Selasa, 16 Julai 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Jualan kereta dijangka meningkat

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

DERETAN kereta keluaran Proton di bilik pamerannya di Shah Alam. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 16 Julai - Frost & Sullivan telah menyemak semula secara menaik unjuran jumlah pengeluaran industri keseluruhan (TIV) bagi automotif tahun ini sebanyak 6.3 peratus kepada 638,000 unit, berbanding anggaran awal 600,000 unit.

Ia dilakukan berikutan sentimen positif pengguna, sambutan menggalakkan terhadap pelancaran model baharu dan kurang jangkaan mengenai sebarang pengurangan harga yang signifikan dari inisiatif dasar, demikian menurut syarikat perunding perniagaan di dalam satu kenyataan.

Rakan dan Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan Asia Pasifik Kavan Mukhtyar berkata, unjuran itu perlu disemak semula kerana kesan tidak menentu akibat Pilihan raya Umum ke-13, yang baru lepas tidaklah setinggi seperti yang dijangkakan.

Katanya, jumlah jualan bagi Julai dijangka pulih, apabila para pengguna membeli kenderaan baharu bagi musim perayaan Hari Raya akan datang.

"Usaha Bank Negara Malaysia baru-baru ini juga untuk mengurangkan hutang isi rumah tidak dijangka memberi kesan segera kerana kelulusan pinjaman automotif telah diperketat sejak tahun lepas," kata Mukhtyar dalam kenyataan itu.

Mukhtyar berkata, Ogos dijangka mencatatkan prestasi sederhana kerana jualan dijangka turun berikutan cuti perayaan panjang Hari Raya, manakala jualan September dijangka lebih perlahan kerana lebih awal daripada pengumuman Belanjawan 2014, pada 25 Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya, jualan kenderaan dijangka meningkat pada suku keempat tahun ini berikutan pengumuman belanjawan dan permulaan musim perayaan akhir tahun, yang biasanya menyaksikan banyak tawaran promosi jualan oleh pengeluar kereta.

Pada separuh pertama tahun ini, Mukhtyar berkata, jualan kenderaan dijangka berkembang hingga 4.0 peratus tahun ke tahun untuk mencecah 314,000 unit berbanding 301,269 unit pada 2012.

"Jualan kukuh itu juga disumbangkan oleh sentimen positif pengguna, kempen promosi yang agresif sebelum Tahun Baru Cina, serta insentif tambahan bagi pembelian kereta baharu," katanya.

Mukhtar berkata jualan juga disumbangkan oleh pelanggan yang melewatkan pendaftaran kenderaan bagi mendapatkan kenderaan masing-masing pada Tahun Baharu.

Bagi tempoh suku pertama, jumlah jualan keseluruhan meningkat 13.8 peratus tahun ke tahun kepada 157,664 unit berbanding 138,544 unit pada tempoh sukuan yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, TIV bagi sukuan kedua, turun 4.0 peratus tahun ke tahun berikutan ketidaktentuan yang menyelubungi Pilihan raya Umum ke-13 kerana para pengguna mengambil pendekatan berhati-hati kerana jangkaan pengumuman mengenai Dasar Automotif Negara. - BERNAMA

Tempahan Saga sv 12,000 unit

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

Hisham Othman bergambar pada majlis pelancaran Proton Saga SV untuk pasaran Sarawak di Kuching, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 16 Julai - Boustead Holdings Bhd. (Boustead) merancang untuk menyenaraikan Boustead Plantations Bhd. (BPB) di Bursa Malaysia dalam usaha menyatukan aset-aset perladangan untuk meningkatkan nilainya.

Boustead dalam kenyataannya hari ini menyatakan, 53.6 peratus kepentingan BPB ketika ini dimiliki oleh satu lagi anak syarikatnya iaitu Al-Hadharah Boustead REIT (Boustead REIT).

Bagi menjadikannya syarikat persendirian, Boustead melalui BPB akan mengambil alih kesemua kepentingan milik Boustead REIT dalam BPB.

Bagi saham bukan BPB akan ditawarkan tunai dengan dividen istimewa berjumlah RM2.10 sesaham, bersamaan premium sebanyak 16.7 peratus daripada nilai aset bersih Boustead REIT setakat 31 Mac 2013.

Kedudukan Boustead REIT juga akan bertukar daripada pelabur terpilih kepada pelabur swasta tunggal dalam BPB tetapi keputusan berkenaan bergantung kepada mesyuarat agung luar biasa kelak.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, aktiviti korporat ini dilakukan pada waktu yang sesuai dan sebab yang terbaik sama seperti penyenaraian Boustead REIT pada 2007.

"Hari ini kami berdepan dengan kekurangan pokok sawit matang yang mampu menghasilkan hasil yang kukuh dan ini memberi cabaran besar untuk memberi pulangan kepada REIT.

"Atas sebab itu, kami perlu mengambil langkah penswastaan BPB," katanya.

Jelasnya, syarikat berhasrat untuk menyatukan aset perladangan di bawah BPB untuk mencapai skala ekonomi dan sinergi perniagaan dalam operasi kami.

"Usaha ini akan membolehkan pemegang jangka panjang unit Boustead REIT, terutamanya peluang kepada golongan minoriti untuk merealisasikan pelaburan premium yang menarik," katanya.

Boustead REIT adalah yang pertama dan satu-satunya REIT perladangan Islam di Malaysia.

----

Ia disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, pada 8 Februari 2007.

Pada 31 Mac 2013, modal berbayar Boustead Holdings Berhad adalah RM517.1 juta manakala dana pemegang saham berjumlah RM4.7 bilion. Permodalan pasaran semasa adalah kira-kira RM5.4 bilion.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tanah runtuh, warga emas dipercayai tertimbus

Posted: 16 Jul 2013 04:05 AM PDT

PASUKAN penyelamat bersama penduduk kampung melakukan kerja mencari dan menyelamat warga emas, Dahumi Kinte yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kampung Mesilau, Kundasang, Sabah hari ini. - UTUSAN

RANAU 16 Julai - Seorang wanita warga emas berusia 70-an dipercayai terperangkap dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira lima hingga 10 meter di Kampung Mesilau dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Supritendan Abd. Rahman Kassim berkata, mangsa, Dahumi Kinte dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh pukul 10.45 pagi itu ketika pergi memetik hasil tanaman di tanah tinggi tersebut.

Katanya, ahli keluarga mangsa mengesahkan Dahumi berada di sekitar pondok miliknya di kawasan tanah runtuh yang terletak di lereng kaki Gunung Kinabalu dengan tanah runtuh dianggarkan seluas 1.2 hektar.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa diberhentikan pada pukul 5.15 petang ini kerana cuaca semakin gelap. Namun operasi akan bersambung kembali esok pagi menggunakan jentolak," katanya yang ditemui di tempat

Mengulas lanjut, Abd. Rahman berkata, hujan lebat dan ribut kuat yang berlaku sejak dari malam tadi dipercayai menjadi penyebab utama kepada kejadian tanah runtuh di kawasan bercerun tersebut.

Menurutnya, tanah beralun dari kawasan tinggi telah dibawa air hujan lebat dan menuju ke kawasan tempat mangsa yang dianggarkan terletak sejauh 500 meter.

Tambahnya, kejadian itu menyebab laluan dari kawasan kejadian ke Pusat Latihan Islam Kundasang dan Kelab Golf Mesilau terputus, selain tempat kejadian pada awalnya dipenuhi dengan air bertakung. - UTUSAN ONLINE

Tiga beranak ditahan kes tipu RM1.3 juta

Posted: 16 Jul 2013 03:58 AM PDT

Oleh ASHLEY ANGGAT

MIRI 16 Julai - Polis menahan tiga beranak warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan Romance Scam sehingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM1.3 juta.

Suspek berusia antara 31 hingga 54 tahun itu terdiri daripada ibu dan dua anaknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Supritendan Mohd. Firdaus Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek ditahan Jumaat lalu kerana dipercayai terlibat menipu seorang ahli perniagaan wanita sejak awal tahun ini.

"Polis turut merampas telefon bimbit, buku simpanan bank, borang kiriman pos laju dan resit syarikat kurier.

"Ketiga-tiga mereka ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan,""katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Mangsa yang berusia 34 tahun dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi laman sosial sebelum diperdayakan dengan janji-janji manis termasuk pulangan perniagaan bernilai jutaan ringgit.

Percaya dengan tawaran itu, mangsa telah memasukkan wang sebanyak 40 kali di lima buah bank membabitkan jumlah terkumpul sebanyak RM1.3 juta.

Sementara itu, Mohd. Firdaus berkata, setakat ini pihaknya menahan 19 suspek termasuk sembilan warga Nigeria di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, polis masih menjejaki dua suspek kes ini dan mereka dipercayai tidak lagi berada di negeri ini.

"Kita percaya jenayah ini didalangi warga Nigeria. Mereka menggunakan akaun wanita-wanita tempatan sebagai `keldai akaun untuk memproses pemindahan wang.

Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Malaya seri 0-0 dengan Chonburi FC

Posted: 16 Jul 2013 10:37 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Julai - Skuad Harimau Malaya yang bakal berhadapan dengan Chelsea Ahad ini tampil penuh longlai apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu kelab dari Thailand, Chonburi FC pada aksi persahabatan malam tadi.

Turun tanpa kelibat pemain utama seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali, ternyata anak-anak buah Datuk K.Rajagobal gagal mencipta sebarang jaringan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gandingan Mohd. Amri Yahyah, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd. Nizad Ayub tidak mampu memikul tanggungjawab dalam usaha merencana sebarang peluang dan mencipta sebarang gol.

Ini sekali gus memberikan gambaran sukar bagi skuad Harimau Malaya untuk berhadapan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea Ahad ini. - UTUSAN ONLINE

Revington teruskan tugas

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
sukan@utusan.com.my

Paul Revington (tengah) bersama pemain-pemainnya selepas menentang Argentina pada perlawanan persahabatan, baru-baru ini. Keputusan Revington meneruskan tugas selaku jurulatih menggembirakan kem pasukan negara. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR - Paul Revington akhirnya menamatkan tanda tanya berhubung masa depannya bersama skuad hoki kebangsaan apabila memilih untuk kekal sebagai jurulatih sehingga 2014.

Perkara tersebut disahkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), semalam.

Ini bermakna skuad kebangsaan akan terus berada di bawah bimbingan jurulatih warga Afrika Selatan itu bagi memburu tiket ke Piala Dunia 2014 menerusi Piala Asia yang dijadual berlangsung bulan depan di Ipoh.

Setiausaha Agung MHC, Mohd. Johari Abdul Aziz berkata, Revington memilih untuk kekal selepas mengadakan pertemuan khas bersama Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam.

Tambah Mohd. Johari, berita gembira itu diharap mampu menutup segala spekulasi bahawa jurulatih warga Afrika Selatan itu akan meninggalkan skuad kebangsaan.

"Ini sesuatu yang menggembirakan kami kerana kami memang mengharapkan jurulatih tersebut dapat terus kekal membimbing pasukan kebangsaan.

"Keputusan yang dibuat Revington itu juga membuktikan dia serius untuk membawa skuad hoki kita ke tahap yang lebih tinggi lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Revington yang sebelum ini memilih untuk melepaskan jawatan sebagai jurulatih bakal mengadakan satu sidang akhbar khas berhubung keputusannya itu hari ini.

Bulan lepas, Revington mengejutkan semua pihak dengan keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai jurulatih selepas mendakwa wujud campur tangan daripada jurulatih skuad remaja negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan.

Bagaimanapun, Revington mengubah keputusannya itu untuk membimbing sementara pasukan kebangsaan hingga tamat kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru dua minggu lalu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada hujung bulan lepas.

Sementara itu, Mohd. Johari turut meletakkan harapan agar skuad kebangsaan dapat terus mengekalkan fokus menghadapi Piala Asia pada Ogos ini di Ipoh, Perak.

"Selepas ini saya percaya Revington dan pasukan akan lebih komited untuk menghadapi saingan dalam Piala Asia yang bakal berlangsung bulan depan kerana sasaran utama adalah untuk melangkah ke Piala Dunia 2014.

"Malah, kami anggap selepas ini satu buku baharu dapat dibuka sekali gus dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sebelum ini," kata Mohd. Johari.

Sementara itu, Khairy menyambut baik langkah jurulatih hoki kebangsaan, Paul Revington untuk terus melatih pasukan negara sehingga tahun hadapan.

Beliau berkata, keputusan itu bakal memberi keyakinan baru kepada seluruh pemain untuk mencatat keputusan cemerlang dalam kejohanan Piala Asia bulan depan sekali gus layak ke Piala Dunia.

"Ini merupakan berita baik sebab kita di Majlis Sukan Negara (MSN) dan kementerian memang berharap beliau sambung perkhidmatan dengan pasukan kebangsaan.

"Perkara ini penting kerana kita ada Kejohanan Asia di Ipoh, Ogos ini dan amat penting untuk kita mendapat prestasi terbaik sebab kejohanan itu merupakan kelayakan ke Piala Dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga KBS dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


8 kanak-kanak maut keracunan makanan di India

Posted: 16 Jul 2013 10:31 AM PDT

PATNA, India 17 Julai - Lapan kanak-kanak maut manakala 80 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan di timur India, semalam.

Seorang pegawai kerajaan, Abhijit Sinha berkata, lapan kanak-kanak itu meninggal dunia selepas menikmati makan tengah hari yang disediakan di sekolah mereka.

"Kesemua mangsa yang berusia di bawah 10 tahun menikmati nasi dan sejenis lauk yang dihasilkan dari kekacang.

"Bagaimanapun, ada di antara mereka yang tidak mengalami sebarang masalah selepas menikmati juadah tersebut," katanya.

Sehubungan itu, pasukan forensik dikerah ke sekolah tersebut untuk menyiasat punca keracunan. - AFP

Aktivis gay Cameroon mati dibunuh

Posted: 16 Jul 2013 10:26 AM PDT

YAOUNDE, Cameroon 17 Julai - Seorang aktivis gay yang juga merupakan wartawan dilaporkan mati dibunuh di rumahnya, di sini semalam.

Menurut pengkaji Human Rights Watch (HRW) , Neela Ghoshal, mayat Eric Ohena ditemukan oleh rakan-rakannya pada petang kelmarin dalam keadaan mengerikan.

"Leher dan kaki mangsa patah, manakala muka, kaki dan tangannya dibakar. Motif pembunuhan masih belum dikenal pasti, namun gejala homofobia semakin serius," katanya. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Petisyen PKR ditolak, kerusi Parlimen Machang kekal milik BN

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

Mohd. Hafarizam Harun (tengah) bersama barisan peguam BN di luar Mahkamah Pilihan Raya, Kota Bharu selepas mahkamah menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh PKR bagi mencabar keputusan PRU-13 dengan kos dan mengekalkan kemenangan kepada BN di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 16 Julai - Kerusi Parlimen Machang kekal milik Barisan Nasional (BN) apabila Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencabar keputusan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memutuskan demikian setelah menerima bantahan awal BN dengan alasan pihak pempetisyen iaitu bekas calon PKR kerusi itu, Wan Zawawi Wan Ismail gagal mematuhi beberapa peraturan di bawah Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau memerintahkan Wan Zawawi membayar kos berjumlah RM60,000 iaitu merangkumi RM30,000 kepada responden pertama, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, dan masing-masing RM15,000 kepada responden kedua, Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam penghakimannya, Hakim Zamani berkata, kegagalan utama pihak pempetisyen ialah berkaitan notis kelayakan peguam yang hanya membenarkan peguam Hisham Fauzi mewakili pempetisyen dan bukannya penama lain selain hujahan pihak pempetisyen yang tidak menepati kaedah.

Pada 10 Julai lalu, tiga peguam daripada PKR, R. Sivarasa, Latheefa Koya, dan Muhammad Afiq Muhammad Noor muncul secara tiba-tiba bagi menggantikan Hisham dalam prosiding petisyen tersebut.

Bagaimanapun kehadiran mereka dibantah oleh peguam BN, Datuk Mohd. Hafarizam Harun dengan alasan ketiga-tiga mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) kerana bukan peguam yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Bantahan itu turut disokong oleh Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad yang mewakili responden kedua dan ketiga.

Bantahan tersebut kemudian diterima oleh mahkamah.

Terdahulu, Mohd. Hafarizam turut memaklumkan kepada mahkamah tindakan Latheefa yang mempertikaikan keputusan Hakim Zamani itu melalui laman web sosial, Twitter dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu penghinaan.

Dalam respons beliau, Hakim Zamani menyatakan, perkara itu sepatutnya dibawa kepada Majlis Peguam dan beliau tidak mahu melibatkan dirinya dalam sebarang provokasi seperti itu.

"Majlis Peguam yang perlu menasihati peguam dan saya tidak mahu terlibat dalam tindakan berbentuk politik kerana segala keputusan yang saya buat adalah telus," tegasnya.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN, Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang berjaya menewaskan Wan Zawawi dengan majoriti 805 undi.

Kes khalwat Beego: Serbuan atas aduan pasangan lain

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Julai - Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah rumah yang turut didiami pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Beego, dua tahun lalu dibuat berikutan aduan orang awam terdapat satu pasangan lelaki dan perempuan bukan muhrim berkhalwat di dalam rumah itu.

Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur JAIS, Muhammad Luqman Ramli berkata, aduan yang diterima itu menyebut lelaki berkenaan bernama Fikry Zainon manakala pasangannya pula bernama Hadijah.

Bagaimanapun, kata saksi pihak pendakwaan itu, semasa serbuan berkenaan, pihaknya mendapati terdapat tiga individu lain di dalam rumah tersebut iaitu Beego dan rakannya, Mohd. Arsli Meor Atan Ahmad dan Azlina Yazit @ Aziz.

Muhammad Luqman berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan dalam perbicaraan kes khalwat Beego dan dua rakannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Luqman bersetuju ketika disoal Fakhrul Azman bahawa aduan yang dibuat berhubung kes itu adalah palsu kerana terdapat perbezaan dalam aduan yang hanya menyebut satu pasangan berbanding fakta iaitu semasa serbuan terdapat tiga individu lain.

Saksi itu turut mengakui penyiasatan terhadap kes tersebut tidak lengkap kerana tidak melakukan pemeriksaan di salah sebuah bilik dan bilik air di dalam rumah berkenaan.

''Saya percaya tidak ada orang di dalam bilik berkenaan dan penghuni rumah itu turut memaklumkan tiada sesiapa di dalam bilik air,'' katanya.

Beego atau nama sebenarnya, Md. Aszerul Nizam Abdullah, 33, dan dua rakannya itu, Fikry dan Mohd. Arsli dibicarakan setelah mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan dua kenalan wanita mereka, Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini pada pukul 6 pagi, 23 Februari 2011.

Azlina dan Hadijah yang berusia awal 30-an mengaku bersalah pada Mei tahun lalu atas tuduhan tersebut dan masing-masing membayar denda berjumlah RM3,000 setiap seorang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan perbicaraan kes itu bersambung 1 Oktober ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ezany akhirnya dapat RM3,500 baki wang lakonan

Posted: 15 Jul 2013 11:01 PM PDT

EZANY bersama Freddie Fenandez (kanan) menunjukkan surat aduan kepada Seniman sebelum ini mengenai masalah baki bayaran lakonannya, pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel di ibu negara, semalam. - UTUSAN/NOOR ASREKUZAIREY SALIM

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelakon Ezany Nizariff akhirnya berjaya dalam tuntutannya terhadap syarikat produksi NR Network bagi mendapatkan baki pembayaran wang hasil lakonannya berjumlah RM3,500 dalam drama berjudul Titisan daripada syarikat itu pada 7 Julai lalu.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, tuntutan tersebut dibuat hasil rundingan yang telah dilakukan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez selama kira-kira seminggu selepas tuntutannya sebelum ini tetapi hanya menemui jalan buntu.

"Sebelum itu pada 25 April lalu saya telah meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia tetapi selepas hampir dua bulan mereka gagal menyelesaikan masalah saya. Saya kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada 17 Jun lalu berhubung perkara itu.

"Selain saya yang telah menjalani penggambaran Titisan di Seremban, turut menuntut baki pembayaran yang belum dijelaskan oleh syarikat produksi itu ialah enam tenaga kerja di belakang tabir drama itu dan ia juga berjaya diselesaikan oleh Karyawan," katanya.

Ezany yang mengadakan sidang akhbar bersama Karyawan sebelum majlis berbuka puasa di Hotel Seri Pacific di sini semalam dengan ditemani Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah dan seorang ahli persatuan itu Din Mydin lega apabila kemelut itu telah berakhir. - UTUSAN ONLINE

Saya terlalu hampir dengan kematian

Posted: 15 Jul 2013 11:02 PM PDT

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Gambar FOREL STUDIO

KAK Engku, duduk dekat sikit, betul-betul sebelah depan sini. Saya tak nampak," katanya dalam bahasa kesakitan yang cuba ditahan-tahan. Dalam keadaan darah saya yang masih berderau-derau dek kerana terkejut, (sungguh, saya tidak sangka dia akan selemah itu). Kenapakah? Apakah terlalu serius sehingga dia kehilangan penglihatan juga atau bagaimana ni?

Dalam keadaan terlentang kesakitan, tengkuk disokong pendakap leher, kaki tangan berbalut simen sana sini, saya boleh nampak kesan jahitan panjang yang menghuni pada beberapa anggota badannya. Di sebalik wajah menahan sakit, lelaki yang dikenali segak bergaya setiap kali berdiri di sisi 'si jantung hati Malaysia', Siti Nurhaliza ini masih sempat tersenyum mesra.

Episod rasa terkejut saya itu berlaku di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur selepas dua minggu Datuk K dibawa pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi ekoran kemalangan yang menimpanya di Queenstown, New Zealand pada detik yang seumur hidup tidak mungkin dilupa - 13 Disember 2012.

Ketika itu Datuk K bersama seorang sahabat yang dikenali sebagai Cikgu Syamsuri dan seorang pemandu pelancong berbangsa Inggeris dalam perjalanan bermotosikal di Queenstown.

Mereka menaiki motosikal berkuasa besar, melalui kawasan berbukit dan curam di kiri kanan jalan yang sempit di pendalaman daerah tersebut.

Ketika melalui sebuah kawasan ladang kambing,sekitar pukul 4 petang, motosikal Datuk K tersasar lalu terlanggar pagar ladang itu. Dia terjatuh lalu tersembam di bahu jalan.

Banyak yang barangkali tidak tahu, kesan daripada kecederaan itu sangat parah sebenarnya, Datuk K dalam keadaan kritikal. Dan ini pertama kali, cerita benar yang keluar daripada bibir empunya diri, selepas tujuh bulan kejadian ngeri itu berlalu.

Menurut Datuk K, sejurus selepas kemalangan, beliau pengsan dan hanya kemudian tersedar kala kalimah azan di laungkan ke telinganya oleh cikgu Syamsuri.

"Ketika tersedar, saya sudah berada di atas ribanya. Saya dengar suara dia, 'Datuk kemalangan, mengucap Datuk, mengucap', Itu sahaja dan saya tiba-tiba menjadi sangat takut.

"Dalam keadaan cemas, tiada kenderaan lalu-lalang langsung, saya fikir barangkali saat untuk saya menemui Allah sudah pun hampir. Beberapa anggota badan terkulai, mulut berdarah, saya fikir saya akan mati di negara orang.

"Saya menangis, saya berasa diri sangat kerdil dan semua yang saya punya akan hilang sekelip mata," cerita Datuk K dalam nada sangat perlahan, tertahan-tahan.

Lelaki dengan empat zuriat ini kemudian menyambung bicaranya.

"Kuasa Allah, kesedihan saya hanya seketika. Dalam kesakitan yang teramat itu, saya tiba-tiba mendapat semangat luar biasa. Saya kata kepada diri, aku perlu hidup untuk orang yang saya sayang.

"Anak-anak masih lemah, masih memerlukan saya sebagai ketua keluarga. Dan perkahwinan dengan isteri yang baru berusia enam tahun, banyak yang perlu saya selesaikan demi masa depannya. Begitu juga dengan ibu saya yang semakin tua, saya tidak boleh tinggalkan mereka ketika ini.

"Itu yang bermain-main di fikiran dan saya tiba-tiba membisikkan kepada diri sendiri - Jangan mengalah Khalid, jangan mengalah. Engkau perlu terus hidup," katanya.

Dalam kesakitan, darah merah membasah seluruh muka dan memercik di sana-sini ke anggota badan, terfikir juga di benak, apakah dia akan terus lumpuh atau mengalami kecacatan di beberapa bahagian utama badan?

Bahu kiri cedera parah, leher retak di bahagian C2, C5 dan C6, lengan kanan dan bahu kiri patah, tangan kanan juga retak dan perlu segera dibedah.

Ya Allah, aku reda dengan 'malapetaka' yang engkau hadirkan ini. Biarlah segala kesakitan ini menggugurkan segala dosa-dosaku selama ini. Dia hanya mampu berserah, memanjatkan doa kepada Illahi- bantulah aku, aku mahu terus hidup.

Cinta menghidupkan

Kuasa Allah, setiap insan diberi peluang yang baru dalam kehidupan. Hampir setengah jam tersadai pada laluan yang sunyi dan sepi itu, hanya doa yang mampu dipanjat. Tuhan Yang Esa, aku mahu terus hidup.

Tidak lama kemudian, Dia hadirkan bantuan. Secara kebetulan, kereta yang melintas kawasan kemalangan itu dinaiki oleh tiga doktor tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana keadaan Datuk K yang sangat teruk.

"Tersalah angkat, semua organ dalaman boleh jadi rosak atau saya barangkali boleh lumpuh.

"Kemudian datang lagi sebuah kereta yang kebetulan juga di dalamnya dinaiki oleh dua doktor. Sememangnya Allah sangat kasih dan sayang kepada saya, lalu Allah utuskan mereka untuk memberi bantuan. Bayangkan, secara kebetulan dua kereta yang lalu, ada doktor di dalamnya. Sesuatu yang pelik sebenarnya, tetapi itulah kuasa Allah.

"Seorang daripada doktor tersebut telah menelefon bahagian kecemasan dan mendapatkan bantuan helikopter ambulan untuk membawa saya ke hospital," ujarnya

Sesampai saja di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand, satu lagi dugaan besar menanti. Dia menerima berita, pembedahan segera tidak boleh dibuat kerana semua doktor pakar tiada dek cuti umum. Terpaksa menunggu dalam kesakitan maha hebat, empat hari kemudian barulah pembedahan dijalankan.

"Empat hari itu adalah saat-saat paling menyeksakan. Dua hari awal, saya sendirian, isteri dan anak-anak pun belum sampai kerana tiada penerbangan terus Malaysia ke New Zealand waktu itu, saya sendiri," cerita Datuk K.

Ketika itu, kata Datuk K, dia memang berserah sepenuhnya kepada Allah. Tidak ada lain yang dilakukan melainkan berdoa dan terus berdoa.

Isteri tersayang diperlukan untuk mencari kekuatan. Dari katil hospital dia hanya mahu mendengar suara Siti lalu kata-kata semangat insan terdekat melalui corong telefon menghidupkan semula perasaan yang semakin lemah.

Dia melalui sesi pembedahan kemudiannya, setelah beberapa ahli keluarga termasuk isteri ada di sisi. Selepas pembedahan, proses penyembuhan mengambil masa yang lama. Oleh kerana banyak anggota badan yang tercedera, dia hanya dibenarkan kembali ke Kuala Lumpur selepas lebih dua minggu menjalani pembedahan.

Kerana kondisi yang sangat lemah, Datuk K diterbangkan dengan pesawat peribadi, hasil bantuan seorang rakan, pada 29 Disember 2013. Ratusan ribu terpaksa dihabiskan, demi memastikan kesihatannya tidak terjejas lebih teruk.

Sampai di Kuala Lumpur, dia terus dimasukkan ke Hospital Gleaneagles, Jalan Ampang dan melalui sesi pembedahan keduanya di situ. Datuk K dan Siti menginap di hospital tersebut hampir sebulan selepas pembedahan kedua dilakukan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kekang trend pembunuh upahan

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

Unit Forensik menjalankan siasatan ke atas salah sebuah kereta yang turut terkena tembakan dalam kejadian seorang lelaki ditembak mati oleh dua lelaki bermotosikal di Ujong Batu, Bagan Dalam, Butterworth Pulau Pinang, 14 Julai lalui. - UTUSAN/Norazlina Ismail

MENYEBUT tentang pembunuh upahan, mungkin tidak ramai menyangka trend kerjaya lumayan itu sudah mula menapak di Malaysia yang selama ini aman damai berbanding jiran-jirannya.

Mereka yang pernah menonton filem ikonik, Kill Bill tentang hidup seorang pembunuh upahan mungkin berasa kagum dengan 'prinsip dan maruah' yang diamalkan golongan pembunuh profesional di peringkat antarabangsa.

Namun, pembunuh upahan di Malaysia dikhuatiri terdiri daripada golongan amatur tanpa prinsip dalam memilih 'tugasan' mahupun maruah dalam melaksanakan 'hukuman' mangsa mereka.

Ini khususnya bagi golongan muda yang baharu berjinak dengan dunia jenayah dan hanya memikirkan upah, kecil atau besar, tanpa ambil peduli alasan seseorang mengupah mereka membunuh asalkan ada bayaran.

Tidak kurang juga penjenayah muda yang membunuh demi kuasa dalam sesebuah kumpulan mahupun untuk menaikkan nama dalam kalangan kumpulan gengster dan samseng yang berebut kawasan atau semata-mata atas faktor dendam.

Lebih membimbangkan, sementara mendapat 'tugasan baharu' pembunuh upahan juga terlibat dalam jenayah seperti rompak, ragut, culik dan sebagainya, meningkatkan kebarangkalian mereka menggunakan senjata api ke atas mangsa dan orang awam.

Orang ramai semakin bimbang apabila kejadian pembunuhan dengan senjata api semakin banyak berlaku tetapi tangkapan dan penyelesaian kes tidak begitu menonjol.

Adakah faktor manusia yang 'hati kering' menjadi punca peningkatan trend pembunuh upahan ini ataupun masalah senjata api yang semakin mudah diperolehi di negara ini?

Bagi Penasihat Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Datuk Mohd. Jamil Mohd. Hassan, kejadian pembunuhan bersenjata kini berlainan dengan zaman dahulu yang rata-ratanya dilakukan pengganas komunis.

"Dahulu komunis pilih sasaran yang menghalang agenda dan rancangan mereka sahaja tetapi sekarang lain pula, golongan pembunuh ini semua datang daripada kumpulan-kumpulan muda.

"Mereka juga terdiri daripada banyak bangsa, mungkin Cina, India mahupun Melayu, sukar untuk tentukan bangsanya. Mungkin juga kerja warga asing khususnya dalam kes-kes berhampiran sempadan negara," katanya.

Beliau melihat mangsa dalam beberapa kes di Pantai Timur melibatkan golongan peniaga yang mungkin terlibat dengan perniagaan mencurigakan, serta mereka yang terlibat dalam penguatkuasaan.

Jelas Mohd. Jamil, mangsa terdiri pelbagai peringkat daripada golongan kaya kepada pemandu lori yang mungkin dibunuh warga asing upahan atas faktor dendam ataupun persaingan perniagaan seperti judi dan pelacuran.

"Pembunuh mungkin tidak fikirkan keuntungan dalam menerima tugasan membunuh ini. Mungkin melibatkan satu geng yang bermaharajalela ataupun lebih daripada satu geng tetapi rasanya kematian dalam kes rompakan bersenjata tidak melibatkan pembunuh upahan.

"Saya tiada maklumat terkini tetapi polis mungkin tidak mahu dedahkan lagi maklumat atau bukti terhad tentang pembunuhan yang dilakukan kerana siasatan masih berterusan," ujarnya.

Dalam soal penyeludupan senjata api, beliau berpendapat pihak yang mahu membawa masuk senjata mampu melakukannya dengan mudah walaupun telah banyak langkah pencegahan diambil pihak berkuasa di sempadan negara.

Tegas Mohd. Jamil, pergolakan dan penggunaan senjata api yang berleluasa tanpa kawalan di negara jiran memudahkan penyeludup mencuba pelbagai cara membawa masuk senjata ke Malaysia.

"Kita lebih tegas dalam pemilikan senjata api di negara ini berbanding negara jiran. Mereka yang ditangkap membawa senjata api tanpa lesen (tetapi tidak digunakan) boleh didakwa, membawa kepada denda atau penjara.

"Mereka yang menggunakan senjata api tanpa lesen itu pula, khususnya dalam kegiatan jenayah seperti rompak dan ragut, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup," jelasnya.

Mohd. Jamil bagaimanapun melihat masalah pembunuh upahan banyak bergantung kepada faktor manusia kerana bukan mudah untuk seseorang membunuh manusia lain.

"Untuk jadi pembunuh kena berani dan hati kena keras, bukan main tembak sahaja. Tidak semestinya ada senjata sudah boleh bunuh orang jika tiada kekuatan.

"Jika ada ketakutan dalam diri, tembak pun mungkin tidak kena. Itulah yang terjadi dalam kes tembak berkali-kali tetapi tidak kena pun pada sasaran," dakwanya.

Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said pula menyifatkan trend baharu menjadikan rakyat Malaysia sasaran pembunuh upahan adalah sesuatu yang amat menakutkan.

"Ini perlu dijadikan keutamaan pihak berkuasa untuk halangnya daripada berleluasa jika mahu sebuah masyarakat yang aman dan selamat. Jika peras ugut, curi, rampas, orang tidak begitu gerun berbanding ketakutan mangsa pembunuh upahan.

"Walaupun ada kes-kes melibatkan pembunuh individu, saya fikir punca utama adalah sindiket atau gengster tertentu yang meningkatkan kaedah mereka menakutkan sasaran dengan mengupah pembunuh upahan," ujarnya.

Tambahnya, dahulu ramai yang berpendapat pembunuh upahan datang dari negara-negara jiran tetapi bagi beliau, kini pembunuh upahan ada dalam kalangan orang kita sendiri, lebih-lebih lagi senjata api begitu mudah diperolehi melalui sempadan negara jiran yang tidak stabil.

Menurut Zaini lagi, rakyat kita perlu ada kesedaran untuk tidak terlibat dengan aktiviti jenayah termasuk meminjam daripada pihak tidak berlesen. "Peminjam haram semakin cenderung gunakan kekerasan jika hutang tidak dibayar," katanya.

Beliau turut mengesyaki terdapat kumpulan tertentu yang menyumbang kepada trend tersebut dengan menyediakan perkhidmatan menyewa senjata api untuk tempoh singkat.

Zaini berharap pihak polis dapat menambah pasukan risikan untuk mencari orang yang terlibat dan menghalang mereka sementara pasukan-pasukan tindakan pula menangkap pembunuh upahan terbabit dengan segera.

"Saya percaya polis kita mampu menangkap mereka jika cukup sumber risikan, tambahan pula penjenayah itu juga manusia biasa yang pasti akan tersilap langkah.

"Tingkatkan juga pengawasan keselamatan awam dan nasihati golongan berisiko tinggi menjadi mangsa. Saya sendiri bimbang dengan trend ini apatah lagi ia turut menjejaskan imej negara kita di mata dunia," tegas Zaini.

Pernahkah umat Islam ganggu hal agama lain?

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

ALHAMDULILLAH syukur kita ke hadrat Allah SWT, kini, minggu kedua kita berpuasa. Semoga ibadah kita bertambah baik dan diterima oleh-Nya. Dalam minggu pertama bulan Ramadan, umat Islam di Malaysia diuji dengan pelbagai perkara. Paling nyata, agama Islam dihina di laman-laman sosial. Apakah tujuan mereka ini menghina agama Islam, hanya mereka sahaja mengetahui helah sebenarnya.

Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja perkara yang membabitkan sensitiviti agama Islam dibangkitkan dengan berani di laman-laman sosial. Adakah mereka ini tidak mengetahui apa yang disentuh itu amat sensitif bagi umat Islam Malaysia?

Atau mereka ini cuba menguji kesabaran umat Islam sama ada terdapat tindak balas terhadap mereka. Islam di Malaysia dianuti bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain. Tetapi sememangnya majoriti umat Islam di Malaysia adalah orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu cukup menjaga agama mereka.

Cukup pantang bagi orang Melayu, agama mereka dihina. Bagi mereka hidup dan mati mereka adalah untuk agama Islam. Kalau tidak, mustahil berlakunya kacau bilau mengenai isu agama Islam bagi insan bernama Natrah sebelum merdeka lagi. Umat Islam ketika itu amat mempertahankan agama Islam.

Tidak cukup dengan itu, sepanjang negara kita dijajah, penjajah cuba menyebarkan agama lain kepada orang Melayu. Namun, keteguhan dan cintanya orang Melayu ke atas agama Islam tidak mampu diganggu-gugat. Setiap zaman ada cabarannya. Cabaran dahulu lebih dalam bentuk fizikal tetapi kini cabarannya secara halus dalam usaha untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Perang melalui internet merupakan usaha terbaru dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Terdapat pelbagai cara untuk 'menjajah' hati umat Islam. Penyebaran pelbagai fahaman dan ajaran sesat bersama-sama hadis yang tidak diketahui kesahihannya. Yang pasti musuh-musuh Islam tidak akan senang duduk selagi usaha menyebarkan agama lain kepada umat Islam tidak berjaya.

Mereka mengetahui betapa umat Islam Malaysia cukup sukar untuk disentuh dalam hal-hal agama. Musuh-musuh Islam juga cuba untuk melaga-lagakan umat Islam Malaysia dengan pelbagai cara. Setelah mereka berjaya melaga-lagakan umat Islam di Mesir dan Syria, Malaysia pula menjadi sasaran mereka.

Isu kalimah Allah tidak semena-mena dibangkitkan dalam bulan mulia ini. Sekali lagi apakah niat mereka? Pernahkah umat Islam di Malaysia mengganggu atau menyentuh hal-hal sensitif agama lain? Sepanjang pengetahuan penulis, tidak pernah sama sekali! Malahan, umat Islam Malaysia sentiasa menjaga sensitiviti agama lain. Inilah yang diajar oleh agama Islam.

Sikap bertolak ansur dan toleransi umat Islam seolah-olah tidak dihargai. Setiap kali agama Islam dihina, hanya ucapan mohon maaf diucapkan selepas itu. Adakah dengan permohonan maaf sahaja mampu mengubati hati yang terluka? Hati umat Islam bukan setakat terluka, bahkan lukanya amat dalam sekali.

Hakikatnya, umat Islam tidak mahu lagi isu yang menyentuh agama Islam diperkatakan lagi! Sukar sangatkah untuk kita memahami sensitiviti agama orang lain?

Umat Islam tidak mahu setakat amaran, amaran dan amaran apabila membabitkan agama Islam. Umat Islam Malaysia hanya mahukan tindakan, tindakan dan tindakan! Isu ini perlu ditangani dengan tindakan bukan setakat amaran sahaja.

Rata-rata yang berani menyentuh sensitiviti agama Islam adalah golongan muda. Tidakkah kita terfikir pemikiran bebas ala-Barat telah meracuni golongan muda ini. Mana ada dalam dunia ini, negara yang benar-benar bebas. Di Amerika Syarikat (AS) sendiri pun masih ada undang-undang ala-ISA tapi pada masa yang sama golongan liberal baru ini amat taksub dengan kebebasan ala-AS.

Penulis juga terfikir adakah kerana umat Islam Malaysia nampak tidak bersatu angkara politik telah menyebabkan mereka ini cuba mengambil kesempatan atas umat Islam Malaysia. Percayalah, apabila menyentuh hal ehwal agama Islam, umat Islam Malaysia kembali bertaut dan bersatu tidak kira apa pun ideologi politik!

Usah menghina agama Islam! Usah juga cuba untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam Malaysia!

Umat Islam akan kembali bersatu apabila agama suci Islam ditentang! Mungkin kerana orang Islam di Malaysia sejak dahulu lagi tidak menguasai ekonomi dan kini kuasa politik pun semakin berkurangan menyebabkan mereka seolah-olah nampak begitu lemah? Tidak! Itu andaian yang cukup salah.

Islam tetap akan dipertahankan sehingga titisan darah terakhir. Selagi nyawa dikandung badan, Islam tetap dipertahankan! Ketika agama Islam dihina dalam bulan Ramadan, seperti biasa umat Islam terpaksa pula menangung kos pembelian juadah berbuka puasa yang semakin tinggi. Contohnya harga ayam.

Cara sebegini sudah lama boleh dibaca tetapi mereka masih tidak menghiraukan keselesaan umat Islam. Adakah mereka ini peniaga yang baik? Mengambil kesempatan terhadap umat Islam di bulan Ramadan. Serangan tersurat dan tersirat inilah perlu membuka mata seluruh umat Islam di bulan Ramadan ini.

Usah lagi kita sibuk bercakaran hanya kerana politik! Usah lagi kita menegakkan fahaman liberal ala-Barat yang penuh songsang dan berkeceramuk. Usah juga kita menuding jari sesama Islam hanya semata-mata dahagakan undi. Usah juga kita menabur fitnah dan mengumpat sesama Islam!

Ramadan ini adalah bulan perpaduan dan perpaduan amat dituntut dalam Islam. Sama-samalah kita bersatu padu menegakkan agama suci Allah di bumi Malaysia! Demi Islam, agama yang sebenar-benarnya di sisi Allah SWT.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Sahur eratkan hubungan

Posted: 15 Jul 2013 11:02 PM PDT

Kemeriahan sahur untuk membangkitkan mood pada awal pagi. - Gambar hiasan

RAMADAN tiba lagi. Selain kita diseru untuk perbanyakkan ibadat, pada bulan ini juga boleh menjadi pemangkin memperkukuhkan ikatan ukhwah dalam kalangan ahli keluarga terutamanya suami, isteri dan anak-anak.

Menurut Pensyarah Kaunseling dan Kekeluargaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sabasiah Husin, ikatan hubungan dengan pasangan boleh dipertingkatkan menerusi kerja-kerja bersama yang dilakukan pada bulan ini.

Antaranya, pasangan boleh bangun awal pagi bersama-sama mempersiapkan sahur bagi semua ahli keluarga.

"Selama ini mungkin si suami hanya mengharapkan isteri yang bangun awal menyediakan sahur. Cuba pula pada tahun ini anda berdua sama-sama bangun dan menyediakan hidangan.

"Tentu waktu itu keadaan akan jadi lebih meriah kerana suami dan isteri saling bantu-membantu di dapur," katanya.

Sabasiah menambah, selepas makan sahur, lebih molek sekiranya pasangan turut berkemas dan membasuh pinggan bersama-sama, sebelum mengaji al-Quran dan kemudian sembahyang subuh berjemaah.

Menurut Sabasiah, antara perkara yang dia, suami dan anak-anaknya lakukan sepanjang bulan puasa, pada awal pagi sebelum bersahur, dia menggalakkan anak-anaknya mandi terlebih dahulu.

Tujuan berbuat demikian adalah bagi memudahkan anak-anaknya menjamah hidangan yang disediakan pada awal pagi itu dengan lebih berselera dan rasa segar.

"Untuk mengejutkan suami pula ada cara yang lebih selesa dan mesra. Saya akan memegang ibu jari kaki suami saya sambil memanggil namanya sehingga dia terbangun.

"Setelah bangun, saya akan menghulurkan segelas air kosong untuk diminum. Minum air kosong selepas bangun tidur ini merupakan sunnah Rasulullah selain terbukti dari segi saintifik melancarkan penghadaman dan air liur yang diminum sekali itu merupakan satu enzim," katanya.

Kata Sabasiah, selepas itu suaminya mandi dan mengerja sembahyang sunat dan kemudian makan sahur.

Dalam pada itu dia berkata, sahur adalah waktu yang menyeronokkan bagi dirinya dan keluarga sehingga dia akan mengambil masa menyediakan pelbgai jenis masakan.

"Ini bukan apa, saya mahu menaikkan mood anak-anak dan suami agar lebih berselera ketika bersahu

"Selepas bersahur, saya juga tidak menggalakkan anak-anak dan suami untuk tidur semula . Selalunya kalau kita tidur semula, badan kita akan terasa lesu, dan mual, atau mungkin pening.

"Ini memandangkan waktu itu perut kita dalam proses penghadaman dan sudah tentu tidak sesuai untuk tidur," katanya yang boleh dihubungi di sabasiah@uum.edu.my.

Peta perbualan diabetes

Posted: 15 Jul 2013 11:02 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

(Dari kiri) Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar, Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengurus Besar Eli Lilly Malaysia dan Singapura, Ham Taejin melancarkan Peta Perbualan Diabetes bagi menguruskan penyakit itu ketika Ramadan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

BERPUASA di bulan Ramadan membabitkan perubahan diet dan pola pemakanan di luar kelaziman.

Bagi yang menghidap diabetes atay kencing manis, perubahan itu boleh menimbulkan kerumitan jika paras gula mereka tidak diurus dengan betul.

Dianggarkan kira-kira 40-50 juta penghidap diabetes di seluruh dunia berpuasa dalam bulan Ramadan setiap tahun. Daripada jumlah itu kira-kira 79 peratus menghidap diabetes jenis 2.

Walaupun ramai di antara mereka dapat menguruskan paras glukosa dalam darah dengan baik semasa berpuasa, ada yang tidak begitu maklum tentang bagaimana berpuasa boleh mempengaruhi penyakit mereka.

Komunikasi dan interaksi berkaitan pengurusan diabetes yang betul semasa berpuasa penting untuk menguruskan diabetes dengan sewajarnya.

Terdapat keperluan segera untuk menyediakan sumber pendidikan yang menarik dan penuh maklumat untuk menggalakkan perbincangan tentang usaha mengawal diabetes semasa berpuasa.

Inilah matlamat Peta Perbualan Diabetes, sebuah program yang dirangka dan ditaja oleh Lilly Diabetes.

Sebuah peta baru, iaitu Peta Perbualan Diabetes bagi Menguruskan Semasa Ramadan, telah dicipta dan disusun khusus oleh pakar endokrinologi beragama Islam untuk menggalakkan pengurusan diabetes yang betul semasa berpuasa.

Peta ini bertujuan mewujudkan kesedaran tentang cara umat Islam yang menghidap diabetes boleh menunaikan kewajipannya dan pada masa yang sama mengekalkan tahap gula yang optimum di dalam badan mereka.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, diabetes di Malaysia membimbangkan kerana negara ini sudah mengatasi angka unjuran kelaziman diabetes Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Memandangkan kita kini lebih sedar tentang ramai penghidap diabetes yang ingin berpuasa dalam bulan Ramadan, wujud keperluan segera untuk meningkatkan kesedaran tentang pengurusan diabetes yang betul bagi memastikan mereka berpuasa secara selamat.

"Kita perlu menggiatkan usaha untuk membabitkan pesakit, penjaga dan profesional penjagaan kesihatan, iaitu dengan mengadakan perbincangan tentang diabetes dan puasa supaya kefahaman lanjut tentang rawatan dan pengurusan boleh dirumuskan.

" Peta Perbualan Diabetes ialah satu pendekatan yang boleh diambil oleh semua pihak berkepentingan yang berkaitan," katanya pada majlis pelancaran Peta Perbualan Diabetes di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Program baru untuk bulan Ramadan itu akan dilancarkan di 16 negara selain daripada Malaysia. Ini termasuk Belanda, Switzerland, Indonesia, Pakistan, Afrika Selatan, Afrika Sub-Sahara, Maghribi, Algeria, Israel, Mesir, Lebanon, UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman.

Peta tersebut disediakan dalam tujuh bahasa iaitu Inggeris, Belanda, Perancis, Arab Klasik, Urdu, Indonesia dan bahasa Melayu.

Dr. Noor Hisham menambah, setakat ini pihak kementerian telah menggabungkan Peta Perbualan Diabetes di 35 institut kesihatan di seluruh negara.

"Kami berharap untuk menambah bilangan institut yang turut serta untuk memperluas capaian kepada seberapa banyak pesakit diabetes yang mungkin," katanya.

Hipoglisemia

Dalam pada itu Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar berkata, salah satu kerumitan utama yang dikaitkan dengan puasa penghidap diabetes ialah hipoglisemia (tahap gula darah yang rendah), keadaan di mana tahap glukosa darah adalah kurang daripada 4mmol/l.

Katanya, walaupun pada mulanya ringan, keadaan ini, jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kekeliruan, kecemerkapan, atau pitam dan secara beransur-ansur, hipoglisemia yang serius boleh menyebabkan kekejangan, koma dan juga kematian.

"Satu lagi kerumitan yang juga perlu diberi perhatian ialah hiperglisemia (tahap gula darah yang tinggi), di mana tahap gula darah adalah lebih tinggi daripada 7.8mmol/L selepas berpuasa untuk tempoh sekurang-kurangnya 8 jam.

"Kerumitan yang dialami apabila penghidap diabetes berpuasa, baik yang ringan mahupun yang teruk, boleh dielakkan dengan mudah jika diuruskan dengan betul menerusi pengambilan makanan dan ubat-ubatan yang sewajarnya.

"Sebab itulah peta ini amat perlu untuk menekankan betapa pentingnya berpuasa dengan selamat dalam bulan Ramadan," kata Dr. Wan Mohamad.

Katanya, peta ini memberi peluang kepada pesakit berinteraksi dengan pesakit lain dan dengan penyedia perkhidmatan kesihatan untuk mempelajari fakta penting tentang diabetes, kepercayaan dan sikap yang perlu diubah untuk memastikan kesihatan mereka tidak terjejas semasa berpuasa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MBSA bongkar laluan rahsia

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

SHAH ALAM 15 Julai - Sekali pandang premis itu hanya sebuah pusat snuker biasa, namun siasatan lanjut penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sebalik deretan kayu snuker yang disusun menemui sebuah pintu yang membawa ke laluan sebuah bilik menjalankan aktiviti judi dalam talian.

Premis di Subang Perdana berkeluasan tujuh deretan rumah kedai itu merupakan antara enam pusat siber dan pusat snuker yang diserbu anggota penguat kuasa MBSA dalam operasi kira-kira 3 petang ini dan membawa kepada rampasan 95 set komputer bernilai RM50,000.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, premis itu diserbu kerana menjalankan operasi tanpa lesen dan mendapat aduan daripada orang ramai yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran.

"Ketika serbuan, tiada pelanggan mahupun pemilik premis berkenaan dan kami mendapati peralatan untuk bermain snuker telah dikosongkan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan itu dibuat mengikut Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MBSA) 2007 yang membawa hukuman kompaun RM1,000 dan tindakan menyita kesemua peralatan di premis pusat siber.

Bagi pusat snuker, serbuan itu dibuat menurut Enakmen Hiburan Negeri Selangor pindaan 2001 yang membawa kepada kompaun maksimum RM25,000, katanya.

Shahrin berkata, kesemua pemilik perniagaan yang didapati melanggar peraturan ditetapkan turut berdepan tindakan disenaraihitamkan daripada memohon sebarang lesen perniagaan MBSA.

Beliau berkata, operasi berkenaan disertai 16 anggota penguat kuasa MBSA dan dibantu lima anggota polis dari Balai Polis Kampung Subang Baru di sini.

Terdahulu, ketika serbuan di sebuah kafe siber berhampiran, pemilik premis berkenaan seakan boleh menghidu operasi yang dijalankan apabila kesemua peralatan termasuk komputer telah dibawa keluar dari premis terbabit dipercayai kurang dari tempoh sejam dan suhu sejuk dari pendingin hawa masih dapat dirasa di dalam premis itu. - BERNAMA

Makmal Fakulti Sains UiTM terbakar

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan api yang memusnahkan makmal Fakulti Sains di UiTM kampus Shah Alam di Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 15 Julai - Empat buah bilik makmal yang terletak di sebuah bangunan setingkat Fakulti Sains musnah dalam kebakaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam di sini hari ini.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.15 petang ketika tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal menjalankan eksperimen dalam salah sebuah bilik makmal.

Bagaimanapun, kesemua mereka sempat menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari api merebak dari sebuah bilik makmal di tengah bangunan tersebut yang terletak di hadapan Kolej Perindu UiTM.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.26 petang ini sebelum lima jentera bersama 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, asap hitam berkepul-kepul dan api sedang marak membakar bangunan setingkat tersebut.

"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Khairi, api merebak dengan cepat dipercayai disebabkan tindak balas bahan-bahan kimia yang terdapat dalam makmal berkenaan.

"Kami turut menghantar Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) ke tempat kejadian kerana khuatir terdapat bahan kimia berbahaya dalam makmal tersebut.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami," katanya.

Sementara itu, pihak UiTM dikatakan akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut esok.

Halangan dibina penduduk tidak bertanggungjawab dirobohkan

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

KLANG 15 Julai - Halangan jalan, berbentuk tiang besi yang didirikan oleh seorang penduduk, di Taman Sejati di sini telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, halangan itu dipasang oleh penduduk berkenaan di salah sebuah jalan utama sejak setahun lalu sehingga menyusahkan penduduk lain.

Beliau berkata, sikap pentingkan diri sendiri individu berkenaan telah mengakibatkan penduduk terpaksa mencari laluan alternatif berikutan halangan yang didirikan hanya boleh dilalui pejalan kaki.

"Kami telah membawa perkara ini ke dalam mesyuarat dan pihak majlis mengesahkan binaan yang didirikan adalah salah serta dibina secara haram oleh individu berkenaan.

"Jabatan Kejuruteraan telah bekerjasama dengan Jabatan Penguat Kuasa merobohkan struktur berkenaan yang sememangnya menyusahkan orang ramai terutama penduduk yang tinggal di situ," katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Norfiza berkata, perbuatan mendirikan halangan tersebut sebanyak dua fasa itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

"Tindakan seperti itu bukan sahaja menghalang lalu lintas malah pada masa sama mengakibatkan risiko kepada komuniti jika berlaku musibah seperti kebakaran dan bencana yang lain.

"Kami akan memantau kawasan itu bagi mengelakkan kejadian sama tidak berulang dan meminta penduduk bertimbang rasa dalam melakukan sesuatu terutama dalam kelompok kejiranan masing-masing," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ops Harga gempur peniaga

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Dua pegawai penguat kuasa PPDNKK memeriksa DVD yang dirampas dalam operasi di Pasar Raya @ Mart Kempas, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Julai - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri akan menggempur pasar awam dan pasar raya besar di negeri ini menerusi Ops Harga sepanjang Ramadan serta menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rosle A. Hamid berkata, pihaknya juga akan memeriksa pasar tani dan premis perniagaan berkaitan bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, sejak Ops Harga dilancarkan secara rasmi 6 Julai lalu, pihaknya telah mengeluarkan kompaun dengan kadar minimum RM100 berjumlah RM15,000 kepada 150 peniaga yang melanggar peraturan.

"Dalam operasi yang dijalankan di Pasar Raya @ Mart pula, kita mengeluarkan sebanyak 12 kompaun kepada peniaga dengan denda minimum RM100," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pemantauan Ops Harga di sini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya merekodkan sebanyak lima kes kerana tidak mematuhi syarat meletakkan tanda harga dan tujuh kes melibatkan alat timbang yang digunakan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Pihaknya juga dimaklumkan harga ayam di negeri ini dijual pada harga RM8 hingga RM9.

"Kita akan menjalankan operasi berterusan terutama di tempat tumpuan orang awam. Kita mahu pastikan tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan sepanjang tempoh itu, sekali gus mematuhi syarat ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Rosle memberitahu, pihaknya turut merampas 8,000 keping cakera padat digital (DVD) bernilai RM40,000 mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dalam operasi yang dijalankan di pasar raya tersebut.

64 masjid, surau terima sumbangan Ramadan

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid menyampaikan bantuan kewangan dan kurma kepada seorang penerima pada majlis penyerahan sumbangan kepada pengerusi masjid dan surau dalam Parlimen Kota Tinggi sambil diperhatikan oleh Syed Hamid Albar (kanan) di Kota Tinggi, kelmarin.

KOTA TINGGI 15 Julai - Sebanyak 27 masjid dan 37 surau di kawasan Parlimen Kota Tinggi menerima sumbangan antara RM300 dan RM500 serta buah kurma untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti sempena Ramadan ini.

Sumbangan oleh Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi itu disampaikan Ahli Parlimennya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid di Jalan Niaga 14, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Noor Ehsanuddin berkata, sempena Ramadan tahun ini, Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi menyumbang sebanyak RM23,100 untuk aktiviti masjid dan surau.

Beliau berkata, selain untuk mengukuhkan tabung masjid dan surau, sumbangan berkenaan juga bertujuan membantu ahli jawatankuasanya mengadakan program penghayatan Ramadan bagi ahli kariah masing-masing.

"Dengan adanya program-program yang telah dirancang ini akan memberi peluang kepada ahli kariah menyemarak dan mengimarahkan sambutan Ramadan pada tahun ini.

"Di samping itu, kita juga akan bersama pemimpin masyarakat untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan termasuk anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan miskin sebelum menjelang Hari Raya nanti," katanya.

Pada majlis itu, Noor Ehsanuddin turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ketua dan pemimpin sayap UMNO dengan masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan RM1,000.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved