Jumaat, 8 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sungai Kelemak jadi 'tong sampah'

Posted:

Sungai Kelemak jadi 'tong sampah'

Sungai Kelemak jadi 'tong sampah'

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


SUDIN Ahmad menunjukkan sampel air Sungai Kelemak yang diambilnya dari sungai tersebut di Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 7 Julai - Penduduk Kampung Seri Kelemak dan sekitarnya merayu pihak berkuasa agar menangani segera masalah pencemaran Sungai Kelemak di sini yang didakwa berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Penduduk mendakwa sungai tersebut menjadi tempat pembuangan sampah sarap dan sisa buangan kilang yang terdapat berhampiran kawasan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pelbagai jenis sampah bertaburan di sepanjang muara sungai berkenaan dengan sesetengahnya tersangkut pada tunggul kayu di tebing sungai malah turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Pencemaran sungai tersebut mendatangkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai itu dan air sungai didapati bertukar warna menjadi hitam dan berkarat mengikut waktu tertentu.

Seorang penduduk, Zakaria Manap, 48, berkata, anak Sungai Kelemak yang dulunya jernih dan boleh diminum kini sudah dianggap sungai beracun kerana airnya akan bertukar warna disyaki akibat sisa buangan kilang berdekatan.

Menurutnya, sisa buangan industri tersebut berpunca daripada deretan kilang memproses makanan, kilang pembuatan kabel, sarung tangan getah serta industri pembuatan rim aloi di kawasan itu.

''Dulu tempat ini kawasan ladang getah dan sungai Kelemak amat bersih tetapi sejak dibangunkan kawasan industri ini, air sungai di sini bertukar warna keruh, kotor malah berbau busuk.

''Perkara ini sudah lama berlaku dan mungkin berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu namun tiada pihak yang peduli dengan nasib yang menimpa sungai ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penduduk lain, Sudin Ahmad, 28, berkata, dia hairan bagaimana kilang di kawasan Industri Kelemak boleh dibenarkan beroperasi di kawasan itu tanpa menyediakan loji rawatan sisa buangan industi.

''Kemudahan itu penting bagi membolehkan pihak kilang memproses sisa buangan kilang mereka sebelum dibuang ke sungai namun apa yang berlaku sebaliknya pula.

''Sebagai penduduk di kawasan ini, saya amat berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera sekiranya mahu menyelamatkan sungai ini dari terus tercemar," katanya.

Kata Sudin, dia yakin sungai tersebut telah mengalami pencemaran tahap serius apabila tiada kelihatan seekor hidupan yang hidup dalam sungai berkenaan.

Selain itu, seorang penduduk, K. Selvam, 22, berkata, dia amat kesal dengan kejadian itu kerana ia seolah-olah menggambarkan pihak berkuasa sengaja membazirkan sumber semula jadi alam di sungai itu.

Katanya, masalah pencemaran sungai itu harus ditangani segera kerana dia bimbang, jika pihak berkuasa lewat bertindak, generasi baru di kalangan penduduk di situ tiada lagi berpeluang melihat kewujudan Sungai Kelemak pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem penggera di air terjun

Posted:

Sistem penggera di air terjun

Sistem penggera di air terjun

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


MOHAMAD Hasan melihat sistem penggera ketika mengadakan lawatan serta melancarkan Sistem Amaran Kepala Air di Hutan Lipur Ulu Bendul, semalam.


KUALA PILAH 7 Julai - Orang ramai tidak perlu lagi bimbang untuk bermandi-manda di sungai Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini berikutan kawasan perkelahan itu kini sudah dilengkapi sistem penggera yang mampu mengesan kejadian kepala air secara efisien.

Sistem penggera yang dipasang serta direka oleh Jabatan Perhutanan negeri itu berupaya untuk memberi amaran awal kepada pengunjung sekiranya berlaku kenaikan paras air secara mendadak di sungai taman rekreasi berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif tersebut dianggap praktikal serta selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam usaha memastikan keselamatan pengunjung di kawasan tersebut terus terjamin.

''Saya amat gembira serta ingin mengucapkan tahniah kepada pihak jabatan kerana telah berjaya mencipta sistem yang mampu memberi amaran kepada orang ramai jika air di sungai berhampiran berada pada paras bahaya.

''Jika paras air naik secara mendadak atau berlakunya fenomena kepala air, sistem ini secara efektif mengesannya dan siren akan berbunyi selain lampu amaran turut dinyalakan," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita pada pelancaran Sistem Amaran Kepala Air di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini, hari ini. Turut hadir, Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Ariffin.

Jelasnya, sistem yang dihasilkan tanpa menelan belanja tinggi itu telah dipasang di beberapa kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

''Sistem ini terbahagi kepada dua fungsi iaitu automatik dan manual. Sistem automatik akan mengerakkan siren sebaik air naik secara mendadak, manakala sistem manual pula akan dipantau oleh renjer bertugas sebaik mendapati ada tanda awal akan berlakunya kepala air termasuk hujan lebat," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad turut bercadang untuk memasang sistem seumpama itu di tiga lokasi perkelahan sekitar negeri ini iaitu di Jeram Toi, Jelebu; Jeram Tengkek, Batu Kikir Jempol dan di Lata Kijang, Jelebu.

''Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk tujuan pemasangan di kawasan terbabit dan ia dijangka siap dalam tempoh dua bulan," katanya.

Tambah Mohamad, sistem penggera keselamatan yang direka oleh jabatan berkenaan akan dipatenkan kerana ia berbeza daripada sistem penggera sedia ada.

''Sistem ini lebih murah untuk dihasilkan berbanding sistem sedia ada yang lebih mahal sehingga mencecah jutaan ringgit. Lebih menarik, kos penyelenggaraan juga tidak mahal sekiranya ia rosak," jelasnya.

Pada 3 Mei lalu, tiga kanak-kanak perempuan dihanyutkan arus deras di kawasan perkelahan tersebut dan hanya dua mayat ditemui, manakala seorang lagi gagal dijumpai sehingga hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM135j pengindahan fasa kedua Sungai Melaka

Posted:

RM135j pengindahan fasa kedua Sungai Melaka

RM135j pengindahan fasa kedua Sungai Melaka


Douglas Uggah Embas (dua, kiri) menaiki Melaka River Cruise di Jeti Taman Rempah untuk meninjau Sungai Melaka bagi Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Parcel 2 sempena lawatan kerja sehari beliau ke Melaka, semalam. Turut kelihatan Mohd. Ali Rustam (kiri). - BERNAMA


MELAKA 7 Julai - Sejumlah RM135 juta diluluskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi projek fasa kedua pengindahan Sungai Melaka yang dijangka dimulakan akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerja-kerja menaik taraf sungai tersebut melibatkan pemanjangan dan pelebaran sungai itu sejauh 2.3 kilometer.

Menurutnya, pelbagai kemudahan infrastruktur bakal dibina sepanjang sungai tersebut sehingga ke kawasan Melaka Sentral dan ia dijangka siap tahun depan.

''Apabila projek ini siap nanti, Sungai Melaka akan menjadi salah satu produk pelancongan yang terkenal sekali gus menarik lebih ramai kunjungan pelancongan ke negeri ini pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

Menurutnya, projek pengindahan dan naik taraf sungai tersebut turut melibatkan penyediaan kemudahan teksi air bagi memudahkan orang ramai ke Melaka Sentral sekali gus mengelak kesesakan di pusat bandar.

''Kita juga merancang mewujudkan tempat pejalan kaki, kawasan habitat haiwan seperti burung dan kelip-kelip yang pasti akan ada nilai tambah untuk kepuasan pelancong," ujar beliau.

Sementara itu, Mohd. Ali pada sidang akhbar yang sama turut mencadangkan agar diwujudkan pasar terapung seperti di Thailand berhampiran Jambatan Hang Jebat.

Beliau berkata, pihaknya melalui Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai negeri akan menambah lebih banyak bot untuk dijadikan sebagai teksi air yang boleh memuatkan 16 penumpang dalam satu-satu masa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved