Jumaat, 8 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pembangunan RM250 juta

Posted:

Pembangunan RM250 juta

Pembangunan RM250 juta

Oleh YUSRI SAHAT dan ALI MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak melihat model pembangunan di wilayah Jengka ketika merasmikan Hari Peneroka 2011 di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, semalam. Turut kelihatan Adnan Yaakob dan Isa Samad. – bernama


MARAN 7 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan nama baru Bandar Jengka di sini kepada Bandar Tun Abdul Razak Jengka sempena nama Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas tanah rancangan Felda.

Perdana Menteri ketika mengisytiharkan nama baru itu berkata, kerajaan akan menyalurkan sebanyak RM250 juta untuk pembangunan bersepadu bandar berkenaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagi tempoh tiga tahun pertama, katanya, kerajaan akan menaik taraf kompleks sukan dan Stadium Nadi Kota di bandar itu dengan kos sebanyak RM87 juta selain 500 unit rumah generasi kedua dan ketiga bernilai RM50 juta.

''Kerajaan juga akan membina kompleks pengangkutan bersepadu di tapak Nadi Kota sebagai hab pengangkutan di Felda Wilayah Jengka, 13 dewan serbaguna bernilai RM10 juta dan enam unit mesin hemodialisis bernilai RM1.5 juta di Hospital Jengka, Hospital Temerloh dan Hospital Jerantut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Peneroka di Bandar Tun Abdul Razak Jengka hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Kira-kira 30,000 warga peneroka Felda dari seluruh tanah air hadir pada Hari Peneroka tersebut.

Najib memberitahu, Felda akan terus menjaga kebajikan warganya terutama dalam aspek perumahan apabila memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membina kediaman generasi kedua dan ketiga di 11 wilayahnya di seluruh negara.

Bagi melaksanakan projek itu, jelas Perdana Menteri, Felda memberi subsidi antara RM20,000 hingga RM25,000 untuk setiap unit kediaman generasi kedua dan ketiganya.

Felda juga tambahnya, memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk membaik pulih rumah kakitangannya dan RM2 juta bagi menjalankan program komuniti bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

''Projek-projek pembangunan prasarana ini memakan masa selama satu setengah tahun untuk direalisasikan sepenuhnya," katanya.

Sehubungan itu, Najib sekali lagi menegaskan, Felda tidak pernah bankrap seperti diuar-uarkan oleh parti pembangkang.

Menurut beliau, Felda mempunyai simpanan tunai sebanyak RM10.1 bilion yang tidak termasuk aset tetap yang dimiliki.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata, Felda diiktiraf sebagai agensi paling berjaya yang melaksanakan transformasi tanah sehingga menjadi contoh kepada negara-negara lain.

''Felda berjaya meningkatkan taraf hidup, kualiti kediaman, masa depan yang lebih terjamin dan kemudahan sosial yang disediakan untuk generasi kedua dan ketiga," katanya.

Felda juga tambahnya, mencatatkan keuntungan lebih RM3 bilion dalam pelaburan-pelaburan yang dilakukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Profesor diminta bantu transformasikan negara

Posted:

Profesor diminta bantu transformasikan negara

Profesor diminta bantu transformasikan negara


Najib Tun Razak merasmikan Kongres Profesor Negara anjuran Yayasan Wangsa Perdana di Dewan Merdeka, PWTC, malam tadi. Turut kelihatan dari kiri, Mohamed Khaled Nordin, Dr. Zakri Abdul Hamid dan Pengerusi Yayasan Wangsa Perdana, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah. – utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin


KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta golongan profesor bersama-sama membantu kerajaan melakukan transformasi kepada negara kerana mereka mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Perdana Menteri berkata, sebagai golongan intelektual sudah tentu mereka mempunyai kemahiran serta kepakaran terutama dari segi ilmu pengetahuan, sama ada dalam konteks memajukan negara mahu pun keupayaan mengubah minda rakyat.

Selain itu, beliau juga mahu golongan profesor mengurangkan politiking di dalam kampus kerana ia tidak akan membantu sebarang usaha untuk meningkat kemajuan negara.

"Negara sekarang terlalu banyak politik. Oleh itu, saya minta para profesor kurangkan berpolitik. Tumpukan usaha untuk memajukan negara serta mengubah minda rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk 'Ilmu Mentransformasi Negara' pada majlis perasmian Kongres Profesor Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid.

Najib dalam ucapannya turut menyentuh peranan golongan profesor sebagai komponen utama dalam pelaksanaan strategi pembangunan negara berasaskan kreativiti dan inovasi.

Beliau berkata, ini kerana golongan tersebut mempunyai tahap keilmuan yang tinggi dan sudah tentu kerajaan amat memerlukan sumbangan mereka dalam memacu serta menjana potensi negara.

"Apabila kita bercakap mengenai kreativiti dan inovasi untuk membangunkan negara, kita amat memerlukan sumbangan daripada golongan profesor.

"Mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan pemikiran yang tajam. Oleh itu, mereka boleh membantu kita memajukan negara, bukan setakat mencurahkan idea tetapi turut menjadi pelaksana," katanya.

Najib berkata, penubuhan MPN adalah bukti komitmen kerajaan untuk melibatkan golongan profesor dalam konteks pembangunan negara secara lebih serius.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib sebak mengenang ayahandanya ketika berucap

Posted:

Najib sebak mengenang ayahandanya ketika berucap

Najib sebak mengenang ayahandanya ketika berucap

MARAN 7 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebak ketika menyampaikan ucapan pada majlis mengenang Tokoh Negarawan, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang di sini, hari ini.

Beliau yang berucap kira-kira 20 minit dilihat menahan sebak sejak awal lagi ketika menyampaikan ucapannya.

Majlis itu dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan ayahandanya yang ketika itu menjadi Perdana Menteri kedua negara.

"Sebelum saya menjadi terlalu emosi, lebih baik berhenti berucap, apabila bercakap mengenai Tun Razak, pastinya ada perasaan yang tidak boleh dikawal," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut Najib, perjalanan ayahandanya sebagai pemimpin negara perlu menjadi panduan kepada generasi baru termasuk kepimpinan muda negara.

"Allahyarham tidak ghairah mendapatkan kuasa politik," katanya dengan merujuk kepada peristiwa peletakan jawatan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar dan pelantikannya sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Beliau berkata, Tun Abdul Razak pernah memberitahunya beliau terlalu muda untuk memimpin UMNO ketika itu dan sanggup memberi laluan kepada bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Ketika dilantik sebagai Pengarah Mageran yang mempunyai kuasa tidak terbatas, bukan sahaja beliau tidak menyalahgunakan kuasa malah tidak sabar menyerahkan kembali kuasa itu kepada rakyat menerusi pilihan raya," jelasnya.

Tambahnya, jasa dan pengorbanan Tun Abdul Razak ternyata amat disanjungi rakyat dari dulu sehingga sekarang.

"Saya sentiasa mengingati kata-katanya iaitu seorang pemimpin disegani akan terus dikenang sepanjang zaman.

"Pemimpin hendaklah disegani dan bukannya ditakuti kerana kalau kita ditakuti tiada seorang pun akan mengenang atau menghormati apabila kita telah tiada," jelasnya.

Sementara itu, katanya, majlis tersebut bukanlah untuk mendewa-dewakan tokoh negara tertentu, tetapi bertujuan menimba pengajaran dan iktibar daripada perjuangan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved