Selasa, 3 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kedudukan indeks persepsi rasuah Malaysia tambah baik

Posted: 03 Dec 2013 02:06 AM PST

PETALING JAYA 3 Dis. - Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bertambah baik, dari tempat ke-54 tahun lepas ke-53 tahun ini, dengan mata CPI bergerak satu tangga daripada 49 ke 50.

Dalam ASEAN, Malaysia di tempat ketiga, di belakang Singapura dan Brunei, manakala di peringkat global, negara berjaya menduduki tangga lebih baik daripada beberapa negara maju termasuk Itali, Greece dan Republik Czech.

"Malaysia terus berada dalam purata tahap pertengahan, menandakan walaupun banyak langkah telah dilaksanakan di bawah inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara, tahap rasuah masih belum berkurangan secara signifikan," kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.

"Langkah-langkah dan amalan lebih mantap perlu dikuatkuasakan dan perlu dilaksanakan untuk menghapuskan kepentingan yang telah berakar umbi dan proses yang menyokong penyalahgunaan," katanya dalam taklimat media di sini hari ini.

Untuk menangani keadaan itu, beliau berkata TI-M telah menggariskan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan, sebagai usaha kritikal untuk membanteras rasuah. - BERNAMA

Banjir mula landa Hulu Terengganu dan Dungun

Posted: 03 Dec 2013 01:21 AM PST

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

PENGEMBALA lembu, Alias Abu Bakar, 56, mengusir lembu peliharaan milik rakannya ke tempat tinggi ketika air Sungai Kemaman semakin meningkat dan deras melimpahi Kampung Bukit Mentuk, di Kemaman hari ini. - UTUSAN

KUALA TERENGGANU 3 Dis. - Banjir di negeri ini yang mula melanda semalam semakin buruk dengan hampir 1,300 orang di tiga buah daerah telah dipindahkan ke 34 pusat pemindahan setakat pukul 4 petang ini.

Selain Kemaman, banjir telah mula merebak ke Hulu Terengganu dengan lapan pusat pemindahan dibuka iaitu balai raya Paya Besar, balai raya Kampung Ceting, surau PPSK Kampung Menerong dan balai raya Pelandan manakala di Dungun ialah balai raya Sokor, SK Minda, balai raya Pasir Raja dan balai raya Kampung Nyior.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, semua jalan utama negeri masih boleh dilalui dalam keadaan hujan berterusan, kadang kala lebat. - UTUSAN ONLINE

Banjir: 5,659 dipindah di Johor, Muar daerah kelima

Posted: 03 Dec 2013 12:12 AM PST

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

JOHOR BAHRU 3 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 5,659 penduduk berbanding 4,765 mangsa pagi tadi dengan Muar menjadi daerah terbaharu membuka pusat pemindahan banjir selain empat daerah iaitu Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.

Menurut laporan protal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 3 petang, Mersing kekal mendahului senarai dengan 4,247 mangsa dipindahkan ke 18 pusat pemindahan diikuti Segamat dengan 1,116 mangsa dipindahkan ke 18 pusat pemindahan.

Kluang mencatatkan seramai 187 mangsa dengan kesemuanya dipindahkan ke tiga pusat pemindahan manakala Kota Tinggi turut mencatatkan peningkatan dengan 74 mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan dan 35 mangsa di Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved