer bertugas sebaik mendapati ada tanda awal akan berlakunya kepala air termasuk hujan lebat," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad turut bercadang untuk memasang sistem seumpama itu di tiga lokasi perkelahan sekitar negeri ini iaitu di Jeram Toi, Jelebu; Jeram Tengkek, Batu Kikir Jempol dan di Lata Kijang, Jelebu.

''Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk tujuan pemasangan di kawasan terbabit dan ia dijangka siap dalam tempoh dua bulan," katanya.

Tambah Mohamad, sistem penggera keselamatan yang direka oleh jabatan berkenaan akan dipatenkan kerana ia berbeza daripada sistem penggera sedia ada.

''Sistem ini lebih murah untuk dihasilkan berbanding sistem sedia ada yang lebih mahal sehingga mencecah jutaan ringgit. Lebih menarik, kos penyelenggaraan juga tidak mahal sekiranya ia rosak," jelasnya.

Pada 3 Mei lalu, tiga kanak-kanak perempuan dihanyutkan arus deras di kawasan perkelahan tersebut dan hanya dua mayat ditemui, manakala seorang lagi gagal dijumpai sehingga hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM135j pengindahan fasa kedua Sungai Melaka

Posted:

RM135j pengindahan fasa kedua Sungai Melaka

RM135j pengindahan fasa kedua Sungai Melaka


Douglas Uggah Embas (dua, kiri) menaiki Melaka River Cruise di Jeti Taman Rempah untuk meninjau Sungai Melaka bagi Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Parcel 2 sempena lawatan kerja sehari beliau ke Melaka, semalam. Turut kelihatan Mohd. Ali Rustam (kiri). - BERNAMA


MELAKA 7 Julai - Sejumlah RM135 juta diluluskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi projek fasa kedua pengindahan Sungai Melaka yang dijangka dimulakan akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerja-kerja menaik taraf sungai tersebut melibatkan pemanjangan dan pelebaran sungai itu sejauh 2.3 kilometer.

Menurutnya, pelbagai kemudahan infrastruktur bakal dibina sepanjang sungai tersebut sehingga ke kawasan Melaka Sentral dan ia dijangka siap tahun depan.

''Apabila projek ini siap nanti, Sungai Melaka akan menjadi salah satu produk pelancongan yang terkenal sekali gus menarik lebih ramai kunjungan pelancongan ke negeri ini pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

Menurutnya, projek pengindahan dan naik taraf sungai tersebut turut melibatkan penyediaan kemudahan teksi air bagi memudahkan orang ramai ke Melaka Sentral sekali gus mengelak kesesakan di pusat bandar.

''Kita juga merancang mewujudkan tempat pejalan kaki, kawasan habitat haiwan seperti burung dan kelip-kelip yang pasti akan ada nilai tambah untuk kepuasan pelancong," ujar beliau.

Sementara itu, Mohd. Ali pada sidang akhbar yang sama turut mencadangkan agar diwujudkan pasar terapung seperti di Thailand berhampiran Jambatan Hang Jebat.

Beliau berkata, pihaknya melalui Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai negeri akan menambah lebih banyak bot untuk dijadikan sebagai teksi air yang boleh memuatkan 16 penumpang dalam satu-satu masa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Pentas istimewa insan OKU

Posted:

Pentas istimewa insan OKU

Pentas istimewa insan OKU

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my


ACARA tarian tradisional Orang Asli turut diadakan oleh pelajar-pelajar istimewa semasa Majlis Pentas Istimewa Pendidikan Khas 2011 Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 7 Julai - Apabila Muhamad Syarif Azan, 17, dari Sekolah Menengah Permaisuri Nur Zahirah, Besut berdiri di pentas dan penuh yakin menyampaikan puisi, perhatian orang ramai yang hadir terpaku ke arahnya.

''Ayah dan ibu,

Menyuluh jalan hidupku,

Kasih sayangmu tak ternilai,

Ayah dan ibu,

Dengarlah suara hatiku

apa yang terbuku.."

Itu sebahagian daripada bait puisi ciptaan gurunya yang mengingatkan kesusahan ibu bapa menjaga anak-anak yang dilahirkan dengan serba kekurangan.

Sebahagian daripada 2,000 hadirin yang memenuhi Dewan Besar Wisma Darul Iman mengesat air mata apabila nada suaranya dan bait puisi itu menyuntik keharuan.

Itu kali pertama Muhamad Syarif menyertai persembahan pentas dan dia bersama 128 orang kanak-kanak istimewa menjayakan Program Pentas Istimewa Pendidikan Khas 2011 yang dirintis Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) baru-baru ini.

Biarpun sudah melalui usia remaja, perkembangan fizikalnya tidak normal, dengan berbadan kecil dan rendah persis kanak-kanak berusia enam tahun malah menghidap masalah paru-paru.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu ketika ditemui memberitahu, usianya sudah 17 tahun, seolah-olah mahu kami mengikis tanggapan bahawa dia sekadar seorang budak.

"Saya memang berdebar kerana pertama kali berdiri di pentas, di hadapan begitu ramai penonton. Saya berlatih beberapa minggu lalu dan sangat terharu kerana ramai orang suka," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.

Program itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan termasuk pantomin, drama muzikal, tarian tradisional, silat, nyanyian solo, nasyid serta tarian sewang.

Sebanyak 14 buah sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu; SMK Sultan Omar, Dungun; SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut; SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu; SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu dan SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu.

Juga SMK Pulau Serai, Dungun; SMK Tembila, Besut; SMK Panji Alam, Kuala Terengganu; Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Kemaman; SK Pendidikan Khas Besut; SK Pauh, Hulu Terengganu dan SK Sungai Pergam, Kemaman.

Melalui program ini, bakat pelajar pendidikan khas terdiri daripada mereka yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, masalah lemah pembelajaran serta terencat akal diketengah.

Dikir barat oleh pelajar SMK Tembila, Besut memberi kelainan dalam persembahan dengan menampilkan pendikir dan awak-awak yang menggunakan bahasa isyarat khas untuk mereka yang tidak dapat mendengar.

Menurut guru yang melatih mereka, Rozaila Mat Ail, 39, dia mengakui amat sukar untuk melatih pelajar-pelajar istimewa itu membuat persembahan sebaik apa yang penonton lihat pada hari ini.

Ujarnya, dia dan 11 guru lagi bekerjasama melatih mereka sejak tiga bulan yang lalu.

"Pada awalnya kami rasa mereka tidak mampu namun kami sangat terharu apabila mereka yang mempunyai masalah pembelajaran serta pendengaran ini dapat memberikan persembahan yang baik.

"Biarpun cabaran amat besar kerana mereka tidak boleh mendengar tetapi harus mengikut muzik namun mereka berjaya membuktikan keupayaan walaupun pertama kali mempersembahkannya," ujarnya.

Pentas Istimewa yang merupakan acara julung-julung kalinya diadakan di negeri ini dan bakal dijadikan program tahunan.

Dalam pada itu, Ketua Sektor Pendidikan Khas Jabatan JPNT, Ngah Bidin berkata, program tersebut akan dijadikan tradisi tahunan sebagai satu usaha untuk mengasah bakat golongan istimewa yang turut membantu meningkatkan keyakinan diri mereka bersama anggota masyarakat.

Baginya, ia bukannya suatu usaha yang mudah untuk dilaksana memandangkan ia melibatkan pelajar-pelajar pendidikan khas namun tenaga pengajar yang memberi komitmen tinggi membolehkan program itu dijayakan.

"Penganjuran Pentas Istimewa ini amat bermakna buat insan istimewa dan saya lihat ramai yang terharu apabila melihat kemampuan pelajar-pelajar ini membuat persembahan yang tiada cacat celanya.

"Malah boleh dibanggakan apabila mereka langsung tidak gentar walaupun pertama kali membuat persembahan di hadapan ribuan penonton," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPNB bina 2,384 rumah di Kelantan

Posted:

SPNB bina 2,384 rumah di Kelantan

SPNB bina 2,384 rumah di Kelantan

KOTA BAHARU 7 Julai – Kerajaan Pusat melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah membina 2,384 buah rumah bernilai kira-kira RM16 juta di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kelantan sejak lapan tahun lalu.

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, tidak berbangkit soal Kerajaan Pusat tidak membina rumah di Kelantan selepas kerajaan Pas mengambil alih negeri ini daripada Barisan Nasional (BN) sejak 1999.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Asas dan Utiliti negeri, Datuk Mohd. Anizam Abdul Rahman, bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menghulurkan peruntukan kepada kerajaan negeri dalam menyediakan projek perumahan di negeri itu sejak 1999.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mengakui keperluan perumahan di Kelantan masih tinggi tetapi gagal dilaksanakan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup.

Dr. Kamarul Rashan berkata, program perumahan ini mula diperkenalkan di Terengganu pada 2002 untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

"Program ini diperluaskan ke Kelantan pada tahun berikutnya atas matlamat yang sama membantu golongan sasaran itu," katanya.

Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), SPNB bercadang membina sebanyak 2,500 unit RMR di seluruh negara pada tahun depan.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, setiap rumah yang dibina itu sekurang-kurangnya mengandungi tiga bilik tidur bernilai RM70,000 yang dibina atas tapak tanah milik sendiri. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Asrama Darul Akhyar mulakan operasi ambil 98 pelajar

Posted:

Asrama Darul Akhyar mulakan operasi ambil 98 pelajar

Asrama Darul Akhyar mulakan operasi ambil 98 pelajar


PELAJAR pertama yang mendaftar di Asrama Darul Akhyar bergambar bersama kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di Kampung Tanjung Kapal, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini. - utusan/FAUZI MOHD.


KUALA TERENGGANU 7 Julai - Asrama Darul Akhyar kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu di Kampung Tanjung Kapal, Batu Rakit, di sini mula beroperasi dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 98 pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, asrama untuk anak yatim dan fakir miskin itu menelan kos RM4.3 juta dengan pembinaan dua blok asrama lelaki dan perempuan, kantin, surau dan rumah warden.

Katanya, asrama itu telah mengambil pelajar bermula dari tingkatan satu hingga empat dari seluruh negeri dan mereka telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit, dekat sini.

"Semua kos operasi termasuk elaun tujuh kakitangan asrama, perbelanjaan setiap pelajar seperti yuran sekolah, tambang bas, duit saku ditanggung sepenuhnya oleh pihak Maidam.

"Pihak Maidam juga akan berusaha menambah baik prasarana seperti penyediaan perpustakaan, gelanggang sukan serta kawasan riadah bagi menjadikan Asrama Akhyar ini sebagai pusat pengajian dan kebajikan anak yatim yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kesyukuran pembukaan asrama itu di Batu Rakit, dekat sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit.

Wan Harujan berkata, seramai 44 pelajar lelaki dan 54 perempuan yang berjauhan dengan keluarga di Darul Akhyar itu diberi perhatian khusus terutama soal disiplin dan pencapaian akademik.

Katanya, pihak Maidam juga mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak lain seperti badan korporat dan individu persendirian untuk hulurkan sumbangan bagi membantu mereka mendapatkan pendidikan yang terbaik.

"Begitu juga dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan penuntut institusi pengajian tinggi turut dipelawa mengadakan pelbagai program bermanafaat di asrama ini.

"Untuk itu juga, Maidam akan turut jalinkan kerjasama dengan beberapa asrama anak yatim yang diuruskan oleh pihak lain kerana mereka lebih berpengalaman dalam perkara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved