Sabtu, 17 Mei 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Keputusan FAM tutup peluang kembali berbakti - On

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
sukan@utusan.com.my

On Jabbar

JOHOR BAHRU - Bekas pengurus Johor Darul Ta'zim II (JDT II), On Jabbar menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai tidak wajar, apatah lagi tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

On juga menyifatkan hukuman gantung selama 20 tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhkan ke atasnya akan menutup terus peluangnya untuk kembali aktif dalam aktiviti bola sepak tempatan memandangkan beliau kini telah berusia 48 tahun.

Sejujurnya saya terkilan dengan keputusan tersebut kerana sebelum ini saya dimaklumkan FAM akan memanggil saya untuk memberi penjelasan dan keterangan atas perbuatan saya, namun perkara tersebut tidak berlaku.

Tanpa sempat saya bersuara dan membela diri, mereka telah menjatuhkan hukuman sedemikian kepada saya," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika diminta mengulas hukuman yang dikenakan ke atasnya kelmarin.

On dikenakan hukuman itu setelah mengaku bersalah menumbuk pengadil, Sukri Abd. Rahman pada 19 April lalu selepas perlawanan antara JDT II menentang UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2.

Dalam pada itu, beliau memberitahu masih belum menerima sebarang surat rasmi tentang hukuman tersebut, tetapi pasti akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada masa ini saya sedang menanti surat rasmi daripada FAM dan apabila dapat surat itu nanti, saya akan terus membuat rayuan terhadap hukuman itu kerana merasakan masih banyak yang dapat saya sumbangkan untuk pembangunan bola sepak Johor.

Secara formal, saya mula terlibat dengan pengurusan bola sepak pada 1992 sewaktu memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Kluang," katanya.

Sekiranya hukuman yang dikenakan FAM itu tidak dapat dikurangkan, pastinya pengalaman dan penerimaan penyokong terhadap sumbangan beliau selama ini menjadi sia-sia, katanya.

On dapat hukuman setimpal - KJ

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
sukan@utusan.com.my

TELOK KEMANG - Hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap bekas pengurus Johor Darul Ta'zim II (JDT II), On Jabbar kelmarin adalah setimpal, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar).

Katanya, beliau melihat hukuman penggantungan selama 20 tahun serta denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan kepada On adalah sesuatu yang postif kerana menumbuk muka pengadil tidak sepatutnya dilakukan.

Saya meminta supaya FAM pertimbangkan hukuman yang setimpal...yang berat (kepada On). Jadi, 20 tahun itu kira lama juga.

Kalau saya...(hukuman) seumur hidup, tetapi saya bukan (ahli) Jawatankuasa Tatatertib (FAM)," katanya selepas Festival Belia Negeri Sembilan 2014 di Pantai Batu 1, Port Dickson dekat sini petang semalam.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

On, 48, dikenakan hukuman gantung selama 20 tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak dan didenda RM50,000 ekoran kesalahan tingkah laku yang dilakukannya pada 19 April lalu.

Ekoran kejadian itu On didapati bersalah menumbuk muka pengadil perlawanan, Sukri Abd. Rahman selepas aksi Liga Perdana antara JDT II dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Padir Gudang, Johor yang berkesudahan seri 2-2.

Ditanya sama ada hukuman tersebut boleh menjadi pengajaran kepada pegawai sukan lain supaya tidak bertindak melulu pada masa akan datang. Khairy menjawab: Sudah pasti. Sebab itu kita minta supaya ada hukuman yang setimpal...yang berat," katanya.

Selain hukuman FAM, ekoran tindakannya itu, On turut dilucutkan jawatan sebagai pengurus JDT II oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor pada 22 April lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


400 pelancong Britain pulang ekoran letupan di Kenya

Posted: 17 May 2014 01:11 PM PDT

MOMBASA, Kenya 18 Mei - Seramai 400 pelancong Britain yang bercuti di Kenya bertindak pulang ke kampung halaman mereka di Britain selepas 10 orang terkorban apabila dua letupan bom meletus di pusat bandar Nairobi.

Kebanyakan pelancong itu terbang pulang ke negara asal dari bandar Mombasa di Afrika Timur, kata pengendali pelancong Thomson & First Choice.

Selain itu, seramai 70 mangsa lagi dipercayai cedera. Kedua-dua letupan itu berlaku di kawasan pasar Gikombna Market berdekatan daerah Eastleigh yang dihuni oleh kaum Somalia Nairobi. Salah satu letupan itu berlaku di sebuah bas pelancong 14 tempat duduk. - Agensi

Pakar serangga guna pijat buat tatu

Posted: 17 May 2014 01:10 PM PDT

NEW YORK 18 Mei - Seorang pakar serangga mengejutkan penduduk di New York apabila dia mampu membuat tatu sendiri yang berbentuk arnab kecil dengan hanya menggunakan 1,000 pijat.

Johnny Fedora, membuat eksperimen itu semata-mata kerana mahu melihat kesan gigitan serangga berkenaan terhadap kulitnya. Dengan menggunakan penutup botol kecil yang diisi pijat dengan kertas yang diukir stensil berbentuk arnab sebelum membalikkan serta menekap permukaan botol ke lengannya.

Akibatnya, pijat berkenaan menggigitnya dan meninggalkan tatu berbentuk arnab yang kekal di lengannya sehingga dua minggu.

Bagaimanapun, eksperimen itu turut mengakibatkan kulitnya melepuh dan bernanah hasil kesan gigitan berkenaan sepanjang tempoh tersebut. - Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


MH370: Pengajaran paling bernilai

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

Hishammuddin Tun Hussein lebih senang berkomunikasi dengan media tempatan.

SIDANG akhbar mengenai MH370 kelmarin sedikit lain daripada kebiasaan kerana dihadiri oleh hanya wakil media tempatan yang dijemput khas.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir untuk bercakap dengan media-media yang dijemput di sebuah hotel di ibu negara dengan ditemani oleh rakan-rakan Kabinet yang berada bersamanya sejak insiden MH370 berlaku dua bulan lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Hishammuddin yang kelihatan ceria menyapa ramah para wartawan yang hadir ke sidang akhbar khas itu dan menyatakan dalam pertemuan kali ini beliau mahu berkongsi pengalaman dan perjalanan Malaysia dalam menghadapi tragedi yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah penerbangan dunia sekalipun.

Mungkin sikap media antarabangsa yang gemar melontar soalan-soalan bersifat propaganda membuatkan Hishammuddin lebih selesa berkongsi dalam slot istimewa ini mengenai MH370 bersama media tempatan sahaja.

Setelah lebih 70 hari, kehilangan MH370 masih diselubungi misteri yang sukar dirungkai memandangkan tiada secebis bukti pun ditemui di kawasan pencarian di Lautan Hindi.

Yang lebih terkesan dengan kehilangan MH370 ini pastilah ahli keluarga penumpang dan krew pesawat.

Bagi Hishammuddin, beliau sendiri mengakui bahawa perkara paling sukar untuk dihadapinya mewakili kerajaan dan juga oleh Malaysia Airlines (MAS) ialah mendekati ahli keluarga terlibat.

Tidak mudah untuk menenangkan ahli keluarga yang berbeza latar belakang, budaya dan agama daripada 14 buah negara namun ia harus dilakukan oleh kerajaan dan MAS.

"Kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa menangani kesedihan dalam kalangan ahli keluarga tidak kira apa juga latar belakang dan kaum mereka, ia adalah sesuatu yang begitu sukar. Cara mereka menghadapi kesedihan berbeza-beza, jadi ini menjadi satu pengajaran buat kita dan boleh diperbaiki," katanya.

Ujarnya, kejayaan dalam usaha kerajaan menangani kes MH370 tidak sepenuhnya terletak pada pencarian pesawat itu semata-mata sebaliknya turut bergantung kepada bagaimana kerajaan dan pihak berkaitan mengambil pendekatan menguruskan keluarga penumpang dan krew MH370.

Bagaimanapun, setelah dua bulan berlalu, boleh dikatakan emosi keluarga terbabit kini sudah terkawal dan lebih tenang selain dapat menerima apa yang berlaku.

Apa yang penting bagi kerajaan ketika ini ialah kebajikan ahli keluarga penumpang dan kru harus terjaga dan memastikan mereka benar-benar berpuas hati dengan maklumat rasmi dan sahih yang disalurkan pihaknya dari semasa ke semasa selain bantuan lain yang disalurkan terutama oleh MAS.

Kesungguhan kerajaan menjaga kebajikan ahli keluarga penumpang dan kru MH370 mungkin sedikit-sebanyak memberi harapan dan keyakinan untuk mereka berhadapan dengan situasi ini.

Sudah pasti apa yang dilalui ahli keluarga terbabit sama sukarnya seperti apa yang ditanggung oleh kerajaan dan MAS.

Pada Hishammuddin sendiri, beliau menyifatkan insiden MH370 benar-benar membuka mata dan memberi pengajaran yang berharga kepada Malaysia dalam banyak sudut.

Malah, katanya, seluruh dunia juga belajar daripada insiden itu dan pastinya banyak perkara yang bakal berubah ekoran peristiwa yang tidak pernah berlaku di mana-mana itu.

Sebelum ini pun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak industri penerbangan global termasuk pemain industri tempatan mempelajari dan bertindak berdasarkan pengajaran penting daripada tragedi kehilangan pesawat MH370.

Najib turut menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil kira atau dinilai semula termasuk sistem masa nyata mengesan pesawat, jangka hayat isyarat ping, keupayaan kotak hitam merekod perbualan kokpit dan pemancar pengesan kecemasan pesawat.

Paling penting syarikat pengeluar pesawat MH370, Boeing sudah pasti lebih mahu mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat buatan mereka melalui tragedi ini.

Oleh kerana itu, Boeing sebelum ini juga pernah menyatakan ikrar dan komitmen untuk turut serta dan menyokong usaha mencari secara berkesan dan efisien bagi meningkatkan pengesanan kapal terbang di seluruh dunia.

"Apa yang kita lalui hari ini, seluruh dunia hendak tahu. Malah, kawasan Lautan Hindi titik terakhir MH370 dikesan, tidak pernah dikaji dan apabila berlaku, ini adalah pertama dalam sejarah manusia. Maknanya apa yang kita lalui ini bernilai kepada dunia juga," kata Hishammuddin.

Walaupun menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tahun lalu sebagai peristiwa yang 10 kali ganda lebih sukar berbanding MH370, Hishammuddin berkata, Malaysia begitu bernasib baik apabila begitu banyak negara tampil menghulurkan bantuan mencari pesawat berkenaan.

Pengalaman

Insiden MH370 mematangkan beliau secara peribadi selain memberi banyak pengalaman terutama untuk berhadapan dengan pelbagai spekulasi, tuduhan segenap sudut terhadap kerajaan serta menangani emosi keluarga penumpang.

"Walau apa juga yang dihadapi, saya bangga kerana kita sehingga kini masih tidak tersasar daripada fokus sebenar iaitu mencari MH370 sehingga ditemukan. Apa pun, MH370 menjadi tugas saya, jadi saya tidak boleh lari daripada tanggungjawab itu. Saya ada rakan-rakan untuk tolong. Ini insiden negara tidak boleh diuruskan oleh seorang sahaja. Sebab itu kita perlu menyedari apa yang sudah kita capai terutama untuk koordinasi pergerakan mencari dan menyelamat bersama negara-negara lain, tidak banyak negara yang boleh buat," katanya.

Persoalan kos pencarian yang ditanggung oleh negara-negara terlibat terutama Australia pula tidak pernah dibangkitkan oleh mereka sehingga setakat bermulanya fasa kedua pencarian MH370 baru-baru ini.

Malaysia juga tidak pernah melatah dengan insiden ini lebih-lebih lagi apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan, dakwaan dan tuduhan pihak-pihak tertentu berhubung kehilangan pesawat itu.

"Selama ini kita tidak melatah, konsisten dan setakat mana kita mampu kita bersikap telus selain mampu mewujudkan jambatan di dalam dunia yang penuh kebencian, spekulasi media sosial, itu semua kita hadapi setakat yang termampu dan saya rasa banyak tuduhan pihak tertentu yang langsung tidak menggambarkan realiti sebaliknya mahu keruhkan keadaan, saya lihat setakat ini tidak berjaya," katanya.

Jika benar kehilangan MH370 adalah konspirasi, masakan Australia yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China yang merupakan musuh ketat AS boleh bertemu dan menjalinkan hubungan trilateral untuk melaksanakan fasa pencarian terbaharu MH370.

Jelas Hishammuddin, penglibatan itu sekali gus menafikan wujud pertimbangan geopolitik dan apa-apa konspirasi yang tersebar luas sepanjang insiden MH370.

Ketika ditanya pihak mana yang seharusnya dipertanggungjawabkan dalam insiden yang berlaku ini, Hishammuddin tegas menyatakan tiada pihak yang boleh dipersalahkan dalam hal itu sehingga kini.

Selagi tiada sebarang bukti dan punca sebenarnya menyebabkan kehilangan MH370, sudah tentu sukar bagi sesiapa juga untuk menyatakan pihak mana yang perlu dipersalahkan atau mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

"Ini adalah satu insiden yang unprecedented (tidak pernah berlaku) sebab itu kita kena cari kebenarannya. Kita tiada apa yang hendak disorokkan. Kita dapatkan pakar-pakar terbaik dunia, AAIB, NTSB, CAAC. Jika bercakap soal inteligen, ada MI6, FBI, CIA. Pihak tentera Amerika Syarikat (AS), China juga terlibat secara langsung, jadi pada dasarnya untuk bercakap soal tanggungjawab sesuatu yang masih tidak diketahui adalah sesuatu yang tidak matang," katanya.

Malah untuk menyamakan insiden MH370 dengan tragedi feri karam di Korea Selatan yang mengorbankan 187 nyawa dan pada akhirnya menyaksikan Perdana Menteri negara itu, Chung Hong-Won meletakkan jawatan akibat kegagalannya menangani masalah tersebut juga adalah sesuatu yang tidak wajar.

Pokok pangkalnya, situasi yang dihadapi Malaysia adalah bersifat global di mana pelbagai pihak terlibat untuk mencari punca, penyelesaian dan menemukan MH370 dan negara ini bertuah kerana tidak bersendirian dalam menghadapinya.

Momentum dalam usaha pencarian tidak akan pernah menurun dan akan diteruskan walau apa juga rintangan dan cabaran yang menanti kerana untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap MH370 dari waktu terakhir ia dapat dikesan adalah amat penting bagi Malaysia malah dunia.

Jika hendak dilayan segala spekulasi dan teori konspirasi yang timbul termasuk MH370 diculik makhluk asing dan propaganda pihak tertentu yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap Malaysia, tentunya sukar untuk semua pihak menyelesaikan kes ini dan bergerak ke hadapan.

Sehingga setakat ini, Malaysia harus berbangga kerana dapat menangani isu MH370 dengan baik malahan berupaya merapatkan hubungan melalui kerjasama dengan lebih 20 negara dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 sejak dua bulan lalu.

PENULIS ialah wartawan Mingguan Malaysia.

Wajah politik baharu Perak

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

TANGGAL 7 Mei lepas, genap setahun Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dilantik menjadi Menteri Besar setelah membuktikan kemampuannya mengungguli politik negeri itu dengan meraih kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Namun hakikatnya sebelum itu hampir lima tahun Perak di bawah kepimpinan beliau, pelbagai kemajuan dan kejayaan membanggakan berjaya diraih sekali gus membolehkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui negeri itu. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, HAFIZAHRIL HAMID, SAYED HESHAM IDRIS dan SYUKRI SHAARI beliau menjelaskan, "tugas saya sebagai seorang pemimpin bukan hanya memahami kehendak satu kaum dengan meninggalkan kehendak kaum-kaum yang lain serta apakah saya akan menafikan kehendak dan perasaan orang Melayu yang mempunyai komposisi yang lebih besar di negeri ini tetapi dalam masa yang sama hanya perlu melihat kelompok tertentu sahaja.

Mingguan: Bagaimana Datuk Seri memperlihatkan kejayaan membangunkan negeri ini supaya difahami oleh rakyat?

ZAMBRY: Saya melihat bagaimana cara kita menguar-uarkan apa yang telah kita lakukan selama ini. Saya mengakui bahawa mungkin dari segi kelemahan adalah tidak begitu pandai mempakej serta menguar-uarkan kepada rakyat kejayaan dan apa yang telah dilakukan selama ini. Bagi saya dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) kami lebih menekankan dari sudut memberi perkhidmatan terbaik tanpa memikirkan bagaimana untuk memberitahu kepada umum.

Ini menyebabkan orang tidak melihat perkara ini malah ada ahli pembangkang yang mempersoalkan setelah 50 tahun memegang negeri apa yang telah dilakukan. Walhal dia lupa sebelum ini pergi belajar di England pun melalui biasiswa yang disediakan kerajaan melalui dasar-dasar oleh BN. Oleh itu apa yang perlu dilakukan ialah memperbanyakkan lagi usaha menerangkan kepada rakyat.

Selain itu kami perlu menunjukkan kepada rakyat, kerajaan negeri membantu semua golongan masyarakat tanpa ada sesiapa pun tersisih. Kami sememangnya lebih tertumpu kepada isu-isu yang dekat dengan rakyat seperti soal kemiskinan dan persekolahan. Itu belum lagi kejayaan pembangunan ekonomi dan fizikal seperti pelbagai bangunan baharu yang telah dibina di Ipoh hari ini.

Antara perkara yang Datuk Seri lakukan ialah turun padang berjumpa dan menyelami masalah rakyat. Apakah perkara ini akan diteruskan?

ZAMBRY: Pendekatan yang dilakukan ini telah memberi impak yang besar dalam menyelami hati nurani rakyat. Namun dalam masa yang sama ia lebih tertumpu kepada seorang individu iaitu saya sendiri. Tetapi apa yang paling penting sebenarnya saya tidak gemar terlalu tertumpu begitu dan lebih gemar menjadikan diri saya sebagai ketua bagi satu pasukan yang mantap dan efektif.

Oleh sebab itu program turun padang kali ini akan bertukar dan lebih berkisar kepada kesemua ahli exco dan wakil rakyat yang mempunyai keupayaan dan latar belakang yang baik dan bukan lagi tertumpu kepada seorang individu. Saya yakin melalui pendekatan ini insya-Allah kesan akan lebih baik dan berkesan. Satu perkara lagi adalah dari sudut pengupayaan terhadap exco-exco yang dilantik kerana mereka bagaikan seorang menteri di negeri ini. Dengan bidang kuasa atau portfolio yang dimiliki saya melihat mereka boleh melakukan tugas dan tumpuan kepada rakyat dengan lebih sempurna lagi. Insya-Allah dengan strategi yang dirancang ini serta keupayaan para exco, saya mahu melihat lebih ramai yang menyertai saya turun padang berjumpa rakyat.

Apakah selepas ini program turun padang ini meliputi semua kawasan atau lebih tertumpu di kawasan yang dimenangi BN?

ZAMBRY: Saya mahu memberitahu adalah tidak adil menafikan penyokong-penyokong kami yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada BN. Namun dalam masa yang sama juga kawasan lain tidak akan diabaikan terutama dalam isu seperti kemiskinan, soal pendidikan dan sebagainya kerana mereka adalah rakyat negeri Perak. Namun dari segi keutamaan adalah penting untuk kita aturkan. Ada yang menyatakan supaya kelebihan diberikan kepada mereka yang tidak menyokong BN namun saya melihat dari segi keutamaan adalah memberi penghargaan kepada penyokong kita. Ini kerana kita perlu menghormati kepercayaan yang telah diberikan kepada kepimpinan. Namun pada masa yang sama tugas untuk membangunkan negeri Perak dan membantu segenap lapisan masyarakat tidak akan diabaikan.

Masalah yang Datuk Seri hadapi ialah perpecahan antara orang Melayu serta sokongan yang semakin mengecil daripada kaum Cina. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini dalam tempoh lima tahun lagi?

ZAMBRY: Saya melihat perkara ini secara jujur terutama dalam ribut politik yang berterusan serta kencangnya angin secara berterusan dan adakalanya taufan pun membadai landskap negeri ini, ia berterusan mewujudkan suasana polarisasi yang tidak sihat. Adalah amat malang di sebuah negara yang berteraskan demokrasi masih melihat asakan dan perseteruan politik yang berterusan. Ini menyebabkan keresahan semua pihak yang mana kalau tidak dibendung, tidak membawa kebaikan dan apa-apa makna kepada negara. Dalam konteks negeri Perak pula, saya pernah bertanya kepada rakan-rakan pembangkang ke mana haluan politik Malaysia? Apakah kita akan membawa haluan ini berteraskan permainan yang sama. Walaupun ada yang mengatakan tidak berjuang atas nama parti perkauman tetapi akhirnya kita dapat lihat kecenderungan ini dalam keputusan pilihan raya. Trend ini juga tidak dinafikan berlaku di negeri ini ditambah pula dengan masalah yang berlaku dalam kalangan orang Melayu. Namun apa yang saya mahu tekankan di sini dalam konteks negeri Perak, salah satu faktor kemenangan adalah melalui sokongan di kawasan-kawasan majoriti Melayu dan India tanpa kita menafikan ada juga kaum Cina yang memberi sokongan di kawasan-kawasan itu.

Tidak banyak perubahan melibatkan sokongan kaum Cina di Perak, seolah-olah mereka tidak melihat apa yang telah kerajaan negeri lakukan sejak lima tahun lepas?

ZAMBRY: Saya tidak boleh mengatakan tidak ada penghargaan daripada kaum Cina malah mereka mengakui perubahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri sebagai contoh pertumbuhan ekonomi di Perak sekarang ini. Cuma apa yang mereka mahukan adalah berdasarkan daripada pengalaman sebahagian mereka yang mahukan kerajaan negeri dipimpin oleh satu-satu parti dan ada pula yang mempersoalkan ketelusan yang lebih.

Bagi saya adalah sukar untuk dinyatakan apa sebenarnya yang dimahukan mereka tetapi kita perlu melihat beberapa aspek lain apa yang dimahukan mereka. Namun menjadi prinsip kerajaan negeri bahawa tidak ada kelebihan diberikan kepada satu-satu kaum. Kalau mahu diukur kepada hanya kemahuan satu kaum sahaja sudah tentu tidak adil untuk mengikut kemahuan mereka sahaja kerana dalam konteks negeri Perak, kita mempunyai bilangan penduduk yang sangat representatif dan secara umumnya seperti mana kedudukan kaum di Malaysia, begitu juga keadaannya di negeri ini.

Jadi tugas saya sebagai seorang pemimpin bukan hanya memahami kehendak satu kaum dengan meninggalkan kehendak kaum-kaum yang lain serta apakah saya akan menafikan kehendak dan perasaan orang Melayu yang mempunyai komposisi yang lebih besar di negeri ini tetapi dalam masa yang sama hanya perlu melihat kelompok tertentu sahaja. Kita juga jangan lupa bilangan Orang Asli yang ada di negeri Perak. Oleh itu tugas saya sebagai Menteri Besar adalah untuk menyeimbangkan dan memenuhi kehendak-kehendak mereka ini secara saksama tanpa menyisihkan mana-mana kumpulan.

Prestasi parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan agak kurang memberangsangkan. Mungkin Datuk Seri ada percaturan sendiri dalam meningkatkan prestasi dan kemampuan sebelum pilihan raya akan datang?

ZAMBRY: Secara jujur saya telah memberitahu kepada rakan-rakan pimpinan saya bahawa mereka perlu keluar daripada amalan-amalan yang bersifat konvensional kerana kita berada dalam dunia dan cabaran yang baru. Saya bernasib baik kerana dua orang pemimpin MCA dan Gerakan adalah sezaman dengan saya ketika bersama-sama dalam Pemuda BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Mah See Keong. Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah apa yang perlu mereka lakukan. Dengan melihat dalam konteks politik hari ini yang bukan disandarkan kepada isu-isu soal survival atau hak satu-satu kaum. Kita mahukan parti-parti ini benar-benar berwajah baru dan lebih dinamik sifatnya.

Saya yakin dengan kepimpinan dua pemimpin ini yang saya lihat mampu mengerakkan parti ini ke arah lebih baik. Saya ada berbincang dengan mereka sama ada secara langsung atau tidak, seharusnya tidak wujud jalan kedua atau ketiga bagi mereka kerana ini adalah soal survival dan masa depan parti itu sendiri. Untuk bertahan lebih lama perlu ada keberanian baru iaitu memaparkan wajah politik baru yang akan meyakinkan generasi baru di negeri ini khususnya dalam konteks masyarakat Cina. Kita tidak boleh bermain dengan sentimen atau isu-isu semata-mata tetapi pada asas politik yang lebih mempunyai kekuatan pemikiran untuk masa depan Malaysia yang lebih baik dan gemilang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


iPhone,iPod Touch tukar 'joystick'?

Posted: 17 May 2014 06:17 AM PDT

SEMUA peminat tegar permainan video telefon pintar yang berhasrat untuk meningkatkan keupayaan iPhone atau iPod Touch secara maksimum kini boleh mendapatkan produk 'joystick' keluaran Logitech PowerShell Controller.

Untuk pengetahuan anda, peranti terbaharu yang diperkenalkan oleh Logitech ini akan menukarkan peranti Apple berkenaan menjadi konsol permainan seperti Nintendo atau PSP, sekali gus menjadikan peranti itu lebih menarik.

Dengan rekaan yang kukuh, kepelbagaian butang main dan keupayaan mengecasnya telah berjaya menarik minat para penguji yang juga peminat tegar dari seluruh dunia untuk mendapatkan produk ini.

Seperti nama yang diberikan, peranti ini mempunyai ciri fizikal butang permainan dan pek bateri. Selain itu, semua fungsi asas iPhone atau iPod masih boleh diakses serta kasingnya juga padat dengan kemasan getah lembut di bahagian belakang.

Bagaimanapun, dengan harga yang agak mahal iaitu RM399, PowerShell dilihat tidak mempunyai ciri-ciri tambahan yang boleh dianggap memuaskan sejajar dengan harganya, selain terdapat beberapa kekurangan.

Antara kekurangan gajet ini adalah ia tidak mempunyai indikator untuk menunjukkan status bateri 1,500mAh caj semula dengan jelas. Ia hanya sekadar mempunyai penunjuk warna LED berkelip di bahagian belakang yang menunjukkan bateri sudah dicas sepenuhnya.

Ramai peminat permainan video juga berpendapat, harganya juga perlu diturunkan kerana terlalu sedikit jumlah 'game' yang boleh dinikmati atau dilayari pengguna meskipun terdapat pelbagai jenis genre 'game' menakjubkan di AppStore kerana kesesuaian aksesnya yang terhad.

Bukan itu sahaja, memandangkan ia menggunakan sambungan melalui teknologi 'Lightening', bermakna tidak semua peranti Apple boleh dimuatkan serta kasing telefon yang sedang digunakan juga perlu dibuka terlebih dahulu untuk membolehkan sambungan tersebut dilakukan.

Apa-apa pun, disebabkan ia adalah gajet pengawal pertama dicipta Logitech, .com berpendapat, masih ada ruang untuk memperbaikinya. - DHIYAZULHILMI DAUD

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pekerja gempar gas bocor

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Oleh THOMAS CHONG
kota@utusangroup.com.my

Beberapa anggota bomba memeriksa kebocoran gas di bangunan MASKargo di Sepang semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

SEPANG 16 Mei - Pekerja di bangunan MASkargo berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini panik selepas berlaku kebocoran gas di sebuah bilik di premis tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang hari ini, kebocoran gas dikesan ketika pihak kontraktor sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah bilik server di bangunan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Yahya Mohd. Sham berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.17 petang.

Katanya, berikutan itu, dua jentera bomba termasuk sebuah dari Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Seramai 250 orang yang berada di bangunan itu diarahkan keluar bagi mengelak perkara tidak diingini.

"Dalam masa yang sama, pihak bomba telah berusaha membersih dan memastikan bangunan itu bebas daripada sisa gas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ujarnya, gas yang bocor itu tidak membahayakan dan pihak bomba berjaya memulihkan keadaan tidak lama kemudian.

"Bangunan tersebut akhirnya dibuka semula pada pukul 5 petang," katanya.

Pemilik premis nafi dakwaan curi air

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Mei - Pemilik sebuah premis di Taman Dato Senu, Sentul menafikan pihaknya melakukan penyambungan paip air haram seperti yang didakwa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) semalam.

Pemilik Rumah Tamu Datin Halijah, Ahmad Fizal Azrat Gull, 38, berkata, beliau kesal dengan tindakan Syabas yang didakwa menceroboh premisnya ketika serbuan dilakukan.

Katanya, beliau tidak menerima sebarang notis atau panggilan telefon daripada Syabas dan hanya menyedari perkara tersebut apabila pulang ke kediaman yang dijadikan rumah tamu pada pukul 1.45 petang.

Ujarnya, ketika itu terdapat kira-kira 30 pekerja Syabas termasuk yang sedang mengorek lantai di dalam kawasan rumahnya.

"Sambungan meter yang ditemui bukan milik saya tetapi telah ada sebelum saya memiliki tanah ini lagi. Meter premis ini ada dipasang di bahagian luar rumah tamu.

"Tindakan Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membawa pihak media dan mengatakan premis ini terbabit dengan kegiatan mencuri air telah menjejaskan imej rumah tamu ini yang sering digunakan untuk majlis keraian," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Syabas dan SPAN menyerbu premis tersebut selepas menerima maklumat mengenai kegiatan mencuri air sejak hampir dua tahun lalu.

Menurut Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, semakan menunjukkan premis itu tidak mempunyai meter air sah yang berdaftar dengan mereka, sekali gus menyebabkan kerugian air terawat kira-kira 68,300 meter padu atau anggaran berjumlah RM156,000.

Sementara itu, Ahmad Fizal berkata, beliau kesal dengan dakwaan pihaknya membuat sambungan paip haram dari meter air seperti yang didakwa Syabas.

"Saya terpaksa menanggung malu serta mengalami kerugian akibat lantai dipecah tanpa membuat sebarang pembaikan.

"Tempahan majlis yang saya anjurkan juga akan dibatalkan serta orang ramai akan memandang rendah terhadap saya kerana didakwa berniaga dengan mencuri air," katanya.

Dakwanya, Syabas telah mengambil tindakan yang terburu-buru tanpa memaklumkannya terlebih dahulu mengenai perkara tersebut.

"Insiden tersebut jelas menunjukkan bahawa Syabas tidak mengikut undang-undang apabila menceroboh kawasan premis saya," katanya.

Ujarnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu di Balai Polis Sentul semalam.

Sementara itu, Priscilla ketika dihubungi memaklumkan bahawa Syabas akan meneliti dakwaan pemilik premis berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

MPK kutip cukai dari pintu ke pintu

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Mei - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengadakan kutipan cukai dari pintu ke pintu akhir bulan ini bagi memastikan orang ramai menjelaskan cukai taksiran.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainudin berkata, sekiranya bayaran tidak dijelaskan, pihak majlis akan mengenakan tindakan selanjutnya seperti pelaksanaan Borang F (Borang Tahanan Sitaan) dan Borang H (Tindakan Tanah dan Bangunan Kosong).

"Tindakan perundangan juga akan dilaksanakan selaras dengan Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, MPK akan menggiatkan tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik harta bertingkat (strata) dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama di kawasan yang akan ditentukan nanti.

Ujarnya, pemilik harta juga akan menerima Bil Cukai Taksiran Penggal 2/2004 mulai 26 Mei.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


131 PATI dicekup polis marin

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
utusanjohor@utusan.com

ANGGOTA Pasukan Polis Marin Wilayah 2 mengawal pendatang asing tanpa izin yang ditangkap dalam Op Pensura di Teluk Ramunia, Johor, semalam. - IHSAN POLIS MARIN WILAYAH 2

JOHOR BAHRU 16 Mei - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Pensura yang dijalankan di perairan Pantai Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Kota Tinggi hari ini.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, operasi yang dijalankan pada pukul 1 pagi melibatkan lapan anggota dan menggunakan dua buah bot tunda itu telah menahan sebuah bot laju yang cuba menyeludup PATI keluar dari perairan negara.

"Bertindak di atas maklumat, anggota kami berjaya mengesan dan menahan sebuah bot berkuasa tinggi yang menggunakan empat buah enjin sangkut bagi membawa 131 PATI pulang ke Indonesia. Turut ditahan seorang tekong laut dan dua pembantu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Khon Chiang, sejak awal tahun ini, PPM telah menahan seramai 636 PATI yang diseludup keluar dan masuk ke negara dalam 28 operasi yang dijalankan sepanjang tahun ini.

Ujarnya, pihaknya akan memperhebatkan operasi dari semasa ke semasa bagi menjaga dan memastikan perairan negara tidak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

"Berdasarkan pengalaman lalu, menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin banyak kegiatan menyeludup PATI pulang ke negara asal. Oleh itu, kita akan lebih bersedia dalam tempoh tersebut bagi menahan mereka ini," katanya.

Khon Chiang berkata, kesemua PATI dan tekong laut yang telah ditangkap dibawa ke Balai Polis Pengerang, Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, tekong dan pembantunya akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Penyeludupan Manusia dan Penyeludupan Migran 2007 sementara PATI akan disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 kerana masuk ke negara ini melalui laluan tidak diwartakan.

Tambah Khon Chiang, mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kakitangan awam tenaga penting jayakan pembangunan

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Ir.Hasni Mohammad (kanan) menyampaikan cenderamata kepada bakal pesara sempena Mesyuarat Agung Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Cawangan Pontian di Tanjung Piai Resort dekat Pontian, kelmarin.

PONTIAN 16 Mei - Kakitangan awam di semua peringkat merupakan tenaga penting bagi menjayakan segala program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan termasuk di sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, sebagai penjawat awam, mereka diharap dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan jujur dan amanah mengikut bidang masing-masing.

Menurutnya, sistem penyampaian awam yang berkesan menjadi elemen penting bagi memastikan mereka dapat memahami setiap dasar yang diperkenalkan oleh jabatan dan agensi kerajaan serta diharap dapat memberikan bantuan dengan mesra dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

"Jika mereka dapat menjalankan tugas dengan baik, situasi itu dapat menepis tanggapan mana-mana pihak bahawa kakitangan awam di negara ini gagal menjalankan tugas mereka seperti yang diharapkan oleh rakyat," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) Cawangan Pontian di Tanjung Piai Resort dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Zaidi Ahmad dan Pengerusi Keptan Cawangan Pontian, Zainal Abidin Md. Zin.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, setiap agenda pembangunan yang dirancang mempunyai matlamat bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat, termasuk pembinaan bangunan sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar.

"Bukan sahaja pelajar, ibu bapa juga menaruh keyakinan dengan ada kemudahan yang lebih baik dan sempurna, anak-anak mereka dapat memperoleh keputusan yang baik termasuk di kawasan luar bandar," katanya sambil berharap kakitangan awam di negeri ini dapat mengikuti perkembangan yang berlaku masa kini termasuk pelaksanaan beberapa projek mega seperti di Pengerang, Iskandar Malaysia dan Tanjung Bin di sini.

Beliau berkata, dengan adanya maklumat tersebut mereka dapat menyampaikan sesuatu kepada orang ramai terutama tentang penggunaan tenaga kerja berteraskan kemahiran seperti di Projek Pembangunan Bersepadu Penapis Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

Justeru, Hasni meminta kakitangan awam supaya terus berusaha meningkatkan kemahiran diri agar dapat memenuhi keperluan ke arah negara berasaskan teknologi dan negara maju pada 2020.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Anak bekas MB Terengganu terharu dengan kehadiran tetamu

Posted: 17 May 2014 03:11 AM PDT

KEMAMAN 17 Mei - Nor Ashahirah, anak perempuan bekas Menteri Besar terengganu Datuk seri Ahmad Said dan pasangannya, Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, terharu dengan sambutan lebih 10,000 tetamu yang hadir pada majlis persandingan mereka.

Walaupun bapanya tidak lagi bergelar Menteri Besar, selain diselubungi dengan kontroversi yang berlaku, namun orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat masih hadir meraikan pasangan mempelai itu.

Perasaan itu lebih memunjak dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Pasangan mempelai itu, ketika ditemui Bernama, melahirkan rasa syukur selepas majlis persandingan mereka berjalan lancar biarpun berdepan konflik politik yang membabitkan bapanya. - BERNAMA

Asmah Tokoh Ibu Melaka 2014

Posted: 17 May 2014 02:52 AM PDT

MELAKA 17 Mei - Isteri bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Datin Seri Asmah Ab. Rahman dipilih menerima anugerah Tokoh Ibu Negeri Melaka 2014 sempena Sambutan Hari Ibu peringkat negeri hari ini.

Asmah, 59, dipilih menerima anugerah berkenaan hasil penglibatan aktifnya dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan pembangunan wanita di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

Mara hasrat tempatkan pelajar di Stanford University

Posted: 17 May 2014 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Mei - Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhasrat menempatkan pelajar jurusan sains dan teknologi maklumat tajaannya ke universiti tersohor Stanford University di Amerika Syarikat buat kali pertama tidak lama lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan bagi mempermudahkan proses kemasukan memandangkan belum terdapat pelajar tajaan Mara ditempatkan di universiti tersebut.

"Kita tanya bagaimana proses untuk mempermudahkan penempatan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan adakah mereka iktiraf sistem transfer kredit kita.

"Kita telah pelawa mereka datang Malaysia dan lihat bagaimana institusi pembelajaran dan pengurusan di Mara. Bagi saya tiada masalah kerana dahulu kita pernah berbincang dengan wakil Cambridge University (Amerika Syarikat) untuk kemasukan pelajar kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara maya dari Amerika Syarikat di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


697 notis kesalahan dikeluarkan

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI
utusanmelaka@utusan.com.my

Rusdi Abd. Rahman memeriksa tanda larangan merokok dalam sebuah teksi ketika Ops Kenderaan Awam di Melaka Sentral, semalam.

MELAKA 16 Mei - Sebanyak 697 notis kesalahan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri terhadap individu di sekitar negeri ini yang dikenal pasti melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 sepanjang Januari hingga pertengahan Mei.

Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, daripada jumlah itu sebanyak 189 notis dikeluarkan dengan nilai RM49,500 bagi kompaun terhadap kesalahan merokok di kawasan pengangkutan awam serta gagal mempamerkan tanda larangan merokok termasuk tidak mematuhi spesifikasi.

Menurutnya, kesalahan yang sama masih berulang iaitu setiap kali operasi dijalankan, terdapat individu yang gagal mematuhi peraturan dengan merokok di tempat-tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

"Selain itu, kita dapati kurangnya kesedaran pengusaha serta pemandu bas dan teksi yang tidak mengambil berat mengenai pematuhan pemasangan tanda larangan merokok mengikut spesifikasi ditetapkan dalam kenderaan awam yang telah dikuat kuasa sejak 2004.

"Dalam operasi yang dijalankan hari ini, sebanyak 55 pengangkutan awam telah diperiksa iaitu bas tempatan, bas ekspres dan teksi dengan lima notis kesalahan dikenakan bernilai RM3,500 terhadap mereka gagal mempamerkan tanda larangan merokok di bawah Peraturan 12 (1) (a).

"Selain itu sebanyak sembilan notis kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 11 (1) yang bernilai RM2,250 terhadap kesalahan merokok di tempat larangan merokok," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akbar selepas Operasi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 4, Ops Kenderaan Awam di Melaka Sentral di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan negeri, Dass Kandunni.

Dalam operasi selama dua jam itu turut membabitkan 68 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan iaitu Jabatan Kesihatan negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Puspakom Sdn. Bhd. dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Rusdi berkata, operasi itu bertujuan untuk melindungi para penumpang kenderaan awam daripada bahaya asap rokok di samping memberi kesedaran kepada perokok supaya tidak merokok di dalam kenderaan atau hentian pengangkutan awam.

Dewan orang ramai di kawasan padat akan dibina

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

SEREMBAN 16 Mei - Kerajaan negeri akan memantau serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat bandar yang semakin padat khususnya melibatkan kemudahan awam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan ini termasuklah penyediaan dewan orang ramai yang dilihat salah satu keperluan yang mendesak dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta sukan di kawasan setempat.

"Migrasi orang ramai dari luar bandar ke bandar ketika ini amat ketara sekali dan mahu tidak mahu kerajaan perlu melihat keperluan asas di kawasan perbandaran.

"Jika kita tidak melakukannya dari sekarang ia akan menyebabkan kesukaran mereka untuk menjalankan kegiatan seharian mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perasmian Dewan Orang Ramai Taman Perwira dan Penyampaian Sumbangan Membantu Kadar dan Geran Tahunan Pihak Berkuasa Tempatan negeri di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan.

Dewan Orang Ramai Taman Perwira telah memulakan pembinaannya pada 25 Jun 2012 dan siap pada 25 Oktober tahun lalu dengan kos keseluruhan sebanyak lebih RM1.8 juta dengan peruntukan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan.

Mohamad menjelaskan dewan yang luasnya 880 meter persegi, merangkumi empat buah gelanggang badminton, pentas, pejabat, bilik mesyuarat, tempat meletak kereta, tandas bagi lelaki dan wanita serta orang kelainan upaya (OKU) mampu memuatkan 1,000 orang pada satu-satu masa.

Dalam pada itu Mohamad turut menjelaskan pihaknya sedang merancang untuk membina dewan orang ramai yang serupa di kawasan Ampangan ekoran permintaan yang mendesak di kawasan berkenaan.

"Kita melihat ada keperluan untuk kita menyediakan kemudahan ini kepada penduduk di Ampangan kerana penduduk di kawasan itu cukup padat dan kalau ada pun ia tidak dapat memenuhi keperluan orang ramai.

"Projek berkenaan akan dilaksanakan di kawasan itu dalam tempoh masa terdekat dan kita sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk mendirikan dewan itu," katanya.

Jangan biarkan Adat Perpatih berkubur

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud melihat konsep hidangan makanan lama semasa melawat gerai pameran selepas merasmikan Pesta Persukuan Adat Perpatih di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan, semalam. - bernama

KUALA PILAH 16 Mei - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah supaya Adat Perpatih yang menjadi warisan turun temurun tidak berkubur dan sekadar menjadi sejarah khususnya dalam kalangan generasi akan datang.

Titah baginda, adalah menjadi kerugian yang besar sekiranya nilai moral yang terdapat dalam Adat Perpatih tidak diamalkan.

"Beta ingin menzahirkan kekhuatiran mengenai masa depan Adat Perpatih ini, usaha perlu dilakukan agar adat ini tidak hanya dilihat oleh generasi akan datang di muzium atau di arked sahaja.

"Bagi memastikan kesinambungan Adat Perpatih agar terus kekal relevan, masyarakat memerlukan sebuah pusat rujukan utama yang juga berfungsi sebagai pusat kajian," titah baginda selepas merasmikan program Pesta Persukuan Adat Perpatih yang diadakan di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, di sini hari ini.

Baginda bertitah, masyarakat sewajarnya menggunakan sebaik-baiknya nilai-nilai yang terkandung dalam adat ini kerana ia mampu membantu masyarakat mendepani pelbagai cabaran dan gejala keruntuhan akhlak.

"Nilai murni yang terkandung dalam Adat Perpatih perlu difahami dan bukannya dilihat sebagai adat yang digunakan di dalam majlis perkahwinan mahupun dalam pembahagian tanah pusaka," titah Tuanku Muhriz.

Turut berlangsung, gimik perarakan Panta Berkucung yang terdiri daripada 11 luak di Negeri Sembilan iaitu Luak Berundang yang terdiri daripada Luak Sungai Ujong, Luak Jelebu, Luak Johol dan Luak Rembau.

Luak Tanah Mengandung pula terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas di mana Panta Bekucung itu mengandungi empat jenis kuih-muih tradisional dari luak-luak yang menonjolkan keunikan kuih-muih masing-masing.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


50 ibu terima Insentif Kelahiran Anak

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Mahadzir Abdul Hamid bersama sebahagian daripada ibu dan bayi yang menerima kit kelahiran anak ketika majlis Penyampaian Insentif Kelahiran Anak (IKA) di Pejabat ADUN Jeneri, Sungai Pau, Sik, Kedah, kelmarin.

SIK 16 Mei - Sebanyak 50 wanita di daerah ini menerima sumbangan Insentif Kelahiran Anak (IKA) sempena menyambut kelahiran anak mereka sumbangan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid berkata, kerajaan sentiasa memberikan galakan kepada ibu bapa dari segi menambah bilangan anak.

"Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi setiap ibu bapa dan perlu dijaga dengan sempurna supaya menjadi seorang insan berguna.

"Kerajaan sentiasa memberi sokongan dengan pemberian insentif khas kepada bayi-bayi yang baru lahir di samping penjagaan yang rapi sejak dari dalam kandungan lagi," kata Mahadzir ketika merasmikan majlis Penyampaian Insentif Kelahiran Anak (IKA) di pejabat ADUN Jeneri, Sungai Pau di sini semalam.

Yang turut hadir, pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, Nurulfazliyani Hassan.

Sementara itu Shazrina Zainal, 20, dari Kampung Cemara berkata, pemberian insentif ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa bersama-sama dengan rakyat.

"Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun, kerajaan sentiasa bersama rakyat terutamanya dalam hal menjaga kebajikan rakyatnya dari seawal bayi dalam kandungan sehingga warga emas dan sebagainya," kata Shazrina yang baru melahirkan bayi sulung.

Manakala Ahmad Sharulnizar Abidin, 34, dari Kampung Bandar Hilir pula berkata, dia amat teruja kerana dikurniakan seorang bayi perempuan.

"Amat seronok sekali kerana saya kini telah mempunyai sepasang anak dan amat bersyukur kepada Allah," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memberi kit insentif kelahiran anak.

Bantuan IKA yang mengandungi keperluan khas bayi seperti botol susu, selimut dan pakaian itu diedarkan melalui hospital-hospital dan JKM daerah.

Skim tersebut yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir pada Mac lalu dijangka memanfaatkan kira-kira 35,000 bayi di seluruh negeri ini.

Cubaan seleweng diesel gagal

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

BUKIT MERTAJAM 16 Mei - Dua lelaki yang sedang leka mengisi minyak diesel bersubsidi dipercayai untuk diseleweng berputih mata apabila ditahan sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dalam Ops Titik awal semalam.

Kedua-dua mereka ditahan dalam operasi di sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat, dekat sini kira-kira pukul 2.30 pagi oleh pasukan penguatkuasa PPDNKK negeri yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa, Johary Yacob selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK negeri, Abdul Rosik Yakub berkata, sebanyak 1,150 liter diesel bersubsidi dirampas dalam serbuan berkenaan.

"Walaupun nilai rampasan itu agak kecil, namun ia tetap merupakan usaha untuk mengekang kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi daripada terus berlaku.

"Hasil siasatan mendapati kedua lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30-an cuba menyeleweng diesel berkenaan untuk dijual ke tempat lain," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan PPDNKK Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini semalam.

Abdul Rosik berkata, sebelum Ops Titik dilancarkan, pihaknya telah menahan 21 kenderaan yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sepanjang tahun ini.

"Penahanan 23 kenderaan termasuk dua lori awal pagi tadi menjadikan jumlah rampasan diesel adalah sebanyak 55,000 liter dengan nilai dianggarkan RM178,000 dan kita berharap orang awam terus membantu dengan memberikan maklumat.

"Pada masa sama, kami akan meneruskan operasi untuk mengekang gejala ini," katanya.

Gangguan lalu lintas 21 Mei ini

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

IPOH 16 Mei - Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak hari ini memaklumkan bahawa gangguan lalu-lintas akan berlaku di Kilometer 66.3, Jalan Ipoh-Butterworth pada 21 Mei ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Pengarahnya, Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad berkata, gangguan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemotongan pokok di kawasan Bukit Berapit di daerah Larut, Matang dan Selama.

"Kerja-kerja ini juga akan mengakibatkan laluan kontra diaktifkan di Lebuh Raya Utara-Selatan sepanjang 2.7 kilometer bermula dari KM227.3 sehingga KM230 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang hari tersebut.

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang akan melalui kawasan berkenaan dinasihatkan supaya merancang perjalanan pada hari tersebut serta mematuhi arahan lalu-lintas yang disediakan. Segala kesulitan amatlah dikesali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pastikan khidmat TNB terbaik

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

26,200 guru naik pangkat

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Lahad Datu lebih sukar ditangani

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved