Jumaat, 8 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Lanjutkan usia bas 20 tahun

Posted:

Lanjutkan usia bas 20 tahun

Lanjutkan usia bas 20 tahun

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.cim.my

LEDANG 7 Julai - Persatuan Pengusaha Bas negeri Johor memohon Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan tempoh lanjutan lagi lima tahun bagi perkhidmatan bas henti-henti yang berusia 15 tahun dalam mengurangkan beban kos pengusaha pengangkutan awam di negeri ini.

Pengerusinya, J. Suchdav berkata, para pengusaha bas henti-henti tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk meneruskan perkhidmatan dengan bas baru dan pihaknya juga tidak boleh dibandingkan dengan pengusaha bas daripada syarikat milik kerajaan (GLC).

''Dasar sedia ada menetapkan had usia bas henti-henti adalah selama 15 tahun dan ia kemudiannya perlu digantikan dengan bas baru.

''Kami merayu kerajaan agar permit bas kami dapat dilanjutkan lima tahun lagi kerana keadaan kewangan kami yang tidak begitu baik, malah pihak bank juga tidak meluluskan pinjaman,'' katanya selepas pertemuan dengan wakil SPAD Wilayah Selatan, Parit Bunga di sini hari ini.

Hadir sama pada pertemuan tersebut adalah Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia, Datuk Mohd. Asfar Alia dan Pengerusi Pengusaha Bas negeri Melaka, Abdul Razali Endon.

Menurut Suchdav, dalam membantu operasi bas henti-henti di seluruh negara, pihaknya memohon kerajaan menyalurkan subsidi mengikut setiap kilometer ataupun mengambil alih syarikat-syarikat bas berkenaan.

''Perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti tidak dapat menjana keuntungan yang banyak dan situasi ini berlaku di semua tempat.

''Buat masa ini, terdapat 1,500 bas henti-henti yang beroperasi di seluruh negeri Johor dan 80 peratus daripadanya sudah berusia lebih 15 tahun,'' katanya yang turut memberitahu persatuannya mewakili 20 syarikat bas di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabaran Futsal 17 Julai

Posted:

Cabaran Futsal 17 Julai

Cabaran Futsal 17 Julai

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 7 Julai - Orang ramai khususnya peminat sukan futsal dijemput menyertai Cabaran Futsal Utusan-Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang akan diadakan 17 Julai ini.

Pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai itu anjuran bersama Utusan Malaysia, JPMM DUN Puteri Wangsa dan Rohaizat Corporation (M) Sdn. Bhd.

Perlawanan yang bermula pukul 8 pagi itu berlangsung di Kompleks Daya Point, Pusat Sukan dan Futsal di Jalan Sagu 1, Taman Daya di sini.

Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita dan peserta mestilah berusia 17 tahun ke atas.

Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar seramai lapan pemain dan dikenakan bayaran RM150 bagi kategori lelaki, manakala wanita sebanyak RM100.

Bagi kategori lelaki, johan akan membawa pulang wang tunai RM2,000, piala kejohanan, medal serta sijil penyertaan, manakala naib johan menerima RM1,000, medal serta sijil penyertaan.

Tempat ketiga meraih RM700, medal dan sijil penyertaan dan tempat keempat membawa pulang wang tunai RM300 berserta medal dan sijil penyertaan.

Johan kategori wanita pula membawa pulang wang tunai RM1,000, medal serta sijil penyertaan, tempat kedua (RM500, medal dan sijil penyertaan), tempat ketiga (RM300, medal dan sijil penyertaan) dan tempat keempat (RM150 dan medal dan sijil penyertaan).

Bagi memeriahkan pertandingan itu, penganjur turut menyediakan pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, teka jumlah kacang dan jualan produk terbitan Kumpulan Utusan.

Justeru, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 07-3538815, 012-7444684 (Razak), 012-7295855 (Firdaus) dan 016-7888540 (Zahid). Tarikh tutup penyertaan adalah pukul 5 petang, 15 Julai ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved