Selasa, 3 Disember 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rumah tangga kekal bahagia

Posted: 02 Dec 2013 10:01 PM PST

Rumah tangga yang teguh, aman dan terus mesra, menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri.

Sebenarnya, untuk memperoleh sebuah rumah tangga yang bahagia bergantung sepenuhnya kepada cara bagaimana pasangan berkenaan mengekalkan suasana harmoni dalam hubungan mereka biar lama mana usia perkahwinan mereka.

Hal-hal yang kecil yang pada pandangan kita dianggap remeh adakalanya boleh meretakkan hubungan sekiranya dibiarkan berlarutan.

Apa yang penting, setiap pasangan perlu mengketepikan sikap terlalu emosi, selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan kelebihan pasangan.

1- Saling mempercayai dan menghargai

Saling percaya mempercayai adalah kunci utama dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulat-bulat atau mudah melenting sekiranya anda mendengar pasangan anda sebagai contoh berdampingan dengan individu lain di tempat kerja. Sekiranya masih meragui, tanyakan sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata.

Sekiranya dia berkata benar, belajarlah untuk mempercayai kata-katanya. Namun jangan terus percaya tanpa usul-periksa. Perhatikan gerak-gerinya.

Sekiranya suami anda kelihatan berubah seolah-olah kemaruk cinta seperti sentiasa kelihatan berseri-seri, suka berbohong dan menelefon secara sembunyi-sembunyi, mungkin ada sesuatu, tetapi jika tidak, anda tidak perlu hirau mengenainya.

Suami dan isteri sebenarnya harus selalu saling menghargai, memberi keyakinan dan memberi galakan kepada pasangan. Usah jadikan segala perbezaan antara anda berdua penyebab kepada masalah dalam rumah tangga. Apa yang penting selalu memaafkan setiap kesalahan yang pasangan anda lakukan selagi dia tidak melakukan sesuatu yang amat berat untuk anda tanggung.

2- Belajar memaafkan dan berkongsi keadaan

Saling belajar untuk memaafkan pasangan dan berjanji untuk tidak mengulanginya adalah penting untuk mengekalkan hubungan. Usah simpan dendam. Sekiranya ada perkara yang berlaku, jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati. Ini kerana manusia itu tidak sempurna dan akan sentiasa melakukan kesalahan.

Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan anda sama ada baik dalam keadaan suka dan duka adalah perkara yang amat terpuji demi melihat kerukunan dalam rumah tangga.

Jangan biarkan pasangan anda menghadapi kehidupannya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahuinya sedikit pun.

Di sinilah peranan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk menjadi pemberi semangat, penyelamat dan sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka.

3- Belajar terima kekurangan Anda perlu belajar menerima kekurangan pasangan. Dia juga perlu melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak membataskan hubungan dan seharusnya tidak memandang rendah antara satu sama lain. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

4-Jangan terlalu mengongkong dan berfikiran positif

Usah terlalu cerewet dan jangan mengatur hidup pasangan anda sehinggkan dia terasa terkongkong.

Bersikap terbuka dengan pandangan anda sekiranya ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya.

Cuba berfikiran positif mengenai apa yang pasangan anda lakukan. Jangan asyik mengesyakinya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan.

5- Semakin lama semakin mesra Biarpun usia perkahwinan sudah semakin matang , kemesraan anda dengan pasangan perlu dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke rumah di depan anak-anak menunjukkan kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai.

Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami anda, ini bukan bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah berubah. Maksudnya di sini adalah anda tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih.

6 -Kejutan menggembirakan dan kotakan janjiBuatlah sesuatu kejutan yang menggembirakan pasangan pada sambutan majlis perkahwinan atau kelahirannya. Hadiah tidak perlu yang mahal, tulisan kata-kata cinta memadai.

Janji adalah penting untuk ditepati, cubalah belajar menepati janji dengan pasangan anda seperti balik awal, membelikan hadiah dan sebagainya dan jangan mencipta pelbagai alasan sekiranya tidak dapat mengotakan janji anda.

7- Pergi berbulan madu

Seterusnya pergilah berbulan madu berdua sahaja ke tempat yang paling romantis untuk menjalinkan kembali ikatan cinta anda. Selepas pulang daripada berbulan madu pastinya hubungan anda semakin intim dan mesra.

Rimowa lambang personaliti

Posted: 02 Dec 2013 10:01 PM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHIDDIEQIN ZON dan RIMOWA

SIAPA kata bagasi cukup sekadar boleh mengisi pakaian dan keperluan? Ia sebenarnya ia lebih daripada itu.

Bagasi yang berkualiti, mempunyai ciri keselamatan serta dihasilkan daripada bahan berteknologi tinggi yang memberikan nilai tambah kepada penggunanya.

Lebih menguntungkan apabila bagasi tersebut dibentuk dengan rekaan dinamik, tidak terlalu klasik, malah tidak juga terlalu moden. Sekali gus turut melambangkan personaliti pemiliknya.

Itulah jenama bagasi terkenal dari Jerman, Rimowa yang mempunyai ciri-ciri terhebat dan tercanggih.

Baru-baru ini, butik Rimowa Kuala Lumpur yang terletak dalam pusat membeli-belah The Gardens telah melancarkan galeri yang mempamerkan koleksi bagasi jenama tersebut dari rekaan terawal hingga kini.

Jenama tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1898 oleh Paul Morszeck di Cologne, Jerman. Awalnya, Morzeck menghasilkan beg pakaian kayu kerana bagi beliau bagasi yang kuat dan tahan adalah keutamaan Rimowa ketika itu.

Lewat tahun 1930-an, anak Morzeck, Richard Morszeck, mula mendapat inspirasi untuk menghasilkan bagasi dengan bahan sama bagi membina pesawat.

Pada tahun 1937, Rimowa menjadi jenama pertama menghasilkan bagasi yang diperbuat daripada logam ringan.

Pada tahun 1950 syarikat itu mencipta sejarah reka bentuk, membina beg yang pertama diperbuat daripada struktur aluminium.

Bagasi kukuh itu telah menjadi sangat popular dalam kalangan anak kapal penerbangan dan penumpang syarikat penerbangan. Reka bentuk alur membuat Rimowa terkenal dalam identitinya yang tersendiri.

Pada tahun 2000 Rimowa merupakan syarikat pertama yang menghasilkan bagasi polikarbonat.

Selain amat ringan, ia juga teguh dan hampir tidak mudah pecah kerana mempunyai reaksi elastik di bawah tekanan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved