Selasa, 3 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Jangan buat spekulasi penculikan wanita warga Taiwan

Posted: 03 Dec 2013 11:04 PM PST

MELAKA 4 Dis. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulangi permintaannya agar semua pihak khususnya media sosial tidak membuat spekulasi berhubung penculikan wanita warga Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah, pada 15 November lalu.

Beliau menegaskan, sebarang spekulasi hanya akan mengancam keselamatan nyawa wanita tersebut yang kini berada dalam jagaan penculik. - UTUSAN ONLINE

Mayat bayi ditemui di kawasang takungan sampah

Posted: 03 Dec 2013 11:01 PM PST

Oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHAMAD ZOKI

PELABUHAN KLANG 4 Dis. - Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan terlentang di kawasan takungan sampah Pengkalan Sungai Udang, di sini pukul 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat mangsa ditemui bogel tanpa pakaian dengan kesan pecah di kepala oleh seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun.

Katanya, mayat bayi yang dipercayai baru lahir itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan membuang mayat dengan sulit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia peroleh pingat pertama di Myanmar

Posted: 03 Dec 2013 11:07 PM PST

NAY PYI TAW 4 Dis. - Malaysia memperoleh pingat pertama dalam Sukan SEA Myanmar Ke-27 selepas memungut pingat gangsa bersama Laos dalam acara chinlone lelaki, tahap tiga di sini hari ini.

Sementara itu, perebutan pingat emas pertama Sukan SEA kali ke-27 bakal ditentukan antara Myanmar dengan Thailand yang bakal bertarung pada pertembungan akhir petang ini. - UTUSAN

Siap sedia keadaan buruk

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

Ong Kim Swee (dua dari kiri) dan Norihiro Satsukawa (dua dari kanan) pada sidang akhbar perlawanan persahabatan di antara Harimau Muda menentang FC Ryukyu di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Turut kelihatan, Irfan Fazail (kiri) dan kapten FC Ryukyu, Kazuya Kawabata. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

PETALING JAYA - Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee khuatir keadaan di Nay Pyi Taw, Myanmar bakal lebih buruk daripada di Jakarta 2011 sekiranya anak-anak buahnya berdepan tuan rumah dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA XXVII, bulan ini.

"Di Jakarta, kita berdepan ribuan penyokong fanatik Indonesia sampai kena naik Barracuda (kereta perisai) ke stadium, malah sehingga sukar keluar dari situ selepas perlawanan akhir.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pula keadaannya dengan penyokong fanatik Myanmar. Keadaan itu (lebih buruk) mungkin berlaku," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, menjelang persahabatan menentang Ryukyu FC, hari ini.

Anak-anak buah Kim Swee berkemungkinan untuk berdepan tuan rumah pada peringkat kalah mati (separuh akhir atau perlawanan akhir) Sukan SEA sekiranya berjaya melepasi Kumpulan A, yang turut dianggotaiVietnam, Singapura, Brunei dan Laos.

Selain itu, beliau menganggap jadual padat yang diatur penganjur apabila terpaksa bermain selama enam hari bagi perlawanan peringkat kumpulan bakal menguji ketahanan anak buahnya.

Namun Harimau Muda A katanya, terpaksa melupakan khidmat Nik Shahrul Azim Ab. Halim, Junior Eldstal, Fandi Othman, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor daripada Sukan SEA kerana kecederaan.

"Menentang Ryukyu ini saya akan jadikannya untuk memilih 20 yang terbaik ke Sukan SEA daripada 26 pemain yang dimiliki sekarang. Kami akan mencuba beberapa gandingan dan menentukan mereka yang boleh bermain dua posisi.

"Ada lima pemain boleh berbuat begitu, satu petanda baik. Saya tidak boleh terlalu bimbangkan kemungkinan ada lagi tercedera selepas ini.

"Kami perlukan perlawanan seperti menentang Ryukyu ini bagi pemain mendapatkan kecergasan dalam permainan.

"Kecederaan berlaku di mana-mana. Saya tidak boleh mengelaknya. Jika boleh kami berhati-hati dan berharap pemain mengelak terjahan yang tidak perlu (menentang Ryukyu di Stadium Petaling Jaya, malam ini," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Irfan Fazail yakin ramai pemain yang ada sekarang, mampu menampung kekosongan dalam pasukan akibat kecederaan lima tonggak Harimau Muda A.

"Kekuatan kami bukan bergantung pada seorang dua pemain kerana yang penting bermain sebagai sebuah pasukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketua jurulatih Ryukyu, Norihiro Satsukawa berkata, beliau akan memberitahu pihak pengurusan kelab jika berjaya mengesan pemain Malaysia yang bagus dalam perlawanan hari ini.

Ketika ini, kelab itu mempunyai dua pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang direkrut awal tahun ini.

"Agak malang Wan Zack hanya dapat bermain dua perlawanan sebelum cedera sementara Nazirul Naim perlu diberi lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri corak permainan kami," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Semua diminta turun padang

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 3 Dis. - Semua pihak diminta turun padang untuk bersama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tidak kira daripada segi tenaga mahupun kewangan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, semua agensi berkaitan termasuk istana juga harus memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa banjir di negeri ini.

Baginda bertitah, rakyat perlu menerima bencana alam yang sukar dijangka itu dan kerajaan pastinya akan berusaha membantu daripada segi bantuan peralatan dan makanan.

"Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banyak tempat dilanda banjir dan ini sukar dijangka, malah kita juga bimbang sekiranya hujan tidak berhenti, keadaan akan menjadi lebih buruk.

"Bagaimanapun, buat masa ini, bantuan segera perlu diberikan kepada mangsa yang terjejas akibat situasi ini," titah baginda selepas melawat Pusat Pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Datuk Shamsiah Hussin; Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob.

Sebanyak 265 mangsa banjir daripada 54 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan itu ekoran rumah di sekitar Kampung Galing Besar dinaiki air.

Dalam lawatan itu, baginda turut meninjau dewan makan tempat penyediaan makanan kepada mangsa banjir, selain memberi sumbangan kepada mereka.

Tengku Abdullah bertitah, soal perparitan bukan satu-satunya faktor berlakunya banjir memandangkan hujan lebat berterusan melanda beberapa daerah di negeri ini.

Dalam pada itu, baginda mahu semua rakyat melakukan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat negeri ini daripada ditimpa musibah.

"Saya harap mangsa banjir bersabar dengan dugaan dialami dan semoga keadaan akan kembali pulih secepat mungkin," titah baginda.

790 penduduk dipindahkan di Maran

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

SEBAHAGIAN daripada mangsa banjir ditempatkan di Masjid Sungai Luit, Ran berikutan kampung mereka dilanda banjir.

MARAN 3 Dis. - Sebanyak 790 penduduk dari sembilan kampung di sini dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki air sejak awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Maran, pemangku Deputi Supritendan Sulaiman A. Hamid berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan berikutan banjir yang berlaku di kediaman mereka.

Menurutnya, antara kampung terlibat ialah Kampung Ulu Luit, Kampung Luit, Kampung Bak Bak, Kampung Baru Sungai Chedung, Kampung Kuin, Taman Sri Chedung, Kampung Baru Jara, Kampung Berkat dan Taman Maran Jaya.

"Tujuh pusat pemindahan dibuka ialah Dewan Perpaduan Maran, Balai Raya Ulu Luit, Balai Raya Kampung Bak Bak, Surau Bukit Kuin, Dewan Kampung Luit, Balai Raya Kampung Baru Jara dan Kompleks Rakan Muda Maran,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan Bencana Daerah telah menghantar bekalan makanan berupa beras, minyak, sardin, gula dan keperluan lain di pusat itu.

Menurut Sulaiman, pihaknya menjangkakan jumlah mangsa banjir akan meningkat dan operasi bersepadu diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Dalam pada itu, beliau meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan di pinggir Sungai Pahang segera berpindah jika diarahkan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Keadaan cuaca tidak menentu dan hujan sejak empat hari lalu boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan terbabit," ujarnya.

Berhenti berniaga jaga anak leukemia

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

ZULAINI Ibrahim (dua dari kiri) bersama tiga anaknya, (dari kiri) Mohamad Azim, Puteri Nur Zulaikha dan Mohd. Arsyad di rumahnya di Taman Kubang Buaya, Kuantan, Pahang, baru-baru ini. - BERNAMA

KUANTAN 3 Dis. - Seorang bapa, Mohamad Ali Mohamad terpaksa menutup gerai membaiki kasut bagi memberi tumpuan terhadap anaknya, Mohamad Azim Mohamad, 8, yang menghidap penyakit leukemia yang dikesan sejak April lalu.

Mohamad berkata, dia dan isteri, Zulaini Ibrahim kini menjaga sepenuh masa anak bongsunya itu yang turut menghidap radang paru-paru.

Tambahnya, keputusan itu dibuat kerana terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur setiap dua kali sebulan bagi mendapatkan rawatan susulan.

"Perbelanjaan untuk ubat-ubatan dan ulang-alik ke hospital itu menelan belanja ribuan ringgit setiap bulan, mujurlah rumah yang kami duduki sekarang merupakan rumah pusaka, jika tidak kami telah dihalau," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kubang Buaya di sini kelmarin.

Menurut bapa kepada enam anak itu, duit simpanan mereka habis namun demi membela nasib anak-anaknya, dia cuba sedaya upaya mencari sumber kewangan.

Katanya, melihat kepada keadaan Mohamad Azim, hatinya bertambah pilu ditambah pula kesihatan anaknya itu kini berada pada tahap kritikal.

Sementara itu, Zulaini berkata, dia seolah-olah hilang semangat untuk meneruskan kehidupan apabila anaknya disahkan menghidap penyakit tersebut.

"Saya sangka dengan berulang-alik ke HKL dapat membantu menyembuhkannya tetapi sebaliknya terjadi dan keadaan anak saya semakin teruk.

"Hati ibu mana yang sanggup melihat anak mereka sebegini, tetapi usaha kami terbatas kerana kami tiada sumber pendapatan," katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa individu termasuk pakar kanser tampil menghulurkan bantuan perubatan namun keadaan anaknya itu tidak berubah.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohamad di talian 010-9124946 atau boleh datang ke rumahnya di alamat A1774, Lorong Kubang Buaya 15, Kubang Buaya di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Gempa sederhana landa Mindanao, tiada tsunami

Posted: 03 Dec 2013 07:27 PM PST

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada Skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 7.58 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 55 kilometer (KM) tenggara Davao, Filipina dan 885 KM timur laut Kinabatangan, Sabah.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA

Lagi parti tarik diri sertai pilihan raya Bangladesh

Posted: 03 Dec 2013 11:39 AM PST

DHAKA 4 Dis. - Krisis politik Bangladesh semakin meruncing apabila sebuah lagi parti politik utama menarik diri daripada terlibat dalam pilihan raya umum pada awal tahun depan, ketika tujuh lagi kematian dicatatkan di sini, semalam ekoran bantahan antikerajaan yang berlarutan.

Hussain Muhammad Ershad yang memimpin Parti Jatiya, parti ketiga terbesar dan sekutu penting dalam gabungan Liga Awami yang memerintah kerajaan berkata, partinya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada 5 Januari depan atas sebab situasi politik di negara ini yang tidak stabil.

Pengumuman Hussain dilakukan sehari selepas gabungan pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh dan sekutunya mengambil langkah sama.

Disebabkan banyak parti tidak bertanding, saya dan Parti Jatiya juga tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya pada awal tahun depan," katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pegawai Imigresen hadapi satu lagi tuduhan rasuah

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

K. VIKNESWARAN cuba mengelak wajahnya dirakamkan jurugambar di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

RASAH 3 Dis. - Selepas didakwa atas tiga tuduhan rasuah semalam, seorang pegawai Imigresen hari ini menghadapi satu lagi tuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini bagi melepaskan dua warga India yang disyaki menggunakan dokumen perjalanan palsu pada tahun lalu.

K. Vikneswaran, 32, yang bertugas di Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Lelaki tersebut didakwa menerima sogokan sebanyak RM3,600 daripada R. Lakshumana Rao, 28, di restoran McDonald's, Nilai dekat sini pada kira-kira pukul 12.37 tengah malam, 24 Julai tahun lalu.

Wang suapan itu didakwa diberikan sebagai dorongan agar tertuduh melepaskan dua lelaki warga India yang dikenali sebagai Sudhakar dan Sreekanth Bongoni kerana disyaki menggunakan dokumen perjalanan palsu

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, P. Sevan yang mengendalikan pendakwaan memberitahu mahkamah, tertuduh turut didakwa atas tiga tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor semalam.

Beliau mencadangkan ikat jamin sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh bagi pertuduhan hari ini.

Peguam A. Ramasy yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah memberikan kadar ikat jamin lebih rendah berikutan tertuduh adalah seorang penjawat awam yang bergaji rendah.

Nursinah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes itu ditetapkan pada 16 Januari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Semalam, Vikneswaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga tuduhan rasuah untuk melepaskan tiga lelaki warga India yang dipercayai menggunakan dokumen perjalanan palsu pada tahun lalu.

Vikneswaran didakwa meminta rasuah sebanyak RM4,000 dan RM2,500 daripada Rao sebagai dorongan untuk melepaskan Sudhakar dan Sreekanth yang dipercayai menggunakan dokumen perjalanan palsu melalui panggilan telefon antara pukul 4 petang, 18 Julai 2012 dan pukul 4.50 petang, 10 September 2012.

Tertuduh juga didakwa setuju menerima sebanyak RM2,500 daripada Rao sebagai dorongan melepaskan Satinder Pai yang turut dipercayai menggunakan dokumen perjalanan palsu di KLIA pada pukul 3.45 petang, 14 September 2012.

MyKad palsu: 13 suspek dipenjara

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

PETALING JAYA 3 Dis. - Tiga belas tertuduh warga Indonesia termasuk empat wanita, masing-masing dihukum penjara antara dua bulan dan sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki MyKad palsu atau milik orang lain.

Enam daripada mereka dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Nazri Omran manakala bakinya didakwa di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 23 November lalu.

Mohd. Nazri menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan ke atas Firman Mohd. Yunus, 18; Masud Kahamang, 36; Bakat Kamiran, 26, dan Kamil Idris, 26, manakala Musdalifah Yusup, 32, dijatuhi hukuman penjara empat bulan.

Bagaimanapun Ramlah Osman, 35, hanya dijatuhkan hukuman penjara dua bulan atas alasan tertuduh sedang mengandung empat bulan.

Sementara itu, Elena menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Mulianto Sida, 22; Matrami Ramli, 22; Haeruddin Arifin, 28; Rustam Nordin, 22, dan Rahmawati Abdul Rahim Suma, 43, manakala Yunus Jaya, 41, dan Busrul Basiran, 28, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan SMI, Taman Subang Mas, Subang Jaya, dekat sini antara pukul 12.01 tengah malam dan pukul 3 pagi, 23 November lalu.

Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh yang bekerja sebagai pembantu restoran, pekerja kilang dan bekerja sendiri itu adalah mengikut Peraturan 25(1)(e) dan 25(1)(o) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pendakwaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, Mohd. Zaidi Ibrahim dan Pegawai Pendakwa JPN, Norsheila Jamalluddin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rabbani bergandingan dengan Nash di Johor Bahru

Posted: 03 Dec 2013 12:18 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kumpulan nasyid Rabbani bakal berpadu suara dengan penyanyi rock, Nash dan Aishah dalam satu majlis makan malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru 25 Disember ini.

Menurut salah seorang ahli kumpulan Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz, paduan suara antara mereka pastinya suatu yang unik, apatah lagi kesemua mereka mempunyai latar belakang muzik yang berbeza.

"Selain gabungan persembahan kami, pengunjung yang hadir pada malam itu turut berpeluang beramah mesra dan berkenalan dengan artis yang selama ini hanya dikenali melalui media massa.

"Majlis seperti itu turut memberi peluang kepada masyarakat untuk berhibur dan meluangkan masa secara berfaedah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan Mahabbah Event & Management ini mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan tempahan meja boleh dibuat dengan menghubungi talian 012-3736897. - UTUSAN ONLINE

Kumpulan Hujan masih bersama - Noh

Posted: 02 Dec 2013 11:53 PM PST

Oleh MOHAMAD ARIFF MOHD YUSOF

KUALA LUMPUR 2 Dis.- Kumpulan Hujan masih lagi bersatu dan buktinya mereka telah menjayakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) semalam.

"Kami tidak berpecah, masih lagi bersama dan akan terus mengadakan persembahan bersama dengan izin Allah.

"Konsert ini membuktikan bahawa kami masih wujud dan teguh. Atas sokongan anda semua, Hujan terus kekal dalam industri muzik," kata vokalisnya, Noh.

Hujan merupakan kumpulan 'indie' pertama yang diberi kesempatan mengadakan konsert di DFP.

Noh yang merupakan suami kepada penyanyi Mizz Nina itu berjaya menghibur penonton sekitar 900 orang itu dengan gayanya yang tersendiri.

Pada persembahan yang berlangsung dalam suasana meriah itu, Noh diiringi oleh anggota Hujan yang lain, Izat (bes) dan AG Coco (gitar) dan Am (dram) dan beberapa pemuzik lain.

Konsert pada malam itu turut diserikan dengan penampilan khas Datin Seri Tiara Jacquelina berduet dengan Noh menerusi lagu Aku Skandal. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menyambung risalah perjuangan suci

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

MUHYIDDIN Yassin berucap pada Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Razak Latif

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana pada malam ini kita dapat berhimpun untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013. Untuk ke sekian kalinya, kita pewaris perjuangan bangsa Melayu sejak turun temurun meneruskan tradisi menghadiri perhimpunan terbesar umat Melayu demi menyambung risalah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air kita.

Setinggi-tinggi kesyukuran juga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana kita menjadi insan yang terpilih untuk berada di dalam saf perjuangan UMNO. Melalui wadah UMNO, para pejuang bangsa kita yang terdahulu telah berjaya menyatukan hati umat Melayu untuk memerdekakan tanah air dan seterusnya menggembleng usaha mengangkat martabat agama dan bangsa kita.

Semua pejuang UMNO yang berada di sini pada malam ini, dan di seluruh pelosok negara, merupakan penyambung risalah perjuangan suci ini. Dalam mengemudi haluan perjuangan parti kita, yang kita harapkan hanyalah pertolongan dan reda Allah jua. Seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 69: Yang bermaksud: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

Terlebih dahulu, di awal ucapan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang dipilih untuk menerajui ketiga-tiga sayap parti dalam pemilihan baru-baru ini. Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat, Khairy dan Mas Ermiyati. Marilah kita berikan tepukan gemuruh kepada mereka. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan exco Pemuda, Wanita dan Puteri serta kepimpinan ketiga-tiga pergerakan di peringkat bahagian dan cawangan.

Kita bersyukur kerana proses pemilihan parti kita telah berjalan lancar tanpa sebarang musibah. Saya yakin, pemilihan UMNO yang melibatkan ratusan ribu perwakilan di seluruh negara membuktikan bahawa proses transformasi UMNO menjadi parti yang lebih demokratik, telus dan terbuka semakin berhasil. Menerusi pemilihan yang lalu, kita semua dapat saksikan bahawa amalan demokrasi di dalam parti kita terus subur, malah jauh lebih baik berbanding parti pembangkang.

Ada sebuah parti di negara kita yang sering menuduh kononnya UMNO tidak demokratik, tidak telus dan menipu semasa pilihan raya. Parti ini gemar mendabik dada dialah juara demokrasi, akauntabiliti, ketelusan, kecekapan dan bermacam-macam lagi. Kononnya dialah parti yang terbaik di negara ini. Tetapi Allah Maha Berkuasa. Baru-baru ini ditunjukkan tembelang sebenar parti ini yang terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat kerana didakwa oleh ahli mereka sendiri terdapat penipuan dalam proses pengundian. Lebih teruk lagi, pemilihan kali kedua pun masih dipertikaikan. Bak kata pepatah:

Paku dulang paku serpih

Mengata orang dia yang lebih

Perhimpunan tahun ini amat istimewa kerana diadakan selepas kita mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Setahun yang lalu di dewan inilah kita bulatkan tekad, jitukan semangat dan panjatkan doa kepada Allah untuk memenangi pilihan raya umum yang dikatakan amat mencabar bagi kita. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana doa kita dikabulkan oleh-Nya dan ikhtiar kita telah mendatangkan kejayaan yang amat bermakna buat kita semua.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Kita berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara.

Kepada orang Melayu dan bumiputera khususnya, kita amat berterima kasih kerana dengan sokongan padu mereka kepada UMNO, parti kita telah berjaya menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88 kerusi kesemuanya. Dengan kemenangan ini, UMNO adalah parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam pilihan raya. Alhamdulillah, berkat sokongan padu orang Melayu dan bumiputera kepada UMNO, parti kita kekal menjadi tonggak kekuatan BN.

Tidak kita nafikan bahawa PRU-13 merupakan suatu pentas jihad untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara kita. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjulang panji kemenangan di medan jihad ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang, termasuk oleh konco-konco mereka dari dalam dan luar negara, UMNO dan BN terus berdiri megah sebagai parti yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah.

Kita sedar dalam pilihan raya lalu, UMNO bukan sahaja berhadapan dengan serangan parti pembangkang, malah belasahan gerombolan kuasa jahat yang mahu melihat parti keramat orang Melayu dan umat Islam ini berkubur di tanah air sendiri. Namun, berpantang maut sebelum ajal, dengan rahmat dan inayah Allah SWT kita berjaya mempertahankan kelangsungan UMNO.

Di sebalik kejayaan memenangi PRU-13, jangan kita lalai dan leka. Kemenangan UMNO dan BN adalah kemenangan bersyarat. UMNO berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen, tetapi BN mengalami kekurangan sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bandar. Kita berjaya memenangi semula Kedah dan mengekalkan pentadbiran negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis dan Sabah, tetapi kita gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Bilangan kerusi kita di negeri-negeri kubu kuat UMNO seperti Johor dan Melaka juga berkurangan.

UMNO perlu memahami mesej jelas yang cuba dihantar oleh para pengundi. Kita perlu bermuhasabah secara jujur dan ikhlas untuk mengetahui sebab-musabab mengapa sokongan pengundi bandar dan golongan muda terhadap parti kita tidak seperti yang diharapkan. Apakah selama ini sentuhan UMNO tidak begitu dirasai oleh mereka?

Mungkinkah terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki? Apakah bentuk penambahbaikan yang perlu kita laksanakan? Setidak-tidaknya, para pengundi telah menghantar mesej jelas kepada UMNO bahawa transformasi UMNO sebagai parti yang benar-benar merasai denyut nadi rakyat dan berupaya menggalas harapan rakyat mesti diteruskan.

Bagi orang Melayu dan bumiputera pula, mereka telah buktikan bahawa sokongan padu merekalah yang menjadi sumber kekuatan UMNO dan BN. Harapan mereka kepada UMNO semakin tinggi dan mereka mahu sokongan kepada UMNO tidak disia-siakan. Mereka ingin melihat UMNO terus menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam yang sejati. Bagi orang Melayu dan bumiputera, UMNOlah tempat mereka bernaung. Bak kata pepatah:

Uratnya tempat bersila

Batangnya tempat bersandar

Daunnya tempat berteduh

Persoalan yang sedang berlegar di minda orang Melayu selepas PRU-13 ialah ke manakah hala tuju UMNO? Apakah UMNO akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan bumiputera? Apakah UMNO akan terus berikhtiar menyediakan peluang-peluang pendidikan, latihan dan biasiswa kepada orang Melayu dan bumiputera? Apakah UMNO akan terus berjuang menyediakan peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan kepada anak-anak orang Melayu dan bumiputera? Bagaimanakah UMNO berhadapan dengan cabaran liberalisasi ekonomi dan pasaran bebas?

Masih adakah iltizam politik UMNO untuk membantu orang Melayu dan bumiputera bersaing dalam kancah ekonomi global? Masih adakah kekuatan pada UMNO untuk memastikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan membantu syarikat-syarikat bumiputera? Apakah orang Melayu masih boleh bergantung harap kepada UMNO untuk menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam?

Di pentas ini, saya ingin memberi jaminan kepada orang Melayu dan bumiputera. UMNO akan terus membela anda semua. Selama ini pun, berkat perjuangan UMNO, taraf ekonomi orang Melayu dan bumiputera telah berjaya kita tingkatkan. Kadar kemiskinan bumiputera menurun daripada 64.8% pada tahun 1970 kepada 2.2% pada tahun 2012. Insiden kemiskinan tegar bumiputera juga menurun daripada 9.9% pada tahun 1970 kepada 0.3% pada tahun 2012. Dalam tempoh sama, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah bumiputera telah meningkat daripada RM172 kepada RM4,457, dan pemilikan ekuiti bumiputera telah bertambah daripada 2.4% kepada 23.5%.

Risalah perjuangan UMNO untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang ekonomi terus diperhebatkan dengan pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Melalui program terbaru ini, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuhkan pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan bumiputera, dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan untuk membantu golongan bumiputera.

Kita mengucapkan syabas kepada Presiden selaku Perdana Menteri atas komitmen dan usaha beliau untuk memperkasa ekonomi bumiputera. Ketegasan Perdana Menteri memperkasa ekonomi bumiputera menambah keyakinan orang Melayu dan bumiputera kepada UMNO. Melangkah ke hadapan, kita perlu menjadikan agenda memperkasa ekonomi bumiputera sebagai satu agenda besar yang bertujuan meningkatkan ekonomi bumiputera dalam pelbagai bidang.

Selain memberi tumpuan kepada pemilikan ekuiti dalam sektor korporat, pembangunan modal insan dan keusahawanan, dan pemilikan hartanah bumiputera, kita perlu terus berikhtiar memajukan sektor-sektor ekonomi yang mempunyai impak besar kepada orang Melayu dan bumiputera. Ini termasuk memperkasa sektor pertanian, perikanan dan ekonomi luar bandar yang mempunyai kesan langsung kepada orang Melayu dan bumiputera.

Di samping meneruskan usaha-usaha membasmi kemiskinan di luar bandar, program-program kesejahteraan bandar juga perlu berfokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup golongan bumiputera kelas pertengahan dan mudah miskin. Mereka ini semakin hari semakin dihimpit oleh kos sara hidup yang kian meningkat. Kita mahu peningkatan taraf ekonomi dan kesejahteraan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja diukur dari segi peningkatan angka-angka pemilikan ekuiti dan pendapatan perkapita, tetapi benar-benar dirasai dalam kehidupan seharian mereka.

Secara khusus, 7 inisiatif utama hendaklah dilaksanakan segera untuk menyokong pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera:

Pertama, selaras dengan KPI yang telah ditetapkan, Ketua-Ketua Eksekutif Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan hendaklah menyediakan pelan lengkap bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera. Senaraikan peluang-peluang yang boleh direbut oleh syarikat-syarikat bumiputera dan kemukakan laporan prestasi secara berkala kepada Majlis Ekonomi Bumiputera.

Kedua, anak-anak bumiputera mesti segera merebut peluang menyertai pelbagai latihan peningkatan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. Ini termasuk pendidikan vokasional yang merupakan salah satu teras di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi asas pembentukan modal insan berkemahiran. Menerusi transformasi pendidikan vokasional, bilangan kolej-kolej vokasional akan ditambah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja bumiputera yang berkemahiran, memenuhi kehendak pasaran dan berpendapatan tinggi. Penambahan kolej-kolej vokasional harus disegerakan bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar bumiputera untuk mengikuti latihan vokasional.

Ketiga, kerajaan hendaklah mempergiatkan usaha meningkatkan peratusan golongan profesional Melayu dan bumiputera dalam pelbagai bidang. Sehingga kini kerajaan telah berjaya meningkatkan jumlah tenaga profesional Melayu dan bumiputra menerusi skim latihan dan pendidikan tinggi sehingga peratusan mereka telah menjangkau 40-50% dalam pekerjaan profesional seperti doktor perubatan, doktor gigi, doktor veterinar, jurutera dan juruukur. Usaha ini hendaklah diteruskan dalam semua bidang profesional sehingga peratusan Melayu dan bumiputra mencerminkan peratusan mereka dalam jumlah penduduk negara.

Keempat, peniaga dan pengusaha Melayu dan bumiputera mesti meningkatkan daya saing serta bersedia menghadapi persekitaran perniagaan yang mesra-pasaran. Oleh itu, orang Melayu dan bumiputera mesti menerima prinsip ketelusan dan persaingan untuk menikmati bantuan kerajaan dan merebut pelbagai peluang yang tersedia. Ini bertujuan supaya peniaga dan pengusaha Melayu lebih bersedia untuk menangani cabaran globalisasi dan pembukaan pasaran yang semakin mendesak ketika ini. Di samping itu, isu ketirisan dan pembaziran juga perlu diatasi untuk meningkatkan keberkesanan usaha membantu golongan bumiputera.

Kelima, bagi mengukuhkan lagi kemajuan ekonomi orang Melayu dan bumiputera kerajaan mestilah meneruskan usaha membantu dan memajukan aset-aset kaum Melayu dan bumiputra seperti tanah dan tabungan untuk melengkapkan usaha lain yang selama ini telah dilaksanakan. Usaha ini memerlukan sokongan yang padu dari kaum Melayu dan bumiputera agar pihak kerajaan dapat mengadakan program yang lebih mantap dan sesuai sebagai inisiatif baru di masa hadapan.

Keenam, kerajaan harus meneruskan usaha memenuhi tuntutan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Melayu dan bumiputera, baik di kota mahupun di desa. Bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat bumiputera di kota, skim perumahan mampu milik perlu diperluaskan dengan segera di samping memperkenalkan skim rumah mampu sewa.

Ketujuh, bagi mengatasi masalah peningkatan kos hidup, lebih banyak program menjana pendapatan mesti dilaksanakan, terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan miskin bandar. Kerajaan mesti memperluaskan industri berasaskan pertanian dengan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan seperti pinjaman modal dan latihan, memperkasa industri kecil dan sederhana, serta membantu peniaga-peniaga kecil, petani dan nelayan. Agensi-agensi yang menyediakan kemudahan pembiayaan, hendaklah mempermudahkan pemberian pembiayaan kepada usahawan dan peniaga bumiputera yang layak. Selain itu, pihak-pihak berkuasa tempatan hendaklah mempermudahkan pemberian lesen kepada peniaga-peniaga kecil. Saya menyarankan agar Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, khususnya Biro Ekonomi, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk mempelopori usaha membantu usahawan dan peniaga bumiputera meningkatkan pendapatan.

Kesemua inisiatif ini disediakan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO untuk membantu golongan bumiputera. Oleh itu, UMNO mesti mengambil peranan yang lebih penting untuk menggalakkan lebih ramai bumiputera merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri wajib melaksanakan pelbagai inisiatif tambahan untuk menyokong usaha kerajaan memacu ekonomi bumiputera. Kita telah meletakkan sasaran Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Kita hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi. Masa amat mencemburui kita. Apa makna kita menjadi negara maju jika orang Melayu dan bumiputera tidak mendapat bahagian yang adil dan setimpal dalam kek ekonomi negara.

Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

PENEGASAN UMNO

Perjuangan membela nasib Melayu dan bumiputera masih belum selesai. UMNO tidak akan mengabaikan kepentingan ekonomi orang Melayu dan bumiputera. UMNO akan terus mendukung tugas besar ini selagi UMNO wujud dan mendapat sokongan rakyat. Kesemua ini adalah bukti komitmen UMNO untuk terus membela orang Melayu dan bumiputera.

Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan UMNO mempertahankan agenda bumiputera, katakan kepada mereka UMNO bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan. UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu akan terus menggalas agenda memperkasa bangsa Melayu dan bumiputera tanpa rasa takut atau gentar. UMNO juga bukan parti jumud yang kekal di takuk lama. Kita sentiasa mengharungi arus perubahan sambil menggalas agenda perjuangan.

Melihat ke hadapan, menggalas harapan umat Melayu kepada UMNO bukanlah satu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menghadapi pelbagai cabaran. Di pentas dunia, negara-negara Islam adalah antara negara yang paling banyak dilanda pergolakan dan pertumpahan darah. Ketika krisis di Palestin belum selesai, kita dikejutkan pula dengan tragedi di Syria, Mesir, Tunisia, Libya dan negara-negara Islam yang lain. Bunuh-membunuh sesama umat Islam disebabkan perbalahan kabilah, perbezaan mazhab dan perebutan kuasa politik menjadi semakin lumrah.

Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis seperti ini. Negara kita terus stabil. Rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Namun, jika bibit-bibit perpecahan dalam kalangan umat Islam sama ada yang disebabkan oleh perseteruan politik atau perbezaan mazhab tidak segera dibendung, tidak mustahil kita juga akan ditimpa nasib yang sama. Kita berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada musibah ini.

PERPADUAN UMMAH

Justeru, tugas utama UMNO adalah untuk memastikan perpaduan ummah sentiasa terpelihara. Untuk itu, UMNO akan terus berganding bahu dengan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam untuk mempelopori usaha penyatuan ummah dalam erti kata yang sebenar. Pintu UMNO sentiasa terbuka luas untuk menyahut seruan perpaduan dan kerjasama dengan semua pertubuhan Melayu dan Islam. Inilah yang menjadi harapan umat Melayu dan Islam di negara kita. Mereka mahu melihat perpaduan ummah yang lebih jitu terbina kerana dengan perpaduanlah kepentingan umat Islam akan sentiasa dapat dibela.

Maka, sebagai parti yang memperjuangkan Islam, saya merasakan tidak sepatutnya ada tembok pemisah antara UMNO dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain untuk membentuk kerjasama dan membina perpaduan yang lebih jitu berasaskan semangat persaudaraan di dalam Islam demi memastikan kepentingan Islam sentiasa terbela. Saya yakin, jika ditanya setiap seorang yang ada di dalam dewan ini pada malam ini, pastinya kita semua bersetuju bahawa tiada yang paling utama bagi kita umat Islam yang berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah melainkan perpaduan di atas jalan Allah yang lurus. Seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Anam ayat 153: Yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa."

CABARAN TERHADAP UMAT ISLAM

Perpaduan ummah menjadi lebih penting ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran. Umat Islam bukan sahaja dilanda krisis dan pertumpahan darah, malah diasak dengan pelbagai serangan minda dan jiwa. Kononnya atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi, umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalan ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain. Malah, dalam dunia hari ini, prinsip kebebasan individu yang tidak berteraskan nilai agama dan budaya dijadikan penanda aras moral di peringkat global.

Jika dipenuhi kesemua tuntutan hak asasi tanpa batas ini, kesucian institusi keluarga sudah tidak dapat dipertahankan lagi. Malah, keruntuhan institusi keluarga dan akhlak insan pasti terjadi. Ini amat berbeza sekali dengan pandangan Islam mengenai hak asasi manusia. Deklarasi Cairo Mengenai Hak Asas Manusia Dalam Islam yang diisytiharkan semasa Persidangan Menteri-Menteri Luar OIC pada tahun 1990 mengiktiraf institusi keluarga sebagai tiang seri masyarakat dan perkahwinan yang sah sebagai asas pembentukannya.

Keselamatan akidah umat Islam juga dipelihara dengan tidak mengiktiraf kesalahan murtad sebagai suatu hak. Kandungan Deklarasi Cairo ini perlu dijadikan panduan oleh negara-negara Islam dalam menghadapi kumpulan hak asasi manusia yang mendesak supaya umat Islam mengiktiraf hak-hak yang bercanggah dengan prinsip Islam.

Malangnya, ada sesetengah pihak di negara kita yang mengatakan bahawa orang Melayu yang beragama Islam wajar diberikan hak untuk murtad seperti mana orang bukan Islam boleh menukar agama. Mereka persoalkan mengapa perlu dibezakan hak orang Islam dengan hak orang bukan Islam. Kalau orang bukan Islam boleh, mengapa orang Islam tidak boleh? Mengapa kita mendiskriminasi orang Islam? Mereka menuduh kononnya kita tidak mengamalkan prinsip kesamarataan atau equality yang menjadi perkara asas dalam sebuah masyarakat yang demokratik.

Begitu juga dengan amalan gay dan lesbian. Mereka berkata kalau di Barat boleh, mengapa di Malaysia tidak boleh? Apa istimewanya Malaysia sehinggakan perkara yang diamalkan di Barat tidak boleh diamalkan di sini? Apabila mereka hendak menganjurkan festival gay di negara kita, kerajaan tidak benarkan kerana kita hendak menjaga masyarakat kita daripada keruntuhan moral dan akhlak.

Kita juga tidak membenarkan penularan ajaran sesat di kalangan umat Islam. Kita hendak pastikan umat Islam di negara kita tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Kita hendak menjaga akidah umat Islam. Tetapi mereka berkata atas prinsip kebebasan beragama sepatutnya kita biarkan orang Islam menganut apa sahaja fahaman atau ajaran.

Kalau ada orang yang mengajar kononnya umat Islam boleh sembahyang dengan niat sahaja, tidak perlu mengerjakan solat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW, biarkan. Kerajaan tidak boleh menghalang. Kalau ada pihak yang menyebarkan ajaran kononnya orang Islam boleh mengerjakan haji dengan niat sahaja, tanpa perlu pergi ke Mekah, pun biarkan. Tiada siapa boleh menghalang.

Kemudian, kalau ada pihak yang mengatakan orang Islam boleh berkahwin secara kontrak hatta untuk tempoh yang singkat sekali pun, tiada siapa boleh menegah. Kononnya agama adalah hak individu. Jika kita menghalang, mereka menuduh kita melanggar hak individu, tidak bersikap terbuka, tidak inklusif, tidak progresif dan sebagainya. Bagi mereka, atas nama kebebasan dan hak asasi, manusia boleh berbuat apa sahaja walaupun perbuatan itu jelas bercanggah dengan ajaran agama.

Baru-baru ini satu pertubuhan bernama Coalition of Malaysian NGOs (Comango) telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Kumpulan ini telah melobi negara-negara asing supaya mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas. Antaranya, menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang mengiktiraf hak individu termasuk orang Islam untuk menukar agama.

Malaysia juga digesa supaya mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), selain memansuhkan undang-undang yang menjadikan hubungan seks luar tabii seperti liwat sebagai satu kesalahan jenayah. Mereka juga mendesak supaya enakmen-enakmen mengenai kesalahan jenayah syariah seperti khalwat, meminum arak, berjudi, mengamalkan ajaran sesat dipinda atau dimansuhkan atas alasan mengganggu hak peribadi orang Islam.

Saya lihat desakan-desakan ini adalah contoh jelas kewujudan gerakan menyebarkan dakyah songsang atas nama kebebasan tanpa batas di negara kita. Kumpulan ini nampaknya mempunyai dana yang cukup besar sehingga mampu menghantar wakil-wakil mereka ke luar negara untuk melobi negara-negara asing supaya memberi tekanan kepada Malaysia.

Saya nak tanya saudara-saudari yang ada di dalam dewan ini. Adakah kita rela pihak asing memaksa kita menerima konsep kebebasan yang bercanggah dengan agama kita? Adakah kita rela kebebasan tanpa batas yang sebegini rupa diamalkan di negara kita? Adakah kita mahu akidah umat Islam dipesongkan oleh mereka? Tentu sekali tidak.

Saya dapat merasakan umat Islam amat resah apabila pelbagai dakyah songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam disebarkan di negara kita. Mereka khuatir ini akan merosakkan akidah dan perpaduan umat Islam. Kerana itu, akhir-akhir ini banyak NGO Melayu dan Islam bangkit mempertahankan akidah umat Islam. Pertubuhan-pertubuhan seperti PEMBELA, PERKASA, Majlis Perunding Melayu, JATI, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, para ulama, guru-guru pondok, pendakwah bebas dan pertubuhan-pertubuhan yang seangkatan bangkit memperjuangkan keselamatan akidah umat Islam. Mereka bangkit kerana merasakan nilai-nilai murni yang diamalkan selama ini diancam oleh satu bentuk penjajahan baru. Penjajahan dalam erti kata memaksa umat Islam menerima nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Di sini, di pentas ini, di depan saudara dan saudari sekalian, saya memberi jaminan UMNO tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam akidah umat Islam. Kita tahu bahawa sekarang ini terdapat satu bentuk cubaan yang tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara kita. Kerana itu, UMNO sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam.

UMNO tidak akan sekali-kali menghalalkan sebarang perbuatan dosa besar kononnya atas dasar menghormati hak peribadi. Yang haram di sisi Islam tetaplah haram. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah hukum Allah atas apa jua alasan sekalipun. Kerana itu, UMNO mengalu-alukan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam yang lain untuk berganding bahu bersama-sama kita mempertahankan akhlak, moral dan akidah umat Islam. Saya yakin gandingan dalam perkara yang maruf ini akan memperkukuhkan lagi perjuangan menegakkan agama. Seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah ayat 2: Yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)".

PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT

Saya percaya benteng akidah Islam akan lebih kukuh sekiranya umat Islam mendapat pendidikan agama yang sempurna. Umat Islam di negara kita mestilah dididik dengan akidah Islam yang sebenar berpandukan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Untuk itu, gerakan dakwah dan tarbiyah mesti diperhebatkan. Institusi-institusi agama Islam mesti diperkukuhkan. Peluang untuk umat Islam mendapat pendidikan agama tidak harus terhenti di peringkat sekolah atau universiti sahaja, sebaliknya perlu diteruskan sepanjang hayat.

Kerana itu saya ingin mencadangkan agar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara kita. Menerusi dasar ini, kita boleh menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam di peringkat komuniti yang memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu agama dengan sempurna.

Pakar-pakar yang terlatih dan bertauliah dalam bidang agama Islam boleh ditempatkan di pusat-pusat ini untuk mengajar pelbagai bidang keilmuan Islam seperti ilmu tafsir, quran, hadis, fekah, tauhid, muamalat, akhlaq, mantiq, balaghah, falsafah dan lain-lain. Program persijilan boleh ditawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk mendalami ilmu Islam tanpa mengira peringkat umur. Sebagaimana hadis Nabi SAW:

Utlubul ilma minal mahdi ila lahdi"

Yang bermaksud:

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Untuk melaksanakan dasar pengajian Islam sepanjang hayat ini, saya mencadangkan Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri berbincang untuk menjayakan inisiatif ini sebagai usaha bersama. Dengan adanya kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, saya berharap inisiatif ini akan menjadi satu inisiatif nasional yang penting dan lestari. Buat permulaan, kelas-kelas pengajian yang dianjurkan oleh institusi-institusi pondok, maahad tahfiz dan masjid di seluruh negara boleh dinaik taraf untuk dijadikan Kolej Komuniti Islam yang menawarkan kursus pengajian Islam kepada masyarakat Islam setempat.

Sehubungan ini juga, saya ingin menjemput pertubuhan-pertubuhan Islam untuk turut sama terlibat menjayakan inisiatif ini sebagai salah satu usaha taawanu ala al-birri wal taqwa seperti yang disebut di dalam al-Quran. Saya berharap agar dasar ini boleh kita laksanakan dengan segera untuk memberikan pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, dan sekali gus membentengi mereka daripada pelbagai dakyah songsang yang menjejaskan akidah umat Islam. Selain itu, bagi memastikan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sentiasa terpelihara, saya mencadangkan agar satu jaminan terhadap aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan umat Islam di negara kita dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menyentuh mengenai kedudukan Islam di negara kita, saya menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan mesti kita pertahankan. Ini penting bukan sahaja untuk mempertahankan kesucian Islam, tetapi menjamin keseimbangan dalam hubungan antara kaum dan agama. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat banyak prinsip keseimbangan yang perlu kita pertahankan. Misalnya, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan diseimbangkan dengan hak semua individu untuk mengamalkan agama masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni.

Kedudukan istimewa kaum Melayu dan bumiputera diseimbangkan dengan hak kerakyatan kaum-kaum lain serta jaminan menjaga kepentingan semua kaum. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diseimbangkan dengan hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Prinsip-prinsip keseimbangan yang terkandung di dalam Perlembagaan ini tidak semuanya selari dengan idea kebebasan Barat. Tetapi kita tidak perlu bersikap apologetik kerana prinsip-prinsip ini penting untuk menjamin keharmonian dalam hubungan antara kaum dan agama di negara kita.

Kita tidak akan sekali-kali tunduk kepada tuntutan-tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan seperti menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, menghina agama Islam, menghina institusi Raja, tidak menghormati bahasa Melayu dan lain-lain. Jika kecenderungan merungkai asas-asas perlembagaan ini diteruskan, apa lagi dengan menuntut perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum, nescaya akan wujud suara-suara yang lebih ekstrem menuntut bermacam-macam perkara yang boleh menyebabkan hubungan kaum di negara kita menjadi lebih tegang. Trend ini amat tidak baik untuk negara kita yang berbilang kaum dan agama. Keadaan tidak akan menjadi aman dan segala usaha kita mempertahankan kestabilan dan keharmonian negara akan menjadi sia-sia. Bak kata pepatah:

Tuba binasa

Ikan tak dapat

PEMUJAAN DEMOKRASI LIBERAL BARAT

Cabaran nilai dan budaya yang dihadapi oleh umat Islam hari ini bukanlah sesuatu yang terpencil. Ia adalah sebahagian daripada perkembangan sejagat yang menganggap demokrasi liberal Barat sebagai satu-satunya sistem politik dan kerajaan untuk umat manusia. Bukan itu sahaja, nilai-nilai yang dibawa oleh pemikiran liberal barat juga dianggap sebagai nilai mutlak yang perlu dianuti oleh seluruh umat manusia. Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama di dalam bukunya The End of History and the Last Man, tidak ada ideologi lain yang layak menggantikan demokrasi liberal sebagai sistem politik dan kerajaan dalam evolusi sejarah manusia.

Dakwaan ini nampak macam betul. Kerana menurut Laporan Freedom House 2013, sebanyak 118 daripada 195 negara di seluruh dunia sudah pun mengamalkan sistem demokrasi. Negara yang tidak mengamalkan demokrasi adalah minoriti. Namun, di dalam laporan Freedom House ini, Malaysia tidak disenaraikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Sebaliknya, negara seperti Bhutan, Georgia dan Libya pula dikatakan telah mengamalkan demokrasi, manakala Lesotho, Senegal, Sierra Leone dan Tonga telah menjadi negara bebas.

Menurut laporan ini lagi, Malaysia berada sebaris dengan Rwanda, Nicaragua dan Korea Utara yang bukan merupakan negara demokrasi. Suara-suara sumbang seumpama ini boleh didapati dalam laporan-laporan mengenai hak asasi manusia yang diterbitkan oleh pertubuhan tertentu di negara kita dan juga di dalam akhbar-akhbar parti pembangkang.

Tuduhan Malaysia bukan sebuah negara demokrasi bunyinya agak pelik bagi kita. Kalau boleh saya katakan pelik bin ajaib kerana negara-negara yang baru sahaja bebas daripada cengkaman diktator pun telah diberikan status negara demokrasi, sedangkan Malaysia yang sudah merdeka lebih lima dekad dan mengadakan berpuluh kali pilihan raya, termasuk pilihan raya-pilihan raya kecil, belum boleh dikatakan sebuah negara demokrasi. Apatah lagi, dengan mengambil kira program transformasi politik yang telah dimulakan oleh Presiden kita selaku Perdana Menteri, ruang demokrasi di negara kita menjadi lebih luas, dengan kerajaan mengambil sikap yang lebih responsif dan terbuka dalam memenuhi kehendak rakyat.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

RANCANGAN untuk menambah baik Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dijangka membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyahkan serangan persepsi yang tidak adil kepada suruhanjaya itu, sekali gus menyerlahkan lebih kebebasan dan ketulusannya.

Seperti kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Abu Zahar Ujang, cadangan pindaan Seksyen 23 dan 26 akta berkenaan dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Pindaan ke atas Seksyen 23 akan memastikan anggota pentadbiran dan penjawat awam di peringkat nasional mahupun negeri tidak memanipulasi sebarang ruang dan kelemahan dalam peruntukan undang-undang terutama melibatkan pemberian tender, kontrak, tanah dan projek kerajaan.

Sering kali diperkatakan proses kelulusan tender dan projek kerajaan perlu diperkemaskan terutamanya apabila ia melibatkan dua pihak yang mempunyai kaitan dalam urusan tersebut iaitu pemohon dan pembuat keputusan.

Kita berharap pindaan itu kelak akan memperjelaskan lagi urusan tersebut supaya tiada ruang untuk sesiapa mempersoalkannya dan pada masa yang sama SPRM boleh memainkan peranan yang lebih jelas dalam hal itu.

Pindaan ke atas Seksyen 36 pula akan membolehkan suatu anjakan dalam proses penyiasatan apabila SPRM boleh terus menyiasat pemilikan dan harta seseorang yang disyaki terlibat dengan rasuah tanpa perlu ada siasatan awal.

Kita berharap langkah tersebut kelak akan menjadi suatu lagi peningkatan berkesan ke atas usaha membendung amalan yang menjurus kepada perbuatan rasuah. Ia diharap dapat menyumbang kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang semakin baik. Ketika ini negara kita di tangga ketiga terbaik dalam ASEAN.

AWANG - Sokong.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Penternak ikan air tawar digesa tingkat produktiviti

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

TANAH MERAH 3 Dis. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meningkatkan industri akuakultur di negara ini selepas sumber perikanan dari laut telah mencapai tahap penerokaan maksimum.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, pihaknya sedang merangka program untuk menyokong peningkatan pengeluaran dengan memberikan sokongan kepada pembangunan akuakultur menerusi pembangunan teknologi ternakan dan pembangunan induk, sokongan teknikal dan latihan tenaga kerja mahir.

Beliau berkata, pada masa sama, pihaknya berharap penglibatan generasi muda untuk merealisasikan hasrat tersebut memandangkan industri ini mempunyai potensi yang luas untuk berjaya.

"Jabatan Perikanan juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengusaha dan penternak ikan air tawar yang berjaya untuk memberi latihan kepada orang ramai yang berminat menceburi industri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Memperkasa Industri Akuakultur Kelantan yang dihadiri kira-kira 100 penternak ikan air tawar dari negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Ahamad Sabki memberitahu, pengeluaran ikan air tawar Kelantan masih terendah dalam negara walaupun memiliki kemudahan seperti kawasan luas serta sistem bekalan air sesuai untuk menjalankan aktiviti menternak ikan.

Justeru, beliau menggesa penternak ikan air tawar di negeri ini meningkatkan produktiviti pengeluaran mereka bagi menampung permintaan tinggi daripada pengguna.

"Pengeluaran akuakultur air tawar di negeri ini pada tahun lalu adalah sebanyak 1,995.4 metrik tan dengan nilai RM10 juta, melibatkan kawasan seluas 173 hektar.

"Namun, jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menampung permintaan dalam negeri yang memerlukan peningkatan sebanyak sekali ganda sepanjang tempoh tersebut," katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut memberi bantuan dengan memperkenalkan teknologi baharu penternakan ikan air tawar kepada pengusaha-pengusaha sedia ada bagi meningkatkan lagi pengeluaran ikan air tawar di negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rumah tangga kekal bahagia

Posted: 02 Dec 2013 10:01 PM PST

Rumah tangga yang teguh, aman dan terus mesra, menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri.

Sebenarnya, untuk memperoleh sebuah rumah tangga yang bahagia bergantung sepenuhnya kepada cara bagaimana pasangan berkenaan mengekalkan suasana harmoni dalam hubungan mereka biar lama mana usia perkahwinan mereka.

Hal-hal yang kecil yang pada pandangan kita dianggap remeh adakalanya boleh meretakkan hubungan sekiranya dibiarkan berlarutan.

Apa yang penting, setiap pasangan perlu mengketepikan sikap terlalu emosi, selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan kelebihan pasangan.

1- Saling mempercayai dan menghargai

Saling percaya mempercayai adalah kunci utama dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulat-bulat atau mudah melenting sekiranya anda mendengar pasangan anda sebagai contoh berdampingan dengan individu lain di tempat kerja. Sekiranya masih meragui, tanyakan sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata.

Sekiranya dia berkata benar, belajarlah untuk mempercayai kata-katanya. Namun jangan terus percaya tanpa usul-periksa. Perhatikan gerak-gerinya.

Sekiranya suami anda kelihatan berubah seolah-olah kemaruk cinta seperti sentiasa kelihatan berseri-seri, suka berbohong dan menelefon secara sembunyi-sembunyi, mungkin ada sesuatu, tetapi jika tidak, anda tidak perlu hirau mengenainya.

Suami dan isteri sebenarnya harus selalu saling menghargai, memberi keyakinan dan memberi galakan kepada pasangan. Usah jadikan segala perbezaan antara anda berdua penyebab kepada masalah dalam rumah tangga. Apa yang penting selalu memaafkan setiap kesalahan yang pasangan anda lakukan selagi dia tidak melakukan sesuatu yang amat berat untuk anda tanggung.

2- Belajar memaafkan dan berkongsi keadaan

Saling belajar untuk memaafkan pasangan dan berjanji untuk tidak mengulanginya adalah penting untuk mengekalkan hubungan. Usah simpan dendam. Sekiranya ada perkara yang berlaku, jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati. Ini kerana manusia itu tidak sempurna dan akan sentiasa melakukan kesalahan.

Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan anda sama ada baik dalam keadaan suka dan duka adalah perkara yang amat terpuji demi melihat kerukunan dalam rumah tangga.

Jangan biarkan pasangan anda menghadapi kehidupannya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahuinya sedikit pun.

Di sinilah peranan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk menjadi pemberi semangat, penyelamat dan sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka.

3- Belajar terima kekurangan Anda perlu belajar menerima kekurangan pasangan. Dia juga perlu melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak membataskan hubungan dan seharusnya tidak memandang rendah antara satu sama lain. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

4-Jangan terlalu mengongkong dan berfikiran positif

Usah terlalu cerewet dan jangan mengatur hidup pasangan anda sehinggkan dia terasa terkongkong.

Bersikap terbuka dengan pandangan anda sekiranya ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya.

Cuba berfikiran positif mengenai apa yang pasangan anda lakukan. Jangan asyik mengesyakinya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan.

5- Semakin lama semakin mesra Biarpun usia perkahwinan sudah semakin matang , kemesraan anda dengan pasangan perlu dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke rumah di depan anak-anak menunjukkan kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai.

Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami anda, ini bukan bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah berubah. Maksudnya di sini adalah anda tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih.

6 -Kejutan menggembirakan dan kotakan janjiBuatlah sesuatu kejutan yang menggembirakan pasangan pada sambutan majlis perkahwinan atau kelahirannya. Hadiah tidak perlu yang mahal, tulisan kata-kata cinta memadai.

Janji adalah penting untuk ditepati, cubalah belajar menepati janji dengan pasangan anda seperti balik awal, membelikan hadiah dan sebagainya dan jangan mencipta pelbagai alasan sekiranya tidak dapat mengotakan janji anda.

7- Pergi berbulan madu

Seterusnya pergilah berbulan madu berdua sahaja ke tempat yang paling romantis untuk menjalinkan kembali ikatan cinta anda. Selepas pulang daripada berbulan madu pastinya hubungan anda semakin intim dan mesra.

Rimowa lambang personaliti

Posted: 02 Dec 2013 10:01 PM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHIDDIEQIN ZON dan RIMOWA

SIAPA kata bagasi cukup sekadar boleh mengisi pakaian dan keperluan? Ia sebenarnya ia lebih daripada itu.

Bagasi yang berkualiti, mempunyai ciri keselamatan serta dihasilkan daripada bahan berteknologi tinggi yang memberikan nilai tambah kepada penggunanya.

Lebih menguntungkan apabila bagasi tersebut dibentuk dengan rekaan dinamik, tidak terlalu klasik, malah tidak juga terlalu moden. Sekali gus turut melambangkan personaliti pemiliknya.

Itulah jenama bagasi terkenal dari Jerman, Rimowa yang mempunyai ciri-ciri terhebat dan tercanggih.

Baru-baru ini, butik Rimowa Kuala Lumpur yang terletak dalam pusat membeli-belah The Gardens telah melancarkan galeri yang mempamerkan koleksi bagasi jenama tersebut dari rekaan terawal hingga kini.

Jenama tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1898 oleh Paul Morszeck di Cologne, Jerman. Awalnya, Morzeck menghasilkan beg pakaian kayu kerana bagi beliau bagasi yang kuat dan tahan adalah keutamaan Rimowa ketika itu.

Lewat tahun 1930-an, anak Morzeck, Richard Morszeck, mula mendapat inspirasi untuk menghasilkan bagasi dengan bahan sama bagi membina pesawat.

Pada tahun 1937, Rimowa menjadi jenama pertama menghasilkan bagasi yang diperbuat daripada logam ringan.

Pada tahun 1950 syarikat itu mencipta sejarah reka bentuk, membina beg yang pertama diperbuat daripada struktur aluminium.

Bagasi kukuh itu telah menjadi sangat popular dalam kalangan anak kapal penerbangan dan penumpang syarikat penerbangan. Reka bentuk alur membuat Rimowa terkenal dalam identitinya yang tersendiri.

Pada tahun 2000 Rimowa merupakan syarikat pertama yang menghasilkan bagasi polikarbonat.

Selain amat ringan, ia juga teguh dan hampir tidak mudah pecah kerana mempunyai reaksi elastik di bawah tekanan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved