Jumaat, 8 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rayu Mara ambil alih premis

Posted:

Rayu Mara ambil alih premis

Rayu Mara ambil alih premis

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


SEBAHAGIAN penyewa di Kompleks Gurney berhimpun bagi merayu Mara mengambil alih pengurusan kompleks itu di Kuala Lumpur, kelmarin. - UTUSAN/ Muhamad Iqbal Rosli


KUALA LUMPUR 7 Julai - Peniaga di Kompleks Gurney di sini sekali lagi merayu Majlis Amanah Rakyat (Mara) selaku pemilik kompleks itu mengambil alih pengurusan premis tersebut daripada Koperasi Niaga Glokal Berhad (KNGB) supaya penyewa boleh meneruskan perniagaan di situ.

Peniaga mendakwa, KNGB kini seolah-olah cuba menekan mereka dengan menaikkan kadar sewa dan juga mengeluarkan notis supaya peniaga mengosongkan premis masing-masing.

Peniaga yang mendapat surat tawaran bertarikh 25 April 2011 dimaklumkan bahawa kadar sewa telah dinaikkan daripada RM1,800 kepada RM2,500 sebulan bermula 1 November akan datang.

Selain itu, dua notis pengosongan premis juga telah dikeluarkan iaitu pada 18 Mei lalu dan yang terbaru pada 22 Jun, yang mengkehendaki peniaga keluar dari situ dalam tempoh 14 hari jika tidak bersetuju dengan kadar sewa itu.

Situasi itu telah memberikan tekanan kepada peniaga kerana ia menyebabkan status mereka sama ada boleh meneruskan perniagaan atau sebaliknya, menjadi tanda tanya.

Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa Kompleks Gurney, Muhammad Muszaki Mohd. Ozir berkata, pihaknya memohon perkara itu diteliti oleh Mara demi kebaikan semua peniaga.

"Sebelum ini kami ada berbincang dengan Mara berhubung masalah yang dihadapi ini tetapi pihak Mara hanya memberi jaminan bahawa kami boleh meneruskan perniagaan tanpa jaminan bertulis sehingga mereka selesai berbincang dengan KNGB," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sebelum itu, beliau bersama peniaga di Kompleks Gurney mengadakan bantahan secara aman bagi mendesak pihak pengurusan kompleks itu berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh peniaga.

Ini kerana peniaga mendakwa, pihak KNGB enggan berunding, ma lah pejabat urusan koperasi itu di dalam kompleks berkenaan juga sudah ditutup sejak Mei lalu.

Jelas Muhammad Muszaki, setelah mendapat notis daripada pihak pengurusan kompleks, peniaga kini tertanya-tanya apakah status mereka walaupun ada jaminan lisan daripada Mara bahawa mereka boleh terus berniaga di situ.

Beliau berkata, peniaga berharap isu itu akan segera diselesaikan oleh Mara kerana mereka tidak sanggup untuk terus menanggung kerugian dan hutang yang semakin bertambah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koyak lesen tak halang diroboh

Posted:

Koyak lesen tak halang diroboh

Koyak lesen tak halang diroboh

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


Gerai makan yang beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan di kawasan perumahan Taman Bunga Raya di Setapak, Kuala Lumpur dirobohkan oleh DBKL dalam operasi kelmarin.


KUALA LUMPUR 7 Julai - Beberapa peniaga gerai di Taman Bunga Raya, Setapak di sini bertindak mengoyak lesen perniagaan mereka di hadapan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai membantah tindakan pihak berkuasa tempatan itu merobohkan gerai mereka.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak menghalang DBKL daripada meneruskan operasi meroboh itu yang berpunca daripada kegagalan peniaga mematuhi peraturan dan arahan waktu perniagaan yang dipersetujui.

Sebelum ini, peniaga telah diberikan notis oleh DBKL supaya tidak membuka gerai sehingga lewat malam kerana mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran.

Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Bunga Raya, Mior Azizul Mior Isahak berkata, satu sesi dialog bersama penduduk, peniaga dan DBKL telah diadakan pada Mei lalu dan persetujuan dicapai supaya gerai hanya beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.

"Bagaimanapun, peniaga tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh DBKL dan masih meneruskan perniagaan sehingga pukul tiga hingga empat pagi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, kegagalan peniaga mematuhi arahan itu bukan satu tuduhan tetapi hasil daripada pemantauan DBKL sebanyak beberapa kali di kawasan itu.

Malah, katanya, keadaan itu terus berlarutan walaupun telah diberikan notis beberapa kali oleh DBKL.

Jelas Mior Azizul, berikutan itu, sebahagian daripada gerai itu telah dirobohkan dan lesen perniagaan mereka telah ditamatkan serta-merta.

"Pihak DBKL juga telah mengambil tindakan memotong bekalan elektrik terhadap gerai-gerai yang terlibat," katanya.

Tambahnya, setakat ini, sebanyak 18 buah gerai telah dirobohkan dan notis telah diberikan kepada gerai-gerai lain supaya mematuhi tempoh waktu perniagaan yang ditetapkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved